Isnin, 9 April 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Lembu NFC didakwa mati akibat keracunan

Posted: 09 Apr 2012 03:56 AM PDT


MALAYSIA KINI
DAP hari ini mendesak Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar mengesahkan keselamatan daging lembu yang diusahakan National Feedlot Corporation ekoran dakwaan bahawa ternakan itu mengalami keracunan.

Setiausaha publisiti DAP, Tony Pua berkata demikian berdasarkan dokumen yang menunjukkan bahawa beberapa ekor lembu berkenaan mengalami keracunan kuprum yang teruk (severe copper poisoning).

"Menteri (Noh) juga perlu mengesahkan jika semua daging yang dikeluarkan oleh NFC adalah bebas daripada bahan kimia kuprum dan juga memaklumkan jika kementerian telah menjalankan pemeriksaan berikutan penemuan keracunan kuprum pada tahun lepas

"Apa yang rakyat perlu tahu ialah berapa banyak lembu yang telah mati ketika dibawah jagaan NFC, berapa angka yang terlibat dan adakah kesemua lembu ini dilupuskan dengan cara yang betul," katanya.

Pua berkata, ujian oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar itu dijalankan ke atas enam ekor lembu yang mati pada pertengahan Jun 2011.

Menurut Pua, ujian tersebut menunjukkan tahap kandungan kuprum melebihi julat normal untuk seekor lembu.

Jelasnya, hati lembu yang normal hanya mempunyai antara 25 hingga 100 bahagian per juta kuprum (ppm), sedangkan sampel yang diuji itu menunjukkan kandungan kumprum sebanya 172,98 bahagian per juta.

Ginjal lembu tersebut pula mengandungi 43.71 ppm kuprum, berbanding paras normal ialah 4-6 ppm," katanya lagi dalam satu kenyataan media.

Selain itu, Pua berkata, ujian lain yang dilakukan terhadap lembu tersebut menunjukkan terdapat 721.24 ppm kumprum.

"Perkara ini memerlukan perhatian serius kerana melibatkan produk daripada daging lembu yang berpenyakit dan mungkin telah dijual untuk kegunaan rakyat di Malaysia," katanya lagi.

Justeru, Pua mendesak supaya Noh mengesahkan ujian yang telah dijalankan ke atas lembu itu bagi memastikan keracunan itu tidak menjejaskan lembu lain.

Katanya, secara keseluruhan, lembu-lembu lain kemungkinan akan mengalami tahap kuprum yang berlebihan atau mungkin tidak akan mati semasa proses tersebut.

Aktivis anti-ISA berarak ke parlimen

Posted: 09 Apr 2012 03:53 AM PDT

GALERI FOTO

Sekumpulan kira-kira 50 orang berarak ke bangunan Parlimen hari ini untuk menggesa Perdana Mernteri Datuk Seri Najib Razak supaya segera memansuhkan undang-undang ISA.

Kumpulan yang diketuai NGO Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) itu berhimpun di Taman Tasik Perdana pada kira-kira jam 11 pagi untuk berarak sejauh kira-kira 700 meter ke bangunan Parlimen.

NONEEnam orang wakil kumpulan berkenaan, diketuai pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh, kemudiannya memasuki kawasan bangunan Parlimen untuk menyerahkan memorandum kepada perdana menteri dan juga ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, hanya Anwaryang tampil untuk menerima memorandum berkenaan.

Anwar berkata, beliau akan menyerahkan salinan untuk Najib itu ke Pejabat Perdana Menteri dan juga menyiapkan rang undang-undang persendiriannya untuk memansuhkan ISA yang akan difailkannya.

Selain undang-undang ISA, kumpulan itu juga mendesak kerajaan supaya memansuhkan Akta Dadah Berbahaya dan juga Ordinan Darurat dan turut berikrar untuk menentang undang-undang BN yang memperuntuk penahanan tanpa bicara.

Isu lesen balak: Anifah nafi disiasat SPRM

Posted: 09 Apr 2012 03:50 AM PDT

Menteri luar, Datuk Seri Anifah Aman mendakwa beliau tidak tahu menahu mengenai dakwaan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati beliau secara rasuah telah menerima lesen balak daripada abangnya yang juga ketua menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

MP Kimanis itu berkata, dakwaan "terdesak" itu telah diada-adakan oleh pihak berkenaan.

Dalam jawapannya melalui SMS kepada Malaysiakini, beliau berkata beliau tidak tahu menahu mengenai perkara itu.

Ditanya sekiranya beliau telah disiasat SPRM, Anifah menafikan perkara itu dan itulah kali pertama beliau mendengar mengenai dakwaan seperti itu.

Beliau mengulas laporan laman web Sarawak Report, Khamis lalu yang mendakwa mendapat dokumen bocor SPRM yang mendakwa demikian.

Husam: Hutang PTPTN RM28b, bukan RM43b

Posted: 09 Apr 2012 03:48 AM PDT


MALAYSIA KINI

Naib presiden PAS Datuk Husam Musa mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi angka mengelirukan berhubung jumlah keseluruhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional yang telah dikeluarkan kerajaan kepada pelajar.

Husam berkata angka RM43 bilion yang disebut Najib itu juga mungkin sengaja disebut perdana menteri untuk menakut-nakutkan rakyat.

"Dengan jumlah peminjam seramai 1.9 juta orang, jumlah keseluruhan pinjaman yang dikeluarkan sejak ia mula dikeluarkan sehingga akhir 2012 hanya berjumlah RM28 bilion sahaja. Bukan RM43 bilion seperti disebut.

"Mengapa PM sanggup memberikan angka yang silap? Adakah sengaja untuk mengeliru dan menakutkan rakyat jelata?," kata Husam yang juga exco kanan kerajaan Kelantan.

Katanya lagi, kenyataan perdana menteri bahawa negara tidak mampu menjelaskan hutang RM43 bilion itu juga menunjukkan bahawa Najib tidak memahami mekanisme kewangan yang lazim diamalkan – termasuk dalam soal memberi perjanjian dan menjadual semula pinjaman.

Husam mengulas kenyataan Najib sebelum ini bahawa kerajaan perlu membelanjakan RM43 bilion jika ingin memansuhkan pinjaman melalui PTPTN.

Dalam kenyataannya, Husam – yang berkelulusan bidang ekonomi dari Universiti Malaya – turut menjelaskan kaedah yang boleh diambil Pakatan Rakyat untuk melunaskan jumlah hutang RM28 bilion itu, sekiranya membentuk kerajaan.

Katanya, jumlah berkenaan tidak semestinya dilunaskan secara keseluruhan, serta merta.

Tambahnya, Pakatan juga boleh mengambil alih pinjaman tersebut atau memberikan jaminan pembiayaan tahunan kepada institusi kewangan yang memberi pembiayaan kepada PTPTN.

"Antara tindakan yang boleh diambil ialah mengambil alih pinjaman PTPTN atau memberikan jaminan pembiayaan tahunan sama jumlah dengan tanggungan PTPTN kepada institusi kewangan yang memberikan pembiayaan kepada PTPTN.

"Dengan itu kos tahunan kepada kerajaan adalah masih dalam tahap kemampuan kerajaan pusat sebagaimana PTPTN mempunyai jadual pembayaran tahunan yang tertentu," katanya.

4 menteri disambung senator

Posted: 09 Apr 2012 03:44 AM PDT

Wartawan Sinar Harian


KUALA LUMPUR - Tempoh perkhidmatan empat anggota Kabinet sebagai senator disambung selama tiga tahun hari ini.

Keempat-empat mereka ialah Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Mereka adalah antara lima orang mengangkat sumpah sebagai Senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang hari ini.

Turut mengangkat sumpah senator yang baru dilantik, Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah.

Raja Ropiah, 63, yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dari Universiti Malaya tahun 1973, merupakan Ketua Wanita Umno negeri Selangor dan Exco Wanita Umno Malaysia.

Semasa bercakap kepada pemberita selepas upacara angkat sumpah itu, Raja Ropiah berkata beliau berterima kasih kepada kerajaan kerana pelantikan kali pertama itu untuk tempoh tiga tahun.

Katanya, beliau akan memberi perkhidmatan terbaik untuk kepada rakyat khususnya di negeri Selangor.

Jamil Khir, 51, berkata, beliau melihat pelantikan semulanya sebagai Senator sebagai satu amanah yang harus dipikul dengan penuh tanggungjawab dalam meneruskan perkhidmatan kepada rakyat khususnya mengenai perkara berkaitan agama Islam.

"Saya akan melaksanakan dengan sebaik mungkin demi kesejahteraan negara dan rakyat," katanya.
Beliau berterima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan dalam pelantikan tersebut. - Bernama

3 akta dipinda bolehkan pelajar sertai politik

Posted: 09 Apr 2012 03:37 AM PDT

SINAR HARIAN

khalid nordin

KUALA LUMPUR - Pelajar institusi pengajian tinggi akan dibenarkan menyertai dan menganggotai mana-mana parti politik apabila pindaan pada tiga akta berkaitan dengan peruntukan itu diluluskan Dewan Rakyat kelak.

Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan), Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) dan Rang Undang-undang Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) dibentang buat kali pertama oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Pindaan itu bagi menggantikan peruntukan sedia ada yang melarang pelajar universiti menjadi anggota parti politik.

Namun, pindaan itu mencadangkan sekatan terhadap penglibatan pelajar dalam aktiviti parti politik di dalam kampus bagi mengekalkan keberkecualian di dalam kampus.

Antaranya ialah subseksyen 15(2) Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti, subseksyen 47(2) Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta dan subseksyen 10(2) Rang Undang-undang Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) yang mencadangkan pelajar universiti tidak dibenar bertanding dalam pilihan raya kampus bagi atau memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana persatuan universiti jika pelajar itu memegang jawatan dalam parti politik.

Pelajar universiti juga tidak dibenar menjalankan aktiviti politik di dalam kampus, tidak dibenar menjadi ahli kepada mana-mana persatuan dan pertubuhan di dalam dan luar kampus yang menyalahi undang-undang.

Pindaan pada ketiga-tiga rang undang-undang itu juga mencadangkan seseorang pelajar universiti tidak boleh dihalang daripada membuat kenyataan mengenai sesuatu perkara akademik yang berhubungan dengan perkara yang pelajar itu terlibat dalam pengajian atau penyelidikannya.

Selain itu, pindaan pada seksyen 21 Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti juga mencadangkan supaya Jawatankuasa Aduan Pelajar ditubuh untuk menjalankan siasatan atau inkuiri ke atas apa-apa aduan yang dibuat pelajar mengikut cara yang ditetapkan oleh Statut.

Jawatankuasa itu akan dianggotai Naib Canselor sebagai pengerusi, dua orang ahli yang dipilih Majlis Perwakilan Pelajar-pelajar, dua orang ahli yang dipilih oleh Persatuan Siswazah atau Alumni Universiti dan dua orang pegawai lain universiti yang dilantik oleh Lembaga. – Bernama

Daftar Pemilih di Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) – Beberapa Nama Telah Berjaya DIKLONKAN?

Posted: 09 Apr 2012 03:34 AM PDT

Staff Berita Semasa

Daftar Pemilih Online Daftar Pemilih di Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)   Beberapa Nama Telah Berjaya DIKLONKAN?


Sudah beberapa kali rakyat Malaysia yang bakal "bersiap siaga" untuk hadir bagi menentukan masa depan dan halatuju pemerintahan di Malaysia untuk tempoh 5 tahun yang akan datang dalam Pilihanraya Umum ke 13, telah disuapkan dengan cerita dan berita yang kononnya Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menipu dalam daftar pemilih. Di mana kebenarannya?

Acapkali kami mendengar dan memerhatikannya. Tetapi selagi tiada rujukan dan bukti untuk dijadikan sandaran, kami sama sekali tidak akan mengeluarkannya di Berita Semasa. Dan….kami tidak mahu menuduh SPR semata, tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) perlu menjawab isu terbaru ini. Dan baru-baru ini, ahli jawatankuasa pemandu BERSIH dan saintis politik Wong Chin Huat ada mendedahkan beberapa nama pengundi dijadikan pengundi "KLON" yang akhirnya nanti akan bertindak sebagai pengundi hantu.

Daftar Pemilih 2012 Baru Daftar Pemilih di Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)   Beberapa Nama Telah Berjaya DIKLONKAN?

Sumber : lamanweb semakan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

Apa yang boleh anda perhatikan daripada paparan gambar di atas ini? Ada 2 pengundi di atas ini dan antara yang dipertikaikan adalah :

  • Bagaimana 2 pengundi ini boleh memiliki kad pengenalan lama yang sama dan juga alamat lama yang sama tetapi kad pengenalan yang berbeza

Selain daripada contoh dia atas beberapa cara dan kaedah lain yang boleh digunakan untuk membolehkan "pengundi KLON" ini berjaya untuk mengundi lebih daripada sekali. Antaranya kaedahnya ialah :

  • Pengundi yang mempunyai nama yang sama, tetapi nombor kad pengenalan baru yang digunakan adalah sedikit berbeza
  • Nama yang sama, tetapi tarikh lahir yang digunakan adalah sedikit berbeza pada nombor kad pengenalan baru
  • Pengundi pos mempunyai nama yang sama tetapi nombor kad pengenalan yang sedikit berbeza

Jikalau benarlah pilihanraya Umum ke 13 semakin hampir, sepatutnya masalah-masalah seperti ini perlu diatasi dengan segera, melainkan ada "tangan-tangan halus" yang mahu menipu dalam Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). Nauzubillah. Harap-harap dijauhkan kes-kes jenayah sebegitu rupa dalam badan SPR yang semestinya kalangan pengundi mengharapkan SPR menjadi satu badan yang bebas dan telus dalam menjalankan tugas. Minta SPR menjawab dengan telus isu ini.

SPR tidak boleh hanya mengatakan yang mereka telus dalam menjalankan amanah, sebab kepercayaan daripada kalangan rakyat Malaysia tidak boleh hanya bersandarkan kepada pertuturan semata tetapi mestilah disusuli dengan perbuatan yang betul.

Adakah tugas kalangan orang politik dan rakyat Malaysia perlu terus-menerus memeriksa hasil kerja yang sepatutnya diuruskan dengan sendiri oleh kakitangan dan pengurusan tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)? Berapa lama lagi tempoh yang diperlukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) untuk membersihkan daftar pemilih yang ada pada hari ini?

P/S : Ini antara yang berjaya dikesan, yang lain-lain?

Sudah 2 Tahun, Tiada Pelajar Malaysia Diterima Masuk Ke Universiti Harvard? Apa Sebabnya?

Posted: 09 Apr 2012 03:30 AM PDT

Staff Berita Semasa

Harvard University Malaysia Sudah 2 Tahun, Tiada Pelajar Malaysia Diterima Masuk Ke Universiti Harvard? Apa Sebabnya?


Sejak dari tahun 1985 hingga 2010, ada permohonan-permohonan dari Malaysia untuk menuntut di Harvard. Dan setiap tahun, sekurang-kurangnya seorang yang berjaya diterima masuk. Bezanya sejak 2 tahun terakhir, menunjukkan kesemua permohonan-permohonan pelajar Malaysia untuk masuk ke universiti paling berprestij di dunia, Universiti Harvard ditolak kerana dilihat tidak layak dari segi kualiti dan kebolehan untuk bersaing.

Benarkah? Apa masalah yang diperbetulkan sekarang ini dalam sistem pendidikan di Malaysia sekarang ini?

Sekarang ini, beribu-ribu yang mendapat semua A dalam SPM. Setiap tahun bilangan pelajar yang mendapat semua A dalam SPM meningkat. Tetapi adakah ia benar-benar mencerminkan kualiti sebenarnya dalam diri setiap pelajar?

Universiti Harvard Malaysia Sudah 2 Tahun, Tiada Pelajar Malaysia Diterima Masuk Ke Universiti Harvard? Apa Sebabnya?

Dipetik Daripada Laporan : Malaysia Insider

Melihatkan isu ini, kami suka untuk berkongsi beberapa contoh dan cerita di sini di mana sebelum ini terdapat satu kursus yang diadakan oleh bekas-bekas pelajar yang pernah memasuki Ivy League yang bertempat di Taylors College. Dari Universiti Columbia, Brown, Duke, Yale, Princeton, MIT dan Harvard, CalTec dan juga Stanford pun ada turut sama-sama menyertainya. Dan terdapat juga beberapa universiti lain yang lain pada masa itu. Boleh dikatakan yang hadir datang adalah terdiri daripada pelajar-pelajar & bekas pelajar dari universiti yang berprestij di dunia. Seperti kata-kata seorang wakil daripada MITI :

"if you randomly throw a stone there, you will definitely hit a mathematic Olympiad champion"

Hakikat antara mereka yang hadir adalah majoritinya adalah Cina, ada juga sebahagiannya adalah berbangsa India. Melayu tiada pada masa itu. Tetapi kalangan daripada mereka yang hadir memaklumkan suatu masa terdahulu terdapat beberapa kalangan Melayu yang berjaya diterima masuk ke dalam Harvard. Itu, dahulu….

"Seingat kami dahulu Raja Nazrin, Ananda Krishnan, Wan Nadiah Wan merupakan lulusan Universiti Harvard. Ada kalangan anda yang mahu berkongsi senaraiannnya?

Sekarang?

Dan…mereka mengatakan kebanyakan pelajar Malaysia yang mendapat keputusan yang cemerlang atau dalam bahasa yang mudah untuk diterima iaitu "keputusan yang gempak" tidak menjamin untuk anda-anda semua diterima masuk ke dalam universiti yang paling berprestij di dunia iaitu Universiti Harvard. Jadi apa yang mereka mahukannya sebenarnya? Apa yang Universiti Harvard cari adalah :

"Siapa anda, dan apa yang anda minati"

Ini semua ada kaitan dengan keghairahan seseorang dalam menimba ilmu mengikut bidang yang anda minati yang akhirnya perlu dibuktikan kepada semua panel melalui esei anda. Kebanyakan yang memberikan ceramah dan berkongsi pengalaman mereka tidak boleh menafikan yang mereka yang berjaya mendapat semua A dalam SPM dahulu tetapi apa yang penting yang perlu ada dalam diri mereka dan membezakan mereka dengan pelajar-pelajar yang lain pada masa itu adalah :

"Mereka amat bersemangat" dalam apa sahaja yang mereka lakukan. Mereka akan buat sebaik mungkin."

Contoh lain yang ingin kami kongsikan di sini adalah di mana ada seorang pelajar Princeton yang memang minat menari dan amat bagus dalam menari balet. Jadi apa yang beliau lakukan semasa memohon masuk ke dalam universiti tersebut? Beliau telah hantar semua imej dan gambar semasa beliau bertanding, sijil, siap sekali disertakan video dengan esei beliau. Akhirnya, beliau berjaya diterima masuk ke Univerisiti Priceton dalam jurusan Biologi.

Ada kisah lain yang menarik perhatian kami, di mana ada kalangan di antara mereka yang minat melukis dan telah menghantar banyak helaian lukisan yang disertakan bersama-sama borang permohonan tersebut, akhirnya beliau juga diterima masuk Universiti Brown. Seingat kami, beliau belajar dalam jurusan statistik.

Jadi, semuanya berkisar kepada semangat. Ada seorang kaunselor dari Kolej Taylor ini berkongsi ceritanya dnegan mengatakan ada seorang budak perempuan Melayu yang dapat diterima masuk ke dalam Harvard disebabkan beliau sendiri menghantar buku resepi ciptaan beliau sendiri bersam-sama dengan borang permohonan beliau.

Oleh itu, mereka (universiti Harvard) ini kurang memberikan perhatian kepada markah SAT 1600, SPM 16 A+ atau keputusan 20 A1. Ini kerana ramai juga yang memohon mendapat keputusan yang sebegitu rupa. Jadi mereka lebih gemar untuk melihat dan menilai keghairahan pemohon dan adakah pemohon benar-benar mampu memberikan komitmen dan semangat secara maksimum?

"Itu sebablah, individu yang ghairah dengan apa yang beliau minat, mempunyai pelaung yang cerah untuk diterima masuk ke dalam universiti berprestij ini"

Jadi sudah sampai waktu dan ketikanya, masyarakat (ibubapa, pihak sekolah, kerajaan) tidak digalakkan untuk terus memberikan tekanan supaya mereka tidak hanya mengejar bilangan A semata, tetapi kemahiran sosial dan pembentukkan diri seorang pelajar itu sendiri perlu diambil perhatian yang cukup serius.

Yang pentingnya di sini, asas institusi pengajian tinggi sebenarnya adalah terdiri daripada sistem pendidikan rendah dan menengah. Jikalau asas di bawahnya tidak kuat, puncaknya pasti akan bergoyang. Terus-terang kami katakan sistem pendidikan di Malaysia di era 60 an dan 70 an lebih baik berbanding sistem pendidikan yang digunakan untuk tempoh 20 tahun ketika ini.

  • Dahulu, sistem pendidikan benar-benar diajar dan dididik untuk mendalami ilmu , bukan semata-mata mengejar keputusan peperiksaan dengan cemerlang semata
  • Dahulu, mreka lebih bebeas menyuarakan pendapat dan buah fikiran mereka
  • Persoalannya sekarang ini, dengan lambakan pelajar yang mendapat 10A setiap tahun. Adakah mereka benar-benar berkualiti atau bersandarkan kepada kuantiti semata?
  • Adakah ini ukuran sebenar yang mereka pandai? Kalau jawapannya adalah YA, maknanya di sini siapa yang memperolehi 10A mestilah pandai. Yang dapat 20A, pastinya genius. Yang dapat 35A, bagaimana pula?

Daripada sini, kita boleh lihat kenapa dan mengapa sistem pendidikan di Malaysia perlukan perubahan. Kami melihat sistem pendidikan sekarang mengajar pelajar untuk lebih menghafal dari memahami sesuatu ilmu.

Sekali pandang, inilah dia serpihan kesan disebalik sistem persekolahan di Malaysia. Sistem persekolahan di Malaysia ada baiknya, tetapi masih ada ruang yang perlukan perubahan besar dalam sisitem persekolahan di Malaysia.

P/S : Apa pandangan dan cadangan anda pula daripada kaca mata anda sebagai seorang pelajar, bekas pelajar, guru-guru (golongan pendidik) dan juga golongan yang sudah bekerjaya melihat kepada isu ini?

FGVH tetap disenarai walau enggan serah tanah

Posted: 09 Apr 2012 03:28 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY

Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad berkata keadaan itu tidak akan menjejaskan usaha penyenaraian tersebut.



GEMAS: Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia akan tetap berjalan, walaupun ada kerajaan negeri tidak mahu menyerahkan tanah mereka yang kini diusahakan oleh Felda.

Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad berkata keadaan itu tidak akan menjejaskan usaha penyenaraian tersebut kerana jumlah tanah yang dimiliki mereka adalah kecil berbanding tanah-tanah yang dimiliki Felda di negeri-negeri lain.

"Felda mempunyai tanah yang dibangunkan Felda Plantations Sdn Bhd (FPSB) di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang, bagi saya soal sama ada mereka (kerajaan negeri pembangkang) ingin menyertai atau tidak (penyenaraian FGVH) itu terpulang kepada mereka.

"Ia tidak menghalang proses kita untuk pergi ke pasaran saham kerana semua kerja-kerja untuk penyenaraian itu telah kita buat dan saya tidak nampak ada apa-apa halangan dari negeri-negeri yang tidak mahu menyertai penyenaraian ini," katanya kepada Bernama, selepas merasmikan Kompleks Sukan Gugusan Felda Jelai, di Felda Jelai 2, di sini hari ini.

Sebelum ini kerajaan negeri Kelantan melalui Exconya Datuk Husam Musa menyatakan bahawa negeri itu tidak akan menyerahkan tanah di Kelantan yang kini diusahakan oleh Felda untuk disenaraikan di Bursa Malaysia.

Husam berkata kerajaan negeri mengambil langkah itu kerana berpendapat penyenaraian FGVH lebih bermotifkan politik demi kepentingan parti Barisan Nasional.

Selain di Kelantan, Felda melalui FPSB memiliki tanah di Selangor dan Kedah yang turut dikuasai pembangkang.

Milik bumiputera

Terdahulu, Mohd Isa dalam ucapannya semasa merasmikan program Sihat Felda berkata, FGVH akan tetap menjadi syarikat milik bumiputera walaupun disenaraikan di Bursa Malaysia.

Katanya walaupun saham-saham FGVH akan diniaga dan akan dimiliki oleh pelbagai pihak, Felda akan memastinya sekurang-kurangnya 50.1 peratus daripada saham-saham tersebut dimiliki oleh individu dan syarikat bumiputera.

"Ada orang cakap kalau disenaraikan dan saham-saham Felda akan diniagakan, siapa-siapa pun boleh beli. Tapi kita janji bahawa Felda akan tetap menjadi syarikat milik bumiputera untuk selama-lamanya," katanya.- Bernama

‘Mansuh RM1.5 bilion PTPTN IPTS Pakatan’

Posted: 09 Apr 2012 03:27 AM PDT

Menteri Pengajian Tinggi mencabar Pakatan Rakyat melaksanakannya tanpa perlu menunggu mengambil alih pentadbiran Putrajaya pada PRU13.


Sekitar Dewan Rakyat


KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat perlu menampung kira-kira RM1.5 bilion untuk memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) jika serius mahu memberikan pendidikan universiti percuma kepada rakyat di bawah negeri pentadbirannya.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin berkata jumlah itu melibatkan tiga Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Kedah dan Selangor, iaitu Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang berjumlah RM258.45 juta, Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) (RM369.98 juta) dan Universiti Industri Selangor (Unisel) (RM851.29 juta).

Sehubungan itu, beliau mencabar Pakatan Rakyat melaksanakannya tanpa perlu menunggu mengambil alih pentadbiran Putrajaya pada Pilihan Raya Umum akan datang (PRU13).

"Kita tak menghalang kerajaan negeri (Pakatan) laksanakannya jika mampu.

"Kalau mereka betul-betul ada formula yang baik mereka boleh mulakan dengan IPTS yang mereka kuasai," katanya dalam sidang media di
Parlimen hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin berkata pemansuhan PTPTN akan menjadi beban kepada kerajaan kerana perlu menanggung jumlah pinjaman RM43 bilion.

Menurut Najib, ini memandangkan 90 peratus kos pengajian telah ditanggung oleh kerajaan dan hanya 10 peratus yuran dibayar oleh penuntut menerusi pinjaman PTPTN.

Selain itu, Khaled menegaskan status tiga universiti terbabit juga tidak akan berubah sama sekali jika pentadbitan kerajaan Pusat bertukar tangan kepada Pakatan memandangkan ia pada asalnya ditubuhkan di bawah Akta 555 Penubuhan IPTS 1996.

Beliau turut mempertahankan penangguhan Pilihan Raya Kampus atas alasan mahu membuat penyeragaman dengan pengambilan pelajar semester baru pada September nanti.

"Tiada gunanya kalau pelajar semester akhir mengundi atau dipilih menjadi pemimpin sebab mereka akan meningalkan universiti pada semester akan datang," katanya.

Kementerian Pengajian Tinggi menangguhkan Pilihan Raya Kampus di IPTA dan IPTS yang sepatutnya dijadualkan April ini kepada September depan dan ini menimbulkan rasa tidak puas hati sesetengah pelajar terutamanya kumpulan Pro-Mahasiswa.

Turut baca:

Kenyataan Najib mengenai PTPTN mengelirukan

3 pegawai SPRM diminta beri penjelasan kes Beng Hock

Posted: 09 Apr 2012 03:16 AM PDT

MALAYSIA CHRONICLE


KUALA LUMPUR- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta tiga pegawai SPRM yang dinamakan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung kematian Teoh Beng Hock, untuk memberikan penjelasan berhubung pertuduhan yang dikenakan terhadap mereka.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed, berkata langkah itu adalah proses sebelum tindakan tatatertib diambil terhadap mereka, berdasarkan cadangan daripada jawatankuasa aduan yang dibentuk di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

"SPRM membentangkan kes tersebut kepada jawatankuasa aduan yang dipengerusikan oleh bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nor Adullah.

"Selepas mereka berbincang mengenai hasil pencapaian Suruhanjaya Siasatan Diraja dan cadangan yang dibuat, mereka telah mengemukakan beberapa pandangan dan salah satu pandangannya ialah mengambil tindakan tatatertib.

"Tingkah laku mereka (pegawai SPRM) ada yang melanggar peraturan tatatertib, jadi kita sedang dalam proses meminta mereka memberikan penjelasan terhadap pertuduhan yang telah dikenakan terhadap mereka," katanya hari ini.

Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) dan Perjanjian Integriti (IP) antara Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) dengan SPRM, di sini.

Majlis menandatangani CIP dan IP itu telah disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Abu Kassim berkata, bentuk tindakan tatatertib yang bakal dikenakan akan bergantung kepada keseluruhan proses yang sedang dilaksanakan itu.

Katanya tindakan gantung kerja yang dikenakan terhadap tiga pegawai SPRM tersebut telah ditarik balik berikutan siasatan telah selesai dan mereka kini ditempatkan di tempat lain dan tidak lagi berada di pejabat SPRM Selangor.

Mengulas permintaan keluarga Teoh untuk berdialog dengan SPRM, Abu Kassim yang

mengalu-alukannya, berkata mereka boleh datang ke SPRM pada bila-bila masa.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor di tingkat 14, plaza berkenaan.

Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung kematian Teoh, memutuskan bahawa Teoh membunuh diri akibat mengalami rasa terbeban dan tertekan dengan sesi soal siasat yang agresif dan berlarutan ke atasnya oleh pegawai penyiasat SPRM.- BERNAMA

Timbalan Pengarah SKMM Didakwa Subahat Rasuah Dengan Isteri

Posted: 09 Apr 2012 03:15 AM PDT

MALAYSIA CHRONICLE

SHAH ALAM -- Seorang timbalan pengarah Bahagian Kandungan dan Penguatkuasa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, Isnin atas tuduhan bersubahat dengan perbuatan rasuah isterinya dan seorang pengarah urusan sebuah syarikat swasta membabitkan nilai RM250,000 pada Mac lepas.

Noor Mohamed Khan Mohamed Mastan, 39, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Asmadi Hussin.

Dia didakwa bersubahat dengan isterinya Suraya Hani Ahmad Zaki dan Noorshidin Mohd Noor, yang didakwa menerima bagi diri mereka suapan wang tunai RM250,000 daripada ketua pegawai operasi Syarikat Siaga Informatics Sdn Bhd Mohd Shukri Othman sebagai upah kononnya telah membantu syarikat itu memperoleh surat penganugerahan bagi tender untuk mereka bentuk, melaksana, menguji dan pentauliahan makmal forensik digital di SKMM.

Noor Mohamed Khan didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Siaga Informatics di Suite 2-6, Level 6, Jalan USJ 9/5T, Subang Business Centre, Subang Jaya, kira-kira 10.25 pagi pada 14 Mac lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama dibaca bersama Seksyen 28 (1)(c) Akta SPRM 2009, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.-- BERNAMA

Bersih 3.0: Hindraf sepatutnya menyertai kaum lain dan berjuang menjadikan Malaysia lebih baik

Posted: 08 Apr 2012 10:39 PM PDT

Mathias Gomes, Malaysia Chronicle


Ia adalah sedih untuk mendengar bahawa Hindraf tidak akan mengambil bahagian dalam Bersih 3.0, jika Pemimpin Pakatan tidak menghadiri mesyuarat yang dianjurkan Hindraf untuk menggariskan kesengsaraan India semasa 100 hari membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru. Pernyataan sedemikian hampir mencerminkan pandangan Perkasa, dan hanya Perkasa, setakat ini, telah meminta pihak polis untuk menghentikan perhimpunan tersebut. Nampaknya ada hubungan antara kedua-dua itu?

P Uthayakumar, pemimpin de facto Hindraf, kerana mementingkan diri sendiri telah mengahwini NGO Parti Hak Asasi Manusianya dan itu mengurangkan peluang Hindraf untuk hidup. Adakah Hindraf masih relevan? Dan kepada siapa? Atau ia wujud semata-mata untuk memberi kredibiliti kepada HRP? Ini adalah satu soalan yang Uthaya dan pasukan HRPnya perlu jawab dan maklumkan kepada semua rakyat Malaysia berketurunan India, kerana dengan mana-mana cara pun, masyarakat dikaitkan kepada Hindraf dengan hubungan khas (Pasam).

Pasam

Dan tiada siapa yang boleh menafikan bahawa Pasam wujud. Ia adalah ikatan istimewa yang menarik beribu-ribu orang pada hari itu pada 25 November, 2007 untuk berkumpul dan membantah pentadbiran Badawi kerana tidak lebih membantu kaum India. Dansehingga hari ini, hampir semua kaum India dari seluruh jurang politik masih menyokong Hindraf. Mereka tidak akan lupa laungan Makkal Shakti yang dicipta oleh Hindraf yang membantu mewujudkan Tsunami Politik 2008.

Kerajaan BN tidak dapat menerima faktor-rasa-baik bahawa Hindraf telah merebak ke semua rakyat dalam negara dan ini termasuk bukan India. Pada akhirnya, mereka mengharamkan Hindraf, sama seperti mereka mengharamkan Bersih 2.0, tetapi itu tidak menghalang Hindraf atau orang mereka daripada mempermainkan Kerajaan BN.

Pada akhirnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa cepat merampas Makkal Shakti dan mendaftarkannya sebagai sebuah parti politik yang dijalankan oleh seseorang yang secara terbaiknya boleh digambarkan sebagai "Pengkhianat" kaum India. Ia adalah RS Thanenthiran yang menerajui Makkal Shakti Najib. Ini menyebabkan perpecahan besar-besaran di kalangan Lima ISA -atau lima penganjur utama perhimpunan Hindraf. Semua mengikut haluan sendiri, itulah apa yang kerajaan pemerintah mahu dan rancangkan pada masa itu.

Kenapa kaitkan Hindraf dengan keputusan HRP?

Apabila Uthaya berkata beliau akan menunggu hasil dari Pakatan Rakyat untuk memutuskan penyertaan Hindraf dalam perhimpunan Bersih 3.0, hujah beliau penuh kekurangan. Dia mesti faham bahawa Bersih tidak terlibat dalam politik dan tidak ada sebab untuk melibatkan Pakatan Rakyat ke dalam hujah beliau melainkan jika dia mempunyai agenda tersembunyi (udang di sebalik batu).

Sedih untuk mengatakan bahawa semua ahli politik mempunyai agenda ini, jadi ia tidak menghairankan jikaUthaya mesti memahami sentimen kaum India dan mengikutinya. Jika dia menggunakan topi Hindraf, maka dia mesti bertindak sebagai sebuah NGO dan mementingkan motif sebenar Hindraf dahulu. Dalam HRP dia boleh bertindak sebagai seorang ahli politik dan mempunyai pelbagai taktik untuk menipu dan membohongi rakyat. Itu adalah pilihan beliau dan rakyat tidak akan tersinggung tetapi sebagai ketua Hindraf, beliau mesti mempunyai hanya satu muka untuk meyakinkan rakyat bahawa dia juga tidak terlibat dalam politik dalam membuat keputusan. Aneh kerana Uthaya boleh tidak terlibat dalam politik kerana dia mengaku apabila dia mengetuai sebuah organisasi politik, HRP.

Bersih 3.0 mungkin seolah-olah menyokong Pakatan Rakyat tetapi itu adalah kerana kononnya "Sebab" mereka adalah sama. Kedua-duanya mahu pilihanraya yang bebas dan adil, manakala Kerajaan BN tidak mahu mengubah apa-apa langsung. Jadi secara semula jadi kedua-duanya menentang dasar BN dalam aspek ini dan ia akan menjadi agak sukar untuk memisahkan mereka kerana mereka mempunyai kefahaman dan pandangan yang sama berkenaan membersihkan proses pilihanraya.

Uthaya mesti mengubah cara nya dan tidak cuba untuk menjadi peniru Perkasa, terutamanya jika dia mahu Hindraf untuk menjadi relevan lagi. Beliau harus sedar bahawa dia dan adiknya Waythamoorthy adalah halangan utama kepada kredibiliti Hindraf.

Lupakan 'penghalang', bersatu dengan kaum lain menjadikan Malaysia lebih baik

Bagi orang India pula, mereka perlu ingat bahawa pemimpin datang dan pergi. Ramai yang telah bertukar menjadi pengkhianat dan mengkhianati masyarakat. Perkara yang paling penting adalah bahawa jika kita inginkan sebuah negara Malaysia yang lebih baik, maka kita perlu kekal bersatu untuk mengakhiri pemerintahan BN. Dalam konteks ini, orang Cina adalah sabar dan mereka akan memimpin kali ini.

India Malaysia juga tidak harus berputus asa selepas sumbangan megah mereka pada 2007. Mereka mesti berusaha dan bersama-sama dengan semua kaum hadir pada 28 April untuk BERSIH 3.0. India Malaysia mesti berasa bangga kerana mereka memulakan semuanya hampir 5 tahun yang lalu. Mereka kini harus membantu untuk mengakhirinya, jika tidak berjaya lagi kali ini - masa yang paling penting bagi Malaysia dan rakyat Malaysia daripada semua warna kulit dan kepercayaan.

Saya mahukannya – bagaimana dengan anda? Malaysia Chronicle

BN tidak popular dikalangan pengundi muda, kata Khir Toyo

Posted: 08 Apr 2012 10:36 PM PDT


SHAH ALAM— Pentadbiran Najib harus menarik pengundi muda kerana pemberian wang tunai daripada kerajaan tidak memberikan kesan kepada mereka, kata Dr Mohd Khir Toyo.

Bekas Menteri Besar Selangor itu berkata pemberian wang tunai itu memang mewujudkan "rasa senang" rakyat Malaysia, namun ia hanya dirasai oleh mereka yang berumur 50 tahun ke atas. Tawaran yang dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memerintah turut memberikan tekanan kepada kerajaan Barisan Nasional.

Khir (gambar) turut memberi amaran kerajaan BN mempunyai tugas sukar — bagaimana hendak menarik perhatian mereka sedangkan pengundi lingkungan 21-30 dan 30-50, sudah "muak dengan politik".

"Rasa senang itu ada namun terhad kepada pengundi berusia 50 tahun ke atas ... mereka sudah sememangnya menentukan siapa yang akan mereka undi.

"Mereka berusia lingkungan 30 ke 50 masih belum membuat keputusan, tapi lebih bahaya adalah mereka yang berumur 21-30 yang tidak minat politik," katanya kepada The Malaysian Insider dalam satu temuramah eksklusif baru-baru ini.

"Saya beritahu perdana menteri, (Datuk Seri Najib Razak) pengundi 21 ke 30 tahun adalah masalah. Mereka tidak menikmati faedah daripada BR1M ... bagaimana hendak menarik perhatian kumpulan ini," kata Khir merujuk kepada Bantuan Rakyat 1 Malaysia.

Najib telah mengumumkan sejumlah RM500 untuk isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 sebulan dalam pembentangan belanjawan Oktober lalu, bagi mengurangkan beban peningkatan kos sara hidup.

Pemberian wang tunai besar-besaran itu dianggarkan diterima oleh 5.3 juta isi rumah dengan kos RM2.3 bilion. Perdana menteri bulan lalu menjelaskan 80 peratus, atau 3.74 juta daripada 4.78 juta isi rumah memohon untuk BR1M sehingga pada 1 Mac, menjadikan sejumlah RM1.92 bilion sudah diserahkan.

Bukti kurangnya sokongan terhadap BN jelas Khir adalah "tidak semua belia" menyokong sayap pemuda parti Pemuda Umno.

Tambah Khir, walaupun pemberian-pemberian daripada kerajaan "diterima", pengundi muda mahukan penyelesaian jangka panjang bagi menangani masalah peningkatan harga barang.

"Pengundi muda professional berumur 40 dan ke bawah adalah kumpulan kritikal, mereka semakin muak, kerana kita menghadapi banyak sangat masalah ... Lebih-lebih lagi perbezaan pendapatan dengan kos kehidupan.

"Tiada penyelesaian mutlak diberi pemimpin kedua-dua parti, Pakatan Rakyat atau kerajaan," tambahnya dan menjelaskan janji Anwar untuk menurunkan harga minyak jika PR memerintah.

"Sekiranya Anwar kata beliau akan turunkan harga minyak, saya tidak rasa harga gula akan turun, roti canai tidak akan turun.

"Sesetengah isu yang perlu diambil berat adalah perkhidmatan awam yang murah ... saya tahu Transit Aliran Deras (MRT) sedang dalam pembinaan tapi dalam tempoh interim, apa tindakan yang dibuat untuk meningkatkan mutu pengangkutan awam?" soal Khir.

Adun Sungai Panjang ini menjelaskan beliau kerap berjumpa pengundi muda dan kebanyakan merek sudah jelik deng, politik dan ahli politik kedua-dua belah pihak dan perpecahan politik ini memusnahkan mereka.

"Masyarakat semakin muak," katanya sebelum menamatkan sesi temuramah berkenaan.

BN menghadapi pilihan raya terburuk pada 2008 apabila hilang lima negeri kepada Pakatan Rakyat termasuk kehilangan dua per tiga majoriti di Parlimen.

Namun begitu, Perdana Menteri Najib memperlihatkan beliau akan melaksanakan pilihan raya dalam masa terdekat, ditambah keyaki,an yang tinggi terhadap BN. The Malaysian Insider difahamkan pilihan raya hanya akan dibuat awal Jun dengan Parlimen dijangka akan dibubarkan pertengahan Mei depan.

Pelakon Natasya Hudson Kini Bertudung

Posted: 08 Apr 2012 10:34 PM PDT


KELAB GREENBOC




P
elakon dan penyanyi Natasha Hudson, 29, bakal menamatkan zaman solonya bersama seorang ahli perniagaan dan juga penyanyi Carleed Khaza, 33, pada 15 April hadapan. Pasangan ini memilih Masjid Wilayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur sebagai lokasi pernikahan dan majlis akan diadakan sekitar jam 11 pagi.

Menurut Natasha yang dihubungi GUA semalam, dia dan Carleed tidak ada sebab-sebab tertentu memilih tarikh 15 April, sebaliknya tarikh itu dipilih kerana mengikut tarikh yang dicadangkan oleh pihak masjid.

"Perancangan untuk melangsungkan pernikahan telah kami buat sebelum masing-masing menunaikan umrah baru-baru ini. Namun, ketika berada di Mekah saya telah membuat keputusan muktamad. Saya tidak rasa ia terlalu tergesa-gesa sebab saya memang sudah bersedia.

"Tarikh itu dipilih kerana pihak masjid maklumkan tarikh itu masih kosong. Bukan ada sebab lain. Kami akan adakan majlis sederhana sahaja. Tidak ada sebarang majlis resepsi kerana kami tidak mahu bazirkan duit. Selepas akad nikah selesai, akan ada majlis makan-makan untuk tetamu. Itu sahaja," ujar Natasha.

Ditanya sama ada pihak keluarga bersetuju atau tidak dengan majlis perkahwinan yang ringkas itu, Natasha memberitahu kedua-dua belah pihak keluarga tidak punya masalah kerana masing-masing memang tidak suka mengadakan majlis beberapa kali atau diadakan secara besar-besaran.

"Baik Carleed mahupun pihak keluarga, masing-masing tidak kisah sama ada hendak adakan majlis resepsi atau tidak. Sebenarnya mereka pun tidak suka kalau kami hendak adakan majlis beberapa kali. Cukuplah sekadar majlis yang sederhana tapi cukup bermakna," ulas ibu kepada Nessa Helena ini.

Untuk makluman, bakal suami Natasha selain bergelar penyanyi dia juga seorang ahli perniagaan yang memiliki syarikat muzik, PhuturePhlow. Pasangan ini pernah berduet menerusi lagu "Jika Ku Boleh Ubah Dunia".

Sudah berhijab

Dalam perkembangan lain, tahniah GUA ucapkan kepada Natasha dengan penampilan terbarunya. Natasha kini memilih untuk mengenakan hijab dan keputusan ini dibuat ketika dia berada di Tanah Suci. Jelas Natasha, keputusannya itu bukan atas desakan sesiapa tetapi kerana pintu hatinya telah terbuka.

"Memang ramai kawan-kawan yang tidak sangka dengan perubahan saya ini. Begitu juga dengan keluarga. Namun, mereka semua gembira untuk saya dan memberikan sokongan. Carleed juga gembira dengan imej baru ini.

"Saya akan teruskan karier lakonan dan nyanyian seperti biasa kerana saya tidak menganggap pemakaian hijab sebagai satu masalah besar. Kalau Yuna boleh melakukannya, saya juga boleh. Saya percaya perjalanan hidup kita ditentukan oleh Allah. Buat masa ini saya gembira dengan perubahan ini dan mendoakan ia berkekalan," ujar Natasha dengan nada gembira. -gua.com.my



Laporan sebelum ini
klik untuk baca

Setiap Minggu Ada Sahaja Kumpulan Ahli UMNO Sertai PAS Di Kelantan

Posted: 08 Apr 2012 10:32 PM PDT

KELAN GREENBOC



M
akin ramai penyokong, ahli tinggalkan Umno


RANTAU PANJANG: Impian Datuk Seri Mustapa Mohamed mahu merampas Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 tergugat apabila semakin ramai ahli dan penyokong Umno meninggalkan parti itu.

Minggu lepas 69 bekas ahli dan penyokong Umno di Dun Gual Periuk menyertai PAS beramai-ramai membabitkan cawangan Umno Kampung Dangar dan Kampung Kedap.

Dan malam tadi pula seramai 152 lagi ahli Umno iaitu di Kampung Rengas, Chicha Tinggi Dun Bukit Tuku menyertai PAS beramai-ramai selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan Umno Kelantan dan Rantau Panjang.

Pengasas Umno cawangan itu Awang Ismail, 55 atau lebih dikenali sebagai Che Seman berkata, beliau bersama rakan-rakan tidak mahu lagi bersekongkol dengan masalah yang melanda Umno sekarang.

"Ketua Bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yassin dan pimpinan peringkat bahagian tidak lagi menjenguk dan melawat kami di peringkat akar umbi.

"Ini menyebabkan kami susah hendak mengadu sesuatu masalah. Selain itu banyak masalah lain yang membelit Umno sekarang. Ini menyebabkan kami berpakat meninggalkan Umno beramai-ramai," katanya ketika ditemui selepas program ceramah dan penyerahan borang menyertai PAS.

Turut mengisytihar menyertai PAS, Umno Ketua Cawangan Umno Kampung Rengas, Zakaria Ismail, 45. Che Seman mewakili rakan-rakan menyerah borang kepada Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Turut hadir Yang Dipertua PAS Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun, Adun Gual Periok, Ustaz Mohamad Awang dan Presiden Persatuan Boksing Kelantan, Ramli Awang.

Sementara itu dalam majlis berasingan malam Jumaat lalu Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa meraikan ahli-ahli dan penyokong Umno Kubang Kerian pada satu program di tapak pasar minggu Kampung Binjal.

Program yang bermula jam 3 petang itu ahli-ahli Umno terbabit diraikan dengan jamuan bakar ayam dan minum petang. Manakala pada sebelah malam pula diadakan program Pemimpin Bersama Rakyat. -HD

Tinggal Umno fenomena baru di Kelantan

Taburan wang rakyat dan segala macam habuan kepada rakyat yang diuruskan Umno serta janji-janji manis kebendaan ternyata tidak mampu menghalau rasa bosan dan meluat ahli Umno kepada parti Melayu berusia 61 tahun itu.

Pemberian BR1M sebanyak RM500 dan pelbagai janji 'mulut manis pongek masam' tidak boleh mengikat rakyat agar menyokong UBN. Wang bukan lagi umpan ampuh untuk menarik rakyat ke bilik-bilik undi dan memangkah Dacing. Barang kali begitulah kalau kebencian sudah meluat segala penawar tidak mujarab lagi segala pujukan tidak lagi menjadi.

Apa lagi rakyat biasa, ahli dan penyokong Umno juga tidak dapat diberkas agar terus 'bersujud sawi' kepada Umno. Betapa tiga dalam tiga bulan mutakhir ini - sesudah wang RM500 diberikan kepada rakyat, lebih 1,458 ahli dan penyokong Umno telah bertindak meninggalkan parti Melayu itu sama ada menyertai Pas ataupun PKR.

Sudah jadi satu fenomena meninggalkan Umno dan menyertai Pas di Kelantan waktu ini.

Boleh dikatakan setiap minggu ada-ada sahaja kumpulan yang mengistyharkan diri menyertai Pas. Apakah fenomena ini berlaku kerana rakyat mempunyai firasat bahawa dalam pilihan raya ke-13 ini UBN akan jatuh terguling? Kerana mereka juga ingin merayakan kemenangan bersama, maka mereka menyeberang parti meninggalkan Umno yang kini sudah menjadi pelabuhan usang yang tidak menjamin keselamatan lagi.

Bagai mana pun perkara ini tidak menjadi 'geger gegak' dan berlalu seperti angin lalu sahaja. Seakan ada tektik untuk menyembam para pemimpin Umno secara senyap dengan kemasukan ini. Cara ini samalah membawa musuh ke dalam kolam kemudian menarik kaki ke dasar kolom hingga lemas 'berbobok' - berbueh.

Terbaru malam tadi Chicha Tinggi Pasir Mas seramai 150 orang menyertai Pas. Ia diketuai oleh ketua cawangan Umno Kampung Rengas. Beberapa malam lalu kira-kira 100 orang telah menyatakan kebencian mereka kepada Umno dan menyertai Pas di Banggul Chica.

Minggu lepas seramai 69 orang ahli Umno bahagian Rantau Panjang telah menyerahkan borang menyertai Pas kepada Mursyidul Am Pas Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Majlis itu berlangsung pada majlis ceramah di rumah timbalan ketua Umno Cawangan Kampung Kedap Rantau Panjang.

Jumaat lalu seramai 130 orang ahli Umno di Dun Paloh dalam Bahagian Gua Musang telah meninggalkan Umno secara suka rela. Mereka menyertai PKR. Penyerahan borang secara simbolik kepada Anwar Ibrahim semasa beliau beramah mesra dengan peneroka Ciku 3. Dalam perkembangan lain kira-kira 352 terdiri penyokong dan ahli Umno yang menjadi peneroka di Kesedar akan turut berbuat demikian. Mereka hanya menanti masa luang Nik Aziz saja untuk merebahkan dua ekor kerbau bagi meraikan penghijrahan beramai-ramai itu.

Perkembangan itu menyaksikan Dun Paloh yang selama ini menjadi kubu kuat Umno sejak tahun 1990 akan ranap kali ini.

Dua bulan lalu seramai 139 orang ahli dan penyokong Umno di Dun Air Lanas dalam kawasaan Jeli telah bertindak meninggalkan Umno dan menyertai Pas. Borang penyerahan borang menyertai Pas juga diterima oleh Nik Aziz. Sementara menurut timbalan Yang Dipertua Pas Jeli Abdullah Yaacob sehingga kira-kira 231 orang penyokong dan ahli Umno Jeli telah bertindak keluar parti.

Penghijrahan penyokong dan ahli Umno bukan terhenti di situ sahaja. Di Kubang Kerian kira-kira 300 orang bekas ahli dan penyokong Umno akan menyertai Pas. Penyerahan borang menyertai Pas akan diadakan dalam masa terdekat. Khabrnya penghijraran beramai-ramai ahli dan penyokong Umno ada ura-ura dengan Husam Musa dikatakan akan bertanding di kerusi Parlimen dalam pilihan raya akan datang.

Di parlimen Bachok juga Pas menerima penghijrahan ahli Umno dan pengundi atas pagar. Minggu lalu seorang ketua cawangan telah mengityharkan menyertai Pas. Ekoran itu terdapat 18 orang ketua cawangan dan pemimpin peringkat cawangan akan juga berbuat demikian. Tindakan keluar parti beramai-ramai dijangka berlaku menjelang pembubaran parlimen.

Faktro penghijrahan ramai-ramai ahli Umno Bachok ke dalam Pas kerana kurang senang dengan gaya kepimpinan Awang Adek Hussein. Seorang PPM di Bachok - pengawa lantikan politik Umno, menegaskan beliau tidak akan mengundi Awang adek malahan berusaha untuk 'mencincangnya'. "Parang sudah diasah sudah berkilat untuk pancung Awang Adek," begitu kata penggawa berkenaan. Kata-kata itu memberi gambaran bahawa kedudukan Awang Adek di Bachok begitu nazak sekali.

Sehubungan itu difahamkan 162 ahli Umno dari Bachok akan bertindak meninggalkan parti. Mereka hanya menunggu keputusan bekas Ketua Pemuda Umno Kelantan Zaiyadi Awang Nuh membuat keputussan saja untuk mereka mengistyharkan diri dan membakar bendar Dacing sebagai simbolik kebencian mereka kepada BN.

Kedudukan Zaiyadi kini sudah 89 peratus akan meninggalkan Umno. Bagaimana pun tidak dapat dipastikan sama ada menyertai Pas atau PKR atau bertanding atas lambang bebas.

Pengnyahan diri beramai-ramai atau fenomena good bye Umno ini juga berlaku di Pengkalan Chepa, Kuala Krai, Tanah Merah dan Machang. Di Tanah Merah sehingga kini lebih 344 ahli dan penyokong Umno meninggalkan parti. Hanya di Pengkalan Chepa perubahan tidak begitu ketara mungkin kerana kawasan ini kubu besi bagi Pas.

Begitu juga di Tumpat, Kuala Krai dan Machang. Tiada maklumat mengenai jumlah kemasukkan Umno ke dalam Pas. Bagaimana pun difahamkan di Machang fenomena itu turut juga berlaku tetapi Pas dan PKR kawasan itu mengambil sikap mendiamkan diri dan tidak menghebuhkan apa yang berlaku. Bagaimana pun Umno merasai akan kekurangan sokongan mereka di sini.

Dalam perkembangan lain, sekurang-kurang tiga orang bekas pegawai tinggi kerajaan, seorang Ketua Bahagian Umno, seorang bekas Adun Umno serta seorang pesara pegawai tinggi tentera akan mengambil pendirian sama meninggalkan Umno untuk bersama Pakatan Rakyat.

Sesungguhnya fonomena ini ganjil dan pelik sedikit kerana selalunya dilaporkan media PB yang berbondong-bondong meninggalkan parti orang Pas ke Umno tetapi kali ini terbalik kod. Apakah di celah-celah kemeriahan ini ada strategi dan tektik Umno?
-mso


Ulasan GB

Itulah jawapan yang tepat untuk pemimpin UMNO Pusat yang kerap mengharapkan rakyat Kelantan "beralih angin".

Terbaru Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan yang kononnya sudah tiba masa rakyat Kelantan beri mandat kepada BN. Maka demikianlah jawapan rakyat kelantan. Tinggalkan UMNO dan sertai PAS.

Bak kata Mahathir, hanya yang bodoh-bodoh sertai UMNO, yang pandai-pandai sertai PAS.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca


Pekerja Butik Diperkosa Teman Lelaki Di Kandang Lembu

Posted: 08 Apr 2012 10:27 PM PDT

KELAB GREENBOC



T
indakan seorang pembantu butik pengantin menerima pelawaan teman lelakinya untuk membeli-belah di Nilai 3, Negeri Sembilan, mengundang padah apabila mangsa bukan saja dipaksa menghidu gam dan minum arak di kawasan kandang lembu, malah turut diperkosa dalam kejadian di Bangi, Selasa lalu.

Dalam kejadian jam 5 petang, mangsa berusia 18 tahun itu dikatakan berada di tempat kerjanya di Kajang sebelum lelaki berkenaan datang dan mengajak untuk membeli-belah di Nilai 3.

Mangsa yang menerima ajakan teman lelakinya sempat bertanyakan hala tuju mereka ketika dalam perjalanan selepas menyedari lelaki terbabit melalui kawasan mencurigakan.

Bagaimanapun, teman lelakinya hanya menyuruh mangsa diam dan sebaik tiba di kawasan kandang lembu dipercayai tidak jauh dari rumah suspek, lelaki itu menyuruh mangsa turun dan memaksa wanita terbabit menghidu gam serta minum arak yang sudah di sediakan terlebih dulu.

Sumber berkata, mangsa yang bimbang keselamatan dirinya hanya mengikut arahan namun dirogol suspek di kandang lembu berkenaan.

"Mangsa melarikan diri dan pulang ke rumahnya di Rinching Hilir, Kajang, namun tidak membuat laporan polis atau memaklumkan kejadian itu kepada ahli keluarganya disebabkan malu.

"Sebaik menerima beberapa ugutan daripada lelaki terbabit akan memancung kepalanya jika kejadian itu didedahkan kepada orang lain, mangsa tampil membuat laporan polis di Bandar Baru Bangi petang semalam," katanya.

Difahamkan, mangsa mengenali lelaki terbabit sejak setahun lalu, namun tidak pernah menunjukkan kelakuan pelik sehinggalah ditimpa kejadian berkenaan. -BH

Pindaan AUKU benar pelajar sertai parti

Posted: 08 Apr 2012 10:24 PM PDT

MALAYSIA KINI

Pindaan ke atas undang-undang untuk memberi lebih kebebasan kepada pelajar untuk bergiat dalam parti politik dikemukakan ke Dewan Rakyat Hari ini.

Pindaan ke atas Seksyen 15, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 itu membenarkan pelajar mendaftar sebagai ahli dalam parti politik.

Bagaimanapun, pindaan itu menetapkan supaya pelajar yang mempunyai jawatan dalam parti politik dihalang daripada bertanding dalam pemilihan kampus dan memegang jawatan dalam pertubuhan pelajar di kampus.

Sorok tin susu celah kangkang

Posted: 08 Apr 2012 10:23 PM PDT

Oleh Shamsul Munir Safini

BONGKAR...rakaman CCTV menunjukkan aksi dua suspek.

BONGKAR...rakaman CCTV menunjukkan aksi dua suspek.

KANGAR: Kumpulan wanita berjubah yang aktif mencuri susu di pasar raya di beberapa lokasi seluruh negara muncul di bandar ini dengan taktik lebih agresif sebelum dicekup polis selepas perbuatan mereka dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Dalam kejadian di sebuah pasar raya di Jalan Kaki Bukit, di sini, Khamis lalu, lima wanita terbabit dikesan mencuri puluhan susu tepung berjenama yang bernilai kira-kira RM10,000 dengan cara menyorokkan barangan itu di celah kangkang mereka.

Melalui rakaman CCTV, mereka yang bertudung labuh, berbaju kurung dan berjubah dilihat keluar masuk premis pasar raya itu sebanyak empat kali dan dengan selamba menyorokkan tin serta kotak susu yang dicuri di dalam pakaian masing-masing.

Pihak pengurusan pasar raya yang menyedari perbuatan itu selepas melihat rakaman CCTV terus membuat laporan polis.

Siasatan polis kemudian mendapati lima wanita terbabit turut dibantu enam lelaki dan polis menahan enam daripada mereka termasuk dua wanita di Klang, Selangor dan Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada Jumaat lalu.

Pagar berkaran ragut nyawa jiran

Posted: 08 Apr 2012 10:17 PM PDT

Oleh Mohd Sah Muda

BUKTI...Che Yusoff menunjukkan penyambungan bekalan elektrik  secara haram dalam pondok  kebun sawit jirannya. Gambar kecil, Mohd Azri.

BUKTI...Che Yusoff menunjukkan penyambungan bekalan elektrik secara haram dalam pondok kebun sawit jirannya. Gambar kecil, Mohd Azri.

MERSING: Tindakan seorang penduduk memasang pagar elektrik secara haram bagi menghalang babi dan gajah merosakkan kebun kelapa sawit miliknya di Kampung Gajah Mati, dekat sini, meragut nyawa jirannya sendiri.

Mayat Mohd Azri Che Yusoff, 29, ditemui dalam keadaan tangannya tersangkut pada pagar dawai elektrik berkenaan jam 9 pagi kelmarin selepas dia dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak keluar pada jam 8 malam sebelumnya.

Bapa mangsa, Che Yusoff Che Ahmad, 66, berkata, anaknya bersiar-siar di kawasan kejadian yang terletak 100 meter dari rumahnya jam 8 malam Jumaat lalu sebelum tidak pulang ke rumah.

"Kami amat bimbangkan keselamatannya dan segala persoalan terjawab apabila jiran memaklumkan menemuinya di kawasan berhampiran pagar elektrik itu pagi semalam (kelmarin)," katanya ketika ditemui, semalam.


Che Yusoff berkata, ketika itu dia berada di luar kampung dan bergegas pulang ke rumah sejurus diberitahu mengenai kematian anak keenam daripada tujuh beradik itu menerusi panggilan telefon oleh isterinya, Rahmah Ag Ahmad, 62.

PRU-13 diramal bulan Jun selepas “orang kasar” BN enggan membersihkan sistem pilihanraya

Posted: 08 Apr 2012 04:47 PM PDT

Stan Lee, Nawawi Mohamad, Malaysia Chronicle


Cara yang "kasar dan panik" di mana kerajaan Perdana Menteri Najib Razak diketuk kerana 1 cadangan pembaharuan pilihanraya telah merangsang bagi pilihanraya umum mengejut untuk diadakan dalam tempoh 2 bulan, dan bukannya September seperti yang baru-baru ini dilaporkan oleh 1akhbar kawalan BN.

Menurut pemimpin pembangkang, cara di mana ahli parlimen BN "mendedahkan keengganan mereka untuk membersihkan sistem pilihanraya" juga telah membuka pintu yang lebih luas bagi Najib untuk melarikan diri daripada jaminan beliau kepada rakyat dan parti bahawa pilihanraya umum ke-13 atau PU-13 akan diadakan tidak lama lagi.

Najib telah diserang teruk kerana meletakkan negara dalam keadaan tidak pasti kerana tidak dapat membuat keputusan bagi tarikh PU-13, dengan ramai pemerhati politik yang percaya bahawa ini adalah disebabkan oleh hasrat untuk memanjangkan pegangannya ke atas jawatan Perdana Menteri.

"Apa yang kita faham adalah bahawa dia tidak memilih 26 Mei sebagai tarikh PU, dan kemudian bertukar kepada 3 Jun tetapi kerana Hari Lahir Yang di-Pertuan Agong dan Hari Gawai adalah juga di sekitar hujung minggu itu, ia telah ditangguhkan sekali lagi kepada pertengahan Jun," Naib Presiden PKR Tian Chua memberitahu MalaysiaChronicle.

"Bagi kami, kami bersedia untuk menghadapi PU-13 pada pertengahan Jun sama ada Najib akan menukar fikiran sekali lagi - tiada siapa yang boleh meramal atau mengawalnya. Beliau lebih tidak pasti daripada seorang gadis yang mencuba pakaian mengenai perkara ini. Tetapi terdapat dua faktor jelas mesti dipertimbangkan. Satu ialah perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April dan yang lain adalah ulang tahun 66 Umno dalam tempoh 2 minggu pertama bulan Mei. Jika dia tidak yakin, besar kemungkinan dia akan mengubahnya lagi.

Sambutan yang memberangsangkan

Malah, pengumuman pilihanraya bebas dan adil oleh pergerakan Bersih untuk mengadakan perhimpunan ketiga pada 28 April telah disambut dengan semangat yang hairannya kuat di seluruh negara dan juga di luar negara, dengan rakyat Malaysia yang tidak sabar-sabar untuk membantu warga senegara mereka berjuang untuk pilihan raya yang bersih dan bebas.

Ketua Pembangkang Awar Ibrahim dan Pakatan Rakyatnya dipercayai mempunyai peluang yang lebih daripada walaupun kemenangan sama rata, maka PU-13 dijangka untuk menjadi PU yang paling hangat dipertandingkan dan 'tercemar' dalam sejarah 55 tahun negara.

Barisan Nasional Najib adalah satu-satunya kerajaan yang telah dikenali rakyat Malaysia sejak kemerdekaan daripada pemerintahan British pada tahun 1957, tetapi rasuah secara meluas dan besar-besaran telah memberi kesan yang teruk kepada gabungan BN yang dahulunya popular. Malah Najib sendiri telah mengakui kemungkinan perubahan rejim, berjanji untuk menang walau dengan apa jua cara, walaupun terdapat "tulang yang dihancurkan" dan kehilangan nyawa".

Rakyat Malaysia tahu bahawa mereka perlu menentang BN bagi mendapatkan kebebasan

Oleh itu, apabila Jawatankuasa Pilih Parlimen yang dikawal BN menolak pembaharuan yang disyorkan oleh Bersih, sedikit sahaja rakyat Malaysia yang terkejut. Malah, sambutan biasa terutamanya di kalangan orang-orang bandar, "Baik, sekarang kita boleh adakan Bersih 3.0".

"Kegembiraan yang telah menyambut pengumuman Bersih 3.0 menegaskan bahawa rakyat Malaysia tahu bahawa mereka harus melawan bagi kebebasan mereka. Tiada siapa yang menipu diri mereka bahawa Najib akan melakukan perkara yang betul. Mereka tahu bahawa jika mereka mahu perubahan politik, mereka harus berdiri dan bersuara. Dan saya fikir, akhirnya, mereka sudah bersedia untuk bangkit sebagai sebuah badan untuk menunjukkan BN bahawa masa telah berubah, anda tidak lagi boleh berkelakuan seperti dahulu - pembuli, menipu dan menakut-nakutkan orang bagi kemenangan palsu," naib presiden PKR Chua Jui Meng memberitahu MalaysiaChronicle.

Setakat ini PSC terhina hanya menunaikan satu daripada 8 reformasi pilihanraya yang dituntut oleh Bersih - penggunaan dakwat kekal dan walaupun begitu, ia menegaskan 2 warna, menyebabkan kebimbangan bahawa ia adalah untuk "menipu" sekali lagi.

Perkara yang mendahului senarai keutamaan Bersih sekarang adalah bagi pentadbiran Najib untuk mengarahkan audit yang penuh dan bebas bagi daftar pemilih.

"Ini adalah perkara yang paling penting. Tiada gunanya mempunyai dakwat kekal apabila daftar pemilih rosak dan tercemar dengan nama-nama palsu dan hantu," kataTian.

Seluruh negara tidak pasti

Sementara itu, permainan meneka untuk PU-13 berterusan. Adalah dipercayai bahawabe berapa pencetak kerajaan telah menerima arahan untuk mencetak poster kempen untuk Umno-BN. Tarikh kemungkinan yang disebut-sebut di kedai-kedai kopi di seluruh negara termasuk hujung minggu 9-10 Jun dan hujung minggu 16-17 Jun.

Jika Najib tidak mengadakan pilihan raya menjelang Jun, orang dalaman Umno berkata, ia perlu diadakan selepas bulan Julai kerana bulan puasa akan bermula pada hari ke-21 dan berakhir pada 19 atau 20 Ogos.

"Tetapi ini akan menjadi tempoh yang paling sukar bagi umat Islam dan orang Melayu terutamanya tidak akan begitu bersemangat untuk keluar dan beratur untuk mengundi, mereka lebih suka untuk duduk di rumah dan berehat," pemerhati Umno berkata kepada Malaysia Chronicle.

Pilihanraya Umno

Menurut penganalisis, walaupun bukan pada Julai, ia bukan Ogos walaupun tekanan untuk mengadakan PU-13 sebelum pilihanraya dalaman Umno yang mesti diadakan menjelang Oktober.

"Seluruh Ogos akan diisi dengan sambutan Hari Raya dan berterusan sehingga Hari Kebangsaan," kata seorang penganalisis, mengakui bahawa Najib boleh mengambil kesempatan daripada faktor-faktor rasa-baik seperti mood cuti dan semangat patriotik ulang tahun Merdeka.

"Tetapi ini hanya akan merosakkan mood dan rakyat akan terasa jengkel, khususnya orang Melayu. Ia adalah masa untuk meraikan dan bukan masa untuk menjadi serius dan pergi mengundi. Ini juga menjejaskan peluang Umno."

September – berkemungkinan besar hanya untuk menarik perhatian

September juga ditolak atas dasar bahawa ia adalah 'haji' atau bulan haji walaupun akhbar kerajaan telah baru-baru ini melaporkan bahawa ia adalah bulan yang paling mungkin bagi Najib untuk mengadakan pilihan raya.

Penganalisis berkata jika September telah dipilih, ia akan menjadi minggu pertama bulan tersebut. Tiada sebab khas untuk mengadakannya pada bulan September, dengan ketiadaan Bajet bonus baru diumumkan lagi, dan kesan terdahulu seperti penyenaraian Felda dan bantuan BR1M RM500 tunai sudah hilang.

Selain dari musim 'haji' yang berakhir hanya pada bulan Oktober, Parlimen juga bakal untuk bermesyuarat dari 24 Sept hingga 27 Nov. Bajet 2013 akan dibentangkan ketika itu.

"Kenapa Najib tergesa-gesa untuk minggu pertama bulan September? Kami melihatnya sebagai penarik perhatian untuk meredakan puas hati pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Bulan Oktober akan menjadi masa bagi Bajet 2013 untuk dibahaskan. Apabila ia dibentangkan, ia perlu diluluskan oleh Dewan Negara, " kata penganalisis itu.

"Jika Najib mahu mengadakan pilihanraya pada masa itu, November adalah bulan yang lebih mungkin bagi PU-13. Ini kerana, bulan November adalah tempoh redaan tradisional tetapi kelemahan perkara ini adalah bahawa tidak akan ada apa-apa unsur kejutan untuk Najib dan BN kerana semua orang tahu ia tidak mungkin berlaku pada bulan Disember, apabila hujan adalah terlalu tidak menentu," kata penganalisis itu.

2013

Jika PU-13 masih belum diadakan pada masa itu, maka ia akan diadakan pada tahun 2013. Parlimen secara automatik akan dibubarkan pada 20 April, 2013 dan Suruhanjaya Pilihan Raya mempunyai dua bulan selepas itu untuk menetapkan tarikh pengundian jika Najib tidak berbuat demikian sebelum itu.

Jika Najib menggunakan tarikh lewat, ia akan membayangkan bahawa Anwar dan Pakatan mempunyai kelebihan, dengan itu memaksa Najib bagi melambatkannya sehingga saat-saat akhir.

"Ia tidak mustahil tetapi saya sendiri tidak fikir PU-13 akan diadakan pada tahun 2013. Saya masih berfikir Jun 2012 adalah pertaruhan terbaik. Najib akan cuba yang terbaik untuk mengadakan PU-13 sebelum pilihanraya dalaman Umno," kata Tian.

"Melainkan beliau tidak mempunyai pilihan kerana ia adalah terlalu jelas bahawa beliau dan BN akan kalah, maka kita mungkin terpaksa berterusan selama setahun lagi. Tetapi ini adalah sangat teruk bagi negara. Setiap orang akan menghadapi ketidakpastian. Perniagaan akan tersekat, malah mereka membeli harta lebih suka untuk tunggu dan lihat apa yang berlaku. Adalah tidak adil bagi Najib untuk memegang kita semua sebagaI tebusan hanya kerana dia dan BN takut untuk kalah."

Kumpulan anti LGBT anjur perhimpunan tolak ‘gaya hidup songsang’ 21 April

Posted: 08 Apr 2012 04:45 PM PDT



Kumpulan anti lesbian, gay, biseksual transeksual (LGBT) akan menganjurkan perhimpunan 21 April ini sebagai protes menentang amalan seks 'songsang'.
KUALA LUMPUR — Kumpulan anti lesbian, gay, biseksual transeksual (LGBT) akan menganjurkan perhimpunan 21 April ini sebagai protes menentang amalan seks 'songsang'.

Perhimpunan tersebut akan dianjurkan di Dataran Merdeka seminggu sebelum perhimpunan Bersih yang dijadualkan berlaku 28 April ini diketuai oleh Jaringan Melayu Malaysia (JMM).

Presiden JMM Azwanddin Hamzah berkata, perkembangan amalan biseksual dan homoseksual adalah "pergerakan terancang" oleh sesetengah individu yang bertolak ansur terhadap agama semata-mata pegangan politik.

"Kami bukan mendiskriminasikan individu yang dilahirkan sedemikian. Namun begitu, kami menentang kumpulan yang menggalakkan gejala ini.

"Kita harus menghentikan perkara ini ... ini adalah agenda sesetengah individu yang berniat untuk menghapuskan moral masyarakat dan ajaran agama," katanya dipetik New Sunday Times (NST) hari ini.

Azwanddin juga menolak untuk disamakan perhimpunan JMM dengan perhimpunan Bersih 28 April ini, menegaskan "bukan seperi penganjur Bersih" perhimpunan anti LGBT ini adalah "protes untuk masa depan negara."

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim berkata kepada NST, walaupun setiap individu berhak menyuarakan pendapat mereka, gejala LGBT adalah bertentangan dengan norma masyarakat.

"Walaupun ini adalah perhimpunan aman, kami harap suara kami ini akan didengari dan amalan sedemikian tidak boleh dimaafkan," katanya.

Kumpulan sayap kanan dan parti politik tetap menentang amalan LGBT di negara ini. Pemimpin politik juga telah meluluskan usul untuk mendakwa mana-mana ahli politik yang mengamalkan amalan seks songsang.

Saifuddin: KPT akan perjelas isu PTPTN

Posted: 08 Apr 2012 04:43 PM PDT

NORHASPIDA YATIM

Saifuddin Abdullah

SHAH ALAM – Golongan mahasiswa diminta tidak mudah melatah berhubung isu pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kerana Kementerian Pengajian Tinggi sedang merangka siri penjelasan menyeluruh mengenai perkara tersebut.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pihaknya akan memberi penjelasan mengenai isu itu dalam masa terdekat.

"Kita harap mahasiswa dapat bersabar kerana KPT kini sedang menyediakan penerangan lengkap tentang hal ini dan menteri akan menjelaskannya dalam masa terdekat," kata beliau kepada Sinar Harian.

Menurutnya, PTPTN masih relevan untuk membantu pelajar yang memerlukan bantuan, malah sebanyak 90 peratus daripada kos pengajian institusi pengajian tinggi awam (IPTA) telah disubsidi.

"Bagi pelajar IPTA, PTPTN disediakan untuk membiayai 10 peratus sahaja (kos pengajian).

"Pelajar perlu bayar lebih tinggi jika mereka memasuki institusi pengajian tinggi swasta (IPTS). Jika mansuh PTPTN, ramai pelajar terutama Bumiputera tidak mampu untuk membiayai pengajian" katanya.

Saifuddin berkata, Kementerian Pengajian Tinggi sedar terdapat sebilangan kecil negara maju yang memberi pendidikan percuma IPTA.

"Mereka mampu kerana pengurusan kewangan berbeza, contohnya cukai pendapatan di negara itu amat tinggi. Jadi, rakyat dibalas dengan pendidikan IPTA percuma. Cukai pendapatan kita rendah sebab itu tidak dapat cukup dana untuk buat cara yang sama.

"Terdapat perkara lain lagi yang berbeza, contohnya, subsidi terhadap barang-barang keperluan asas, petrol dan lain-lain. Pokoknya, hujah-hujah untuk mansuh PTPTN adalah mudah cakap daripada dilaksanakan," katanya.

Gobin: AG perlu dedah kandungan CCTV kepada umum

Posted: 08 Apr 2012 04:42 PM PDT


KUALA LUMPUR— Ahli Parlimen Puchong, Gobind Sigh Deo hari ini menuntut Peguam Negara mendedahkan kandungan rakaman litar tertutup (CCTV) berhubung insiden pergaduhan anak lelaki Datuk Seri Nazri Aziz kepada umum supaya tidak timbul persoalan berhubung perkara berkenaan.

Menurut Gobind (gambar), Peguam Negara juga perlu memberi penjelasan mengapa pihaknya sudah membuat rumusan sebelum kes itu disiasat kerana ia akan mempertikaikan kredibiliti pihak berkuasa.

"Rakaman CCTV itu perlu didedahkan kepada umum dan siasatan dijalankan supaya tidak timbul keraguan rakyat terhadap isu ini.

"Peguam Negara juga perlu menjelaskan mengapa pengumuman berkenaan hasil siasatan itu dibuat sedangkan siasatan masih berjalan kerana kredibiliti pihak polis akan dipertikaikan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pemimpin PKR sebelum ini turut menggesa pihak polis menjelaskan perkara itu.

Naib Presiden PKR, N.Surendran mempersoalkan pihak polis bertindak sedemikian sedangkan laporan media menunjukkan terdapatnya bukti berhubung insiden pergaduhan anak lelaki Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz dengan pegawai keselamatan itu.

Pihak polis mendakwa telah menyelesaikan perkara itu hanya selepas empat hari kes tersebut didakwa berlaku.

Ketua Balai Polis Brickfield mengesahkan insiden tersebut dan menegaskan insiden pergaduhan berkenaan hanya melibatkan pengawal peribadi Mohamad Nedim dengan pengawai keselamatan berkenaan.

PKR turut mendakwa kemungkinan berlakunya insiden penyalahgunaan kuasa berhubung perkara itu kerana ia melibatkan anak kepada pemimpin kanan Umno Barisan Nasional (BN).

Tambah Surendran, kes tersebut boleh diklasifikasikan sebagai serangan dan membawa kepada kecederaan di bawah Kanun Jenayah seksyen 321, 350, dan 351, dan kes itu harus dipindahkan daripada balai polis Brickfield kepada badan siasatan bebas.

Ku Li: Amanah sedia bekerjasama dengan Bersih jika ada persamaan matlamat

Posted: 08 Apr 2012 04:41 PM PDT


SUNGAI BULOH — Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah), Tengku Razaleigh Hamzah, hari ini berkata, pihaknya sedia mempertimbangkan untuk bekerjasama dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) sekiranya kedua-dua pertubuhan badan bukan kerajaan itu berkongsi matlamat yang sama.

Beliau (gambar) yang lebih dikenali dengan panggilan Ku Li menegaskan, Amanah tidak mempunyai sebarang masalah untuk bergabung dengan Bersih asalkan ada keinginan untuk bekerjasama antara kedua-dua belah pihak.

"Atas benda-benda yang boleh difikirkan untuk perjuangan bersama, kita boleh bergabung dengan mereka (Bersih).

"Amanah akan bergabung dengan mereka yang ada keinginan untuk bekerjasama," katanya yang tidak menolak untuk menyertai perhimpunan menuntut pilihan raya yang adil dan bersih anjuran Bersih yang dijadualkan 28 April ini di Dataran Merdeka.

"Selagi perkara itu selari dengan objektif kami, Amanah akan sertai," katanya lagi ketika sidang media selepas perasmian Hari Keluarga Amanah Selangor di sini.

Menurut veteran Umno itu, Amanah yang kini mempunyai sekitar 450 ahli di Selangor juga akan bekerjasama dengan NGO lain dan mencari persetujuan bagi mendapat perhatian kerajaan untuk membela nasib rakyat.

"Amanah akan bekerjasama dengan mana-mana NGO, termasuk orang ramai, demi mendapatkan perhatian kerajaan serta menyumbang kepada kebaikan masyarakat yang selama ini terbiar dan tidak dipandang," tegasnya.

Jelas Ku Li, ketika ucapannya sebelum itu, NGO adalah penentu dasar kerajaan memerintah bagi menentukan corak kehidupan rakyat, sama seperti diamalkan di negara maju seperti Amerika Syarikat.

"Melalui penubuhan NGO, kerajaan akan dapat mendengar segala tuntutan rakyat di peringkat akar umbi.

"Dengan itu kerajaan dapat mengemukakan dasar-dasar baru yang memberikan kesan kepada rakyat," katanya lagi.

Tiada ulasan: