Rabu, 7 Mac 2012

Tempayan Retak

Tempayan Retak


PRU13: Kita tanding, Zaid di KB

Posted: 06 Mar 2012 10:39 PM PST

PETALING JAYA - Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) hari ini mengesahkan akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan Ketuanya, Datuk Zaid Ibrahim mahu turun gelanggang di bahagian Parlimen Kota Bharu.

Sambil mengesahkan laporan Sinar Harian Online, katanya, Kita akan bertanding atas tiket parti itu sendiri dan tidak akan mewakili mana-mana komponen Pakatan Rakyat.
"Kita ada pendirian dan dasar sendiri. Kita tidak mahu digunakan oleh mana-mana individu atau badan-badan tertentu yang ingin menggunakan Kita untuk memecahkan undi," katanya pada sidang media di sini, hari ini

- Sinar Harian.

Tiada ulasan: