Isnin, 26 Mac 2012

GoMalaysian

GoMalaysian


Penjawat Awam perlu bersedia untuk perubahan kerajaan - IDEAS

Posted: 26 Mar 2012 01:09 AM PDT

Semakin hampir pilihanraya semakin banyak isu dan 'idea' yang timbul dan ini menun jukkan yang PRU kali ini merupakan PRU yang sangat penting bagi kedua-dua belah pihak PR dan BN. Jika ada perubahan, maka pegawai dan kakitangan awam perlu bersedia untuk menerima perubahan dan pertukaran kerajaan yang bukan satu perkara yang mustahil malah ia merupakan satu perkara yang amat diharapkan oleh banyak pihak untuk berlaku.

Wan Saiful Wan Jan, Ketua Eksekutif IDEAS (Institute for Democracy and Economic Affairs) telah membuat kenyataan supaya Penjawat Awam boleh menerima perubahan kerajaan dan membantu proses melaksanakan perubahan itu dengan lancar dan licin. Kita boleh mengikut contoh-contoh yang baik yang berlaku didalam kerajaan negara-negara maju seperti di Britian, yang merupakan demokrasi yang tertua dalam dunia ini.

Di Britain satu perubahan berlaku tahun lepas setelah kerajaan Labour Party telah gagal untuk mempertahankan kerajaan yang dikuasainya dan telah membantu proses peralihan kuasa dari Gordon Brown dari Labour Party kepada David Cameroon yang telah menjadi Perdana Menteri apabila mewujudkan kerajaan campuran dengan parti Liberal Demokrat.

Proses perubahan pimpinan itu terlaksana dalam tempoh 6 jam sahaja sejurus Gordon Brown keluar dari Istana Buckingham setelah mengadap Ratu Elizabeth. Peralihan itu tidak ada perkara tarik menarik yang kuat diantara parti-parti kerana yang kalah menerimanya sebagai perkara biasa dalam sebuah demokrasi ulung didunia ini.

Pihak yang memerintah boleh diturunkan dan duduk dipihak pembangkang dengan hati yang terbuka dan kembali berkuasa apabila rakyat kembali memberikan mandat pada pilihanraya yang seterusnya. PM Gordon Brown sebelum mengadakan pilihanraya umum Britain, tidak ada membuat ucapan yang beliau akan berhempas pulas dengan apa cara sekali pun untuk mempertahankan 10 Downing Street.

Ahli ahli legislatif di England tahu dan menerima hakikat bahawa negara rakyat yang punya, bukannya pemimpin yang diberikan kuasa itu yang punya. Mungkin oleh kerana kesedaran itulah yang IDEAS telah bersedia untuk memberikan pandangan dan nasihat kepada rakyat negara ini untuk belajar menerima hakikat bahawa kuasa itu tidak kekal. Kuasa itu hanya kekal ditangan rakyat kerana rakyat lah yang bertanggungjawab untuk memberikan kuasa kepada pihak mana yang mereka yakini.

Baca selebihnya di:

Tiada ulasan: