Sabtu, 31 Mac 2012

shalehudin

shalehudin


(Video Ngeri) Polis Trafik Dilanggar Bas Laju Hingga Mati

Posted: 31 Mar 2012 11:00 AM PDT

Sebuah rakaman video yang sangat tragis telah dimuat naik ke laman Youtube yang menyaksikan seorang pegawai polis trafik yang sedang bertugas telah dilanggar oleh sebuah bas yang bergerak laju.

Salah seorang pelayar Youtube yang menggunakan nama samaran masihteguhberdiri memberitahu bahawa identiti anggota trafik yang malang itu ialah Koperal Ismayuddin Ismail dan telah meninggal dunia disebabkan kemalangan tersebut. Mari kita ramai2 sedekahkan Alfatihah untuk arwah dan mendoakan semoga pemandu bas tersebut dihukum dengan berat," komennya di ruangan bawah video Youtube itu.

Sementara itu, difahamkan juga bahawa pemandu bas yang bertanggungjawab melanggar Allahyarham Ismayuddin telah ditahan sebelum dilepaskan kemudiaannya dengan ikat jamin berjumlah RM10,000 sehingga menunggu perbicaraan pada 24 April ini.

Mungkin selama ini ramai di kalangan masyarakat sering memaki hamun para pegawai polis trafik yang bertugas dengan pelbagai kata-kata kesat kerana disaman setelah melakukan kesalahan di jalanraya.

Namun apa yang masyarakat terlupa bahawa para anggota polis trafik di seluruh negara dibayar gaji untuk menunaikan amanah tersebut dan terpaksa bersabung nyawa berkhidmat kepada rakyat negara ini selain mencari 'sesuap nasi' untuk anak serta isteri masing-masing.

Tidak dinafikan bahawa ada segelintir dari mereka yang dibuktikan menyalahguna kuasa dan menerima rasuah dari pesalah trafik, namun wajarkah kita menabur persepsi buruk terhadap semua anggota trafik di negara ini?

Cuba bayangkan perasaan kita jika ayah, abang, ibu, kakak atau saudara mara yang kita sayangi bertugas sebagai anggota polis trafik dimaki hamun 'sesedap rasa' sedangkan mereka hanya menjalankan tugas mereka yang diamanahkan?

Gembira? Suka? Sedih? Kecewa? Malu? Atau apa? Justeru, fikir-fikirkanlah tentang persepsi masing-masing terhadap para anggota polis trafik yang banyak berjasa kepada masyarakat di Malaysia tanpa mengira tempat, masa atau keadaan.- Melayu Kini

Ni baru kata, Najib lari tak cukup tanah... kahkahkah...

Posted: 31 Mar 2012 10:43 AM PDT

Najib Akan di Hakimi di Persidangan Alam Sekitar Di Brazil

SHAH ALAM, 30 MAC: Sebuah NGO yang memperjuangkan penutupan kilang Lynas di Gebeng bercadang untuk berdepan dengan Perdana Menteri,Datuk Seri Mohd Najib Razak di sidang Earth Summit 2012 pada Jun nanti di Rio de Janeiro, Brazil jika isu tersebut tidak diselesai segera.

" Sebelum ketua-ketua kerajaan sebelum mengadakan sidangnya ada mesyuarat-mesyurat di peringkat antarabangsa yang akan melobi berkaitan isu-isu rakyat berkenaan isu yang melibatkan alam sekitar dan pelbagai isu akan dibangkitkan.

"Kalau kerajaan Malaysia berdegil kita akan pergi ke Rio de Janeiro bersama NGO lain dan kita akan sampaikan hasrat kita dan kita akan berdepan dengan Perdana Menteri di Rio de Janeiro," kata Pengerusi Green Clean World , Zulkefly Mohamad Omar ,

Green Clean World merupakan sebuah pertubuhan yang memperjuangkan penutupan kilang Lynas di Gebeng.

Earth Summit 2012 dijangka akan diadakan di Rio De Janeiro, Brazil 20 – 22 Jun 2012 ini.

Sebelum ini, Bruno Masel yang juga pemimpin kumpulah Hak Asasi Manusia pernah berdepan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, ketika beliau menjadi Perdana Menteri bagi memperjuangkan hak orang Penan ketika Earth Summit sebelum ini.

Menurut Zulkefly yang juga Pengerusi Solidariti Hijau SeMalaysia pembinaan kilang nadir bumi Lynas itu dijalankan secara tergesa-gesa dan diputuskan tempat itu tanpa kelulusan oleh badan tertentu sebelum ini.

" Kita tidak mahu kilang ini terus dibenarkan beroperasi dan saya melihat sebelas penambahbaikan yang diminta oleh AILB itu belum dipenuhi lagi, termasuk soal tempat di mana lokasi pembinaan itu berhampiran dengan penduduk dan kawasan itu begitu sensitif iaitu kawasan rendah dan selalu banjir," katanya.- TVS

Kesilapan Najib yang paling dahsyat... kahkahkah...

Posted: 31 Mar 2012 08:11 AM PDT

Bagi puak maksum moral BN, tinggalkan isteri, seks luar nikah dan korupsi tidak apa!

Korupsi dan mencuri dari rakyat bukanlah isu. Apa yang menjadi perhatian dalam dunia politik di Malaysia hari ini adalah mereka yang mendakwa diri suci dari segi moral (maksum) adalah seksualiti yang dianggap berdosa. Dan memberi hukuman sedemikian adalah mereka yang mempunyai kuasa terhadap media.

Menyeleweng wang rakyat bukanlah satu dosa. Laporan Ketua Audit bukan suatu yang penting untuk dikaji, meluluskan akta baru untuk menggantikan akta lama yang menindas dan lapuk bukanlah keutamaan.

Tetapi menuduh siapa yang biseksual dan melakukan dosa seks merupakan strategi berkesan bagi ahli politik melalui agen mereka dan mereka yang maksum.

Teka siapa mereka berdua ini


Setakat ini, ada dua- seorang lelaki dan perempuan telah diberi ruang yang luas di forum awam melalui media propaganda untuk menuduh Anwar Ibrahim sebagai lelaki yang mempunyai nafsu seks yang jelik.

Jenaka? Bodoh? Pelik? Atau adakah mereka sudah gila? Bayangkan, dua daripada 27 juta manusia memberitahu dan mendesak mereka tidak patut memilih DSAI sebagai perdana menteri kerana mereka tahu bahawa dia adalah seorang biseksual.

Adakah dua orang yang mendakwa diri penjaga moral bangsa ini tidak tahu bahawa persepsi awam akan dipengaruhi oleh 3 parti pembangkang yang mempunyai ramai penyokong yang terdiri daripada mereka yang terkenal, ahli veteran yang kuat semangat berserta jutaan lagi ahli ketiga-tiga parti politik ini,

Tambahan pula, ingatkah pada peristiwa mengusung tilam keluar masuk mahkamah pada suatu masa dulu? Tidakkah mereka yang maksum ini tahu bahawa drama dalam mahkamah yang baru ini hanya menjadikan penyokong puak Pakatan semakin meningkat.


Malah, episod rakaman video Datuk T telah banyak membantu pihak pembangkang.

Ia hanya boleh disimpulkan bahawa puak yang maksum ini hanya menjadikan pembangkang ruang menjadi lebih popular sebelum PRU ke-13. Terima kasih sajalah walaupun parti pembangkang boleh sahaja Berjaya tanpa publisiti yang diberi dan nasihat daripada puak maksum kebangsaan kita ini.

Pertolongan yang besar

Sekarang berbalik kepada BN, kenapa pemimpin mereka tidak belajar dengan cepat dan menjadi lebih bijak. Tidakkah mereka nampak episod liwat satu persatu hanya memburukkan reputasi BN? Jadi kenapa memberi ruang yang banyak kepada puak maksum ini untuk bersuara di media kerajaan?


Adakah pemimpin BN sudah pekak? Mungkin tidak kerana rakyat sudah matang dan pendapat mereka pada ketika ini antaranya:

Siapa peduli tentang nafsu seks, biseksual, heteroseksual atau tak ada nafsu seks langsung. Apa yang kami, rakyat mahu adalah untuk mendapat pemimpin yang tidak korupsi dalam pentadbiran untuk bangsa dan rakyat bagi progres, kemajuan dan harmoni- sesuatu yang seluruh rakyat Malaysia boleh nikmati tanpa diskriminasi ataupun sekatan.


Ramai yang membidas puak maksum ini dengan berkata:

Bagaimana pula bagi mereka yang mengadakan seks diluar nikah?

Bagaimana pula bagi mereka yang meninggalkan isteri mereka untuk perempuan lain? Atau bagaimana pula bagi mereka yang dirakam melakukan aksi seks di dalam video.


Ada pula yang berkata, lupakan tentang seks dan dosa. Bagaimana pula dengan dosa pada rakyat marhaen tanpa malu melalui korupsi, salah urus tadbir, penyalahgunaan dan banyak lagi.

Aiyoyoooh BN, kenapa begitu muflis dengan strategi politik?

Cakaplah sesuatu dan buat sesuatu kepada 27 juta orang rakyat supaya mereka boleh hormat dan menyokong anda!

Malaysia Chronicle

Menabung dari buaian, 28 tahun jadi jutawan...

Posted: 31 Mar 2012 03:40 AM PDT

Syabas bangsa UMNO, sabaq laa...
Kali ni anak Najib... tunggulah besok2 ni anak korang pulak jadi jutawan...
Kahkahkah...
Kahkahkah...

Tentu bangsa UMNO berbangga, anak bangsa kaya berjuta-juta...
Tunggu la pulak giliaq hangpa, yang akan kaya entah bila...
Maklum ja la, UMNO tu kan ka pembela bangsa...
Kahkahkah...
Kahkahkah...


**************************

Manipulasi saham: Adakah anak Najib menggunakan nama keluarga bagi meraih kekayaan?

Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara Tony Pua telah menggesa Suruhanjaya Keselamatan untuk menyiasat Nazifuddin Najib, anak lelaki kedua perdana menteri Malaysia, bagi memanipulasi saham.

Nazifuddin yang berusia 28 tahun telah mengejutkan ramai pihak apabila beliau mengumumkan akhir tahun lalu di dalam entri yang agresif terhadap lembaga firma perusahaan kayu yang tenat Harvest Court Industries, mencetuskan harga saham yang melonjak naik.

Beberapa minggu kemudian, di tengah-tengah aduan dan panggilan daripada pihak profesional pasaran bagi tadbir urus dan pengawasan yang ketat, Nazifuddin meletak jawatan dari lembaga Harvest tetapi berikrar untuk menjaga saham beliau. Walaupun begitu, saham Harvest yang telah meningkat sebanyak 2.575 peratus disebabkan pengumumannya jatuh mendadak dengan perletakan jawatannya.

Supercomnet


Satu insiden kedua yang serupa melibatkan Supercomnet Technologies Bhd mencetuskan syak wasangka bahawa Nazifuddin ingin menggunakan nama keluarganya untuk membuat wang dengan mengorbankan peruncit kecil dan penonton.

Berita terbocor bahawa anak Najib telah diberi pilihan untuk memperoleh 18.66 peratus daripada Supercomnet. Dua hari kemudian, Nazifuddin menolak tawaran itu dan harga saham Supercomnet kemudian jatuh mendadak.

"Ia adalah sekeras-kerasnya kecuaian pada bahagian kedua-dua pemegang saham yang sedia ada dan Nazifuddin dalam memastikan maklumat penting disediakan kepada pelabur secara tepat pada masanya. Nazifuddin yang benar-benar pelik telah menarik balik penerimaan 'pilihan untuk membeli' 18.66 peratus daripada syarikat itu, hanya untuk menolak cadangan itu dalam tempoh 48 jam adalah amat jelas mencurigakan dan mesti segera disiasat," kata Tony dalam satu kenyataan.

"Soalan yang perlu ditanya ialah siapa yang membuat banyak wang daripada pelaksanaan keseluruhan tersebut - dengan membeli saham sebelum pilihan perjanjian tersebut telah diumumkan pada petang Isnin dan kemudiannya menjual saham tersebut sebelum penolakan tawarannya telah diumumkan pada pagi Selasa"

Deepak juga: Amat keterlaluan


Selain dari Nazifuddin – satu lagi personaliti ialah Deepak Jaikishan yang lembut - juga telah mendapat manfaat daripada hubungan dengan keluarga Najib. Dikenali sebagai "Toy Boy" kerana keakraban beliau dengan isteri Najib Rosmah Mansor,

Perjanjian mega tidak tentu minyak dan gas Deepak yang melibatkan penapis kecil air Envair telah menjadi bahan ketawa ramai orang sebagai minat spekulatif dalam pasaran saham Malaysia yang kecil.

Walaubagaimanapun, pihak profesional industri tidak geli hati, dengan menuduh keluarga Najib membawa keburukan ke dalam pasaran saham Malaysia yang sudah gelap, yang ketinggalan jauh dibelakang jiran yang terdekatnya, bursa Singapura yang telah berjaya menangkap beberapa pasaran besar atau mendapat penyenaraian serantau.

Malaysia Chronicle

Daim ni bela Hantu Raya kot... kahkahkah...

Posted: 31 Mar 2012 02:33 AM PDT

Awas, Kata-Kata Daim Mula Memukau PR….

"Salam. Tertanya-tanya adakah Daim ingin popular sebagai penganalisis politik yang realis, dan melupakan hubungan 3 seginya - Daim, Mahathir, Najib? Memang ramalan Daim "menjadi" untuk PRU12 (2008), namun adakah niat Daim boleh kita samakan dengan realiti politik pasca 2008?

Adakah Daim, dengan ramalannya dan hasil analisisnya bahawa pada PRU13 nanti hanya 3 negeri yang selamat bagi UBN - Johor, Melaka, dan Pahang, Daim berniat ingin menghancurkan legasi UBN yang pernah menjadi lubuk hartanya?

Dalam hati kecil saya, seolah-olah ada "hidden agenda" Daim apabila berkata-kata hanya 3 negeri yang selesa untuk UBN, selain Pulau Pinang dan Kelantan kekal di bawah UBN. Adakah Daim rela kerusi PM di Putrajaya diduduki oleh musuh no 1 beliau, Anwar Ibrahim?

Senarionya begini, adakah SPR benar-benar bebas? Adakah SPR akan patuh kepada syor-syor PSC yang akan dibentangkan pada 10 April ini? Memang SPR telah setuju, tentunya Najib telah pun merestuinya akan menggunakan calitan dakwat kekal untuk PRU13 nanti. Cuba kita tanyakan lagi, mengapakah mereka bersetuju dan akur? Adakah Najib sanggup menggadaikan kuasanya dengan terlaksananya penggunaan calitan dakwat kekal ini? Maksudnya mereka telah pun yakin bahawa pelaksanaan calitan dakwat ini tidak akan menjejaskan undi terhadap UBN.

Kita boleh kaitkan dengan gerakan pemutihan PATI oleh KDN, dan dengan kerjasama dengan JPN, didakwa ratusan ribu PATI diberi kad pengenalan. Jika andaian ini tepat, UBN tidak harus runsing dengan calitan dakwat.

Pemimpin PR dan blogger PR juga ada mendedahkan bagaimana SPR memanipulasi daftar pemilih tanpa kita sedari. Juga bagaimana SPR melaksanakan pembetulan sempadan SPR dengan sempadan negeri. Perpindahan alamat juga didakwa sedang giat dilakukan di negeri-negeri dikuasai PR.

Jadi, apabila Daim dalam wawancaranya yg terkini mengatakan bahawa hanya 3 negeri yang selesa bagi UBN jika berlaku PRU13, sebenarnya Daim berhasrat untuk melekakan PR dan supaya PR berasa selesa bahawa Putrajaya telah confirm jatuh ke tangan PR.

Kita dapat merumuskan yang Daim berniat untuk mengalih perhatian terhadap agenda tersembunyi SPR terhadap daftar pemilih yang akan digunakan untuk PRU13 nanti.

Hemat saya, Daim menyedari bahawa dasar transformasi Najib lebih berupa retorik dan segala pemberian wang dan projek serta janji Najib tidak mampu lagi mengubah persepsi sebahagian besar rakyat terhadap kebobrokan UBN. Talian hayat terakhir dan ampuh UBN ialah SPR dan daftar pemilih, termasuk undi pos.

Begitu juga dengan gerombolan yang diketuai Nalla untuk menelanjangi kegiatan sex tersembunyi Anwar dengan dibantu peguam Muhammad Shafee, antara tujuannya untuk mengalihkan tumpuan PR dan rakyat daripada daftar pemilih yang begitu meragukan itu.

Oleh itu, bangunlah dari lena dan angan-angan. Usahlah seronok akan kejayaan Rafizi embongkar skandal Fidlot itu. Memang usaha Rafizi itu boleh kita kalungkan bunga atas kegigihannya hingga jatuhnya Shahrizat. Tapi, ada tugas yang lebih besar dari itu, jika isu daftar pemilih ini tidak diselesaikan dan didedahkan, angan-angan ke Putrajaya hanyalah fatamorgana.

http://helangjagat.blogspot.com

Kali pertama Mahathir cakap benda betoi... kahkahkah...

Posted: 30 Mar 2012 11:00 PM PDT

Dr M akui: Umno kekurangan cerdik pandai Melayu

Mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad akhirnya mendedahkan. Pimpinan tinggi Umno sengaja menahan golongan bijak pandai melayu sebagai rancangan untuk terus berkuasa antara sesama mereka, dan mengakibatkan keadaan sekarang bila parti kekurangan bakat baru terutama di peringkat tertinggi.

" Sejak berdekad yang lalu, Umno tidak membenarkan mereka yang bijak menganggotai parti. Sebab itu ramai doktor masuk PAS. Ini membuatkan susah untuk Umno mendapat calun sesuai untuk menjamin kemenangan dalam pilihanraya." Mahathir memberitahu Bernama rabu lepas.

Siapa patut dipersalahkan

Tapi Mahathir ialah bekas PM dan presiden Umno selama 22 tahun,dari 1981 hingga 2003, maka bertanggungjawab bagi sebahagian besar polisi yang membentuk Umno sehingga kini.

Samada kita suka atau tidak, Umno mempunyai reputasi buruk berdasarkan perkauman dan agama untuk memenangi kaum etnik terbesar dinegara ini-orang Melayu.

PM Najib Razak, khasnya, di cerca sebagai "jaguh talam dua muka" kerana menyokong tumbuhnya kumpulan NGO extremis hak ultra Melayu seperti Perkasa dan anti Kristian seperti Jati, sambil pada masa yang sama, menyebut2 polisi kesederhanaan kepada masyarakat antarabangsa.

Mahathir juga menggesa pemimpin Umno supaya meninggalkamm amalan hanya memilih ketua bahagian untuk bertanding. Komen ini timbul ketika Najib mula pusingan terkahir dalam memilih calun2 boleh menang untuk pilihanraya umum 13 yang dijangka tahun ini.

"Kita harus terima calun yang baik, samada mereka ahli Umno atau tidak.Kita mahu orang yang layak dan berbakat, kemudian baru kita boleh membentuk kerajaan yang berupaya," kata Mahathir.

Perselisihan dalaman

Pemimpin pembangkang tidak terkejut dengan komen Mahathir, dan merasa kan beliau cuba mempengaruhi keputusan Najib berkenaan calon2 , daripada mengubah Umno.

"Umno sedang mengalami perselisihan dalaman paling teruk.Dalam semua negeri yang mereka perintah, sekurang kurangnya ada 2 kumpulan yang berlumba lumba untuk kuasa. Semua mahu calun mereka dipilih.Dalam politk, jika tiada kerusi samada di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri, maka ibarat harimau tak bertaring. Mahathir ialah salah seorang dari panglima perang.Najib juga.Mereka ada kem mereka dan akan cuba memberi kan penyokong mereka sebahagian dari kerusi tersebut.

Malaysia Chronicle

BONGKAR: Ketua Pemuda UMNO Penang halau Melayu Bagan

Posted: 30 Mar 2012 10:15 PM PDT

BONGKAR! SHAIK HUSSEIN HALAU MELAYU

Assalamualaikum,

Salam Sejahtera.

Paku dulang, paku serpih. Mengata orang tapi dia yang lebih. Nak tau?hehehehhe. Cerita Ketua Pemuda Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin memberi amaran kepada Guan Eng agar memulangkan semula tapak masjid berkenaan kerana ia boleh mencetuskan isu perkauman. "Saya tidak kisah jika dia nak buat pembangunan macam mana rupa sekalipun tetapi tapak masjid Bayan Mutiara jangan kacau, ini perkara serius. Ia milik orang Islam," tegasnya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat UMNO Pulau Pinang di sini hari ini.(Utusan Online).

CT cuma nak kata, Shaik Hussein ni juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bagan. Apa plak cerita Tanah Wakaf Abdul Qader Jalan Mengkuang, Bagan? Bukankah beliau berkrompomi dengan Ketua UMNO Bahagian Bagan dan beriya-iya menghalau penduduk Melayu keluar daripada Tanah Wakaf tu? Jangan Tipu? Orang kampong semua dah tau!!! Tujuan untuk menjalankan Projek Pangsapuri puluhan juta ringgit! Yang pasti, projek tersebut dapat ke siapa erk?

 

Jangan cakap tak serupa bikin!kahkahakahakaha! Tunggu pembongkar selanjutnya..heheheheh

PECAH REKOD: Menabung dari kecik nak beli Porsche...

Posted: 30 Mar 2012 09:00 PM PDT

Anak Nazri menabung sejak kecil ke beli kereta mewah Porche?

Menteri di Perdana Menteri Jabatan Nazri Abdul Aziz digesa mendedahkan sumber dana untuk pembelian sebuah kereta Porsche dan sebuah kenderaan MPV mewah yang digunakan oleh anaknya dan pegawal peribadi anaknya semasa didakwa berlaku insiden seorang pegawal keselamatan dipukul malam Selasa lalu.

Dalam hal ini, Naib Presiden PKR, N Surendran berkata ia juga menjadi tanggungjawab Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengotakan janjinya untuk pembaharuan dan kerajaan yang bersih.

"Ini boleh dilakukan dengan mengarahkan Nazri membuat pengisytiharan penuh asetnya," tambah Surendran dalam satu kenyataan hari ini.

Surendran berkata tindakan tergesa-gesa polis untuk membersihkan anak Nazri - Mohamad Nedim - daripada sebarang salah laku - seperti yang dilaporkan beberapa akhbar Sabtu lalu - hanya menimbulkan lebih banyak kecurigaan dan keraguan mengenai apa yang sebenarnya berlaku di kondominium mewah itu pada malam 20 Mac.

"Adakah polis cuba melindungi reputasi Umno dan kerajaan?" soalnya sambil menambah bahawa rakyat berhak meminta satu siasatan menyeluruh dan saksama dijalankan terhadap kejadian tersebut.


Katanya, kenyataan OCPD Brickfields Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid tidak konsisten dengan laporan-laporan awal bahawa anak Nazri dan pengawal peribadinya yang memukul pengawal keselamatan tersebut.

"Juga telah dilaporkan bahawa terdapat rakaman CCTV keseluruhan kejadian tersebut. Apakah yang didedahkan dalam pita CCTV tersebut?" soalnya.

Surendran juga mendakwa ia telah menjadi amalan standard bagi pihak polis tergesa-gesa mempertahankan pemimpin BN atau saudara mara mereka yang disyaki melakukan jenayah.

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com

TERHOT: Laman web FAM di godam... kahkahkah...

Posted: 30 Mar 2012 06:35 PM PDT

Laman web FAM digodam

LAMAN web Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab semalam.

Laporan BERNAMA menyebut, laman web itu digodam dengan kata-kata yang meluahkan rasa kecewa dengan kepimpinan badan indu itu.

Turut dimuat turun dalam laman web itu adalah klip video dan undian meminta kepimpinan tertinggi FAM meletakkan jawatan.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Aizzudin Ahmad, bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk mengesahkan perkara itu.

Berita Hairan

KANTOI: SPR kata dia ni dah mati... kahkahkah...

Posted: 30 Mar 2012 05:55 PM PDT

Keratan akhbar Suara Keadilan edisi 58.

Nama hilang daftar pemilih, SPR maklum Ivan Ho sudah 'mati'

KUALA LUMPUR 30 Mac: Seorang pengundi terkejut apabila mendapati beliau sudah mati mengikut daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ia terbongkar apabila Ivan Ho Heng Thong, 54, melalui Setiausaha Ranting KEADILAN Taman Pekan Baru, Delren Douglas membuat semakan ke atas punca kehilangan nama Ivan dari daftar pemilih sebelum ini.

Kata Delren, Ivan cuba mendaftar namanya sebagai pemilih di pejabat pos Pudu pagi tadi tetapi tidak boleh kerana pernah mendaftar sebelum ini manakala laman web SPR juga tiada rekod.

"Saya kemudian ke pejabat SPR Putrajaya. Mengikut mereka, Ivan dikeluarkan daripada senarai pengundi kerana beliau Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengisytihar mati oleh JPN," katanya kepada KeadilanDaily, hari ini.

Berita kehilangan nama Ivan Ho disiar Suara Keadilanedisi 58 sekitar dua minggu lalu. Beliau membuat laporan di balai polis Kota Damansara 10 Maclalu selepas menyedari namanya hilang dalam daftar pemilih walaupun pernah lima kali mengundi di Bukit Lanjan.

Beliau juga mengundi pada pilihan raya (PRU) ke-12 pada 2008.- KD

ANEH: Wajah Bayi Macam Makhluk Asing...

Posted: 30 Mar 2012 04:38 PM PDT

Bayi Wajah Ganjil Dilahirkan di Nigeria

Seorang ibu berusia dalam lingkungan 30-an di Iyin Ekiti, Nigeria melahirkan seorang anak yang kelihatan seperti gambaran makhluk asing dalam filem, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Ibu itu yang sudah mempunyai dua anak, hamil selama 13 bulan sebelum dia melahirkan anak ganjil tersebut di sebuah hospital di sini menerusi pembedahan pada pukul 2.15 petang pada Khamis lalu.

Kelahiran bayi itu mencetuskan kekecohan di hospital berkenaan kerana beberapa pegawai perubatan membincangkan keganjilan bayi berkenaan.

Pesuruhjaya Kesihatan Negeri Ekiti, Dr. Wole Olugboji mengesahkan kelahiran bayi tersebut.

"Terdapat seorang wanita yang melahirkan seorang bayi ganjil di Hospital Besar Iyin. Bayi itu sudah meninggal dunia tetapi ibunya okey," katanya

Menurutnya, ubat sedatif diberikan kepada ibu itu supaya dia tidak sedarkan diri selepas melahirkan anak tersebut bagi memastikannya tidak melihat anaknya yang ganjil.

Akhbar Vanguard mendapat maklumat bahawa suami wanita tersebut bersetuju supaya pengebumian dilakukan terhadap bayi ganjil itu dengan segera.

Satu sumber memberitahu akhbar tersebut bahawa bayi ganjil itu mempunyai dua mata yang membonjol dan beberapa helai rambut di dahinya.

Bayi itu tidak mempunyai otak. Satu lagi sumber menyatakan bahawa bayi itu terlalu kecil semasa dilahirkan.

- Agensi

Lelaki ni sembelih dua kawan dia...

Posted: 30 Mar 2012 12:00 PM PDT

OLIER SHEKS dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Seremban selepas dijatuhi hukuman gantung semalam.

Lelaki sembelih dua rakan dihukum gantung

SEREMBAN – Seorang lelaki warga Bangladesh dihukum gantung oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didapati bersalah menyembelih dua rakan senegaranya sehingga mati di sebuah asrama pekerja di Taman Kemuning, Senawang dekat sini tiga tahun lalu.

Olier Sheks Awoyal Sheks, 28, hanya mampu mengalirkan air mata selepas keputusan itu dibacakan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Nasfy Yasin.

Dia yang baru tiga bulan bekerja di sebuah kilang juga dihukum penjara 10 tahun kerana menyebabkan kecederaan yang boleh mendatangkan kematian terhadap seorang lagi mangsa.

Ahmad Nasfy dalam penghakimannya berkata, selepas membuat penelitian terhadap semua bukti dan keterangan daripada saksi yang terlibat, mahkamah tidak mempunyai pilihan selain menjatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Mengikut pertuduhan, Olier Sheks didakwa membunuh Abdul Kadir Fazer Ali, 22, dan Shahin Md. Amir Hossain, 24, di sebuah asrama pekerja di Taman Kemuning, Senawang dekat sini pada pukul 2 pagi hingga 4.10 pagi, 15 September 2009.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum gantung sampai mati jika disabitkan dengan kesalahan.

Kosmo

Tiada ulasan: