WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- KECOH
- FELDA GLOBAL VENTURE RUGI
- Lynas: Alam digadaikan untuk keuntungan yang tidak seberapa...
- Pelaburan Industri Selangor Tertinggi
- Halimah Ali: “Saya Merempat, Tumpang Pejabat Orang”
| Posted: 26 Mar 2012 09:06 AM PDT | ||
| Posted: 26 Mar 2012 08:19 AM PDT LA LUMPUR, 26 Mac: PAS hari ini mengemukakan bukti berhubung dakwaan bahawa pelaburan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) di luar negara mengalami kerugian. | ||
| Lynas: Alam digadaikan untuk keuntungan yang tidak seberapa... Posted: 26 Mar 2012 07:49 AM PDT Lynas dan pihak pembuat dasar bermain dengan angka sebermulanya, untuk mengaburi isu dengan kenyataan palsu yang seolah-olah benar bunyinya. Lynas dan kerajaan mendakwa bahawa kilang pemprosesan nadir bumi yang terbesar di dunia ini mampu mewujudkan peluang pekerjaan. Namun, angka menunjukkan bahawa jumlah peluang pekerjaan yang diwujudkan oleh sesebuah kilang yang menghasilkan buangan radioaktif adalah sama dengan peluang pekerjaan yang diwujudkan sesebuah hypermarket. Keadaan di China Mampukah Malaysia meniru China? Namun, apakah kerajaan Malaysia juga boleh meniru langkah China, mengenakan kuota terhadap nadir bumi untuk menarik pelabur asing? Jawapannya mustahil. Ini kerana nadir bumi yang dihasilkan di Kuantan adalah milikan peribadi syarikat Lynas. Kerajaan Malaysia tidak mempunyai hak milikan ke atas nadir bumi itu. Kerajaan Malaysia tidak boleh memaksa Lynas untuk menjual nadir buminya di dalam sempadan Malaysia. Rujukan 1.http://www.fas.org/sgp/crs/natsec/R41347.pdf Baca: Mustahil sisa buangan Lynas dipulangkan ke Australia *Tan Sek Choong memiliki Ijazah Sarjana Kejuruteraan Kimia. Dsedut, diiterjemah dan disunting dari teks asal, yang disiarkan di MerdekaReview, edisi bahasa Cina. | ||
| Pelaburan Industri Selangor Tertinggi Posted: 26 Mar 2012 07:47 AM PDT SHAH ALAM, 26 MAC: Tuduhan pembangkang BN bahawa jumlah pelaburan perindustrian Negeri Selangor jatuh setelah Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri pada 2008 disanggah Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Selangor, Teresa Kok hari ini. Beliau berkata demikian ketika menggulung Usul Menyembah Ucapan Terima Kasih Serta Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan DYMM Sultan Selangor hari ini. "Sebagai rumusan saya ingin memberitahu ahli-ahli yang berhormat di dewan yang mulia ini bahawa Negeri Selangor mencapai jumlah projek, peluang pekerjaan dan pelaburan perindustrian paling tinggi di seluruh Malaysia. "Tidak seperti apa yang dituduh ahli-ahli YB pembangkang bahawa pelaburan di Selangor telah pun jatuh selepas Pakatan menjadi kerajaan di Selangor," ujar beliau. Jumlah projek perkilangan yang diluluskan oleh Malaysia Investment Development Authority (MIDA) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di Selangor dari 2008 hingga 2011 sebanyak 1,168 projek dengan peluang pekerjaan sebanyak 100,348. Negeri Selangor turut berjaya merekodkan jumlah pelaburan tempatan yang bernilai RM15.61 juta dan pelaburan antarabangsa sebanyak RM22.39 juta dalam tempoh yang sama. Teresa turut memberitahu persidangan DUN bahawa Negeri Selangor telah menyumbang 15 peratus daripada jumlah keseluruhan modal pelaburan pada 2011. "Daripada jumlah keseluruhan modal pelaburan yang diluluskan di Malaysia iaitu sebanyak RM56,806 bilion, sebanyak RM8,741 bilion iaitu 15.3 peratus daripada jumlah modal yang diluluskan oleh MIDA dan MITI di Malaysia adalah di negeri Selangor. "Selangor mencatatkan jumlah pelaburan di tempat kedua tertinggi selepas Pulau Pinang yang mencatatkan jumlah pelaburan tertinggi sebanyak RM9.106 bilion daripada 109 projek perkilangan yang diluluskan," katanya lagi. | ||
| Halimah Ali: “Saya Merempat, Tumpang Pejabat Orang” Posted: 26 Mar 2012 07:45 AM PDT SHAH ALAM, 26 MAC: Tuduhan Adun Gombak Setia, Dato Dr Hassan Ali yang mendakwa Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali telah melakukan pengubahsuaian ke atas pejabatnya disangkal hari ini. Menurut Dr Halimah, pejabat yang diduduki pada masa ini merupakan pejabat yang ditumpanginya semenjak beliau dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri. "Pejabat sendiri pun tak ada. Saya cuma merempat, tumpang pejabat orang sahaja di sebelah Pejabat Kewangan," kata beliau ketika ditemui di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini. Halimah turut mempelawa wartawan melawat pejabatnya sebagai membuktikan bahawa dakwaan Hassan Ali adalah satu tuduhan liar semata-mata. "Ini mesti tak pernah datang pejabat saya, esok boleh datang supaya boleh tengok sediri pejabat saya. "Memang tiada ubahsuai apa pun di pejabat itu. Saya jemput semua datang ke pejabat saya dan jangan lupa bawa kamera sekali," katanya lagi. Sementara itu Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Perihatin, Dr Xavier Jayakumar turut menyangkal tuduhan Hassan yang mendakwa beliau menggunakan peruntukan yang tinggi untuk melakukan pengubahsuaian pejabat. "Saya memang ada buat ubahsuai pejabat, tetapi cuma tukar karpet dan tambah 'partion', itu sahaja. "Anda fikir dengan pengubahsuaian yang saya sebut tadi tu boleh cecah RM300,000 tak? "Tentulah kos ubah suai yang saya sebut tadi jauh lebih rendah dari RM300,000. "Esok saya akan berikan detail kos pengubahsuaian pejabat saya, cuma sekarang saya boleh jamin kos ubah suai pejabat saya cuma memakan kos yang rendah sahaja," ujar beliau. Adun Bulit Antarabangsa, Azmin Ali minggu lalu mendedahkan bekas pesuruhjaya PAS itu ketika menjadi Exco telah membelanjakan peruntukan sebanyak RM300,000 untuk mengubahsuai pejabatnya ketika mula menjadi exco. |
| You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Menurut maklumat yang diberikan Lynas, bilangan pekerja yang diupah kilang nadir bumi di Kuantan adalah antara 350 hingga 400 orang (angka tepat adalah 236 orang sehingga Disember 2011)(2). Apakah angka ini cukup besar? Cuba bandingkan dengan hypermarket seperti TESCO. TESCO mempunyai rangkaian sebanyak 40 unit di Malaysia, dengan jumlah 15,000 orang pekerja, atau purata 375 orang per unit (3).
Pada tahun 2008, sekali lagi kerajaan China meningkatkan export tariff kepada 15-25% mengikut jenis nadir bumi. Langkah ini telah menyebabkan kekurangan nadir bumi di luar sempadan China, menjurus kepada lonjakan harga yang mendadak. Pada tahun 2010, hasil nadir bumi China mencakupi 97% (130 ribu ton) dari hasil dunia, dan kuota eksportnya hanya 30 ribu ton (1). Dengan kata lain, kira-kira 75% nadir bumi di dunia yang berharga rendah hanya boleh didapati di dalam sempadan China (melainkan penyeludupan haram).
Menurut laporan pelabur Lynas pada Mei 2011 (4), Lynas telah menandatangani lapan kontrak bekalan nadir bumi dengan Eropah, Amerika Syarikat dan Jepun untuk jangka panjang (10 tahun). Lihat sahaja kontrak "strategic alliance"-nya bersama Sojitz, pengedar nadir bumi terbesar Jepun telah menyatakan, lebih 38% nadir bumi (sekurang-kurangnya 8,500 ton setiap tahun) akan dieksport secara terus ke Jepun. Ditambah lagi kontrak lain yang selebihnya, Malaysia hanyalah sebagai "distribution hub" untuk Lynas.
Selain itu, laman sosial Facebool Lynas (5) menyatakan bahawa satu kontrak bernilai RM1.2 bilion akan diperuntukkan untuk Malaysia, apabila mereka membina kilangnya di Kuantan. Projek bernilai RM513 juta diberikan kepada kontraktor di Kuantan.
Pada Ogos 2007, Lynas bersetuju untuk menerima tawaran kerajaan Malaysia agar projek ini dipindah dari Terengganu ke kawasan industri Gebeng, Kuantan. Sebagai pampasan lantaran penangguhan yang disebabkan perpindahan tersebut, Menteri Kewangan Malaysia telah meluluskan package insentif yang baru. Pengecualian cukai korporat dilanjutkan dari 10 tahun kepada 12 tahun. Stamp duty untuk pembelian tanah di Gebeng turut dikecualikan. Malah, Lynas memperolehi dana yang tidak melebihi RM1.2 juta untuk tiga tahun, sebagai tabung latihan pekerja Malaysia (8).

Tiada ulasan:
Catat Ulasan