Generasi Pewaris Khilafah |
- Penyelesaian Permasalahan sosial : Jangan Guna Akal Sahaja !
- Beza Lembu dengan Manusia
- Cuti Sekolah Kembali .. Budak Hilang Lagi
Penyelesaian Permasalahan sosial : Jangan Guna Akal Sahaja ! Posted: 16 Mar 2012 06:58 AM PDT Assalamualaikum .. salam mesra Syukur Alhamdulillah kerana masih lagi diberikan peluang untuk merasai nikmat iman dan Islam. Malam ini kawan nak sembang ngan korang mengenai masalah sosial yang cukup hangat dibicarakan tak kiralah kat area mana sekalipun hatta dalam parlimen pun kawan rasa diorang tak de bincang sangat bende nie der .. bukan apa pada mereka itu semua tak penting yang penting perut dan bawah perut mereka selesa dengan apa yang diperoleh. Almaklum teringat kawan pada salah seorang sahabat kawan yang dulunya cukup fanatik dengan apa yang diperolehi sekarang almaklum orang rapat ngan orang politik nie biasalah bro .. ade saja yang dia dapat tah celah mana pun kawan tak tau. Kata sahabat kawan nie " buat pe nak bincang pasal permasalahan sosial yang de sekarang nie kan ke kita dah merdeka .. apa nak lagi ? kawan fikir mamat nie saja nak cari nahas ngan kawan dan kawan tau sahabat kawan nie boleh terima pandangan dan satu kali kawan smash sehingga dia kata kawan surrender ngan awak. kadang kadang kita jangan ambil mudah dengan keadaan dan jangan mudah-mudah bagi jawapan yang seolah-olah boleh selamat. ye, memang didunia kita merdeka dan kita bebas berlaku apa sahaja tapi kena ingat sabda Nabi SAW " Dunia ini penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir " Kalau nak fikir selamat didunia kita kena fikir adakah kita selamat diakhirat ? Kalau nak selamat diakhirat apakah persediaan yang kita buat. Penyelesaian pada masalah sosial yang ada pada masa sekarang ialah balik pada apa yang dinyatakan dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Itu sahaja penyelesaian yang ada bagi mengatasi masalah yang berlaku sekarang. |
Posted: 16 Mar 2012 05:54 AM PDT Assalamualaikum .. salam mesra Alhamdulillah Syukur ke hadrat Allah atas segala nikmat dan rahmat yang telah dikurniakan Hari ini tertarik nak bincang satu isu yang cukup hangat diperkataan iaitu perbezaan antara lembu dengan manusia . tentu sahabat-sahabat tertanya tanya kenapa saya kaitkan antara lembu dengan manusia kan ? ini bukan isu politik der .. tapi kata orang kalau kita makan cili kita kan rasa pedas kan ? macam tu jugalah dengan isu yang ingin saya utarakan ini. Isu Lembu dengan Manusia 1. Lembu dan Manusia ada persamaan fizikal sebab lembu ada anggota badan dan manusia juga ada anggota badan . 2. Lembu ada makanan dan manusia juga ada makanan 3. Lembu ada perasaan manusia juga ada perasaan 4. Lembu ada otak manusia juga ada otak itu dari segi persamaan .. tapi ada juga perbezaan .. apa dia ? 1. Lembu ada otak tapi tidak berakal berbeza dengan manusia yang ada otak dan ada akal tetapi jarang-jarang menggunakan akal dan fikiran untuk memikirkan sesuatu kerana terlalu ikut nafsu . 2. Lembu ada perasaan tapi tak ikut perasaan tapi manusia ada perasaan tapi suka ikut perasaan Jadi andai kata lah dalam dunia nie ada manusia yang ada otak dan akal fikiran tapi tak nak fikir dan beramal dengan apa yang diperintahkan makanya manusia itu lebih teruk dari Lembu. |
Cuti Sekolah Kembali .. Budak Hilang Lagi Posted: 16 Mar 2012 05:27 AM PDT Assalamualaikum .. Alhamdulillah syukur kerana masih lagi diberikan keizinan oleh Allah untuk bernafas serta berada dipersada ini. Hari ini masuk hari ke 7 cuti sekolah penggal pertama berlangsung dan banyak aktiviti yang dilaksanakan oleh guru-guru terutamanya pada musim cuti ini dan diharapkan cuti yang diberikan ini dapat digunakan dengan sebaiknya oleh guru guru, para pelajar dan ibu bapa. Perkara yang cukup perlu diberikan perhatian terutamanya pada musim cuti ini antaranya aspek keselamatan dan ibu bapa khususnya perlulah sama-sama memberikan perhatian kepada anak-anak bagi memastikan keselamatan mereka terjamin. Bukan ape, minggu lepas saja kita dah digemparkan dengan kehilangan kanak-kanak dan juga pembunuhan dan pembakaran kanak-kanak. Isu ini bukan isu main main tapi satu isu yang perlu diberikan perhatian oleh semua pihak daripada rakyat hinggalah kepada pemerintah. Bila sebut pasal kanak-kanak hilang nie teringat kawan pada beberapa wajah yang dulunya dipaparkan di dada akhbar dan web mengenai kehilangan mereka. Jadi adakah mereka telah selamat dijumpai ? kenapa hal ini tidak dibangkitkan dalam sidang dewan rakyat ? Adakah isu kehilangan kanak-kanak ini satu isu picisan atau remeh saja ? bagaimana dengan pembelaan nasib mereka? segalanya kita perlu jawab dan tanya pada diri kita sendiri tak kiralah kita pemerintah atau orang awam. Sabda Nabi SAW " Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan dipersoalkan atas apa yang dipimpin. Ingat ! Keselamatan Diri Tanggungjawab Bersama |
You are subscribed to email updates from GENERASI PEWARIS KHILAFAH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan