Jumaat, 16 Mac 2012

Tukar Tiub

Tukar Tiub


HANYA 1% SAHAJA PERCAYA LAWAK BODOH KETUA POLIS

Posted: 16 Mar 2012 12:32 PM PDT



KAH KAH KAH -TERGOLEK DOG





PENCERAHAN DARI PEMBACA
salam...malaysia dapat pemimpin rasuah sebab rakyat malaysia SENDIRI MEMang suka rasuah..polis rasuah sebab rakyat/pemimpin bagi rasuah! hakim rasuah sebab rakyat/pemimpin/orgbykduit bagi rasuah!..jgn nampak sebelah pihak saj beb..satu jari tunding kat orag 4 jari kpd diri sendiri...polis takde maruah ambik rasuah sebab rakyat juga tak bemaruah suap depa duit...

sama la kita semua kalau gitu..bukan pm ,polis serta penguasa2 saja yg bangsat kalu terima rasuah,rakyat juga bangsat kerana bg rasuah,,,cermin diri kita sendiri...JIKA AKU KO MERKA DAN SEMUA RAKYAT MALAYSIA JIJIK LAKUKAN RASUAH/KORUPSI,MAKA TIADA TEMPAT UNTUK KERAJAAN DAN PENGUASA2 YG RASUAH DUDUK BERKUASA..TAPI SELAGI RAKYAT MALAYSIA SUKA RASUAH SELAGI ITU PERASUAH2 TERUS BERTAKHTA...EWAHH..PENgUASA RASUAH KERNA RAKyAT TAK BERMARUAH!!
By MARHAENIS on SATU PERATUS YANG RASUAH ATAU SATU PERATUS YANG TA... on 3/16/12

DUIT KOPI
Aku pnah kena tahan kat higway bukit merah.upanya speed trap koi1 pg,gila hapa depa ni.dah tu kna tahan,dia ckp ada berapa?bg ja la berapa pon ikut ikhlas. Aku pon bg ja la 20 dgn ikhlas. Tkejut jgk aku dia ckp cmtu. -kalau aku mintak baki 5ringgit,agk2 dia nk bg blk tak.aku pny ikhlas 15ja.
By underBear on SATU PERATUS YANG RASUAH ATAU SATU PERATUS YANG TA... on 3/16/12



CERITA LUCAH
sekali lagi... apa yg lawak sangat? cerita anonymous yg belum tentu sahih atau tak pun boleh dipost jadi entry. kalau semua cerita2 anon ni betul, cerita2 lucah melayu yg berlambak kat internet ni pun kira betul ke? kalau tak betul, tak pasal2 dapat dosa memfitnah org. kalau lepas ni ada anon bukak cerita salah laku pemimpin pr rasa2nya takde pulak ada org percaya dan nak jadikan entry, kena kutuk lagi adalah. pelik pelik
By Prince Noob on SATU PERATUS YANG RASUAH ATAU SATU PERATUS YANG TA... on 3/16/12



LAPORAN TERKINI DARI SIDANG PARLIMEN

Posted: 15 Mar 2012 10:21 PM PDT




IBRAHIM ALI WAKTU HUJAN TURUN















IBRAHIM ALI MAHU AKTA JANGAN JADI BANGANG DIWUJUDKAN SEGERA

2:17PM Mac 15, 2012

Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) menggesa kerajaan pusat supaya segera mewujudkan Akta Jangan Jadi Bangang yang didakwanya bagi menangani jumlah orang bangang yang semakin tinggi di kalangan umat Islam.

"Saya fikir Akta Jangan Jadi Bangang mesti lulus untuk menangani isu bangang," kata ahli parlimen itu hari ini.

Dakwanya, terdapat banyak kes umat Islam yang semakin mendekati bodoh dan beberapa mereka akhirnya menjadi bangang, sesuatu yang dianggapnya sebagai perkembangan yang membimbangkan.

"Sekarang ini pun sudah ada orang Islam yang beralih ke tahap bodoh untuk mencari kedamaian," kata Ibrahim.

Walau bagaimanapun, menurutnya, kesalahan juga mesti ditanggung oleh umat Islam yang belum bodoh tetapi tidak memenuhi tanggungjawab mereka membantu saudara-saudara mereka yang kurang bernasib bangang.

"Orang Islam yang bodoh tidak dibantu, jadi orang Kristian yang bijak menggunakan akal sebagai cara untuk mendekati umat Islam yang bodoh dan akhirnya membangangkan mereka," katanya.- TIEWNAMA




KE JALAN RAYA SEBELUM KE PILIHANRAYA

Posted: 15 Mar 2012 08:02 PM PDT




KOMENTAR TUKAR TIUB


peralihan tempat mengundi
tanpa diketahui oleh pengundi ini
telah dilakukan secara sulit
ini sedang dirancang
ini sebahagian dari strateji
untuk memastikan gerombolan terus berkuasa

berita ini timbul kerana
nama yang dialih ialah mb selangor
ini nama yang di ketahui umum
bayangkan berpuluh ribu lagi
nama yang telah dialih
nama pengundi biasa
yang bukan tan seri
dan bukan menteri besar
semua dialih tanpa di ketahui oleh si pengundi

ini dirancang
ini dijalankan
oleh spr sendiri
dengan arahan gerombolan

apa terjadi?




di hari buang undi akan berlalu kekecohan
ini sengaja di rancang
untuk menunjukkan kepada dunia
bahawa penyokong pakatan rakyat
ganas dan buat kecoh


ramai yang tahu dimana nak mengundi
ramai yang tak mengundi


ingat apa terjadi
kepada kawasan dr hatta di gombak
terpaksa di panjang masa membuang undi
kerana ramai penyokong dr hatta tercari cari

tak caya sila tanya parti pas


APA YANG WAJIB DI LAKUKAN

semua tipu helah ini telah diketahui umum
persoalan apa yang wajib kita buat?

buat sidang akhbar?
buat sidang media?
hantar memo?
tuntut adakan suruhanjaya di raja?
buat forum?

jangan buang masa

jawapannya :
turun ke jalan raya
sebelum pilihan raya


INI KERJA SPR


KHALID HAIRAN DITUKAR KAWASAN MENGUNDI - mkini

Kawasan mengundi bagi Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim nampaknya telah ditukar tanpa pengetahuannya, seperti yang terbukti menerusi carian di lamanweb Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Semakan di lamanweb tersebut mendapati Khalid (kanan) kini
merupakan pengundi di kawasan pilihan raya Lembah Pantai yang diwakili Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Lokaliti mengundi beliau disenaraikan sebagai Rumah Kakitangan Universiti di bawah daerah mengundi Universiti.

Bagaimanapun, difahamkan Khalid sebelum ini mengundi di kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan. Tidak jelas sudah berapa lama beliau menjadi pengundi di sana.

Ketika dihubungi, seorang pegawai pejabat menteri besar yang enggan namanya disiarkan, mengesahkan Khalid tidak membuat sebarang perubahan pada kawasan mengundinya atau dalam kad pengenalannya.

"Setakat yang beliau tahu, beliau masih pengundi di Petaling Jaya (Selatan) dan alamat pada kad pengenalan beliau adalah di Pasir Tuntung, Kuala Selangor - bandar kelahirannya," kata sumber yang rapat dengan menteri besar itu.

Sumber itu menambah bahawa menteri besar yang telah dimaklumkan mengenainya "memandang berat" perkara itu dan akan menyemak dengan SPR dan Jabatan Pendaftaran.





Tiada ulasan: