Khamis, 29 Mac 2012

Addin

Addin


PAS Setuju Tukarkan Anwar Ibrahim

Posted: 29 Mar 2012 10:00 AM PDT

Menjawab soalan sama ada Pakatan Rakyat (PR) bersedia menukar Ketua Pembangkang, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali  berkata, ya."Selepas pilihan raya ke-13, kita memang nak Datuk Seri Anwar Ibrahim digantikan oleh Datuk Seri Najib atau Tan Sri Muhyiddin sebagai Ketua Pembangkang," kata beliau kepada Harakahdaily. Mustafa berkata petang tadi, beliau ditanya wartawan daripada media perdana mengenai tindakan seterusnya yang akan dilakukan Pakatan Rakyat sekiranya Anwar berjaya dilucutkan jawatan di parlimen oleh impeachment yang cuba dibawa Datuk S Nallakaruppan dan peguam Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah dalam permainan politik kuning Umno terbaru terhadap Anwar dalam isu biseksual.

Apabila wartawan tersebut bertanya samada PR bersedia menukar Ketua Pembangkang sekiranya berlaku, Mustafa yang lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Pa memilih untuk menjawab secara sinis soalan nakal beliau dengan menyatakan setuju bahawa Anwar digantikan dengan Najib dan Muhyiddin sebagai Ketua Pembangkang selepas PRU13.

Terdahulunya, Shafee berkata usul yang dikemukakan Nalla akan dibawa ke jawatankuasa disiplin parlimen bagi membolehkan Anwar digantung atau mengosongkan kerusi itu.

Membalas tindakan Nalla dan Shafee, Naib Presiden PKR, N Surendran berkata pengusulan pelucutan jawatan Anwar sebagai Ketua Pembangkang menandakan kedua-dua mereka jahil undang-undang.

"Tiada peruntukan atau rujukan kes untuk pelucutan jawatan di Dewan Rakyat. Di England, kali terakhir ia dipakai pada 200 tahun dahulu dan kini sudah lapuk. Rasional pelucutan jawatan adalah untuk menjamin kebertanggungjawaban menteri dan eksekutif dalam pentadbiran. Adanya usul undi tidak percaya, jawatankuasa terpilih dan soal jawab tertutup parlimen menjadikan prosedur ini bahan sejarah.

"Contoh Bill Clinton yang digunakan Shafee juga menunjukkan beliau jahil akan mekanisme pelucutan jawatan di Amerika, yang diguna untuk memecat anggota Kerajaan Persekutuan seperti Presiden," katanya.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini berkata tiada peruntukan untuk usul melucutkan jawatan Anwar atas persoalan peribadi dan bukan salah laku beliau di Dewan Rakyat samada dari segi pertuturan dan tindakan. ~harakahdaily






Gambar Kebakaran Di Suria KLCC Petang Tadi

Posted: 29 Mar 2012 07:54 AM PDT

Awang Adek Kayuh Basikal Mintak Simpati Pengundi Bachok

Posted: 29 Mar 2012 05:30 AM PDT

Biar pun Ketua Umno bahagian ini, Datuk Dr Awang Adek Hussin melakukan pelbagai usaha bagi menarik simpati rakyat, namun pengundi Bachok seperti tidak berganjak.Penduduk memberitahu ada ketikanya Timbalan Kewangan itu dilihat mengayuh basikal menemui penduduk di kampung-kampung. Seorang penduduk dari Tawang pula mendakwa orang kanan ketua Umno Bachok dilihat kerap menemui penduduk terutamanya golongan atas pagar dan penyokong PAS bagi menawarkan sesuatu.

Malangnya segala usaha yang dilakukan Awang Adek bukan sahaja gagal sebaliknya menerima tamparan hebat apabila kubu tradisi Umno di Kampung Pengkalan Cina sudah retak menunggu belah.

Ketua Cawangan Umno kampung terbabit Shaari Ali yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) mengisytiharkan keluar Umno baru-baru ini.

Biar pun belum menyertai mana-mana parti lain, namun beliau sudah tampil ke pentas PAS mendedahkan masalah yang berlaku dalam Umno di Bachok sekarang.

Shaari berkata, beliau mengetuai cawangan Umno di kampung tersebut sejak 32 tahun lalu, dan pernah menjadi penghulu di zaman kerajaan Barisan Nasional mentadbir Kelantan.
Menurutnya selepas kerjaaan BN tumbang pada 1990, beliau dilantik pula sebagai Penyelia Pembangunan Mukim (PPM) sebelum ditukar kepada JKKKP selepas pilihan raya umum 2008.

"Umno sekarang sangat bercelaru, bukan sahaja berlaku di peringkat tertinggi malah sudah berjangkit ke peringkat kampung.

"Saya tidak mahu bersekongkol lagi dengan parti yang banyak masalah. Saya telah menceraikan Umno dengan talak tiga.

"Kecelaruan tersebut akan memberi kesan kepada penyokong Umno di peringkat bawahan yang selama ini bermatian menyokong parti tersebut," katanya pada ucapan ringkas di majlis ceramah isu semasa di kampung terbabit.

Hadir sama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, Yang Dipertua PAS Bachok, Datuk Omar Mohamad dan timbalannya, Ustaz Hassan Mahmood.

Shaari juga bekas Pengerusi Persatuan Penanam, Pengawit Individu Tembakau Malaysia dan Pengerusi Ban Tembakau Bachok.

Beliau juga memberitahu sedang mengumpul rakan-rakan dan penyokong Umno di kampung tersebut dan sekitarnya untuk menyertai PAS secara beramai-ramai dalam masa terdekat ini.


Gambar Sepasukan Anggota Polis Pukul Peneroka Felda

Posted: 29 Mar 2012 03:16 AM PDT


Salah seorang teman meminta untuk aku siarkan kejadian memukul peneroka yang menuntut semula tanah yang dirampas oleh FELDA. Kemungkinan juga kejadian ini berlaku disebabkan dari kehadiran wakil ANAK yang mendengar rintihan mereka baru-baru ini. Berikut gambar kejadian dimana polis menjalankan arahan BOS mereka.








Berikut pula adalah catatan dari anak salah seorang mangsa kekejaman pihak berkuasa yang diambil dari facebooknya.
tuntut tanah yang di rampas FELDA, ini balasan nya diberikan oleh tentera najib...kekayaan didahulukan, kesengsaraan rakyat diutamakan. lepas rampas tanah orang kampung,pegi pukul orang plak.
sahabat2, tanah ni milik orng kampung, tapi felda ceroboh n rampas dulu, 17000 ekar, lpas tuntut blik, mahkamah kluarkan surah perintah d mana orng kampung ble masuk ke tanah dorang balik. tapi FELDA main kotor, hantar polisko( kuli-kulinya) p pukul orng.
 kampung...soma polisko yng ada dlm gambar ni trmasuk 40 polisko lain yng ada di kawasan itu sedang menghadapi dakwaan di mahkamah
Inilah kerja UMNO dulu kini dan selamanya... ~sahabatblogsabah


Pakej Pelancongan HEBAT ke Cambodia.. KLIK SINI!!


Kenapa Veteran Umno Nih Tinggalkan Umno.. Ikuti Pendedahannya

Posted: 28 Mar 2012 11:10 PM PDT

Sejak saya mengambil keputusan menyertai pihak alternatif melalui Parti Tindakan Demokratik (DAP) ramai rakan-rakan yang datang menemui saya untuk bertanya berbagai-bagai persoalan tentang tindakan saya itu. Rata-rata yang datang bertanya itu adalah dikalangan mereka yang telah berkawan dan bersahabat dengan saya sejak puluhan tahun dahulu. Rakan-rakan yang jauh bertanya kepada saya melalui email dan talipon dan memahami saya setelah saya memberikan kefahaman yang sebetulnya. Apa yang saya nampak mereka lebih bertanya kenapa saya memilih untuk tidak lagi bersama UMNO.

Jarang-jarang mereka bertanya kenapa pilih DAP kerana mereka juga memahami yang DAP itu adalah sebuah parti yang berpengalaman dan telah berusia hampir 5 dekad lamanya. 
Mereka memahami yang DAP telah melalui semua ujian dan dugaan untuk 'survival' nya kerana tekanan dan momokan oleh pihak pemerintah terhadap parti itu tidak henti-henti dilakukan oleh pihak yang takut dengan perkembangan pengaruhnya, lebih-lebih lagi sejak akhir-akhir ini.

Ramai mahukan saya memberikan mereka sebab kenapa tidak lagi mahu bersama UMNO. Ada setengahnya saya jawab sambil berjenaka dan ada kalanya saya menjawab dengan serius dan memberikan dalil-dalil yang UMNO akan berada dalan persada politik negara hanya sebentar sahaja lagi. 
Ramai diantara mereka telah pun memberikan sokongan moral kepada saya dan mereka tidak lagi menyimpan sebarang prejudis terhadap DAP lagi.

Tidak ada siapa yang melonggarkan sokongan ramai terhadap UMNO itu, sebaliknya semuanya disebabkan oleh 'conduct' UMNO itu sendiri. UMNO itu kian lemah bukan kerana pihak lain. Sebenarnya UMNO itu sendiri seolah-olah terminta-minta parti itu ditinggalkan oleh ahlinya, setidak-tidaknya kepada mereka yang berfikir secara mendalam.

Kenapa saya berkata UMNO itu sendiri terminta-minta untuk ditinggalkan?

Pertamanya UMNO telah menyalahgunakan mandat yang diberikan oleh rakyat sebegitu lama sehinggakan apa sahaja yang dilakukan UMNO sekarang menjadi persoalan kepada rakyat ramai. Oleh kerana terlalu lama memegang kuasa, UMNO sudah mengambil kelembutan orang Melayu dan rakyat 'for granted' kerana mereka berfikiran yang orang Melayu tidak akan pergi kemana dan akan terus menyokong UMNO walaupun UMNO telah membinasakan peluang orang Melayu untuk maju dalam dunia yang serba berubah dan moden ini

UMNO memandang rendah kepada ahli-ahlinya serta rakyat jelata yang mereka akan tetap berkuasa, waimma setelah memperkosa harta rakyat melalui budaya kronism yang telah begitu kental terbentuk dalam negara ini. Pendeknya UMNO telah mengambil kelembutan hati orang Melayu sebagai kelemahan yang boleh diperkosa dan dinoda tanpa reaksi negatif dari mereka.

Dimana letaknya kemunasabahan yang orang Melayu masih tercicir sedangkan negara ini diperintah oleh UMNO sejak negara mencapai kemerdekaan 55 tahun yang lalu? Kenapa UMNO gagal untuk melaksanakan dasar-dasar yang terbentuk pre Dr Mahathir yang begitu kukuh dengan sokong setiap kaum dinegara ini? Kenapa UMNO tidak melakukan pelaksanaan kepada dasar memperkukuhkan orang Melayu dengan sempurna.

Apa lagi yang UMNO mahukan kepada orang Melayu sedangkan orang Melayu telah memberikan segala sokongan kepada UMNO sejak merdeka sehingga tahun 2008 dahulu apabila orang Melayu sudah mula merasakan yang UMNO tidak mungkin berjaya membela bangsanya lagi? Sekarang ahli-ahli UMNO menyalahkan bangsa lain dan parti lain pula diatas segala kegagalan mereka.

Segala-galanya, kuasa, sokongan dan kesabaran Melayu dan rakyat keseluruhannya itu diambil kesempatan untuk membina budaya kronism untuk kepentingan perut dan nafsu-nafsi pimpinan sahaja. Sekarang mundar mandir kembali Perdana Menteri menabur janji dan mengingatkan orang Melayu supaya memberikan sokongan kepada parti Melayu UMNO ini demi masa depan orang Melayu.

Bukankah semuanya itu telah diberikan oleh orang Melayu tetapi kenapa UMNO masih tidak berjaya melakukan sesuatu yang berkesan untuk Melayu yang ramai ini? Sebaliknya parti itu hanya memberikan keuntungan kepada segelintir yang berada dikeliling pimpinan atasan sahaja. Kalau diberikan lagi mandat ini, kita sudah pasti keadaan akan masih sama malah orang Melayu akan ketinggalan dari segi pemikiran dan persepsi terhadap kehidupan secara negatif.

Setengah abad adalah terlalu lama untuk membiarkan UMNO memerintah dan waktu untuk UMNO duduk dipetak pembangkang sudah sampai supaya UMNO tahu dan merasakan betapa pedihnya perasaan rakyat khususnya orang Melayu selama ini. Orang Melayu sudah bersabar begitu lama dan tahap kesabaran mereka sudah sampai kepenghujungnya.

Apa yang ramai orang Melayu sekarang berfikir ialah selagi UMNO masih memerintah selagi itulah pemikiran orang Melayu akan jumud terus menerus dan memerhatikan sahaja bangsa-bangsa lain maju kehadapan. Ketinggalan kita itu pula dimainkan untuk memberikan harapan palsu untuk UMNO mendapatkan sokongan dari orang Melayu, tetapi orang Melayu sudah tidak boleh dikotak-katikkan seperti yang selalu mereka alami.

Ramai diantara orang Melayu sudah mula memahami keadaan yang mereka tidak akan pergi kemana jika masih memberikan dukungan kepada UMNO kali ini. Orang Melayu sudah menyedari mereka tidak boleh lagi menagih ehsan dari pimpinan UMNO seperti menerima RM500 semasa pilihanraya mendatang kerana jiwa Melayu sekarang sudah mula bertambah kaya dan tidak mahu lagi dalam jiwa yang fakir dan jumud.

Ramai orang Melayu sedar bahawa mereka perlu memecahkan tembok yang menghalang mereka untuk berfikir dan bertindak semata-mata untuk generasi mereka yang akan datang. Melayu tidak boleh lagi bergantung kepada perasaan sentimen terhadap UMNO kerana UMNO yang sebenarnya pun sudah tidak wujud lagi. Orang Melayu sudah merasakan nikmat bersatu padu ini semasa era sebelum Mahathir dahulu.

Maka orang Melayu kini mahu bersatu padu dengan jitu diluar UMNO kerana Melayu sekarang sudah berjumpa dengan pilihan yang secara relatifnya lebih baik diluar UMNO itu.

Orang Melayu mahu melepaskan diri mereka dari dikongkong oleh perasaan sentimen terhadap parti yang kononnya berjuang untuk Melayu. Orang Melayu sudah sedar setelah lebih dari lima dekad diperhambakan oleh pemimpin-pemimpin parti mereka yang tidak berkemampuan untuk memimpin bangsanya selain dari pandai memerah harta benda rakyat untuk kepentingan ahli-ahli keluarga mereka semata-mata.

Kepada setengah yang menyertai UMNO itu kerana hendak menjadikan modal perniagaan dan bukannya untuk memperjuangkan nasib bangsa sendiri. Oleh kerana itu biarlah mereka sahaja yang bergiat dengan UMNO itu. Bagi sesiapa seperti saya yang 'having no business to be in business' ini meninggalkan parti itu.

"Akhirnya saya bertindak keluar dan menukar wadah saya. Saya bukannya bertukar akidah" kata saya kepada mereka. ~aspan alias


2 AJK Pemuda Umno Maut Dalam Kemalangan

Posted: 28 Mar 2012 09:30 PM PDT


Kemalangan maut... Keadaan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang rosak teruk akibat kemalangan di Persiaran Timur berhampiran susur keluar Desa Pinggiran Putra di sini, Rabu. 

Kemalangan itu meragut nyawa dua AJK Pemuda Umno bahagian Hulu Langat, Khairul Hisham Janarudin dan Saifuddin Kandar manakala tiga lagi cedera parah. ~karat e-jau



Gambar Tuan Guru Nik Aziz Tengah Mengendalikan Senjata Api

Posted: 28 Mar 2012 07:26 PM PDT


Tok Guru Nik Aziz sempat singgah menjalani latihan menembak di Lapang Sasar Padang Tembak dalam perjalanan pulang ke rumah beliau.Keseluruhan tembakan beliau tidak tersasar,kemahiran diusia mudanya masih belum hilang.










Sumber

Addin :

Dari pengalaman Addin yang selalu mengendalikan senjata api suatu ketika dahulu, sekiranya  umur seperti Tuan Guru Nik Aziz dapat mengendalikan senjata api dengan baik.. ini amatlah membanggakan. Kerana kesan hentakan semasa peluru keluar amatlah kuat, seorang penembak perlu grip dengan kuat senjata api tersebut terutama bagi revolver.

3 Gadis Melayu Penari Tiang Hanya Di Denda RM25 Seorang

Posted: 28 Mar 2012 05:07 PM PDT

8
SEREMBAN - Tiga wanita beragama Islam didenda RM25 seorang oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai dekat sini Sabtu lalu. Nooranishah (kiri) bersama Faiqah dan Nurul Huda ketika ditahan atas kesalahan mempamerkan tarian tiang dan berpakaian tidak sopan di sebuah pusat hiburan di Nilai pada Sabtu lalu. Faiqah Azizan, 24, Nurul Huda Abdul Rahman, 23, dan Nooranishah Mohamad Isa, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga wanita tersebut yang berasal dari Kuala Lumpur didakwa mempamerkan tarian tiang di atas pentas dengan pakaian kurang sopan di tempat hiburan awam.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang mengenakan hukuman denda tidak lebih RM25 atau penjara maksimum 14 hari jika sabit kesalahan.

Mereka adalah tertuduh beragama Islam yang pertama di Negeri Sembilan disabitkan kesalahan melakukan tarian tiang di bawah akta tersebut.

Mohamad Izwan dalam penghakimanannya berharap kesemua tertuduh insaf dan tidak mengulangi perbuatan itu demi menjaga nama baik diri dan keluarga mereka. ~kosmo

Addin :

Bawak kereta langgar tiang pun kena denda RM300, nih penari tiang yang mengaku Islam hanya di denda RM25 seorang. Apa pengajaran dan pengiktibaran kepada masyarakat jikalau denda seringin macam nih? Inilah undang-undang ciptaan manusia yang penuh dengan kelemahan.. tiada roh.

Tiada ulasan: