Ahad, 18 Mac 2012

Tukar Tiub

Tukar Tiub


LEBAI CHIA AKAN TANDING DI BATU PAHAT

Posted: 18 Mar 2012 11:03 AM PDT





HANYA SEORANG LEBAI







KEADILAN MENGALU-ALUKAN DATO' SERI CHUA SOI LEK BERTANDING DI BATU PAHAT


Saya merujuk laporan-laporan media baru yang menyebut ura-ura UMNO memberi laluan kepada MCA yang akan menurunkan Dato' Seri Chua Soi Lek untuk bertanding di Parlimen Batu Pahat.

Saya menyambut baik perkembangan ini kerana KEADILAN Batu Pahat bersedia pada bila-bila masa untuk berdepan dengan mana-mana parti Barisan Nasional. Jika ini berlaku, ia mengesahkan keresahan pimpinan UMNO di Johor yang tidak yakin dapat memenangi hati pengundi pelbagai kaum di Batu Pahat. Walaupun ini tidaklah mengejutkan, tetapi ia melunturkan lagi kedudukan UMNO sebagai parti utama yang boleh menjadi tunjang kepada sebuah kerajaan persekutuan kerana ia ditolak oleh sebahagian besar pengundi bukan Melayu di Batu Pahat khususnya dan Malaysia secara amnya.

Tindakan MCA menurunkan Dato' Seri Chua Soi Lek di Batu Pahat akan menguatkan lagi peluang KEADILAN dan Pakatan Rakyat merampas kerusi ini. Selain dari peristiwa mengaibkan melibatkan Dato' Seri Chua Soi Lek yang berlaku di Batu Pahat sendiri, sebahagian besar dari pengundi Cina di Batu Pahat terdiri dari pengundi muda yang tidak terpengaruh dengan rekod wakil rakyat Dato' Seri Chua Soi Lek di masa lalu.

Mereka juga mengambil pendirian yang konsisten mengenai perlunya ada reformasi yang menyeluruh di dalam negara.

Keputusan persaingan dalam Pilihanraya Umum Ke-13 di Batu Pahat kelak akan ditentukan oleh pengundi muda berbilang bangsa. Jentera KEADILAN Batu Pahat yang sebahagian besarnya terdiri dari anak-anak muda di bawah 30 tahun menguatkan lagi semangat dan keyakinan KEADILAN bahawa peluang Pakatan Rakyat di Batu Pahat adalah baik; tidak kiralah calon atau parti Barisan Nasional mana yang bertanding.

SYED HAMID SYED ALI
Ketua Cabang KEADILAN Batu Pahat
Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN
18 Mac 2012
Batu Pahat





GEROMBOLAN REMBAT LAGI

Posted: 18 Mar 2012 10:56 AM PDT



SAHEH TIPU



PENJUALAN LEBUHRAYA KL-PUTRAJAYA (MAJU EXPRESSWAY):
GERAN KERAJAAN BERNILAI RM976.7 JUTA PERLU DIPULANGKAN KEPADA RAKYAT



Saya mengikuti dengan rapat penjualan konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya oleh Maju Holdings Sdn Bhd kepada EP Manufacturing Berhad dalam urusniaga yang dilaporkan bernilai RM1.7 bilion.

Ini menimbulkan keraguan serta merta memandangkan pembinaan lebuhraya tersebut menggunakan dana awam yang besar melalui geran kerajaan bernilai RM976.7 juta. Kos keseluruhan lebuhraya tersebut dianggarkan bernilai RM1.32 bilion dan sebahagian besarnya dibiayai oleh rakyat melalui geran RM976.7 juta yang diberikan kerajaan kepada Maju Holdings Sdn Bhd. Selain geran tersebut, saya menganggarkan suntikan dana yang dibuat oleh Maju Holdings Sdn Bhd hanyalah sekitar RM60 juta (iaitu 4.5% dari kos keseluruhan) kerana ia turut meminjam RM370 juta dari institusi kewangan.

Oleh yang demikian, penjualan berjumlah RM1.7 bilion ini akan memberi durian runtuh kepada Maju Holdings Sdn Bhd sekiranya geran oleh kerajaan berjumlah RM976.6 juta tidak dikembalikan. Jika ini berlaku, selepas membayar hutang institusi kewangan berjumlah RM370 juta, bermakna Maju Holdings Sdn Bhd bakal membuat keuntungan berjumlah sekitar RM1.33 bilion sedangkan modal pelaburannya dianggarkan RM60 juta sahaja.

Saya mendesak Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan mengesahkan sama ada Maju Holdings Sdn Bhd akan mengembalikan dana rakyat sejumlah RM976.7 juta itu, kerana jika tidak ia menimbulkan lebih banyak persoalan yang akan terus menaikkan kemarahan rakyat.

Jika keuntungan RM1.33 bilion itu disimpan oleh Maju Holdings Sdn Bhd, apakah perjanjian di antara Perdana Menteri dengan pemilik Maju Holdings Sdn Bhd yang diketahui umum penyokong kuat UMNO? Adakah wujud persefahaman agar keuntungan atas angin yang merampas dana rakyat itu akan disalurkan kembali kepada UMNO sebagai dana pilihanraya?

Sejak akhir-akhir ini, keghairahan Perdana Menteri meluluskan urusniaga melibatkan kroni UMNO/Barisan Nasional bernilai berbilion ringgit menguatkan syak wasangka rakyat bahawa harga yang tinggi yang dikenakan kroni merugikan rakyat. Tambahan pula, urusniaga dalam serba kerahsiaan dan tiadanya ketelusan boleh menguatkan lagi wasangka rakyat itu.

Penjualan konsesi lebuhraya ini adalah urusniaga yang kedua dalam masa sebulan yang membelakangkan kepentingan rakyat, selepas pembelian aset dan perniagaan Ananda Krishnan oleh dana 1MDB yang dikawal sepenuhnya Perdana Menteri berjumlah RM8 bilion, walaupun 1MDB tidak pernah ada sebarang pengalaman di dalam industri penjanaan tenaga.

Jumlah dana rakyat yang terlibat sebanyak RM976.6 juta itu adalah empat kali ganda lebih tinggi dari dana yang membabitkan NFC. Perdana Menteri mungkin berfikiran beliau boleh mendiamkan diri mengenai NFC, tetapi sudah tentu jumlah dana rakyat sebesar RM976.6 juta ini memerlukan jawapan dari beliau memandangkan urusniaga tersebut tidak boleh berlaku tanpa kelulusan beliau sendiri sebagai Menteri Kewangan.

MOHD RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi KEADILAN
18 Mac 2012 (dikeluarkan di Batu Pahat)






KE JALAN RAYA SEBELUM KE PILIHAN RAYA

Posted: 17 Mar 2012 09:53 PM PDT




BERSIKAN SEKALI LAGI DI JALAN RAYA





PKR : PINDAH ZON MENGUNDI KHALID KESALAHAN SERIUS
- mkini

PKR hari ini mendakwa bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya telah melakukan "kesalahan serius" mengikut Akta Pilihan Raya 1958 dengan mengalihkan kawasan mengundi untuk menteri besar Selangor Khalid Ibrahim daripada Petaling Jaya Selatan ke Lembah Pantai.

Naib presiden PKR, Fuziah Salleh berkata, SPR boleh melakukan Urusan Belah Bahagi Kawasan Mengundi ke atas lokaliti seseorang pengundi.

Bagaimanapun, langkah itu terhad kepada sesuatu negeri dan kawasan mengundi untuk seseorang pengundi, kata Fuziah lagi yang turut menunjukkan dokumen daripada laman web SPR.

Katanya, SPR tidak dibenarkan untuk memindahkan sesorang pegundi di luar daripada negeri asal ataupun kawasan mengundi asal tanpa pengetahuan pengundi berkenaan.

"Itulah yang berlaku ke atas Khalid," kata Fuziah lagi dalam satu sidang media di Petaling Jaya hari ini.

Beliau mendakwa, tindakan SPR itu menggunakan kaedah mengikut undang-undang tetapi bertujuan untuk melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... KITA TERIMA HAKIKAT INI KESALAHAN... kah kah kah..

kah kah kah..MEMANG BETUL SPR BUAT JAHAT... kah kah kah..

kah kah kah...MEMANG SAHEH INI CARA NAK KALAHKAN PAKATAN RAKYAT... kah kah kah..



KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... SOALNYA... FAUZIAH SALEH HOI... HANG NAK BUAT APA?.... kah kah kah..

kah kah kah.... BUAT SIDANG AKHBAR DI PARLEMEN?.... kah kah kah..

kah kah kah... HANTAR MEMO PADA SPR..... kah kah kah....

kah kah kah..TUNTUT SPR MINTA MAAF?.... jkah kah kah..

woit...APA PUNYA TUUUR.... kah kah kah..

woit...SUSUN LAH RAKYAT TURUN KE JALAN RAYA.... kah kah kah..

kah kah kah...BARU BOLEH BERUBAH.... kah kah kah.... kah kah kah




Tiada ulasan: