ALHUSSEYN |
Tugas Tentera Melindungi Negara Yang Dipilih Rakyat Posted: 29 Apr 2012 04:33 PM PDT Sila ikuti rakaman youtube berikut: Demikian, antara isi ucapan DS Nizar dalam ceramahnya di Desa Pakatan yang kononnya mengancam negara. Sepatutnya, PM Najib perlu berterima kasih kepada DS Nizar kerana mendedahkan sikap mulia yang sepatutnya ada pada setiap tentera-tentera kita, iaitu tidak berpihak kemana-mana fahaman politik. Mereka bebas dari kongkongan orang-orang politik yang gila kuasa- tidak kira siapa pun sahaja. 'Bebas Anwar 901', Kata Zahid Hamidi Tentera sepatutnya menlindungi rakyat. Maka sudah tentulah tentera perlu menyebelahi rakyat. Adakah merbahaya jika tentera memihak kepada rakyat? Bukankah sesebuah negara yang demokrasi itu adalah pilihan rakyat? Tentera perlu sokong kerajaan yang mendapat mandat rakyat untuk memerintah sesebuah negara. Maka jika Umno/BN , rakyat sudah tolak dalam PRU yang akan datang ini, kenapa tentera mahu dilibatkan untuk meletakan pimpinan yang hanya gilakan kuasa? Tentera perlu menghormati suara rakyat. Tentera bukan alat individu atau golongan tertentu yang hanya mahu menjaga kepentingan untuk meneruskan kuasa mereka.Tugas utama mereka adalah melindungi kedaulatan negara yang dipilih oleh rakyat. Berikut pula adalah kenyataan Zambry, Menteri Besar Kudeta Perak . Korang dengarlah sendiri. Sudah tu, sila buat undian mengenai apa yang dikatakan oleh Nizar dan Zambry - korang percaya atau tidak dan adakah kenyataan Nizar itu membahayakan negara? |
You are subscribed to email updates from ALHUSSEYN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan