Ahad, 1 April 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Itu cerita April Fool, saya masih ahli UMNO - Shahrir Samad

Posted: 01 Apr 2012 07:40 AM PDT


SENAI - Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Seri Utama Shahrir Abdul Samad menafikan laporan blog hari ini kononnya beliau telah membuat pengumuman mahu keluar Umno  untuk menyertai Pas bersama lebih 2,000 ahli.


Menurutnya, punca dan sumber maklumat lama blog Perakite sekadar cerita "April Fool."

"Sebenarnya, jika diperiksa punca dan sumber maklumat berkenaan datangnya daripada cerita 'April Fool'. Saya tidak ada bercakap sedemikian. Bukan saya yang cakap.

"Saya tidak ada apa-apa komen mengenai hal ini. Siapa yang percaya dengan laporan berkenaan bermakna sudah kena temberang," kata beliau kepada Sinar Harian ketika dihubungi di sini, semalam.

Wakil rakyat berusia 63 tahun ini berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Perakite yang mendakwa beliau bersama 2,000 ahli Umno mengumumkan keluar parti itu untuk menyertai Pas, pada satu sidang akhbar.

Blog itu turut memuatkan satu gambar seolah-olah sidang media Shahrir, yang pertama kali bertanding dalam pilihan raya umum pada 1978. Adiknya, Khalid merupakan Ahli Parlimen Shah Alam dan Yang Dipertua Pas kawasan Shah Alam.

Seolah-olah Shahrir bercakap, blog itu memetik beliau berkata, 'tiada jalan lagi memperjuangkan agenda negara di dalam kerajaan sedia ada. Jangan lontar batu dari luar bagi membetulkan keadaan sudah tidak terpakai. Penyelesaian yang tepat ialah tukar dan bersama membina negara tercinta dengan idea dan kematangan."

Menurut laporan blog terbabit, berlaku kekacauan dipercayai dilakukan oleh ahli Umno yang ingin menggagalkan sidang akhbar berkenaan selain mendakwa empat individu termasuk seorang wartawan cedera dan dikejarkan ke hospital.

Shahrir juga didakwa mahu membuat 'roadshow' bermula di luar Johor sebelum memberi tumpuan di negeri itu secara habis-habisan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Selain itu, Perakite juga mendakwa Pakatan Rakyat (PR) akan bermesyuarat Jumaat ini untuk membincangkan keperluan meletakkan Ketua Umno Johor Bahru itu sebagai Menteri Besar tanpa mengira parti mana yang menang banyak sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya ditumbangkan pada PRU13.

Sementara itu, Pengerusi Biro Kebajkan Umno Johor Bahru, Faridah Mustafa berkata, laporan berkenaan satu gurauan keterlaluan daripada pihak tidak bertanggungjawab.

"Ia amat keterlaluan. Perkara seperti ini tidak boleh dibuat main-main. Ramai rakan dalam Umno yang menghubungi saya untuk mendapatkan pengesahan mengenai hal ini.

"Kami baru sahaja selesai bermesyuarat bersama semalam dan tidak timbul isu ini," katanya.

Tanah masjid Bayan Mutiara hilang kerana kebodohan pimimpin UMNO sendiri rupanya..

Posted: 01 Apr 2012 05:38 AM PDT

 

NGO Kongres Melayu Pulau Pinang hari ini mendakwa Umno merupakan pihak bertanggungjawab dalam memastikan bahawa tanah masjid di Bayan Mutiara tidak dijual kepada pemaju.


Presidennya Rahmad Isahak berkata, Umno yang menyertai pentadbiran Pulau Pinang sebelum ini sepatutnya telah memastikan bahawa tanah berkenaan dipecahkan kepada lot selepas pelan fasa 1 projek tersebut diluluskan majlis perbandaran pada 2006.

Katanya, Umno tidak bertindak untuk menggazetkan tanah berkenaan dalam tempoh satu tahun lima bulan, sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri itu pada 2008.

Rahmad mempersoalkan tindakan yang dilakukan Umno untuk memastikan bahawa tanah itu dipecah lot untuk dimilik Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), memandangkan pelan yang diluluskan itu kini telah tamat tempoh.

Mengikut undang-undang, pejabat tanah tidak dapat mengeluarkan geran milik tanah kepada MAIPP, atau untuk memindahkan milikan tanah itu sekiranya tidak dipecah kepada lot, katanya.

"Apa yang telah Umno lakukan daripada 2006 hingga 2008, sebelum negeri itu diambil alih Pakatan Rakyat.

"Di mana bukti undang-undang bahawa tanah itu telah digazetkan dan dipunyai MAIPP seperti didakwa Umno," kata bekas kakitangan mahkamah itu lagi.


Lagi Demo 'Manusia Buta Internet'...

Posted: 01 Apr 2012 01:00 AM PDT


KUANTAN - Seramai 100 ahli daripada enam badan bukan kerajaan (NGO) negeri ini berkumpul dan melakukan perhimpunan aman di Taman Kerang di Jalan Mahkota, di sini, semalam sebagai simbolik bantahan terhadap Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Perhimpunan itu mendesak pihak polis supaya segera menyiasat dan bertindak tegas ke atas Anwar Ibrahim yang didakwa menerima bantuan dana daripada Yahudi.

Enam NGO terbabit adalah Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) cawangan Kuantan, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pahang, Majlis Belia Kuantan, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pahang, Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Pahang dan Pertubuhan Kerabat Pusaka Merong Mahawangsa Malaysia (PKPMM) Wilayah Timur.

Perhimpunan bermula jam 11 pagi itu turut menyaksikan kain rentang dan kertas kadbod yang memaparkan 'Selamatkan Malaysia', ' Tolak Anwar ejen Yahudi', 'Siapa Anwar ejen Yahudi?', 'Kami tolak Anwar' dan 'No to Anwar'.

Setiausaha PBTM Kuantan, Rafaie Abdul Kadir berkata, pihak polis perlu menjalankan siasatan dan bertindak tegas terhadap Anwar jika dakwaan yang PKR menggunakan dana daripada Yahudi itu benar.

Menurutnya, perkara itu tidak perlu dibiarkan secara berterusan kerana akan menyebabkan rakyat terpedaya.

"Dalam perhimpunan ini juga kami mahu menyedarkan rakyat bahawa Anwar sanggup mempengaruhi negara asing khususnya Israel demi kepentingan politik beliau.

"Rakyat perlu menolak kepimpinan Anwar yang seolah-olah menggadaikan maruah bangsa dan agama demi kepentingan politik beliau," katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Pekida Kuantan, Ngah Ismail berkata, Ketua Pembangkang tidak harus bertindak sesuka hati sehingga menggadai keselamatan negara yang aman ini.

"Polis harus menyiasat perkara ini. Jangan biarkan terus urusan negara kita dicampuri oleh bangsa asing terutamanya Yahudi," katanya.

Sementara itu Ketua Penerangan Perkasa Negeri, Faiz Hashim meminta Anwar supaya menggunakan saluran betul jika mahu menjadi Perdana Menteri dan mengutuk tindakan penasihat PKR itu yang menjadi satu-satunya rakyat di Malaysia ini yang dilihat menyokong zionis tersebut.

Selepas mengadakan perhimpunan tersebut wakil NGO terbabit turut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan kira-kira pukul 12 tengah hari.

Awang Hitam merusuh di Kajang.. bawalah masuk ramai lagi..

Posted: 31 Mar 2012 10:36 PM PDT

KAJANG: Berlagak samseng seolah-olah berada di negara sendiri, kira-kira 100 'Awang Hitam' merusuh dengan memecahkan pondok keselamatan di Kondominium Venice Hill, Batu 9, di sini, tengah hari semalam, selepas marah seorang daripada rakan mereka mati dipercayai dibelasah anggota Rela.

BANTAH... sebahagian warga Afrika berkumpul kerana tidak berpuas hati berikutan kematian seorang rakan mereka.  
Warga Afrika yang menghuni kawasan kediaman berkenaan bukan saja memecahkan pondok pengawal, malah merosakkan pejabat pengurusan serta mencederakan empat pengawal keselamatan.

Lelaki Nigeria yang mati itu, dipercayai dibelasah anggota Rela selepas seorang tukang cuci wanita yang membersihkan satu daripada blok kondominium, mengadu diganggu dan dicabul lelaki berkenaan.

Difahamkan, kondominium berkenaan layak digelar 'Mini Afrika' berikutan hampir ratusan warga dari benua itu menyewa di premis terbabit.

Menurut tukang cuci warga tempatan berusia 40-an itu, lelaki Nigeria terbabit beberapa kali mengganggunya.

LAWAN... warga Afrika bertekak dengan anggota polis.
Semalam dia tidak dapat tahan lagi selepas lelaki berkenaan bertindak melampau dengan menunjukkan kemaluan.

"Sudah beberapa kali lelaki warga asing itu mengganggu saya ketika saya bekerja dan jam 11 pagi tadi (semalam), tiba-tiba saya dipeluk dari belakang.

"Saya cuba melepaskan diri dengan meronta dan menyiku lelaki berkenaan, sebaik dapat melepaskan diri daripada pelukan, saya memarahinya, tetapi terkejut apabila lelaki berkenaan membuka seluar serta menunjukkan kemaluannya.
"Saya lari dan mengadu kejadian itu kepada anggota Rela yang bertugas mengawal kawasan kondominium," katanya yang ditemui di lokasi kejadian semalam.

Katanya, anggota Rela terbabit kemudian mencari lelaki Nigeria berkenaan, namun dia tidak pasti berapa ramai anggota Rela pergi mencari lelaki itu.

"Tak sangka perkara macam ini yang terjadi pula, saya difahamkan warga Nigeria terbabit dibelasah hingga mati selepas berlaku pertengkaran dengan anggota Rela. Saya kini bimbangkan keselamatan diri serta takut rakan lelaki itu mencari saya pula," katanya.

Sehubungan kejadian itu, lebih 100 penghuni kulit hitam kemudian bertindak merusuh kerana marah dan bilangan mereka semakin ramai selepas polis tiba serta turut cuba menyerang polis yang ingin menyuraikan mereka.

Kira-kira jam 6 petang, selepas bilangan polis ditambah barulah kumpulan yang merusuh itu bersurai.

Difahamkan, warga Nigeria yang dipercayai dibelasah itu maut di tempat kejadian di kaki lima berhampiran lif Blok 3 kondominium terbabit dan anggota Rela yang terbabit dalam kejadian berkenaan turut ditahan polis.

myMetro

Projek Vale: Zambry sahut cabaran Nizar

Posted: 31 Mar 2012 09:27 PM PDT


LENGGONG - "Kerana beliau cabar saya, saya akan kemukakan bukti yang beliau ada membuat perbincangan dengan syarikat berkaitan mengenai persetujuan projek Vale di Teluk Rubiah," kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ketika mengulas kenyataan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mencabar beliau mengenai isu berkenaan.

Menurut Zambry, melalui pendedahan dokumen atau bukti diperkatakan akan menentukan sama ada beliau atau Nizar yang bercakap bohong.

"Terima kasih kepada Nizar kerana telah mencabar saya untuk menunjukkan dokumen itu dan sebelum saya mengeluarkan sebarang kenyataan, sudah tentulah di tangan saya sudah mempunyai bukti.

"Apabila dokumen sudah dikemukakan, barulah rakyat tahu bagaimana seorang pemimpin boleh berbohong dan tidak rasa berdosa dengan tindakan itu.

"Beliau sendiri telah mengesyorkan kepada saya supaya menunjukkan bukti dan saya sudah pun melakukan penyiasatan mengenai isu serta projek ini.

"Beliau mendakwa tidak bersetuju projek Vale diadakan di Teluk Rubiah ketika pemerintahan Pakatan pembangkang dahulu, tetapi saya akan kemukakan bukti yang beliau ada membuat perbincangan dan terlibat dengan proses pertukaran tanah," katanya pada sidang media ketika merasmikan Pesta Sukan dan Kebudayaan Parlimen Lenggong di sini, semalam.

Beliau berkata, dokumen berkenaan akan didedahkan apabila sudah tiba masanya yang akan dimaklumkan kemudian.

"Kita tidak mahu dokumen kerajaan dibuka sesuka hati saja kerana sebagai sebuah kerajaan, kita tidak bermain dengan politik murahan.

"Beliau cabar saya, saya akan tunjukkan dakwaan kononnya tidak pernah meluluskan projek Vale di Teluk Rubiah sedangkan beliau sebelum ini pernah menghantar surat sokongan kepada pihak tertentu," katanya.

Zambry turut difahamkan pihak pembangkang ada membuat demonstrasi bantahan di Vale mengenai isu berkenaan semalam, namun beliau berpendapat tindakan itu bertujuan mengaitkannya dengan Pilihan Raya Umum (PRU13) seperti isu Lynas.

"Saya difahamkan ada demonstrasi di Vale dan mereka ingin menjadikannya seperti isu Lynas yang kononnya didalangi oleh badan bukan kerajaan (NGO).

"Tetapi kita lihat siapa yang datang dan ia diketuai oleh Nizar sendiri serta dianggarkan dihadiri 150 orang yang pada asalnya menyasarkan 5,000 orang," katanya.

Jumaat lalu, Sinar Harian menyiarkan kenyataan Nizar yang mengakui ada perbincangan dibuat dengan syarikat Vale mengenai pelaksanaan projek mereka tetapi tempat yang dicadangkan adalah di Tanjung Hantu, bukan Teluk Rubiah.

Katanya, Teluk Rubiah bukan lokasi yang dicadangkan untuk membangunkan projek berkenaan kerana kawasan itu merupakan pengkalan TLDM dan pusat peranginan terindah di negeri ini.

Malahan katanya, bayaran premium yang dikenakan juga rendah dan tidak akan menyusahkan mana-mana pihak yang terbabit dalam projek berkenaan.

Nizar turut akui tidak gentar jika Zambry ingin mendedahkan sebarang dokumen membabitkan projek tersebut.

"Jika dia (Zambry) nak dedah, silakan, kerana apa yang saya buat sebelum ini terutamanya berhubung pemilihan tempat untuk melaksanakan projek itu dilakukan demi kepentingan rakyat.

"Sewaktu pemerintahan PR, kami memang tidak bersetuju projek tersebut dijalankan di Teluk Rubiah," katanya.


Sinar Harian

Demo 'Selamatkan Teluk Rubiah' (Gambar)

Posted: 31 Mar 2012 06:00 PM PDT


Ketika ditanya mengenai perhimpunan awam "Save Teluk Rubiah" yang dijadual pagi ini Sabtu 31 March 2012, Menteri Besar Perak Zambry berkata ianya jelas bertujuan untuk menimbulkan isu terhadap kerajaan BN memandangkan pilihan raya umum ke-13 yang akan berlangsung.


"Vale bukan Lynas. Ia adalah kilang penghasilan bijih besi dan tidak ada kena mengena dengan radioaktif. Projek Vale datang lebih awal," katanya.

Oleh itu kerajaan negeri sedang mempertimbang untuk diklasifikasi beberapa dokumen berhubung projek pelaburan bijih besi di Teluk Rubiah, Lumut, yang menurutnya, bagi membuktikan kepura-puraan pakatan pembangkang yang konon menjadi pejuang alam sekitar.

Katanya, kerajaan negeri tidak teragak-agak untuk diklasifikasi beberapa dokumen bagi membuktikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (kiri) sebenarnya bersetuju terhadap projek berkenaan semasa menjadi Menteri Besar selama 11 bulan pakatan pembangkang mentadbir negeri. – Malaysiakini


Kalau boleh janganlah di diklasifikasi hanya beberapa dokumen, diklasifikasikanlah semua dokumen biar rakyat Perak sendiri tahu siapa yang telah mengkhianati Melayu di Perak pula..

Tak tahu lah aku siapa yang menyampaikan maklumat kepada Zambry bahawa Vale ditentang kerana mengeluarkan radioaktif.

Sebab-sebab yang menyebabkan Vale perlu ditolak.. (bukan ditolak sepatutnya.. tapi diberikan kawasan yang lebih sesuai) sila baca di SINI.

Berikut adalah beberapa keping gambar dari demo 'Selamatkan Teluk Rubiah' itu..


Lagi gambar sila lihat di SINI, laporan berkenaan demo pula sila baca di SINI

Tiada ulasan: