Blog-list Malaysia |
- Nazri Aziz Pertahan Tindakan Peguam Negara Tak Dakwa Kes Rasuah
- Layan Orang Sakit Jiwa..
- PRU13 - BN Peruntukan RM10 Juta Setiap Parlimen
- Janji Syurga - Ustaz Azhar Idrus Bidas Jamil Khir
- Tanah masjid Bayan Mutiara hilang silap Umno
- Chess.. Nak Buat Lawak Pun Agak-Agak Laa..
- GEMPAR - Shahril Samad Serta Pas
- Jamil Khir Berjaya Tarik 20 Penyokong Pas Sertai Umno
Nazri Aziz Pertahan Tindakan Peguam Negara Tak Dakwa Kes Rasuah Posted: 02 Apr 2012 12:53 AM PDT Nazri minta Shukri Abdull berhenti merungut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menegur Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd Shukri Abdull yang merungut tentang kes-kes rasuah yang telah ditolak oleh Pejabat Peguam Negara. Nazri dipetik oleh akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily di Kuala Kangsar Sabtu lalu, sebagai menyifatkan Shukri (kiri) mempunyai watak yang lemah dan tidak sepatutnya merungut secara terbuka. Malah, katanya, Shukri tidak perlu membuat sebarang penjelasan kepada umum kerana ia merupakan tugas Pejabat Peguam Negara untuk mendakwa seseorang individu. Tugas Shukri, tegas Nazri, adalah hanya untuk menyiasat dan "saya harap ini tidak akan mengelirukan rakyat." Nazri juga mahu Shukri berhenti membuat kenyataan sedemikian pada masa depan. Beliau mengulas kenyataan Shukri di sebuah forum Khamis lepas bahawa SPRM menyiasat semua tuduhan rasuah yang diserahkan kepadanya, tetapi Pejabat Peguam Negara yang enggan memfailkan kes-kes tersebut di mahkamah atas alasan bukti tidak mencukupi. |
Posted: 02 Apr 2012 12:46 AM PDT Hasan Ali Tayang Video Murtad - Kecam Dr. Rani. DAMANSARA 2 April - Presiden Jalur Tiga (JATI) Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali mengecam tindakan Pesuruhjaya PAS Selangor Dr. Abdul Rani Osman yang mengambil pendirian tidak menghantar sebarang wakil Parti tersebut di peringkat Negeri untuk menonton Video yang mengesahkan berlakunya gejala murtad seperti yang didakwanya itu. Hasan Ali menjelaskan, beliau kesal dengan kenyataan Dr. Rani yang tidak mahu melayan isu yang beliau bangkitkan akan tetapi menganggap lebih banyak isu yang lebih penting untuk diketengahkan di Negeri ini seperti soal Rasuah. Beliau mendakwa isu Murtad merupakan soal Akidah yang tidak boleh ditolak ansur dan setiap Pemimpin Islam apatah lagi yang lahir dari PAS seperti Dr. Rani wajib memastikan isu ini dijadikan masalah utama dalam membangunkan sesebuah Negara. Video yang telah dirakamkan itu telah dipertontonkan beberapa wakil wartawan yang hadir ke rumahnya di sini sebentar tadi menampilkan beberapa bukti dan pengakuan unsur gejala murtad sedang berleluasa di Negara ini terutamanya di Selangor. Dr. Rani sebelum ini menjelaskan PAS Selangor tidak akan melayan pelawaan Hasan Ali untuk hadir menonton video berkaitan bukti isu tersebut kerana menganggap ianya tidak releven dibangkitkan bekas Exco Selangor itu. "Pas Selangor sudah mendapat arahan daripada Pas Pusat, tidak perlu layan apa yang dia hendak cakap. Banyak lagi benda besar yang hendak berikan tumpuan seperti pengundi hantu, rasuah. Kita pandang isu ini isu kecil sahaja, bagi Pas Selangor, ini (pendedahah video) tidak penting." katanya kepada wartawan Sinar Harian berkenaan hal tersebut. Turut menolak jemputan Hasan Ali termasuklah dari pihak PKR Selangor menerusi kenyataan Shuhaimi Shafiei yang mendakwa pimpinan Negeri tidak mahu terlibat dengan cerita 'seinci jadi sejengkal dan sekaki' seperti yang didedahkan bekas Exco Agama Islam Selangor itu. |
PRU13 - BN Peruntukan RM10 Juta Setiap Parlimen Posted: 01 Apr 2012 10:47 PM PDT PRU13 adalah satu satu pilihanraya yang paling sukar untuk diramalkan. Barisan Nasional sendiri mengakui oleh Najib Razak sebagai Ketua Barisan Nasional pilihanraya yang paling sukar. Dari gerak mulut Najib Razak sendiri PRU13 akan mempertahankan PUTRAJAYA dirampas oleh Pkatan Rakyat dengan apa cara sekali pun. Najib Razak dan Barisan Nasional khasnya UMNO akan dan semestinya MENGGUNAKAN WANG DAN PROJEK UNTUK MEMPERTAHANKAN PUTRAYAYA.Dari dulu lagi selepas Tun Abdul Razak Barisan Nasional menggunakan WANG DAN SOGOK WANG KEPADA PEBGUNDI . Zaman Tun Mahathir adalah era pilihanraya yang cukup terbuaka membeli undi dan projek segera kepada kumpulan sasarannya dan kroninya untuk mendapat wang. Sistem pilihanraya zaman Tun Mahathirlah yang paling kotor ketika itu. Namun zaman Tun Mahathir sudah berlalu, namun kerena dan "tahi Mahathir yang ditinggalkan merebak seluruh anggota UMNO dan peimipin tertinggi UMNO dan Barisan Nasional. Jika tiada wang hampir pasti Barisan nasional dan komponennya terutama UMNO sudah terkubur selepas Tun Razak. Najib Razak dan Barisan Nasional menghadapi PRU13 yang bakal diadakan awal bulan June tidak dapatlari MENGGUNAKAN WANG DAN PROJEK KEPADA KRONINYA UNTUK KEKAL BERTAHAN DAN MEMERINTAH PUTRAJAYA SELEPAS PRU13. Ramai penilik politik tanah air Najib Razak dan Barisan nasional menggunakan wang yang cukup lumayan dan cukup banyakbagi mengahdapi PTRU13. Dianggarkan Barisan Nasioanal dan UMNO akan dibekalkan dengan satu peruntukkan KEWANGAN RM10 JUTA SETIAP PARLIMEN DAN BERGANTUNG BERAPA BANYAK KERUSI DUN DALAM PARLIMEN. UMNO DAN BARISAN NASIONAL tidak dapat menafikan peruntukkan tersebut. Kerana terbukti bekas menteri BN/UMNO Tan Seri SY. Kadir membuat kenyataan terbuka UMNO/BN sentiasa membeli undi dan memebri wang kepada pengundi seluruh parlimen dan DUN setiap PRU yang diadakan di Malaysia. Jika benar apa yang dikatakan oelh bekas menteri BN/UMNO, TIDAK MUSTAHIL BN/umno NAJIB RAZAK MENGGUNAKAN WANG PULUHAN JUTA UNTUK MEMPERTAHANKAN PUTRAJAYA DARI JATUH KETANGAN PAKATAN RAKYAT, DAN MEMANG BN/UMNO DARI DULU LAGI MENGGUNAKAN WANG DAN PROJEK UMTUK MENARIK PENGUNDI MENGUNDI BN/UMNO SERIAP PILHANRAYA DIMALAYSIA. http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=13403 |
Janji Syurga - Ustaz Azhar Idrus Bidas Jamil Khir Posted: 01 Apr 2012 07:38 AM PDT |
Tanah masjid Bayan Mutiara hilang silap Umno Posted: 01 Apr 2012 05:35 AM PDT NGO Kongres Melayu Pulau Pinang hari ini mendakwa Umno merupakan pihak bertanggungjawab dalam memastikan bahawa tanah masjid di Bayan Mutiara tidak dijual kepada pemaju. Presidennya Rahmad Isahak berkata, Umno yang menyertai pentadbiran Pulau Pinang sebelum ini sepatutnya telah memastikan bahawa tanah berkenaan dipecahkan kepada lot selepas pelan fasa 1 projek tersebut diluluskan majlis perbandaran pada 2006. Katanya, Umno tidak bertindak untuk menggazetkan tanah berkenaan dalam tempoh satu tahun lima bulan, sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri itu pada 2008. Rahmad mempersoalkan tindakan yang dilakukan Umno untuk memastikan bahawa tanah itu dipecah lot untuk dimilik Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), memandangkan pelan yang diluluskan itu kini telah tamat tempoh. Mengikut undang-undang, pejabat tanah tidak dapat mengeluarkan geran milik tanah kepada MAIPP, atau untuk memindahkan milikan tanah itu sekiranya tidak dipecah kepada lot, katanya. "Apa yang telah Umno lakukan daripada 2006 hingga 2008, sebelum negeri itu diambil alih Pakatan Rakyat. "Di mana bukti undang-undang bahawa tanah itu telah digazetkan dan dipunyai MAIPP seperti didakwa Umno," kata bekas kakitangan mahkamah itu lagi. |
Chess.. Nak Buat Lawak Pun Agak-Agak Laa.. Posted: 01 Apr 2012 02:40 AM PDT YB Shahril Samad masuk PAS masih bertaraf berita angin - Khalid Samad SHAH ALAM, 1 April: Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyifatkan berita abangnya Datuk Shahril Samad menyertai PAS masih bertaraf berita angin yang belum sahih. "Saya sendiri belum dapat sahkan kerana dia tidak beritahu apa-apa kepada saya...mungkin berita April Fool kot kerana hari ini 1 April," kata Khalid ketika dihubungi Harakahdaily. - Harakahdaily |
GEMPAR - Shahril Samad Serta Pas Posted: 01 Apr 2012 02:16 AM PDT Veteran Umno dan bekas menteri Shahril Samad keluar Umno masuk PAS GEMPAR: Ahli Parlimen Johor Baharu Dato Sharir Samad mengumumkan keluar dari Umno dan menyertai PAS bersama lebih 2,000 orang ahli. Ketika mengadakan sidang media untuk membuat pengumuman itu, berlaku kekacauan yang dipercayai dilakukan oleh ahli UMNO yang ingin menggagalkan sidang akhbar tersebut. Empat orang cedera termasuk seorang wartawan. Mereka dikejarkan ke hospital. Ia kemudian disuraikan oleh polis. Shahril berkata: "Tiada jalan lagi memperjuangkan agenda negara di dalam kerajaan sedia ada. Jangan lontar batu dari luar bagi membetulkan keadaan sudah tidak terpakai. Penyelesaian yang tepat ialah tukar dan bersama membina negara tercinta dengan idea dan kematangan." Difahamkan Pakatan Rakyat akan bermesyuarat Jumaat ini bagi membincangkan keperluan meletakkan Shahril Samad sebagai Menteri Besar Johor tidak kira parti mana yang menang terbanyak seandainya Barisan Nasional berjaya ditumbangkan di Johor pada PRU13 ini. Ketika ditanya sama ada Shahril akan membuat road show bersama adiknya Khalid Samad, Shahril menjelaskan "Selepas apa yang berlaku tadi (keganasan sidang media), saya berfikir Road Show akan bermula di luar Johor terlebih dahulu. Sebelum memberi tumpuan kepada Johor secara habis-habisan menjelang pengundian." Beliau yang juga bekas Menteri berbuat demikian bersama-sama 2,000 orang pengikutnya. Shahrir adalah abang kepada Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad Dipetik dari http://perakite.blogspot.com/2012/04/veteran-umno-dan-bekas-menteri-shahril.html |
Jamil Khir Berjaya Tarik 20 Penyokong Pas Sertai Umno Posted: 01 Apr 2012 01:35 AM PDT YAN - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, masuk syurga hanya dijanjikan oleh ALLAH swt kepada manusia yang beriman dan bertakwa dan tidak pernah dijanjikan kepada manusia yang menyokong parti politik tertentu. "Syurga ini bukan milik manusia tetapi milik ALLAH," kata beliau kepada pemberita selepas majlis Ceramah Politik Semasa di Kampung Selengkoh di sini malam tadi. Oleh yang demikian, katanya, kenyataan kononnya sesiapa memberi sokongan dan mengundi Pas akan masuk syurga hanya satu janji kosong yang dilakukan semata-mata untuk meraih sokongan pengundi. Dipetik Bernama, Jamil Khir berkata demikian bagi mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini bahawa Pas tetap dengan pendirian meneruskan kempen menegakkan syiar Islam dengan menekankan aspek syurga apabila seseorang itu menyokong parti tersebut ketika pilihan raya. Jumaat lalu, Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Pas tetap dengan pendiriannya meneruskan kempen menegakkan syiar Islam dengan menekankan soal syurga apabila seseorang itu melahirkan sokongan kepada parti itu semasa pilihan raya. Ketika menjawab kenyataan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan, yang dikeluarkan sehari sebelum itu pada Wacana Sinar Harian, Nik Abdul Aziz berkata, pemimpin Barisan Nasional (BN) perlu mempelajari agama terdahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan. "Tiap-tiap orang yang bercakap soal Islam dia akan sebut soal syurga dan neraka, dia (Datuk Abd Rahman) kena ingat, bercakap ini ada soal pahala dan dosa, jangan cakap sembarangan," kata Nik Abdul Aziz. Abd Rahman mendakwa Pas melakukan rasuah politik paling tinggi dengan menjanjikan syurga kepada pengundi. Dalam pada itu, seramai 20 penyokong Pas menyerahkan borang untuk menyertai Umno. Mereka yang diketuai Md Sofi Abd Latif menyerahkan borang kepada Jamil Khir yang juga Ketua Penerangan Umno Kedah. http://sedakasejahtera.blogspot.com/2012/04/bila-menteri-agamaku-mula-berkempen-di.html |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan