DUNIACACAMARBA |
- Penggemar Seks Oral, Terutama Lelaki, AWAS!!!
- [Wajib Baca] Menteri Mengaku Malaysia Ada Hubungan Dagang dengan Israel Laknatullah
- Remaja "Melacur" untuk Tampung Kos Pil Gugur Bayi
- Rekod Buruk, Gagal, Flip Flop, Kaki Perempuan....???
- [PANAS] Skandal Scorpene: Mahkamah Perancis Mulakan Inkuiri Terbuka
- Susulan Cerita Remaja Bunuh Diri Kerana Dipaksa Kahwini Perogol, Aktivis Tunjuk Perasaan Bantah Undang-undang Zalim
- Budak 15 Tahun Diperkosa Kekasih dan Bekas Kekasih
- Kalau Tidak Sanggup Jadi Pak Sanggup Jangan Sanggup, Jika Tidak, Terjadi Begini...
- Wajah Suspek Pembunuhan Dirang, Kesemua Disambung Reman 7 Hari
Penggemar Seks Oral, Terutama Lelaki, AWAS!!! Posted: 18 Mar 2012 08:00 AM PDT [HM] LONDON: Peningkatan kes kanser mulut dikatakan berpunca daripada amalan seks oral yang semakin meluas. Dalam hasil kajian diterbitkan semalam, pakar di Pusat Kajian Kanser United Kingdom mendapati, seramai 6,200 orang dewasa disahkan menghidal penyakit itu tahun lalu. Dua pertiga daripada penghidap itu pula terdiri daripada golongan lelaki. Ketua penyelidik, Richard Shaw, berkata pada 2001, hanya 4,000 orang dewasa menghadapi kanser mulut. Sebelum ini, katanya, pakar sering mengaitkan kanser mulut dengan amalan merokok dan minum arak berlebihan. "Bagaimanapun, kajian terbaru menunjukkan peningkatan dramatik itu mempunyai kaitan dengan sejenis virus dikenali sebagai HPV (human papillomavirus) yang boleh disebarkan ketika seseorang melakukan seks," katanya. Shaw berkata, kajian terbaru juga mendapati, pesakit menghidap kanser akibat HPV juga kini semakin muda. "Sebahagian daripada mereka mungkin tidak merokok," katanya. - TS | ||
[Wajib Baca] Menteri Mengaku Malaysia Ada Hubungan Dagang dengan Israel Laknatullah Posted: 18 Mar 2012 06:44 AM PDT Menurut berita SH, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, "Sebagai sebuah negara Islam, kita tidak iktiraf Israel kerana mereka menindas rakyat Palestin dari segi kepentingan hak rakyat, namun Kerajaan Pusat tidak pernah menyembunyikan yang kita ada jalankan perniagaan dengan mereka. Kerana dalam perkembangan dunia hari ini amat sukar untuk mengasingkan perdagangan dengan negara luar termasuk Israel," katanya kepada pemberita selepas majlis seminar panel penasihat peringkat Kelantan di Politeknik Kota Bharu, hari ini. "Namun dari segi politik kita memang tidak langsung menyokong mereka dan masih menganggap mereka masih sebagai musuh dalam Islam, Insya-Allah saya akan beri penerangan mengenai perkara ini di Parlimen dalam masa terdekat," katanya lagi. Pengakuan Mustafa Mohamed membuktikan bahawa Malaysia menyokong ekonomi Israel secara langsung. Dengan sokongan ekonomi ini, Israel memperoleh wang/pendapatan/dana untuk membiayai kempen ketenteraan mereka termasuk kekejaman terhadap rakyat Palestine. Apalah maknanya Malaysia tidak menjalinkan hubungan diplomatik, sedangkan Malaysia membantu membangunkan/mengembangkan ekonomi Israel. Walhal kita tahu, kekuatan ekonomi adalah lebih penting daripada hubungan politik. Menurut Mustafa, dalam perkembangan hari ini agak sukar Malaysia mengelakkan perdagangan dengan Israel. Adakah sukar untuk mengelakkan hubungan dengan Israel sedangkan ada hampir 200 buah negara yang menjadi ahli PBB? Untuk mengetahui tahap keakraban hubungan dagang antara Malaysia dengan Israel, anda perlu melihat statistik/kedudukan yang dikeluarkan oleh PBB di bawah ini. Sebelum itu, Reuters ada melaporkan bahawa Malaysia menghentikan eksport minyak kelapa sawit ke Iran, namun dalam diam-diam mengeksport minyak kelapa sawit ke Israel. Tindakan Malaysia itu dikatakan kerana mengikut telunjuk AS dan Israel dalam usaha memberikan tekanan ekonomi kepada Iran. Jika benar, jelas dan terang bahawa Malaysia sanggup menjadi pak turut kepada negara kuasa besar itu untuk menzalimi negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam. Apabila diselidik, hubungan dagang antara Malaysia dengan Israel rupa-rupanya sudah berlangsung selama 12 tahun. Agak-agaknya sudah berapa banyak wang hasil dagangan Malaysia-Israel digunakan untuk membiayai kempen kekejaman Israel terhadap Palestine? Menurut Data Statistik Perdagangan Komoditi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang dilaporkan di Harakah Daily, pada tahun 2001 sahaja, Malaysia telah mengimport ASD615.924 juta (RM1,847 juta) barangan Israel. Pada tahun itu, Malaysia telah mengeksport ASD26.553 juta (RM79.65 juta) barangannya ke negara haram itu. Sejak itu, perdagangan antara Malaysia dengan Israel sentiasa meningkat dari tahun ke tahun. Pada tahun 2010, Malaysia mengimport ASD798.069 juta (RM2,394 juta) barangan Israel berbanding dengan ASD85.129 juta (RM255.38 juta) barangan yang dieksport Malaysia ke Israel.Menurut pangkalan data itu juga, Malaysia adalah negara ke 18 di dunia yang menerima barangan eksport dari Israel dengan Amerika menjadi negara paling banyak menerima barangan dari negara haram itu. Dengan kedudukan ke 18, nilai eksport Israel ke Malaysia jauh lebih tinggi berbanding dengan Cyprus yang berada di kedudukan ke-19, Kanada (20), Taiwan (21), Japan (22), Australia (23), Singapura (24) dan Thailand (25). Cuba lihat dan bandingkan betapa hebatnya hubungan dagang antara Malaysia dengan Israel. Cuba bayangkan peranan Malaysia dalam membantu Israel membiayai kempen ketenteraan mereka terhadap negara Islam di rantau Arab! Berdasarkan fakta ini, rakyat Malaysia sepatutnya mendapat gambaran yang jelas tentang pihak yang benar-benar menyokong Israel dengan pihak yang benar-benar mahu melihat rakyat Palestine bebas daripada kesengsaraan yang dihadapi oleh mereka hari ini. -DCM P/s: Menurut Tuan Presiden PAS, orang Islam dibolehkan berdagang dengan Yahudi berdasarkan sejarah hubungan dagang pada zaman Nabi Muhammad, namun orang Islam tidak boleh sesekali berdagang dengan Israel! Sudah terang lagi bersuluh Malaysia, walaupun cuba dibelitkan oleh pemimpin dan jurublog UMNO, ada hubungan dagang dengan Israel. Siapa pengkhianat Islam yang sebenar? | ||
Remaja "Melacur" untuk Tampung Kos Pil Gugur Bayi Posted: 18 Mar 2012 05:00 AM PDT
[SH] Kulim - "Untuk mendapatkan pil mengugurkan kehamilan, saya terpaksa melakukan hubungan seks dengan beberapa kenalan lain bagi mendapatkan modal, " itu kata seorang pelajar tingkatan lima di sini yang terpaksa menawarkan khidmat seks untuk mendapatkan wang bagi mengugurkan kandungannya. Pelajar tingkatan lima yang hanya mahu dikenali dengan nama Shasha berkata, dia terpaksa bertindak sedemikian selepas teman lelakinya ketika itu bersikap lepas tangan sehingga dia terpaksa menempuh pelbagai masalah seorang diri. Menurutnya, selain disahkan hamil dia juga hampir dibuang sekolah gara-gara sikap teman lelakinya ketika itu. "Pil itu (gugurkan kandungan) terbahagi kepada dua jenis. Empat biji dimakan serta-merta manakala empat biji lagi dimakan selepas 12 jam. Harga pil ini sekitar RM350 hingga RM400. "Untuk mendapatkan wang saya akan berjumpa seorang rakan lain dan meminta dia memperkenalkan diri saya kepada beberapa pelanggan atau kenalannya, " katanya. Shasha berkata, dia akan mengenakan bayaran sekitar RM100 setiap kali bersama mereka. Dengan duit itulah dia akan membeli pil itu. Menurutnya, pil itu hanya berkesan bagi kandungan di bawah tiga bulan sahaja. Setelah memakan pil itu, dia akan berasa sakit perut dan memulas untuk beberapa jam dan akan datang haid semula seperti biasa selepas itu. Segala kesengsaraan itu terpaksa dialaminya sendiri dan bermula dari detik itu, dia menjadi takut untuk menjalinkan hubungan dengan lelaki dan mengubah selera kepada kaum sejenis. Shasha berkata, dia menjalinkan hubungan cinta sejenis sejak setahun lalu. Namun sehingga kini keluarganya tidak mengetahui perkara itu. Menurutnya dia dan kekasihnya yang hanya mahu dikenali sebagai Faiz akan tidur di rumahnya setiap hujung minggu. "Cara ini lebih senang, ibu bapa tidak tahu kami sedang bercinta. Mereka akan menyatakan kami perempuan dan adalah lebih baik saya melepak dalam bilik dengan seorang kenalan perempuan dari keluar bersama teman lelaki. Saya jadi fobia untuk berkawan dengan lelaki kerana banyak keburukannya. "Bagi saya bercinta sesama jenis lebih baik kerana ibu bapa tidak akan dapat mengesan perlakuan atau hubungan seks yang kami lakukan selain itu, ia tidak akan mengakibatkan saya hamil seperti dulu," katanya. | ||
Rekod Buruk, Gagal, Flip Flop, Kaki Perempuan....??? Posted: 18 Mar 2012 03:11 AM PDT [MC] Bagaimana seorang individu yang tidak dapat memahami konsep yang ringkas dan terang boleh berada di kedudukan mengurus dan memimpin negara? Lihatlah kegagagalan skim MyFirst Home dan keputusan terbaru memansuhkan skim saraan kakitangan kerajaan,selain dari kegagalan yanglain-lain. Dilancarkan setahun yang lepas, skim pemilikan rumah untuk golongan berpendapatan rendah gagal kerana pihak bank enggan memberi pinjaman 100% kepada pemohon yang berpendapatan kurang dari RM3000 sebulan.Bagaimana Najib boleh tidak dapat memahami fakta bahawa dengan pendapatan demikian, seseorang mungkin tidak ada wang tambahan untuk membayar ansuran rumah?Seharusnya Najib ketahui yang seorang individu perlu membayar berbagai-bagai keperluan seperti makanan,pengangkutan dan perbelanjaan lain. Selepas potongan EPF dan Socso, tiada lagi wang yang tinggal. Walaupun Najib bukan seorang yang arif tentang kewangan,beliau ada penasihat,pakar,ahli-ahli dan 1.4 juta kkaitangan kerajaan untuk beliau mendapatkan idea dan formula. Yang utama, skim tersebut bertujuan memancing pengundi terutamanya golongan muda. Najib bergantung kepada skim tersebut kerana beliau perlu menang dengan apa cara sekalipun dalam PRU ke 13.tetapi ianya menjadi satu kegagalan. Hal yang sama berlaku kepada skim saraan kakitangan awam yang diumumkan Febuari lepas dimana jurang perbezaan antara kakitangan awam eringkat tinggi dan mereka yang berda dalam gerd yang lebih rendah-iaitu golongan majoriti- sangat luas. Pelan ini menjadi bahan kritikan sejak awal lagi dan akhirnya dimansuhkan oleh Najib kerana terlalu hangat untuk diteruskan. SBPA juga bertujuan memancing undi untuk PRU 13. 'Popularity poll' that went unnoticed and incompetent advisers Tidak mengejutkan bila kajian populariti beliau langsung tidak dihiraukan, hanya segelintir sahaja rakyat yang mempersoalkan kenapa ianya meningkat ke 69%.Dakah ianya sesuatu yang dibuat-buat?Adakah kerana bagaimana soalan-soalan poll tersebut dirangka? Bagaimanapun, selain dari kajian meragukan dikalangan rakyat Malaysia, kekurangan respon menunjukkan rakyat telah membuat keputusan dan tidak akan mengubah fikiran hanya dengan keputusan man-mana kajian Najib gagal kerana beliau terlalu jahil.Beliau terus meletakkan orang yang salah di kedudukan yang tinggi.Mereka yang perlu membantu beliau dalam program transformasi ,tetapi transformasi yang dilihat oleh rakyat ialah dari Ah Jib Gor kepada Ah Chep Gor, akibat dari dakwaan bahawa beliau menggunakan RM400,000 duit rakyat untuk majlis pertunangan anak perempuan nya. Ah Jib Gor ialah nama panggilan yang diberikan oleh penasihat2 nya untuk memancing pengundi Cina.Tapi mereka tidak sedar nama panggilan tersebut membuat masyarakat Cina merasa penghinaan dan kurang rasa hormat terhadap tahap intelektual dan kematangan mereka ialah satu lagi tanda kesilapan besar percaturan pasukan perangka strategi Najib. Dana 1MDB yang membeli aset Ananda Krishnan untuk jumlah kontroversi RM8.5billion mempunyai panel penasihat dan pengarah2 yang mem[unyai latarbelakang yang meragukan.1MDB, yang dikatakan oleh pemimpin pembangkang,Anwar Inrahim sebagai dana lumpur berbaur politik, kini mahu melupuskan aset2 lapuk tersebut diluar negara, yang mana para penganalisa mensyaki satu cubaan untuk menutup mulut rakyat tentang harga belian yang terlalu tinggi. Tambahan pula,program transformasi ekonomi dan politik Najib juga gagal. Senarai panjang yang selalu digembar gembur tidak perlu kerana rakyat sudah tahu.Tidak banyak yang berjaya menarik perhatian pelabur manakala jumlah hutang negara terus naik. Satu lagi kes memalukan yang bakal meletup ialah penyenaraian saham Felda Global Ventures. Setiap hari, ada saja peneroka Felda yang menolak idea yang mungkin akan memberi kekayaan kepada mereka di peringkat awal, tetapi kemudian mendedahkan mereka kepada risiko kehilangan tanah kerana pengambilalihan oleh pakar pasaran saham. Tetapi akhirnya isu kurang pemahaman PM terhadap isu dan konsep, ditambah pula dengan nasihat dari orang-orang yang salah,akan membawa kepada kejatuhan pemerintahan beliau. Pemerintahan yang dicemari malapetaka, ketidakupayaan, tidak jujur dan hiprokrit. Rekod buruk Najib Sejak Najib dipanggil balik dari England dan menceburi diri di bidang politik pada usia 23 tahun pada tahun 1976 setelah bapanya PM kedua Abdul Razak, meninggal dunia, beliau telah memegang beberapa jawatan dalam kabinet bermula dengan Timbalan Menteri Telekom dan Pos,Timbalan Menteri Pelajaran dan juga Timbalan Menteri Kewangan. Kemudian beliau dipilih sebagai Menteri Besar Pahang pada usia muda,28 tahun pada tahun 1982.Walaupun perjalanan lancar dalam bidang politik dan pendedahan yang diberikan oleh UMNO, beliau tidak menyumbang apap-apa yang berkesan kepada parti, pendapat nasionalis Melayu,Malaysia dan juga kedudukan politiknya sendiri. Sepatutnya pengalaman sedemikian dapat membentuk beliau menjadi ahli politik sejati, yang mempunyai kematangan dalam demokrasi Malaysia yang moden dan membangun,pemimpin yang peka,prihatin dan memenuhi aspirasi rakyat. Seorang Perdana Menteri yang boleh dibangga kan oleh rakyat. Sambung baca di sini. | ||
[PANAS] Skandal Scorpene: Mahkamah Perancis Mulakan Inkuiri Terbuka Posted: 18 Mar 2012 02:10 AM PDT Skandal Scorpene: Mahkamah Perancis Mulakan Inkuiri Terbuka [KD] KUALA LUMPUR 17 Mac: Pengarah NGO Hak Asasi Manusia, Suaram, Cynthia Gabriel berkata, Mahkamah Perancis akan memulakan inkuiri terbuka berhubung kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene. Beliau mendedahkan perkara itu dalam laman twitternya tengah hari tadi. Difahamkan, 'hakim arahan' bagi kes itu telah dilantik dan mahkamah akan bermula pada 1 April. Di bawah undang-undang Perancis, 'hakim arahan' adalah majistret yang bertanggungjawab mengendalikan siasatan untuk menentukan sama ada sesuatu kes itu diteruskan menjalani perbicaraan jenayah. Ketika dihubungi, Cynthia berkata, maklumat lanjut mengenai perkara itu akan didedahkan dalam sidang media yang akan diadakan di Dewan Himpunan Cina Selangor Kuala Lumpur, pada jam 11 pagi esok. "Kita akan dedahkan maklumat lanjut mengenainya kepada media dalam sidang media esok," kata Cynthia. Pada 2009, peguam Joseph Breham, yang dilantik mewakili Suaram telah memfailkan kes terhadap firma pembuat kapal selam Perancis, DCN, melibatkan pembelian dua buah kapal selam bernilai RM7.3 bilion. Kontroversi pembelian kapal selam itu melibatkan jutaan ringgit dalam bentuk komisyen kepada pemimpin negara dan pegawai tertinggi tentera. Sebanyak 114 juta Euro atau RM570 juta dibayar sebagai komisen kepada Syarikat Perimekar Sdn Bhd yang dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda- seorang kenalan rapat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Najib adalah menteri pertahanan semasa urus niaga pembelian Scorpene itu dijalankan. Skandal itu dikatakan mengheret pembunuhan kejam penterjemah dari Mongolia, Altantuya Shaariibu pada 2006. Mayat Altantuya diletupkan dengan bom C4 di Puncak Alam, Shah Alam oleh dua anggota Unit Tindakan Khas, salah seorangnya merupakan pegawai pengiring kepada Najib. Razak Baginda didakwa turut bersubahat dalam kes itu, namun dibebaskan oleh mahkamah tanpa dipanggil membela diri. Pada Oktober tahun lalu, Breham berkata pembabitan Najib dalam pembelian Scorpene boleh menyebabkan beliau disepina untuk hadir ke mahkamah Perancis bagi membantu siasatan. Berkaitan: Kes Scorpene Akhirnya ke Mahkamah Perancis [MK] Kes yang dibawa oleh NGO hak asasi manusia Malaysia, Suaram, terhadap syarikat gergasi pembuat kapal Perancis, DCNS, akhirnya akan dibicarakan di mahkamah setelah tiga tahun menunggu. Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel mengesahkan kes itu akan didengar Idi mahkamah Paris, tetapi hanya akan mendedahkan maklumat lanjut mengenainya dalam sidang akhbar esok. "Masanya sudah tiba. Kes ini akan dibicarakan di Perancis. Kami amat teruja," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. Ia telah tertangguh disebabkan oleh perkembangan politik di Perancis dan Malaysia kerana ia dianggap sebagai kes berprofil tinggi. Syarikat Perancis yang membekalkan dua kapal selam Scorpene kepada Malaysia itu, dituduh membayar berjuta-juta ringgit sogokan kepada pegawai tertinggi Malaysia yang terlibat dalam pembelian. Di bawah undang-undang Perancis, apa-apa bayaran atau komisen itu dianggap sebagai haram. Melibatkan pembelian sebanyak RM7.3 bilion untuk dua kapal selam kelas Scorpene pada tahun 2002 oleh kerajaan Malaysia, skandal itu berlaku ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi menteri pertahanan. Cynthia (kiri) berkata kes itu terlewat sebelum ini kerana kedua-dua negara berdepan dengan kemungkinan menghadapi pilihan raya, dan kesannya adalah tinggi terhadap ahli-ahli politik yang didakwa terlibat dalam pemerolehan itu. Dokumen Rahsia Scorpene Akan Didedah di Mahkamah Perancis [KD] KUALA LUMPUR 18 Mac: Dokumen berkaitan pembelian kapal selam Scorpene, yang diklasifikasi di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) akan didedahkan pada inkuiri terbuka di Mahkamah Pengadilan Tinggi Perancis (Tribunal de Grande Instance) kata Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel. "Kedua-dua pihak (kerajaan Malaysia dan firma pertahanan Perancis DCNS) mempunyai dokumen sama. Bezanya, Malaysia klasifikasikan dokumen itu sebagai Akta Rahsia Rasmi. "Berbanding Perancis, mahkamahnya boleh mengeluarkan perintah agar pihak berkaitan membuat pendedahan," kata Cynthia pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH), hari ini. Syarikat DCNS, yang membekalkan dua kapal selam itu sebelum ini didakwa membayar sogokan jutaan ringgit kepada pegawai tertinggi Malaysia. Urus niaga berharga RM7.1 bilion itu dibuat ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi menteri pertahanan dan dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda, kenalan rapat Najib yang mendapat komisen bernilai RM540 juta melalui syarikat Perimekar Sdn Bhd. Di bawah undang-undang Perancis, pembelian kelengkapan ketenteraan yang melibatkan bayaran komisen adalah menjadi satu kesalahan. Menurut Cynthia, beliau mendapat makluman persediaan mahkamah dari peguam Suaram, William Bourdon dan Joseph Breham, 16 Mac lalu. Tambah beliau, dua hakim penyiasat yang mengendalikan kes tersebut ialah Roger L Roire dan Serge Tounaire. "Nama-nama yang sebelum ini tak pernah didengari akan didedahkan," tambah beliau namun enggan membuat spekulasi atau mendedahkan individu terbabit sebagai mematuhi prosedur mahkamah. "Sebagai pengadu, Suaram kini punyai akses penuh kepada laporan siasatan pendakwaraya dan polis Perancis. Besar beza prosedur dan ketelusan siasatan antara Malaysia dan Perancis," katanya. Pada sidang media sama, Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah memberikan komitmen untuk membawa isu tersebut ke Dewan Rakyat pada minggu hadapan. "Telah 10 tahun sejak 2002, kes ini tergantung. Kerajaan Malaysia wajar berikan kerjasama penuh, bukannya menghalang siasatan dibuat," tegasnya. | ||
Posted: 18 Mar 2012 01:15 AM PDT [SH] RABAT - Beratus aktivis wanita Maghribi mengadakan demonstrasi di luar bangunan Parlimen menuntut agar dimansuhkan undang-undang berkaitan keganasan seks. Kanun Keseksaan negara itu membenarkan penjenayah kes rogol berkahwin dengan mangsa jika mangsa seorang bawah umur bagi mengelakkan pendakwaan di mahkamah. Seorang mangsa, Amina Filali, 16, membunuh diri seminggu yang lalu selepas dipukul dengan teruk ketika dipaksa berkahwin dengan lelaki yang merogolnya. Penunjuk perasaan membawa sepanduk berbunyi "undang-undang telah membunuh Amina". Ibu bapa Amina Filali menyertai tunjuk perasaan, lapor BBC hari ini. Mereka mendakwa anak perempuan mereka dikenakan tekanan oleh mahkamah tempatan agar berkahwin dengan perogol, yang kemudian menganiaya dia. Dia mati selepas mengambil racun tikus pada 10 Mac lalu. Kes membabitkan remaja itu mengejutkan banyak pihak di Maghribi. Laporan BBC juga menyebut, kumpulan hak asasi wanita telah memulakan kempen atas talian menggesa Seksyen 475 Kanun Keseksaan dimansuhkan. Akaun laman sosial Facebook atas nama "Kami semua Amina Filali" juga telah dimulakan. Presiden Liga Hak Asasi Wanita, Fouzia Assouli berkata, pemansuhan peruntukkan itu satu langkah ke depan dalam persekitaran sikap konservatif yang semakin berubah. Bagaimanapun, peserta protes kecewa kerana kurang respons daripada kerajaan dan mereka marah dengan Menteri Kehakiman kerana enggan mengadakan inkuiri berhubung kematian Amina, yang tinggal di bandar kecil Larache dekat Tangiers. Mereka juga mahu hak asasi wanita dihormati, bukan dilanggar. "Apa yang kita telah saksikan adalah skandal. Kita sudah hadapi banyak kes. Kita mesti meminda Kanun Keseksaan," kata Presiden Liga Demokratik Bagi Hak Asasi Wanita, Fouzia Assouli. Di kawasan-kawasan konservatif seperti yang keluarga Amina tinggal, situasi budak perempuan hilang dara sebelum kahwin tidak boleh diterima dan dianggap sebagai penghinaan ke atas maruah keluarga meskipun mangsa dirogol, kata laporan BBC. Had kelayakan minimum untuk berkahwin di bawah undang-undang Maghribi adalah 18 tahun kecuali dalam kes-kes tertentu, seperti kes Amina, berkahwin meskipun dia bawah umur. Seorang hakim hanya boleh membuat syor jika semua pihak yang terlibat bersetuju. Bagaimanapun aktivis mendakwa dalam kebanyakan masa tekanan dikenakan ke atas keluarga mangsa bagi mengelakkan persepsi skandal. Bapa Amina berkata, apabila dia membuat aduan mengenai kes anaknya dirogol, dia telah dinasihatkan tentang opsyen agar berkahwin oleh pegawai-pegawai mahkamah. "Pendakwa menasihatkan anak perempuan saya agar berkahwin," kata Lahcen Filali kepada akhbar atas talian, goud.ma. Aktivis juga mahu hakim yang membenarkan perkahwinan dan perogol dalam kes Amina dikenakan hukuman penjara. Berita awal di sini. | ||
Budak 15 Tahun Diperkosa Kekasih dan Bekas Kekasih Posted: 18 Mar 2012 12:10 AM PDT
[HM] KUALA TERENGGANU: Polis menahan dua lelaki dipercayai kekasih dan bekas kekasih seorang pelajar berusia 15 tahun yang menjadi mangsa rogol di sebuah chalet di Kampung Raja, Besut, kelmarin. Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, suspek pertama berusia 17 tahun yang tidak bersekolah adalah kekasih gadis itu berasal dari Kampung Keluang, Besut, manakala suspek kedua, bekas kekasihnya yang juga tidak bersekolah berusia 18 tahun dari Kampung Gong Pasir, Kerandang, Besut. Menurutnya, mangsa, seorang pelajar tingkatan tiga berasal dari Kampung Tanah Merah, Kerandang, Besut mendakwa dirogol dua lelaki itu pada tarikh dan tempat berbeza. "Mengikut laporan, kira-kira jam 9.45 malam Khamis lalu, mangsa keluar mengikut teman lelakinya, suspek pertama ke sebuah chalet di Kampung Bukit Keluang, Kampung Raja, Besut," katanya. | ||
Kalau Tidak Sanggup Jadi Pak Sanggup Jangan Sanggup, Jika Tidak, Terjadi Begini... Posted: 17 Mar 2012 11:15 PM PDT [HM] Kuala Lumpur: Badan berbirat akibat dibelasah dengan tali pinggang manakala penampar dan sepak terajang menjadi 'makanan' harian seorang gadis sejak kecil, gara-gara dendam tidak berkesudahan lelaki dipanggil bapa. Seksaan diterima Arisya (bukan nama sebenar), 24, hanya disebabkan lelaki berkenaan tidak dapat menerima hakikat dia terpaksa menjadi 'pak sanggup' dengan mengahwini ibunya selepas wanita itu hamil sebelum bernikah. Menurut Arisya, zaman kanak-kanaknya tidak seperti rakan sebaya lain yang sentiasa disaluti kasih sayang ibu bapa serta kegembiraan. Katanya, kehidupannya penuh kedukaan kerana didera 'bapanya' tanpa belas kasihan setiap kali melakukan kesilapan, biarpun tidak sebesar mana. Disebabkan sering menerima layanan buruk 'bapa sendiri', Arisya sering tertanya-tanya, apakah dosa dilakukannya sehingga diperlakukan sedemikian. Menginjak usia remaja, dia pernah terdengar pertengkaran besar di antara orang tuanya. Bapanya mengungkit yang dia terpaksa menjadi 'pak sanggup' kerana ibunya mengandung benih orang lain. Akibat dendam kesumat itu, bapanya sering menjadikan ibunya sebagai mangsa deraan apabila cuba menyebelahi Arisya. "Sebenarnya, ayah seorang yang panas baran terhadap emak, saya mahupun adik-adik. Namun saya paling teruk dibelasah walaupun kerana ingin bergurau, bergaduh kecil atau bermanja dengan adik-adik, seolah-olah melakukan kesalahan sangat besar. "Saya tak tahu mengapa ayah terlalu baran dengan saya. Penampar yang diberi bertahun-tahun membuatkan jiwa saya tertekan. "Terakhir ketika saya berusia 14 tahun apabila dibelasah dengan tali pinggang hingga menangis seharian akibat menanggung kesakitan yang amat sangat. Kesan daripada situ, saya membuat keputusan lari daripada rumah tapi tidak tahu ke mana hendak dituju. "Ketika itu, yang terfikir ialah melarikan diri ke balai polis lalu membuat laporan saya didera ayah kandung. Polis kemudian membuat tangkapan dan ayah ditahan kerana kesalahan mendera berdasarkan laporan kesihatan oleh pihak hospital," katanya kepada Metro Ahad. Bagaimanapun, kesan psikologi terhadap Arisya sangat teruk kerana terpaksa melalui dugaan yang bukan sedikit apabila dihantar ke rumah perlindungan kanak-kanak dan berpisah dengan keluarga. "Ia pengalaman sukar yang terpaksa diharungi bagi remaja yang masih mentah seperti saya. Disebabkan laporan itu ayah dibuang kerja, menyebabkan kebenciannya terhadap saya makin meluap-luap. "Namun, saya mungkin selamat kerana berada di rumah perlindungan kanak-kanak tapi terfikir juga, apa akan jadi dengan emak dan adik lain sepanjang ketiadaan saya," kata anak sulung itu. Apabila ditempatkan di rumah perlindungan bawah pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kedudukan tempat itu jauh daripada ibu kota dan di situlah bermula episod baru dalam hidup Arisya. Keindahan hidup diimpikan Arisya tidak seindah disangka walaupun dia diterima masuk ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Ketika menuntut di IPTA, dia terpaut dengan rakan sekuliah dikenali sebagai Izzat (bukan nama sebenar) tetapi berlainan bidang pengajian dan hubungan mereka direstui kedua-dua keluarga. Sebaik tamat pengajian mereka, Izzat menghantar keluarganya untuk meminang dan keluarga Arisya menetapkan tempoh pertunangan dua tahun kerana masing-masing ingin mengukuhkan kerjaya. Sekali lagi Arisya diuji dengan peristiwa dahsyat apabila setahun selepas bertunang, Izzat meminta hubungan itu diputuskan tanpa sebab. Puas memikirkan kesilapan dilakukan dan mendesak tunangnya menjelaskan perkara sebenar, akhirnya Izzat membuat pengakuan dan perkara itu benar-benar melukakan hatinya. "Sebenarnya, emak Izzat yang meminta pertunangan diputuskan selepas dia mendapat tahu saya anak tidak sah taraf atau bahasa kasarnya, anak luar nikah. "Bayangkan, luluhnya hati saya saat itu sehingga membuatkan jiwa tertekan, sekali gus jatuh sakit beberapa bulan. Walaupun Izzat meminta saya supaya tabah, apalah ertinya sebab dia sendiri tidak memberi sebarang harapan untuk memujuk emaknya. "Akhirnya, saya terima hakikat yang Izzat sebenarnya 'anak emak' sebab apa saja keputusan ibunya diterima bulat-bulat, walaupun dia tidak mahu hubungan kami diputuskan," katanya. Lebih memilukan Arisya, bekas tunangnya berkahwin beberapa bulan selepas itu dengan gadis pilihan ibunya, tetapi sehingga kini lelaki itu masih menghubunginya. Katanya, Izzat menyatakan rasa kesalnya terhadap apa yang berlaku tetapi lelaki itu kini dianggapnya kawan biasa. Walaupun jauh di sudut hati, kasih sayang lelaki itu terhadapnya terlalu mendalam memandangkan Arisya cinta pertamanya, segala-galanya terpaksa dikorbankan kerana tidak sanggup memusnahkan rumah tangga Izzat yang dibina atas pilihan orang tuanya. Kini Arisya tinggal bersama rakan di sebuah kondominium dan semangatnya semakin kuat menempuh setiap ujian hidup serta berhasrat untuk lebih berjaya dalam bidang diceburi walaupun kini belum ada pengganti. ARISYA... dapat 'ayah' pendendam dan panas baran Berkaitan: Berdosa besar kahwin wanita hamil anak tak sah [HM] KUALA LUMPUR: Haram dan berdosa besar bagi lelaki yang mengetahui seorang wanita mengandungkan anak luar nikah jikalau menikahi wanita hamil itu. Pernikahan cuma boleh dilangsungkan selepas wanita terbabit melahirkan anak, malah anak yang lahir tidak boleh dibin atau dibintikan lelaki yang menjadi pak sanggup kerana zuriat berkenaan bukan daripada benihnya. Dalam Islam, anak yang lahir perlu dibinkan wanita itu sendiri manakala dalam hukum lebih longgar, ia dibolehkan berbin atau binti Abdullah (hamba Allah). Pendakwah bebas yang juga Pengarah Urusan Telaga Biru, Dr Zahazan Mohamed (gambar), berkata anak berkenaan juga tidak boleh berkahwin dengan lelaki terbabit (pak sanggup) kerana lelaki itu menikahi ibunya. "Gadis anak zina adalah mahram dengan bapa tiri tetapi bukan mahram dengan lelaki yang berzina dengan ibunya," katanya. Menurutnya, dalam budaya masyarakat Malaysia, jika seorang wanita hamil anak luar nikah, dia dan teman lelaki yang membuntingkannya dinasihatkan lekas kahwin bagi menutup aib serta menjaga maruah keluarga. "Mengikut Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), anak berusia enam bulan ke bawah ketika dalam kandungan, boleh dibinkan lelaki berkenaan. Ini hukum di sisi manusia bagi menyelamatkan maruah," katanya. Zahazan berkata, hukum di sisi Allah, seorang wanita penzina tidak layak berkahwin melainkan lelaki penzina (ayat 3 surah an-Nur) dan jika wanita itu ingin bertaubat, anak berkenaan dibolehkan berbin atau berbintikan nama wanita terbabit. | ||
Wajah Suspek Pembunuhan Dirang, Kesemua Disambung Reman 7 Hari Posted: 17 Mar 2012 10:06 PM PDT
[HM] Johor Bahru: Mahkamah Majistret, di sini, semalam meluluskan permohonan lanjutan reman seminggu lagi terhadap tiga suspek utama kes bunuh dan bakar kanak-kanak berusia lima tahun, Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang, sehingga 23 Mac ini. Pendaftar Mahkamah Rendah, Nuriza Mustaffa melanjutkan tempoh tahanan reman itu bermula semalam bagi membolehkan polis meneruskan siasatan lanjut, selain mengumpul bukti berhubung kes terbabit. Ketiga-tiga suspek, termasuk seorang wanita, berusia 30-an serta 40-an yang dikawal ketat anggota polis memakai baju lokap berwarna oren tiba di perkarangan Mahkamah Majistret menaiki kenderaan polis jam 9.45 pagi bagi mendapatkan perintah reman berkenaan. Perkarangan mahkamah dipenuhi wakil media daripada pelbagai organisasi yang menunggu kehadiran mereka. Mereka berjalan sambil menundukkan muka bagi mengelak wajah dirakam. Ibu Dirang, Roselyn Alan, 25, berkata, dia sekeluarga mengharapkan siasatan dan hukuman dapat dijatuhi terhadap penjenayah yang melakukan perbuatan kejam terhadap anaknya. "Dirang hanya anak kecil yang tak tahu apa-apa. Dia langsung tak bersalah. Perlakuan penjenayah terbabit sungguh tidak berperikemanusiaan," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, lanjutan tahanan reman itu dibuat bagi membolehkan pihaknya mengumpul bahan bukti sebelum menyerahkan kertas pendakwaan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut. "Bapa kandung Dirang, warga negara Filipina yang ditahan sebelum ini, dijangka dihantar pulang ke negara asalnya, esok. "Saya bersama anggota polis yang lain komited dan berjanji akan menjalankan siasatan secara terperinci bagi memberi keadilan sepatutnya kepada Dirang sekeluarga," katanya. Pada 1 Mac lalu, Dirang dilaporkan hilang ketika membeli mi segera dan telur di kedai runcit berhampiran rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam sebelum disahkan meninggal dunia akibat dibunuh dan dibakar, 12 Mac lalu. Kematiannya disahkan melalui ujian deoxyribonucleic asid (DNA) yang dijalankan terhadap rangka manusia yang ditemui di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai 8 Mac lalu, yang sepadan dengan DNA Roselyn. Ketiga-tiga suspek iaitu dua lelaki dan seorang wanita ditahan polis pada hari Dirang dilaporkan hilang, manakala bapa kandung kanak-kanak berkenaan turut ditahan bagi membantu siasatan pada 8 Mac lalu. Kelmarin, bapa kandung Dirang disahkan tidak mempunyai kaitan dengan pembunuhan kejam itu. Berkaitan: Tiga suspek kes bunuh Dirang positif ambil dadah [BH] JOHOR BAHRU: Mahkamah Majistret, di sini semalam membenarkan perintah tahanan reman terhadap tiga suspek yang dipercayai terbabit dengan pembunuhan Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau Dirang, dilanjutkan sehingga Jumaat ini. Tiga suspek termasuk seorang wanita yang berusia 30 hingga 40 tahun itu dibawa dengan van polis tiba di pekarangan mahkamah jam 9.45 pagi. Perintah tahanan reman dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Rendah, Nuriza Mustaffa selepas mendengar permohonan pihak polis. Ketika tiba di mahkamah, semua suspek memakai baju lokap dengan seluar pendek paras lutut hanya menundukkan kepala bagi mengelak muka mereka dirakam jurugambar media yang menunggu di perkarangan mahkamah seawal jam 8 pagi. Ketiga-tiga suspek disahkan positif dadah Methamphetamine dan syabu, selain dua daripadanya turut mempunyai rekod jenayah lampau kes penyalahgunaan dadah dan mencuri. Pada mulanya ketiga-tiga suspek direman dua minggu bermula 2 Mac lalu di bawah Akta Dadah Berbahaya susulan siasatan membabitkan kehilangan Dirang selepas dilaporkan keluar membeli mi segera di kedai blok bawah Flet Sri Delima, yang ketika itu diklasifikasikan sebagai orang hilang. Bagaimanapun, selepas ujian DNA mendapati rangka manusia yang ditemui terbakar di sebuah tapak pembinaan terbengkalai, Nusa Damai yang pada 12 Mac lalu disahkan milik kanak-kanak malang terbabit, kes disiasat mengikut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin, berkata suspek akan dihadapkan ke mahkamah selepas kertas siasatan dikemukakan kepada Pejabat Pendakwa Raya. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan