DIALOG RAKYAT |
- Jika pemimpin ditangkap rakyat tetap berhimpun
- Orang rapat Mustapa Mohamed akan sertai PAS?
- Gambar Rosmah tersipu malu popular minggu ke-14
- 10,000 sertai majlis kutipan dana PAS Pahang
- Bersih 3.0 himpunan rakyat, tidak rela diperalat Umno
- Nazir diserang ketika mesyuarat pilih JK masjid
- PR bergaya ke Putrajaya jika p'raya bersih
- Tinggal Umno Fenomena Baru Di Kelantan: 1,458 Ahli Umno Sudah Tinggal Parti
- Sarawak berpotensi menjadi ‘lubuk emas’ getah
- Malaysia dan ASEAN perlu mempercepatkan pelaksanaan kecekapan tenaga
- Faekah: Khir Toyo, Tak Tahu Tanya, Jangan Bodoh Sombong
- Anwar: Kekuatan raksasa untuk Bersih 3.0
- Anwar yakin BN tak berjaya rampas S'gor
- Bapa Altantuya mahu jumpa peguam, NGO
- Najib tak mampu cari RM43bil, dakwa Anwar
- Shahrizat Lega PM Pegang Portfolio KPWKM
- Keadaan Nik Aziz Yang Masih Dirawat Di HUSM Stabil - Fatah
- RM1.7 Bilion Dibelanjakan Bagi Ubat-Ubatan Generik Tahun Lepas
- Umno kehabisan modal politik, kata Anwar
- Kumpulan anti Lynas akan berdemo di masjid serata negara
- BN Kelantan lancar gerakan penerangan besar-besaran
- Daftar pengundi: 'Saya cakap sebab ada bukti'
- Suami Sri Wani serah pada mahkamah
- Anifah dinamakan dalam siasatan rasuah balak Sabah
- 'Penjaga roh' berkumpul demi Beng Hock di SPRM
Jika pemimpin ditangkap rakyat tetap berhimpun Posted: 08 Apr 2012 01:17 AM PDT
KUALA LUMPUR: Jika pemimpin ditangkap sekalipun, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) yakin rakyat tetap membanjiri ibu kota dan tempat-tempat lain menyemarakkan perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini. | ||||||||||||||||||||||
Orang rapat Mustapa Mohamed akan sertai PAS? Posted: 08 Apr 2012 01:14 AM PDT Harakahdaily KUALA LUMPUR: Umno Kelantan lagi sekali akan dikejutkan dengan tindakan bekas pegawai tinggi kerajaan yang kini sedang bersiap sedia untuk mengumumkan menyertai PAS. Pegawai kerajaan yang berkhidmat dengan kerajaan Persekutuan itu dikatakan rapat dengan Pengerusi Umno Kelantan Mustapa Mohamed, tulis Mohd Sayuti Omar di dalam blognya, http://www.msomelayu.blogspot.com "Beliau kini baru bersara dan mengambil tindakan demikian kerana bosan dengan politiking di dalam Umno serta kesal dengan tindak tanduk UBN yang menekan pegawai kerajaan supaya menyokong parti itu," tulis Sayuti lagi. Menurutnya, tindakan Umno Kelantan yang mengeksploitasi pegawai kerajaan supaya meramaikan majlis-majlis politik terutamanya semasa kunjungan presiden Umno ke Kelantan juga menjadi punca kenapa ramai bekas pegawai kerajaan bosan dengan Umno. Satu sumber memberi tahu pegwai itu akan menyerahkan borang menyertai PAS kepada Persuruhjaya PAS Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. "Penyertaan bekas pegawai yang baru pencen itu akan memeranjatkan UBN kerana beliau disebut-sebut untuk dicalonkan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang," kata sumber itu enggan mendedahkan identiti pegawai berkenaan. Kata sumber itu lagi satu majlis kemasukan dalam PAS dan kesyukuran akan diadakan. | ||||||||||||||||||||||
Gambar Rosmah tersipu malu popular minggu ke-14 Posted: 08 Apr 2012 01:10 AM PDT
KUALA LUMPUR: Gambar daripada blog addin77.blogspot.com sememangnya popular di kalangan pembaca Harakahdaily apabila sekeping gambar Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tersipu malu di depan mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang dipetik daripada blog beliau sekali lagi menjadi artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke-14. "Ingatkan Rosmah tak tahu malu, rupa-rupanya ada perasaan malunya.. Inilah sikap isteri pemimpin Wasatiyah no. 1 negara.. Kah Kah Kah," tulis addin77 di blognya. Pada tangga kedua juga merupakan sekeping gambar yang dipaparkan di naimnikmat.blogspot.com yang menyindir polis Malaysia dengan dibandingkan dengan sekeping gambar polis di Kanada ditembak senapang air. Satu jawapan bertulis Kementerian Dalam Negeri di parlimen yang penuh dengan kesalahan matematik tahap sekolah rendah menjadi artikel ketiga terhangat dibawa minggu lepas. Di tangga keempat pula ialah berita mengenai insiden memalukan parlimen Malaysia di mana Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin bertindak meluluskan laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya tanpa bahas. Gambar terhangat minggu ke 13 berkenaan situasi pada ceramah Umno yang dipaparkan sebagai contoh wasatiyyah yang dianjurkan oleh Perdana Menteri, Najib Razak terus unggul minggu ini di tangga ke 5. Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu, 1 hingga 7 April, 2012.
| ||||||||||||||||||||||
10,000 sertai majlis kutipan dana PAS Pahang Posted: 08 Apr 2012 01:07 AM PDT
KUANTAN: Lebih 10,000 menyertai majlis ceramah anjuran PAS malam tadi di pekan Batu 12, dekat sini. (Gambar kiri) (Gambar kanan: Para petugas dan anggota Unit Amal mengira sumbangan orang ramai.) "Dulu saya ingat nak buang sisa Lynas ini ke Putrajaya tetapi nampaknya tak jadilah sebab kita nak duduk sana pula lepas ini," kata Tuan Ibrahim disambut sorakan takbir dari orang ramai yang kebanyakannya Melayu itu.
Mohd Nassuruddin Daud dalam ucapannya pula menumpukan tumpuan kepada menerangkan fitnah yang dibuat pemimpin BN terhadap Kelantan. | ||||||||||||||||||||||
Bersih 3.0 himpunan rakyat, tidak rela diperalat Umno Posted: 08 Apr 2012 01:06 AM PDT
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menegaskan perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini adalah perhimpunan rakyat yang tidak rela diperalatkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN). | ||||||||||||||||||||||
Nazir diserang ketika mesyuarat pilih JK masjid Posted: 08 Apr 2012 12:30 AM PDT
KAJANG: Seorang nazir masjid di Bandar Baru Bangi lebam di mata selepas diserang seorang pemuda yang dipercayai tidak berpuas hati dengan proses pemilihan jawatankuasa masjid. | ||||||||||||||||||||||
PR bergaya ke Putrajaya jika p'raya bersih Posted: 08 Apr 2012 12:28 AM PDT
SHAH ALAM: Kemampuan PAS melebarkan sayapnya dari kawasan kampung ke bandar-bandar besar membuktikan parti itu kini berupaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 bersama Pakatan Rakyat. | ||||||||||||||||||||||
Tinggal Umno Fenomena Baru Di Kelantan: 1,458 Ahli Umno Sudah Tinggal Parti Posted: 08 Apr 2012 12:07 AM PDT MSO Taburan wang rakyat dan segala macam habuan kepada rakyat yang diuruskan Umno serta janji-janji manis kebendaan ternyata tidak mampu menghalau rasa bosan dan meluat ahli Umno kepada parti Melayu berusia 61 tahun itu. Pemberian BR1M sebanyak RM500 dan pelbagai janji 'mulut manis pongek masam' tidak boleh mengikat rakyat agar menyokong UBN. Wang bukan lagi umpan ampuh untuk menarik rakyat ke bilik-bilik undi dan memangkah Dacing. Barang kali begitulah kalau kebencian sudah meluat segala penawar tidak mujarab lagi segala pujukan tidak lagi menjadi. Apa lagi rakyat biasa, ahli dan penyokong Umno juga tidak dapat diberkas agar terus 'bersujud sawi' kepada Umno. Betapa tiga dalam tiga bulan mutakhir ini - sesudah wang RM500 diberikan kepada rakyat, lebih 1,458 ahli dan penyokong Umno telah bertindak meninggalkan parti Melayu itu sama ada menyertai Pas ataupun PKR. Sudah jadi satu fenomena meninggalkan Umno dan menyertai Pas di Kelantan waktu ini. Boleh dikatakan setiap minggu ada-ada sahaja kumpulan yang mengistyharkan diri menyertai Pas. Apakah fenomena ini berlaku kerana rakyat mempunyai firasat bahawa dalam pilihan raya ke-13 ini UBN akan jatuh terguling? Kerana mereka juga ingin merayakan kemenangan bersama, maka mereka menyeberang parti meninggalkan Umno yang kini sudah menjadi pelabuhan usang yang tidak menjamin keselamatan lagi. Bagai mana pun perkara ini tidak menjadi 'geger gegak' dan berlalu seperti angin lalu sahaja. Seakan ada tektik untuk menyembam para pemimpin Umno secara senyap dengan kemasukan ini. Cara ini samalah membawa musuh ke dalam kolam kemudian menarik kaki ke dasar kolom hingga lemas 'berbobok' - berbueh. Terbaru malam tadi Chicha Tinggi Pasir Mas seramai 150 orang menyertai Pas. Ia diketuai oleh ketua cawangan Umno Kampung Rengas. Beberapa malam lalu kira-kira 100 orang telah menyatakan kebencian mereka kepada Umno dan menyertai Pas di Banggul Chica. Minggu lepas seramai 69 orang ahli Umno bahagian Rantau Panjang telah menyerahkan borang menyertai Pas kepada Mursyidul Am Pas Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Majlis itu berlangsung pada majlis ceramah di rumah timbalan ketua Umno Cawangan Kampung Kedap Rantau Panjang. Jumaat lalu seramai 130 orang ahli Umno di Dun Paloh dalam Bahagian Gua Musang telah meninggalkan Umno secara suka rela. Mereka menyertai PKR. Penyerahan borang secara simbolik kepada Anwar Ibrahim semasa beliau beramah mesra dengan peneroka Ciku 3. Dalam perkembangan lain kira-kira 352 terdiri penyokong dan ahli Umno yang menjadi peneroka di Kesedar akan turut berbuat demikian. Mereka hanya menanti masa luang Nik Aziz saja untuk merebahkan dua ekor kerbau bagi meraikan penghijrahan beramai-ramai itu. Perkembangan itu menyaksikan Dun Paloh yang selama ini menjadi kubu kuat Umno sejak tahun 1990 akan ranap kali ini. Dua bulan lalu seramai 139 orang ahli dan penyokong Umno di Dun Air Lanas dalam kawasaan Jeli telah bertindak meninggalkan Umno dan menyertai Pas. Borang penyerahan borang menyertai Pas juga diterima oleh Nik Aziz. Sementara menurut timbalan Yang Dipertua Pas Jeli Abdullah Yaacob sehingga kira-kira 231 orang penyokong dan ahli Umno Jeli telah bertindak keluar parti. Penghijrahan penyokong dan ahli Umno bukan terhenti di situ sahaja. Di Kubang Kerian kira-kira 300 orang bekas ahli dan penyokong Umno akan menyertai Pas. Penyerahan borang menyertai Pas akan diadakan dalam masa terdekat. Khabrnya penghijraran beramai-ramai ahli dan penyokong Umno ada ura-ura dengan Husam Musa dikatakan akan bertanding di kerusi Parlimen dalam pilihan raya akan datang. Di parlimen Bachok juga Pas menerima penghijrahan ahli Umno dan pengundi atas pagar. Minggu lalu seorang ketua cawangan telah mengityharkan menyertai Pas. Ekoran itu terdapat 18 orang ketua cawangan dan pemimpin peringkat cawangan akan juga berbuat demikian. Tindakan keluar parti beramai-ramai dijangka berlaku menjelang pembubaran parlimen. Faktro penghijrahan ramai-ramai ahli Umno Bachok ke dalam Pas kerana kurang senang dengan gaya kepimpinan Awang Adek Hussein. Seorang PPM di Bachok - pengawa lantikan politik Umno, menegaskan beliau tidak akan mengundi Awang adek malahan berusaha untuk 'mencincangnya'. "Parang sudah diasah sudah berkilat untuk pancung Awang Adek," begitu kata penggawa berkenaan. Kata-kata itu memberi gambaran bahawa kedudukan Awang Adek di Bachok begitu nazak sekali. Sehubungan itu difahamkan 162 ahli Umno dari Bachok akan bertindak meninggalkan parti. Mereka hanya menunggu keputusan bekas Ketua Pemuda Umno Kelantan Zaiyadi Awang Nuh membuat keputussan saja untuk mereka mengistyharkan diri dan membakar bendar Dacing sebagai simbolik kebencian mereka kepada BN. Kedudukan Zaiyadi kini sudah 89 peratus akan meninggalkan Umno. Bagaimana pun tidak dapat dipastikan sama ada menyertai Pas atau PKR atau bertanding atas lambang bebas. Pengnyahan diri beramai-ramai atau fenomena good bye Umno ini juga berlaku di Pengkalan Chepa, Kuala Krai, Tanah Merah dan Machang. Di Tanah Merah sehingga kini lebih 344 ahli dan penyokong Umno meninggalkan parti. Hanya di Pengkalan Chepa perubahan tidak begitu ketara mungkin kerana kawasan ini kubu besi bagi Pas. Begitu juga di Tumpat, Kuala Krai dan Machang. Tiada maklumat mengenai jumlah kemasukkan Umno ke dalam Pas. Bagaimana pun difahamkan di Machang fenomena itu turut juga berlaku tetapi Pas dan PKR kawasan itu mengambil sikap mendiamkan diri dan tidak menghebuhkan apa yang berlaku. Bagaimana pun Umno merasai akan kekurangan sokongan mereka di sini. Dalam perkembangan lain, sekurang-kurang tiga orang bekas pegawai tinggi kerajaan, seorang Ketua Bahagian Umno, seorang bekas Adun Umno serta seorang pesara pegawai tinggi tentera akan mengambil pendirian sama meninggalkan Umno untuk bersama Pakatan Rakyat. Sesungguhnya fonomena ini ganjil dan pelik sedikit kerana selalunya dilaporkan media PB yang berbondong-bondong meninggalkan parti orang Pas ke Umno tetapi kali ini terbalik kod. Apakah di celah-celah kemeriahan ini ada strategi dan tektik Umno? | ||||||||||||||||||||||
Sarawak berpotensi menjadi ‘lubuk emas’ getah Posted: 08 Apr 2012 12:05 AM PDT Keyakinan itu dikuatkan lagi dengan adanya keinginan untuk maju di kalangan rakyat di negeri ini termasuk golongan muda yang mempunyai sikap positif untuk berjaya. KUCHING: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) yakin Sarawak berpotensi menjadi 'lubuk emas' tanaman komoditi getah dengan adanya tanah yang masih luas. Ketua Pengarah RISDA Datuk Wan Mohamad Zuki Mohamad berkata keyakinan itu dikuatkan lagi dengan adanya keinginan untuk maju di kalangan rakyat di negeri ini termasuk golongan muda yang mempunyai sikap positif untuk berjaya. Menurutnya, adalah menjadi harapan pihak RISDA melalui usaha yang dilakukan untuk membantu pekebun kecil getah dengan penanaman skala yang besar agar pendapatan mereka dapat dilonjakkan lagi. "Kita menyasarkan untuk melonjakkan pendapatan pekebun kecil penanaman getah dengan pendapatan bulanan sebanyak RM2,000 pada tahun 2015 dan meningkat kepada RM4,000 pada tahun 2020," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis pelancaran Laman Sesawang RISDA Sarawak dan Jamuan Malam Bersama Anggota RISDA Sarawak bertemakan 'Kasihi Pekebun Sayangi RISDA'. Tanah yang luas Katanya, untuk merealisasikan usaha mengubah taraf hidup dan melonjakkan pendapatan pekebun kecil getah memerlukan kerjasama daripada semua pihak. "Sarawak mempunyai keluasan tanah yang cukup besar, ini memberi kelebihan kepada masyarakat di negeri ini untuk terlibat dalam penanaman getah. Setakat ini kira-kira 150,000 anggota masyarakat terlibat dalam penaman getah," ujarnya. Beliau memberitahu pada tahun ini sebanyak 5,000 hektar kawasan tanah di negeri ini dibangunkan untuk tujuan penanaman getah dan sawit dengan jumlah bantuan yang dihulurkan oleh pihak RISDA sebanyak RM67 juta. "Adalah menjadi harapan kerajaan untuk mengangkat taraf pekebun kecil getah di negeri ini setaraf dengan negeri-negeri lain di Malaysia," jelasnya. Berkenaan dengan pelancaran laman sesawang Risda Sarawak itu, katanya, ia membantu untuk membolehkan orang ramai mengenali RISDA dengan lebih dekat, selain menunjukkan kemahiran dalam bidang Teknologi Telekomunikasi dan Maklumat (ICT). "Laman sesawang ini akan menyalurkan pelbagai maklumat berkaitan dengan RISDA dan menunjukkan kemajuan yang dicapai oleh RISDA sepanjang tempoh 39 tahun lalu," katanya. Laman sesawang RISDA boleh diakses melalui http/www.risda.gov.my/web/guests/statesarawak | ||||||||||||||||||||||
Malaysia dan ASEAN perlu mempercepatkan pelaksanaan kecekapan tenaga Posted: 08 Apr 2012 12:04 AM PDT Pelaksanaan kecekapan tenaga (Energy Efficiency - EE) di seluruh dunia dihadkan oleh pelbagai faktor. Walau bagaimanapun, permintaan sumber tenaga yang semakin meningkat telah menjadi sebab utama yang mendorong pelaksanaan kecekapan tenaga. Tambahan pula, menjadi cekap tenaga bukan sahaja dapat mengurangkan kos operasi tetapi menambah perspektif "mesra alam" kepada perniagaan. Beberapa negara juga telah memperkenalkan kaedah cukai pelepasan karbon untuk tambah nilai dan mempercepatkan perkembangan bidang EE. Sebagai contoh, program Top Runner oleh Jepun telah menambah baik prestasi EE untuk pelbagai produk domestik di Jepun dan telah memperkenalkan produk baru kepada dunia dengan harga yang kompetitif. Ini adalah satu contoh terpilih bagaimana program tempatan mempengaruhi pasaran dunia. Negara-negara seperti Thailand, Malaysia, Vietnam dan China di mana hub pembuatan elektrik dan elektronik tertumpu juga terpengaruh daripada program sebegini. Walau bagaimanapun, ia terpulang kepada pentadbiran negara itu sendiri untuk mengikuti perubahan global seperti ini. Di Malaysia, kita masih di peringkat awal pelaksanaan EE. Percanggahan fungsi-fungsi di antara agensi-agensi kekal sebagai penghalang utama dan penubuhan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Sustainable Energy Development Authority - SEDA) telah memburukkan lagi keadaan ini.
*Piarapakaran S. ialah Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER). | ||||||||||||||||||||||
Faekah: Khir Toyo, Tak Tahu Tanya, Jangan Bodoh Sombong Posted: 07 Apr 2012 11:51 PM PDT SHAH ALAMl: Tindakan Mantan Menteri Besar Selangor, Khir Toyo menuduh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berbohong berhubung perlaksanaan Geran Selangorku mendapat reaksi Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin. Berikut adalah petikan penuh kenyataan Faekah. Tindakan Khir Toyo yang menuduh Tan Sri Khalid berbohong benar-benar tidak melambangkan sifat seorang mantan Menteri Besar. Beliau yang mengulas berkenaan pelaksanaan Geran Selangorku kononnya beliau hairan mengapa geran digunakan untuk projek infrastruktur bukan bantuan kepada peniaga kecil. Khir Toyo sepatutnya menjadi orang terakhir yang boleh komen pasal Geran Selangorku. Dua sebab saya katakan sedemikian; Geran Selangorku adalah wang yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat hasil dari kutipan hutang yang gagal beliau kutip semasa pentadbirannya. Hutang Talam yang kesemuanya lebih 400 juta berjaya dikutip kerajaan hari ini melalui pembayaran tunai dan perolehan aset. Wang itu jugalah yang kita salurkan semula kepada rakyat melalui 17 program utama. Kegagalan Khir yang dengan sengaja tidak mengutip hutang tersebut sepatutnya menjadikan beliau malu untuk menyebut apa-apa yang berkenaan Geran ini, apatah lagi mencela pelaksanaannya. Sebab kedua ialah kerana Khir gagal menghadirkan diri semasa Dewan bersidang. Malah upacara pembukaan Dewan oleh DYMM Tuanku juga sanggup di kesampingkannya. Khir Toyo tidak ubah umpama orang buta takutkan tongkat. Lebih tepat lagi, bodoh sombong. Lain kali elok bertanya jika rasa ragu bukan sekonyong-konyong menuduh orang lain menipu. Sikap Khir yang suka ponteng Dewan, menjadikannya begitu naÔf dengan program-program yang berada dalam ruang lingkup Geran Selangorku. Sepanjang yang saya lihat hanya separuh hari sahaja Khir datang ke Dewan itupun bagi menutup malu kerana ditempelak Adun Sekinchan beliau memohon cuti sakit tetapi aktif mengeluarkan kenyataan di blog; laman sosialnya. Meskipun hebat di dalam Blog namun semasa hadir selama separuh hari tersebut, tidak ada satu patah perkataanpun yang dikeluarkannya di dalam Dewan, jauh sekali untuk berbahas ataupun memberi pandangan bernas. Malang sekali rakyat Sungai Panjang bila Adunnya hanya mampu bermonolog di blog. Untuk pengetahuan Khir, infrastruktur adalah sebahagian dari program Geran Selangorku dan hanya melibatkan 50 juta, selebihnya adalah untuk belia, wanita termasuklah program keusahawanan. Kalau Khir boleh memaparkan carta geran, ini bermakna Khir boleh mendapat maklumat tepat tentang Geran. Nampaknya Khir sengaja menulis di blog sekadar untuk mengadu domba dan berniat jahat. Geran Selangorku mempunyai Jawatan Kuasa Pemandu yang terdiri daripada pegawai kerajaan dan golongan professional termasuk Timbalan Pengarah JKR, Jurutera JKR dan QS JKR. Mengatakan ianya diterajui pegawai MB memang tersimpang sekali. Apatah lagi, Dato' Menteri Besar langsung tidak terlibat di dalam pemilihan projek mahupun pemilihan kontraktor. Perlaksanaan geran ini pula dikendalikan oleh Pejabat Tanah Dan Daerah dan PBT yang menjalankan proses tender. Tidak ada satupun projek yang dilakukan secara runding terus. Sekali lagi Khir cuba memperlekeh kewibawaan pegawai kerajaan yang cuba menjalankan tugas dengan telus. Nampaknya Khir sukar mempercayainya dan begitu janggal sekali. Masakan tidak, semasa pentadbirannya ratusan juta projek dilaksanakan secara runding terus dan lebih hebat lagi projek diberikan kepada pemaju dan kontraktor yang sama. Inilah yang dikatakan orang, jika seseorang itu biasa mencuri, maka dia selalu menyangka orang lain juga akan mencuri sepertinya. Khir juga sanggup berbohong apabila berkata semasa menjadi MB, tiada projek kerajaan yang tidak melibatkan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan. Baru 4 tahun tidak menjadi MB, beliau lupa bahawa projek di bawah ICU langsung tiada jawatankuasa. Semua projek dilaksana setelah mendapat unjuran dari Adun melalui Pengarah Pembangunan Negeri untuk disampaikan kepada ICU untuk dipilih dan pengeluaran waran peruntukan. Ianya langsung tidak melibatkan Pegawai Kewangan mahupun Setiausaha Kerajaan Negeri. Kerajaan Selangor terpaksa menyediakan Geran untuk infra kerana setelah PR mengambil alih negeri, banyak peruntukan untuk infra tidak disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan. Malah tuntutan Jabatan Pengairan dan Saliran ( JPS ) bagi Rancangan Malaysia Ke-10, sejumlah 1 bilion juga tidak diutamakan. Apabila banjir berlaku semua pemimpin UMNO-BN Selangor bertempik kononnya pegawai kerajaan tidak cekap mengawal banjir. Bagaimana JPS mahu melaksanakan tugas mereka dengan berkesan jika wang peruntukan penyelenggaraan sungai dan tebatan banjir tidak disalurkan. Butiran Geran Selangorku telah dibentang pada Exco dan semua data diberikan kepada ADUN semasa Dewan. Hanya ADUN yang benar-benar prihatin kepada kebajikan rakyat akan ambil pusing perkara ini. Bagi ADUN yang suka ponteng, pasti tiada maklumat. Barang pasti golongan ini akan malu bertanya tetapi mahu menunjuk pandai. Golongan inilah yang dikatakan sebagai bodoh sombong, umpama si buta bencikan tongkat. Faekah Husin. | ||||||||||||||||||||||
Anwar: Kekuatan raksasa untuk Bersih 3.0 Posted: 07 Apr 2012 11:45 PM PDT Oleh: Sidiqin Omar
SHAH ALAM : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran dan keadilan untuk turun beramai-ramai ke Dataran Merdeka bagi menyatakan bantahan terhadap penipuan sistem pilihan raya, 28 April ini. "Saya ulang, kali ini himpunan Bersih pada 28 haribulan, biar ada kekuatan raksasa di kalangan rakyat. Hentikan penipuan ini. Cukuplah!," kata Anwar pada program 'Rapat Rakyat Sempena 25 Tahun Pas Shah Alam', di Stadium Melawati, semalam. Dalam ucapan di hadapan kira-kira 1500 penyokong Pakatan Rakyat itu, Anwar berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga kini gagal membersihkan daftar pemilih, termasuk pengundi meragukan. Ia termasuk pertindihan nombor kad pengenalan, kewujudan lebih 100 pengundi pada satu alamat dan pengundi yang telah mati tidak dikeluarkan dalam daftar pemilih. Perkara itu katanya menunjukkan kerajaan tidak berniat untuk menjalankan pilihan raya secara telus dan adil. "Termasuk di Permatang Pauh pun, ada 123 nama (pengundi meragukan). Sampai begitu sekali. Inilah penipunya mereka," kata Anwar. Malah katanya, laporan minoriti yang dikemukakan wakil Pakatan Rakyat dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi menambahbaik pilihan raya, juga ditolak. "Sebab laporan (eseluruhan) PSC tidak menjelaskan secara terperinci. Macam mana nak adakan pilihan? Nak cakap, tak boleh. Nak bantah, tak boleh," kata Ahli ParlimenPermatang Pauh itu. Beliau memberikan contoh kira-kira 40,000 nama pengundi meragukan tidak dibersihkan SPR, sepertimana didedahkan oleh Mimos Bhd yang membuat semakan audit. Dalam pada itu, Anwar mengarahkan jentera pilihan raya Pakatan Rakyat, bersiap sedia mulai sekarang bagi menghadapi pilihan raya yang akan diadakan pada bila-bila masa. "Jangan pandang ringan. Dalam konteks pilihan raya di Malaysia, undi 51 peratus kepada kita belum boleh dikira menang. "Kerja, usaha dan ikhtiar mesti dilebihkan. Tanggungjawab kita bukan sekadar pertahankan Selangor, tetapi menjadikan Selangor sebagai kubu menuju Putrajaya," katanya. | ||||||||||||||||||||||
Anwar yakin BN tak berjaya rampas S'gor Posted: 07 Apr 2012 11:44 PM PDT Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau yakin bahawa BN tidak akan berjaya merampas semula Selangor daripada Pakatan Rakyat. Anwar berkata keyakinannya itu berdasarkan tinjauannya Selangor dan juga di Kedah serta Pulau Pinang yang menunjukkan sikap rakyat semakin menyokong Pakatan. Bercakap dalam satu ceramah malam tadi, Anwar berkata beliau juga yakin bahawa Pakatan mampu menambah kerusi DUN dan juga kerusi parlimen di negeri berkenaan. Bagaimanapun, Anwar berkata Pakatan perlu bekerja lebih keras dan tidak memandang ringan usaha BN yang begitu "mengidamkan" negeri Selangor. "Dia idam-idamkan tawan Selangor, insya-Allah, terlepas Putrajaya kepada kita. Saya yakin," katanya kepada kira-kira 1,500 orang yang hadir di program sempena sambutan Jubli Perak PAS Shah Alam itu. Tambahnya, ramai yang tidak yakin bahawa Pakatan akan berjaya menawan Selangor ketika pilihan raya 2008. "Tahun 2012, tanggungjawab kita bukan sahaja pertahan Selangor, tetapi kita jadikan Selangor kubu kuat pertahanan kita, supaya kita dapat tawan Putrajaya," katanya lagi. Pada masa ini, Pakatan memerlukan empat kerusi untuk memperoleh majoriti dua pertiga daripada 56 kerusi DUN. PKR dan DAP masing-masing menguasai 13 kerusi manakala PAS di tujuh kerusi di negeri itu. | ||||||||||||||||||||||
Bapa Altantuya mahu jumpa peguam, NGO Posted: 07 Apr 2012 11:42 PM PDT Bapa kepada wanita Mongolia yang dibunuh kejam enam tahun lalu, Setev Shaariibuu berkunjung ke Malaysia hari ini untuk bertemu peguam dan kumpulan aktivis hak asasi. Menurut peguam Setev di Ulaanbaatar, Munkhsaruul Mijiddorj, professor di universiti Mongolia itu berada di Singapura selama dua hari sebelum tiba di Kuala Lumpur untuk kunjungan tiga hari. Munkhsaruul berkata kunjungan itu merupakan lawatan tidak rasmi dan Shaariibuu bersama dua pegawai Mongolia akan menemui beberapa individu untuk berbincang mengenai kes saman ke atas kerajaan Malaysia. Munkhsarul, dalam satu e-mel berkata demikian dengan merujuk kepada saman RM100 juta yang difailkan Setev dan juga dua anggota polis yang didapati bersalah kerana membunuh wanita tersebut, Altantuya. Setev memfailkan kes tersebut pada Jun 2007 untuk menuntut kerugian atas seksaan zahir dan batin yang dialami isterinya dan dua anak Altantuya atas kematian anak sulungnya itu. Difahamkan, Setev bercadang untuk bertemu peguamnya, Karpal Singh dan bertemu dengan aktivis hak asasi Suaram. Suaram sebelum ini memfailkan saman ke atas syarikat pertahanan laut Perancis, DCNS kerana didakwa membayar sogokan berjumlah jutaan ringgi kepada pegawai tinggi kerajaan Malaysia berhubung pembelian kapal selam Scorpene. | ||||||||||||||||||||||
Najib tak mampu cari RM43bil, dakwa Anwar Posted: 07 Apr 2012 11:32 PM PDT Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan sekiranya tidak mampu menyedia kos RM43 bilion untuk hutang pelajar. Anwar berkata hutang melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) itu boleh diselesaikan jika kerajaan mengelak daripada menanggung ketirisan perbelanjaan dan menolak perbuatan rasuah. "Hei Najib, RM43 bilion hang (kamu) tak reti (pandai) cari? Hang tak reti cari tak apa. Hang berhenti. Bekas menteri kewangan itu menegaskan bahawa Pakatan Rakyat akan menyelesaikan hutang PTPTN tersebut sekiranya gabungan itu membentuk kerajaan selepas ini. Keghairahan Anwar dan Najib dalam menjuarai isu hutang tersebut dilihat semakin memuncak ekoran rancangan sekumpulan pelajar untuk mengadakan perhimpunan anti-PTPTN pada 14 April. | ||||||||||||||||||||||
Shahrizat Lega PM Pegang Portfolio KPWKM Posted: 07 Apr 2012 05:30 PM PDT MSTAR ONLINE KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berasa lega apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan beliau sendiri akan memangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Shahrizat turut melahirkan rasa syukur dengan pengumuman Perdana Menteri semasa merasmikan Program KARISMA 1AZAM peringkat negeri Pahang di Temerloh, Sabtu. "Doa saya dan semua di KPWKM dimakbulkan Allah SWT apabila Perdana Menteri mengumumkan di Temerloh semasa merasmikan Program KARISMA 1AZAM peringkat negeri Pahang bahawa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan berada di bawah Perdana Menteri. "Alhamdulilah!" katanya dalam satu kenyataan di sini Sabtu. Najib mengumumkan akan memangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selepas berakhirnya tempoh perkhidmatan Shahrizat sebagai senator yang menjawat jawatan berkenaan, Ahad. Najib bagaimanapun tidak menyatakan sehingga bila beliau akan memangku jawatan berkenaan. Shahrizat sebelum ini mengumumkan pengundurannya sebagai menteri apabila tamat tempoh sebagai senator pada 8 April ini berikutan isu National Fidlot Corporation, yang melibatkan suaminya. - BERNAMA | ||||||||||||||||||||||
Keadaan Nik Aziz Yang Masih Dirawat Di HUSM Stabil - Fatah Posted: 07 Apr 2012 05:26 PM PDT MSTAR ONLINE KOTA BARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang masih dirawat di wad rawatan jantung di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini, dilaporkan berada dalam keadaan stabil. Besan Nik Abdul Aziz, Abdul Fatah Harun, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Tuku, berkata Mursyidul Am PAS itu dinasihatkan doktor yang merawatnya agar berehat di hospital itu bagi mendapatkan rawatan susulan. Nik Abdul Aziz, 81, dimasukkan ke hospital itu selepas mengadu sakit dada selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco Rabu lepas. "Tok Guru (Nik Aziz) dinasihatkan berehat di wad CCU itu bagi mengelakkan banyak menggunakan tenaga apabila berada di luar. "Seperti biasa, perutnya selalu meradang apabila tersalah makan dan penat akibat banyak pergerakan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi malam Sabtu. Abdul Fatah berkata Menteri Besar itu dijangka dibenarkan keluar dari hospital dalam masa terdekat ini, sebaik selesai menjalani pemeriksaan lanjut. Sultan Kelantan Sultan Mohammad V berkenan melawat Nik Abdul Aziz selepas solat Jumaat semalam, kata Abdul Fatah.- BERNAMA | ||||||||||||||||||||||
RM1.7 Bilion Dibelanjakan Bagi Ubat-Ubatan Generik Tahun Lepas Posted: 07 Apr 2012 05:22 PM PDT MSTAR ONLINE KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata sejumlah RM1.7 bilion dibelanjakan kerajaan tahun lepas membeli ubat-ubatan generik sebahagian besarnya untuk memenuhi keperluan penghidap penyakit tidak berjangkit (NCD) di seluruh negara. Beliau berkata kerajaan menjangkakan perbelanjaan untuk keperluan berkenaan akan meningkat setiap tahun. "Kenapa peningkatan mendadak ini...kerana NCD, kerana kolestrol tinggi, darah tinggi dan seterusnya. Pesakit terpaksa memakan Levithol dan pelbagai jenis ubat. "Setiap hari anda terpaksa memakan ubat dan ia sangat besar belanjanya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pesta Kesihatan 2012 akhbar The Star, di sini Sabtu. Liow menerangkan kebanyakan daripada ubat-ubatan generik dibekalkan oleh pengeluar tempatan tetapi sesetengahnya diimport. "Ia lebih murah (untuk menggunakan ubat-ubatan generik), sebenarnya ini adalah kecenderungan di dunia sekarang, kebanyakan hospital di dunia menggunakan ubat-ubatan generik...keberkesanan ubat-ubatan ini adalah sama dan kita dapat membantu lebih ramai orang. "Di Malaysia, di segi peratusan ubat-ubatan generik yang digunakan, ia kira-kira 50 peratus," katanya. Oleh kerana itu, kata Liow, dalam usaha mengurangkan angka pesakit NCD kerajaan merancang menganjurkan 80 karnival kesihatan di peringkat komuniti seluruh negara menjelang hujung tahun ini dalam menyedarkan orang ramai supaya kerap melakukan saringan kesihatan setiap tahun. Beliau memperakukan rakyat Malaysia berumur lebih 30 tahun dan tidak lagi 40 tahun supaya menjalani saringan kesihatan untuk faktor risiko NCD, disebabkan banyak kes NCD dikesan di peringkat lebih awal. "Ini penting kerana NCD tidak membunuh dengan cepat. Hanya kumpulan penyakit pembunuh senyap yang secara perlahan-lahan membunuh melalui penyakit jantung, sakit buah pinggang dan banyak lagi," katanya dan menambah bahawa seorang daripada tujuh rakyat Malaysia didapati mengidap diabetes. Selain itu, kata Liow, kerajaan sedang berusaha melatih ketua-ketua kampung dan petugas rukun tetangga mewakili kementerian membuat saringan kesihatan di peringkat akar umbi. Beliau berkata program printis sudahpun dijalankan di Pahang dan ia terbukti berkesan. - BERNAMA | ||||||||||||||||||||||
Umno kehabisan modal politik, kata Anwar Posted: 07 Apr 2012 05:17 PM PDT ALOR SETAR - Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Umno sudah kehabisan modal politik sehingga terdesak untuk terus memainkan isu mengaitkan beliau dengan Israel dan tidak boleh menerima "fitnah" itu lagi. | ||||||||||||||||||||||
Kumpulan anti Lynas akan berdemo di masjid serata negara Posted: 07 Apr 2012 05:14 PM PDT The Malaysian Insider difahamkan rancangan protes 13 April ini dijalankan terhadap masjid "terpilih" dari seluruh negara, yang mana akan di jalankan oleh NGO, Solidariti SeMalaysia Himpunan Hijau. Dianggarkan sejumlah 22 kumpulan termasuk Asalkan Bukan Umno (ABU) dan Badan Bertindak Anti Nadir Bumi (Badar) akan terlibat dalam kempen tersebut. Wakil ABU, Haris Ibrahim berkata kepada The Malaysian Insider, objektif utama Solidariti SeMalaysia Himpunan Hijau adalah untuk menyampaikan maklumat lengkap terhadap salah anggap isu Lynas yang mana dilihat hanya melibatkan komuniti Cina dan mereka yang tinggal di Gebeng. "Mesejnya mudah. Seluruh negara tidak mahukan Lynas. Kami tidak mahu pembinaan itu diteruskan. "Dan isu ini turut melibatkan Muslim, bukan hanya masyarakat Cina, sebab itu protes dijalankan di masjid. Kami akan berkumpul selepas solat Jumaat dan mengadakan protes terhadap Lynas," katanya. Menurut Haris, rancangannya adalah untuk menganjurkan "perhimpunan" sekurang-kurangnya di satu masjid setiap negeri. "Kami berbincang berkenaan semua negeri di dalam negara ... setakat ini, lima atau enam masjid sudah menyatakan persetujuan," tambahnya. Acara utama protes berkenaan kata aktivis itu adalah di Dataran Kemerdekaan in Shah Alam, di mana penyokong perhimpunan anti Lynas akan berkumpul di Masjid Shah Alam sebelum bergerak ke Dataran. Tegas Haris, protes tersebut telah dirancang sebelum Bersoih 2.0 dan Himpunan Hijau dalam protes 28 April, dan kini ia menjadi pemanas badan untuk perhimpunan berkenaan. "Kami akan menunjukkan solidariti ... di setiap masjid, kami akan menentang Lynas." Himpunan Hijau sebelum ini mengesahkan penyertaan perhimpunan Bersih 2.0 28 April ini untuk memberikan tekanan kepada kerajaan untuk menghentikan pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi Lynas Corporation di Gebeng, Kuantan. Ini merupakan Perhimpunan Hijau ketiga, dan dijangka dengan kuantiti yang lebih besar berbanding perhimpunan sebelumnya yang diadakan di Kuantan pada 9 Oktober 2011, dan 26 Febuari 2012. Anak syarikat Lynas Corp's Malaysian telah mengesahkan kilang berkenaan akan beroperasi dalam masa tiga minggu. Kerajaan sebelum ini telah membentuk Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) berhubung Lynas namun pengkritik melihat ia hanyalah untuk meredakan keadaan oleh pentadbiran Najib. Pemimpin Pakatan Rakyat (PR), yang merupakan sebahagian daripada pergerakan anti Lynas di Kuantan telah bersepakat menolak PSC yang mana telah diberikan tempoh tiga bulan mencari jalan penyelesaian berhubung perkara berkenaan. | ||||||||||||||||||||||
BN Kelantan lancar gerakan penerangan besar-besaran Posted: 07 Apr 2012 05:13 PM PDT MALAYSIA KINI Jentera pilihan raya BN Kelantan akan melancarkan gerakan penerangan secara besar-besaran bagi memperjelaskan isu semasa kepada rakyat, kata Timbalan Pengerusi BN Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin. Beliau berkata gerakan itu yang akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat akan melibatkan semua parti komponen BN. "Kita akan bergerak sebagai satu keluarga besar sebagaimana yang diputuskan pada mesyuarat BN Kelantan yang dipengerusikan Datuk Seri Mustapa Mohamed semalam," katanya kepada pemberita semasa melawat kawasan peti undi Melawi di Bachok hari ini. Awang Adek yang juga timbalan menteri kewangan berkata antara isu yang akan diberi tumpuan termasuk kegagalan kerajaan Kelantan pimpinan PAS membekalkan air bersih kepada rakyat, ketidakadilan projek Ladang Rakyat dan penggadaian tanah rizab Melayu. Katanya data mengenai perkara-perkara tersebut sedang dikumpulkan oleh satu jawatankuasa khas yang dijangka disiapkan dalam tempoh terdekat. Beliau berkata jumlah bantuan kerajaan pusat kepada kerajaan negeri Kelantan termasuk yang melibatkan Majlis Daerah juga sedang dikumpulkan datanya untuk dinilaikan oleh rakyat. Awang Adek berkata ramai tidak mengetahui bahawa kerajaan pusat telah menyalurkan peruntukan jutaan ringgit kepada setiap Majlis Daerah pada setiap tahun termasuk untuk projek pembangunan dan membayar gaji penjawat awam. "Ini termasuk membayar gaji kakitangan profesional," katanya yang juga timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan dan Ketua Umno Bahagian Bachok. Beliau berkata pendedahan itu penting untuk menghakis tuduhan liar yang dilemparkan pemimpin pembangkang bahawa kerajaan pusat menganaktirikan Kelantan selama ini. Bernama | ||||||||||||||||||||||
Daftar pengundi: 'Saya cakap sebab ada bukti' Posted: 07 Apr 2012 05:12 PM PDT ALOR SETAR - Datuk Mahfuz Omar mencadangkan penubuhan satu suruhanjaya diraja dan bersedia memberi kerjasama bagi menyiasat dakwaannya mengenai kewujudan pasukan khas yang bertanggungjawab memberi kewarganegaraan kepada warga asing untuk mengundi dalam pilihan raya umum. Naib Presiden Pas ini berkata, pendedahan yang dibuatnya adalah serius kerana ia mungkin membolehkan golongan itu mengundi dalam pilihan raya kelak. "Saya sudah usulkan cadangan supaya diwujudkan suruhanjaya diraja ini segera dalam perbahasan belanjawan tahunan di Parlimen baru-baru ini. "Saya harap ia dipertimbangkan kerana mempunyai asas yang kukuh dalam dakwaan itu," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena ketika ditemui selepas Ceramah Pelancaran Kempen Bersih 100 Peratus peringkat negeri Kedah, di Kompleks Hijau Kuning, malam tadi. Menurutnya, berdasarkan laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bersetuju dengan cadangan penubuhan suruhanjaya itu untuk menyiasat pemberian kerakyatan warga asing di Sabah. "Secara tidak langsung, PSC mengakui perkara seperti itu memang berlaku di Sabah, tetapi saya cadangkan untuk semua negeri kerana difahamkan gerakan itu menyeluruh dan berlaku di setiap negeri," katanya. Mahfuz sebelum ini mendedahkan wujudnya pasukan khas ini yang diketuai Penasihat Khas Perdana Menteri, Datuk Osman Razak; Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Datuk Tajuddin Wahab dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar. Bagaimanapun Wan Ahmad dalam ulasannya kepada Sinar Harian kelmarin telah menafikan dakwaan Mahfuz. Ketika ditanya mengenai keseriusan beliau mendedahkan nama individu terbabit, Mahfuz berkata, ia bukan cakap kosong tetapi akan disertakan dengan bukti. "Saya ada bukti sebab itu saya berani cakap. Tetapi saya hanya mahu bekerjasama dengan suruhanjaya diraja untuk siasat perkara ini," katanya. Menurutnya, pendedahan ini dibuat kerana bimbang masa depan negara kelak ditentukan oleh warga asing, dan pada masa yang sama menafikan hak rakyat untuk mengundi secara telus. "Ini suatu ancaman kepada negara dan amat bahaya. Saya tahu saya menanggung risiko besar mendedahkan perkara in dan menyerahkan keselamatan saya kepada ALLAH SWT kerana tidak mahu membiarkan tanah air tergadai," katanya. Mahfuz berharap suruhanjaya itu dapat ditubuhkan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). | ||||||||||||||||||||||
Suami Sri Wani serah pada mahkamah Posted: 07 Apr 2012 05:10 PM PDT SHAH ALAM - Suami kepada wanita yang sekelip mata mencuri tumpuan rakyat Malaysia kerana dipertikaikan status jantinanya memohon masyarakat menghentikan tuduhan negatif. Berkongsi situasi bersama Sinar Harian, Bahrom Sanugi, 61, menerusi peguamnya, Muhammad Hafiz Ab Rashid berkata, anak guamnya tertekan dengan kritikan masyarakat. "Beliau minta diberi ruang agar tidak diganggu mengenai isu ini. Selepas cerita ini tersebar kepada umum, pelbagai spekulasi dan komen diterima," katanya. | ||||||||||||||||||||||
Anifah dinamakan dalam siasatan rasuah balak Sabah Posted: 07 Apr 2012 05:09 PM PDT MALAYSIA KINI Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman didakwa diberikan lesen pembalakan lumayan secara rahsia di negeri itu, lapor laman pembocor maklumat Sarawak Report.Laman itu mendakwa memiliki dokumen Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang siasatannya didakwa memutuskan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman secara salah mengeluarkan lesen bernilai puluhan juta ringgit kepada saudaranya itu. Menurut laporan itu lagi, dokumen daripada sebahagian siasatan terhadap penyelewengan balak selepas agen dan penama bagi Musa, Michael Chia, ditahan kerana cuba menyeludup keluar RM16 juta keluar daripada Hong Kong pada 2008. "Bagaimanapun, siasatan telah disekat di peringkat tertinggi dan hasilnya kekal rahsia, sehingga sekarang," lapor Sarawak Report lagi. | ||||||||||||||||||||||
'Penjaga roh' berkumpul demi Beng Hock di SPRM Posted: 07 Apr 2012 05:07 PM PDT Hujan lebat tidak mematahkan semangat sekumpulan penyokong Teoh Beng Hock yang berkumpul bagi menuntut kerajaan bertindak terhadap tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Rasuah Malaysia (SPRM) yang dikaitkan dengan kematian mendiang. Kira-kira 20, diketuai adik mendiang Lee Lan, berkumpul di perhentian bas berhadapan dengan bangunan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang menempatkan pejabat SPRM Selangor, kira-kira jam 6 petang. Sebaik hujan reda, mereka berarak ke pejabat suruhanjaya itu sejauh 300 meter sambil membawa plakad tertulis "Kita Tetap Ingat" dan "We Still Remember" di samping gambar Beng Hock. Turut diusung bersama wajah A Kugan, Aminurrashid dan Ahmad Sarbaini yang turut dikaitkan dengan kematian kontroversi. Menariknya, kali ini mereka memakai topeng, topi dan berpakaian hitam-putih sebagai simbolik kepada penjaga roh si mati dalam budaya kaum Cina. Turut bersama-sama mengiringi kumpulan itu ibu anggota keluarga Beng Hock. Sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz dilapor berkata Jabatan Peguam Negara mendapati tidak wujud kesalahan jenayah terhadap tiga pegawai SPRM yang dikaitkan dengan kematian Beng Hock sebelum ini. Dalam jawapan bertulisnya di parlimen, Nazri berkata, setelah penelitian terperinci kesemua mereka didapati tidak melakukan apa-apa kesalahan bawah Kanun Keseksaan dan Akta Pencegahan Rasuah Malaysia. Dalam sidang medianya, Lee Lan berkata perarakan hari ini untuk menuntut keadilan terhadap abangnya yang ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009. Dengan nada sebak dan mengalir mata, Lee Lan mendesak polis meneruskan siasatan terhadap ketiga-tiga pegawai itu "dari sudut perbuatan jenayah". Mereka juga turut menyalakan lilin sebagai mengingati mendiang. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan