Selasa, 17 April 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Demo Orang Asli - Niat Busuk Dalang Dari Luar Kelantan

Posted: 17 Apr 2012 01:33 AM PDT

Kerajaan Kelantan tidak akan melayan tuntutan lebih 400 penduduk Orang Asli dari Hulu Kelantan yang mengadakan demonstrasi secara aman Ahad lepas kerana mendakwa demonstrasi itu didalangi
pihak luar.

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebaliknya berkata tindakan masyarakat itu yang mengadakan tunjuk perasaan hanya berdasarkan kepada perasaan iri hati dengan kejayaan Kelantan yang selama ini melaksanakan tuntutan seperti yang diminta.

"Ini (demonstrasi) dilakukan oleh jaringan iaitu pihak luar yang bukannya di bawah Kelantan. Kita dah buat di Kelantan.


"Ini semua kerana iri hati kerana penyelesaian yang telah dibuat di Kelantan. Nak jumpa buat apa. Kalau rakyat Kelantan saya jumpa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Ijtimak Al-Malak Kelantan 2012 di Kota Baharu, hari ini.

Ahad lalu, lebih 400 penduduk Orang Asli dari Hulu Kelantan mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan pintu masuk pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Kota Baharu, bagi menuntut janji yang dibuat kerajaan PAS Kelantan berkaitan tanah adat mereka.

Kumpulan itu dari 26 pos penempatan sekitar jajahan Gua Musang, diketuai Pengerusi Jaringan Orang Asal Kelantan, Azmi Badol berhimpun kira-kira setengah jam sejak pukul 9 pagi, turut menuntut supaya kerajaan negeri mengembalikan tanah adat mereka seperti dijanjikan sebelum ini.

Mengulas perkara itu lagi, Nik Abdul Aziz mendakwa mengetahui dalang sebenar di sebalik tunjuk perasaan itu tetapi enggan menjelaskan siapa dalang yang dimaksudkannya.

"Kalau hak luar (mengadakan demonstrasi) pening kepala saya. Kalau (Orang Asli) rakyat Kelantan dia dah tarik balik pun tuntutan itu. Saya tak nak sebut (siapa dalang)," katanya.

- Bernama

Video Penyelewengan Dan Rasuah Dalam TLDM

Posted: 17 Apr 2012 12:02 AM PDT



Pendedahan dari bekas pegawai tinggi TLDM yang tidak sanggup melihat penyelewengan duit rakyat oleh pengkhianat bangsa. Kata-katanya bukanlah kata-kata kosong kerana beliau mempunyai maklumat tentang salah laku dan penyelewengan yang berlaku membabitkan pembelian dan pembinaan kapal/aset TLDM.

Sumber - http://duniacacamarba.blogspot.com/2012/04/video-wajib-tonton-pendedahan.html

SPR Main Wayang Di Selangor

Posted: 16 Apr 2012 11:12 PM PDT

0.3% cukup untuk rampas S'gor, SPR diselar

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) menyelar kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa pengundi yang diragui hanya sebanyak 0.3 peratus daripada keseluruhan 42,051 pengundi.

Sebaliknya kata jawatankuasa pemandunya Wong Chin Huat, jumlah itu sudah cukup untuk menumbangkan kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat.

Wong berkata berdasarkan keputusan pilihan raya umum 2008, sebanyak 10,158 undi diperlukan untuk menawan sembilan kerusi yang dimenangi Pakatan secara tipis kepada BN.


Beliau yang juga penganalisis politik berkata, hal demikian membolehkan BN mengekalkan kuasa dengan 29 kerusi, berbanding Pakatan dengan 27 kerusi di negeri itu.

Dalam pilihan raya umum lalu, Pakatan menang 36 kerusi, manakala BN memperoleh 20 kerusi.

http://malaysiakini.com/news/195224


Mahathir Punca Samy Kalah..

Posted: 16 Apr 2012 07:00 PM PDT

Datuk Seri Samy Vellu tiba-tiba membuat kenyataan media bahawa kekalahan beliau di Sungai Siput dalam PRU12 adalah kerana anti kempen yang disusun oleh Tun Mahathir. Pertama sekali, kenapakah perkara ini tidak dipampang oleh Datuk Seri Samy Vellu sebaik sahaja beliau kalah dalam pilihanraya itu?

Kedua, kenapakah beliau membuat kenyataan ini selepas 4 tahun selepas PRU 12? Ada sesuatu yang tidak kena dengan kenyataan pacul yang dibuat oleh beliau. Saya rasa cukup yakin bahawa Datuk Seri Samy Vellu sedar bahawa 'bermain air basah, bermain api letup'. Oleh yang demikian, kenyataan beliau itu pasti dibuat selepas berfikir masak-masak akan akibatnya.


Walau bagaimanapun kenyataan media yang dibuat oleh Datuk Seri Samy Vellu telah membuka mata seluruh rakyat Malaysia. Datuk Seri Samy Vellu menuduh Tun Mahathir sebagai orang yang bertanggungjawab bagi kekalahannya dalam PRU12. Kenapakah Tun Mahathir mahu Datuk Seri Samy Vellu kalah? Tun Mahathir dan Datuk Seri Samy Vellu dilihat begitu sahabat akrab dan rakan kongsi utama dalam komponen Barisan Nasional. Perkara ini diketahui dan terpahat dalam minda seluruh rakyat Malaysia. Apa pula yang menyebabkan Tun Mahathir membenci Datuk Seri Samy Vellu sehingga mahu melihat beliau tumbang dalam pilihanraya. Mesti ada sesuatu sebab yang masih belum diketahui oleh rakyat Malaysia.

Oleh yang demikian, Datuk Seri Samy Vellu harus mendedahkan semua perkara-perkara yang disimpan dalam hatinya sebagai rahsia setakat ini. Datuk Seri Samy Vellu telah berani tampil ke hadapan untuk menuduh Tun Mahathir yang menamatkan 'riwayat' politiknya. Tetapi, pendedahan itu tidak cukup kerana tidak ada bukti yang kukuh untuk kenyataan yang dibuat oleh beliau. Datuk Seri Samy Vellu harus membongkarkan sebab-sebab Tun Mahathir mahu memalitkan dan menumbangkan beliau. Apakah keuntungan bagi Tun Mahathir jika Datuk Seri samy Vellu kalah dalam pilihanraya.

Datuk Seri Samy Vellu juga perlu mendedahkan kaedah-kaedah yang digunakan oleh Tun Mahathir untuk menumbangkan beliau dalam pilihanraya umum. Ini adalah penting untuk meyakinkan rakyat Malaysia bahawa orang yang menghancurkan riwayat politik seorang Presiden MIC yang paling berpengaruh ialah Tun Mahathir. Datuk Seri Samy Vellu mempunyai tanggungjawab untuk mendedahkan segala-galanya mengenai orang yang menumbangkan beliau dalam PRU12.

Kenyataan media Datuk Seri Samy Vellu hanya mengelirukan rakyat dan tidak mempunyai asas yang kukuh. Maka, beliau perlu menjernih air yang dikeruhkan olehnya beberapa hari yang lalu. Rakyat Malaysia juga berhak mengetahui apa yang sebenarnya telah berlaku dalam percaturan politik negara kita sebelum dan semasa PRU12.

V Sivakumar ialah ADUN Tronoh

- Malaysia Choronicle


Bongkar - Ketahui Rahsia Keuntungan Cukong PTPTN

Posted: 16 Apr 2012 03:28 PM PDT

Siapa pengerusi PTPTN?

Jika kita rujuk wikipedia di Link ini [SINI] ianya merujuk kepada Datuk Ismail Mohamed Said nak tengok sila ke FB dia di [SINI]

Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, Beliau yang mencadangan penubuhan dana itu bersama pelan pembiayaan terhad yang diperhalusi dan telah dikemukakan kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan seterusnya dibentangkan kepada Kabinet serta diluluskan .

Bagaimana PTPTN cari UNTUNG?

Bab keuntunggan tersembunyi KERAJAAN diam jer.tak nak dedahkan..wah.. kaya kaya .. apa kata AUDIT NEGARA terjah ASET- ASET Datok Ismail Mohamed Said nih. agak agak kekayaan nya macam mana yer?sure sebut audit jer,mau demam mengigil gigil nih. crony umno.standart lah. kalau tak tipu bukan umno namanya.


Semasa awal penubuhan awal PTPTN ini,sangat kecuh akibat penentangan disebabkan mengapa dihapuskan biasiswa?elok elok ada biasiswa di hapuskan pula.selain tu,PTPTN ni cas koskos riba yang tinggi iaitu 3% dengan menyorok perkataan riba tu kepada pengurusan.sedangkan ianya adalah pembiayaan dari wang kerajaan.wang rakyat!!


Benarkah kos pentadbiran 1% ?

Benarkah PTPTN tak ada riba?

Benarkah kos pentadbiran 1% ? siapa yang periksa semua ni? AUDIT? or sebagai 1 lakonan sahaja?Merendahkan kadar kos pentadbiran walhal hakikatnya iaitu melanjutkan tempoh bayaran sama seperti Re-finance balik pinjaman dengan memanjangkan tempoh bayaran balik....tak gitu?
Enjoi sakan nampak.
Bagaimana CUKONG2 ini buat duit?ok untuk mudah faham.Dana yang di beri dari Kerajaan.Perbadanan yang menguruskan wang rakyat untuk dipinjamkan kepada pemohon pinjaman .So sebuah badan yang dilantik untuk mengurus ni ditubuhkan dan yang bestnya dato ALONG ni lantik diri sendiri jadi pengerusi beb!

Ini dia Dato pengerusi PTPTN tu.
Rupa rupanya CRONY umno daa....

Contoh bayaran balik PTPTN

Kalau ikotkan ..baki dah zero!! maknanya dah habislah.. Tapi menurut owner pinjaman ni dia mengatakan bahawa tempoh pinjaman nih habis tahun 2019 maknanya tak perlu bayarlah.tapi tengok kat slip gaji ada potongan jer tiap tiap bulan..adeh!!!!!! Apa maksud LRS KONVENSIONAL - UJR [laras konvesional kepada Ujrah] Ujrah, kononya Islamik lah tuh....wayang ker?

3% kepada 1 % ? kos pengurusan daripada bulan bulan bayar lebih kurang 33.00 terus mendadak berjumlah 6.970!! adakah mereka awal awal lagi merembat duit tu untuk di laburkan bagi mendapat RIBA [keuntungan mudah] dari bank bank? bayangkan seorang pelajar di potong sejumlah 7 ribu.darab dengan ribuan pelajar yang meminjam?berapa bilion wang RIBA di kutip dari pelaburan di bank bank ini?

So jika kita kira kos pengurusan yang tinggi nih,maka kita taw.. wang yang banyak ni boleh JANA / creat income jika di simpan dalam BANK!!! . itu 1 hal.. next step kita lihat pula keuntunggan dari TOTAL pinjamman itu tadi. Contoh pinjaman tu RM30 K . adakah pelajar tu dapat sekaligus wang tersebut? no .. no mereka tak dapat sekaligus atas alasan peminjam akan enjoi wang tersebut. ketepikan soal enjoi tak enjoi. Loan ini diberi sedikit demi sedikit,so baki duit pelajar yang CUKONG ini simpan tu ada dimana? tentulah mereka labur kat BANK bank bukan? berapa bilion pula UNTUNG atas angin dari wang terpijak ini pula? Maka tersingkaplah rahsia MENGAPA SKIM DICADANGKAN dan tujuan SKIM ini diwujudkan. Andai katalah kerajaan perihatin akan kesulitan rakyat, Bukan dengan cara beri pinjaman yang kerajaan patut buat,tapi dengan MENUBUHKAN UNIVERSITI AWAM dengan kos yang murah dalam kemampuan rakyat. Bukan buat UNIVERSITI SWASTA yang kosnya mahal sanggat!!!

Reality loan PTPTN

Penat lah aku nak citer pasal SCANDAL KRONY nih.. biar orang lain lak dedahkan pasal nih.. Gua leh copy paste jer dari depa..kehkehkeh ..

P/s : Mintak AUDIT NEGARA jengah sikit boleh tak?

http://kingofgoblok.blogspot.com/2012/04/bongkar-maklumat-di-hujung-jariketahui.html


'PAS Ancam Angkat Senjata' - Doktor Gila

Posted: 16 Apr 2012 06:01 AM PDT

POLIS WAJIB SIASAT KENYATAAN.... "PAS ANCAM ANGKAT SENJATA", DR. RAHMAN

Doktor Giler






Sejak 2 minggu nie seorang doktor giler semakin dikenali akibat kenyataannya yang mendakwa pemimpin PR menghina Sultan-Sultan Melayu sewaku Majlis Pertabalan Yang Dipertuan Agong. Sebelum itu dia ada menulis artikel berkenaan dengan mengapa dia meninggalkan PAS... hampir semua blog pencacai angkat najis UMporNo menyiarkan artikel beliau.... tapi dalam kenyataan giler dia ada satu perenggan mendakwa seorang pimpinan utama PAS mengisytiharkan perang sekiranya demokrasi gagal ditegakkan di Malaysia....

So.... Polis wajib siasat kenyataan bertulis DOktor Giler berkenaan dengan kenyataannya akan ancaman perang yang didakwa dikeluarkan oleh pimpinan PAS....

http://dppwm.blogspot.com/2012/04/polis-wajib-siasat-kenyataan-pas-ancam.html



Isu raja: Propaganda amat jelik Umno-BN, kata Azmin

Posted: 16 Apr 2012 05:02 AM PDT

KUALA LUMPUR – Tiga ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) yang didakwa terlibat mempersendakan pemimpin negara dan Raja-raja Melayu semasa Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara Rabu lalu enggan menjawab secara jelas atau setidak-tidaknya menafikan yang mereka terlibat dalam insiden itu.

Azmin Ali dan Tian Chua dari PKR serta Khalid Samad dari Pas sebaliknya mempersoalkan kesahihan dakwaan serta kredibiliti Dr Rahman Kadir, seorang pegawai perubatan yang mendedahkan mengenai kejadian pada hari Rabu lalu itu.

Malah, Azmin, yang juga Timbalan Presiden PKR seperti biasa terus menyalahkan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang didakwanya bertanggungjawab dalam menyebarkan perkara berkenaan.


"Pertama saya tidak tahu apa tohmahan yang dibuat oleh mereka namun daripada maklum balas yang saya terima, ini jelas satu propaganda yang amat jelik oleh Umno dan BN.

"Siapa doktor ini? Bagaimana pegawai perubatan boleh duduk dalam Balairong Seri Istana Negara?" katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Dr. Rahman melalui akaun Facebook mendakwa Azmin, Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khaled terlibat dalam kejadian pada pagi hari Rabu itu.

Berikutan itu, Utusan Malaysia yang memuatkan berita tersebut di muka depan dua hari kemudian mengundang reaksi pelbagai pihak, antaranya mahu tindakan tegas diambil ke atas individu terlibat serta mencadangkan sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuh bagi menyiasat insiden berkenaan.

Sementara itu, Tian Chua menolak hasrat pihak tertentu berhubung penubuhan Suruhanjaya Diraja kerana mendakwa Dr Rahman tidak mempunyai bukti kukuh atau saksi berkaitan kejadian tersebut.

"Bagaimana apabila seorang tuduh, tidak ada saksi, tidak ada `substance' dalam tuduhan mereka dan tiba-tiba nak buat Suruhanjaya Diraja, buat apa?" katanya, yang bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia kerana menerbitkan berita itu tanpa memeriksa kesahihannya.

Khaled pula mendakwa Dr Rahman mempunyai imaginasi tinggi apabila berupaya "membayangkan" perbualan anggota Parlimen pembangkang di majlis itu kerana kedudukan dalam Balairong Seri tidak membolehkan sebarang individu biasa mendengar butiran perbualan.

"... atau mungkin juga Dr Rahman ini terkeliru kerana sebelum Raja-raja Melayu dan pembesar negara masuk ke Balairong Seri, anggota Parlimen pembangkang yang telah menunggu selama dua jam ada berbual mengenai perkara lain," katanya.

- Sinar Harian


SPR Akui Pindah Lebih 19,000 Pegundi Termasuk MB Selangor

Posted: 16 Apr 2012 03:24 AM PDT

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusog berkata lebih 19,000 pengundi dipindahkan ke lokaliti berlainan dan bukan hanya melibatkan menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Katanya, suruhanjaya itu juga berusaha memperbetulkan sempadan pilihan raya sejak 2004 menggunakan sistem Election Geographical Information System (Egis), katanya.

Tambahnya, SPR telah memperbetulkan kawasan mengundi melibatkan 19,342 pengundi katanya yang menambah, Khalid bukan satu-satunya individu yang terlibat dalam proses itu.


Bagaimanapun, SPR tidak menjalankan apa-apa persempadanan semula yang memerlukan kelulusan Parlimen dengan dua pertiga majoriti, katanya lagi kepada pemberita selepas memberi taklimat kepada ahli parlimen hari ini.


MCA Pula Cuba Jual Negara

Posted: 16 Apr 2012 02:27 AM PDT

SHAH ALAM, 16 APR : Kerajaan Barisan Nasional (BN) semakin terdesak untuk memenangi piliharaya akan datang dengan cubaan memberikan kad pengenalan kepada warga asing.

Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh hari ini mendedahkan cubaan MCA untuk memberikan kad pengenalan kepada warga asing melalui program MCA Road Show & Free Medical Check up semalam.

Hannah berkata, MCA cuba berselindung disebalik program kemasyarakatan yang dijalankan dengan menawarkan kad pengenalan kepada warga asing yang datang berkunjung ke program itu.


"Kebanyakan penduduk yang berada disini merupakan warga Indonesia dan mereka diberi kad pengenalan dengan syarat mengundi BN dalam pilihanraya akan datang," katanya.

Terdahulu, MCA menganjurkan Road Show & Free Medical Check up yang berlangsung semalam di Jalan SS19/1, Off Jalan SS19/7A, Subang Jaya.

Adun Kota Alam Shah, Manoharan Malayalam menegaskan pemberian kad pengenalan sewenang-wenangnya menunjukkan BN adalah pengkhianat kepada negara dan rakyat negara ini.

" Masih ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak mempunyai kad pengenalan dan terpaksa menunggu bertahun-tahun untuk mendapatkannya tetapi kerajaan BN memberikan sesuka hati kepada warga asing," katanya.

Sementara itu, Saari Sungip yang merupakan Adun Hulu Klang berpendapat, tindakan yang dilakukan oleh Umno-BN ini merupakan tindakan yang keji bagi mempastikan mereka akan menang di pilihanraya ke-13 nanti.

Katanya lagi, tuntutan yang terkandung dalam Bersih 3.0 yang meminta Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) membersihkan senarai nama pemilih ternyata tidak membawa kesan kerana Umno-BN berterusan menjalankan taktik kotor ini.

"Tindakan ini bukan pertama kali didedahkan tetapi sudah banyak kali terjadi namun pihak SPR masih berdiam diri dan tidak mengambil apa-apa langkah yang sewajarnya," jelasnya lagi.

Sehubungan itu, adalah wajar bagi seluruh rakyat untuk turun pada Bersih 3.0 dan menunjukkan tanda protes terhadap ketelusan SPR untuk menjalankan pilihanraya yang bersih dan adil.

- selangorku


Tiada ulasan: