Blog-list Malaysia |
- BERSIH 3.0 - Ucapan Kadir Sheikh Fadzir Malam Tadi
- Hina Raja - MB Selangor Sedia Menghadap Agong Perjelas Kedudukan Sebenar
- AP Kereta Adalah Hak Istimewa Orang Melayu Dan Termaktub Dalam Perlembagaan
- Ingat Zahid, apa kamu kata kepada Sultan Kelantan
- Peguam Shafee Abdullah Dihantar Untuk Tugas Misteri Di Luar Negara
- Hina Raja - Doktor Giler Ini Akan Disaman Di Mahkamah
- Kesian Betul Dengan Hasan Jati Nie.. Makin Kacau Jiwanya..
- Lagi Banyak Bahan Bukti Dari Siasatan ICAC Menentang Musa Aman!
- Proton Preve - Kereta Bertaraf Dunia? Kahkahkah...
- PANAS - YB Hamidah Hantar Utusan Untuk Mengugut Blogger
- PTPTN - Mahathir Kata Anwar.. Tapi Parlimen kata Najib Yang Buat..
BERSIH 3.0 - Ucapan Kadir Sheikh Fadzir Malam Tadi Posted: 18 Apr 2012 12:26 AM PDT |
Hina Raja - MB Selangor Sedia Menghadap Agong Perjelas Kedudukan Sebenar Posted: 17 Apr 2012 11:40 PM PDT Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14, Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah di Balairong Seri, Istana Negara pada 11 April lalu telah berlangsung dengan penuh adat istiadat. Semua jemputan yang menghadiri istiadat itu hadir dengan penuh hormat takzim ke bawah Duli Tuanku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menjadi tempat berpayung seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan ideologi politik. Selaku Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan Dato' Menteri Besar Selangor, saya berpeluang menghadiri dua acara utama iaitu Istiadat Pertabalan dan Majlis Santapan Diraja yang kedua-duanya berlangsung di Istana Negara. Saya secara peribadi telah mengenali Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sulta Badlishah, sebelum saya dilantik ke jawatan Dato' Menteri Besar Selangor. Duli Tuanku sangat terkenal dengan sikap merendah diri, mudah mesra dan mengambil berat hal ehwal rakyat jelata. Berhubung dengan isu yang dibangkitkan melibatkan pemimpin dalam Pakatan Rakyat yang turut hadir pada Istiadat Pertabalan itu hanyalah isu remeh yang sengaja diperbesar bagi tujuan politik. Ia tidak sepatutnya dibangkitkan tatkala rakyat sedang bergembira meraikan Pertabalan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong yang baharu. Oleh itu, jika ada keperluan, saya dengan hormat takzim menawarkan kesediaan untuk menghadap Seri Paduka Baginda Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah bagi memperjelas kedudukan sebenar ke bawah Duli Tuanku. TAN SRI DATO' SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM DATO' MENTERI BESAR SELANGOR |
AP Kereta Adalah Hak Istimewa Orang Melayu Dan Termaktub Dalam Perlembagaan Posted: 17 Apr 2012 10:19 PM PDT Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) menegaskan cadangan pemansuhan permit mengimport (AP) kenderaan dari luar negara tidak boleh dilaksanakan kerana ia adalah tertakluk di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, yang mana melibatkan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera. Pengerusi Pekema, Datuk Zainuddin Abd Rahman menegaskan, AP adalah antara hak keistimewaan kepada masyarakat Melayu dan Bumiputera, dan Kabinet tidak berkuasa untuk memansuhkan AP, sebaliknya kuasa itu terletak di bawah bidang kuasa Yang di-pertuan Agong dan Raja-raja Melayu. "AP ini adalah termasuk di dalam permit. Sama seperti tanah rezab Melayu, biasiswa, memegang jawatan dalam kerajaan dan sebagainya. Permit ini termasuk dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan, dan Kabinet tidak mempunyai kuasa untuk memansuhkan AP. "Hanya Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu sahaja yang berhak untuk memansuhkan AP ini," katanya yang dihubungi The Malaysian Insider semalam. Justeru, jelas Zainuddin, cadangan untuk memansuhkan AP adalah tidak relevan, begitu juga cadangan Zon Perdagangan Bebas Asia (Afta). "AP adalah antara inti pati Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang paling berjaya. Mungkin ia hanya perlu dipinda supaya sesuai dengan peredaran zaman. "Melalui pemberian AP, ia melindungi hak keistimewaan masyarakat Melayu dan Bumiputera. Di negara-negara barat, mereka turut mempertahankan hak Bumiputera mereka," tegasnya lagi. Jelas Zainuddin, kesan langsung pemansuhan AP akan menjejaskan lebih 70,000 pekerja di sektor automobil yang terlibat, dan beliau mengharapkan kerajaan mempertimbangkan semula cadangan untuk memansuhkan AP tersebut. "Dianggarkan lebih 70,000 tenaga kerja terlibat dengan AP. Mereka yang bekerja di pusat jualan kereta, bengkel-bengkel di seluruh negara, dan industri yang berkaitan akan terjejas. "Pekema mengharapkan kerajaan mempertimbangkan semula cadangan untuk memansuh AP tersebut," tambahnya. "Melalui AP, kerajaan tidak mendapat sebarang kerugian, sebaliknya memperolehi keuntungan. Sejak 2010, AP di bayar RM10,000 ribu kepada Miti (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri), malah Pekema turut menjalankan tanggungjawab sosial membantu anak-anak Melayu. "Kami memberikan biasiswa untuk mereka menyambung pengajian, beri bantuan kepada anak-anak yatin, sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial kami. "Secara kasarnya, setiap bulan, Pekema akan memperuntukkan lebih seratus ribu ringgit untuk membantu golongan yang memerlukan, jadi tidak timbul persoalan AP ini hanya menguntungkan sesetengah pihak," tegas Zainuddin. "Orang yang dengki sahaja yang sibuk hendak mansuhkan AP," katanya merujuk kepada sesetengah pihak yang cuba membangkitkan perkara itu di Parlimen. Sehubungan itu, Pekema telah menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mempertimbangkan pemansuhan AP berkenaan. "Kami sudah menghantar memorandum kepada Agong minggu lepas, dan sekarang kami masih menunggu jawapan untuk diberi kebenaran menghadap baginda. "Kami percaya, dalam masa terdekat Pekema akan dapat bertemu Agong dan menjelaskan perkara sebenar," tambahnya lagi. - TMI |
Ingat Zahid, apa kamu kata kepada Sultan Kelantan Posted: 17 Apr 2012 08:53 PM PDT "Tiba-tiba meletup berita, ada ahli Parlimen Pakatan Rakyat hina Yang di-Pertuan Agong ketika hari pertabalan baginda di Istana Negara," kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Katanya, berita itu menjadi sensasi apabila media memainkannya dan ditambah pula oleh perasa tambahan daripada pemimpin Umno dan NGO yang sewaktu dengannya. "Jika benar berita ini, sila bertindak segera ke atas pelaku tersebut. Negara kita ada undang-undang. Isu ini tidak boleh diselesaikan melalui media," tegasnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily sebagai mengulas Datuk Seri Zahid Hamidi, Naib Presiden Umno yang mendesak supaya menubuhkan suruhanjaya untuk menyiasat insiden di Istana Negara itu. Dalam isu menghina Raja, katanya Zahid jangan berlakon untuk hendak memburu siapa yang menghina Raja. "Bukankah Zahid Hamidi orang yang pernah keluar kenyataan yang biadab kepada bekas Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra mengatakan baginda tidak layak menduduki takhta Sultan?" soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Katanya, kalau Zahid lupa, beliau boleh merujuk Berita Harian bertarikh 11 Februari 1993. "Siapa Zahid? Adakah beliau Ahli Majlis yang terlibat menentu seorang Raja? "Adakah Zahid keturunan Raja sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan demikian rupa?" tanya Idris lagi. Beliau berkata, Tan Sri Rahim Tambi Chik juga pernah menyatakan supaya amalan panggilan patik yang digunakan sewaktu berkomunikasi dengan sultan dihentikan, memadai dengan menyatakan "saya Tuanku" sebagaimana laporan Berita Harian pada 3 Februari 1993. "Isu ini sengaja dibangkitkan melalui media sebagai usaha untuk menunjukkan Pakatan Rakyat benci kepada institusi Raja manakala Umno pula dilihat pembela institusi Raja," ujarnya. Walaupun hakikatnya, kata Idris satu dunia tahu bahawa pemimpin Umno dan media Umno memperalatkan Islam, Raja dan Melayu untuk modal politik ketika parti itu tersepit. Faktanya, tambah beliau selama ini ketiga-tiga perkara itu Umnolah yang khianat. Menurutnya lagi, mereka akan berlakon sebagai hero dan pembela kepada tiga institusi itu ketika nyawa Umno berada di hujung halkum. - Harakahdaily |
Peguam Shafee Abdullah Dihantar Untuk Tugas Misteri Di Luar Negara Posted: 17 Apr 2012 07:24 PM PDT Peguam terkemuka Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah didakwa dilantik oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor untuk tugasan sulit di luar negara daripada 2 hingga 25 April. Dalam satu surat bertarikh 23 Mac, beliau dikatakan memohon kepada ketua hakim negara, presiden Mahkamah Rayuan dan hakim besar Malaya – dengan salinan kepada Najib dan Rosmah – supaya semua kesnya antara tarikh itu dikosongkan. Sebahagian kandungan surat itu didedahkan di Dewan Rakyat oleh Datuk Saifuddin Nasution (PKR-Machang) semasa membahaskan Rang Undang-undang Kanun Keseksaan 2012 semalam. Saifuddin ketika membacakan surat itu mendakwa, Shafee dilantik bagi pihak kerajaan Malaysia, terutamanya Najib dan isteri, untuk menjalankan tugas perundangan sensitif di luar negara yang mesti diselesaikan sebelum pilihan raya umum. Shafee juga akan menjelajah tiga negara – New York, London dan Dubai – dan kemungkinan juga Paris dan akan terlibat dalam persediaan perundangan intensif, seperti berunding dengan pelbagai pihak serta saksi mereka, dakwa Saifuddin lagi. Selain itu Shafee juga akan ditugaskan untuk merangka tuntutan dan afidavit serta dan mewawancara saksi yang berada di New York, London, Paris dan Basel (Switzerland), dakwanya. Tugasan Shafee itu didakwa mempunyai kaitan dengan siasatan oleh kerajaan Perancis terhadap dakwaan rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia, yang sekali gus dijangka menyentuh kes pembunuhan penterjemah Mongolia Altantuya Sharibuu, enam tahun lalu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz dalam reaksi segera berkata beliau tidak dapat mengulas isu isu sehingga kesahihan surat yang didedahkan disahkan terlebih dahulu. http://www.malaysiakini.com/news/195292 |
Hina Raja - Doktor Giler Ini Akan Disaman Di Mahkamah Posted: 17 Apr 2012 03:57 PM PDT |
Kesian Betul Dengan Hasan Jati Nie.. Makin Kacau Jiwanya.. Posted: 17 Apr 2012 07:32 AM PDT |
Lagi Banyak Bahan Bukti Dari Siasatan ICAC Menentang Musa Aman! Posted: 17 Apr 2012 07:14 AM PDT Akaun bank ratusan-juta dollar US, dibuka atas nama Richard Christopher Barnes di Swiss Bank UBS di Hong Kong, beroperasi atas arahan bertulis bahawa sejumlah wang itu disimpan untuk Musa Aman, menurut suatu sumber yang kami perolehi dari beberapa pihak berkuasa Hong Kong. Sepucuk surat, bertarikh 25hb May, 2007 dan kini berada pada pihak Suruhanjaya Siasatan Bebas Dan Berkecuali Menentang Rasuah Hong Kong (ICAC), menyatakan bahawa akaun itu harus "menyimpan (wang itu) untuk Aman". Para penyiasat ICAC difahamkan bahawa pada 31hb Mei 2007, akaun bank berkenaan mengandungi wang sebanyak USD29.6 juta! Sebuah carta aliran utama, yang dibuat oleh pihak ICAC, dengan jelas menunjukkan bahawa wang sogokan rasuah pembalakan itu akhirnya disalurkan ke akaun bank peribadi Musa Aman seperti pada IBS di Zurich! Richard Christopher Barnes, seorang peguam dari Sabah, dipercayai bertindak selaku nomini kepada Musa Aman. Maklumat dalam akaun utama Barnes yang dikaitkan dengan Musa Aman, UBS A/C231117, membentuk sebahagian dari elemen-elemen dalam carta aliran analisa itu, sebagai mana telah dilakar oleh para penyiasat ICAC, yang telah cuba mengesan aliran keluar dan masuk wang itu dari akaun-akaunnya di Hong Kong seperti yang dikendalikan oleh orang kanan yang amat popular kepada Musa Aman iaitu Michael Chia (Chia Tien Foh). Michael Chia telah ditahan di Hong Kong ketika dia cuba untuk menyeludup keluar SG$16 juta dalam bentuk wang tunai ke Malaysia, telah mencetuskan penyiasatan ke atas jenayah penyelewengan wang yang besar jumlahnya. Siasatan yang serupa juga telah dijalankan oleh pihak SPRM Malaysia, namun kami difahamkan bahawa siasatan kerjasama dwi-negara (Hong Kong-Malaysia) itu telah dihalang oleh kenalan keluarga Musa sendiri, iaitu Peguam Negara, Abdul Gani Patail. Carta aliran yang dihasilkan oleh pihak ICAC (berikut) menggambarkan dengan jelas bagaimana wang sogokan pembalakan di Sabah disalurkan ke dalam akaun-akaun yang dikendalikan bagi pihak Ketua Menteri Sabah, Musa Aman, termasuk sebuah akaun yang di atas nama Richard Christopher Barnes. Pihak SPRM telah menerima sesalinan maklumat ini dan kini Sarawak Report juga telah memperolehi sesalinan. Pihak kami juga telah mendapat banyak salinan penyata bank untuk mengesahkan maklumat pada carta aliran ICAC itu. Bagi sesetengah pihak yang mendakwa bahawa bahan-bahan bukti yang dipaparkan di sini mereka harus meminta pihak-pihak UBS dan HSBC untuk mengesahkan kesahihan akaun-akaun bank ini tidak wujud dan juga meminta bank-bank itu untuk mengeluarkan kenyataan bertulis bahawa surat yang bertarikh 23. 05. 2007 juga tidak pernah ditulis, sebagai memberikan arahan bahawa akaun Richard Christopher Barnes di UBS harus dibekukan "bagi pihak Musa Aman". Baca seterusnya di - http://www.sarawakreport.org/ms/2012/04/lagi-banyak-bahan-bukti-dari-siasatan-icac-menentang-musa-aman/ |
Proton Preve - Kereta Bertaraf Dunia? Kahkahkah... Posted: 17 Apr 2012 05:02 AM PDT Proton Preve: Jangan Tekan Kuat-kuat Ini ke kereta bertaraf dunia? Dipetik dari - http://harimau-menaip.blogspot.com/2012/04/proton-preve-jangan-tekan-kuat-kuat.html |
PANAS - YB Hamidah Hantar Utusan Untuk Mengugut Blogger Posted: 17 Apr 2012 02:45 AM PDT IPOH (17.04.12): Pagi ini sedikit gempar apabila menerima panggilan kecemasan daripada ibunda saya, terketar dan panik sekali bunyi suaranya kerana ada utusan daripada Hamidah yang datang ke rumah ibu saya untuk berjumpa dengan saya. Sangat penting, katanya. Tempoh untuk datang diberi sehingga jam 10.30 pagi sahaja, jika tidak pihak polis yang akan datang untuk menggari dan menangkap saya, begitu menurut kata utusan Hamidah itu kepada kedua ibu bapa saya. Perkataannya itu amat merisaukan hati kedua orangtua itu. Blogger Al-Husseyn saya ambil sebagai peneman dan saksi sebelum ke rumah ibu saya. Setiba di sana, dua orang utusan yang amat saya kenali, malah lebih tepat lagi, salah seorang yang menjadi jurucakap tadi adalah rakan bapa saya sekampung sedari kecil lagi. Dan kedudukannya di dalam masyarakat, amatlah berpengaruh sekali. Siapa dia? Biar kita gelarkannya hanya sebagai 'utusan' sahaja sepertimana pengakuannya sendiri. Dengan Al-Husseyn pun memang kenal rapat. Selepas bersalaman dan bertegur sapa, saya tanyakan perihal kedatangannya itu. Menurutnya, beliau diutus oleh Hamidah Osman untuk berbincang dengan saya agar saya bersetuju untuk menarik kembali tulisan di blog saya mengenai siasatan SPRM terhadap Hamidah. Tulisan tersebut boleh dirujuk [DISINI]. Menurutnya lagi, Hamidah amat terganggu dengan tulisan pendedahan tersebut. Tidak betulkah apa yang tertulis di situ?, tanya saya. Jawapnya, betul atau tidak, beliau hanya datang untuk menyampaikan pesanan Hamidah. Dan sambungnya lagi, jika saya tidak memadamkan entry tersebut daripada blog dan memohon maaf kepada Hamidah, tindakan selanjutnya akan di ambil. Saya mengingatkan beliau akan seriusnya ugutan awalnya tadi untuk menghantar polis menangkap saya dan saya tidak akan memadam apa yang telah tertulis di blog kerana ianya adalah daripada maklumat yang diperolehi. Selepas berbual panjang lebar dengan bapa saya dan Al-Husseyn, akhirnya beliau meminta diri dan katanya akan kemukakan keputusan saya itu kepada Hamidah. Saya juga sempat berpesan kepada 'utusan' tadi untuk disampaikan kepada Hamidah mengenai blog mereka, Sg Rapat Online yang begitu biadap menggunakan perkataan-perkataan kesat dan kasar, carut-mencarut, memaki hamun dan suka mereka-reka cerita agar lebih berhemah sebagaimana bahasa dan budaya orang-orang Melayu sejati. LAPORAN POLIS Selepas merujuk kepada rakan-rakan dan peguam, satu laporan polis terhadap apa yang berlaku pagi tadi itu telah dibuat untuk melindungi diri saya dan keluarga daripada apa-apa ancaman dan tindakan oleh mana-mana pihak. Satu Repot Am dikeluarkan dan saya dinasihati agar terus menghubungi balai polis jika ada apa-apa yang berlaku selepas ini. http://ajijoi.blogspot.com/2012/04/hamidah-hantar-utusan-untuk-mengugut.html |
PTPTN - Mahathir Kata Anwar.. Tapi Parlimen kata Najib Yang Buat.. Posted: 17 Apr 2012 02:33 AM PDT Najib yg Perkenalkan PTPTN, mengikut rekod Parlimen. Tun Dr Mahathir telah bertitah bahawasanya PTPTN adalah angkara Dato Seri Anwar Ibrahim sewaktu beliau menjawat jawatan Menteri Pelajaran. Namun, hasil usaha gigih blogger AMENOWORLD, salinan Hansard Parlimen diberikan seperti di bawah: Tulang Besi tidak sabar menunggu respon Dr Mahathir. Samada rakyat Malaysia terpaksa menerima hakikat dokumen hitam putih di atas ataupun menelan kata-kata Dr Mahathir bulat-bulat? Hakikatnya, UMNO dan Barisan Nasional kepanasan di dalam isu PTPTN ini. Mereka sedar kewujudan PTPTN hanyalah untuk mengkayakan kroni2 mereka yang telah membuka banyak kolej2 swasta. Tanpa PTPTN, ramai kroni UMNO akan bangkrap meniaga. Yang lebih merisaukan UMNO/BN adalah isu PTPTN akan menyedarkan rakyat Malaysia betapa UMNO sanggup menyusahkan rakyat demi kekayaan segelintir rakyat UMNOPUTRA. Bagi Tulang Besi, mudah sahaja. Kalau tidak mahu PTPTN, undi Pakatan Rakyat. Tulang Besi |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan