Sabtu, 31 Mac 2012

Addin

Addin


Gambar Kereta Anwar Ibrahim Kemek Di Lontar Oleh Pencacai

Posted: 31 Mar 2012 10:38 AM PDT


Anwar Ibrahim menunjukan keretanya yang kemek dilontar dgn objek keras sewaktu dalam perjalanan ke Padang Perdana, Kota Bharu untuk berceramah sempena Solat Hajat 'Putrajaya Bermula Di Sini' malam semalam. 






Angkara siapakah ini? Tentunya angkara pencacai -pencacai  yang di upah. Meraka bimbang akan kehilangan kuasa bos-bosnya pada PRU 13 nanti. Bila orang ajak berdebat namun pengecut pahit. 


Tetapi bila orang nak berceramah pulak di kacau ganggu.. inilah politik dunia ketiga dan tidak bertamadun.


SPR Bersengkokol Dengan KEMAS Pindahkan Pengundi?

Posted: 31 Mar 2012 07:13 AM PDT


BUKIT KATIL 31 Mac - Seorang pengundi, Zawawi Abdul terkejut apabila semakan di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati alamat tempat mengundinya telah ditukar tanpa pengetahuannya. Zawawi (gambar) menunjukkan salinan Borang Daftar Pemilih dari SPR yang didakwa ditandatangan oleh pihak lain. Beliau yang merupakan pengundi di Peti Undi Bukit Lintang dalam Dun Ayer Molek sejak tahun 1970-an lagi kini ditukar menjadi pengundi di Dun Duyong. "Sejak dari tahun 70-an saya mengundi di Sekolah Kebamgsaan Bukit Lintang tidak pernah pindah tempat mengundi, saya terkejut bila menyemak di laman web nama saya ada di Dun Duyong," katanya kesal.

Beliau yang telah membuat bantahan di Ibu Pejabat SPR negeri semalam juga terkejut apabila ditunjukkan salinan borang pertukaran alamat yang tertera cop Kemas dan tandatangan palsu yang dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

"Saya tidak pernah mengisi tukar tempat mengundi dan tandatangan dalam borang tersebut bukan tandatangan saya, malah saya juga tidak pernah menyerahkan fotostat kad pengenalan kepada sesiapapun," katanya lagi.

Ekoran perkara itu, beliau juga telah membuat laporan polis.

Sementara itu, Penyelia Dun Ayer Molek, Haji Mustaffa Ali menyifatkan tindakan pihak tertentu itu sebagai perbutan khianat dan tidak bertanggungjawab.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan ianya didalangi parti politik tertentu dalam usaha mendapatkan kemenangan dengan cara tidak bermaruah pada PRU-13 nanti.

"Ini merupakan tindakan yang jelas bertentangan dengan undang-undang dan demokrasi" katanya. ~harakahdaily

Ketua Setiausaha Negara Bakal Di Pecat?

Posted: 31 Mar 2012 05:58 AM PDT

KUALA LUMPUR, 31 Mac: Amat tidak adil jika Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah sahaja yang dipertanggungjawabkan akibat kemelut skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).  Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan sebarang tindakan terhadap mereka berdua sahaja adalah zalim dan tidak bertanggungjawab kerana orang yang paling bertanggungjawab terhadap kemelut itu ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri. "Kalau hendak diambil tindakan, bukan paksa mereka berdua sahaja berundur dengan tidak menyambungkan kontrak perkhidmatan mereka.

 "Perdana menterilah yang pertama sekali mesti meletak jawatan dan berundur kerana kemelut SBPA itu," katanya.

Perdana Menteri adalah orang yang paling bertanggungjawab yang menyebabkan kemelut SBPA itu berlaku kerana beliau adalah Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjawatan dan Gaji Sektor Awam (JKK-MPGSA), kata Mahfuz.


"Skim SBPA itu tentu dibentangkan kepada JKK-MPGSA sebelum dibentangkan kepada mesyuarat kabinet.

"Skim itu bukannya penggunaan duit tunai runcit di pejabat untuk membeli pensil misalnya, ia perlu dibentangkan kepada mesyuarat kabinet.

"Jika telah dibentangkan kepada mesyuarat kabinet dan sebelum itu kepada JKK-MPGSA, tentulah Najib sebagai Perdana Menteri telah mempersetujui dan meluluskan skim itu terlebih dahulu sebelum diumumkan," katanya.


Sebab itu, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, Najiblah orang yang bertanggungjawab terhadap skim itu.

"Adakah Najib mahu mengatakan beliau tidak tahu menahu tentang skim SBPA itu sebelum ia diumumkan?

"Adakah SBPA dilaksanakan tanpa persetujuan Perdana Menteri? Kalau begitu, Najib buat apa?" Mahfuz mempersoalkan.

Mahfuz juga mengecam putar belit yang meletakkan Najib sebagai penyelesai dan penyelamat kemelut SBPA itu.

"Kononnya Najib terpaksa campur tangan dan mengumumkan pembatalan SBPA.

"Sedangkan, beliaulah antara yang paling bertanggungjawab sejak dari awal lagi terhadap skim yang dilihat menindas pekerja bawahan sektor awam itu," kata beliau.

Untuk menyelamatkan Najib yang dipertanggungjawabkan berikutan bantahan kakitangan awam terhadap SBPA, diputarbelitkan berita kononnya hanya kewibawaan kepimpinan Mohd Sidek dan Abu Bakar sahaja yang dipersoalkan selain turut mendesak mereka meletak jawatan kerana telah menjejaskan imej kerajaan.

Abu Bakar dilaporkankan tidak menafi atau mengesahkan spekulasi kedudukan perkhidmatan beliau.

Difahamkan, beliau telah dipanggil Perdana Menteri berhubung kedudukannya itu.

''Tunggulah dua tiga hari lagi," sebuah akhbar harian memetik beliau sebagai berkata ketika ditanya mengenai butiran pertemuannya dengan Perdana Menteri.

Akibat bantahan meluas dari kakitangan awam, Najib akhirnya terpaksa membatalkan SBPA yang telah pun dilaksanakan dengan mengembalikan semula Sistem Saraan Malaysia (SSM) semasa mengadakan perjumpaan khas bersama penjawat awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 8 Mac lalu.

Di hadapan lebih 10,000 penjawat awam itu, Perdana Menteri turut mengumumkan pelarasan gaji antara tujuh hingga 13 peratus bagi semua gred penjawat awam, kenaikan elaun sara hidup dan penubuhan suruhanjaya bagi mengkaji secara komprehensif sistem saraan penjawat awam.

Abu Bakar, 57, masih belum mencapai usia persaraan 60 tahun manakala Mohd. Sidek, 61, yang dilantik menjawat jawatan KSN mulai 3 September 2003 telah disambung kontrak perkhidmatannya sebanyak tiga kali sejak 2009.

Spekulasi bertiup kencang bahawa Perdana Menteri akan mengumumkan pengunduran mereka kononnya untuk menyelamatkan imej kerajaannya sebelum pilihan raya akan datang.

Mengulas spekulasi itu, Mahfuz berkata: "Jika Najib mengumumkan pengunduran itu, beliaulah orang yang paling tidak malu kerana beliaulah yang terlebih dahulu patut berundur sebelum Mohd Sidek dan Abu Bakar diundurkan secara paksa". ~harakahdaily


Statement Mamak Umno Putar Alam

Posted: 31 Mar 2012 03:00 AM PDT

Paku dulang, paku serpih. Mengata orang tapi dia yang lebih. Nak tau?hehehehhe. Cerita Ketua Pemuda Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin memberi amaran kepada Guan Eng agar memulangkan semula tapak masjid berkenaan kerana ia boleh mencetuskan isu perkauman. "Saya tidak kisah jika dia nak buat pembangunan macam mana rupa sekalipun tetapi tapak masjid Bayan Mutiara jangan kacau, ini perkara serius. Ia milik orang Islam," tegasnya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat UMNO Pulau Pinang di sini hari ini.(Utusan Online).CT cuma nak kata, Shaik Hussein ni juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bagan.

 Apa plak cerita Tanah Wakaf Abdul Qader Jalan Mengkuang, Bagan? Bukankah beliau berkrompomi dengan Ketua UMNO Bahagian Bagan dan beriya-iya menghalau penduduk Melayu keluar daripada Tanah Wakaf tu? Jangan Tipu?


Orang kampong semua dah tau!!! Tujuan untuk menjalankan Projek Pangsapuri puluhan juta ringgit! Yang pasti, projek tersebut dapat ke siapa erk?




Jangan cakap tak serupa bikin!kahkahakahakaha! Tunggu pembongkar selanjutnya.. hehehehehe.. ~catsthinker


Pekeliling Kenaikan Gaji Dan Sifir Pemindahan Gaji SSM 2012

Posted: 31 Mar 2012 01:58 AM PDT


Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 berkenaan kenaikan gaji pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di bawah Sistem Saraan Malaysia telah dikeluarkan.

Kat bawah nih Addin sertakan pekeliling yang ditunggu oleh penjawat awam.


Rasanya ada perubahan pergerakan gaji tahunan bagi kakitangan awam yang tarikhnya pada bulan 12. Klik kat link di bawah nih.



(Video) Pengunjung Pantai Di Baham Paus Pembunuh Hidup - Hidup

Posted: 30 Mar 2012 07:58 PM PDT

Sesungguhnya, setiap yang hidup itu, telah pun ditetapkan oleh Allah S.W.T akan mati juga seperti yang telah tertulis dalam takdir Illahi. Namun, tiada siapa yang mengetahui bila, waktu dan saat kita semua akan mati kerana itu semua adalah rahsia dari Allah. Sebuah video yang menyayat hati, benar-benar meruntun perasaan sedih tatkala melihatkan insiden tragis yang menimpa ke atas seorang lelaki yang sedang bergembira di tepi pantai.

Lokasi dalam video itu tidak dapat dikenal pasti tetapi penulis yakin, kejadian itu berlaku di negara Arab.

Seorang pengunjung pantai kelihatan gembira untuk menikmati aktiviti riadahnya di tepi pantai.

Bagaimanapun, kuasa Allah mengatasi segala-galanya apabila seekor ikan paus pembunuh berenang ke tepi pantai dan seterusnya membahan lelaki tersebut!


Subhanallah! Tiada apa yang mampu diungkapkan melainkan istighfar yang mendalam dalam hati.

Semoga kejadian ini dapat kita sama-sama jadikan iktibar dan berdoa semoga Tuhan sentiasa memberi perlindungan kepada diri kita setiap masa. Insyallah. ~hmetro



Penipuan SPR Terbongkar Lagi..

Posted: 30 Mar 2012 07:45 PM PDT

Keratan akhbar Suara Keadilan edisi ke 58
Seorang pengundi terkejut apabila mendapati beliau sudah mati mengikut daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Ia terbongkar apabila Ivan Ho Heng Thong, 54, melalui Setiausaha Ranting KEADILAN Taman Pekan Baru, Delren Douglas membuat semakan ke atas punca kehilangan nama Ivan dari daftar pemilih sebelum ini. Kata Delren, Ivan cuba mendaftar namanya sebagai pemilih di pejabat pos Pudu pagi tadi tetapi tidak boleh kerana pernah mendaftar sebelum ini manakala laman web SPR juga tiada rekod.

"Saya kemudian ke pejabat SPR Putrajaya. Mengikut mereka, Ivan dikeluarkan daripada senarai pengundi kerana beliau Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengisytihar mati oleh JPN," katanya kepada KeadilanDaily, hari ini.


Berita kehilangan nama Ivan Ho disiar Suara Keadilanedisi 58 sekitar dua minggu lalu. Beliau membuat laporan di balai polis Kota Damansara 10 Maclalu selepas menyedari namanya hilang dalam daftar pemilih walaupun pernah lima kali mengundi di Bukit Lanjan.

Beliau juga mengundi pada pilihan raya (PRU) ke-12 pada 2008. ~keadilandaily

Addin :

Awas!! kepada semua pemilih harus membuat semakan di daftar pemilih sekarang. Bermacam-macam penipuan licik SPR untuk memenangkan Umno pada PRU 13 akan datang. Sebelum pilihanraya mari kita ke jalanraya!! BERSIH 3.0..


Tiada ulasan: