Isnin, 23 April 2012

Addin

Addin


Akhirnya Mamat Dalam Gambar Nih Kena Tangkap Dengan Polis

Posted: 23 Apr 2012 09:42 AM PDT

Samseng Jalan Kebun
Polis menahan tiga lagi individu yang didakwa menyerang 'perkhemahan' aktivis yang menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pendidikan percuma pada awal pagi Khamis lalu. Jumlah itu menjadikan kesemuanya empat orang ditahan polis setakat ini berhubung insiden serangan yang menyebabkan kecederaan ke atas siswa berkenaan. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh ketiga-tiga lelaki itu ditahan di Subang Jaya dan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan (Merusuh).

Dalam satu kenyataannya hari ini, Mohmad berkata pihak polis telah memperolehi perintah reman sehingga 25 April ini.

Katanya, dua daripada suspek berkenaan daripada Kampung Kebun, Kelang masing-masing merupakan seorang tukang kimpal berusia 30 tahun dan seorang penganggur berusia 28 tahun.

Seorang lagi suspek, daripada Kampung Pandan Klang merupakan seorang penganggur berusia 29 tahun.

Dalam kejadian awal pagi Khamis lalu, seorang siswa cedera apabila kumpulan yang berkhemah di Dataran Merdeka diserang sekumpulan lelaki yang didakwa 'samseng'.

Saksi berkata kumpulan itu mengepung pelajar di tapak khemah tersebut dan mula mengganggu kumpulan siswa berkenaan dalam kejadian bermula kira-kira jam 2.45 pagi.

Koordinator Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (Dema), Heng Kiah Chun memberitahu Malaysiakini bahawa kumpulan tersebut kemudiannya mengasari siswa berkenaan dan turut merobohkan khemah mereka.

Pelajar yang mengalami kecederaan itu dibawa ke hospital. Kumpulan berkenaan juga naik berang apabila pelajar berkenaan cuba merakam insiden itu menggunakan kamera dan telefon bimbit serta merosakkan sebahagian daripada alat rakaman tersebut. ~malaysiakini




Shafie Afdal Nafi Tuduhan Skandalnya Dan Dia Akan Saman

Posted: 23 Apr 2012 05:18 AM PDT

Berikut adalah kenyataan penuh Shafie yang diterima hari ini;

"Saya mengikuti dengan rapat beberapa laporan di dalam media dan blog-blog tempatan yang telah mengaitkan nama saya dengan satu laporan polis oleh seorang yang bernama Noor Azman bin Azemi (No. K/P: 740214146237) No report AMPANG/007017/12 yang bertarikh 13 Mac 2012 yang mendakwa bekerja sebagai pemandu di bawah saya, dan mengaitkan saya dengan pembayaran wang yang sebegitu banyak kepada seorang artis bernama Zahida Binti Mohamed Rafik," katanya.

"Dengan ini, saya ingin menyatakan bahawa semua yang tertera di dalam laporan polis berkenaan adalah TIDAK BENAR sama sekali dan kenyataan-kenyataan iringan oleh individu yang menyebarluaskan salinan laporan polis berkenaan adalah BERNIAT JAHAT dan BERUNSUR POLITIK semata-mata.

"Sehubungan dengan itu, saya bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa saja yang terus-terusan memfitnah saya dan mengaitkan saya dengan perkara ini.

Sekian, terima kasih.

Dato' Seri Mohd Shafie Afdal – Putrajaya, 23 April 2012."

Sumber


Najib Makin Tertekan, Setiausaha Politik Hilang Keyakinan Padanya

Posted: 23 Apr 2012 04:01 AM PDT

Kalau Datuk Najib masih ada di Putrajaya selepas PRU-13 ini bolehlah saya bawa pelajar-pelajar cemerlang UPSR sekolah ini ke sana. "Namun kerana negara kita mengamalkan demokrasi, kita tidak tahu lagi siapa akan duduk di Putrajaya selepas ini. Kalau gitu kita gi ke masjidlah kerana sapa-sapa tidak boleh larang," kata Setiausaha Politik (SUP) Perdana Menteri, Datuk Fatmi Che Salleh (gambar). Beliau mendedahkan rasa kebimbangan itu pada ucapan ketika merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru (PIBG) Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Ismail 3 dekat sini, hari ini.

Pada program berkenaan Fatmi yang juga Ketua Umno Kota Bharu menyampaikan buku akaun Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM).

Selain itu ada pelajar miskin yang menerima bantuan E-Kasih. Pelajar darjah satu pula menerima RM100 setiap seorang.

Tahun lepas difahamkan seramai 21 pelajar yang mendapat 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sekolah terbabit ditaja tiket penerbangan ke Putrajaya oleh Fatmi.

Bagaimanapun ramai ibu bapa yang hadir di mesyuarat PIBG berkenaan mengeluh panjang kerana bantuan KWAPM sebanyak RM200 belum lagi dimasukkan ke dalam akaun pelajar bagi tahun ini.

Pada ucapan di majlis tersebut Fatmi sekali lagi mengulangi untuk membawa pelajar cemerlang sekolah itu ke Putrajaya sekiranya Najib masih menduduki kerusi Perdana Menteri.

Ibu bapa yang hadir pada mesyuarat tersebut dikehendaki mengesahkan kehadiran bagi mengelakkan anak mereka diambil tindakan pihak sekolah.

Kini mesyuarat PIBG diadakan di banyak sekolah sebagai pentas kempen Umno selepas ceramah yang dianjurkan mereka tidak mendapat sambutan.

Malam Sabtu lalu Umno menganjurkan ceramah berkelompok di rumah seorang penduduk berhampiran Masjid Lundang yang dihadiri beberapa kerat penduduk terutamanya wanita.

Turut kelihatan berucap pada majlis berkenaan pegawai Jabatan Penerangan Kelantan.

Namun program tersebut tenggelam kerana tidak jauh dari situ PAS mengadakan ceramah perasmian Markas PAS UPU Lundang.

Ceramah penerangan Umno terbabit berakhir jam 11 malam. Kemudian beberapa wanita di situ dilihat berjalan menuju ke tempat ceramah PAS pula.

Bilangan yang hadir pada ceramah PAS berpuluh kali ganda lebih ramai berbanding ceramah penerangan Umno yang diadakan di rumah bekas seorang guru.

Sempena pelancaran markas terbabit Timbalan Yang Dipertua PAS Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan dan Naib Ketua Muslimat PAS Pusat, Senator Mumtaz Md Nawi menyerah bendera bulan purnama kepada 11 wakil UPU Dun Bunut Payong.

Hadir sama pendakwah bebas, Ustaz Khairul Ikwan, Pengarah Pilihan Raya PAS Kota Bharu, Azahari Abdul Rahman, bekas Pengarah Jabatan Penerangan Sarawak, Hamid Omar dan Mejar (B) Hassan Mahmoo. ~harakahdaily 


Gambar Nih Membuatkan Zambry Kadir Ketar Lutut..

Posted: 23 Apr 2012 01:18 AM PDT





 












15 bekas pemuda Umno sertai PAS di Manjung..

Tiada ulasan: