Sabtu, 14 April 2012

Biaqpila

Biaqpila


KEPUTUSAN LIGA SUPER 14/4/2012

Posted: 14 Apr 2012 02:58 PM PDT

GAMBAR MAHASISWA DEMO PTPTN

Posted: 14 Apr 2012 05:42 AM PDT

Siswa berarak tuntut mansuh pinjaman PTPTN

Seramai kira-kira 300 orang mahasiswa berhimpun di ibu negara hari ini untuk menuntut pinjaman pelajar melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan.

Pelajar berkenaan mula berkumpul di perkarangan Masjid Jamek, Kuala Lumpur pada pukul 2 petang dan berarak melalui Jalan Raja Laut untuk menuju kawasan pusat membeli belah Sogo.

Perhimpunan diketuai aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim dan pemimpin Solidariti Mahasiswa Malaysia itu turut disertai NGO Gabungan Anak Muda Pantai Timur.

Kumpulan berkenaaan melaungkan slogan antaranya "Najib Altantuya", "Mansuh PTPTN", "Jahanam Umno-BN", "Musnah Rosmah", "Reformasi" dan "Jahanam Najib."

Kumpulan siswa itu turut kain rentang yang bertulis 'Free education now!', 'Mahasiswa bukan robot' dan 'Mansuh PTPTN'.

Di hadapan Sogo, kumpulan pelajar berkenaan bertindak mengalungkan bunga pada gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Menurut salah seorang mahasiwa berkenaan, tindakan itu sebagai tanda bahawa "demokrasi telah mati."

Dua orang MP PKR, Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar turub berucap ketika pelajar berkenaan berhimpun di hadapan Sogo.

Kumpulan berkenaan kemudiannya mula beredar daripada kawasan tersebut pada jam 3.30 petang dan berarak menuju Dataran Merdeka melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Gambar yang dikalungkan bunga itu turut diarak bersama pelajar berkenaan. -mk










Sumber gambar



greenboc


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Komik puji pentadbiran Najib diedarkan di sekolah

Posted: 14 Apr 2012 02:00 AM PDT



KUALA LUMPUR, 13 April Komik transformasi yang memuji kerajaan Barisan Nasional (BN) telah mula diedarkan di kalangan guru-guru sejak beberapa minggu kebelakangan ini, dikatakan diagihkan jabatan pendidikan negeri.


Komik berwarna setebal 50 muka surat itu menampilkan karikatur seperti pemimpin politik utama dari gabungan pemerintah yang digambarkan dari sudut terbaik.


Sebaliknya, pemimpin pembangkang digambarkan bersikap negatif dan jahat, seperti pada muka surat 31, yang menunjukkan seorang lelaki bercermin mata bersama dua lelaki separuh bogel yang dilihat dikaitkan dengan pesaing Najib, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Penasihat PPKR itu dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, bagaimanapun dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi awal bulan ini setelah mengambil masa hampir tiga tahun untuk perbicaraan.


“Kementerian Pelajaran boleh mengadakan mesyuarat dengan kami bila-bila masa. Kali ini, kami diberi taklimat tentang pencapaian kerajaan sejak beberapa tahun lalu,” kata seorang guru kepada The Malaysian Insider.


Guru itu yang meletakkan syarat agar namanya dirahsiakan berkata telah menghadiri satu taklimat bertajuk “Wacana Transformasi Minda” anjuran jabatan pendidikan negeri yang disertai pengetua sekolah dan guru penolong kanan.


“Kami telah diberitahu bahawa kerajaan merupakan kerajaan yang baik tetapi tiada arahan untuk mengundi sesiapa.


“Tetapi setiap daripada kami mendapat buku, yang menyokong diri sendiri,” tambah guru itu.


Mandat pemerintahan BN akan berakhir suku pertama tahun depan dan spekulasi mengatakan pilihan raya umum akan diadakan awal, mungkin beberapa bulan akan datang.


Guru merupakan populasi terbesar bagi tenaga kerja awam, antara sasaran terpenting untuk menyokong BN.


Bukan semua sekolah menerima komik itu. Beberapa guru yang dihubungi The Malaysian Insider tidak mengetahu tentang perkara itu.


Kementerian Pelajaran masih belum memberikan sebarang respons tentang perkara itu.


Buku komik itu dikatakan diterbitkan Mj Publication Sdn Bhd, yang beralamat di No 12/9, Jalan Jati 2, Persiaran Barat, 68000 Ampang, Selangor.


Bagaimanapun carian dalam direktori perniagaan gagal mencari alamat itu. Pemeriksaan di Google Maps juga menunjukkan alamat itu tidak wujud, sekaligus menimbulkan keraguan penerbit itu.


Komik itu juga tidak memaparkan permit pencetak, yang merupakan satu syarat yang dikehendaki Kementerian Dalam Negeri.


The Malaysian Insider berjaya mendapatkan satu salinan komik itu yang menggambarkan karikatur Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang memegang bendera kebangsaan dn satu kumpulan yang mewakili pelbagai etnik Malaysia dengan perkataan, “Saya tidak akan memecahkan kepercayaan anda” di muka hadapan komik itu.


Pelbagai jenis gambar-gambar yang memuji kepimpinan dan dasar-dasar BN, seperti bagaimana pentadbiran Najib membantu menyediakan insentif-insentif kepada belia di bawah konsep 1Malaysia.


Pada halaman 38 juga menggambarkan Najib digambarkan seperti wira terkemuka dan terbang di atas orang ramai yang memanggilnya “Hi!Superman”.



TMI



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Pijak anak sampai mati

Posted: 13 Apr 2012 10:53 PM PDT


PILU...anggota keluarga menuntut mayat bayi berkenaan di HRPB, semalam.

IPOH: Berang apabila adik ipar menegur sikap buruknya yang kerap mengabaikan keluarga dan sering memukul anak, seorang lelaki bertindak di luar batas kemanusiaan apabila memijak bayi lelakinya yang berusia dua minggu hingga mati.

Dalam kejadian jam 9 pagi kelmarin di rumah keluarga berkenaan di Taman Bernam Jaya, Ulu Bernam, dekat sini, lelaki terbabit yang berusia 40-an sebelum itu menyerang adik iparnya dengan parang.

Sumber polis berkata, bagaimanapun, mangsa yang berusia 32 tahun bernasib baik kerana hanya cedera ringan di telinga dan jari kaki kirinya.

Menurutnya, suspek yang bekerja dengan syarikat pengumpul barang lusuh sering mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga dan memukul enam anaknya setiap kali bertengkar dengan isterinya yang berusia 36 tahun.


"Perbuatan ganas suspek menyebabkan adik iparnya yang tinggal berhampiran hilang sabar lalu menegur sikap buruknya itu. Bagaimanapun, tindakan itu tidak disenangi suspek hingga mencetuskan pergaduhan," katanya.

HM

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

SERANGAN MALWARE - PETUA PENTING UNTUK BLOGGER

Posted: 13 Apr 2012 10:17 PM PDT


WARNING NI HANYA BOLEH DITEMUI JIKA ANDA MENGGUNAKAN PELAYAR GOOGLE CHROME SAJA,KERANA GOOGLE CHROME MEMBERI AMARAN UNTUK KESELAMATAN KOMPUTER ANDA.

ASSALAMUALAIKUM

HARI NI GUA NAK DEDAHKAN SATU PETUA BAGI MENGELAK SERANGAN MALWARE YANG BERJANGKIT MELALUI LINK DALAM BLOGLIST DI BLOG LU ORANG.SEBELUM INI GUA TAU LU ORANG AKAN DELETE LINK YANG DIJANGKITI MALWARE DI BLOGLIST LU ORANG,TAPI BILA LU ORANG DELETE SATU LINK,DUA TIGA HARI LEPAS TU ADA LAGI LINK YANG NAK KENA DELETE,JADI LECEH LA BEB.

PETUANYA MUDAH SAJA,LU ORANG KLIK PADA WIDGET BLOGLIST KEMUDIAN UNTICK PADA ICON.ITU SAJA.SELEPAS INI BLOG LU ORANG TAK AKAN KELUAR WARNING MACAM KAT ATAS TU LAGI WALAUPUN ADA LINK DI BLOGLIST LU ORANG DIJANGKITI MALWARE.KALAU TAK PAHAM,SILA RUJUK
PADA GAMBAQ DI BAWAH NI:



TEKNIK INI TIDAK MEMBAHAYAKAN KOMPUTER ANDA ATAU PENGUNJUNG BLOG ANDA KERANA SATU LAGI WARNING AKAN DIPAPARKAN JIKA ANDA ATAU PENGUNJUNG KLIK PADA LINK YANG DIJANGKITI MALWARE DI BLOGLIST TERSEBUT.

PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT INI DIBAWAKAN UNTUK ANDA OLEH SEKRETARIAT MALWARE BIAQPILA.INC


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Bila dah tak boleh beromen kata 'Parti Ajaran Sesat'

Posted: 13 Apr 2012 07:48 PM PDT


Umno Terenggganu yang di ketuai Ahmad Said yang juga MB Terengganu pernah robohkan Masjid Bujal, Kemaman,Terengganu beberapa tahun lalu.Kini Mat Said jadi ketua buat kempen 'Pas:Parti ajaran sesat' ke seluruh Malaysia.

Umno kata Pas sesat bukan cerita baru.Hanya 'diupgradekan' Mat Said untuk filem dan karya terbarunya menjelang pilihanraya.Mat Said nak cari pengaruh di Terengganu supaya terus berkuasa di Terengganu daripada disambar Idris Jusuh bekas MB Terengganu musuh Mat Said sejak sekian lama.Yang cerdik dan tidak bodoh tak akan termakan karya terbaru Mat Said ini .

Ideologi Pas adalah Islam.Idelogi Umno ialah sekular.Asingkan agama dan politik.Takkan yang bawa ajaran agama Islam lebih sesat daripada ajaran sekular Umno?

Semasa Umno gila talak ajak Pas beromen,tidur sebantal, satu katil tak ada pulak kata Pas parti ajaran sesat.Umno sanggup menyembah dan melutut kepada Pas janji kerajaan perpaduan Umno-Pas jadi!Tapi apakan daya tiang layar kerajaan perpaduan patah berderai-derai karam macam kapal Titanic.Yang ada kini nak sangat jilat Umno ialah orang tak dak parti tapi ada jati iaitu Hasan Ali.

Parti yang ajak umat Islam makmurkan masjid dengan solat berjamaah dituduh sesat.Parti yang ajak rakyat lepak kedai kopi time Magrib tak sesat.Parti yang ajak umat Islam ke masjid hadir majlis ilmu dituduh sesat tapi parti yang jadikan malam Jumaat untuk ke dangdut dan karoke tak sesat.Parti tolak hudud tak sesat tapi parti mau hudud dituduh sesat.Puak macam ni dah lama wujud seperti yang disebut dalam Al-Quran.

Tak ada parti yang maksum tapi mudarat paling besar yang mesti ditumbangkan dalam pru 13 akan datang ialah Umno yang jadikan orang Melayu bertuhankan kebendaan kepada Umno.Sampai bila mau jadi hamba abdi Umno?Ajaran sesat yang semakin subur dan hidup kembali di Terengganu ialah ajaran ayah Pin yang dakwa ramai pengikut.Mungkin bagi Umno ajaran Ayah Pin tak sesat sebab sokong Umno.



misaimerah



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: