Jumaat, 13 April 2012

Addin

Addin


Gambar Fitnah Perkahwinan Tuan Guru Nik Aziz

Posted: 13 Apr 2012 05:00 PM PDT


Tengah -tengah blogwalking pagi-pagi buta nih Addin terserempak gambar nih salah satu blog sahabat. Ade gaya gambar TGNA masa muda ke? Sekali imbas, 10 kali imbas pun memang takde gaya TGNA. Macam mana blogger pencacai Umno nih boleh kata nih gambar TGNA masa muda.

Dikhabarkan blogger pencacai klaim gambar nih perkahwinan TGNA. Kalau ye pun agak-agaklah.. tak akan lah ni pun nak jadi modal fitnah. Kalau dah dinamakan pencacai tuh, apa-apa isu pun cuba di create untuk menjatuhkan pimpinan Pakatan Rakyat.



Gambar ~naimnikmat


Skandal Scorpene Di Siarkan Di Akhbar Hong Kong

Posted: 13 Apr 2012 09:58 AM PDT

Ketika kes pengambilan komisen pembelian kapal selam masih dalam siasatan mahkamah Perancis, pengamal media Hong Kong mendedahkan melalui laman internet bahawa 36 juta euro disyaki telah disalurkan kepada Najib dan rakannya melalui sebuah syarikat Hong Kong. Kini, media Hong Kong, Ming Pao mulai mengikuti perkembangan kes ini, malah mengesahkan bahawa Abdul Razak adalah salah seorang pengarah syarikat Hong Kong tersebut.

Ming Pao, sebuah akbar yang dimiliki Tiong Hiew King, tycoon Malaysia, telah melaporkan pada 7 April 2012, bahawa sebuah syarikat Hong Kong diheret dalam kes ini, di mana sebuah syarikat Perancis disyaki menyogok Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia sekarang, yang menyandang jawatan Menteri Pertahanan ketika kes ini berlaku.

Menurut laporannya, yang memetik sebuah agensi berita, bahawa syarikat DCNS telah menjual tiga kapal selam kepada Malaysia sebelum ini, dan 36 juta euro disyaki telah disalurkan kepada Najib dan rakannya, melalui sebuah syarikat Hong Kong.

Setelah siasatan dibuat, Ming Pao telah mengesahkan bahawa syarikat Hong Kong tersebut bernama Terasasi, dengan Abdul Razak Baginda dan Abdul Mulim Baginda sebagai pengarah syarikat. Kedua-dua orang ini beralamatkan Kuala Lumpur, tetapi alamat syarikat di Hong Kong ini merupakan syarikat setiausaha.

Laporan ini memetik tulisan John Berthelsen, Editor Eksekutif akhbar The Standard di Hong Kong yang tulisannya disiarkan di laman The Asia Sentinel.


Sebelum ini, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar mendesak agar Perdana Menteri Najib menafikan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya, dan menyaman John Berthesen serta Asia Sentinel sekiranya ia jelas merupakan satu fitnah semata-mata..

Diterjemahkan oleh merdeka review, artikel asal di sini.

Najib, Perdana Menteri Minda Kelas Ke 3.. Ini Buktinya

Posted: 13 Apr 2012 05:30 AM PDT

Perdana Menteri paling bacul.. ajak berdebat bermacam-macam helah diberikan. Kini budak - budak sekolah pulak di sebarkan doktrin melalui komik sampah Umno BN. Najib di gambarkan sebagai watak superhero barat iaitu Superman. Apa punya mentaliti seorang Perdana Menteri boleh berfikiran macam nih. Sungguh memalukan buat rakyat Malaysia apabila memiliki Perdana Menteri minda kelas ke 3. Memandangkan muda-mudi Malaysia makin menolak kepimpinan korup Umno BN, budak sekolah yang tidak layak mengundi kini menjadi alat kempen Umno BN.

Komik Puji Pentadbiran Najib Di Edarkan Di Sekolah


KUALA LUMPUR, 13 April — Komik yang memutransformasi ji kerajaan Barisan Nasional (BN) telah mula diedarkan di kalangan guru-guru sejak beberapa minggu kebelakangan ini, dikatakan diagihkan jabatan pendidikan negeri.

Komik berwarna setebal 50 muka surat itu menampilkan karikatur seperti pemimpin politik utama dari gabungan pemerintah yang digambarkan dari sudut terbaik.


Sebaliknya, pemimpin pembangkang digambarkan bersikap negatif dan jahat, seperti pada muka surat 31, yang menunjukkan seorang lelaki bercermin mata bersama dua lelaki separuh bogel yang dilihat dikaitkan dengan pesaing Najib, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
Penasihat PPKR itu dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, bagaimanapun dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi awal bulan ini setelah mengambil masa hampir tiga tahun untuk perbicaraan.

"Kementerian Pelajaran boleh mengadakan mesyuarat dengan kami bila-bila masa. Kali ini, kami diberi taklimat tentang pencapaian kerajaan sejak beberapa tahun lalu," kata seorang guru kepada The Malaysian Insider.

Guru itu yang meletakkan syarat agar namanya dirahsiakan berkata telah menghadiri satu taklimat bertajuk "Wacana Transformasi Minda" anjuran jabatan pendidikan negeri yang disertai pengetua sekolah dan guru penolong kanan.

"Kami telah diberitahu bahawa kerajaan merupakan kerajaan yang baik tetapi tiada arahan untuk mengundi sesiapa.

"Tetapi setiap daripada kami mendapat buku, yang menyokong diri sendiri," tambah guru itu.

Mandat pemerintahan BN akan berakhir suku pertama tahun depan dan spekulasi mengatakan pilihan raya umum akan diadakan awal, mungkin beberapa bulan akan datang.

Guru merupakan populasi terbesar bagi tenaga kerja awam, antara sasaran terpenting untuk menyokong BN.

Bukan semua sekolah menerima komik itu. Beberapa guru yang dihubungi The Malaysian Insider tidak mengetahu tentang perkara itu.

Kementerian Pelajaran masih belum memberikan sebarang respons tentang perkara itu.

Buku komik itu dikatakan diterbitkan Mj Publication Sdn Bhd, yang beralamat di No 12/9, Jalan Jati 2, Persiaran Barat, 68000 Ampang, Selangor.

Bagaimanapun carian dalam direktori perniagaan gagal mencari alamat itu. Pemeriksaan di Google Maps juga menunjukkan alamat itu tidak wujud, sekaligus menimbulkan keraguan penerbit itu.

Komik itu juga tidak memaparkan permit pencetak, yang merupakan satu syarat yang dikehendaki Kementerian Dalam Negeri.


The Malaysian Insider berjaya mendapatkan satu salinan komik itu yang menggambarkan karikatur Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang memegang bendera kebangsaan dn satu kumpulan yang mewakili pelbagai etnik Malaysia dengan perkataan, "Saya tidak akan memecahkan kepercayaan anda" di muka hadapan komik itu.

Pelbagai jenis gambar-gambar yang memuji kepimpinan dan dasar-dasar BN, seperti bagaimana pentadbiran Najib membantu menyediakan insentif-insentif kepada belia di bawah konsep 1Malaysia.

Pada halaman 38 juga menggambarkan Najib digambarkan seperti wira terkemuka dan terbang di atas orang ramai yang memanggilnya "Hi!Superman". ~ themalaysianinsider

Tiada ulasan: