Anak Sungai Derhaka |
- Live!! Pra-BERSIH 3.0 dari Kelab Sultan Sulaiman
- Memang betul Najib yang bentangkan Akta PTPTN.. tengok Hansard Parlimen ni..
- Malaysia bakal jadi negara republik sekiranya PR memerintah, kata Perkasa
- MCA juga mahu jual negara seperti UMNO..
- SMM pertahan tindakan kalung bunga pada gambar Najib
- Ibrahim Ali dan kenyataan bodohnya...
Live!! Pra-BERSIH 3.0 dari Kelab Sultan Sulaiman Posted: 17 Apr 2012 08:05 AM PDT Liputan Langsung Pra-BERSIH 3.0 dari Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru |
Memang betul Najib yang bentangkan Akta PTPTN.. tengok Hansard Parlimen ni.. Posted: 17 Apr 2012 04:57 AM PDT Memang benar kata Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Najwab Halimi, Najib Menteri yang bertanggungjawab membentangkan Rang Undang-Undang PTPTN pada 1997. "Berdasarkan fakta, kenyataan Dr. Mahathir itu adalah tepat, namun demikian adalah mustahil bagi beliau untuk menafikan kenyataan bahawa ketika PTPTN ditubuhkan, beliau sendiri memegang jawatan Perdana Menteri dan Datuk Seri Najib (kini Perdana Menteri) pula merupakan Menteri Pendidikan yang bertanggungjawab membentangkan Rang Undang-Undang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 di Dewan Rakyat pada ketika itu. "Jika merujuk kepada handsard Parlimen Kesembilan, Penggal Ketiga, Mesyuarat Pertama bertarikh 13 Mei 1997, Rang Undang-Undang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 telah dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan ketiga oleh Datuk Seri Najib (ketika itu Menteri Pendidikan) pada jam 9.06 malam," katanya lagi – laporan penuh sila baca di ( SINI ). Berikut adalah handsard Parlimen yang dimaksudkan itu… |
Malaysia bakal jadi negara republik sekiranya PR memerintah, kata Perkasa Posted: 17 Apr 2012 03:47 AM PDT Malah, kumpulan pendesak Melayu ini juga beranggapan, pemimpin pembangkang itu telah menderhaka kepada Raja-Raja Melayu, dan hilang kesetiaan kepada negara. "Pada kejadian yang dikatakan wakil rakyat pembangkang menghina raja-raja Melayu di Istana Negara, Perkasa anggap mereka adalah penderhaka dan sudah hilang kesetiaan kepada negara," tegas timbalan presiden Perkasa, Datuk Abd Rahman Abu Bakar, ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi selepas pertubuhan itu memohon permit untuk mengadakan perhimpunan sempena pertabalan Yang Di-Pertuan Agong baru-baru ini. "Berdasarkan insiden itu, Perkasa merasakan kemungkinan mereka akan perlahan-lahan menukarkan Malaysia kepada negara Republik, negara tanpa Raja." Jelas Abd Rahman, Perkasa akan menentang habis-habisan pihak yang cuba menjadikan negara ini sebagai negara republik, dan akan tetap mempertahankan Raja-raja Melayu. "Perkasa akan terus mempertahankan Raja-raja Melayu. Itu adalah salah satu perjuangan yang tercatat dalam Perlembagaan Perkasa," tegasnya lagi. Tambah Abd Rahman, pihaknya juga menyokong segala usaha menentang gejala LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual, dan Trangender), termasuk akan mempertahankan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). "Peminjam harus membayar hutang. Malaysia bukan lagi negara maju yang mampu untuk menanggung segala perbelanjaan rakyatnya di menara gading secara percuma. "Cukuplah kerajaan beri biasiswa untuk pelajar cemerlang SPM ke universiti, dan mereka yang kurang cemerlang jika mahu ke universiti perlu menanggung sendiri ataupun membuat pinjaman. "Jika cemerlang di universiti, pinjaman itu baru akan di hapuskan menjadi biasiswa," tegasnya. Mengulas berkenaan "Perhimpunan Raja Berdaulat, Kasih Dijunjung" yang akan dianjurkan pertubuhan itu sempena meraikan pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke-14 pada 11 April lalu, Abd Rahman berkata, perhimpunan itu dijangka akan berlangsung di Padang Merbok berhampiran Bank Negara pada 29 April ini, sehari selepas Perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka. "Perhimpunan itu dijangka berlangsung pada 9.30 pagi sehari selepas Bersih 3.0. Sekiranya pihak polis tidak memberikan kebenaran di lokasi tersebut, Perkasa mungkin akan membuat permohonan di lokasi lain di tengah bandaraya ini seperti Dataran Merdeka atau mana-mana lokasi yang diluluskan oleh DBKL," katanya yang turut menjemput penyertaan pertubuhan Jalur Tiga (Jati) yang diketuai oleh Adun Gombak Setia Datuk Dr Hasan Ali. "Kami ingin merayakan perhimpunan besar-besaran melahirkan rasa syukur dan berdoa semoga pertabalan Agong akan terus berkekalan selamanya, kami turut menjemput Jati kerana matlamat perjuangan kami adalah serupa. "Perkasa tidak berpeluang berada di Balairong Seni Negara semasa hari pertabalan, dan sekiranya diberikan kebenaran, kami akan bersikap tertib dan tidak biadap seperti pemimpin pembangkang," tegasnya lagi. Jelasnya, perhimpunan itu akan diisi dengan sesi ceramah antaranya daripada Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan Datuk Zukifli Nordin serta beberapa tokoh lain. "Perkasa yakin perhimpunan ini akan mendapat sambutan daripada setiap rakyat pelbagai kaum di negara ini," tambahnya. The Malaysian Insider |
MCA juga mahu jual negara seperti UMNO.. Posted: 17 Apr 2012 01:07 AM PDT SHAH ALAM, 17 April: Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh mendakwa MCA juga terlibat memproses kad pengenalan kepada warga asing melalui program MCA Road Show & Free Medical Check-up semalam. Hannah dalam sidang medianya berkata, "kerajaan Barisan Nasional (BN) semakin terdesak untuk memenangi piliharaya akan datang dengan cubaan memberikan kad pengenalan kepada warga asing. "MCA cuba berselindung di sebalik program kemasyarakatan yang dijalankan dengan menawarkan kad pengenalan kepada warga asing yang datang berkunjung ke program itu. "Kebanyakan penduduk yang berada di sini merupakan warga Indonesia dan mereka diberi kad pengenalan dengan syarat mengundi BN dalam pilihanraya akan datang," dakwa beliau dalam sidang media itu. Terdahulu, MCA menganjurkan Road Show & Free Medical Check up yang berlangsung semalam di Jalan SS19/1, Off Jalan SS19/7A, Subang Jaya. Sementara itu, ADUN Kota Alam Shah, Manoharan Malayalam pula menegaskan pemberian kad pengenalan sewenang-wenangnya menunjukkan BN adalah pengkhianat kepada negara dan rakyat negara ini. "Kita kesal, pemberian kad pengenal sewenang-wenangnya kepada warga asing sedangkan masih ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak mempunyai kad pengenalan. "Ramai rakyat Malaysia terpaksa menunggu bertahun-tahun untuk mendapatkannya tetapi kerajaan UMNO-BN memberikan sesuka hati kepada warga asing," katanya. Hadir sama dalam sidang media itu, Saari Sungip ADUN Hulu Klang. Saari berpendapat, tindakan yang dilakukan oleh BN ini merupakan tindakan yang keji bagi mempastikan mereka akan menang di pilihanraya ke-13 nanti. Katanya lagi, tuntutan yang terkandung dalam Bersih 3.0 meminta Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) membersihkan senarai nama pemilih ternyata tidak membawa kesan kerana Umno-BN berterusan menjalankan taktik kotor ini. "Tindakan ini bukan pertama kali didedahkan tetapi sudah banyak kali terjadi namun pihak SPR masih berdiam diri dan tidak mengambil apa-apa langkah yang sewajarnya," jelasnya lagi. Sehubungan itu, adalah wajar bagi seluruh rakyat untuk turun pada Bersih 3.0 dan menunjukkan tanda protes terhadap ketelusan SPR untuk menjalankan pilihanraya yang bersih dan adil. Harakahdaily |
SMM pertahan tindakan kalung bunga pada gambar Najib Posted: 16 Apr 2012 05:56 PM PDT SHAH ALAM – Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mempertahankan tindakan mereka mengalungkan bunga malai pada potret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sewaktu mengadakan demonstrasi di ibu negara Sabtu lalu dan menafikan tindakan tersebut seolah-olah mengkafirkan sesama Islam. Presidennya, Mohamad Safwan Anang berkata, tindakan tersebut dilakukan sebagai simbolik protes semata-mata bagi menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Menurutnya, ia tidak membawa maksud atau kesan ke atas kepercayaan mana-mana agama. "Tindakan itu bukan melambangkan 'kematian' kedua-dua pemimpin berkenaan, sebaliknya apa yang disampaikan adalah mengenai hak mahasiswa yang 'mati' kerana pemimpin tidak memberikan komitmen terhadap tuntutan mahasiswa. "Jangan timbulkan sentimen agama dalam hal ini. Saya pelik kenapa batu nisan yang kami gunakan tidak pula dijadikan isu kerana ia juga melambangkan kematian bagi orang Islam," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pelbagai respons berhubung tindakan kumpulan mahasiswa yang terdiri daripada lebih 300 orang yang menyertai demonstrasi terbabit. Beberapa tokoh agama menyifatkan tindakan kumpulan mahasiswa itu bertentangan dengan tuntutan Islam. Setelah membuat kalungan bunga, kumpulan terbabit kemudiannya, berkhemah di Dataran Merdeka dan bertegas akan terus berada di kawasan tersebut sehingga pihak kerajaan memberi respons berhubung tuntutan memansuhkan pinjaman PTPTN. Bagaimanapun, pagi tadi pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkan khemah-khemah yang didirikan dicabut dan mengosongkan kawasan itu. Pada awalnya hanya dua khemah dibuka manakala satu lagi dibiarkan dan keadaan itu menyebabkan kekecohan sambil beberapa mahasiswa yang berdiri di tepi jalan mula melaungkan "Hapus PTPTN". Beberapa minit kemudian khemah yang ketiga dicabut. Namun, kira-kira tiga jam selepas arahan dibuat, kumpulan berkenaan menaikkan balik khemah di kawasan tersebut. |
Ibrahim Ali dan kenyataan bodohnya... Posted: 16 Apr 2012 09:35 AM PDT Faham betul-betul apa Ibrahim Ali, Ahli Parlimen Pasir Mas kata dalam laporan ni.. Ibrahim Ali cabar DAP cadang Singapura mansuh ISA 16 April 2012 KUALA LUMPUR - Beberapa ahli Parlimen hari ini mencabar kepimpinan DAP supaya mencadangkan kepada kerajaan Singapura memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri di negara berkenaan seperti Malaysia. Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) mahu Lim Guan Eng (DAP-Bagan) yang juga Setiausaha Agung DAP membuat kenyataan terbuka mendesak Singapura memansuhkan ISA yang masih berkuatkuasa di republik itu. "Semua orang tahu, (Ahli Parlimen) Bagan (Lim Guan Eng) pun tahu sehingga kini Singapura masih belum mansuhkan ISA. Oleh itu saya cabar DAP buat kenyataan terbuka desak Singapura memansuhkan ISA seperti mana Malaysia," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 di Dewan Rakyat hari ini. Ibrahim berkata, hakikatnya, ISA telah berjaya mengekalkan keamanan di negara itu. Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) juga tidak perlu meminta maaf kepada bekas tahanan ISA seperti yang didesak oleh Lim. Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) pula telah meminta Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) supaya menyatakan pendiriannya berhubung perkara yang sama. Katanya, negara memerlukan satu akta yang boleh menjaga keselamatan sebuah negara, keselamatan rakyat, orang awam dan sebagainya kerana negara yang tidak selamat, tidak akan boleh membangun atau maju. "Kalau negara ini tidak selamat, pelabur tidak akan datang, sebab itu saya berterima kasih kepada pemerintah yang ada kerana berjaya menyediakan satu ruang lingkup keselamatan dan jaminan kepada semua pihak termasuk kepada pembangkang yang mendakwa negara kita tidak selamat, polis tidak boleh dipercayai, dan sebagainya," katanya. – Bernama ************************************ Persoalannya disini ialah apa kena mengena pentadbiran Kerajaan Singapura dengan pentadbiran Kerajaan Malaysia Pak Brahim oiii? Tak pasal-pasal nak suruh Guan Eng masuk campur urusan Kerajaan Singapura.. M. Nasir kata... Ada teratak dihujung kampung, bawah cermin kopak ada kotak, tersembunyinya dalam ada tempurung, sembunyi bawahnya katak melalakkkk... Melalaklah sehingga PRU ni Pak Brahim.. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan