Anak Sungai Derhaka |
- Setiausaha Politik Najib juga tidak yakin Najib kekal PM selepas PRU13 nanti..
- Bayar Artis RM1.4 Juta: Ini jawapan dari Shafie Afdal
- Aziz Bari sahkan akan bertanding dibawah Logo PKR!
- Ibrahim Ali kata Anwar Ibrahim pernah merayu kat dia.. boleh percaya ke?
- Maka dengan ini.. mengigit jarilah Najib..
Setiausaha Politik Najib juga tidak yakin Najib kekal PM selepas PRU13 nanti.. Posted: 23 Apr 2012 06:35 AM PDT "Kalau Datuk Najib masih ada di Putrajaya selepas PRU-13 ini bolehlah saya bawa pelajar-pelajar cemerlang UPSR sekolah ini ke sana. "Namun kerana negara kita mengamalkan demokrasi, kita tidak tahu lagi siapa akan duduk di Putrajaya selepas ini. Kalau gitu kita gi ke masjidlah kerana sapa-sapa tidak boleh larang," kata Setiausaha Politik (SUP) Perdana Menteri, Datuk Fatmi Che Salleh (gambar). Beliau mendedahkan rasa kebimbangan itu pada ucapan ketika merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru (PIBG) Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Ismail 3 dekat sini, hari ini. Pada program berkenaan Fatmi yang juga Ketua Umno Kota Bharu menyampaikan buku akaun Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM). Selain itu ada pelajar miskin yang menerima bantuan E-Kasih. Pelajar darjah satu pula menerima RM100 setiap seorang. Tahun lepas difahamkan seramai 21 pelajar yang mendapat 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sekolah terbabit ditaja tiket penerbangan ke Putrajaya oleh Fatmi. Bagaimanapun ramai ibu bapa yang hadir di mesyuarat PIBG berkenaan mengeluh panjang kerana bantuan KWAPM sebanyak RM200 belum lagi dimasukkan ke dalam akaun pelajar bagi tahun ini. Pada ucapan di majlis tersebut Fatmi sekali lagi mengulangi untuk membawa pelajar cemerlang sekolah itu ke Putrajaya sekiranya Najib masih menduduki kerusi Perdana Menteri. Ibu bapa yang hadir pada mesyuarat tersebut dikehendaki mengesahkan kehadiran bagi mengelakkan anak mereka diambil tindakan pihak sekolah. Kini mesyuarat PIBG diadakan di banyak sekolah sebagai pentas kempen Umno selepas ceramah yang dianjurkan mereka tidak mendapat sambutan. Malam Sabtu lalu Umno menganjurkan ceramah berkelompok di rumah seorang penduduk berhampiran Masjid Lundang yang dihadiri beberapa kerat penduduk terutamanya wanita. Turut kelihatan berucap pada majlis berkenaan pegawai Jabatan Penerangan Kelantan. Namun program tersebut tenggelam kerana tidak jauh dari situ PAS mengadakan ceramah perasmian Markas PAS UPU Lundang. Ceramah penerangan Umno terbabit berakhir jam 11 malam. Kemudian beberapa wanita di situ dilihat berjalan menuju ke tempat ceramah PAS pula. (Takiyudin dan Mumtaz melancarkan bendera tanda pelancaran jentera pilihan raya) Bilangan yang hadir pada ceramah PAS berpuluh kali ganda lebih ramai berbanding ceramah penerangan Umno yang diadakan di rumah bekas seorang guru. Sempena pelancaran markas terbabit Timbalan Yang Dipertua PAS Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan dan Naib Ketua Muslimat PAS Pusat, Senator Mumtaz Md Nawi menyerah bendera bulan purnama kepada 11 wakil UPU Dun Bunut Payong. Hadir sama pendakwah bebas, Ustaz Khairul Ikwan, Pengarah Pilihan Raya PAS Kota Bharu, Azahari Abdul Rahman, bekas Pengarah Jabatan Penerangan Sarawak, Hamid Omar dan Mejar (B) Hassan Mahmood. Harakahdaily |
Bayar Artis RM1.4 Juta: Ini jawapan dari Shafie Afdal Posted: 23 Apr 2012 03:23 AM PDT Setelah hampir lima hari berlalu Datuk Shafie Apdal Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah akhirnya memberikan jawapan tentang laporan Polis pemandu peribadi Zahida Rafik yang mendakwa beliau telah membayar artis tersebut RM1.4Juta. Sebelum ini Artis yang dikaitkan sebagai menerima wang dari beliau telah menafikannya di ( SINI ) Dari satu kenyataan yang disiarkan oleh Malaysiakini, Menteri dari UMNO itu telah menafikan segala tuduhan atau dakwaan yang terdapat dalam laporan Polis tersebut. Menurut kenyataan tersebut Shafie berkata " Dengan ini, saya ingin menyatakan bahawa semua yang tertera di dalam laporan Polis berkenaan adalah TIDAK BENAR sama sekali dan kenyataan-kenyataan iringan oleh individu yang menyebarluas salinan laporan Polis berkenaan adalah BERNIAT JAHAT dan BERUNSUR POLITIK semata-mata. "Sehubungan dengan itu, saya bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja yang terus-terusan memfitnah saya dan mengaitkan saya dengan perkara ini. Berikut adalah laporan dari MyNewshub KUALA LUMPUR – Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Afdal menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bekas pemandu, Noor Azman Azemi, yang mengaitkan beliau dengan pembayaran wang dalam jumlah yang besar kepada seorang artis wanita, Zahida Rafik. Menurut kenyataan bertulis yang kami terima sebentar tadi, Shafie menjelaskan bahawa segala yang tertulis di dalam laporan polis yang dibuat oleh Noor Azman adalah tidak benar sama sekali. Beliau yang juga Naib Presiden UMNO turut menyifatkan tindakan segelintir pihak yang menyebarkan laporan polis tersebut sebagai berniat jahat yang bermotifkan kepentingan politik pihak tertentu. Shafie turut menegaskan bahawa beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang berterusan memfitnah dan mengaitkan namanya dengan isu tersebut. Zahida sebelum ini membuat laporan polis terhadap Noor Azman yang dikatakan telah melarikan sejumlah RM200,000 wang syarikatnya setelah meminta pemandunya itu memasukkan wang tersebut di dalam akaun syarikat perniagaan milik keluarganya. Noor Azman yang "hilang" sebelum ini muncul dengan membuat laporan polis mendakwa bahawa seorang menteri kabinet menyerahkan wang sejumlah RM1.5 juta kepada seorang artis wanita yang dipercayai bekas majikannya, Zahida. Spekulasi itu terus meruncing apabila beberapa pemimpin parti politik pembangkang membuat sidang akhbar menyebarkan dakwaan tersebut dengan mengaitkan nama Shafie sebagai menteri terbabit yang memberikan wang beberapa kali kepada Zahida dalam jumlah yang besar. Berikut adalah kenyataan penuh Shafie yang diterima hari ini; "Saya mengikuti dengan rapat beberapa laporan di dalam media dan blog-blog tempatan yang telah mengaitkan nama saya dengan satu laporan polis oleh seorang yang bernama Noor Azman bin Azemi (No. K/P: 740214146237) No report AMPANG/007017/12 yang bertarikh 13 Mac 2012 yang mendakwa bekerja sebagai pemandu di bawah saya, dan mengaitkan saya dengan pembayaran wang yang sebegitu banyak kepada seorang artis bernama Zahida Binti Mohamed Rafik," katanya. "Dengan ini, saya ingin menyatakan bahawa semua yang tertera di dalam laporan polis berkenaan adalah TIDAK BENAR sama sekali dan kenyataan-kenyataan iringan oleh individu yang menyebarluaskan salinan laporan polis berkenaan adalah BERNIAT JAHAT dan BERUNSUR POLITIK semata-mata. "Sehubungan dengan itu, saya bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa saja yang terus-terusan memfitnah saya dan mengaitkan saya dengan perkara ini. Sekian, terima kasih. Dato' Seri Mohd Shafie Afdal – Putrajaya, 23 April 2012." - Mynewshub.my |
Aziz Bari sahkan akan bertanding dibawah Logo PKR! Posted: 23 Apr 2012 01:00 AM PDT Pakar Perlembagaan, Abdul Aziz Bari mengesahkan beliau akan bertanding di Kerusi Parlimen Sabak Bernam di bawah lambing PKR pada PRU13 ini. Pakar perlembagaan yang juga merupakan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berusia 54 tahun itu memberitahu sejak tiga bulan kebelakangan ini beliau sibuk menemui masyarakat di Sabak Bernam, bandar kelahirannya. "Banyak kali, sebelum ini, saya telah ditawarkan untuk bertanding oleh DAP, PAS, PKR, pada tahun 1999 dan pada tahun 2007 juga, tetapi saya tidak fikir saya sudah bersedia atau sesuai pada masa itu ," kata Abdul Aziz dalam satu temu bual baru-baru ini. "Tetapi sekarang saya rasa masa yang sesuai. Saya telah bersara dari pekerjaan yang selesa yang sukar untuk meninggalkannya, dan memandangkan saya telah ditawarkan untuk bertanding sebagai calon, saya hanya mahu menyumbang. Saya kini bersedia untuk berkhidmat. "Kini tiada sebab untuk saya tidak menyertai pertandingan, keadaan menyebabkan saya tidak boleh mengatakan tidak," katanya. Abdul Aziz berkata beliau tidak pasti mengapa dia telah dipilih tetapi mengandaikan bahawa mungkin beliau dianggap sebagai calon yang sesuai kerana kedudukan dalam masyarakat. Dalam PRU 11 pada tahun 2004, calon PKR Badrul Amin Bahron tewas kepada Mat Yasir Ikhsan dari UMNO dengan perbezaan 5,348 undi. Badrul Amin meraih 8,478 undi dari jumlah 30,862 orang pengundi, sementara Mat Yasir memenangi 13,826 undi. Bagaimanapun, undi majoriti dikurangkan sehingga 1,335 undi. Manakala dalam PRU 12 pada 8 Mac 2008, Abdul Rahman Bakri dari UMNO menang dengan 12,055 undi berbanding Badrul Amin yang mendapat 10,720 undi. Daripada jumlah 31,381 orang pengundi, 81.25% adalah Melayu, 13.61% adalah Cina, 5.12% adalah India dan 0.02% lain-lain. **************************************** Aziz Bari to contest under PKR banner PETALING JAYA: Former law professor Abdul Aziz Bari has confirmed that he will be contesting in the Sabak Bernam parliamentary seat in the 13th general election under the PKR banner. The 54-year-old constitutional expert and former International Islamic University (UIA) lecturer told FMT that he has been busy meeting constituents in Sabak Bernam, his hometown, for the past three months. "Many times, previously, I was offered to contest by DAP, PAS, PKR, in 1999 and in 2007 also, but I never thought I was ready or suitable then," said Abdul Aziz in an interview with FMT recently. "But now I feel the time is right. I have retired from a cosy job that was difficult to leave, and since I was immediately offered to stand as a candidate, I just want to contribute. I am now willing to serve. "There is now no reason for me not to join in the fray; the situation was such that I couldn't say no," he added. Abdul Aziz said he was unsure why he was chosen but surmised that perhaps he was regarded as a suitable candidate because of his standing in the community. However, he was quick to add: "Whether I am accepted or not, that's for the constituents to decide." Late last year, Abdul Aziz courted controversy when he commented on the Selangor Sultan's decree regarding the alleged proselytisation of Muslims by Christians. His comments landed him a suspension, as well as a show-cause letter, from his university and he was also hauled up by the police in an investigation. The university's suspension was later lifted following several protests in support for the academic but Abdul Aziz later chose to retire. Back in hometown In the past, the professor was also issued a show-cause letter by his university over a statement likening Malaysia to Zimbabwe; and another when he accepted an appointment by the Selangor Pakatan Rakyat government over the appointment of its new state secretary. Currently, the Malay-majority Sabak Bernam seat is held by Abdul Rahman Bakri, who was recently sentenced to six years' jail and fined RM400,000 after being found guilty of making false claims four years ago when he was the Sungai Tawar assemblyman. In 2008, Abdul Rahman beat PKR candidate Badrulamin Bahron by a majority of 1,335 votes. Earlier in 2004, Mat Yasir Ikhsan from Umno beat Badrulamin by 5,348 votes. Sabak Bernam consists of about 31,381 voters, according to the last count in 2008. The racial breakdown is about 80% Malays, 14% Chinese, 5% Indians and others. "I'm back in my hometown and I've been organising forums, meeting people, conducting ceramahs. I don't really give long talks. "What's important for me now is meeting people door to door… delivering gifts and goodies to the poor, single mothers and orphans, working with the state government to find anyone whose plight was overlooked," said Abdul Aziz, who admitted that politics was tiring, time-consuming and taxing. Abdul Aziz also admitted that the Sabak Bernam seat is, theoretically, a hard seat to win, but he expressed optimism. "On paper, it is [a seat] quite difficult to win. There are about 36,600 registered voters according to the latest statistics and there are more Malays now than previously," he said. Campaign support Abdul Aziz said that in the past, factors such as young voters who did not return, and the candidate being fielded, contributed to the losses. "We studied each and every voting area and we looked at the areas we lost badly and we put those on top of the list. "It came down to one thing: your presence was not felt. Now it's probably easier with the Selangor machinery at my back; there are certain things we can deliver better than in 2008," he said. Abdul Aziz said that the various Selangor government initiatives such as free water, funds for children and the old and Jom shopping programmes, would also help tremendously this time around. "So far, our visits and campaigning have been quite encouraging. I hope that the response would translate into votes. The party is very confident and I am encouraged," he said. "With the state government programme, and the current national mood, I think we are quite confident that this time around we can turn the table against them [BN]. "We can see now that the BN is pretty defensive and not sure if they can stand a good chance. "The NFCorp [National Feedlot Corporation] issue, the PTPTN [study loan] issue, the Anything But Umno movement – it is all working for us. "We are telling them [the voters]: look at what we've done at the state level, why don't you give us a chance at being government at the federal level?" he said. Abdul Aziz also said that it seems that BN is having difficulties choosing a candidate as he has seen no indication of a BN candidate there. "It is pretty hard for Umno to lure candidates from the civil service, outside its own party circle these days," he said. Poor media access However, Abdul Aziz said that a problem for him is access to media, which is a "major negative factor" for his campaign. "Many still have no access to Internet, which is a shame given that Selangor is the most developed state in the country. "This is a major negative factor for us because we have to deal with the propaganda, and outright lies perpetrated by those like Utusan Malaysia, TV3 and RTM," he said. Asked about his immediate plans for his constituency, Abdul Aziz said that although he supported Pakatan's Buku Jingga and that most of the items listed there are good enough, he was also working on a separate manifesto for Sabak Bernam. "Things like PTPTN are not there in the policy book. We will have a separate manifesto for Sabak Bernam as some problems are unique to this constituency; this [manifesto] is still a work-in-progress," he said. Free Malaysia Today |
Ibrahim Ali kata Anwar Ibrahim pernah merayu kat dia.. boleh percaya ke? Posted: 22 Apr 2012 09:45 PM PDT Pasti ramai yang menyedari bahawa sejak kebelakangan ini individu yang bernama Ibrahim Ali ini sangat lantang menyerang Anwar Ibrahim.. Selain dari mahu mencari publisiti murahan, beliau sebenarnya melepaskan kekecewaannya terhadap Anwar Ibrahim. Ini kerana setelah Anwar Ibrahim dibebaskan dari tuduhan liwat yang dikenakan terhadapnya, individu yang bernama Ibrahim Ali ini telah dilaporkan oleh beberapa orang sahabat yang rapat (kerana tugas) dengan DS Anwar Ibrahim sering berkunjung ke rumah DS Anwar Ibrahim pada waktu malam. Tujuannya hanya Anwar dan Ibrahim yang tahu.. Mungkin untuk mengulangi peristiwa setelah Anwar dibebaskan dari penjara dulu.. Semasa Anwar dibebaskan setelah 6 tahun dipenjara Ibrahim Ali adalah yang mula-mula berjumpa dengan Anwar kerana mahukan sokongan dari Anwar supaya PAS memberikan Kerusi Pasir Mas untuk ditandingi olehnya.. Dengan menggunakan cara yang sama dengan seperti apa yang dinyatakannya dalam fitnahnya terhadap Mahasiswa yang berkhemah di Dataran iaitu meminjam kereta kawan, beliau berkunjung ke rumah Anwar Ibrahim. Bukan sekali kunjungannya itu.. bukan juga disiang hari kunjungannya itu.. Mungkin ada perkara yang telah ditolak oleh Anwar Ibrahim maka kini menggilalah dia.. *************************************** Ibrahim: Anwar pernah rayu diberi peluang kedua... Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali mendakwa bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah merayu kepadanya agar berjumpa Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tidak memecatnya dan beri peluang kedua menjadi timbalan perdana menteri. Ibrahim mendakwa, pada tahun 1998, Anwar ada menelefon dan meminta datang ke rumah untuk berjumpa dengannya dan meminta beliau merayu kepada Mahathir agar diberi peluang kedua. Menurut Ibrahim lagi, bagaimanapun, Mahathir memecat Anwar kerana perilakunya serta demi negara dan agama. "Saya kenal Anwar dah lama. Dari tahun 1970-an lagi... Ada sekali tu, dia ada hubungi saya dan suruh ke rumah... Masa itu dia merayu supaya jumpa dengan Mahathir untuk bagi dia peluang kedua... jangan pecat dia... "Tapi saya tak nak bersekongkol... Saya tak nak hipokrit," katanya dalam ucapan perasmian pelancaran kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) di Kuala Lumpur malam tadi. Ibrahim berkata, TIBAI ibarat anak kandung PERKASA kerana penerajunya Muhammad Zahid Md Arip adalah ahli tertinggi PERKASA. Sebagai simbolik pelancaran, Ibrahim dan beberapa pimpinan TIBAI memegang rotan dan memukul gambar Anwar sebagai tanda 'tibai'. Menurut Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir MAS, dengan dakwaan berhubung kes liwat, maka Anwar bukanlah calon yang sesuai untuk menjadi perdana menteri. Malah, katanya, masih ramai lagi calon lain yang mampu menggantikan Datuk Seri Najib Razak bagi kerusi itu. "Kita tolak dia bukan sebab kita Umno. Tidak ada kena mengena. Tetapi demi negara dan umat Islam. "Kita mesti konsisten. Ramai lagi pemimpin yang bersih yang boleh gantikan Najib. Mahathir tolak sebab perilaku Anwar. Dia tak boleh jadi perdana menteri. Kita akan buat pendedahan satu demi satu masa jelajah nanti. "Akibat daripada tindak tanduk dia (Anwar), orang Melayu berpecah. Kerana dia, Melayu berpecah, DAP untung dan PAS hancur," katanya lagi. Malaysiakini |
Maka dengan ini.. mengigit jarilah Najib.. Posted: 22 Apr 2012 06:00 PM PDT Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor bakal mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 kali ini berasingan ekoran kelemahan sistem daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). "Walaupun telah banyak bukti yang dikemukakan namun SPR masih gagal bertindak sewajarnya sebaliknya memberikan alasan yang pelik dan tidak munasabah. "Kita mahu SPR melaksanakan tanggungjawab secara bebas dan jangan mengikut telunjuk (Barisan Nasional) BN atau mana-mana parti politik seperti lembu dicucuk hidung," tegasnya. Jelas Faekah, pihaknya amat kecewa apabila SPR tanpa berselindung menunjukkan sokongan kepada BN. "Jika ada pegawai tertinggi SPR mahu berpolitik, sila letak jawatan dan bertanding sebagai calon BN. "Kita mendesak SPR berhenti menjadi jurucakap BN. Jika SPR mahu dihormati seluruh masyarakat Malaysia, laksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan jujur kerana setiap perbuatan kita pasti akan mendapat balasan," tambahnya dalam satu kenyataan hari ini. Justeru, Faekah menjelaskan, hak mengadakan PRU bersesama atau berasingan adalah terletak sepenuhnya pada kerajaan negeri dan SPR tidak boleh menggunakan alasan belanja RM30 juta untuk menyekat hak tersebut. "Mereka harus sedar tindakan mengadakan pilihan raya berasingan adalah akibat dari kegagalan SPR membersihkan dan mengambil langkah berkesan sebagaimana unjuran Bersih 2.0. "Jika kita mahu berbicara soal wang rakyat, bagaimana pula dengan RM250 juta wang rakyat yang disalahguna NFC (Pusat Fidlot Nasional) dan RM589 juta hutang Tan Sri Tajuddin Ramli yang dilupuskan oleh kerajaan?" "Bagaimana pula dengan urusniaga penjualan Lebuh Raya MEX? Adakah geran kerajaan yakni duit rakyat yang diberikan kepada Maju Holdings berjumlah lebih RM900 juta telah dikembalikan?" "Bukankah ini semua melibatkan pembaziran wang rakyat?" soal pembantu Tan Sri Khalid Ibrahim ini. Tambahnya lagi, perjumpaan antara kerajaan Selangor dengan SPR baru-baru ini berlangsung secara profesional walaupun hakikatnya kerajaan PR Selangor tidak berpuas hati dengan cara SPR menyelesaikan isu pertambahan pengundi yang meragukan di selangor. "Ini perjumpaan rasmi yang pertama kali diadakan antara kerajaan Selangor dengan SPR selepas pilihan raya umum 2008 sekali gus membuktikan komitmen kerajaan Selangor untuk memastikan pilihan raya umum akan datang dijalankan secara adil, bersih dan bebas. "Ketika pertemuan itu, kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak menghuraikan secara terperinci kepada media massa intipati perbincangan bagi memelihara kerahsiaan dan menghormati permintaan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof," tambah Faekah. Malah jelas Faekah, SPR turut mengucapkan terima kasih kepada PR Selangor yang sanggup membantu SPR membersihkan senarai daftar pemilih menerusi program Selangorku Bersih lantaran kewujudan lebih 42,000 pemilih yang amat meragukan. "Dalam pertemuan lebih dua jam itu, isu pembaziran wang rakyat jika Selangor mengadakan pilihan raya berasingan langsung tidak dibangkitkan walaupun SPR telah maklum lebih awal dengan keputusan ini yang dipersetujui Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat," katanya lagi. The Malaysian Insider |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan