Selasa, 24 April 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


UMNO ganggu pelancaran BERSIH 3.0 dengan tarian separuh bogel..

Posted: 24 Apr 2012 08:00 AM PDT


Gopeng: Pelancaran Pra Bersih 3.0 Peringkat Parlimen Gopeng yang dihadiri oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said malam tadi dicemari dengan gangguan daripada pihak tertentu.

Pelbagai acara diadakan untuk mengganggu program anjuran Pemuda Pakatan Rakyat kawasan tersebut termasuklah tarian separuh bogel, tarian singa, percikan bunga api dan sebagainya.

Program yang diadakan hanya seberang jalan kira-kira 10 meter itu dipercayai dianjuran oleh BN kerana ianya bukan kali pertama malah enam program Pakatan Rakyat di kawasan tersebut sebelum ini turut diganggu.


Pelancaran tersebut turut dihadiri oleh Mantan Menteri Besar, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin; Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye; dan Timbalan Ketua AMK, Pusat Khairul Anuar Zainudin.

A Samad Said dalam ucapannya kesal dengan gangguan ini dan ianya menggambarkan BN berusaha untuk menyekat kebangkitan rakyat.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad menjelaskan, negara sekarang dalam suasana yang amat 'merungsingkan'.

"Kita mahukan lunas-lunas demokrasi di Negara ini diperbetulkan, tapi orang yang sudah berkuasa lebih 5 dekat tidak mahu itu.

"Sebab mereka merasakan jika pilihanraya di Negara ini bersih, mereka akan dibersihkan," katanya sambil diberi tepukan gemuruh kira-kira 2,000 hadirin.

Menurutnya, Pakatan Rakyat mempunyai watak-watak yang istimewa untuk memerintah dan rakyat perlu membantu mereka untuk memerintah.

Sementara itu, Mohammad Nizar berkata, BN ketika ini sangat takut dengan suara dan kebangkitan rakyat kerana ianya akan menggugat mereka untuk terus berkuasa di Negara ini.

 "Saya menggesa seluruh rakyat di negeri Perak 'turun' ke himpunan Bersih 3.0 sabtu ini untuk memberi isyarat kepada BN bahawa rakyat sudah bangkit dan menolak mereka," jelasnya.


Konsert pacak yang dipercayai ditaja MCA dan UMNO Gopeng dilihat cuba mengalih hadirin dengan tarian ghairah, tarian naga, dentuman bunga api dan hidangan arak dan 4 ekor babi panggang namun hadirannya cuma sekitar 200 orang. 


Lagi gambar dan sumber berita sila lihat di ( SINI )

UMNO Rampas Tanah Milik Melayu, lebih dari 5,000 bantah.. (Gambar)

Posted: 24 Apr 2012 04:02 AM PDT


Pemimpin-pemimpin UMNO sering mendakwa bahawa hanya UMNO yang mampu memperjuangkan dan membela nasib bangsa Melayu di Negara ini..

Malah mereka juga sering menakut-nakutkan penyokong mereka dengan momokan kononnya jika kuasa mentadbir Negara terlepas dari tangan UMNO, maka Melayu akan terpinggir..

Hinggakan ada pemimpin UMNO mengatakan andaikata Najib didakwa di Perancis kerana kes rasuah Kapal Selam, Negara ini akan kucar-kacir..

Oleh itu penyokong mereka diperbodohkan agar terus menyokong pemimpin-pemimpin UMNO biarpun mereka itu jelas terpalit dengan berbagai masaalah..

Kerana terpedaya melaunglah penyokong mereka HIDUP MELAYU!! HIDUP MELAYU!! HIDUP MELAYU!!

Di Kuala Terengganu hari ini.. lebih dari 5,000 orang Melayu yang diperintah oleh UMNO yang kononnya memperjuangkan nasib Melayu, telah mengadakan demo membantah rampasan tanah Melayu oleh UMNO di perkarangan Wisma Darul Iman.

Mereka membuat bantahan terhadap siri perampasan tanah yang dibuat oleh kerajaan negeri yang dikuasai UMNO di lima kawasan berasingan di seluruh negeri.

Kawasan-kawasan itu adalah :

1) Tanah sekolah rendah Islam Darul Bayan, Paka, Dungun,
2) Tanah rakyat di Banggol Donas, Kuala Terengganu,
3) Tanah petani di Kampung Jelapang, Langkap,
4) Tanah peneroka jenerasi kedua di Paka, Dungun dan
5) Tanah rakyat di Kubang Labi, Banggol, Permasuri, Setiu.

Dimanakah apa yang dikatakan sebagai membela nasib Melayu itu jika tanah milik Melayu di rampas oleh UMNO sendiri?

UMNO MEMBELA atau MEMBELA+SAH MELAYU?

Berikut adalah laporan dari Buletin Online..
 
10, 000 Turun Berdemo Depan Wisma Darul Iman .

KUALA TERENGGANU – Lima memorandum rakyat telah diserahkan sendiri oleh wakil-wakil Jawatankuasa terbabit dengan rampasan tanah kepada Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said di Wisma Darul Iman, disini, Selasa 24 April.

Dr Azman Ibrahim mewakili Jawatakuasa Bertindak Tanah RTB Kubang Labi, Haji Muhyiddin Abdul Rashid mewakili Jawatankuasa Bertindak Tanah Kampung Jelapang.
 
Shalahuddin Jaafar mewakili Jawatankuasa Bertindak Tanah Generasi Kedua Felda, Che Wan Musatafa Che Wan Kaman mewakili Sekolah Rendah Islam Darul Bayan dan Salleh Embong mewakili Jawatankuasa Bertindak Tanah Banggol Donas telah bertemu Ahmad said diluar Dewan Undangan Negeri Wisma pada kira-kira jam 11 pagi.

Sebelum itu mereka bersama-sama kira-kira 10,000 orang rakyat Terengganu mengadakan demonstrasi aman membantah membantah rampasan tanah yang dilakukan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu.


Lagi gambar-gambar dan juga laporan penuh sila lihat di SINI

Dakwa Najib di Perancis boleh kucar-kacirkan negara?

Posted: 24 Apr 2012 02:49 AM PDT


Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor berkata tindakan Suaram mengemukakan kes berhubung pembelian kapal selam Scorpene ke mahkamah Perancis merupakan usaha untuk mengucar-kacirkan negara.

"Dia nak kucar-kacirkan negara. Dia akan keluar macam-macam untuk malukan orang dan nak fitnah.
"Mereka tak ada kerja. Kalau macam kita ini, kerja 24 jam," katanya ketika ditanya dalam satu sidang media hari ini.

Beliau mengulas tindakan Suaram mengemukakan nama Datuk Seri Najib Razak sebagai saksi dalam inkuiri berkenaan.

Suaram bertindak demikian dengan alasan bahawa perdana menteri itu merupakan menteri pertahanan yang terlibat dalam perolehan kapal selam tersebut sebelum ini.

Najib bagaimanapun masih berdiam diri dalam isu berkenaan, yang mengundang kritikan pembangkang yang mendakwa tindakan itu membawa kesan buruk kepada kerajaan Malaysia.

Antaranya, MP Puchong Gobind Singh Deo yang menyifatkan tindakan berdiam diri itu memberi kesan buruk kepada perdana menteri yang menjanjikan transformasi politik dan iltizam untuk melawan rasuah.

Khamis lalu, Paris Tribunal Grande Instance menerima senarai saksi yang dicadangkan Suaram dalam kes ke atas syarikat pertahanan Perancis, DCNS atas dakwaan membayar komisyen haram ke atas pegawai Malaysia dalam penjualan dua kapal selam Scorpene.

Turut dikemukakan sebagai saksi oleh Suaram ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Malaysiakini

Keluarga Sharizat kutip sewa dari aset NFC yang dibekukan Najib??

Posted: 23 Apr 2012 11:37 PM PDT


Walaupun Dato' Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa aset NFC telah dibekukan, hakikatnya keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil masih lagi mendapat bayaran bulanan yang lumayan dari harta-harta yang dibeli menggunakan dana NFC.

Selain dari pelbagai kondominium yang telah didedahkan kini, keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil juga mendapat kutipan sewa dari hartanah-hartanah yang dibeli dengan dana NFC dan kemudiannya disewakan kembali kepada NFC dan syarikat-syarikat bersekutu yang lain.

Bukti yang paling kukuh ialah dua premis utama operasi NFC iaitu pejabatnya di alamat L-3A, No. 2, Jalan Solaris, Solaris Mont Kiara dan restoran mewah Meatworks di alamat 2G 3A, Jalan Solaris 5, Solaris Month Kiara.

KEADILAN berjaya mendapatkan rekod hakmilik dan nilaian kedua-dua hartanah dari carian rasmi dengan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (sila rujuk dokumen carian harta JPPH yang disertakan bersama).

4 unit ruang pejabat yang digunakan oleh NFC dan syarikat bersekutu di Tingkat 3A, Jalan Solaris dimiliki bersama oleh Dato' Seri Mohamad Salleh Ismail dan anaknya Wan Izanur Izran. Salah satu unit iaitu Unit L-3A-3A berjaya dipadankan dengan carian harta di JPPH atas nama Dato' Seri Mohamad Salleh Ismail yang dibeli pada harga RM814,550.
Semakan pembayaran dari rekod kewangan NFC pula menunjukkan bahawa pada setiap bulan, NFC akan membuat dua pembayaran sewa pejabat seperti berikut:

RM28,000 setiap bulan kepada Wan Shahinur Izran

RM8,240 setiap bulan kepada Dato' Seri Mohamad Salleh

Ini menimbulkan beberapa kesimpulan dan persoalan besar seperti berikut:

1. Dua orang pengarah NFC telah menyalahgunakan wang syarikat dengan mendapatkan pinjaman bank bagi hartanah yang kemudiannya disewakan kembali kepada syarikat;

2. Adakah urusniaga pembelian hartanah atas nama peribadi tetapi dibayar menggunakan kutipan sewa dari NFC dan syarikat bersekutu ini mendapat kelulusan Lembaga Pengarah? Jika tidak, Dato' Seri Salleh Ismail dan Wan Shahinur Izran perlu disiasat atas kemungkinan pecah amanah wang syarikat;

3. Bayaran sewa yang dikutip oleh Dato' Seri Salleh Ismail iaitu RM8,240 sebulan bagi ruang pejabat bernilai RM814,550 adalah terlalu tinggi. Jika pembelian ini dibiayai dengan pinjaman selama 25 tahun pada kadar faedah semasa, bayaran bulanan dianggarkan sekitar RM4,800 sebulan. Ini bermakna Dato' Seri Salleh Ismail membuat keuntungan 72% setiap bulan; iaitu kadar keuntungan yang terlalu tinggi dari wang rakyat.

4. Jika ini keadaannya dengan unit L-3A-3A yang dimiliki oleh Dato' Seri Mohamad Salleh Ismail, sudah tentu kadar keuntungan serupa juga dibayar oleh NFC kepada Wan Shahinur Izran bagi ruang-ruang pejabat lain yang dimiliki beliau.

Kaedah membeli hartanah atas milikan peribadi dan dibiayai oleh bayaran sewa oleh NFC dan syarikat bersekutu turut digunapakai dalam hartanah-hartanah lain.

Ruang niaga restoran yang disewa oleh RFC bagi operasi Meatworks di Mont Kiara pula dimiliki oleh Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh.


Carian rasmi di JPPH menunjukkan beliau mempunyai dua ruang kedai iaitu unit 2 dan 3. Unit 2 berharga RM8.4 juta sementara unit 2 berharga RM5.7 juta. Ruang ini disewakan kepada RFC yang membayar sewa bulanan kepada Wan Shahinur Izran menggunakan dana RM250 juta yang dibiayai oleh rakyat.

Walaupun saya tidak mempunyai rekod kewangan terperinci bagi RFC dan syarikat-syarikat bersekutu yang lain, saya percaya Wan Shahinur Izran turut mendapat bayaran sewa yang lumayan dari dua ruang restoran yang dimilikinya.

Saya menganggarkan beliau memperolehi pendapatan sewa RM150,000 sebulan dari dua unit hartanah bernilai RM14.1 juta ini, mengambil kira kadar keuntungan sama yang diperolehi Dato' Seri Mohamad Salleh Ismail.

Ini membuktikan sekali lagi bahawa Dato' Seri Najib Tun Razak tidak mengambil sebarang tindakan untuk menghentikan penyelewengan wang rakyat walaupun pelbagai pendedahan telah dibuat.

Beliau berharap dengan pengunduran sementara Dato' Seri Shahrizat Jalil dari jawatan kabinet, skandal ini akan reda sementara beliau membiarkan keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil terus bermewah dengan wang rakyat sebanyak RM250 juta.

KEADILAN akan membuat laporan polis susulan berikutan pendedahan ini agar Wan Shahinur Izran dan Dato' Seri Mohamad Salleh Ismail disiasat atas kemungkinan pecah amanah dalam urusan sewa beli hartanah-hartanah yang digunakan oleh NFC dan syarikat bersekutunya di Mont Kiara.


MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
24 APRIL 2012

PR Takut angin perubahan di Selangor?.. PR atau BN Noh?

Posted: 23 Apr 2012 05:00 PM PDT


Kenyataan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Dato' Seri Noh Omar dalam Sinar Harian 23 April 2012 yang mengatakan Pakatan Rakyat takut kepada 'angin perubahan' yang kononnya sudah memihak kepada BN Selangor sebenarnya menandakan BN hampir lemas dilanda taufan tsunami kedua pada PRU 13 akan datang.

Saya sedia menerima pandangan beliau sekiranya Dato' Seri Noh Omar dapat mengukuhkan kenyataannya dengan statistik dan angka, ataupun sebarang isu berbangkit yang gagal diselesaikan oleh Pakatan Rakyat Selangor, sebaliknya yang dimegahkan adalah apabila program beliau di Taman Sentosa, dihadiri 5,000 orang.

Apakah seorang Timbalan Pengerusi BN Selangor meletakkan harapan BN Selangor hanya kerana program beliau dihadiri 5,000 hadirin? Kalau itulah dijadikan ukuran, bagaimana pula dengan puluhan ribu rakyat Selangor yang hadir memberikan sokongan padu di setiap kali program Pakatan Rakyat di seluruh Selangor diadakan?

Terbaru Karnival Terima Kasih Rakyat di Kuala Selangor bersama Dato' Menteri Besar dihadiri lebih 50,000 rakyat! Rakan media boleh mengesahkan angkanya.

Jelas ungkapan beliau menunjukkan akan kegagalan beliau mengemudi jentera BN Selangor dan saya amat bersimpati, akibat beberapa kelemahan kepimpinannya, Setiausaha UMNO Selangor Dato' Ir Zin Mohamed pula yang diberi tugas dan tanggungjawab untuk menjadi koordinator BN Selangor.

Apakah Pengerusi Perhubungan Negeri UMNO Selangor, Dato Seri Najib Razak lebih percayakan prestasi kerja Dato' Ir Zin Mohamed yang jauh lebih baik berbanding Noh Omar yang dikenali lebih suka bercakap dari buat kerja?

Sayang sekali oleh kerana Dato' Zin 'lebih lajak dari laju' maka stesen Keretapi Tanah Melayu yang merupakan tempat awam pun dipenuhi bendera BN. Suhu prestasi BN yang cuba dinaikkan oleh Dato' Zin menurun akibat salah perkiraan!

Saya tidak mahu membuat telahan dalam masalah politik dalaman BN Selangor yang kian meruncing, cuma saya hanya ingin berpesan kepada Noh Omar bahawa angin perubahan yang melanda pada PRU 12 dahulu saya yakin telah bertiup lebih kencang menjelang PRU 13 ini.

Cuma angin perubahan itu bakal mengundang taufan tsunami kedua buat BN Selangor yang masih dilihat gagal dan terkial-kial mencari rentak untuk memenangi hati dan minda rakyat Selangor.

Pendedahan pengambilan tanah secara rakus dan salah guna kuasa semasa UMNO memerintah di Tg Karang, Puchong mahupun Kota Raja telah melenyapkan terus keyakinan rakyat pada BN Selangor.

Langkah sumbang BN memperalatkan 'samseng belia' bertopengkan NGO menyerang secara ganas bagi menakutkan rakyat seperti berlaku di Jalan Kebun, Pelabuhan Klang, Ampang dan yang terbaru di Dataran Merdeka adalah tektik lapok yang sudah ketinggalan zaman. Tektik itu sama seperti dilakukan Pemuda UMNO di zaman 'Gerak Gempur' dahulu.

Negara di masa hadapan di bentuk dengan penyertaan anak muda yang bijaksana, bukan ditentukan oleh anak muda higusan yang berlagak samseng di taja BN.

Suka untuk saya ingatkan pada Noh Omar, agar dapat menumpukan perhatian di kawasan beliau di Tanjong Karang kerana melihat gerak kerja Pakatan Rakyat Selangor di Tanjong Karang semalam, tidak mustahil kita akan ada Menteri dari Selangor yang terpaksa dilantik menjadi Senator terlebih dahulu - itupun jika Putrajaya bernasib baik tidak di badai tsunami dari Selangor.

Angin perubahan yang Noh Omar dan BN harapkan berlaku di Selangor, rupanya ribut taufan melenyapkan terus BN di Putrajaya.


SHUHAIMI HAJI SHAFIEI

KETUA PENERANGAN KEADILAN SELANGOR /
ADUN SRI MUDA

Puak mana robohkan Kuil Hindu di Perai ni?

Posted: 23 Apr 2012 09:29 AM PDT


Kalau Masjid dan Surau pun mereka sanggup merobohkannya... setakat Kuil Hindu ni apalah sangat...

KETUA Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tengah hari tadi mengulangi kecaman kepada Penang Port Sdn Bhd (PPSB) dan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) gara-gara kuil (gambar di atas) berusia hampir 40 tahun di Perai Bulk Cargo Terminal (BCT) dekat Kawasan Perindustrian Perai dirobohkan tanpa notis.

Hampir 50 penduduk Hindu tempatan turut menyuarakan protes ke atas pihak berwajib, termasuk kepada Pengerusi PPC yang juga Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek dan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya (Pengerusi PPSB merangkap Pengerusi Bahagian Umno Balik Pulau).

Mereka menuntut pihak berwajib supaya memohon maaf serta membina semula sebuah kuil di kawasan lain yang dirasakan wajar.

Namun, dua wakil PPSB yang ditemui di sini memberitahu pihaknya enggan berbuat demikian seperti yang dilaporkan akhbar The Star sebelum ini.

Kuil tersebut dirobohkan pada Jumaat lepas.


"Mereka memang enggan membina semula kuil di sini, malah mendakwa wartawan berkenaan tersalah lapor.

"Insiden ini menjadi  'amaran keras'  kepada penganut Hindu di negara ini bahawa mereka (Barisan Nasional) tidak akan menghormati kebebasan beragama sekiranya masih terus berkuasa (menjadi kerajaan pusat)," ujar Guan Eng kepada wartawan selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan wakil PPSB dan PPC.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, pihak berwajib seharusnya menghormati kebebasan beragama.

"Sekurang-kurangnya beri notis pemberitahuan kepada mereka (penganut Hindu setempat sebelum merobohkan kuil)," tegas beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Prof Dr P.Ramasamy turut menyuarakan kecaman kepada pihak berkenaan.

Jurucakap Badan Bertindak Tuntut Bina Semula Kuil berkenaan, M Goviin (kiri) dalam reaksi spontan kepada PenangInsight.com akan mengumpulkan tanda tangan (referandum) penganut Hindu berwajib bagi membuktikan kuil itu telah wujud sejak hampir 40 tahun lepas.

PenangInsight.com difahamkan, kuil itu didirikan sebelum pembangunan komersial dibangunkan di sini.

Perkembangan terbaru itu diduga memberi kesan berantai pada Barisan Nasional, khususnya Umno di negeri berkenaan.

Tiada ulasan: