Ahad, 22 April 2012

Addin

Addin


Najib Gelabah Di Tanya Isu Scorpene, Segera Tamatkan Sidang Media

Posted: 22 Apr 2012 09:32 AM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak enggan mengulas apabila ditanya mengenai kes di mahkamah Perancis berhubung dakwaan bayaran kepada pegawai tinggi Malaysia berhubung pembelian kapal selam Scorpene. "Saya tak mahu komen... Saya tak perlu komen, terima kasih," katanya ketika ditanya hari ini dalam sidang media di Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang hari ini. Najib ditanya sama ada beliau akan memberi keterangan di mahkamah Perancis memandangkan namanya dikemukakan sebagai saksi oleh Suaram ke mahkamah itu.

Suaram mengemukakan namanya memandangkan beliau merupakan menteri pertahanan yang terlibat dalam perolehan kapal selam tersebut. Sidang media ringkas itu, tidak sampai selama sepuluh minit, juga segera ditamatkan. ~malaysiakini

Mahkamah Perancis Bakal Keluarkan Waran Tangkap Terhadap Najib Dan Zahid

Posted: 22 Apr 2012 06:00 AM PDT

Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi berkemungkinan besar akan ditangkap di Eropah, sama seperti bekas Presiden Chile Augusto Pinochet, sekiranya beliau enggan hadir dimahkamah Perancis berkaitan dengan pembelian kapalselam Scorpene. Menurut seorang peguam terkemuka, sekiranya mahkamah Perancis mempunyai bukti kukuh terhadap pegawai-pegawai Malaysia, tuduhan boleh dikenakan terhadap Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan.

Sama seperti kerajaan Sepanyol, yang merupakan ahli Kesatuan Eropah, yang meminta kerajaan Britain menangkap Pinochet, kerajaan Perancis boleh meminta ahli Kesatuan Eropah untuk menahan pegawai Malaysia sekiranya mereka memijak kaki dimana-mana negara di Eropah.

Pinochet, 82, telah ditangkap pada Oktober 1998 di hospital London Bridge dengan menggunakan waran, yang mendakwa beliau telah mengarahkan pembunuhan terhadap rakyat Sepanyol.

Ketika kematianya pada tahun 2006, Pinochet didakwa dengan 300 tuduhan jenayah.

Khamis lalu, Paris Tribunal Instance menerima senarai saksi-saksi yang dipohon oleh Suaram dalam kes dimana DCNS dikatakan membuat pembayaran komisyen kepada pegawai tinggi Malaysia dalam penjualan kapalselam Scorpene.

Diantara saksi-saksi yang disenaraikan oleh Suaram ialah Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Tun Razak.

Menurut seorang peguam lagi, Najib juga boleh ditangkap di Eropah sekiranya dia enggan hadir di mahkamah Perancis. ~paspb


Bongkar!! Lagi-Lagi Pembohongan SPR..

Posted: 22 Apr 2012 01:02 AM PDT

Wow!! OMG.. betul ke nih? Manusia tertua di dunia berada dalam rekod SPR iaitu M Mahli B Sulong. Manusia tertua nih  lahir pada 31 Dis 1880 kini menetap di Kampung Bahru, Ilir Nangka, Sibu, Sarawak. Sepatutnya Najib dan 1Malaysia berbangga kerana mempunyai M Mahli. Pihak SPR sepatutnya  mencatatkan rekod usia M Mahali yang mengatasi pemegang rekod manusia tertua di dunia yang baru berusia 114 tahun manakala M Mahli lelaki tertua berusia 131 tahun. Adakah pemilik nama seperti yang terpapar dalam halaman semakan daftar pemilih SPR di bawah nih tidak mempunyai surat beranak atau pun kad pengenalan? 

Sepatutnya Pengerusi SPR yang mendakwa rekod pemilih SPR terbersih di dunia berani tampil dengan fakta menarik nih.  Masyarakat akan menilai SPR sekadar bercakap bohong jika tidak tampil dengan fakta manusia tertua di dunia nih..


Addin :

Kita ke jalanraya sebelum pilihanraya..



Sebab Ini Umno Mempertahankan Mati - Matian PTPTN

Posted: 21 Apr 2012 11:58 PM PDT

Menurut Timbalan Menteri Pengajian Tinggi iaitu Datuk Saifuddin Abdullah yang mengatakan keputusan memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) jika dibuat boleh menjejaskan operasi 60 institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) bertaraf universiti dan kolej universiti di negara ini dan sekali gus meningkatkan jumlah pengangguran... Juga ketiadaan pinjaman PTPTN akan menyebabkan keluarga miskin menanggung beban kerana terpaksa berhutang dengan pihak lain atau anak mereka tidak dapat meneruskan pengajian.

Sambil beliau berkata "lebih menyukarkan jika pengusaha IPTS terpaksa menutup perniagaan mereka kerana pelajar tidak mampu membayar yuran pengajian yang tinggi... kesan tindakan itu menyebabkan sektor pendidikan negara kucar-kacir di samping meningkatkan kadar pengangguran kerana IPTS terpaksa ditutup... Kerajaan yakin untuk mencapai negara maju tindakan menghapuskan PTPTN bukanlah jalan terbaik... malah idea itu boleh membantutkan perkembangan ekonomi negara" katanya.

Tambah beliau lagi "Pada 1997 Kerajaan bersetuju menubuhkan PTPTN dan pembayaran kali pertama dikendalikan Menteri Kewangan ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim... Oleh itu kerajaan terkilan dengan tindakan ketua pembangkang yang berusaha untuk memansuhkannya disebabkan beliau tidak lagi dipilih sebagai pemimpin kerajaan... tindakan bermuka-muka sebegini boleh menyebabkan masyarakat jelak dengan politik kotor diamalkan beliau semata-mata untuk menarik perhatian orang ramai".

Kenyataan beliau ni tak secara langsung ia melihatkan Ceti PTPTN yang terpaksa dibuat oleh Mahasiswa adalah bagi menjayakan Perniagaan Tauke-Tauke Pelajaran.... betul ke apa yang dikatakan oleh Timbalan Menteri ni yang tindakkan menghapuskan Ceti PTPTN kalau diambil akan membuat sektor pendidikan Negara akan kucar kacir... mungkin betul pada Tauke-Tauke IPTS yang ujud selepas Ceti PTPTN ujud dan tidak pada sektor IPTA dan IPTS yang sedia ada iaitu sebelum Ceti PTPTN diujudkan... kerana IPTS yang ujud sebelum Ceti PTPTN ujud adalah IPTS yang akan ujud walaupun Ceti PTPTN tiada diujudkan.

Suruh beliau senaraikan 60 IPTS yang dikatakan akan ditutup... macam mana dengan begitu tepat beliau memberi jumlah yang akan terjejas... beri nama Pemilik IPTS mana yang akan terjejas bila Ceti PTPTN dihapuskan... bukan nak kata aku betul seratus peratus tapi 80 peratus sudah ada dalam tangan bahawa IPTS yang akan terjejas mempunyai kaitan dengan Pemimpin Umno atau setidak-tidak nya Tauke IPTS tersebut adalah penyokong ataupun penchacai Umno/Bn... dan dengan mengaitkan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim yang seolah-olah hanya seorang individu yang berkuasa meluluskan PTPTN jelas lagi satu Pembohongan dari Pemimpin Umno.

Namun itu bukan persoalan siapa tauke tersebut... persoalannya ialah kenapa mesti sektor pendidikan dijadikan lubuk mencari kekayaan dengan sistem ceti yang diujudkan... dan bukan nya dengki dengan kekayaan mereka tapi biarlah sektor pendidikan tidak dicemari oleh kapitalis dengan menggunakan ceti ptptn untuk ujud... kalau tiada ptptn batang hidung pun tak nampak, kah kah kah... umno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee.. ABU. ~mat indera

Addin :

IPTS kebanyakannnya adalah milik kroni Umno.. Tanpa PTPTN, IPTS bakal gulung tikar.. sifirnya mudah.


(Video) DBKL Serang Mahasiswa 8 Pagi Tadi, 2 Aktivis Di Tahan Di IPD Dang Wangi

Posted: 21 Apr 2012 09:00 PM PDT

Gambar terbaru selepas serangan DBKL

Ini berita yang baru di terima.. DBKL telah merampas barang-barang keperluan dan 64 khemah mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka dirampas. Manakala 2  aktivis di tangkap di bawa ke IPD Dang Wangi. Ikuti berita selanjutnya yang di dedahkan oleh tukanglawan..

GEMPAR !!!!! POLIS DAN DBKL Rampas Khemah, Tangkap 2 Aktivis (Update 9 pagi) 

Mereka sedang terdesak, seperti apa yang "tukanglawan" sebutkan dalam artikel yang lepas, Kerajaan sangat takut dengan kebangkitan mahasiswa, baru sebentar tadi DBKL melakukan serbuan pada pagi ini. Sebanyak 64 buah khemah telah dirampas oelh pihak DBKL, selain itu bekaln makanan dan kelengkapan mereka juga telah dirampas.

2 orang Aktivis iaitu Fahmi Reza dan Oma telah ditangkap dan dibawa ke balai polis Dang Wangi, dapat berita orang ramai kini sedang berkumpul di Dang wangi.







Update 9 pagi...

Serangan oleh DBKL dikatakan dilakukan pada jam 8 pagi tadi, sebanyak 64 khemah dan lain-lain kelengkapan dirampas, 2 aktivis telah ditangkap dan dibawa ke dang wangi....

Mereka perlu pertolongan anda supaya berhimpun di IPD Dang wangi secepat mungkin.

Mereka juga perlukan khemah, cat pelaka, mounting board/kain putih, coloured tapes, duck tapes, masking tapes, canopy




Update 10 pagi

#occupydataran akan mengadakan sidang media khas pada jam 1130 pagi nanti., dalam laman twitternya mereka menyeru lebih ramai lagi aktivis dan mahasiswa berkumpul di dataran merdeka.

Pegawai polis yang menangkap Fahmi reza memakai pakaian biasa dan tidak memperkenalkan diri mereka ketika menangkap dan membawa Fahmi reza ke balai, apakah itu normal?, sepatutnya pada pandangan "tukanglawan" pihak polis perlu memperkenalkan diri mereka sebelum "mengambil" sesiapa pun.

Keadaan di dataran merdeka sekarang dipenuhi ramai penyokong, mereka datang membawa bantuan dan bekalan makanan. ~tukanglawan



Gambar Ceramah Anwar Penuh Sesak Walaupun Terus Di Fitnah

Posted: 21 Apr 2012 06:46 PM PDT


Semalam di stadium tertutup UPM, NGO TIBAI telah menganjurkan himpunan membantah LGBT. Kononnya di anggarkan 1,000 orang yang hadir. Mereka terdiri budak-budak hingusan yang tak kenal erti asam garam politik.

Sebenarnya budak-budak nih di manipulasi oleh puak-puak pencacai untuk menghentam Anwar Ibrahim. Namun dalam keghairahan pencacai-pencacai Umno menghentam Anwar Ibrahim, makin ramai pula yang hadiri ceramah Anwar Ibrahim.

Mari kita sama-sama lihat gambar kat bawah ni.Di anggarkan 5,000 yang hadir dalam Pelancaran Jentera Pilihanraya Pakatan Rakyat Parlimen Permatang Pauh..


Kaum Tionghua pun ramai yang hadir








Lagi gambar di sini.

Tiada ulasan: