ALHUSSEYN |
Hamidah Gunakan Majlis Baca Yasin Untuk Ganggu Ceramah Pakatan Rakyat Posted: 18 Apr 2012 07:03 AM PDT Tiba-tiba ada kawan menalipon saya beritahu saya yang 7 khemah didewan Sungai Rokam tu sudah dipunggah pergi. Saya mula panik, stat kereta lalu menuju ke 'tempat' untuk memantau keadaan.Kemana pula Hamidah ngangkut khemah yang tujuh itu? Dah tak mandang pun! Saya pun menunggu, kalau-kalau nanti pekerja yang mengemaskan khemah ini datang semula untuk mengankut kerusi yang masih ada tu.Saya memerhatikan dari depan markas saya sambil melihat kawan-kawan membuat persiapan untuk ceramah kami esok. Nasib saya baik, tidak lama kemudian yang ditunggu-tunggu pun tiba. Saya pun bergegas pergi mendapatkannya. "Kenapa khemah tu dibuka tiba-tiba saja Yop?" tanya saya kepada pekerja yang sedang sibuk mengangkat kerusi tu. "Entahlah", katanya." Midah suruh pasang ke Changkat Larang", sambungnya lagi. "Rugilah teman , ingatkan nak dapat makan percuma malam esok kat sini," balas teman. "Nun ada kat sana," dia memuncungkan melutnya ke arah rumah Ketua Wanita Umno Sngai Rokam, Puan Maimunah. "Itu ceramah PAS, mana ada jamuan makan percuma," teman nak mendapat kepastian darinya. "Tu, rumah Maimunah, Midah buat bacaan Yasin kat sana, ada makan-makan," terangnya. Kami di markas meneruskan perancangan kami.Diaorang nak baca Yasin malam tu bacalah.Majlis kita akan terus dijalankan sepertimana yang dah dirancangkan.Merka tidak pernah buat majlis baca Yasin seperti kali ini - Pasang khemah di rumah jiran sebelah.Bukan buat dalam rumah seperti mana lazimnya. Apa yang pasti, majlis baca Yasin itu adalah tajaan Hamidah untuh cuba menggunakannya sebagai alasan untuk dijadikan isu nanti.Tetapi, kita sudah ada cara bagaimana untuk menghadapinya.Percayalah, Hamidah tetap akan kantoi dengan izin Allah. persedian untuk ceramah malam esok Balik ke rumah setelah Maghrib, saya dikejutkan oleh orang rumah saya.Seronok bukan mainlah lagi.Pertama seronok pasal ceramah Midah sudah tak jadi. Seronok kedua kerana orang rumah dan anak-anak termasuk menantu tu, telah tolong saya dengan menyediakan makanan berikut : Ha! ha! ha! Epi bestday dari anak-anak....he! he! hari ini aku rasa semakin muda pula! Anak ku tolong suapkan kek untuk ku.... |
Zambry Bawa Pelari Batin-Batin Perak Keluar Negeri Posted: 17 Apr 2012 10:21 PM PDT Menteri Besar Haram Perak Zambry Abd Kadir telah menyampaikan tiket penerbangan kepada 118 orang Batin Orang Asli dari seluruh Negeri Perak untuk menyertai lawatan tiga hari ke Sabah mulai 15hb April lalu. Dalam satu majlis Perasmian Seminar Professionalisme dan Pelancaran Lawatan Batin-Batin Orang Asli Negeri Perak ke Sabah di Hotel Kinta River Front, Ipoh, petang Sabtu 14 April lalu.. Ini merupakan program lawatan kedua yang dianjurkan untuk Tok Batin di negeri Perak. Tahun lalu mereka telah berkunjung ke Sarawak. Tanpa ditanya oleh sesiapa pun, Zambry menyatakan program tersebut tidak ditaja oleh kerajaan negeri tetapi oleh wakil rakyat yang mempunyai pengundi masyarakat Orang Asli. Percayalah oh dunia, ini betol punya cakap! Auta bukan punya mari. Terdapat sebanyak 254 buah kampung masyarakat Orang Asli di seluruh Negeri Perak dengan jumlah penduduk seramai 54,515 orang. Zambry ikhlas, tidak ada kepentingan politik atau bertujuan untuk mempengaruhi orang asli supaya mengundi Umno/BN dalam PRU nanti. Dia buakan mahu melembukan mereka. Dia mahu memastikan mereka berjaya seperti kaum yang lain.Ha!ha! ha! ini bukan auta kari, ini auta punya mamak! |
You are subscribed to email updates from ALHUSSEYN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan