Khamis, 29 Mac 2012

shalehudin

shalehudin


Daim di tauliah sebagai tukang tilik... kahakahkah...

Posted: 29 Mar 2012 11:00 AM PDT

Ramalan Daim boleh jadi kenyataan – Aziz Bari

TEMERLOH, 28 Mac: Ramalan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin bahawa BN hanya akan memperoleh tiga negeri pada pilihan raya umum akan datang perlu diberi perhatian serius kerana bukannya ramalan kosong.

Pakar undang-undang, Dr Abdul Aziz Bari (gambar)ketika berceramah di sini menegaskan, jika ramalan tersebut menjadi kenyataan seperti ramalan beliau pada PRU 2008, sudah tentu Pakatan Rakyat (PR) akan mara ke Putrajaya.

"Daim kata BN hanya selamat di tiga negeri saja iaitu Johor, Melaka dan Pahang apa yang dikatakannya bukan ramalan kosong tetapi fakta dan ada kredibiliti kerana beliau rapat dengan saudagar, agen risikan dan badan politik.

"Dulu sebelum 2008 Daim juga ramal lima negeri akan jatuh kepada pembangkang dan setelah keputusan PRU ternyata tepat.

"Malah badan penyelidik Merdeka Centre yang mendapati kajian imej (Datuk Seri ) Najib (Tun Razak) naik itu mengeluarkan kenyataan jika 45 peratus undi Melayu menyebelahi Putrajaya akan dikuasai PR," ujarnya.

Abdul Aziz yang berceramah di perkarangan pejabat PKR di sini kelmarin mengulas kenyataan Daim juga bekas Bendahari Umno dalam satu wawancara dengan sebuah akhbar berbahasa Cina baru-baru ini meramalkan BN hanya akan memperoleh kemenangan di tiga negeri sahaja pada PRU-13 nanti.

Serentak dengan itu beliau menggesa jentera PR Pahang digerakkan segera kerana komposisi kaum di Pahang sama seperti Selangor dan jika pengundi diberi akses maklumat tidak mustahil boleh berubah.

Abdul Aziz berkata, orang-orang Melayu yang kurang maklumat terpengaruh dengan propaganda kalau PR menang Cina akan memerintah atau Malaysia akan jadi republik sedangkan itu tidak betul.

"Sebab itu Umno menang dan memerintah atas kebodohan rakyat. Ini terbukti tempat yang dimenangi mereka tempat-tempat yang kurang akses maklumat dan di situlah juga berlaku pelbagai masalah.

"Peranan jentera penerangan ialah memberitahu rakyat kali inilah kita kena ubah jika tidak entah bila lagi. Jika tidak Umno akan lebih ganas lagi, rasuah akan lebih berleluasa lagi.

"Umno takut untuk berdebat soal-soal dasar dan polisi tetapi mereka lebih mudah mengganggu ceramah PR dengan mengupah samseng-samseng. Beritahu rakyat cara politik seperti inilah yang kita kena hentikan," tambahnya lagi.

Abdul Aziz mengingatkan, dalam PRU yang lalu kira-kira 1.8 juta orang Umno mengundi parti-parti Pakatan justeru beliau meminta jangan disisihkan penyokong-penyokong Umno bawahan.

"Kemenangan PR bermakna kemerdekaan rakyat kali kedua dan PR perlukan 112 kerusi untuk membentuk kerajaan di mana peluang itu ada.

"Tetapi orang Pahang tentulah tidak mahu sekadar menonton saja kemenangan negeri," katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid yang berceramah sebelum itu mendedahkan kehidupan rakyat pada masa ini begitu terhimpit dengan melambungnya kos hidup yang sudah sedia tinggi.

"Harga barang naik 80 peratus sejak di bawah pemerintahan Najib dan apa jadi jika BN menang PRU kerana Najib sendiri menyebut lepas PRU cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sekitar empat peratus akan dilaksanakan.

"Itu kehidupan rakyat yang makin susah. Pada masa sama hutang negara sudah cecah hampir RM500 bilion yang boleh menyebabkan negara bankrap," katanya.

Tambahnya dalam masa yang sama pemimpin negara berbelanja dengan boros antaranya kediaman Perdana Menteri sendiri yang menggunakan air sehingga RM40,000, elektrik RM189,000 sebulan dan baiki bilik air sehingga RM9.3 juta.

Serentak dengan itu beliau menyeru rakyat membina tekad untuk membuat perubahan dalam PRU akan datang demi survival rakyat sendiri pada masa depan.- Harakahdaily

Adegan yang ingin Hassan Ali lihat... kahkahkah...

Posted: 29 Mar 2012 10:18 AM PDT

Nooranishah (kiri) bersama Faiqah dan Nurul Huda ketika ditahan atas kesalahan mempamerkan tarian tiang dan berpakaian tidak sopan di sebuah pusat hiburan di Nilai pada Sabtu lalu.

Inilah negara Islam ala UMNO. Tak pakai helmet pun denda RM250.00, tapi menari peluk tiang cuma kena RM25.00. Khak pttuiihh....


Tiga penari tiang didenda RM25

SEREMBAN - Tiga wanita beragama Islam didenda RM25 seorang oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai dekat sini Sabtu lalu.

Faiqah Azizan, 24, Nurul Huda Abdul Rahman, 23, dan Nooranishah Mohamad Isa, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga wanita tersebut yang berasal dari Kuala Lumpur didakwa mempamerkan tarian tiang di atas pentas dengan pakaian kurang sopan di tempat hiburan awam.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang mengenakan hukuman denda tidak lebih RM25 atau penjara maksimum 14 hari jika sabit kesalahan.

Mereka adalah tertuduh beragama Islam yang pertama di Negeri Sembilan disabitkan kesalahan melakukan tarian tiang di bawah akta tersebut.

Mohamad Izwan dalam penghakimanannya berharap kesemua tertuduh insaf dan tidak mengulangi perbuatan itu demi menjaga nama baik diri dan keluarga mereka.- Kosmo

TERHOT: Hassan Ali sedang baca doa tolak bala... kahkahkah...

Posted: 29 Mar 2012 08:50 AM PDT

Hassan Ali sedang membaca doa tolak bala... PASAI APA?

NI HA SEBABNYA... !!!
Kahkahkah....
Kahkahkah....
Kahkahkah....

PANAS: Najib lari tak cukup tanah... kahkahkah...

Posted: 29 Mar 2012 06:08 AM PDT

Kes bunuh Altantuya akan terus menghantui Najib dalam pilihanraya umum.

Ramai ahli ahli Umno ingin melihat Najib meninggalkan dunia politik sepertimana Shahrizat lakukan.Perpecahan semakin jelas dalam UMNO. Skandal, rasuah,pilihkasih,pentadbiran yang lemah dan bermacam persolaan dari kes bunuh Altantuya membawa akibat.

Ramai ahli UMNO yang dalam diam, memprotes cara Najib menangani siu-siu yang melibatkan negara. Mana-mana yang diberi lampu hijau untuk bertanding dalam pilihanraya akan datang dan para penyokong mereka mungkin masih kekal di kem Najib. Mereka yang tida dipilih dan penyokong mereka sudha tentu akan mensabotaj UMNO dengan cara tidak mengundi atau memberikan undi mereka kepada pembangkang.Malah mereka yang berada di kem Najib juga berpecah,kerana mereka juga calon2 yang mengidamkan jawatan tinggi dalam parti.

Mereka yang dilihat sebagai 'bersih' dalam Umno mahukan Najib keluar. Terlalu banyak isu yang menjejaskan imej Umno sejak Najib mengambil alih dari Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri ke 6. Mereka2 ini ialah pemimpin yang cintakan Umno lebih dari najib.Mereke lihat terlalu banyak perkara yang tidak betul dalam pimpinan Najib. Mereka tidka boleh terlalu vokal atau mereka akan diinggirkan dalam Umno oleh sekutu kuat Najib. Mereka sudah putus harapan hingga mereka sanggup melihat UMNO-BN tewas kepada pembangkang dalam pilihanraya akan datang.

Dilarang oleh agama

Kes bunuh Altantuya ialah antar salah satu isu yang memecahbelah dan mencemar imej UMNO dan najib. Ini sudah tentunya akan menjejaskan keputusan pilihanraya umum walau apapun yang disiarkan oleh media utama bagi tujuan mengaburi isu sebenar dari orang ramai.Media utama tentunya tidak melapurkan kebenaran.Mereke memilih untuk tidak melapurkan hal sebenar dan ini tidak akan menghalang orang ramai dari tertanya-tanya persoalan kenapa atau apa motif yang mmebawa kepada pembunuhan wanita tinggi lampai dari Mongolia itu.

Mudah saja.Orang ramai masih diselubungi misteri siapakah yang memberi arahan untuk membunuh Altantuya.Itu saja yang mereka ingin tahu.Kes bunuh mengejutkan ini membuatkan umat Islam yang membentuk majoriti penduduk merasa tidak senang.Begitu juga penduduk bukan Islam yang tidak boleh menerima pembunuhan kejam wanita tidak berdosa ini.Pembunuhan kejam bukanlah sesuatu yang dibenarkan oleh mana-mana agama.Kesucian nyawa manusia telah dijelaskan dalam Islam.

"On that account We ordained for the Children of Isra`il that if any one slew a person - unless it be for murder or for spreading mischief in the land - it would be as if he slew the whole humanity: and if any one saved a life, it would be as if he saved the whole humanity. Then although there came to them Our messengers with clear (guidance), yet, even after that, many of them continued to commit excesses in the land." (Quran 5:32)

Bahan letupan C4 yang digunakan untuk menghancurkan tubuh nya yang mengandung kepada cebisan kecil. Bahan tersbeut dibawah kawalan ketat kementerian pertahanan dan orang ramai ingin tahu siapa yang mmebenarkan bahan letupan tersebut di berikan kepada 2 anggota polis yang dihukum kerana membunuh wanita tersbeut. Rekod imigresen wnaita tersbeut tidak dapat dikesan.Siapa yang mengarahkan rekod tersebut dihapuskan? Kedua anggota polis tersebut langsung tidak mengenali wanita yang mereka bunuh itu.Apakah motif kedua tertuduh untuk membunuh? Adlaah wanita tersebut membangkit kan kemarahan kedua tertuduh hingga mereke menembak nya dan meletupkan mayatnya dengan bahan letupan C4? Atau adakah 2 tertuduh Cuma dipergunakan dalam misi ini? Adakah mereka diarahkan atau dibayar untuk melakukannya? Atau adakah mereka prinsipal dalam melakukannya?

UMNO dan pihak pembangkag dapat meneka motif

"Pada 3 Feb 2009…merayu kepada Mahkamah untuk tidak menjatuhkan hukuman bunuh kepada tertuduh kerana beliau umpama kambing hitan yang dikorbankan untuk melindungi seorang yang tidak dinamakan yang juga tidak dibawa ke mahkamah atau di soalsiasat.."Saya tiada sebab untuk mencederakan,apa lagi mengambil nyawa mangsa dengan kejam..Saya merayu kepada mahkamah, yang mmepunyai kuasa untuk menentukan samada saya akan hidup atau mati, tidak menghukum saya kerana memenuhi kehendak orang lain untuk saya." (Sumber: Wikipedia)

Ini ialah rayuan salah seorang tertuduh yang menunjukkan pasti ada pihak lain atau motif untuk melakukan nya yang mana orang ramai berminat untuk mengetahiunya.Bukan hanya pembangkang.mereka yang didalam UMNO juga ingin tahu motif untuk mmebunuh wanita yang sedang mengandung.Ia bukan sesuatu yang dilakukan serta merta oleh kedua tertuduh tersebut,memandangkan wnaita tersebut tidak mereka kenali. Malahn, ramai ahli UMNO dan pembangkang yang mmebuat spekulasi berkenaan motif pembunuhan tapi jawapan jelas yang mereka cari ada pada pemimpin UMNO sendiri.Menyembunykan kebenaran akan menjejaskan UMNO dalam PRU akan datang.Team "Bersih'dalam UMNO mahukan hal ini diselesaikan sebelum PRU 13 kerana ia akan dijadikan isu utama oleh pembangkang.

Motif adalah penting dalam mencari dalang pembunuhan ini tetapi keputusan Hakim Mahkamah Tinggi telah mengejutkan bukan saja mereka yang di bidang undang2 malahan masyarakt seluruhnya. Menurut lapuran. Hakim mendapati, motif, walaupun relevan, tetapi tidak penting untuk mensabitkan pembunuhan.Ini adalah satu penghinaan kepada tahap intelek mereke –mereka di dalam bidang undang-undang. Mereke tidak senang dengan keputusan ini,yang meninggalkan satu preceden dalam undang-undang yang bakal dirujuk dalam kes jenayah akan datang.

Malah, penuntut undang2 jenayah tahun 1 juga diajar apakah motif dalam jenayah pembunuhan, mens rea dan actus reus .Untuk membentuk sesuatu jenayah, ketiga tiga elemen ini perlu dibuktikan di mahkamah.Tiada pembunuhan berlaku tanpa motif atua ialanya menjadi membunuh tanpa niat. Motif negatif dalma kes bunuh akan menjadikan pembunuh an tersbeut sebagai no compos mentis.

Dalangnya masih bebas diluar sana

Analisis hipotesis ringkas kes ini: Kedua tertuduh dalam kes ini cuma aksesori kepada pembunuhan tersebut da n mereke tiada mens rea. Mereka orang asing kepada mangsa. Mereka Cuma membantu dalam melaksanakan jenayah tetapi tidak terlibat dalam jenayah ini selaku prinsipal bersama. Sesiapa yang melakukan atau mengarahkannya,bersekali dengan mens rea berkaitan adalah punca dan pelaku sebenar actus reus. Oleh itu sesiapa yang bertanggungjawab secara terus untuk actus reus boleh didakwa sebagai principal secara bersesama. Dalam kes ini, kedua anggota polis tidak secara bebas menyumbang kepada perlakuan actus reus itu kerana mereka sendiri tiada sebab kukuh untuk mmebunuh wanita tersebut kecuali prinsipal utama. Siapa kah prinsipal utama ini? Tertuduh hanya laat untuk pembunuhan.Siapakah yang bertangungjawab ?Malangnya, hakin tidak mengambil kira Artikel 162(6) Perlembagaan Persekutuan, yang memberi nya peluang luas untuk mengkaji hujahnya.

Motif menjelaskan sebab yang akan membawa kepada jenayah.Sebab ini yang mempengaruhi seseorang melakukan jenayah.Mungkin ia akan atau tidak menjadi elemen kepada mana-mana jenayah tetapi dari segi undang2, mahkamah mmebenarkan motif dibuktikan bagi mmebolehkan ia menjadi sebab kukuh untuk tetruduh melakukan jenayah. Orang ramai ingin tahu kenapa keua tertuduh melakukan jenayah dan siapa dalang yang menjadi prinsipal disebalik kejadian ini.

Jelas sekali, dalang atau prinsipal ke sini masih bebas.Kedua tertuduh boleh dianggap pembunuh ,tetapi pembunuha n ialah dengan motif untuk melakukannya.Tanpa motif, ianya adalah membunuh tanpa niat.Berdasarkan ini, tidak dapat ditentukan motif pembunuhan ketika mereka dikenakan hukuman atau adakah ini satu helah untuk mengurangkan hukuman berat terhadap mereka dan mereka akan terlepas dari tali gantung selepas rayuan didenagr? Ini satu hal yang perlu kita beri perhatian.

Lanjutan itu, tiada pembunuhan tanpa motif.Motif adalah penting dalam sabitan kes bunuh.Bukti adanya motif jelaskan kenapa tertuduh melakukan sesuatu jenayah.Mungkin ada motif yang kuat untuk mmebunuh wnaita itu.Prisipal utama mungkin tidak membunuh wanita tetapi mereka masih sebahagian dari skim jenayah tersebut.Adakah mereka cuba membuktikan yang mereka tidak bersalah?

Mesti terdapat motif untuk pembunuhan ini.

Meringankan motif dalam pembunuhan adalah satu preceden yang tidak baik dari segi undang-undang.Keputusan mahkamah tidak membantu UMNO menghadapi PRU 13 akan datang.Kepada akal yang simple, jika tiada motif kenapa wanita tersebut dibunuh oelh 2 orang yang tidak dikenali nya?Kenapa beliau di tembak kemudian mayatnya diletupkan dengan C4 untuk memusnahkan bukti? Kenapa tidak di bunuh sahaja dan ditanam atau dibiarkan reput? Apakah sebab untuk membunuh dan meletupkan mayatnya supaya bukti tidak dijumpai? Adakah ini akan dilakukan oleh kedua tertuduh tanpa arahan dari sesiapa yang punya motif untuk menghapuskan terus mangsa.Orang ramai sedar harus ada motif pembunuhan ini.

Kita tumpukan kepada salah seorang prisipal dalam episod kejam ini, hakim menganggap affidavit beliau, yang menjadi senahagian besar penghakiman sebagai, bukan bahagian penting dalam proses penyiasatan polis tetapi di bawak Akta Akuan Bersumpah.Hakim memutuskan afidavit yang di berika n oleh pihak pendakwaan harus diberikan pertimbangan sebagaimana yang diberikan kepada keseluruhan bukti dari pihak pendakwaan.Jadi, adakah mana-mana afidaviit dari penjenayah boleh diambil kira oleh mahkamah? Keputusan ini h sewenang-wenang nya dibuat Mahkamah.adakah ini praktik undang-undang negara sebelum iniJIka tidak,adakah keputusan ini akan menjadi satu preceden undang-undang.Inimenimbulkan keraguan orang ramai.

Hakim berkata" Walaupun sekiranya…boleh di katakan ada mmotif degnagn merukuk surat ugutan dari mangsa,ia tidak boleh menjadi asa sabitan tanpa bukti jelas dan circumstantial berkenaan penglibatannya dalam melakukan jenayah tersebut.

Alasan ini menmbingungkan terutama kepada mereka yang arif tentang proses mahkamah.Adakh mahkamha mencari sabitan terhadap tertuduh pada ketika itu atau tertuduh perlu membela diri?Adakah pihak pendakwa Cuma perlu buktikan pada ketika itu ada kes yang terjadi atau tidak? Terdapat bukti mencukupi yang ada individu yang berhubung dengan tertuduh melalui telefon sebelum jenayah tersebut berlaku dan penglibatan nya dalam ke sini adalah terbukti.Pembelaan nya sepatutnya dipanggil.

Tangan-tangan tersembunyi

Banyak persoalan yang tidak dijawab dalam kes pembunuhan Altantuya. Tangan-tanga tersembunyi membuatkan ianya tidak jelas dengan tujuan melindungi bberapa individu dari jaringan ini dan kecelakaan akan terus menghantuai UMNO dalam PRU akan datang.Orangramai termasuk ahli2 UMNO sangsi. Merek tertanya kenapa pengawal peribadi Najib sendiri yang menembak wanita tidak bersalah 2 kali di kepala dan meletupkan mayatnya dengan C4 di kawasan hutan.Sebagai PM, Najib perlu menjelaskan kepada rakyat.Berdiam diri tidak akan membantu kerna seluruh negra tahu beliau mengetahui lebih mendalam mengenai isu ini dari orang lain.

Perkara ini serius dan tidak boleh di lupakan hanya dengan permohonan maaf.I melibatkan pmebunuhan.Wanita mengandung yang tidak berslaah,yang merayu untuk hidup di tempat kejadian dan ditembak dua kali dengan kejam dikepala, dan setelah itu mayat nya cuba di lupuskan dengan bahan letupan.Penting untuk bekas ketua CID KL yang mmepunyai pengalaman luas dalam membenteras jenayah memohon untuk kes ini dibicarakn semula.

"Mungkin perubahan dalam kerajaan akan membawa kepada perbicaraan semula kes ini'" kata seorang penggubal undang-undang UMNO.

Malaysia Chronicle

BONGKAR: Najib pun kaki tidoq jugak... kahkahkah...

Posted: 29 Mar 2012 01:00 AM PDT

PM, biar saya beritahu kenapa kami bimbang: Cowgate, Cop-gate, AG-gate dan Anak-gate

Perdana Menteri Najib Razak harus menunjukkan perubahan sebenar dan elakkan berselindung. Saya rasa terharu pada sambutan Hari Polis ke 205 Sabtu lepas, saya diberi award Rakan Polis 2012 yang disampaikan oleh Menteri Dalam Negeri,Dato'Hishammuddin Hussein. Saya agak kaget walaupun saya mengkritik Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), pimpinan terbaru YDH Tan Sri Ismail Omar masih menganggap saya layak menerima anugerah ini. Ini menunjukkan kesungguhan nya mengubah pasukan polis.

Objektif kerajaan menjadikan pengurangan kadar jenayah sebagai salah satu National Key Result Areas (NKRA) sudah mula menunjukkan hasil. Menurut laporan World Justice Project Rule of Law Index 2011, Malaysia di letakkan sebagai antara negara yang selamat di rantau Asia Pasifik. Ini menunjukkan kemajuan pesat terhadap imej PDRM berbanding semasa ia di bawah IGP yang terdahulu,Musa Hassan.Semasa zaman Musa Hassan, PDRM dibenci, sindiket pinjaman wang haram along menjadi musuh utama negara dan kadar jenayah tinggi terutama jenayah jalanan. Pendekata, rakyat tidak rasa selamat ketika itu. Ada yang berkata ini semua dah berlalu. Tapi masa lalu yang menentukan masa kini dan akan datang.

Polis perlu meningkat kan prestasi atau ketinggalan di belakang


Berkenaan hal ini, suka saya mengiantkan PDRM bahawa imej positif tersebut boleh jatuh semula seperti dahulu. Saya suka mengingatkan PDRM tidak harus menjadi agensi penguatkuasaan undang-undang yang terlibat dengan melindungi mereka yang kaya dan berkuasa sahaja. .Yang demikian, pujian perlu diberikan kepada Pengarah CCID Dato' Syed Ismail Syed Azizan, kerana mengumumkan pihak polis telah menyokong tindakan pendakwaan dalam skandal lembu NFC. Hal ini akhirnya memaksa peguam Negara Gani Patail mendakwa suami Shahrizat Jalil,Pengerusi NFC atas tuduhan jenayah pecah amanah. Pengumuman luarbiasa itu adalah satu tindakan bijak dan berani dari Syed Ismail , tidak berselindung yang mana biasanya pihak polis akan dipersalahkan. Ini benar-benar membaiki imej PDRM di mata rakyat.

Sebagai Rakan Polis, saya menyeru rakyat supaya tidak salahnaggap kenyataan yang dibuat Menteri Dalama Negeri Hishammuddin Hussein, berkenaan pendedahan2 yang dibuat oleh mantan Pengarah CCID Dato Ramli Yusuff berkenaan perlindungan,pakatan, penipuan dan salahguna kuasa oleh Musa Hassan dan Peguam Negara Gani Patail dalam skandal yang dikenali "CopGate Affair".Apa yang dikatakan menteri tersebut "Buktikan dan kita akan ambil tindakan.Tiada siapa yang kebal dari undang-undang." Kita mesti melihatnya dengan positif.

Tugas Polis ialah untuk menyiasat, bukan tunduk kepada telunjuk Peguam Negara.AG


Memandangkan Hishammuddin sendiri teleh meminta dibawakan bukti, YDH Ketua Polis Negara Ismail Omar sewajarnya mengambil berat kata-kata Mneteri dan mengarahkan siasatan dijalankan oleh pegawai2 nya. Kuasa polis untuk menyiasat termaktub dalam Akta Polis. Saya berpendapat IGP Ismail Omar dapat tunjukkan sifat serius, objektif dan professional dalam mendedahkan kebenaran dan mendapatkan bukti dengan mengambil langkah-langkah berikut:

> tidak melibatkan Pengarah CID,Bakri Zinin dalam siasatan.Ini untuk melindungi Bakri Zinin dari tuduhan yang beliau ada kaitan dengan AG Gani Patail kerana Bakri juga berasla dari Sabah;

> arahkan penyiasat berfikiran bebas seperti Pengarah CCID Syed Ismail, yang tidak mudah ditakut-takutkan oleh Gani Patail sebagaimana terbukti dalam skandal "Cowgate";

> tidak membenarkan campurtangan ahli2 politik ketika polis meneruskan tugas2 kerana ikrar tugas professional kerjaya pasukan polis , tidak kira berapa berpengaruhnya ahli politik tersebut;

> tidak meninggalkan sebarang isu pun dari semua lapuran yang di buat oleh Dato' Ramli Yusuff terhadap Gani Patail dan Musa Hassan yang kini menjadi pengetahuan umum, iaitu kesemua isu disiasat.



a) kesahihan SD pegawai pengiring Musa Hassan berkenaan penglibatan beliau dalam kongsi gelap;

b) kesahihah 10 lagi SD pegawai polis yang lain;

c)kesahihan lain SD dari pemberi maklumat lain berkenaan penyerahan bukti;

d) melindungi Goh Cheng Poh dalam siasatan sindiket Along dan campurtangan dalam kerja2 siasatan polis dalam kes itu;

e) akses tanpa izin kepada fail-fail rahsia Cicero;

f) perlanggaran tugas-tugas AG dibawah Art 45 Perlembagaan Persekutuan kerana enggan mewakili dan menyediakan afidavit2 untuk CCID;

g) pakatan mengenakan Dato'Ramli dan 6 orang pegawainya dengan menggunakan kenyataan palsi Moo Sai Chin yang ditahan di bawah undang-undang Darurat;

h)pakatan mengenakan peguam Dato'Ramli;



i) penglibatan AG dalam isu berkaitan Tajudin Ramli/MAS dan samada ada disembunyikan bukti;

j) keengganan AG mendakwa Tajudin Ramli walaupun ada sokongan dari CCID;

k) hubung kait antara AG Gani Patail dengan proksi Tajudin,Shahidan Shafie. Di nyatakan Shidan yang pernah di dakwa atas tuduhan rasuah semasa beliau ialah OC,Cawangan Kongsi Gelap Johor;

l) samada wajar bagi peguam negara untuk bercampur dengan seorang yang mempunyai reputasi tidak baik (Shahidan Shafie) terutamanya jika orang itu terlibat dengan siasatan yang sedang dijalankan oleh polis dan MACC. Hubungan baik mereka terdedah ketika skandal Haji beserta gambar-gambar dan lain-lain dokumen Tabung Haji.

m)Hubung kait AG dengan perbalahan syarikat Ho Hup sebagaimana dilihat dari gambar-gambar AG di pejabat Ho Hup dan dakwaan terhadap pihak satu lagi.

Bukan Nazri yang akan buat keputusan


Rakyat kecewa bila Speaker Parlimen menolak usul segera dari MP Subang Jaya R Sivarasa untuk perkara ini dibahaskan di Parlimen Rabu lepas. Kesan intergriti AG Gani Patail kepada keseluruhan sistem keadilan di negara ini. Rakyat melihat kengganan itu sebagai cubaan melindungi sesuatu

Untuk melenyapkan persepsi negatif itu, saya menyeru IGP Ismail Omar supaya melaksanakan tugas perlembagaan nya untuk menyiasat tanpa rasa takut atau pilih kasih. Saya menyeru Ismail Omar supaya mengabaikan kenyataan mengelirukan Nazri Aziz yang kerajaan tidak akan menyiasat lanjut hal ini. Bukan Menteri yang perlu putuskan samada hubungkait AG Gani Patail perlu disiasat seperti juga bukan Menteri yang arahkan GLC untuk menyelesaikan kes-kes berkaitan Tajudin Ramli.

Skandal anak menteri: Dari mana anak lelaki yang kebal dari undang-undang itu dapat wang yang banyak?


Nazri mungkin menteri undang-undang, tapi beliau tiada kuasa moral untuk memberithau polis bagaimana melaksanakan undang-undang jika beliau sendiri tidak dapak mengawal anak lelaki nya dan pengawal peribadi anaknya berkaitan kes terkini memukul pengawal keselamatan. Menurut lapuran polis yang ada pada saya, anak lelaki Nazri malahan menggunakan kad nama bapanya sebagai menteri untuk memperkenalkan rombongan nya.Bukankah ini salahguna kuasa? Rakyat tidak gemar dengan kes yang dikasifikasikan sebagai mencetus kekecohan dibawah s.160 Kanun Keseksaan. Mencetus kekecohan ialah bergaduh di tempat awam. Pengawal peribadi anak beliau menceroboh kawasan persendirian dan memukul pengawal keselamatan. Bagaimana kah ini boleh dikatakan kekecohan?

Tambahan lagi. Rakyat mula tertanya bagaimana anak lelaki Nazri mampu memandu kereta2 mewah- anak beliau memandu Porsche manakala pengawal peribadi nya Toyota Vellfire? Kenapa dia perlukan pengawla peribadi? Apa urusan perniagaan yang dijalankannya? Adakah kita kan melihat lebih banyak contoh seperti skandal Cowgate dikalangan keluarga dan anak2 Menteri yang hidup mewah beli rakyat diingatkan supaya berhemah dan sentiasa diingatkan tentang kadar inflasi dan belanja hidup yang semakin meningkat. MACC perlu menyiasat samada keluarga Menteri ini hidup diluar kemampuan mereka atau memiliki kekayaan luarbiasa. Lagipun dibawah Akta MACC, semua kakitangan awam yang tertakluk kepada perlu berbuat demikian. Lebih baik Nazri mengawal anak jantannya dan rombongannya supaya mematuhi undang-undang daripada beliau campurtangan dalam urusan polis.

IGP perlu arahkan PDRM supaya bertindak secara bebas. Dari sini dapat dikekalkan "check" dan "balance" dalam institusi kerajaan supaya rakyat rasa selamat dan yakin. Ahli politik datang dan pergi tapi institusi seperti pihak polis tidak boleh di arah supaya menurut saja kehendak dan kemahuan ahli2 politik.

Terlalu banyak bukti yang tidak dapat diabaikan menunjuk kearah Gani Patail


Bukti terhadap AG Gani Patail yang diketahui umum sudah terlalu banyak untuk kerajaan abaikan.

Oleh itu, bagi pihak rakyat, saya merayu PM Najib mendengar suara rakyat. PM patut taju rakyat tidak suka bila beliau menyatakan tidak perlu menubuhkan tribunal untuk menyiasat hal ini. Rakyat tertanya kenapa kerajaan perlu mempertahankan AG sehingga menjejaskan kredibiliti kerajaan Najib.

Ini hanya akan menimbulkan lebih banyak syak wasangka yang AG Gani Patail dan Musa Hassan mempunyai pengaruh ke atas PM dan pemimpin kerajaan yang lain.PM Najib perlu melenyapkan ini dengan bertindak.


PM Najib tidak harus hilang tumpuan.PM Najib telh menunjukkan beliau akan mengotakan kata-katanya bila ia melibatkan rakyat. Saya pasti PMNajib ialah seorang yang prihatin terhadap perasan rakyat. Beliau sudah popular dengan berbagai perubahan yang mula berjalan. Jadi jangan rosakkan dengan dakwaan yang menyelubungi AG Gani Patail. Rakyat akan terus menyokong PM Najib jika semua rancangan perubahannya terutama bila rakyat percaya tiada apa yang disembunyikan.

Tan Sri Datuk Robert Phang Miow Sin ialah seorang pemimpin masyarakat sivil , Jaksa Pendamai dan mantan ahli panel penasihat MACC.

Jauh Panggang Dari Babi... kahkahkah...

Posted: 28 Mar 2012 09:00 PM PDT

Najib contohi kemoderatan Rasulullah?.. err.. jauh panggang dari babi..

Nak bodekpun agak-agaklah Mashitah ooiii.. Isteri sendiri pun dia tak boleh nak kawal dikatakan mencontohi kemoderatan Rasulullah S.A.W..

Ada ka patut Najib dikatakan mencontohi kemoderatan Rasulullah S.A.W.. Birthday sendiri habis RM80K, majlis tunang anak habis RM400K lebih.. moderate sungguh Najib ya..

Bak kata orang sekarang 'Jauh panggang dari babi'….


*******************************************

Najib contohi kemoderatan Rasulullah

DR MASHITAH IBRAHIM
23 Mac 2012

Sejak mengambil alih jawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuktikan dirinya sebagai seorang pemimpin moderat. Dalam melaksanakan tugasnya, beliau tidak bertindak melampau atau ultra. Apa lagi negara kita yang berbilang kaum dan agama.

Garis pemisah antara pemimpin nombor satu kerajaan dan presiden parti adalah jelas dan tidak bersilang. Sebagai pemimpin kepada semua warganegara Malaysia, beliau bersikap adil, bertolak ansur dan inklusif.

Sikap begini adalah selaras dengan teladan yang digariskan oleh Rasulullah SAW sesuai dengan tuntutan semasa dan serasi dengan manusia sejagat. Bersikap moderat bukan bermaksud ambil mudah akan sesuatu perkara dan hanya berserah kepada takdir dan nasib. Sebaliknya, ia lahir daripada ilmu dan prinsip yang hakiki, tahu beza yang mana benar dan batil serta bersikap toleran dan munasabah.

Kejayaan Rasulullah SAW mengembangkan dakwah Islamiah sehingga tertegaknya sebuah negara Islam adalah berasaskan pendekatan yang diamalkannya. Sikap moderat Baginda, misalnya dalam soal ibadah, cukup jelas. Ketika Rasulullah SAW mendengar ada orang berkata, "Aku akan berpuasa selamanya." Satu lagi berkata, "Aku tidak akan kahwin". Maka Rasulullah SAW membawa mereka untuk kembali bersikap rasional dan moderat. Baginda bersabda maksudnya: Sungguh, demi ALLAH, aku adalah orang paling takut dan paling bertaqwa kepada ALLAH di antara kamu. Namun, aku berpuasa dan tidak, solat dan tidur, aku juga mengahwini perempuan. Barang siapa tidak suka dengan sunnahku, maka dia bukan termasuk golonganku." (Riwayat al-Bukhari)

Sikap moderat Rasulullah SAW cukup menonjol dalam hal menjaga kebajikan penduduk Mekah. Dalam kalangan mereka yang baru peluk Islam dan tahap keimanan belum kuat, Nabi SAW bersabda kepada Sayidah Aishah bahawa jika tidak kerana hakikat mereka baru sahaja keluar daripada kepercayaan dan amalan jahiliyah, sudah tentu Baginda akan mengubah Kaabah, mengikut Riwayat Ahmad. Baginda tidak berbuat demikian untuk menjaga hati penduduk di situ. Beliau tumpu kepada melaksanakan amanah menyebar agama ALLAH dengan cara baik, atas dasar kasih sayang dan mendekatkan manusia kepada Tuhan mereka.

Dalam berinteraksi dengan golongan berlainan, Rasulullah SAW mengajar umat untuk berprasangka baik. Apabila kalimat Lailahaillallah diucapkan, maka kita tidak boleh berprasangka buruk, malah mesti memberi penghormatan sewajarnya kepada orang yang ucap kalimat itu.

Sebagaimana juga disebutkan dalam hadis. "Apakah engkau membunuhnya setelah ia mengucapkan Lailahaillallah?" Usamah menjawab: "Hai Rasulullah, ia mengucapkan Lailahaillallah setelah melihat pedang di atas kepalanya, kerana ia takut mati." Maka Rasulullah SAW bersabda: "Kenapa tidak engkau bedah saja hatinya? Celaka engkau, bagaimana sikapmu terhadap Lailahaillallah. Apakah engkau membunuhnya setelah ucapkan kalimat itu?" (Riwayat Muslim)

Dalam satu peristiwa lain, Rasulullah SAW mendengar ada sahabat memanggil sahabat lain begini: "Hai Ibnus-Sauda (anak daripada perempuan hitam)." Maka Baginda menegurnya ketika bertemu. "Engkau, masih melekat dalam dirimu sifat jahiliyah." (Riwayat Muslim). Abu Dzar faham teguran itu. Beliau pergi menemui Bilal. "Ke sini, aku mengucapkan kata-kata itu kepadamu. Aku salah," katanya.

"Engkau telah aku maafkan."

"Oh, tidak. Ini kening dan mukaku. Aku letakkan di tanah. pijakkan kakimu ke mukaku biar kesombongan itu lenyap dari batinku."

"Aku telah maafkan engkau."

"Demi ALLAH, aku tidak akan tenang, dan diriku tidak akan tenteram sebelum kau pijakkan kakimu ke pipi dan mukaku... ."

Begitulah secebis kisah untuk renungan kita. Oleh itu, kita harus memahami falsafah kemoderatan yang sebenar, yakni petunjuk ALLAH SWT. Sikap ini dapat menyelamat dan menyucikan kita dari kepentingan sementara, malah jadi lebih seimbang dan yakin - Sinar Harian

Sumber: ASD

BUDAK UMNO geletek silap orang laa... kahkahkah...

Posted: 28 Mar 2012 07:00 PM PDT

Hanya kerana gambar begini, ADUN PAS Ustaz Salleh Man dituduh mahu keluar PAS?

Hanya berdasarkan gambar di atas dan juga beberapa keping gambar di bawah Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Saleh Man yang juga ADUN Permatang Pasir didakwa mahu melompat Parti.

Gambar yang dirakam dan disiarkan oleh sebuah Blog Pencacai UMNO ini menunjukkan Datuk Saleh Man bersama dengan Penyelaras Dun Permatang Pasir, Tuan Hj Rahim Man dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Permatang Pauh, Cikgu Zaidi (baju merah).

Ianya telah dirakamkan di sebuah Restaurant Mee Udang, Pengkalan Tambang, Sungai Dua ketika Ustaz Salleh man secara kebetulan berada di kedai Mee Udang itu.

 

Sememangnya ia satu spekulasi yang bodoh oleh pencacai UMNO itu kerana jika difikirkan memang tidak rasional langsung jika Ustaz Salleh Man menyatakan hasratnya mahu keluar parti kepada Ketua Pemuda UMNO Permatang Pauh dan Penyelaras DUN..

Tak ada faedah dan buang masa saja… sebab kalau nak keluar parti dan cepat kaya lebih baik Ustaz Salleh Man bagitahu kat Najib atau Muhyiddin.

Selain dari memperlihatkan ianya satu tuduhan pihak yang sangat terdesak ianya juga memperlihatkan sifat ketidakcerdikan atau dalam lain ayat 'Bodoh' tuan empunya blog yang telah membuat tuduhan tersebut.

Berikut adalah print screen fitnah Blogger Pencacai UMNO itu..


Jawapan dari Ustaz Salleh Man yang dipetik dari HarakahDaily..

Kerana salam di kedai kopi, dituduh lompat parti

KUALA LUMPUR, 28 Mac: Hanya kerana bersalam dengan Ketua Pemuda Umno, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Saleh Man (gambar) dituduh mahu melompat parti.

Salleh yang kebetulan berjumpa dengan pemuda Umno itu ketika sedang menjamu selera di sebuah kedai mi udang di Sungai Dua.

"Ketua Pemuda Umno datang jumpa saya, bagitahu abang iparnya sudah meninggal dunia, dan memang saya kenal sebab duduk satu kampung," ujarnya ketika menghubungi Harakahdaily.

Beliau baru pulang dari Mekah dan tidak mengetahui kematian abang ipar Pemuda Umno berkenaan.

Semasa menghubungi Harakahdaily, kedengaran beliau ceria dan bergelak tawa sebaik sahaja diajukan dakwaan itu.

Kebetulan pula, menurut beliau, pemuda dan wanita serta puteri Umno pun menjamu selera di kedai yang sama.

"Mungkin mereka yang ambil gambar saya bersalam dengan pemuda Umno sudah membuat persepsi saya keluar PAS. Ingat senang-senang ke nak lompat parti? Tuduhan tak kena orang," katanya.

Salleh yang menganggap tuduhan itu sangat terdesak dan mempamerkan ketidakcerdikan orang yang melaporkan tanpa bersandarkan kepada sumber yang tepat.

"Saya minta, rakyat Pulau Pinang jangaan terpengaruh dengan dakyah Umno. Mereka tidak ada modal. Saya dan PAS Pulau Pinang berdiri teguh dengan Pakatan Rakyat di bawah pentadbiran Lim Guan Eng," katanya yang meminta pihak berkenaan tarik balik kenyataan itu.

Salleh Man menafikan spekulasi bahawa beliau merancang untuk melompat atau meninggalkan parti kerana tidak berpuas hati dengan kerajaan negeri pimpinan DAP.

Adun Permatang Pasir berkata, dakwaan itu dibuat oleh "budak Umno" yang menangkap gambarnya bersama Ketua Pemuda Umno Permatang Pauh Mohd Zaidi Mohd Said dan penyelaras BN Permatang Pauh, Rahim Man.

Saleh berkata, mereka hanya bersalaman dan tidak banyak bercakap sebelum beliau beredar selepas mendapati sekumpulan anggota Puteri Umno mengadakan pertemuan di situ.

Dan ini adalah Blog Pencacai UMNO yang menyebarkan fitnah itu..- ASD

HOT: Ayah Pin ahli UMNO? Kahkahkah...

Posted: 28 Mar 2012 05:00 PM PDT

Ayah Pin kini kembali.. tapi kenapa tidak ditangkap lagi?

Ayah Pin kini dilaporkan telah kembali semula ke daerah kelahirannya di Besut setelah sekian lama dikatakan menjadi buruan pihak berkuasa.

Malangnya kini beliau berada dalam keadaan menyedihkan apabila lumpuh separuh badan bahagian kanan akibat angin ahmar .

Biarpun dikatakan berulang-alik dari tempat tinggalnya di Batu 13, Hulu Besut ke Bachok untuk berurut dengan seorang tukang urut namun masih tiada tangkapan keatasnya.

Adakah kerana beliau lumpuh maka pihak berkuasa tidak menangkapnya atau adakah kerana beliau seorang Ahli UMNO Cawangan Batu 13, Hulu Besut yang memegang keahlian bernombor 00791672 beliau tidak boleh ditangkap?

Berita berkaitan..


Mulut herot

BACHOK: Pemimpin ajaran sesat 'Kerajaan Langit', Ayah Pin yang ghaib selepas digempur pihak berkuasa kini muncul kembali, tetapi dalam keadaan menyedihkan apabila lumpuh separuh badan bahagian kanan akibat angin ahmar dan hanya mampu berjalan dengan dipimpin orang.Bagi mengubati penyakitnya itu, Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhammad, 75, kini dikatakan berulang-alik dari tempat tinggalnya di Batu 13, Hulu Besut ke Bachok untuk berurut dengan seorang tukang urut.

DI SINI...Wan Abdullah menunjukkan pondok tempat dia mengurut Ayah Pin.

Setiap kali datang berurut, Ayah Pin ditemani dua isterinya serta seorang anak perempuan berusia belasan tahun dengan menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna gelap.

Keadaan terbaru Ayah Pin itu disahkan adiknya, Abdul Rahman Muhamad, 64, yang kerap dikunjungi abangnya itu ketika datang berurut di Bachok.

Abdul Rahman berkata, abangnya itu diserang angin ahmar ketika minum di sebuah gerai di Batu 13, Hulu Besut bulan lalu.

myMetro

TERBAIK: Mat Sabu bikin Umno panas... haha...

Posted: 28 Mar 2012 03:00 PM PDT

Kalau Tajudin boleh kenapa PTPTN tak boleh?

KUALA LUMPUR, 28 Mac: Rancangan mengadakan himpunan peminjam-peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di hadapan pejabat Perdana Menteri mendapat sambutan luar biasa, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

"Anak-anak muda yang meminjam dari PTPTN tidak berpuas hati terhadap layanan keras terhadap mereka sedangkan hutang (Tan Sri) Tajudin (Ramli) berjumlah RM589 juta dihapuskan begitu sahaja oleh kerajaan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) begitu sahaja.

"Mereka bersungguh-sungguh mahu berhimpun menuntut pinjaman mereka juga dihapuskira," katanya.

Peminjam-peminjam PTPTN itu mempersoalkan mengapa mereka diburu dengan begitu keras dan kasar jika gagal membayar pinjaman sedangkan Tajudin mendapat layanan yang begitu istimewa, kata beliau.

"Mereka juga mahu hutang mereka dilupuskan seperti hutang Tajudin yang mempunyai kekayaan luar biasa itu.

"Peminjam-peminjam PTPTN itu bukannya bertaraf pengarah bukan bebas dan Pengerusi Bukan Eksekutif Edaran Berhad seperti Tajudin, mereka tidak ada Tanjung Rhu Resorts atau bot Azimut yang berharga sehingga hampir setengah juta dollar Amerika seperti Tajudin," kata Mohamad.

Beliau hairan mengapa Perdana Menteri boleh melupuskan hutang Tajudin itu sedangkan tiga tahun lalu, Mahkamah Tinggi mengarahkan Tajudin membayar jumlah berkenaan kepada Danaharta.

"Mahkamah dah kata Tajudin kena bayar balik, tetapi kerajaan Najib lupuskan hutang itu," kata Mohamad.

Menurut beliau, kalaulah institusi-institusi kewangan mendapat perintah seperti itu terhadap rakyat tertindas, mereka tidak akan berkompromi.

"Mereka akan mengambil pelbagai tindakan untuk mendapatkan kembali hutang mereka termasuk mensita harta-harta peminjam atau meminta mahkamah mengisytihar si peminjam itu muflis.

"Tetapi Najib senang-senang write off hutang Tajudin sebesar RM589 bilion. Kepentingan Tajudin dalam Edaran Berhad dan Tanjung Rhu Resort sedikit pun tidak diusik.

"Lepas ini bolehlah Tajudin mengajak Najib berseronok-seronok naik bot Azimut mengelilingi Langkawi," katanya.

Mohamad (gambar) meminta rakyat Malaysia sedar bahawa ini bukan kali pertama Tajudin mendapat layanan istimewa dari kerajaan Umno Barisan Nasional (BN).

"Dulu, selepas mengakibatkan pelbagai masalah kepada MAS akibat pengurusannya, Tajudin mendapat untung besar apabila menjual balik sahamnya dalam MAS kepada kerajaan dengan harga yang berkali ganda lebih tinggi dari harga pasaran.

"Zaman (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) dapat jual saham dengan harga berkali ganda lebih tinggi kepada kerajaan, zaman Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) Tajudin tidak diambil tindakan walaupun laporan bertulis telah dikemukakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil dan zaman Najib pula hutangnya sehingga RM589 juta dilupuskan.

"Adakah kerajaan Najib fikir para peminjam PTPTN mahu menonton begitu sahaja layanan istimewa kerajaan Umno kepada Tajudin?" beliau mempersoalkan,

Sebelum ini, Mohamad menyatakan bahawa pihaknya akan menyokong tindakan kumpulan pelajar yang akan mengadakan satu perhimpunan untuk menuntut supaya PTPTN dihapuskan.

"Golongan korporat yang diberi pinjaman mudah boleh dihapuskira.

"Tapi pelajar yang akan berkhidmat kepada negara dipaksa untuk membayar hutang dengan begitu rakus dan kasar," katanya.- Harakahdaily

10 negara punyai jumlah tentera paling ramai di dunia

Posted: 28 Mar 2012 01:00 PM PDT

Tentera adalah salah satu pertahanan terpenting dalam sesebuah negara, kerana tentera adalah penjaga kedaulatan serta penjaga wilayah dalam negara. Tentera juga memainkan peranan penting terhadap keselamatan negara, maka tak hairanlah jika negara-negara di dunia berlumba-lumba untuk mendidik banyak tentera, kerana makin banyak tentera, maka makin dalam pula kedaulatan dan ketenteraman negara tersebut.

Berikut ini saya senaraikan negara-negara dengan jumlah tentera terbanyak di dunia:

1. China

2. Amerika Syarikat

3. India

4. Korea Utara

5. Rusia

6. Korea Selatan

7. Pakistan

8. Iran

9. Turki

10. Vietnam

Agak-agak tentera Malaysia berada di tempat yang ke berapa?

Tiada ulasan: