DIALOG RAKYAT |
- Peguam dakwa diserang polis di perhimpunan BERSIH
- Wartawan dakwa dipukul polis, Najib minta maaf
- Bersih: Ambiga mahu siasatan bebas penuh
- Amaran Pas, 'Bersih 4.0' jika tolak tuntutan
- Ahmad Said Tidak Sedar DUN Terengganu Lulus Bajet Zoo?
- Kes Scorpene Ke Mahkamah; Mengapa Tengku Adnan Yang Menggelabah?
- BERSIH 3.0; Polis, Samseng Jalanan Atau Kongsi Gelap
- Orang Ramai Kecewa Polis Lepaskan Gas Pemedih Mata
- Ismail Omar, Aziz Yusuf & Hishamuddin: Perlu Letak Jawatan
- Peserta Demo Mengganas - Siapakah Mereka Ini??
- Wartawan buat liputan BERSIH 3.0 patah rusuk
- Time to say goodbye - for now!
- PERKASA: PM jangan takut bubar Dewan Rakyat
- Bersih arah bersurai, jangan ikut provokasi
- Demonstrasi bantah pembalakan haram di Machang
- Polis meninggal dunia tidak sertai Ops Aman
- Bersih 3.0: PRU13 dekat atau makin jauh?
- Baju T Gerak 2012 Silat juga warna kuning
- Abim ucap tahniah di atas kejayaan Bersih
- Cara polis semalam tidak berlaku di bawah Pakatan
- Rumah artis, cerita Bersih 3.0 terhangat
- Bersih 3.0 zahirkan suara hati rakyat Malaysia
- Utusan: Tali Hayat Yang Bakal Putus
- Keganasan: Reuters jangka PRU ditangguh lagi
- Bersih 3.0: PAS ucap tahniah ikut arahan pemimpin
Peguam dakwa diserang polis di perhimpunan BERSIH Posted: 29 Apr 2012 07:34 AM PDT Seorang peguam yang bertindak sebagai pemerhati dalam perhimpunan BERSIH 3.0 semalam mendakwa diserang anggota polis yang bertindak memukul dirinya walaupun selepas ditahan. Mohd Haijan Omar berkata beliau dalam perjalanan ke Reggae Mansion Hostel di Jalan Tun HS Lee ketika beliau melihat beberapa orang polis sedang mengejar peserta perhimpunan dalam kejadian pada sekitar jam 7 petang. Ketika kejadian itu, Mohd Haijan berkata beliau ditegur oleh seorang anggota polis berkenaan dan kemudiannya meminta anggota berkenaan mengulangi perkara tersebut. Beliau kemudiannya terkejut apabila anggota polis itu bertindak mengejar dirnya. Mohd Haijan berkata beliau memakai baju berwarna kuning dan selapis baju berwarna putih ketika perhimpunan itu berlangsung. Bagaimanapun, beliau membuka helaian baju putih kerana beliau telahpun dalam perjalanan pulang ke rumah dan perkara itu mungkin menyebabkan beliau dipukul polis, katanya. Peguam yang bertindak untuk Lawyers for Liberty itu menambah, dua anggota polis tersebut terus memukulnya walau selepas menyatakan bahawa beliau seorang peguam. Kemudian, tiga orang anggota polis lagi tiba dan memukul dirinya walau selepas beliau ditahan, katanya. Mohd Haijan berkata beliau turut dipukul dua lagi anggota polis ketika dibawa ke Dataran Merdeka selepas itu. Katanya beliau telah bertanya sebab penahanan beliau namun tidak mendapat jawapan. Katanya lagi, beliau kini mengalami luka di bahagian bahawa mata kirinya, bengkak di rahang dan juga lebam di bagian lain badannya. | ||||||
Wartawan dakwa dipukul polis, Najib minta maaf Posted: 29 Apr 2012 07:30 AM PDT Wartawan akhbar The Sun, Radzi Razak yang mendakwa dipukul sehingga tujuh orang anggota polis hari ini menerima kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Menurut Radzi, Najib telah meminta maaf kepadanya atas insiden tersebut. Najib dilihat berbisik kepada Radzi ketika melawat wartawan tersebut di wad Hospital Kuala Lumpur hari ini. Radzi ketika ditemui mendakwa beliau dipukul oleh tujuh anggota berkenaan ketika berada di persimpangan Jalan Raja dan Jalan Tuanku Abdul Razak dalam insiden semalam. Turut mengunjungi Radzi hari ini ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein. | ||||||
Bersih: Ambiga mahu siasatan bebas penuh Posted: 29 Apr 2012 07:22 AM PDT SHAH ALAM - Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga mahu satu siasatan menyeluruh yang bebas diadakan bagi menyiasat perjalanan perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara semalam, yang berakhir dengan insiden ganas. "Kami mahu satu siasatan penuh dan bebas (diadakan) berhubung insiden ini," kata beliau dipetik mesej laman mikro Twitter Bersih, hari ini. "Kami fikir siasatan penuh seharusnya diadakan," kata beliau lagi. Bersih 2.0 atau nama penuhnya Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil mengadakan sidang media petang ini berhubung perhimpunan Bersih 3.0, yang dicemari insiden ganas, dengan sejumlah orang termasuk anggota polis cedera dan lebih 500 orang ditahan. Ambiga juga berkata, pihaknya mengutuk keganasan yang disaksikan semalam. Katanya, "jika kami telah dibenar untuk menggunakan Dataran (Merdeka) dan pihak polis bekerjasama dengan kami, (protes) Duduk Bantah telah dapat diadakan aman," katanya lagi. Malah kata Ambiga, "kami percaya ada ejen provokasi (di tempat kejadian)." Sehubungan itu kata Ambiga, pihaknya juga mahu mereka yang mencetuskan masalah ketika perhimpunan semalam dikenal pasti. Polis tidak membenarkan Bersih 3.0 diadakan di Dataran Merdeka. Malah, pemilik Dataran Merdeka, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur juga tidak membenarkan lokasi itu digunakan. Semalam, Ambiga menyifatkan perhimpunan Bersih 3.0 berjaya walaupun ia berakhir dengan pertembungan antara ribuan penyokongnya dan pasukan polis. "Hari ini ialah hari yang bersejarah buat kita semua. Walaupun kita tak sampai Dataran Merdeka, kita sudah berjaya hari ini. "Desakan kita sudah didengari kerajaan dan seluruh dunia. Semua kaum datang untuk pilihan raya yang bersih dan adil. Kita berjuang bukan untuk kepentingan diri sendiri tetapi untuk anak-anak kita dan masa depan Malaysia," kata beliau. Perhimpunan semalam walaupun tidak mendapat kebenaran untuk diadakan di Dataran Merdeka, ia diteruskan dan dicemari insiden merempuh sekatan didirikan oleh polis di lokasi bersejarah itu. Dalam satu kenyataan semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, polis telah menjalankan tugas secara profesional dalam menangani perhimpunan yang bertukar menjadi luar kawalan. Hishammuddin berkata, beliau berasa kagum dan bangga dengan polis yang tidak mudah melatah dengan provokasi yang dilakukan peserta perhimpunan itu. "Saya sedih dengan apa yang berlaku hari ini (semalam), penganjur menjanjikan perhimpunan aman, sebaliknya bertukar menjadi tidak terkawal walaupun kerajaan sedaya upaya memberi kebenaran untuk rakyat berkumpul secara aman di tempat yang disyorkan. "Mereka masih berdegil ingin mengadakan di Dataran Merdeka," katanya. | ||||||
Amaran Pas, 'Bersih 4.0' jika tolak tuntutan Posted: 29 Apr 2012 07:16 AM PDT SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi amaran perhimpunan lebih besar berbanding Bersih 3.0 akan diadakan jika kerajaan enggan memenuhi tuntutan agar disediakan persekitaran bagi pilihan raya bebas dan adil. "Jika sekiranya tuntutan rakyat kekal tidak didengari, kita sedia menganjurkan perhimpunan lebih besar dengan jumlah berganda daripada Bersih 3.0 sehingga protes kita terhadap kekotoran pilihan raya diterima. "Kita mahukan perubahan kerajaan dalam keadaan aman dan matang sebagaimana amalan negara-negara maju yang telah matang amalan demokrasinya," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Bersih 2.0 diadakan Julai lalu. Perhimpunan semalam adalah susulan kepada Bersih 2.0 bagi menuntut pembaharuan sistem pilihan raya. Ia diadakan kira-kira sebulan selepas Dewan Rakyat meluluskan laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen. Kenyataan hari ini dikeluarkan susulan perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan di ibu negara semala, yang menarik ribuan peserta, tetapi berakhir dengan insiden ganas. Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, bagi pihak pimpinan Pas, "saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada seluruh ahli dan penyokong yang telah berjaya mengikut arahan pimpinan sehingga Bersih 3.0 berjaya diadakan dengan jayanya." Katanya, ahli-ahli Pas telah menunjukkan komitmen bersungguh, sehingga jumlah yang ramai berjaya hadir dan bertugas dengan baik khususnya anggota Unit Amal. "Begitu juga rakyat yang datang dari pelbagai latar belakang politik dan tidak berparti juga turut menjayakan," katanya lagi. Abdul Hadi berkata, beliau sempat berjalan bersama rakyat dan pimpinan Pakatan Rakyat dari Masjid Negara hingga ke tengah bandar raya Kuala Lumpur. "Saya bersyukur kepada ALLAH SWT dan moga semua yang menjayakan diberi ganjaran oleh ALLAH. "Dalam masa yang sama saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada rakan Pakatan Rakyat yang ikut serta dan NGO-NGO yang memulakan himpunan sehingga tercapai kejayaan lebih besar daripada Bersih 2.0," katanya lagi. Abdul Hadi menambah, pihaknya mahu kerajaan segera melakukan perubahan dalam demokrasi di Malaysia. "Segera bersihkan daftar pemilih, bebaskan media dan lain-lain amalan demokrasi. "Jangan tulikan telinga dengan protes besar rakyat kelmarin (semalam)," katanya lagi. | ||||||
Ahmad Said Tidak Sedar DUN Terengganu Lulus Bajet Zoo? Posted: 29 Apr 2012 07:12 AM PDT Ustaz Mohd Nor Hamzah Isu belanjawan sebanyak hampir RM 100 juta yang telah diluluskan oleh dewan itu telah dibangkitkan oleh wakil Batu Burok Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi. Beliau membangkitkan belanjawan yang begitu besar jumlahnya (walaupun belum dibelanjakan lagi) hanya untuk zoo, sepatutnya ditumpukan dahulu kepada persoalan kemanusiaan lain yang lebih penting. Ahmad kemudiannya bangun menuduh Syed Azman telah berbohong dengan mereka cerita tentang jumlah hampir RM 100 juta itu di dalam dewan. Akan tetapi apabila Syed Azman bangun menyatakan bahawa apa yang beliau bangkitkan itu adalah perkara yang telah diluluskan oleh dewan satu ketika dahulu, Ahmad hanya meneruskan ucapannya tanpa memperbetulkannya. Dengan sikap Yang DiPertua (YDP) Dewan yang dilihat tidak memihak Syed Azman, maka permohonan Syed Azman agar YDP mengarahkan Ahmad menarik balik tuduhan dia berbohong tidak dilayan. Sementara itu permohonan pembangkang agar kerajaan menyatakan secara terperinci tentang syarat-syarat persetujuan penamatan saman royalti antara kerajaan negeri dengan Petronas juga ditolak. Sidang Dewan telah dipendekkan kepada hanya dua hari iaitu 24 dan 25 April setelah cadangan Pengerusi, Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Ahmad Razif Abd. Rahman agar sidang hari ketiga dimasukkan kedalam hari kedua diterima - dunbpayong.blogspot.com *** dunbpayong.blogspot.com ialah laman blog rasmi ADUN Bukit Payong YB Ustaz Mohd Nor Hamzah yang juga Ketua dewan Pemuda PAS Terengganu | ||||||
Kes Scorpene Ke Mahkamah; Mengapa Tengku Adnan Yang Menggelabah? Posted: 29 Apr 2012 07:09 AM PDT Editor Buletin Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) membidas kenyataan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang menyatakan bahawa tindakan Suaram mengemukakan kes berhubung pembelian kapal selam Scorpene ke mahkamah Perancis merupakan usaha untuk mengucar-kacirkan negara. DPPM juga menyangkal dakwaan Datuk Seri Adnan bahawa usaha Suaram sebagai mahu memalukan orang dan hendak menimbulkan fitnah. Bagi DPPM ,apa yang diusahakan oleh Suaram bukannya fitnah atau mahu memburukkan orang lain. Ia adalah sebuah fakta yang perlu didedahkan bagi mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin terbabit. Tindakan Suaram sebenarnya adalah tindakan terpuji kerana tidak mahu bersekongkol dengan pemimpin yang melakukan penyelewengan dan mengaut kekayaan dari duit rakyat. Sepatutnya Datuk Seri Adnan merasa malu kerana rakyat tidak lagi menaruh kepercayaan terhadap mahkamah di Malaysia. Timbulnya prejudis bahawa mahkamah Malaysia juga dipengaruhi oleh kuasa politik terutama kes yang melibatkan pemimpin-pemimpin negara. Rakyat seluruhnya masih memperkatakan bagaimanakah misteri pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang masih tidak terjawab sehingga kini serta bagaimana kes ini dilayan sedemikian rupa sehinggakan bapa mendiang terpaksa ke mahkamah antarabangsa bagi mencari keadilan dan pembelaan sewajarnya terhadap anaknya. DPPM berpendapat, kenyataan Datuk Seri Tengku Adnan lebih mirip kepada kenyataan orang yang sedang dalam ketakutan. Mungkin beliau bimbang kebenaran akan tersingkap yang menyebabkan pemimpin negara ini akan turut terheret sama untuk didakwa. Jika benarlah demikian, bukan setakat Perdana Menteri, malah beliau dan UMNO keseluruhannya akan terjejas teruk. Maka akan berakhirlah sebuah riwayat UMNO dan gelaplah masa depan Datuk Seri Adnan Mansor. Paling penting, mungkin pilihan raya umum ke 13 tidak akan berlangsung dalam masa terdekat sebagaimana yang mereka rancangkan. RIDUAN MOHD NOR Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia | ||||||
BERSIH 3.0; Polis, Samseng Jalanan Atau Kongsi Gelap Posted: 29 Apr 2012 06:59 AM PDT Skuad BO KUALA TERENGGANU – Selepas detik provokasi polis sekitar jam 3.00 petang semalam pada himpunan Bersih 3.0 berhampiran Dataran Merdeka, tindakan polis tidak lagi bersifat rasional dan tidak jauh bezanya dengan samseng jalanan atau pun kongsi gelap. Tinjauan Buletinonline sehingga lewat petang, polis secara berkumpulan 'bermaharajalela' memburu orang awam mencekup, menyepak dan menarajang sesiapa sahaja yang meraka syakki sebagai peserta himpunan Bersih 3.0 [Gambar kanan - lebih 10 orang polis membelasah seseorang (dalam bulatan merah) umpama kumpulan kongsi gelap . Gambar bawah pula dirakam skuad BO bagaimana polis memburu seorang peserta Bersih 3.0 umpama samseng jalanan] Paling menyedihkan, fe'el perangai polis selaku penguatkuasa undang-undang bertukar menjadi gerombolan anak-anak samseng apabila, mereka yang berkumpul beramai-ramai di persimpangan berdekatan Dataran Merdeka bertepuk sorak apabila setiap kali tangkapan dibuat dan mangsa tangkapan dibawa ke kawasan yang telah dijajah polis itu. 'Amukan' polis itu bukan hanya sekitar Dataran Merdeka tetapi umpama kumpulan 'kongsi gelap' mereka masuk ke lorong-lorong belakang sehingga ke Pudu Sentral dan jalan Tuanku Abdul Rahman, seolah-olah lapar, mencari 'habuan'. Persoalannya siapakah 'dalang' disebalik tindak-tanduk polis itu? Kerana sesungguhnya sebagai orang bawahan penjawat awam yang berpakaian seragam, pasukan keselamatan polis diraja Malaysia, tidak akan berani melakukan sewenang-wenangnya, kecuali ada arahan dari pihak atasan! | ||||||
Orang Ramai Kecewa Polis Lepaskan Gas Pemedih Mata Posted: 29 Apr 2012 06:53 AM PDT SINGAPURA - KECEWA, marah dan bingung. Itulah reaksi yang diluahkan oleh orang ramai dan peserta perhimpunan Gabungan bagi Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 3.0), berikutan keadaan huru-hara di Dataran Merdeka, semalam pada Sabtu 28 April. Kecewa kerana perhimpunan yang seharusnya berjalan dengan aman dan bermotif baik menjadi kucar-kacir dan menyebabkan ramai orang cedera dan ditangkap. Marah kerana tindakan polis ke atas rakyat Malaysia yang berhimpun dianggap keterlaluan sehingga melancarkan 'tembakan gas pemedih mata' ke arah orang ramai dan mengepung pergerakan mereka. Bingung kerana kelonggaran yang diumumkan oleh kerajaan untuk rakyatnya berhimpun secara aman kelihatan seperti ditarik balik. 'Kami di sini bukan mencari kacau. Kami hanya mahukan keadilan dan berharap pihak kerajaan mendengar keluhan kami. Biarlah pilihan raya kali ini lebih adil dan bersih, bukan membuat kacau. 'Mengapa pihak polis bertindak keterlaluan sehingga menembak gas pemedih mata dan semburkan air kimia ke arah orang ramai. Yang ada cuma berada di kaki lima, tak buat apa-apa,' kata seorang pesara yang hanya mahu dikenali sebagai 'Encik Zul' kepada akhbar ini ketika ditemui berdekatan bangunan Kamdar di perkarangan Jalan Raja, Kuala Lumpur. Pengerusi bersama Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan, bagaimanapun berkata pihaknya tidak menyokong tindakan individu yang bertindak memecahkan sekatan-sekatan di Dataran Merdeka sehingga menyebabkan pihak polis membalas dengan menggunakan gas pemedih mata dan meriam air yang dicampurkan dengan bahan kimia. 'Kami tidak menyokong kelakuan demikian; kami mahu perhimpunan aman menuntut pilihan raya bebas dan adil di Malaysia,' kata beliau pada satu sidang akhbar di KL Sentral. 'Bersih tidak menyokong tindakan beberapa individu tertentu yang memecahkan sekatan di Dataran Merdeka,' kata beliau lagi, sambil menambah bahawa pihaknya mahu polis menyiasat semua insiden ganas yang berlaku semasa perhimpunannya yang diberi nama, 'Duduk Bantah'. Menurut Datuk Ambiga, beliau juga tidak menafikan kemungkinan 'kelakuan luar biasa' itu dilakukan oleh para ejen provokasi kerana para penyokong Bersih tidak bertindak ganas. Sambil berikrar untuk menuntut jawapan daripada pihak pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Encik N Surendran, berkata suasana perhimpunan aman tetapi tidak faham mengapa pihak polis bertindak keras dengan menembak gas pemedih mata ke arah orang ramai 'secara sembarangan' sehingga beberapa orang dilaporkan cedera. 'Sekarang, kami mahu Perdana Menteri Najib, Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin (Tun Hussein) dan keseluruhan kerajaan BN (Barisan Nasional) bertanggungjawab atas kekejaman terhadap rakyat aman negara ini,' kata beliau ketika ditemui akhbar ini di Jalan Masjid India. 'Rakyat berhimpun dengan aman. Ia hak mereka di bawah undang-undang, dan apa yang mereka tuntut adalah perkara baik - pembaharuan sistem pilihan raya. Kami mahukan jawapan dan saya fikir rakyat negara ini akan menghukum BN dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang,' tambahnya. Sementara itu, suasana beberapa kawasan berdekatan Dataran Merdeka bertukar daripada bersih menjadi kotor, dengan sampah sarap, pelbagai botol, plastik dan kertas ditemui di sekitar Jalan Tun Perak dan Jalan Tuanku Abdul Rahman. - Cyberita SG | ||||||
Ismail Omar, Aziz Yusuf & Hishamuddin: Perlu Letak Jawatan Posted: 29 Apr 2012 06:46 AM PDT MSO Memerhati kepada kolaborasi pihak polis dengan BN khasnya Umno dalam mengagal dan menyekatkan desakan dan tuntutan rakyat agar membersihkan pilihan raya demi mensucikan demokrasi di negara ini menerusi himpunan Bersih: Duduk dan Bantah semalam sudah sampai masanya kalau Jabatan Perkhidmatan Awam mencadangkan kepada Majlis Raja-Raja Melayu membuat semakan untuk menilai sejauh manakah relevannya perkataan Polis Di Raja Malaysia digunakan.
Polis tidak boleh (haram) melanggar sumpah dan janji perkhidmatan mereka. Mereka tidak boleh berpihak atau menjadi agen yang boleh menerima upah atau tidak, kepada mana-mana puak dan juga kumpulan. Hakikat ini termasuk juga polis tidak boleh menjadi 'barua' kepada mana-mana kumpulan siasah termasuk Umno serta mana-mana individu politik hatta dia adalah seorang perdana menteri seperti Ha Najib Razak. Najib dan jawatan perdana menteri dua perkara berbeza, begitu juga Umno dengan kerajaan dua perkara berlainan. Malangnya tanggungjawab dan amanah itu sudah mungkir dan melencung jauh. Ia bukan amalan dan kewajiban lagi. Polis di Raja Malaysia bukan lagi menjaga hak dan kepentingan serta keselamatan rakyat menurut prinsipnya, tetapi adalah menjadi musuh apabila mereka sedia menjadi Pandir dan 'kooli" kepada kumpulan politik tertentu ataupun individu yang memiliki kuasa politik. Lebih dahsyat dari itu polis menjadi samseng kepada orang dan segelintir puak tertentu.
Dalam sepanjang hayat saya 52 tahun saya tidak pernah dengar ada orang-orang besar polis mengambil tindakan berani meletakan jawatan lantaran mengambil risiko dan tanggungjawab kerana bersubahat dengan mana-mana individu politikus. Yang ada dan berhenti dari jawatan itu kerana mati ditembak dan mati dilanggar lori treler. Sesuatu yang malang kerana sejarah ini tidak berlaku. Sudah berapa banyak peristiwa dan tragedi hitam yang diragui kononnya ada penglibatan polis dan penggunaan polis secara salah, tetapi ketua atau orang bertanggungjawab itu tidak mengambil tanggungjawab meletak jawatan. Peristiwa-peritiwa berdarah, comot dan maut yang dianggap ada sangkut paut polis seperti Memali, peristiwa Ketua Polis Negara menumbuk Anwar Ibrahim dalam lokap, peristiwa pembunuhan politikus Pas Abdul Samad Ahmad Miangi, pengerudian terhadap Al Arqam, al Maunah dan macam-macam lagi semuanya boleh dipersoalkan akan kredibiliti polis. Meskipun kejadian itu tidak berkait langsung dengan polis tetapi umum akan persoal tindakan polis. Dan peristiwa semalam yang masih hangat di hidung dan mata kita juga boleh dibahukan kepada polis. Semua peristiwa itu ada kena mengena dengan penglibatan dan kolaborasi polis dengan pihak tertentu. Beliau juga tidak perlu merasa sayang dengan keuntungan jawatan sebaliknya perlu menjaga maruah dan moralnya dulu sebagai anggota polis. Ismail akan meminta jawatankuasa disiplin polis membuat atau menmgambil tindakan ke atas anggota kecilnya yang melakukan kesalahan yang boleh menjejaskan pasukan. Tetapi bagaimana dengan Ismail. Tindakan polis yang rakus dan bersalahan dengan tatacara manusia dan agama itu sebenarnya lebih teruk dari kesalahan anggota kecil menjatuhkan imej pasukan. Jadi apabila tidak ada orang yang berani untuk menilai kesalahan moral polis itu maka Ismail selaku ketuanya perlu mengambil tindakan. Itulah tugas dan amanah seorang ketua. Untuk mengetahui sejauh mana keterlanjuran anak buahnya beliau boleh menyiasat sendiri dengan menyaksikan laporan bebas dan juga rakaman video kekejaman dan kerakusan polis kepada orang awam. Bukalah blog dan Fb berlambak-lambak rakaman demikian. Ismail tidak boleh hanya melihat rakaman yang disediakan oleh anak buahnya saja, kerana sudah tentu anak buahnya akan menyediakan video yang baik untuk polis. Sebagai ketua yang adil Ismail kena tengok semua rakaman dan menerima semua pengaduan. Usaha menyembuyikan kejadian sebenar termasuk kekejaman polis tidak ubah seperti cuba hendak menyembunyikan speaker yang bervoltan dan bervolume tinggi dalam guni. Ia sia-sia saja sebab bunyi itu akan dapat didengar oleh orang ramai. Bahkan bunyi itu kini sudah melangkau ke seantero dunia. Persoalan juga timbul bagi saya apakah kejadian ini satu sabotaj? Ada kemungkinannya. Polis sengaja dibiarkan ganas ataupun disuntik pil ganas sebelum itu agar mereka boleh menjadi seperti anjing. Gunanya untuk memberi damge kepada Ismail. Kemungkinan ini tidak boleh dinafikan begitu saja. Politiking, rebut kuasa jatuh menjatuh juga berlaku dalam pasukan polis. Nasib malang menimpa bekas Pengarah Siasatan Jenayah Komersial Ramli Yusuf adalah bukti jelas dan sejarah paling busuk dan hanyir dalam pasukan polis. Sehubungan itu juga Aziz Yusuf Pengerusi SPR perlu juga melepas jawatan untuk memikul tanggungjawab apabila himpunan mencecah 250,000 itu. Himpunan Bersih itu diadakan berpunca dari kedegilan dan kebebalan beliau untuk tidak menerima beberapa tuntutan Bersih. Pasti kalau SPR sedia menerima tuntutan itu himpunan seperti itu tidak akan berlaku. Iya beliau adalah orang yang diminta oleh perdana meteri untuk tidak memenuhi tuntutan rakyat demi Umno. Atau pun atas kedudukannya dia sebagai ahli Umno juga pasti dia mahu berkhidmat kepada parti. Namun dia tidak sepatutnya menggunakan kedudukan sebagai pengerusi sebuah suruhanjaya bebas boleh bertindak demikian. Kalau Aziz hendak membela Umno beliau perlu bertanding jawatan tertinggi parti dan masa itu baru boleh dipulihkan Umno.
Kalau Aziz ada maruah dia perlu melepas jawatan selepas himpunan itu berjaya. Jika tidak dunia akan mempersoalkan dimanakah maruah beliau sebagai pengerusi sebuah suruhanjaya yang seharusnya bebas, adil, telus dari segala penjawat jawatan lain. Implikasi dari Bersih itu sebenarnya sudah tidak ada guna Aziz terus memegang jawatan itu kerana beliau akan disumpah sepanjang jalan beliau menuju ke pejabat SPR. Kalau beliau ada integriti beliau kena melepas jawatan itu sesegera mungkin. Selain dari Ismail Omar dan Aziz Yusuf seorang lagi perlu mengambil tanggung jawatan dan maruah itu dia dimaksudkan itu Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein. Hishamuddin juga perlu meletask jawatan. Dia kena bertanggungjawab sebagai seorang penguasa politik. | ||||||
Peserta Demo Mengganas - Siapakah Mereka Ini?? Posted: 29 Apr 2012 03:10 AM PDT KELAB GREENBOC KUALA LUMPUR - Seperti mana dijangka, perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan di ibu negara hari ini berakhir dengan keganasan. Ia berikutan tindakan peserta perhimpunan itu yang bertindak ganas dan biadab bukan sahaja dengan merempuh sekatan polis malahan turut menyerang serta memukul sehingga menyebabkan 11 anggota pasukan keselamatan cedera. Tidak cukup dengan itu, peserta-peserta demonstrasi juga bertindak liar apabila mereka menyerang dan menterbalikkan sebuah kereta polis yang terbabas. Mereka juga turut memusnahkan kawat besi dan penghalang yang dipasang di laluan masuk ke Dataran Merdeka, penyokong Bersih sanggup melakukan apa sahaja keganasan termasuk mencederakan petugas media sehingga parah. Utusek Malaysia -bloglistpolitik Ulasan GB Kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur semalam, Datuk Mohamad Salleh menyatakan "Kumpulan berkenaan terus bergerak untuk memasuki Dataran Merdeka, pihak polis melepaskan gas pemedih mata untuk menghalang kemaraan peserta perhimpunan".. Sekarang timbul persoalan "siapa sebenarnya: yang membuka benteng polis itu? Dari gambar yang tersiar, kelihatan beberapa "pemuda berjaket" merempuh dan mengalihkan sekatan. Seperti kata blogger bloglispolitik, mengapa mereka tidak memakai baju kuning BERSIH jika mereka peserta BERSIH 3.0? Insiden itu menjelaskan lagi bahawa ada provokasi melampau untuk "menjustifikasikan" tembakan gas pemidh mata oleh pihak polis. Marilah kita sama-sama berdoa agar kebenaran dan keadilan itu didedahkan. اللهم ارنا الØÙ‚ Øقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba'ah, wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya). | ||||||
Wartawan buat liputan BERSIH 3.0 patah rusuk Posted: 29 Apr 2012 12:36 AM PDT Seorang wartawan akhbar The Sun dimasukkan ke hospital susulan kecederaan di tulang rusuk dan turut disyaki mengalami kecederaan dalaman ketika membuat liputan perhimpunan BERSIH 3.0 di Kuala Lumpur semalam. Menurut rakan sekerjanya Alyaa Alhadjri, wartawan berkenaan Radzi Razak kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur. Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Alyaa berkata ujian yang dijalankan ke atas Radzi awal pagi tadi menunjukkan wartawan berkenaan mengalami kecederaan dalaman di bahagian perutnya. Insiden yang menyebabkan Radzi mengalami kecederaan tersebut setakat ini masih belum dapat dipastikan. Bagaimanapun menurut wartawan Malaysiakini Zulaikha Zulkifli, sekumpulan besar anggota polis menerpa ke kawasan di mana Radzi sedang berdiri pada kejadian kira-kirajam 5.30 petang. Radzi dikatakan berdiri di satu sudut di persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Raja Laut sementara Zulaikha pada ketika itu berada di persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Raja. Zulaikha berkata, beliau melihat sekumpulan besar anggota polis berbincang di tengah-tengah persimpangan berkenaan dan kemudiannya menerpa ke satu sudut persimpangan itu. "Kemudian saya nampak seorang lelaki berbaju putih terbaring dan beberapa orang anggota paramedik memeriksa keadaan lelaki itu," katanya. Seorang lagi wartawan Malaysiakini Nigel Aw yang tiba di lokasi tersebut melihat Radzi terbaring dan kelihatan "separa sedar (dan) dikelilingi orang ramai." Satu gambar Radzi menunjukkan beliau berpakaian baju putih dalam keadaan terbaring dan dikelilingi pegawai perubatan. Beliau dilihat memakai kad pengenalan media. | ||||||
Time to say goodbye - for now! Posted: 29 Apr 2012 12:31 AM PDT Wong Choon Mei, Malaysia ChronicleHi everyone. Malaysia Chronicle has to take a break. It is a tough decision to make but a necessary one. There are many reasons from risks of lawsuits to threats of physical harm, and of course to attacks to our website which we have been encountering with greater frequency these few weeks. But the overriding reason is that it costs an enormous amount of money to run a website and the gestation period to reap any meaningful return may be too long for some investors. So we have no choice but to say Farewell. For now. We will try our best to secure new investors and return bigger and better as soon as we can. In the meantime, Malaysia Chronicle will gradually reduce its news output effective Monday, April 30, 2012. To all readers, we thank you for your support and hope you have enjoyed participating in our comments forum, which we have tried to keep as free as possible. Everything takes time including speaking up and making comments as a participating member of society. No doubt some of the language used, due mainly to sudden-found freedom of expression, does need getting used to. But in keeping participation open is honed awareness of both self and others and this was the greater good that we aimed for. And of course, in keeping as many people as we could up to date with the issues that grip Malaysia. Selamat tinggal for now! Salam sejahtera semua. Dengan ini diumumkan bahawa Malaysia Chronicle terpaksa rehat seketika. Ini bukanlah satu keputusan yang mudah diambil tetapi ia perlu dilakukan. Terdapat banyak sebab kenapa keputusan ini terpaksa diambil. Diantaranya adalah risiko saman yang perlu ditanggung oleh pihak kami dan lebih ketara lagi ancaman fizikal. Serangan DDOS dan percubaan godaman diatas laman web kami juga telah bertambah kebelakangan ini. Sebab mutakhir yang menyebabkan kami membuat keputusan ini adalah masalah dana. Kos untuk menampung laman web seperti ini adalah sangat tinggi dan pulangan pelaburan mungkin mengambil masa yang agak panjang. Oleh sebab itu, kami terpaksa mengucap selamat tinggal ... buat sementara waktu. Kami akan cuba dengan sedaya upaya untuk mencari pelabur baru supaya kami dapat pulang kembali dengan wacana dan liputan berita yang lebih tajam dan panas! Kepada semua pembaca kami yang setia, terima kasih diatas sokongan sekalian. Kami harap penglibatan kamu semua, terumatanya di dalam forum komen kami yang sengaja kami biarkan terbuka dan bebas, adalah bernas. Segala-galanya perlukan pelaburan masa. Ini termasuk menyuarakan pendapat. Walaupun kebebasan bersuara dan kebebasan berpendapat merupakan satu fenomena baru yang perlu sedikit masa untuk membiasakan diri, dengan memastikan sebuah forum terbuka, kami cuba menyediakan sebuah wadah untuk mengasah minda dan membina kesedaran diri ... dan sudah tentu untuk mempertengahkan isu-isu yang melanda Malayisa. Dengan itu, Farewell ... untuk sekarang. Malaysia Chronicle | ||||||
PERKASA: PM jangan takut bubar Dewan Rakyat Posted: 29 Apr 2012 12:24 AM PDT "Saya nak cadangkan kepada Najib, kerana suasana berlarutan seperti ini. Jadi, selepas transformasi yang telah dilakukan, Najib jangan takut. "Saya percaya rakyat akan sokong dia. Jangan ragu-ragu bubarkan Dewan Rakyat sekarang. Biar rakyat tentukan mandat," katanya. Beliau berkata demikian hari ini pada sidang media selepas merasmikan pehimpunan raja berdaulat kasih dijunjung di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur hari ini. Seramai 100,000 orang menyertai perhimpunan BERSIH 3.0 di ibu kota Kuala Lumpur semalam untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil dijalankan. | ||||||
Bersih arah bersurai, jangan ikut provokasi Posted: 29 Apr 2012 12:21 AM PDT
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Bersih 2.0 telah mengarahkan peserta Bersih 3.0 di hadapan pusat membeli belah Sogo supaya bersurai kira-kira jam 4.30 petang. Seorang anggota jawatankuasa, Wong Cheng Huat mengarahkan demikian setelah insiden sebuah kereta polis melanggar peserta Bersih 3.0 berhampiran pusat membeli belah berkenaan sekitar jam 4.20 petang. Beliau yang menggunakan healer juga meminta para peserta tidak bergaduh dengan anggota polis yang berkawal di kawasan itu. Sementara itu, Kordinator Jingga 13, Fariz Musa turut meminta para peserta bersurai dan tidak terikut dengan provokasi pihak tertentu. | ||||||
Demonstrasi bantah pembalakan haram di Machang Posted: 29 Apr 2012 12:19 AM PDT SINAR HARIAN Mereka mendakwa akibat kegiatan itu, penduduk mengalami kerugian besar termasuk kehilangan punca air bagi kegunaan harian, kemerosotan hasil pertanian, pencerobohan habitat gajah dan kerosakan jalan ke pusat pelancongan Bukit Bakar. "Ketika pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) iaitu pada tahun 1980 sebarang aktiviti penebangan hutan tidak dibenar sama sekali kerana kawasan itu diwartakan sebagai tadahan hujan," kata penduduk kampung, Mat Lazim Harun, 60, ketika ditemui pada demonstrasi itu. Beliau mendakwa perkara sebaliknya berlaku selepas BN tidak lagi berkuasa di negeri ini. Katanya, ini menyebabkan kawasan sungai-sungai di sekitar lokasi itu menjadi cetek berikutan lumpur yang terkumpul berikutan hakisan disebabkan hujan lebat. Mat Lazim mendakwa banyak pokok durian, dokong, pisang, rambutan dan sebagainya dimusnahkan oleh gajah liar yang mendekati kawasan kampung akibat 250 hektar habitat haiwan itu dikacau oleh kerja pembalakan. "Saya sendiri mengalami kemusnahan satu hektar pokok durian yang menjadi sumber pendapatan sampingan apabila tiba musim durian setiap tahun," katanya. Dalam pada itu, pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Machang, Harun Ismail, 74, berkata lebih 1,400 hektar sawah di bawah kawalan PPK turut terjejas apabila lebih 140 petani mengalami kekurangan air untuk mengerjakan sawah akibat sungai-sungai yang menjadi punca saliran hampir kering. Menurutnya, bendang-bendang termasuk di Kampung Ulu Sat, Banggol Judah, Bukit Tiu dan Bukit Bakar hanya boleh diusahakan sekali setahun iaitu pada musim tengkujuh. Sementara itu, pengerusi Majlis Tindakan Rakyat Kelantan kawasan Machang, Kamaruddin Abdul Kadir berkata pencerobohan itu menunjukkan kerajaan negeri sekarang terlalu lemah untuk bertindak. Beliau menegaskan jika penduduk tidak mahu kegiatan itu berterusan, kerajaan negeri sekarang perlu ditukar kepada BN yang ternyata lebih berkemampuan, pada pilihan raya umum akan datang. - Bernama | ||||||
Polis meninggal dunia tidak sertai Ops Aman Posted: 29 Apr 2012 12:17 AM PDT SHAH ALAM - Seorang anggota polis dari unit MPV Dang Wangi dilaporkan meninggal dunia pagi tadi, akibat serangan jantung ketika berlangsungnya perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0, semalam. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan berita tersebut dan menjelaskan anggotanya yang meninggal dunia tiada kaitan dengan Ops Aman 3. "Arwah sedang bertugas dan diserang sakit jantung. Dia tidak terlibat dalam Ops Aman 3," katanya. Difahamkan, anggota polis itu dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan sebelum disahkan meninggal dunia pagi tadi. | ||||||
Bersih 3.0: PRU13 dekat atau makin jauh? Posted: 29 Apr 2012 12:15 AM PDT ANALISIS - Gelombang 'perang' berbalas komen dan reaksi melibatkan pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) nampaknya berterusan! Ruang siber dan tradisional digunakan sepenuhnya sepanjang 24 jam lalu - membincangkan kewajaran perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara semalam dan siapa yang sepatutnya dipersalahkan ke atas insiden sejam terakhir. Bersih 3.0 membuat rancangan untuk mengadakan perhimpunan antara jam 2 dan 4 petang. Keadaan bertambah kecoh dan bertukar ganas selepas jam 3 petang. Dalam mesej Twitter pagi ini, pemimpin dari Pemuda Umno, Lokman Adam menulis: "Nasib baik kalian duduk di Malaysia, kalau kat tempat lain, seorang demi seorang akan hilang tanpa kesan kalau..." Dalam ruang masa yang sama, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin menjawab satu komen dengan menulis: "Stadium tempat tengok bola bukan tempat protes." Shamsul Iskandar menjawab komen @ahmadilatif yang berkata, "Sam, kalau dari awal buat kat stadium kan senang. Ke, kau takut orang tak datang?" Bersih 3.0 sudah berlalu. Apa kesannya ke atas arena politik negara? Bersih I diadakan beberapa bulan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) 2008. Bersih II pada 9 Julai lalu, ketika ramai menyebut PRU13 akan diadakan dalam waktu terdekat, susulan pilihan raya negeri Sarawak. Bersih 3.0 semalam diadakan di tengah-tengah spekulasi mengatakan PRU13 akan diadakan bila-bila masa. Beberapa minggu lalu, di sebalik program turun padang Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri, Presiden Umno dan Pengerusi BN, yang begitu kerap diadakan, pemimpin-pemimpin perikatan itu telah menasihatkan parti komponen agar memasukkan 'gear lima' bagi memastikan pergerakan memecut. Beberapa hari menjelang perhimpunan Bersih 3.0, penganalisis dan pemerhati politik membuat penilaian bahawa kebanjiran peserta di ibu negara juga akan menjadi faktor yang menentukan sama ada PRU13 yang disebut-sebut akan diadakan Jun ini atau minggu pertama Julai akan menjadi kenyataan. Bagaimanapun, berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, tarikh pilihan raya Parlimen menjadi hak mutlak Perdana Menteri untuk menentukan. Malam ini, Umno mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT). Difahamkan, mesyuarat MT lazimnya akan diadakan Jumaat terakhir setiap bulan, tetapi ditangguhkan sehingga ke malam ini ekoran jadual ketat Najib. Berkongsi maklumat, Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian tidak menolak impak dalam menentukan tarikh PRU13 yang sesuai. "Saya ada turun dan melihat apa yang berlaku di Kuala Lumpur semalam, melihat gelombang manusia, penyertaan dalam Bersih 3.0. Jumlah kehadiran adalah cukup besar," kata beliau yang turut melihat bahawa kepimpinan akan mengambil kira kesan dan impaknya dalam menghadapi PRU dalam waktu terdekat. "Jadi, saya tidak terkejut jika PRU13 dilewatkan berbanding ramalan banyak pihak kebelakangan ini," katanya. Seorang pensyarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia berpendapat bahawa Najib tiada banyak dalam memanggil PRU13. Mandat semasa Kerajaan Pusat akan berakhir April 2013. Aspek yang menarik perhatian, menurut Ibrahim, ialah kehadiran golongan muda dalam perhimpunan semalam. "Ini satu lagi aspek yang perlu diberi perhatian oleh BN," katanya lagi. Berdasarkan laporan Bernama semalam, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, sudah sampai masa golongan majoriti senyap melahirkan perasaan tidak senang hati mereka terhadap perbuatan menimbulkan huru-hara dan menzahirkan perasaan jijik mereka dengan perbuatan yang melanggar peraturan. "Kita tak mahu perkara huru-hara, tidak ikut peraturan ini terus menjadi budaya minoriti yang vokal yang diketuai dan didalangi pembangkang." katanya yang juga Ketua Penerangan Umno. Datuk Saifuddin Abdullah, pemimpin Umno yang dilihat moderat mengakui bilangan yang menyertai perhimpunan semalam agak besar berbanding perhimpunan Bersih sebelum ini. Belum ada angka rasmi mengenai kehadiran. "Selain jumlah yang agar ramai, kehadiran juga bercirikan pelbagai kaum dan lebih ramai kaum Cina mengambil bahagian... perkara ini perlu diteliti," katanya yang sealiran dengan pandangan Ibrahim kepada Sinar Harian Online. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ini seterusnya berkongsi pandangan bahawa kehadiran semalam juga menggambarkan pendirian merentasi ideologi politik. Walaupun ada pihak yang mendakwa pemimpin-pemimpin PR 'mencuri' tumpuan, tetapi ramai datang bukan disebabkan ideologi politik pembangkang. Persepsi kebanyakan pihak peserta mahu menyampaikan mesej kepada pihak berkuasa. "Saya rasa merentasi ideologi politik. Kita perlu menangani situasi ini dengan berhati-hati," kata beliau, yang juga anggota MT Umno, mengulas impaknya menjelang PRU13. Penganalisis politik Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian tidak menolak perhimpunan semalam akan ada kesan dalam keputusan Najib memanggil PRU13. "Sudah tentu, sudah tentu," katanya ketika dihubungi. Pun begitu katanya, berdasarkan apa yang berlaku semalam, khususnya elemen keganasan, ia akan memberi kelebihan dari segi impak kepada BN. "Bagi saya dari segi impak, kali ini lebih memihak kepada BN berbanding PR (Pakatan Rakyat)," katanya lagi. Seorang penganalisis veteran yang enggan namanya dipetik berkata, jikapun Najib memutuskan untuk menangguhkan tarikh PRU13, ia tidak akan dikaitkan dengan impak perhimpunan Bersih 3.0. "Jika mereka (BN) memutuskan untuk menangguhkan hanya kerana Bersih 3.0, ia akan memberi kesan psikologi di kalangan pengundi. Ia akan membawa isyarat negatif ke atas BN. "Tetapi, pokoknya kita kena memberi perhatian bahawa jentera Umno dan komponen BN sebenarnya belum bersedia sepenuhnya. Ya, jentera memang sudah digerakkan, tetapi pergerakan jentera belum lancar dan halus lagi," katanya yang meramalkan September atau November 2012 kemungkinan menjadi pilihan Najib. "Jadi, saya tidak akan terkejut jika PRU13 hanya akan berlangsung selepas sambutan Aidilfitri," katanya. Seorang pegawai kanan misi diplomat asing di ibu negara juga mengakui ada kesannya. "Segala apa yang dilakukan oleh Najib sejak lima bulan yang lalu, tranformasi politik dan imbuhan ekonomi kepada rakyat, nampak sudah terhakis kesan Bersih 3.0 dan cara ia ditangani. "Awalnya, semua bergerak dengan baik. Saya rasa seolah-olah ada unsur sabotaj ke atas usaha Najib... ini jangkaan saya," katanya merujuk kepada 'mood' orang ramai sejak kebelakangan ini. "Jadi, saya rasa Najib kena kembali kepada pusingan kedua membetulkan keadaan. Najib ada masa? Ini persoalan sekarang," katanya. Bersetuju dengan pandangan itu, penganalisis veteran yang dihubungi Sinar Harian Online juga berkata, Najib perlu menggerakkan gelombang kedua usaha dan inisiatif untuk memperbaiki persekitaran yang sudah tercalar dan tercemar. "Kita kena melakukan. Laporan PSC (Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen) sudah dibentangkan. Nampaknya mereka tidak kisah. "Elemen marah juga ada, pada pandangan saya elemen marah ini tidak patut berlaku. Apa pun kita kena cari jalan untuk mengatasinya. Kita perlu teliti dan berhati-hati," kata Saifuddin. | ||||||
Baju T Gerak 2012 Silat juga warna kuning Posted: 29 Apr 2012 12:09 AM PDT
KOTA BHARU: Sama ada dirancang atau satu kebetulan, namun hampir 2,000 peserta pesilat Kelantan menyertai Gerak 2012 Silat memakai kemeja T berwarna kuning. Cuma bezanya, kemeja T yang mereka pakai bukannya bertulis Bersih 3.0 (Duduk Bantah), sebaliknya Kelantan TMK@2012, simbolik kepada tahun ini sebagai Tahun Melawat Kelantan. Lebih menarik, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tidak hadir Bersih 3.0 kerana masalah kesihatan turut memakai kemeja T berkenaan sambil menunjukkan isyarat 'bagus', serentak itu peserta silat bersorak sambil melaungkan takbir. Tuan Guru ketika berucap pada majlis itu berkata, sekiranya ingin menegakkan perjuangan Islam, setiap umat perlu mempertahankannya dengan akidah. "Dengan akidah umat Islam mempertahankan kesucian Islam apa lagi setiap kali ianya dilabelkan dengan perkara buruk terhadap agama suci kita. "Begitu juga dengan ilmu mempertahankan diri, untuk menjaga keselamatan diri, perlu mempunyai ilmunya agar tidak mudah diambil kesempatan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab," ujarnya. Tambahnya lagi, bagaimanapun setiap peserta silat perlu mengikut ajaran Islam dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pesilat. "Kalau boleh setiap kali menunaikan solat khususnya pada program tertentu, solatlah dengan memakai pakaian pesilat sebagai seorang pendekar," ujarnya. (Gambar: Tuan Guru Nik Aziz menunaikan solat berimamkan pesilat.) Sehubungan itu, beliau melahirkan rasa syukur kerana persatuan-persatuan pesilat di negeri itu mengutamakan solat selain tatatertib yang tinggi dan berdisiplin. Gerak 2012 Silat diadakan sempena Karnival Kebudayaan Kelantan bertempat di Padang Perdana. Antara pertubuhan yang mengambil bahagian dalam program ini, Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayung Kelantan, Pertubuhan Seni Silat Terlak Empat Kelantan, Pertubuhan Seni Silat Gayung Fattani Kelantan. Selain itu Seni Silat Terlak Asli Kelantan, Pertubuhan Seni Silat Gayung Tiga Kalimah Kelantan, Pertubuhan Seni Silat Gayung Segerak Kelantan dan lain-lain lagi. | ||||||
Abim ucap tahniah di atas kejayaan Bersih Posted: 29 Apr 2012 12:06 AM PDT
KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengucapkan tahniah di atas kejayaan rakyat Malaysia menganjurkan perhimpunan Berrsih 3.0 semalam. Menilai kepada jumlah kehadiran orang di samping rangkaian protes serupa yang dianjurkan di seluruh dunia, Abim beranggapan ia memberikan isyarat jelas bahawa rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa yang mahukan sistem pilihanraya yang telus serta tidak diragui integritinya diamalkan di negara yang tercinta ini. Demikian kata Amidi Abdul Manan, Presiden Abim dalam satu kenyataannya selepas perhimpunan Bersih 3.0 semalam. Dalam hal ini, katanya, Abim mengimbau semula pelbagai rungutan serta kekhuatiran yang diutarakan oleh rakyat berhubung dengan isu ini, seperti kewujudan nama pengundi yang meragukan (pengundi hantu), integriti saluran undi POS, akses saksama kepada media untuk semua parti politik, dan integriti serta kedudukan institusi-institusi awam selaku badan yang bebas dari pengaruh partisan mana-mana kelompok politik di samping amalan politik kotor dan rasuah yang sering diperkatakan di peringkat akar umbi. "Semoga penganjuran perhimpunan aman ini akan menggerakkan perubahan drastic serta agresif dan komprehensif terhadap tatacara pengendalian pilihanraya yang telus serta tidak diragui integritinya. "Sesungguhnya penglibatan serta pandangan yang dikemukakan oleh rakyat adalah bukti kematangan masyarakat sivil wujud di negara ini, dan sekaligus merupakan bench mark utama terhadap kualiti sumber daya insan yang ada di negara ini," kata beliau dalam kenyataannya. Menurut beliau, dari konteks umat Islam selaku teras peneraju politik di negara ini, Islam menganjurkan integriti serta ketelusan merupakan esensi penting yang ditekankan dalam kehidupan seseorang Muslim. "Islam menganjurkan setiap amalan serta pekerjaan dilaksanakan dengan jujur serta ikhlas untuk imbalan berbentuk keberkatan serta keredhaan dari Allah s.w.t. "Keberkatan serta keredhaan dari Allah s.w.t hanya boleh dicapai seandainya teras utama ajaran Islam yang menganjurkan amanah, keikhlasan serta kejujuran diamalkan di pelbagai peringkat," tegas beliau. Bagi beliau, kemuafakatan atau konsensus dalam Islam boleh dirangka melalui kepelbagaian pandangan dan pendapat yang diuruskan dengan hikmah serta harmoni. Pengendalian pilihanraya yang telus serta tidak diragui integriti tatacara penganjurannya merupakan esensi penting untuk mendapatkan permuafakatan serta konsensus secara berkat serta diredhai Allah yang akan meresap jauh dalam denyut nadi serta amalan rakyat. Natijahnya, pembentukan Negara Barakah yang merangkumi esensi keberkatan dan keredhaan illahi dapat direalisasikan. "Di akhir kalam ini, Abim ingin merakamkan ucapan tahniah atas partisipasi rakyat Malaysia dalam perhimpunan aman Bersih 3.0 ini," katanya. | ||||||
Cara polis semalam tidak berlaku di bawah Pakatan Posted: 29 Apr 2012 12:02 AM PDT
KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, di bawah Pakatan Rakyat kelak peristiwa seperti himpunan di Pulau Pinang dan Kuantan (perhimpunan Lynas) tempoh hari akan diterima sebagai KPI polis. Peristiwa seperti di Kuala Lumpur akan dilihat sebagai kegagalan mereka, kata Khalid melalui twitternya hari ini. Beliau merujuk kepada kekecohan yang berlaku dalam perhimpunan Bersih 3.0 semalam di Kuala Lumpur. Perhimpunan yang asalnya berjalan dengan aman bertukar kecoh apabila polis bertindak menembak gas pemedih mata di tengah-tengah orang ramai. Orang ramai juga mula marah apabila melihat sebuah kereta polis masuk ke kawasan mereka dalam keadaan pemandu kereta itu memakai topi kledar. Akibatnya orang ramai melempar botol air dan sebagainya ke kereta itu. Kereta itu kemudiannya melanggar orang ramai dan berhenti di tembok komplek Sogo. Tiga orang dikatakan cedera manakala seorang disahkan cedera parah serta mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur. Sebagai reaksinya, pemandu kereta bertopi keledar itu di belasah oleh orang ramai. Bagi Khalid (gambar kanan), Walaupun dikatakan ada yang cuba merempuh pagar berduri di Dataran Merdeka, menembak gas ke arah ribuan orang yang sedang berkumpul secara aman hanya menjanjikan kekecohan. "Polis yang pro tidak bertindak begitu, sebaliknya berusaha mengawal keadaan, menjaga keselamatan orang ramai, termasuk pendemonstran kerana polis bersenjata, rakyat tidak," katanya. Oleh kerana hanya polis bersenjata, tindakan polis mesti lebih terkawal, lebih profesional. Mereka sepatutnya dilatih untuk jaga rakyat bukan memukul rakyat, tambah Khalid yang juga AJK PAS Pusat. "Bawah PR kelak, polis akan dilatih menjadi pelindung/pembela rakyat. Perubahan ini wajib dilakukan demi masa depan hubungan rakyat dan institusi polis," tegas Khalid lagi. Seorang lagi rakan beliau, Dr Syed Azman Syed Ahmad dalam kenyataannya pula mempertikaikan laporan media tradisional yang dikawal oleh Umno dan Barisan Nasional hari ini. "Meneliti berita Bersih dalam akhbar New Straits Times, The Star, BHarian dan Mingguan Malaysia sambil sarapan. "Takada yang baik dari himpunan aman Bersih.......akhbar jijik," tulis beliau yang juga Penolong Setiausaha Agung PAS. Salah satu tuntutan Bersih 3.0 adalah liputan media yang adil. | ||||||
Rumah artis, cerita Bersih 3.0 terhangat Posted: 28 Apr 2012 11:55 PM PDT
KUALA LUMPUR: Berita mengenai sebuah rumah yang bernilai RM4 juta dimiliki seorang artis yang didakwa mempunyai hubungan dengan seorang menteri menjadi artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke-17. Rumah tiga tingkat beralamat di No 18, Jalan Lembah TTDI 3, Taman Bukit Indah (The Valley), Ampang, kata sumber telah diduduki awal April ini. Di tangga kedua pula, ialah sebuah kupasan menarik daripada Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada mereka yang terkeliru dengan mainan Umno sehingga sangsi samada mereka perlu menyokong Bersih 3.0 sebelum perhimpunan diadakan pada 28 April. Berita mengenai pertemuan pelakon filem Bukit Kepong dengan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu pula menduduki tempat ketiga minggu ini. Di tempat keempat pula berita mengenai gangguan berbentuk termasuklah tarian separuh bogel, tarian singa, percikan bunga api dan sebagainya yang sengaja dibuat pihak tertentu ketika ceramah pelancaran Pra Bersih 3.0 Peringkat Parlimen Gopeng yang dihadiri oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said. Manakala, berita mengenai insiden bagaimana sebuah kereta peronda polis boleh terbalik ketika perhimpunan Bersih 3.0 menduduki tangga kelima. Berita ini adalah untuk menjawab kekeliruan yang ditimbulkan TV3 yang menyiarkan video yang telah diedit bagaimana kereta peronda polis itu diterbalikkan oleh para peserta perhimpunan Bersih 3.0 hari ini. Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu, 22 hingga 28 April, 2012. | ||||||
Bersih 3.0 zahirkan suara hati rakyat Malaysia Posted: 28 Apr 2012 11:49 PM PDT
: KOTA BHARU - Kehadiran ratusan ribu pada himpunan Bersih 3.0 di Kuala Lumpur semalam secara jelas menggambarkan rakyat tidak lagi yakin terhadap proses pengendalian pilihan raya di negara ini. Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yakub (gambar) berkata, rakyat berhimpun dengan jumlah begitu ramai semata-mata bagi menzahirkan suara hati mereka terhadap ketidakadilan yang berlaku. "Himpunan Bersih 3.0 semalam yang turut diadakan serentak di beberapa lokasi lain dalam dan luar negara menggambarkan hasrat sebenar rakyat ingin melihat pilihanraya benar-benar bersih daripada segala kepincangan. "Bersih 3.0 satu himpunan yang cukup berjaya bagi mendesak kerajaan membersihkan daftar pemilih yang meragukan," katanya ketika ditemui di pejabatnya hari ini. Semalam ratusan ribu rakyat yang datang dari seluruh negara berhimpun di sekitar kawasan Dataran Merdeka bagi mendesak kerajaan benar-benar melakukan reformasi terhadap badan pengendalian pilihan raya. Biar pun perhimpunan Duduk Bantah cuba digambarkan keadaan sebaliknya dalam banyak laporan media hari ini, namun orang ramai lebih awal mendapat maklumat sebenar dari lokasi sejak semalam. Ahmad yang juga Timbalan Menteri Besar berkata, perhimpunan itu membuktikan kehendak rakyat tidak boleh diperlekehkan lagi. "Dewan Ulamak PAS berharap kerajaan dapat mengenal pasti perkara-perkara yang dibangkitkan bagi memulihkan sistem pilihanraya negara ini benar-benar bersih dan tidak berlaku sebarang penyelewengan. "Walaupun media cuba menggambarkan berlakunya rusuhan dan keganasan, kami percaya ia tidak akan berlaku sekiranya pihak keselamatan bertindak secara bijaksana. "Kerajaan dan SPR tidak boleh lagi menjawab setiap masalah secara sambil lewa kerana rakyat mengetahui kelemahan yang cuba disembunyikan," katanya. Beliau juga berkata, amat tidak wajar pengerusi dan timbalan pengerusi SPR menjadi ahli kepada parti politik memandangkan badan pengendali pilihan raya itu sebelum ini diperlihatkan sebagai berkecuali. Menurutnya apabila mereka menjadi penyokong kepada parti politik tertentu sudah tentu ada perasaan bias dan tidak mampu lagi bertindak sebagai pengadil yang berkecuali. | ||||||
Utusan: Tali Hayat Yang Bakal Putus Posted: 28 Apr 2012 11:41 PM PDT | ||||||
Keganasan: Reuters jangka PRU ditangguh lagi Posted: 28 Apr 2012 11:16 PM PDT
| ||||||
Bersih 3.0: PAS ucap tahniah ikut arahan pemimpin Posted: 28 Apr 2012 11:10 PM PDT HARAKAH DAILY |
Ahli-ahli PAS telah menunjukkan komitmen bersungguh, sehingga jumlah yang ramai berjaya hadir dan bertugas dengan baik khususnya anggota Unit Amal. Begitu juga rakyat yang datang daripada pelbagai latar belakang politik dan tidak berparti juga turut menjayakan.
Saya sempat berjalan bersama rakyat dan pimpinan Pakatan Rakyat dari Masjid Negara hingga ke tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya bersyukur kepada Allah SWT dan moga semua yang menjayakan diberi ganjaran oleh Allah.
Dalam masa yang sama saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada rakan Pakatan Rakyat yang ikut serta dan NGO-NGO yang memulakan himpunan sehingga tercapai kejayaan lebih besar daripada Bersih 2.0.
Kepada pihak kerajaan, saya mengingatkan supaya segera melakukan perubahan dalam demokrasi di negara kita. Segera bersihkan daftar pemilih, bebaskan media dan lain-lain amalan demokrasi. Jangan tulikan telinga dengan protes besar rakyat kelmarin.
Jika sekiranya tuntutan rakyat kekal tidak didengari, kita sedia menganjurkan perhimpunan lebih besar dengan jumlah berganda daripada Bersih 3.0 sehingga protes kita terhadap kekotoran pilihanraya diterima.
Kita mahukan perubahan kerajaan dalam keadaan aman dan matang sebagaimana amalan negara-negara maju yang telah matang amalan demokrasinya.
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan