Isnin, 23 April 2012

.

.


Analisa Peristiwa

Posted: 22 Apr 2012 08:00 PM PDT

Penghinaan Terhadap Anwar Tidak Memberi Bekas


Malam tadi telah dilancar secara rasmi sebuah Ngo yang bertujuan khusus untuk menyerang peribadi Anwar Ibrahim. Perlancaran itu dilakukan oleh presiden Perkasa(m), .. lupa nama. Ngo ini entah yang ke berapa dalam urutan Ngo di Malaysia yang seracunya dan juga disertai oleh muka-muka masam dan 'komoh' yang sama. Di Malaysia ini jangan pelik kalau seseorang individu itu menyertai lebih dari 10 buah Ngo yang berlainan jenama atau pun yang anggotanya suami isteri saja.

Gaya baru mempersonakan penonton.
Malang sedikit mereka tidak pernah menukar wajah atau mengenakan topeng setiap kali menyertai Ngo. Itulah menyebabkan orang mudah mengenali mereka. Mereka juga tidak pernah mengikis atau memotong lidah mereka menyebabkan orang gampang kena mereka menerusi suara percakapan mereka. Suara mereka sumbang dan telor bila membaca Hadith.

Mereka juga pakai kosmetik serupa sahaja. Penubuhan Ngo di Malaysia sudah menjadi seperti cendawan tumbuh selepas hujan mutakhir ini. Apakah ini penyakit orang Melayu yang gemar mengikut dan menurut apa yang orang lain buat. Persis perniaga gerai, seorang bukan gerai pisang goreng semua buka gerai pisang goreng akhirnya menyebabkan semua terpaksa tutup kerana bersaing harga.

Mereka yang menubuhkan Ngo dan menggunakan sebagai wadah untuk bersuara adalah mereka yang tidak ada kekuatan diri sendiri atau pun diri mereka sudah tidak laku. Kalau diri mereka laku dan berwibawa cukup mereka bercakap atas kapasiti diri sendiri. Tidak perlu melekatkan apa-apa Ngo atau pun persatuan untuk mengukuhkan idea dan juga pandangan kita.

Saya tidak larat untuk menghitung sudah berapa banyak Ngo yang ditubuhkan sejak 10 tahun lalu dan menjadi rancak dalam tempoh dua tiga tahun ke belakangan ini. Banyak sangat sampai mat rempit dan pelacur pun ada Ngo. Semua aspirasi penubuhan itu kerana untuk membelasah dan menyerang Anwar Ibrahim. Tengok saja apa yang disiarkan oleh tv media penjilat buntut, atau diliput oleh media cetak setiap hari memuatkan kenyataan-kenyataan dari ketua Ngo itu. Kita konfius apakah idea mereka yang tak bernilai itu hendak dikongsikan media berkenaan untuk pembaca.

Mereka semua adalah orang yang tidak tetap pendirian dan rosak akal. Hari ini mereka bersama kumpulan politik ini, esok pula kumnpulan lain. Hari ini mereka menentang parti ini esok menyokong setinggi langit. Hari ini memuji dan menyanjungi pemimpin dan tokoh ini, esok mereka akan keji dan hina sehina-hinanya. Inilah wajah dan keperibadian ketua-ketua Ngo itu. Pentas mereka berbagai-bagai. Apakah orang-orang seperti ini boleh diharap untuk menjadi pemimpin?

Kalaulah idea dan pandangan mereka diterima pakai nescaya negara akan rosak dan hancur berkecai. Alhamdulilah rakyat negara ini rata-rata arif dan bijak dalam menilai individu-individu ini. Mereka tidak mudah menelan hujah orang-orang sakit ini. Mereka hanya datang bertepok dan bersorak bukan kerana terpesona dengan hujan, tetapi menyorak gelagat mereka yang merupakan sebahagian perserta Raja Lawak yang tidak lulus tapisan ke separuh akhir.

Apabila penubuhan Ngo itu atas nawaitu dan tujuan yang begitu, maka kita tidak perlu merasa hairan kepada mereka. Apa yang dilaksnakan bukan kebenaran melainkan ia adalah agenda peribadi untuk memenuhi kehendak orang lain. Mereka mencari peluang atas modal yang satu, Anwar. Mereka menjadikan Anwar sebagai batu loncatan untuk mencari makan.

Kedudukan ini menyebabkan Anwar perlu merasa bertuah kerana dirinya boleh membantu individu berkenaan yang sebelum ini juga merupakan kawan-kawannya dapat mencari makan. Mungkin di sini benarnya, Anwar sengaja dianugerahkan Allah begitu untuk dijadikan alat penyambung nyawa segelintir manusia parasit lain. Lihat berapa banyak orang memngambil kesempatan ke atas Anwar untuk hidup.

Saya yakin kalau Anwar tidak ada dan dirinya tidak menjadi isu dan aset, individu-individu berkenaan sudah lama mati kebuluran kerana kekurangan zat makanan. Mereka ini jenis tidak boleh berburu sendiri melainkan menumpang bangkai seperti dubuk. Tetapi dengan adanya Anwar mereka mendapat upah atau bekalan makanan apabila bekerja sebagai penyerang Anwar membuat fitnah dan serba serbinya. Bukan saja yang anti kepadanya, di pihak yang simpati dan menyokong juga turut sama mendapat limpahan rezeki dan pahala iman kerana sabar melayan kerenah peneyerang Anwar dan menjadi sukarelawan penangkis fitnah.

Justeru Anwar tifdak perlu merasa sedih ataas apa yang berlaku. Sebalik beliau perlu merasa gembira dan syukur kerana dirinya masih dijadikan modal dan dapat berbakti kepada banyak orang. Batang tubuh dan kisah dirinya bolerh dijadikan sumber rezeki untuk individu tertentu. Mereka tidak akan menyerang dan melanyak Anwar kalau tiak diupah sesenduk nasi. Mereka semua adalah serigala yang dipecut dan diberikan setongkol daging yang tidak dibasuh.

Bohong kalau mereka menubuhkan Ngo untuk memperjuangkan bangsa, negara apa lagi agama. Kalau itulah matlamat mereka cukup sertai Umno atau perkukuhkan saja Umno. Dalam hal ini Anwar tidak perlu memberi apa-apa komen kepada mereka itu yang dulu semuanya berkhemah dan berkampung di rumah Anwar di Bukit Damansara. Wajah-wajah yang menjadi kepala Ngo dan ekor Ngo itu dulu semuanya makan dan minum di rumah Anwar. Tahi yang mereka buang dalam tanda rumah Anwar juga masih ada kerana ayam pun tidak lalu untuk mematuknya.

Mereka mengerumi Bukti Damansara kerana mengira di situ ada makanan. Di situ ada gula dan ada harapan menggunung tinggi serta ada kuntum-kuntuman bunga yang mereka boleh menghidunya dari luar pagar. Mereka awal-awal lagi mengunjungi Anwar bukan atas niat perjuangan, tetapi kerana perut dan nafsu. Jadi apabila setelah 10 tahun Anwar gagal memenuhi tembolok mereka, maka mereka berarak berpindah menjadi nomad yang perlu mencari kawasan dan lembah kehidupan baru . Mereka mahu hidup dan perlu hidup untuk seribu tahun lagi. Kalau mereka berpindah demi perut tidak mengapa tetapi jangan sambil berlalu menghina musuh. Ini celaka.

Kalau tidak percaya cuba perhatikan apa yang akan berlaku selepas ini. Kalau tertakdir Pakatan Rakyat menang dan Anwar diberi angkat jadi PM mereka ini semua akan kembali semula ke lembah Anwar. Mereka akan datang berlari, merangkak dan berpimpinan ke Bukit Segambut. Atau mungkin ada yang terlajak ke Bukit Damansara kerana mengira Anwar masih di sana.

Sebaik terhidu sahaja aroma makanan atau kelihatan fotomorgana di rumah Anwar mereka akan berduyun-duyun ke rumah Anwar. Mungkin talian telefon Anwar dan Wan Azizah juga akan sendak kerana terlalu banyak panggilan masuk. Peti surat dan sms juga akan penuh hingga pecah.

Rumput dan semak sambu yang melihar di jalan ke rumah Anwar di Bukit Segamut akan lumat dan hancur lebur dipijak mereka. Mereka akan berasakan macam ayam keluar reban untuk menuju ke jamban tahi. Mereka tidak akan peduli apa yang mereka lakukan hari ini, naluri perut akan menghalal dan melupakan segala-gala apa yang mereka lakukan.

Saya sudah lihat dan tengok dengan mata kepala saya sendiri kejadian ini. Orang yang memaki hamun Anwar, menempuk meja marahkan Anwar, menuduh Anwar liwat, berzina dan sebagainya... akhirnya datang melutut denagn lingan air mata kepada Anwar. Meminta saya menemani dan membawanya masuk ke rumah Anwar. Meminta saya memberitahu yang indah-indah mengenai kepada Anwar. Mengungkitkan nostalgia yang dia pernah meringkuk bersama Anwar di Kemunting.

Jadi apa yang dilakukan oleh individu-individu berkenaan, tidak perlu dikisahkan. Tindakan mereka tidak memberi sedikit kesan pun. Malahan apa yang mereka lakukan memberi liabiliti kepada Umno yang mereka sokong kembali hari ini. Bukan saja rakyat di luar menyampah dan geram, tetapi ahli Umno yang setia dan tidak tahu mengkhianati parti juga meluat melihat mereka ini.

Rakyat tidak kisah penghinaan kepada Anwar, apa yang mereka mahu Anwar jadi PM.
Saya juga memerhati sendiri bagaimana seorang dari mereka terkayan-kayan bersendirian di PWTC sewaktu persidangan Umno. Dia jenguk ke situ dengan harapan kawan-kawan lamanya dalam Umno memuji dan mengucap tahniah atas tindakannya meninggal Anwar dan PKR. Sebaliknya dia jadi kera (ekor pendek muka bulat) yang sumbang, terpaksa mengending di meja makan untuk dapatkan sepiring nasi. Nasib baik saya ada, saya menyalematlkan air mukanya yang sudah jatuh ke tanah.

Biarlah mereka tubuh sebanyak mana Ngo untuk menyerang Anwar ia tidak akan merubah keadaan yang ada. Serangan-serangan tidak bermoral dan beretia ini tidak berbekas, pukulan mereka tidak memberi kesan. Apa mereka dapat hanya letih sendiri kerana menghanyun senjata kerana mereka memukul angin sebenarnya.

Kita juga tidak perlu menghormati kepada orang-orang ini kerana mereka adalah 'calo-calo' yang mengambil upah untuk survival mereka dan anak beranak. Kaum seperti ini bukan baru hari ini tetapi ia ada sejak zaman Nabi Adam lagi, cuma mereka menjelama dalam keadaan identitas yang berbeza. Apa perlu dikisah.

Mengenai Anwar, lakulah semahunya dan fitnahlah apa saja kepadanya ia tidak akan merubah keadaan. Anwar sendiri sudah lali, kalau ia plastik ia sudah hancur dan akan keluar menurut acuan baru sebagai PM. Manakala rakyat tidak pedulia apa. Nekad dan azam rakyat sudah kemas dan kejeap. Rakyat tidak hirau kepada peribadi Anwar yang diburukhuduhkan; apakah Anwar peliwat, pengkhianat, atau apa-apa 'per..' mereka tidak kisah. Yang kejap tertanam di nubari rakyat ialah mereka mahukan perubahan inginkan peralihan. Mereka mahu melihat kerajaan bertukar tangan. Mereka mahu ajar UBN, bagaimana menjadi pembangkang, dan mereka mahu menjulang Anwar menjadi Perdana Menteri. Itu saja hakikat hari ini. [wm.kl.10:56 am 23/04/12]

Susupan Malam

Posted: 22 Apr 2012 08:14 AM PDT

Boleh Dipercayakah Hishmuddin Hussein?


Saya masih ingat ketika membentang rang undang-undang untuk mendaruratkan Kelantan pada tahun 1978, bekas perdana menteri Hussein Onn (Allahyarham) telah bersumpah di parlimen yang beliau (Umno) tidak bermain politik di Kelantan. Kononnya apa yang berlaku di Kelantan sehingga Kelantan perlu diisytiharkan darurat bukan atas kehendak atau agenda Umno.

Betapa naifnya Hussein Onn dengan sumpah berkenaan. Kalaulah dia benar-benar tidak tahu dan tidak terlibat dengan agenda menjatuhkan kerajaan Pas Kelantan secara jahat, dunia politiknya sudah khianat  ketika itu. Sebagai perdana menteri ketika itu mustahil beliau tidak tahu apa yang sedang dilakukan Umno Kelantan. Kalau dia tidak tahu ini bermakna bodoh amatlah Hussein Onn.

Tetapi demi menegakkan benang basah yang direntang Umno Kelantan sehinggakan kerajaan Kelantan berusia 18 tahun berkubur, Hussein lakukan juga walaupun tindakan itu seperti meludah ke langit atau membasuh dubur secara menganggung kaki ke atas. Beliau sanggup mempermainkan sumpah, dengan mengatakan Demi Allah saya tidak bermain politik di Kelantan.

Rasanya yang tidak mempercayai sumpah Hussein Onn itu hanya beruk dan kera saja, tetapi kalau mahkluk manusia yang sihat akal tidak akan mempercayainya dan akan menganggap selama-lamanya Hussein Onn berbohong. Bahawa Umno Kelantan bermain politik di Kelantan, bahkan politik kotor dan gila yang belum berlaku sebelum ini. Ini... kenapa saya mengungkit peristiwa pahit dan keji itu menunjukkan saya tidak percaya dengan sumpah itu - sumpah orang politik.

Hari ini setelah 34 tahun, giliran anak lelakinya, Hishamuddin pula berbuat perangai yang sama. Bezanya Hishamuddin tidak melafazkan sumpah demi Allah tetapi berjanji. Dalam pengertian sebenar sumpah dan janji adalah benda sama, membawa maksud pengakuan yang kononnya jujur, ikhlas dan benar.

Hari ini Hishamuddin berjanji dia akan sedia membantu untuk membolehkan lokasi himpunan lain sekiranya DBKL tidak sedia membenarkan dataran merdeka digunakan untuk Bersih 3.0 pada 28 April ini.

Mungkin sekali lagi keturunan kera dan beruk di zaman ayahnya boleh mempercayai janjinya itu untuk membantu mencari lokasi berhimpun, tetapi tidak makhluk bernama manusia. Sebelum ini pun dia sudah mengatakan perkara yang serupa semasa himpunan Bersih 2.0 dulu. Bukan setakat beliau, abang sepupunya Ha Najib Razak berjanji untuk membenarkan stadium merdeka kepada Bersih 2.0 tetapi apa kesudahannya? Sejarah telah merakam segala-galanya. Bersih 2.0 sampai mengorbankan seorang warga negara Malaysia.

Bukan saja semua pintu stadium dikunci dan dirantai diletakkan ribuan polis dan FRU mengawal disemua pintu masuk. Usahkan untuk masuk, orang berjalan berhampiran stadium pun disembur asid dan dikejar dan dipukul dengan blatan macam pukul anjing gila di Jalan Kebun.

Hari ini sekali lagi janji seperti itu diluahkan menerusi Hishamuddin. Konon dia membenarkan himpunan Bersih - Duduk dan Bantah tetapi tetapi berdalih mengatakan kuasa membenarkan stadium bukan ditangan. Porahhh.... Apa yang sedang dimainkan Hishamuddin ialah untuk pusing psikologi orang ramai kononnya kerajaan hari ini baik? Baik tahi kucing.

Maaf, saya tidak boleh menghabiskan catatan ini kena terjeluak dan benci dengan manusia (Kerajaan) yang munafik seperti ini. Kenapa tidak berterus terang, kalau tidak benarkan katakan tidak dan jangan cuba melencong dan memusing kata-kata dengan hujah pondan. Saya lebih menghormati kalau Hishamuddin bertegas dengan pendiriannya untuk menghalang Bersih. Halanglah.. gunalah segala pasukan keselamatan dan segala macam kelengkapan dan undang-undang yang ada di tangannya.

Walaupun cara itu mungkin kejam dan akan dibenci orang sampai hidup kembali, tetapi orang akan hormat akan ketegasan dan pendirian beliau sebagai seorang menteri dalam negeri. Celabur...! [wm.kl.11:04 pm 22/04/12]

Peristiwa

Posted: 22 Apr 2012 06:55 AM PDT

Giliran Pengkalan Chepa Berjumpa Mata


Berseleta sekali Tok Guru makan sambil ditemani Mohd Amar.
Mungkin sudah penghujung atau pun kerana semua kerusi Pengkalan Chepa berada dalam keadaan selesa, menyebabkan majlis pertemuan atau Jumpa Mata dengan anak-anak Pengkalan Chepa yang berlangsung di Puchong Indah petang tadi kurang mendapat sambutan jika dibandingkan dengan majlis-majlis seumpamanya yang diadakan sebelum ini.

Tuan Sabariah dan Wan Ubaidah memberi pose istimewa.
Majlis pertemuan itu adalah kesenimbungan siri-siri majlis pertemuan mengikut kawasan pilihan raya yang sudah dianjurkan sebelum ini. Hampir semua kawasan parlimen di Kelantan sudah mengadakan majlis suai kenal atau intraksi dengan pengundi luar dan perantau masing-masing. Pengkalan Chepa adalah yang ketiga terakhir mengadakannya.

Dua kawasan sahaja yang masih 'berdegil' belum mengadakan majlis sama, iaitu Pasir Mas dan Rantau Panjang. Pas Mas dibawah pimpinan Hanifa Ahmad katanya sudah ada perancangan untuk mengadakannya, tetapi Rantau Panjang tidak kedengaran apa-apa lagi?

Yang Dipertua Pas Kawasan Rantau Panjang Abdul Fatah Haron kalau pun sudah cemuh dengan politik boleh swastakan saja majlis itu kepada mana-mana puak untuk mengadakannya.

Saya bersama Hamzah, Takiyuddin & Dr Izani.
Mengenai majlis di Puchong siang tadi, mungkin majlis itu kurang mendapat sambutan disebabkan lokasinya agak terlalu jauh dari pusat bandar atau pun kawasan kediaman anak-anak Kelantan. Sebelum ini beberapa majlis diadakan di sekitar Gombak atau Hulu Kelang mendapat sambutan hangat, misalnya pertemuan majlis anak-anak Pasir Puteh dan Kuala Krai dihadiri lebih 3,000.

Puchong agak jauh dan sukar untuk mereka yang tidak biasa ke kawasan itu. Mungkin untuk dimasa-masa akan datang pihak koordinator pertemuan iaitu Persatuan Anak-Anak Kelantan Diperantauan (Perakan) boleh memikirkan tempat yang lebih sesuai dan kondusif.

Kelihatan Rushdan juga hadir.
Kalau bukan faktor itu sudah tentu anak-anak Pengkalan Chepa dan perantauan akan berebut-rebut untuk hadir selain untuk menjamu selera gulai kawah, tetapi tentunya bagi berjumpa mata dan berjabat mesra dengan Tok Guru bersama isterinya, Tuan Sabariah Tuan Ishak dan pimpinan kawasan lain termasuk Adun Kijang, Wan Ubaidah Wan Omar, Adun Panchor, Mohd Amar Nik Abdullah serta lain-lain pimpinan kawasan, Dr Izani Daud, Cikgu Azmi dan lain-lain.

Hampir semua pemimpin Pas kawasan Pengkalan Chepa hadir kecuali Ahli Parlimen Pengkalan Chepa Abdul Halim Abdul Rahman kerana keuzuran dan Nik Mohamad Abduh yang berada di Sabah kerana menghadiri program parti. Turut sama hadir Presiden Perakan Hamzah, bekas presiden Ariffin Mahmod. Turut sama hadir ialah Penolong Setiausaha Agung Pas yang juga Exco Kelantan Takiyuddin Hassan.

Sebahagian dari hadirin.
Pun begitu majlis itu tetap meriah. Para hadirin dihidang dengan makan tengah hari gulai kawah sambil dihiburkan dengan dendangan dikir barat. Acara cabutan bertuah juga diadakan. Mereka bernasib baik menerima hamper yang disampaikan oleh Yang Dipertua Pas Pengkalan Chepa, Mohd Amar Nik Abdullah.

Maaf satu lagi kawasan yang belum mengadakan majlis sama ialah Kubang Kerian. Atau pun kawasan ini sudah pun mengadakan majlis tersebut tetapi tidak dalam pengetahuan saya, atau saya tidak dimaklum dan dijemput. [wm.kl.9:53 pm 22/04/12]

Berita Malam

Posted: 22 Apr 2012 05:33 AM PDT

Kadir Sheikh Fadzil Akan Tubuh Parti Baru?


Ada angin senja yang berhembus membawa khabar bekas MT Umno yang sudah tidak lagi mempercayai kepada parti itu dan telah mengucapkan selamat tinggal kepada parti yang disertai lebih 50 tahun itu, Kadir Sheikh Fadzil akan menubuhkan parti politik baru sebagai platform barunya untuk berjuang membela rakyat dan serentak itu mendedahkan kebusukan Umno.

Kadir Sheikh Fadzil
Kadir dikata mengambil keputusan itu selepas beliau gagal untuk menyalin Ngo Angkatan Amanat Merdeka (Amanah)  sebagai parti politik apabila mendapat bantahan daripada kebanyakan anggota Ngo berkenaan.

Sebelum ini Kadir yang juga timbalan presiden Amanah dikatakan telah mencadangkan kepada Tengku Razaleigh berbuat demikian tetapi permintaan itu tidak disetujui Tengku Razaleigh kerana beliau menghormati majoriti ahli yang mahu Amanah kekal sebagai sebuah Ngo bebas tanpa berparti.

Bekas menteri penerangan itu kini dikatakan sedang memikirkan apakah nama parti politik baru itu. Khabar angin tersebut secara langsung menjelaskan Kadir masih belum puas berjuang menerusi parti politik. Kadir yang meninggalkan Umno kerana menyedari parti itu sudah jauh terpesong dari perjuangan asal serta amalan politik wang dalam parti itu, kebelakangan rancak memburukkan parti tersebut.

Tindakan terbaru beliau kini sudah mulai turun ke gelanggang dan berada sepentas dengan pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya dari Pas. Di Kedah minggu lalu beliau berceramah bersama Presiden Pas, Abdul Hadi Awang dan timbalannya Muhammad Sabu. Katanya puluhan ribu hadir mendengar syarahan Kadir dan sambutan hangat itu semakin menghairankan beliau untuk bersama Pakatan Rakyat.

Sebelum itu beliau telah mengunjungi ibu pejabat Pas di Jalan Raja Laut dan beramah mesra dan bertgukar-tukar fikiran dengan Abdul Hadi Awang, Mahfuz Omar dan lain-lain.

Beliau juga pada malam Sabtu lalu turun ke Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru dalam majlis countdown Bersih dan ikut sama berucap. Sebelum ini Kadir menegaskan beliau akan berada di barisan hadapan dalam himpunan Bersih: Duduk dan Bantah 3.0 pada 29 April nanti.

Dalam pada itu ada desas desus menyebut kemungkinan sekiranya usaha Kadir untuk menubuhkan parti politik gagal beliau akan memilih untuk menyertai salah satu parti komponen Pakatan Rakyat. Penyertaan itu bagi membolehkan beliau bertanding dalam pilihan raya. Disebut-sebut juga Pas telah menawar keahlian kepada Kadir.

Untuk Kadir berundur dari langkah 'songsangnya' sekarang kerana meninggal parti yang pernah meletakkan beliau sebagai menteri, tidak mungkin lagi kerana beliau sudah menapak dan terlanjur begitu jauh. [wm.kl.8:25 pm 22/04/12]

Tiada ulasan: