WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
ABU ADALAH `ASAL BUKAN UMNO' BUKAN BERERTI `ASAL BUKAN MELAYU' Posted: 18 Mar 2012 11:40 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS TERDAPAT suara-suara yang amat tidak selesa apabila Kempen `ABU' (Asal Bukan Umno) kini telah merebak ke merata negeri. Jika suara-suara itu datangnya dari puak sebelah sana, itu tidak menghairankan kerana bagi mereka kempen ABU amat membahayakan periuk nasi mereka, tetapi malangnya suara-suara itu datangnya dari dalam yang mereka amat faham dan kenal apa itu UMNO. Kita jangan keliru dan dikelirukan dengan perjuangan ABU. ABU bermaksud `Asal Bukan Umno' dan jangan pula disalahgunakan dengan menyebut ABU itu adalah `Asal Bukan Melayu'. Jika tafsirannya disalahgunakan maka kita akan terperangkap dengan `fatwa' Umno itu Melayu dan Melayu itu Umno. Jauh samasekali.
Kita bukan menentang Melayu jauh sekali menentang Islam. Kita lawan Umno yang terlalu banyak menjadikan bangsa Melayu menderita. Tidak kiralah siapa yang mengilhamkan ABU, jika baik untuk digunakan untuk menguburkan Umno (ingat, Umno bukan Melayu) maka kita harus menyokongnya. Ada yang bertanya, jika ABU itu bermaksud `Asal Bukan Umno', adakah bererti kita boleh menyokong MCA, Gerakan, MIC dan beberapa lagi parti berbentuk perkauman yang lain di dalam Bn? Kita harus faham bahawa Umno adalah simbolik sahaja, ertinya apa sahaja parti yang bersekutu dengan Umno ertinya lawan kita. Umno juga adalah tunjang kepada Bn, tambah pula Umno lah yang punyai banyak rancangan dan dasar yang membuatkan rakyat semua kaum di negara ini hidup semakin terhimpit. Sebagai contoh, Islam mengharamkan `daging babi' untuk dimakan, adakah ianya bermaksud tulang dan kulit babi halal dimakan? Oleh yang demikian, wajar kita faham apakah simbolik kepada slogan ABU itu. Puak mereka juga sudah memulakan slogan `ABAI' (Asal Bukan Anwar Ibrahim), adakah ini bermakna puak mereka setuju dengan Karpal Singh atau Haji Hadi? Justeru itu, ABU mesti diperhebatkan. Tiada pemimpin di dalam ABU, rakyat yang insaf dan sedar kecurangan Umno selama lebih 50 tahun memerintah patut meraikan kempen ABU ini dan mereka adalah pemimpin kepada ABU./wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan