shalehudin |
- Anwar buatkan Najib kencing tak lawas... hehe...
- WAJIB TAU: Ni dia rupa BATU API dalam Pakatan...
- Comel ka hidung si Hassan Ali... kahkahkah...
- Kesian kat Umno...
- Dia lebih selesa sebagai kuli... hehe...
- PANAS: Najib dikelilingi pengampu bengong... kahkahkah...
- KJ dah tersilap angkat jari daa... kahkahkah...
- Sayu betoi cerita si Miskin nih...
- Baru ku tahu....
- GAMBAR NGERI: Lelaki 70 tahun dimakan anjing sendiri
Anwar buatkan Najib kencing tak lawas... hehe... Posted: 28 Mar 2012 10:30 AM PDT |
WAJIB TAU: Ni dia rupa BATU API dalam Pakatan... Posted: 28 Mar 2012 09:21 AM PDT Suarapakatanrakyat.Com: Bukti Kejayaan Unit Saraf Siber Umno Oleh EX-BLOGGER UMNO Pelaburan yang dilakukan oleh UMNO melalui Unit Media Baru yang dipimpin oleh Tun Faisal Ismail Aziz didapati meningkat dengan berganda sejak 2 tahun lalu. Pada awalnya penubuhan UMB ini disokong oleh otai-otai blogger UMNO tetapi disebabkan UMB ini dilihat sebagai kerja fisabilillah atau kurang 'masyuk' berbanding berkhidmat kepada tuan tertentu, ramai otai blogger yang telah meninggalkan UMB. Blogger otai UMNO pula terdiri daripada blogger berkhidmat dengan ikhlas da nada yang berkhidmat kerana kertas berkepala Agong (ringgit Malaysia). Yang pasti majoriti blogger elitis ini menolak Khairy Jamaludin, Ketua Pemuda UMNO yang masih lagi kekal di persada politik UMNO walaupun blogger elitis ini telah mendakwa merekalah yang berjaya menyingkirkan Pak Lah dengan mengkritik keras pentadbiran Pak Lah, mengkritik tindak tanduk 'budak tingkat empat' dan berkempen untuk menjatuhkan KJ semasa pemilihan Agung UMNO sebelum ini tetapi gagal. Blogger elitis ini lebih mudah berkerja dengan Jabatan Perdana Menteri (JPM) atau secara terus dengan tokoh-tokoh politik tertentu. Sumber-sumber kewangan blogger UMNO mengikut keutamaan: 1) Individu - Antara tokoh UMNO paling terkenal kerana kemurahan hati adalah Datuk Ahmad Maslan yang mempunyai akses terhadap kewangan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Rais Yatim menggunakan peruntukan Kementerian Komunikasi & Kebudayaan, Datuk Shafie Afdal, Dato Seri Nazri Aziz dan Datuk Saifuddin Abdullah. Selain tokoh UMNO, tokoh-tokoh korporat juga menggunakan perkhidmatan blogger bagi perkhidmatan 'pengurusan persepsi' dan menjatuhkan pihak lawan. 2) Jabatan Perdana Menteri - Melalui peruntukan khas yang diuruskan oleh Datuk Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan UMNO serta peranan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri dan lain-lain pegawai. Peruntukan ini semakin bertambah setiap masa dan membimbangkan Dato Seri Ahmad Farid Ridzuan yang mengetahui bahawa blogger-blogger meminta peruntukan ini makan kiri kanan atas bawah dan dari segi audit, sukar untuk mengira keberkesanan dan 'value for money' setiap artikel dan post dikeluarkan 3) GLC / Yayasan / NGO - Terdapat juga GLC di atas nasihat konsultan dan pengamal media melaburkan sejumlah wang yang amat besar untuk mengupah blogger. Tender ini kebiasaannya dilakukan secara tertutup. Sebagai contoh, pada bulan Januari Felda Global Ventures telah menjemput blogger-blogger untuk memberikan sebutharga dan profil masing-masing bagi tujuan memerangi persepsi bahawa penyenaraian Felda akan merugikan peneroka. Blogger Big Dog dan rakan-rakan di dalam gabungan The Mole dan MyKMU telah berjaya dipilih di dalam tender bernilai ratusan ribu ringgit tersebut. Pembayaran pula diuruskan melalui Yayasan Felda dan Komunikasi Korporat Felda Global Ventures 4) Unit Media Baru UMNO - Kelemahan Tun Faisal sebagai Pengerusi UMB mendapatkan peruntukan daripada parti disebabkan nama Tun Faisal sendiri telah diburukkan di kalangan Blogger Elitis yang menganggap Tun Faisal sebagai exco pilihan KJ. Selain itu, blogger menyokong Tun Faisal dianggap blogger 'nyamuk' dan 'tiada kelas' dan turut dihentam oleh Blogger Elitis ini seperti dialami oleh blogger umno-reform dan pirates of putrajaya. Dijangkakan walaupun bertukar pengerusi, UMB akan terus lemah kerana Blogger Elitis lebih suka berurusan dengan individu dan masing-masing mempunyai blogger baru dibawahnya dan sedia berkhidmat untuk sekeping dua not RM50. Blogger-blogger UMB lebih dihormati lawan di dalam PR kerana cuba mengelak daripada menggunakan kata-kata kesat dan Tun Faisal sendiri sanggup duduk semeja dengan Hishammudin Rais (Tukar Tiub) bagi membincangkan peranan dan etika blogger. Sepertimana tuan-tuannya di dalam UMNO, majority blogger UMNO gemar memainkan isu peribadi seperti seks, perkauman dan agama. Sebelum itu, kita kenali dahulu sedikit sebanyak blogger Elitis UMNO dan kecenderungan mereka: Blogger Elitis Penyerang Individu: 1. Berpendapatan melebihi RM25,000 sebulan dengan sekurang-kurangnya 4 individu penaja dengan setiap individu memberikan tidak kurang RM2,000 sebulan. 2. Berdaftar dengan Jabatan Perdana Menteri dan mempunyai akses sulit kepada laporan JASA, SB dan perisikan tentera yang dipermudahkan oleh individu berprofil tinggi yang menaja 3. Berkecenderungan memilih subjek Anwar Ibrahim dan serangan peribadi menggunakan isu perkauman dan Islam. 4. Jarang mengambil assignment melibatkan korporat kecuali melalui rujukan rakan dan wang tersebut telah tersedia 5. Antara blogger ini adalah Papagomo, Parpukari dan Gelombang Wangsa Maju. Blogger Elitis Penyerang Berkumpulan: 1. Berpendapatan melebihi RM25,000 sebulan secara individu dengan sekurang-kurangnya 2 individu penaja menyumbang RM3,000 sebulan dan mengambil sekurang-kurangnya 2 assignment korporat/politik berkumpulan sebanyak RM250,000 setiap satu 2. Berdaftar dengan Jabatan Perdana Menteri dan mempunyai akses kepada korporat dan pemain media utama seperti Utusan, New Strait Times, TV3 dan Malay Mail 3. Lebih gemar mengambil tugasan berkaitan korporat dan politik yang menguntungkan individu atau kumpulan tertentu dalam UMNO. Kumpulan ini juga demi keuntungan sanggup menghadap musuh untuk mengadakan kerjasama atau menjual software. Sebagai contoh, blogger big dog pernah bekerjasama dengan blogger Jeff Ooi dari DAP untuk menjual software kepada Kerajaan P. Pinang Lim Guan Eng dan blogger Rockybru/Datuk Ahiruddin Atan bekerjasama dengan Malaysiakini untuk berkongsi contents 4. Antara kumpulan ini dikenalpasti adalah pakatan blogger BlogHouse Malaysia, pakatan The Mole, pakatan MyKMU, pakatan IsuPolitikSemasa dan pakatan Gelombang Wangsa Maju. Di antara pakatan ini, yang paling kaya adalah pakatan BlogHouse Malaysia dan The Mole yang berjaya mendapatkan jutaan ringgit assignment setiap bulan. Adakalanya Blogger Elitis Individu berasa bengang dengan kumpulan ini yang sanggup menyerang mana-mana individu UMNO atau tokoh korporat kerana upah yang lumayan. Selain itu, teknik mereka adalah untuk menyerang terlebih dahulu individu atau korporat tertentu dan kemudian datang kepada individu meminta wang jika tidak mahu dibongkarkan atau mahu memperbetulkan persepsi orang ramai. Kumpulan ini juga menganggap diri mereka terlalu otai, suka berada dikalangan individu berpengaruh sahaja, tidak turun padang dan tidak gemar bergaul dengan blogger 'nyamuk'. Begitulah sedikit sebanyak cerita tentang warna-warni blogger UMNO elitis yang siang malam bertungkus lumus menyembah Ringgit Malaysia. Sedikit peringatan kepada blog-blog PR, suarapakatanrakyat.com adalah ciptaan blogger UMNO Elitis yang diselenggarakan oleh anak-anak buahnya. Taktiknya mudah, menyiarkan berita ala portal news berkaitan Pakatan Rakyat dan akhirnya akan memberikan pandangan yang melaga-lagakan individu dalam PR khasnya PKR dan Anwar Ibrahim. Melihat gambar Anwar Ibrahim yang diberikan tulisan "Manusia Paling Suci" oleh blog ini sudah menggambarkan betapa antinya pemilik blog ini kepada Anwar Ibrahim. Selama ini blog SuaraPakatanRakyat.com cuma digunakan oleh blogger UMNO Elitis untuk menunjukkan blog PR juga membelasah PKR tetapi penulis terkejut apabila portalTranungkite menyiarkan berita dipetik daripada SuaraPakatanRakyat.com berkenaan Rafizi Ramli kurang ajar dengan Anwar Ibrahim. Setahu penulis, portal Tranungkite dipunyai oleh Pas Kawasan Dungun dan turut mempunya ribuan link dengan blogger PR lain. Semoga blog-blog PR lebih berhati-hati dengan blog seperti ini dan mengambil iktibar daripada kejadian ini. p/s: Tahniah kepada Kickdefella yang telah bernaung dengan pakatan The Mole. Tak adakah YB PR nak kemukakan soalan berapa jumlah peruntukan Jabatan Perdana Menteri atau Felda Global Venture kepada blogger bagi menerangkan isu Felda dan lain-lain? ........ Komen WM : Oleh kerana artikel ini dihantar secara terus kepada saya, saya keluarkan semula walaupun artikel ini telah pun dikeluarkan di TKO melalui laman petikan PahangDaily. |
Comel ka hidung si Hassan Ali... kahkahkah... Posted: 28 Mar 2012 04:55 AM PDT Hassan Akidah Terkena Lagi? Musykil juga kita macam mana seorang Melayu yang kuat beragama, membawa Quran sejak dari kecil, membaca Khutbah di masjid-masjid berkelulusan Phd di luar negara lagi.. tetapi boleh berbohong. Sepatutnya orang agama yang berpendidikan seperti itu tidak akan berbohong atau tergamak memutar fakta yang mudah dipetahkan oleh orang lain? Tetapi itulah nampaknya yang berlaku kepada Hasan Akidah alias Hasan Ali seperti mana didedahkan oleh Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim berhubung pendedahan bekas Exco Selangor itu mengenai peruntukan membaiki pejabat. Kata Hasan sebelum ini beberapa orang Exco telah membelanjakan wang ratusan ribu untuk membaiki pejabat. Sebaliknya apa yang didedahkan oleh Khalid hari ini jelas, nyata dan tidak payah bersuluh lagi yang banyak membelanjakan untuk membaiki pejabat ialah Hasan sendiri. Hasan tampaknya telah meludah ke langit akhirnya terkena hidung comelnya sendiri. Dedah Khalid, Hasan Akidah telah membelanjakan sebanyak RM329,000 untuk memperbaiki pejabatnya di mana angka itu mendahului perbelanjaan oleh Exco lain untuk membaiki pejabat masing-masing. Misalnya Ean Yong Hian Wah (RM146,000) dan Rodziah Ismail (RM119,000). Exco lain yang disenaraikan termasuk Xavier Jeyakumar (RM70,000), Ronnie Liu (RM53,000), Yaakob Sapari (RM32,000), Teresa Kok dan Elizabeth Wong (di bawah RM25,000) dan Iskandar Abdul Samad (RM21,000). Daslam senarai itu tidak pun termasuk nama Dr Halimah Ali yang dituduh oleh Hasan sebagai Exco yang paling banyak membelanjakan peruntukan untuk membaiki pejabat. (Saya nak pergi ke pejabat Halimah dan mengambar gambar seperti ditawarnya. Harap Halimah boleh hubungi saya). Berdasar pendedahan Khalid itu menjelaskan Hasan bohong dan cuba melindungi apa yang berlaku kepada dirinya. Pembohongan ini memalukan Hasan dan beberapa orang pengikutnya. Elok kalau Hasan memohon maaf atas pembohongan beliau seperti didedahkan oleh Khalid itu. Dalam hal ini saya tidak kira Khalid yang tidak dilihat Islami, yang tidak mengakui mengaji Quran sejak kecil, yang tidak mengaku berkelulusan tinggi, yang tidak mengaku tahu membaca khutbah... atau yang tidak mengaku sebagai seorang pejuang akidah... lebih Islam dan jujur dari Hasan Akidah. Jelas yang perlu diperbetulkan akidah politik dan agama di sini bukan orang lain melainkan Hasan sendiri. Sebab dalam Islam, dilarang orang yang bercakap bohong, membuat fitnah dan memburukkan rakan dan parti sendiri. Dalam perkembangan lain khabarnya seorang orang kuat Hasan yang selama ini menjadi penasihat telah bertelingkah dengan Hasan. Katanya bekas Exco itu yang baru set-up pejabat di Taman Tun Dr Ismail telah melarang orang kuat itu dari memasuki pejabatnya. Masalah yang difahami ialah berhubung dengan penyalahgunaan wang? Sejauh mana ianya benar kita akan cuba siasat. |
Posted: 28 Mar 2012 01:00 AM PDT Oleh: paklongdin Salam semua... Pak Long ni orang kampung yang di besaqkan dalam era segalanya Umno. Umno diterima pasai orang kampung dulu tak banyak songeh macam orang la. Depa malaih nak bertoje pasai-pasai parti nih. Depa pun tak tau dasar parti tu menatang apa. Orang dulu-dulu mudah percaya dan depa pakai percaya ja kat orang yang depa lantik sebagai pemimpin depa. Asai ada cukup makan, boleh motong ngan turun bendang, tidoq pulak tak kena hujan... dah cukup baguih bagi depa. Seingat Pak Long walaupun Pak Long ni bukannya ahli Umno... depa lain banyak ngan Umno la... segala yang orang kampung nak, mai dari Umno sampaikan kain pelikat yang dok berebut ngan Mak Long hang tu pun Umno yang bagi... hehe... Depa tak nampak pentingkan tembolok depa ja... Banyak aktiviti kampung semuanya ada kaitan ngan Umno. Lawan takraw bulat, orang Umno yang urus... Tim bola kampung, puak Umno yang sponsor... Fardhu Ain bawah madrasah, wanita Umno punya usaha... Sejadah madrasah, Umno bahagian yang bagi... Kugiran kampung pun Umno jugak yang sedia... haha... Boleh katakan tak dak yang Umno melainkan Umno belaka. Ada la sejemput puak-puak PAS hujung kampung sebelah rumah Pak Long... yang malu tersipu-sipu... hehe... Dah bila segala mak neneknya Umno bagi maka ada la orang-orang kampung yang pikiaq tak dak Umno, tak dak la kemajuan. Tak dak Umno, Melayu akan punah ranah baham tanah... apa pun tak boleh. Maklum sajalah Umno ni dah jadi tiang seri pada politik kampung, dah jadi tunjang pada politik tanah ayaq. Tapi tu dulu... zaman dinasour tunjuk hebat yang dah menjadi sejarah. Umno pun terpaksa berubah ikut masa, terasa jelaih perubahan yang berlaku dalam Umno nih. Tapi perubahan budaya dan etika dalam Umno tu dah makin pelik, depa berubah kot belah kejatuhan dan bukannya kot belah membina perjuangan yang sepatutnya dilakukan oleh Umno untuk kedaulatan rakyat... Pak Long pun tak nampak dah Umno nak buat camana lagi untuk balik jadi parti yang dihormati rakyat bukan saja oleh orang Melayu tapi jugak dari bangsa-bangsa lain macam dulu kala... Pokok moktan depan rumah, buat menyemak kalau tak berbuah. Dah tua dan sampai masa, boh baja pun tak jadi apa... Pujuk-pujuk dok tak mau jugak, pikiaq senang boh kapak... Yang sahihnya, Umno jadi serabut camni bukan pasai PAS kuat, tapi kelaku hodoh pemimpin Umno yang rakyat meluat. Depa tak tau nak uruskan kejayaan depa... Masalah mai bila Umno diwariskan pada kutu berahak yang tak berjiwa rakyat sebagai pemimpin. Mak pak depa keluarga bangsawan, anak-anak tak kenai jerit perih rakyat bawahan... Depa sedaq-sedaq dah jadi negarawan, hanya pandai berteriak yang tak ketahuan... Jerit bukan main kuat, tapi rakyat tetap melarat.... Umno di perguna, untuk kepentingan tembolok depa dan keluarga semata-mata... Maka timbui la kisah-kisah ngeri yang dulu orang kampung tak pikiaq nak jadi. Anak menteri bertunang belasah duit rakyat... Anak menteri pukui orang tetiba kes hilang tak nampak bayang... Beli kapai selam ngan harga mahai nak mampuih... Badan Kehakiman demam sampai la tak kebah-kebah... Sambut harijadi pun rakyat yang sedekah... Hutang berjuta bagi kat kroni, depa lenyap sunyi sepi... hutang PTPTN bebudak nak mengaji, depa ligan siap ngan nak saman lagi... Ini yang buatkan rakyat menyampah, nampak Umno dah macam pemintak sedekah... Kesian kan kat Umno nih... Wassalam... http://paklongonline.blogspot.com/ |
Dia lebih selesa sebagai kuli... hehe... Posted: 27 Mar 2012 11:00 PM PDT Ku Li masih selesa, tak akan keluar Umno..!! Di sebalik pendiriannya yang berbeza dengan kepimpinan Umno lain, veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata, beliau tidak akan mengikuti langkah Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir untuk keluar parti. Anggota parlimen Gua Musang itu masih mahu mempertaruhkan kesetiaannya kepada Umno dan berpuas hati dengan kedudukannya dalam parti setakat ini, laporOriental Daily. "Saya bebas lakukan dan berkata apa saya mahu dalam Umno. Walaupun sebahagian daripada kenyataan saya membuatkan orang dalam Umno tidak berpuas hati, tidak bermakna saya harus tinggalkan Umno," beliau dipetik sebagai berkata. Beliau menyamakannya dengan situasi perhubungan dua saudara dalam keluarga yang kadang kala selalu bergaduh tetapi tidak bermakna membuang satu sama lain. Bekas menteri kewangan itu kini presiden Amanah, NGO yang ditubuhkannya bersama bekas-bekas pemimpin BN. |
PANAS: Najib dikelilingi pengampu bengong... kahkahkah... Posted: 27 Mar 2012 09:00 PM PDT Cerita dari gambar perihal PM 1Malaysia Dato Seri Najib.. Sumber yang aku ambik dari akhbar resmi negara iaitu BERNAMA.... Kisah sebenar hangpa cari sendiri, cuma apa yang aku nak tonjolkan inilah situasi yang berlaku kepada PM 1Malaysia... Tidak ada niat walaupun sebesar biji sawi didalam perasaan minda aku nak menghina apa yang berlaku seperti didalam gambar ini.., apa yang aku nak kalian semua berfikir,, inikah nilai sebenar PM 1Malaysia yang dikatakan berjiwa rakyat.... Lihat cara gerak kerja PM,, terlalu berhati-hati.... seolah-olah beliau seorang yang pakar dalam nak melaksanakan tugas tersebut,, betulkah apa yang belia laksanakan.... Kalau hangpa tak ada asas knowledge ikat bata memang hangpa tak persaan. Ha, ha, ha... aku dah berjaya,,, tengok hand glove pun aku dah takut,,, betui kani .... Moral of the story... Kenapa yang ada kat sekeliling PM tu bengong juga atau takut nak tegur apa yang PM buat tu salah !!!! Kalau inilah apa yang berlaku didalam pentadbiran Najib,, maka bernasib malanglah rakyat Malaysia,,, - MM |
KJ dah tersilap angkat jari daa... kahkahkah... Posted: 27 Mar 2012 07:00 PM PDT Khairy dilantik pengerusi PUNB berkuatkuasa 1 April Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) hari ini mengumumkan pelantikan Khairy Jamaluddin sebagai pengerusinya yang baru berkuatkuasa 1 April. Pelantikan itu dibuat oleh Yayasan Pelaburan Bumiputera dalam mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 8 Mac tahun ini, kata PUNB dalam satu kenyataan hari ini. Khairy (kanan), yang juga ahli Parlimen Rembau, mempunyai pengalaman dalam sektor perbankan pelaburan dan sektor perkhidmatan awam. Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional itu mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Politik dan Ekonomi dari University of Oxford pada 1997 dan memperolehi Ijazah Sarjana Perundangan dan Teori Politik dari University College London pada 1998. Khairy akan menggantikan Tan Sri Abu Bakar Mohd Noor yang menamatkan perkhidmatannya pada 29 Februari tahun ini setelah berkhidmat sebagai pengerusi di PUNB sejak 1998. PUNB turut merakamkan setinggi penghargaan kepada Abu Bakar di atas segala jasa dan khidmat beliau semasa menerajui PUNB. - Bernama |
Sayu betoi cerita si Miskin nih... Posted: 27 Mar 2012 05:00 PM PDT Semangat waja si miskin Ada satu kisah yang membuatkan saya sangat terharu. Terdapat seorang lelaki di Hulu Selangor yang merupakan seorang India-Muslim. Beliau bukan mualaf kerana keturunan keluarga beliau sememangnya Islam. Beliau berkerja dalam hutan di kawasan turbin di Hulu Selangor. Gajinya cuma RM800 sebulan. Ibunya menghidap katarak, isterinya pula mempunyai jantung berlubang, beliau mempunyai 3 anak kecil dan yang paling bongsu merupakan anak kurang upaya. Dengan hanya RM800, beliau kena buat segala-galanya. Rumah yang didiami dibayar secara silih ganti. Maksudnya, sebulan dia bayar rumah, bulan kedua dia bayar bil. Beliau cuba untuk memusingkan wang tersebut sebaik yang mungkin. Saya mendapat tahu bahawa terdapat seseorang di Pejabat Tanah Hulu Selangor yang inginkan tanah dan rumah yang didiami beliau sekeluarga. Oleh kerana rekod kurang baik pembayaran dan sebagainya, maka bank sememangnya mempunyai kuasa untuk melelongkan rumah tersebut. Meminta bantuan Beliau bersusah payah mencari bantuan di sana sini dan akhirnya datang kepada pejabat kami kerana tiada lagi tempat yang mahu mengadu. Masa itu saya bekerja di pejabat Ronnie Liu yang merupakan Exco Kerajaan Tempatan dan Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor. Kita telah pergi ke bank untuk membantu orang yang susah itu. Kita telah bertanya kepada bank berapa yang perlu dibayar dahulu untuk mengelak rumah tersebut daripada ditarik. Tetapi mereka enggan mendengar. Bank berkata bahawa Pejabat Tanah telah mengarahkan kami menarik rumah tersebut dan kami hanya membuat dan menyediakan kertas kerja. Apabila saya menyemak dengan Pejabat Tanah, mereka berkata kepada kita, "tiada sesiapa boleh mengatasi undang-undang. Jika beliau tak bayar, maka bank akan memberikan surat". Jadi siapa yang berkata benar? Saya tidak datang dari latar belakang perbankan jadi saya tak tahu nak percaya pada siapa. Tiada sesiapa pun yang mahu berkerjasama dengan saya untuk melihat hitam putih bagi menjelaskan perkara sebenar. Siapa yang memberi arahan pada siapa? Perkara ini berlanjutan sehingga sebuah surat diterima mengatakan tarikh rumah tersebut akan dilelong. Orang yang kita mahu bantu itu amat sedih dan hampir berputus harapan. Namun kita tetap juga berusaha membantu beliau. Lagi pun semangat wajanya memberi inspirasi kepada saya. Kita kena faham bahawa mereka enggan berkerjasama dengan kita dari awal sehingga akhir – apabila Exco Kerajaan Selangor minta pun tak mahu bagi ke nombor-nombor telefon orang yang patut dihubungi. Tidak putus asa Pada saat akhir kita dapat juga nombor pegawai yang bertanggungjawab. Kita telah meminta beliau untuk menghentikan lelongan tersebut. Kita telah mengumpulkan duit untuk beliau, tapi bank tidak mahu mendengar. Ada duit nak bayar pun bank tak mahu dengar. Apabila tanya kepada bank, bank berkata, Pejabat Tanah mengarahkan kami supaya tidak menerimanya. Banyak sungguh permainan kotor dan politik. Kita kena faham, Pejabat Tanah dan Pegawai Daerah hanya melapor terus kepada bos besar mereka, iaitu Kerajaan Pusat. Semua tahu kerajaan pusat dikuasai oleh BN. Saya tidak pernah berdoa begitu banyak untuk membantu beliau, mengharapkan suatu keajaiban berlaku. Saya amat marah ketika itu. Namun kita tidak patut putus asa. Mereka berkuasa untuk buat dan hentikan lelongan itu berlaku tapi mereka tetap tidak mahu. Duit ada nak bayar pun mereka tak mahu terima. Kita lawan mati-matian untuk orang yang susah itu. Kita tahu dia enggan mengalah kerana itulah satu-satunya tempat berteduh untuk beliau dan keluarganya. Sehari sebelum lelongan, saya melawat ibu saya di hospital yang selesai menjalani pembedahan. Sesuatu yang tidak disangka-sangka berlaku. Saya terima SMS daripada lelaki tersebut yang berbunyi, "Alhamdulillah, kita berjaya mengeluarkan nama rumah saya dari senarai lelongan, dan rumah saya selamat. Ibu saya akan tidur aman malam ini dan saya tidak akan lupa jasa anda." |
Posted: 27 Mar 2012 03:00 PM PDT Oleh: modayu Doa aku tidak dimakbulkan oleh Allah.Setiap hari aku berdoa kepadaNya tanpa terlepas sekalipun. Semakin aku berdoa semakin hati aku dihimpit kesusahan. Dimanakah Allah? Adakah Allah tidak mahu mendengar permintaan aku? Adakah Allah tidak mahu melayan permintaan aku. Sedangkan Allah berfirman ,' mintalah padaku,nescaya Aku makbulkan permintaan kamu'. Aku berdoa pada Mu walaupun aku ini berdosa yang terlalu banyak,baik dosa yang besar mahupun dosa yang kecil....Allah dengarlah permintaan aku yang hina ini.. Rupanya baru ku tahu kenapa Allah 'mendiamkan' diriNya dari mendengar permintaan aku.. Engkau bukakan rahsiaMu melalui seorang insan yang jauh memahami kehendakMu. Baru ku tahu siapalah aku ketika memohon padaMu.Ku panjangkan tulisan insan hebat ini disini untuk aku mengerti dimana aku sebenarnya kini. Rahasia Terkabulnya Do'a Part 1 Seorang sahabat saya yang berprofesi sebagai Trainer bercerita bahwa impiannya di tahun 2010 adalah mendapatkan penghasilan 1M. Ternyata, hingga Desember 2010 penghasilannya masih jauh dari 1M. Sampai pada suatu saat di akhir bulan Desember 2010, ketika ia tengah mengisi sebuah acara di hadapan sekitar 1000 audien, ia mengalami sebuah peristiwa yang sungguh menyakitkan, yakni : dakwahnya tidak diterima oleh audien di sana, bahkan ada yang berteriak : "Turuuuuun...." padahal training baru berlangsung 15 menit-an .... Akhirnya, dia pun menghentikan trainingnya dan berkata pada dirinya sendiri : "Do'aku sedang dikabulkan Allah, aku tak boleh marah". Dan, subhaanallaah, sekitar 2 pekan kemudian, ia mendapat rejeki tak terduga dalam bentuk uang yang sangat besar (atas permintaan beliau, maka nominalnya tidak boleh disebutkan), hingga jika ditotalkan dalam satu tahun mencapai lebih dari 1M, yang besarnya dalam bentuk uang plus dalam bentuk lainnya : anak yang semakin sholeh, koneksi yang bertambah banyak, istri yang semakin sholihah, kesehatan yang semakin membaik, dan lain sebagainya... So, sahabat semesta, bersabarlah, sebab RAHASIA PERTAMA yang perlu Anda ketahui adalah bahwa : Ketika kesulitanmu memuncak, berarti saat itu do'amu sedang dikabulkan-Nya. Mari kita lanjutkan ke Part-2 .... Ketahuilah, bahwa Allah tidak terikat oleh tempat dan waktu, melainkan waktu dan tempat yang terikat kepada Allah. Itu sebabnya, RAHASIA KEDUA bahwa do'a Anda pasti dikabulkan-Nya di "saat ini" juga adalah apabila Anda meminimalisir keterikatan Anda terhadap waktu dan lalu mengoptimalkan keterikatan Anda kepada Yang Maha Menguasai Waktu. Ciri orang yang masih terikat kepada waktu adalah "bosan dan letih dalam menunggu". Dengan demikian, ketika Anda sedang berdo'a maka jangan tunggu kapan do'a itu terkabul, sebab seringkali apapun yang "ditunggu" akan terasa lama serta seringkali hanya akan menyiksa jiwa Anda. Nikmatilah hidup Anda saat ini juga, sebab dalam pandangan-Nya "saat ini" do'a Anda sedang dikabulkan-Nya. Firman-Nya : "Berdo'alah kepada-Ku, langsung Aku kabulkan". Part 3 Sebetulnya, do'a itu dilakukan agar kita tak lagi fokus kepada APA yang kita pinta, tapi kembali tenang dan fokus kepada SIAPA kita meminta. So, RAHASIA KETIGA do'a Anda sedang dikabulkan-Nya adalah ketika Anda lebih sering mengingat-Nya dibandingkan mengingat apa yang Anda pinta kepada-Nya. Misalkan, jika Anda berdo'a meminta mobil, maka jika Anda PERCAYA bahwa DIA pasti mengabulkan atau mengganti dengan yang terBAIK, maka Anda tak perlu lagi istiqomah melakukan Dzikrul Mobil (Mengingat Mobil) melainkan kembali fokus melakukan Dzikrul Allah (Mengingat Allah). Do'a itu adalah teknik melepaskan, mengembalikan, dan menyerahkan keinginan Anda kepada-Nya, sehingga Anda bisa kembali tenang mengingat dan mengabdi kepada-Nya. Ya, kita memang disuruh MEMINTA kepada-Nya, tapi kita tidak disuruh BANYAK MEMINTA kepada-Nya, melainkan kita disuruh BANYAK BERDZIKIR kepada-Nya. Itu mengapa, jangan sampai justru Do'a yang kita panjatkan kepada-Nya malah melalaikan kita dari mengingat-Nya. Ini adalah hal yang sungguh tidak mulia ... "Hai orang-orang yang beriman, berDZIKIRlah kepada Allah dengan DZIKIR yang seBANYAK-banyaknya.. "(Q.S. 33 : 41-42) Bahkan jika kita perhatikan hadits berikut, berDZIKIR memang lebih ampuh dibandingkan dengan meminta. "Barang siapa yang disibukkan berDZIKIR kepadaKU daripada MEMINTA kepadaKU, maka AKU akan memberinya lebih dari yang biasa diminta oleh para peminta" (H.R. Bukhori). "BerDZIKIRlah kepada Allah sebanyak-banyaknya, supaya kamu beruntung." (Q.S. 62:10). Part 4 Dengan demikian, FUNGSI UTAMA dari berdo'a adalah untuk MENGINGAT ALLAH, dan FUNGSI KEDUA dari berdo'a adalah agar kita tidak TERIKAT terhadap apa yang kita pinta, dan kembali hidup MERDEKA bersama-NYA. Ya, do'a itu berfungsi agar kita tak lagi terlalu memikirkan apa yang kita pinta kepada-Nya, karena kita sudah sungguh-sungguh PERCAYA bahwa DIA pasti mengabulkan do'a kita ... Nah, inilah RAHASIA KEEMPAT terkabulnya do'a adalah bahwa Anda sudah tidak terikat lagi atas apa yang Anda pinta kepada-Nya sebab Anda sudah sangat percaya bahwa DIA pasti mengabulkan do'a Anda. Cobalah pikirkan, apakah Anda sering mengingat-ingat orang yang berhutang kepada Anda karena Anda tak percaya kepada orang tersebut? Begitu pun, jika Anda ragu bahwa apa yang Anda pinta tidak dikabulkan-Nya, maka SADARILAH bahwa tak mungkin Dia ingkar janji, tak mungkin Dia tidak mengabulkan do'a Anda. Sungguh Tidak Mungkin, kecuali Anda mengkhianati-Nya. Silakan Anda meminta kepada-Nya berulang-ulang, tapi bukan dalam rangka meragukan keahlian-Nya dalam mengabulkan do'a-do'a Anda, melainkan dalam rangka mendekatkan diri Anda kepada-Nya, dan bukan sekedar dalam rangka mendekatkan diri Anda kepada apa yang Anda pinta. "Dikabulkan do'a salah seorang dari kamu, selama ia tidak tergesa-gesa mengucapkan 'saya sudah berdo'a tapi belum juga dikabulkan'" (H.R. bukhori dan Muslim) Part 5 Dan RAHASIA KELIMA bahwa do'a Anda pasti dikabulkan-Nya adalah ketika Anda SEDANG MERASA DEKAT kepada-NYA. Bagaimana caranya? Begini, misalkan Anda ingin pulang kampung, anggap kampung Anda di Padang. Eh, ternyata Anda salah menaiki pesawat, maka mau-tidak mau Anda harus segera keluar dari pesawat tersebut serta MENDEKAT dan KEMBALI kepada pesawat yang benar sehingga ANDA bisa MENDEKAT dan KEMBALI ke kampung halaman Anda, dan bukan ke kampung halaman orang lain. Jika Anda sudah KEMBALI ke peswat yang benar, maka Anda bisa mengatakan kepada Pilotnya "Om Pilot, bisa tolong antar saya ke Padang ya?" Maka Om Pilot akan mengantarkan Anda ke Padang, bahkan sekalipun Anda tidak memintanya, sebab pesawat tersebut memang bertujuan ke Padang. Allah berfirman "Apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) sesungguhnya Aku iniDEKAT. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi segala perintah-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku agar mereka selalu berada dalam keLURUSan." (Al-Baqarah: 186) Berdasarkan ayat di atas dapat disimpulkan bahwa do'a akan dikabulkan-Nya manakala kita menyadari bahwa Allah itu DEKAT, dan agar kita MERASA DEKAT kepada-NYA tentu saja kita harus mendekat kepada ALLAH. Namun, jika kita masih berada di jalan yang salah, bergelimang dosa, maka berarti kita "salah naik pesawat". Sehingga, jika kita KEMBALI (taubat) dari jalan yang salah menuju jalan yang benar, yaitu jalan-Nya yang LURUS, maka kita pun menjadi DEKAT kepada-Nya. Perhatikan kembali firman-Nya "maka hendaklah mereka itu memenuhi segala perintah-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku agar mereka selalu berada dalam keLURUSan." Dan sebagai penegasan akhir, maka ada 3 macam tipe Pendo'a, yaitu : 1. Pendo'a yang Tersesat, yaitu Pendo'a yang Meminta selain kepada Allah (misal meminta kepada alam semesta, dukun dlsb) 2. Pendo'a yang Terjebak, yaitu Pendo'a yang meminta kepada Allah tapi yang dia ingat bukan Allah melainkan berbagai hal yang dia pinta pada-Nya 3. Pendo'a yang Terbimbing, yaitu Pendo'a yang menjadikan aktivitas Do'a sebagai upaya dirinya untuk mendekatkan diri kepada Allah Wallahu a'lam Kang Zain Master Trainer S3 BB 27C1E4D7 Twitter @KangZainS3 |
GAMBAR NGERI: Lelaki 70 tahun dimakan anjing sendiri Posted: 27 Mar 2012 01:00 PM PDT Lebih sadis kerana anjing tersebut memakan tuannya sendiri yang dah mati digigit, bukan di Malaysia tapi di Brazil. |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan