Khamis, 26 April 2012

Addin

Addin

Gambar Najib, Ali Rustam Buta Jawi

Posted: 26 Apr 2012 10:17 AM PDT

Terbalik lah mamat.. buat malu je. Ada empat orang, tak akan la langsung tak tau. Kononnya pejuang agama, bangsa dan negara.. tapi buta Jawi. Inilah akibatnya bila Umno hapuskan tulisan Jawi, pemimpinnya sendiri pun buta kayu..

Kadang-kadang teringat, filem Allahyarham P.Ramlee memang sarat dengan pengajarannya walaupun lawak habis. Penuh maksud tersirat dan sindiran..

Inilah generasi buta Jawi yang di maksudkan kot.. alif tendang wau.. sarkas..

Rupa-Rupanya Pengerusi Dan Timbalan SPR Adalah Ahli Berdaftar Umno

Posted: 25 Apr 2012 09:08 PM PDT

PETALING JAYA - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz dan timbalannya, Mohd Yusof dan Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar dicabar untuk menafikan mereka bukan ahli Umno bagi membuktikan benar-benar berkecuali. Pakatan Rakyat (PR) membangkitkan perkara ini ketika desas-desus menyebut Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan dalam waktu terdekat sementara membangkitkan ketelusan SPR dalam mengendalikan pilihan raya. Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pada dasarnya mana-mana ahli panel SPR sepatutnya tidak menganggotai parti politik supaya mereka kelihatan berkecuali dan dapat bertindak tanpa condong kepada mana-mana pihak.

Sehubungan itu kata Saifuddin, beliau mempunyai bukti kukuh mengenai keanggotaan mereka dalam Umno - parti teras Barisan Nasional (BN).

"Saya tahu Aziz ahli Umno, cawangan mana, nombor ahli Umno. Satu-satu SPR di dunia, ketua dan timbalannya secara rasmi menjadi ahli politik yang bertanding dalam pili­han raya.

"Mereka patut lepaslah (keahlian dalam Umno), jangan ada sekelumit prejudis dan prasangka bahawa SPR ini berpihak kepada mana-mana parti politik," katanya.

"Saya juga ada maklumat di mana cawangan mana Tan Sri Aziz dan timbalannya (Wan Ahmad) menjadi ahli (Umno)," kata beliau dalam satu temu bual eksklusif dengan Sinar Harian di pejabatnya, semalam.

"Saya minta, esok, mereka menafikan yang mereka bukan ahli Umno. Jika tidak, saya akan dedahkan di cawangan mana mereka menjadi ahli Umno," katanya lagi.

Saifuddin berkata, kedua-dua Abdul Aziz dan Wan Ahmad seharusnya telah meletakkan jawatan dalam parti sebaik sahaja dilantik ke jawatan penting agensi pengendali pilihan raya itu.

"Kalau ya pun, hati kecil biarlah dapat bersuara... dalam menguruskan SPR, pihak berkepentingan adalah rakyat," katanya.

Dalam hal ini, katanya, beliau menghormati pendirian Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang melepaskan jawatan dalam parti sebagai Ketua Umno Bahagian Kota Marudu , apabila dilantik ke jawatan itu.

Kata Saifuddin, Pandikar sendiri ada memaklumkan perkara itu kepadanya dan sewajarnya Abdul Aziz dan Wan Ahmad mengikut jejak langkah Speaker Dewan Rakyat.

"Itu (jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR) bukan jawatan politik, Agong yang lantik, mereka masih ahli Umno yang sah, saya minta mereka menafikan perkara tersebut," katanya.

Pandikar dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat empat tahun lalu.

Abdul Aziz menjadi Pengerusi SPR pada Januari 2009 manakala Wan Ahmad pula kira-kira setahun sebelum Pilihan Raya Umum 2008. ~sinar harian

Shafie Afdal Cuma Nafi Bayar Tapi Tak Nafi Hubungan Dengan Zahida Rafik

Posted: 25 Apr 2012 07:43 PM PDT

Setelah beberapa hari mendiamkan diri, akhirnya Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Shafie Afdal mengeluarkan kenyataan menafian segala tuduhan yang kononnya beliau membayar hampir RM1.5 juta kepada artis Zahida Rafik sebagaimana yang heboh diperkatakan sejak seminggu lalu.Shafie juga menyifatkan segala dakwaan yang dibuat oleh bekas pemandu peribadi Zahida, Nor Azman Azemi itu adalah berniat jahat dan berunsur politik semata-mata.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Presiden UMNO itu, ia lebih menjurus kepada penafian bahawa beliau pernah membayar sejumlah wang atau sebagaimana yang didakwa oleh Nor Azman dalam laporan polisnya sebanyak hampir RM1.5 juta tetapi Shafie sama-sekali tidak menyentuh tentang hubungannya dengan artis tersebut.

Selain isu dakwaan terhadap Shafie yang disifatkan terlalu pemurah dengan wang ringgit dan bagaimana wang sebanyak itu boleh diberikan dengan mudah, rakyat juga tentunya ingin tahu sejauh mana hubungan beliau dengan Zahida Rafik ini. Adakah mereka berdua sekadar kawan biasa atau hanya sekadar rakan sembang di waktu petang dan sesekali terlajak hingga ke malam?

Atau adakah Zahida merupakan salah seorang ahli perniagaan yang memperolehi kontrak perniagaan dengan Kementerian Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah? Atau mungkinkah Shafie dan Zahida mempunyai hubungan yang lebih daripada itu sebagaimana yang heboh diperkatakan di sana-sini sekarang.

Sebagai seorang menteri dan sesuai pula dengan dasar transformasi serta ketelusan yang ingin dibawa oleh Najib, semua perkara itu wajar diberitahu kepada rakyat. Tindakan Shafie sekadar membuat penafian tanpa disertakan dengan bukti-bukti sokongan dikira belum memadai lagi.

Sekiranya Shafie tidak menjelaskan secara telus dan terbuka tentang hubungannya dengan Zahida, ia dalam masa yang sama tentunya juga menyusahkan UMNO dan BN dalam menghadapi pilihanraya ini. Tanpa penjelasan yang betul, rakyat lebih cenderung untuk membuat tafsiran sendiri dan mempercayai khabar-khabar angin yang bertebaran di kedai-kedai kopi dan warung tepi jalan. Tambahan pula khabar angin mengenai hubungan mereka berdua begitu banyak kedengaran, termasuk ada yang mengatakan mereka sebenarnya sudah pun berkahwin sejak sekian lama dan berbagai lagi.

Jika sudah berkahwin, di mana mereka menikah? Adakah isteri pertama memberi izin atau tidak? Semua persoalan ini penting untuk dijelaskan kerana Shafie adalah seorang menteri dan pemimpin rakyat. Meskipun hukum Islam tidak memerlukan keizinan isteri pertama sebagai syarat untuk menambah isteri tetapi undang-undang syariah negara memerlukan demikian dan sebagai seorang menteri jika Shafie menikah tanpa kebenaran isteri pertamanya, bermakna beliau tidak menghormati undang-undang. Tentulah amat mengaibkan di mata rakyat jika seorang menteri sendiri tidak menghormati undang-undang negara.

Dari segi lain isu hubungan Shafie dengan Zahida ini jelas memperlihatkan seruan Najib agar pemimpin UMNO berubah untuk memenangi pilihanraya tidak mendapat respon yang sewajarnya daripada anggota kabinetnya sendiri. Seruan Perdana Menteri agar pemimpin berubah ibarat "masuk telinga kanan, keluar telinga kiri" saja. Di mata rakyat, imej ini begitu buruk dan sama-sekali tidak membantu UMNO dan BN.

Meletusnya isu ini ditambah pula dengan kedudukan Shafie sebagai Naib Presiden UMNO mungkin membuatkan Najib terpaksa menangguhkan lagi hasratnya untuk mengumumkan tarikh pembubaran Parlimen. Dengan isu-isu sedia ada yang bertimbun banyaknya dan terus menghimpit beliau, isu hubungan Shafie dengan Zahida ini hanya menambahkan lagi beban sedia ada yang dipikul Najib.

Meskipun Najib dalam ucapannya sering mengusik Shafie dengan gelaran "lanun Bajau" tetapi ia tidak bermakna Shafie boleh melakukan apa saja tanpa memikirkan kesannya kepada parti.

Dalam hal ini juga, berikutan Shafie adalah menantu kepada Datuk Shuib Lazim, salah seorang anggota Datuk T yang mendedahkan video seks yang mirip Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu, ada juga yang mengatakan meletusnya isu Shafie ini merupakan kifarah yang menimpa Najib dan UMNO kerana merestui perbuatan itu. Apa yang dibimbangkan, jika benar ianya merupakan kifarah atas kesalahan mendedahkan sesuatu yang tidak betul atau mengaibkan seseorang, mungkin lebih banyak lagi kifarah yang akan meletup selepas ini. Sekarang giliran Shuib Lazim, muungkin lepas ini giliran Rahim Tamby Chik atau Datuk Eskay pula.

Perbuatan mendedahkan aib orang lain akhirnya dibalas Tuhan dengan aib yang memalukan UMNO seluruhnya. Mungkinkah dengan pendedahan berterusan pelbagai puak sekarang ini yang ternyata amat ghairah dan kemaruk untuk menceritakan keburukan Anwar Ibrahim sehingga ke tahap yang melangkaui batas tata susila agama dan budaya, akhirnya nanti akan menyebabkan UMNO dan pemimpinnya terus-menerus menerima aib yang lebih besar lagi.

Jika balasan Tuhan benar-benar ditakuti, ada baiknya semua pihak kembali kepada langkah kesederhanaan dalam berpolitik.

Penulis pernah menjadi wartawan beberapa akhbar di tahun 80an dan 90an, pernah juga berkhidmat di MARA. Pada tahun 1996-2000 menjadi Setiausaha Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan, Pemuda Umno Malaysia dan 2004-2008 menjadi Naib Ketua Pemuda dan AJK Umno Bahagian Wangsa Maju. Telah menghasilkan dua buah buku politik bertajuk Najib PM Terakhir…dan Kesilapan-Kesilapan Najib.Beliau memiliki laman blog di shahbudindotcom.blogspot.com..

Tiada ulasan: