shalehudin |
- HOT: Tukar Tiub tiru telatah Najib... kahkahkah...
- Hensem gak Najib bila bermisai nih... kahkahkah...
- SUMBER BN: Ada menteri takut bini... kahkahkah...
- Paling Selamat taik minyak hampa lagu ni...
- Awat yang kalut sangat nih... kahkahkah...
- Najib TAK BERANI, bukan penakut... kahkahkah...
- TERHOT: Malang la sapa yang jadi cikgu depa...
- SUMBER: Nalla nak lari luaq negara? Kahkahkah...
- WAJIB BACA menjelang Pilihanraya...
- WAJIB BACA: Menarik mengenai PAS Kelantan...
- Wajah Pembunuh Dirang...
HOT: Tukar Tiub tiru telatah Najib... kahkahkah... Posted: 27 Mar 2012 11:00 AM PDT Jom kita enjoy kelaku gila-gila blogger Tukar Tiub dengan gaya tersendiri memeriahkan majlis ucapan terima kasih Kerajaan Selangor di Kuala Selangor... |
Hensem gak Najib bila bermisai nih... kahkahkah... Posted: 27 Mar 2012 09:50 AM PDT Kes Altantuya: Rakyat mahu jawapan! Selepas beberapa tahun menunggu keputusan adil berkaitan pembunuhan rakyak Mongolia di Malaysia, keadilan yang diputuskan oleh mahkamah di Malaysia masih tidak dapat diterima orang ramai. Rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa terkejut dengan keputusannya. Kita tinggalkan seketika lunas undang-undang, mari kita lihat apa yang rakyat masih tertanya-tanya selama ini dan tiada jawapan daripada institusi dan pihak berkuasa-termasuk pucuk pimpinan negara. Soalan-soalan cepu emas adalah: 1. Rekod imigresen: Siapa yang arahkan rekod masuk dan keluar Altantuya dipadamkan? Siapa yang berada di situ sebelum rekod dipadam daripada sistem dan kenapa? Apakah motif di sebaliknya? 2. Bahan letupan C4: Siapa yang benarkan bahan letupan tentera yang dikawal ketat dengan SOP? Siapa yang arahkan pengeluaran tersebut? Apa motif di sebalik pengunaan letupan pemusnah dan tidak senjata lain? 3. Para pembunuh: Siapa yang beri arahan untuk laksanakan jenayah kejam yang membuatkan mangsa hancur sama sekali? Adakah motif di sebaliknya ialah untuk menghapuskan sama sekali sebarang kesan dan menggagalkan penyiasatan forensik yang boleh mendapat maklumat terperinci bahawa mangsa mengandung dan jika benar DNA dan ciri genetik? 4. Pesanan ringkas melalui teks kepada Razak Baginda daripada PM: Kenapa PM tidak disiasat untuk mencari motif dan implikasi pesanan teks ringkas PM kepada Razak? Kenapa tiada inisiatif untuk pemeriksaan terperinci mahkamah untuk mencari motif PM dan/atau melepaskan beliau daripada dakwaan tak berasas? 5. Berdiam diri: Kenapa kerajaan terutamanya pimpinan tertinggi tidak mengambil berat kes ini dan tiada usaha untuk menjawab 4 persoalan yang membelenggu bukan saja rakyat Malaysia tapi masyarakat antarabangsa juga? Kenapa berdiam diri dan mengabaikan isu bila kes ini melibatkan rakyat dari dua buah negara dan ada kepentingan global? 6. Keselamatan negara: Cara seorang wanita yang keseorangan, lemah dan tidak bersenjata dihapuskan menimbulkan tandatanya. Rakyat mahu tahu adakah terdapat ancaman kepada keselamtan umum, negara atau harta benda? Adakah beliau seorang pelampau yang berupaya menimbulkan peristiwa seperti 9/11 yang mana memerlukan tindakan dihapuskan dengan segera dan cepat? Apa motif untuk strategi yang diambil untuk menghapuskan seorang ibu dan juga anak yang bernama Altantuya? Kesan utama pada PRU 13 Kerajaan BN tidak boleh terus berlakon dan mengabaikan 5 persoalan di atas lagi. Jika BN terus mengabaikan daripada menjawab persoalan ini, ia akan memberi kesan bukan saja kepada imej dan reputasi global negara tapi lebih penting, ia memberi kesan kepada masa depan pemerintahan BN . Berhati-hati juga kepada sejarah masa akan datang Sama ada pimpinan BN percaya atau tidak, kes pembunuhan kejam ini akan memberi kesan mendalam pada PRU-13 nanti. Apa jua starategi pilihan raya yang bakal dibuat dan laksanakan, mereka harus ingat satu fakta menyakitkan: keadaan yang menyelubungi pembunuhan wanita Mongolia itu dan cara kes itu dilengah-lengahkan di mahkamah menjadikan kes tersebut perhatian antarabangsa dan menyayat hati jutaan rakyat yang prihatin dan percaya kepada kuasa Tuhan, dari dalam dan luar negara. Rosmah patut dibabitkan, Najib perlu letak jawatan sementara siasatan berjalan Maka, cara terbaik bagi PM sendiri menanganinya ialah mengarahkan penyiasatan terperinci tanpa ada sesiapa yang dilindungi. Tetapi kerana nama beliau dan isterinya terbabit, maka adalah lebih baik jika beliau mengundur diri sementara sehingga kes ini selesai dan terbukti beliau tidak terlibat. Demi kebaikan parti BN, Raja Berperlembagaan dan Istana Keadilan, imej dan reputasi negara, untuk kebaikan semua dan pertimbangan semua, pembunuhan Altantuya perlu ditangani tanpa pilih kasih dan rasa takut. Kebenaran yang hakiki: Sesiapa yang bersalah kerana terlibat dan sesiapa yang enggan mendedahkan dalang sebenar patut berasa bersalah kepada negara. Oleh J. D. Lovrenciear |
SUMBER BN: Ada menteri takut bini... kahkahkah... Posted: 27 Mar 2012 08:33 AM PDT Anwar ulang iltizam Pakatan batalkan PTPTN KUALA LUMPUR 26 Mac: Ketua umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi iltizam Pakatan Rakyat untuk membatalkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sekiranya Pakatan berjaya membentuk kerajaan pusat selepas pilihanraya umum akan datang. "Insya Allah, sekiranya kita berjaya menawan Putrajaya, kita akan batalkan PTPTN, dan anak-anak miskin akan mendapat pendidikan percuma dari sekolah rendah sehingga universiti," kata Anwar. Katanya, perkara ini dapat dilakukan sekiranya kerajaan berhemat dalam setiap perbelanjaan dan menghapuskan budaya rasuah dan kronisme yang merugikan negara. "Mana saya nak letak muka sebagai pemimpin, sekiranya masih ada rakyat yang tidak dapat masuk ke universiti hanya kerana dibelenggu kemiskinan," tegas Ketua Pembangkang itu lagi. Beliau berucap di hadapan kira-kira 20,000 hadirin di Majlis Sambutan Sempena Empat Tahun Pemerintahan Pakatan Rakyat Selangor di Stadium Kuala Selangor semalam. Dalam ceramah sama, Anwar turut mengulangi iltizam Pakatan Rakyat untuk menurunkan kadar tarif elektrik sebaik sahaja Pakatan Rakyat mentadbir Putrajaya kelak. "Dalam masa sebulan Pakatan memerintah, kita akan turunkan kadar tarif elektrik. Saya akan panggil tauke-tauke IPP dan minta mereka fikir cara untuk menurunkan kadar elektrik agar tidak membebankan rakyat. "Pemimpin harus berani berhadapan dengan mereka. Jangan kita apabila nampak tauke kita takut, nampak Obama takut, nampak bini lagi takut," kata Anwar dan disambut ketawa hadirin di stadium. Katanya lagi, usaha mendahulukan kebajikan rakyat ini sudah pun dibuktikan Pakatan Rakyat di negeri Selangor. Hishamuddin Rais Menurutnya, kerajaan negeri berjaya mengutip hutang-hutang dan aset-aset lama bernilai hampir RM500juta dan memulangkannya kembali kepada rakyat melalui program-program di bawah inisiatif Selangorku. Majlis Sambutan Sempena Empat Tahun Pemerintahan Pakatan Rakyat Selangor selama dua hari itu menyediakan pelbagai gerai jualan, pameran-pameran program kerajaan negeri seperti Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) dan Skim Mikrokredit Miskin Bandar, sukaneka dan persembahan muzik. Majlis pada malam itu dibuka dengan jenaka pentas oleh penulis dan aktivis terkenal Hishamuddin Rais. Turut memberi ucapan sebelum Anwar adalah Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin DAP, Lim Kit Siang.- KD |
Paling Selamat taik minyak hampa lagu ni... Posted: 27 Mar 2012 03:00 AM PDT Keluarga wakil rakyat trauma TANJUNG MALIM – Seorang wakil rakyat, isteri dan empat anak mereka terpaksa melalui detik menakutkan lebih setengah jam apabila kediaman mereka di Taman Wangsa Setia di sini dipecah masuk tiga perompak bertopeng awal pagi semalam. GAMBAR: Inilah kediaman Mohd. Khusairi (gambar kecil) di Taman Wangsa Setia, Tanjung Malim, Perak yang dirompak awal pagi kelmarin. Dalam kejadian pada pukul 2 pagi itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Slim, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib (gambar) berkata, beliau telah diacukan sebilah pisau sebelum tangannya, isteri serta seorang anak lelakinya yang berusia 18 tahun diikat. Menceritakan peristiwa itu, beliau berkata, perompak terbabit kemudiannya memaksanya menunjukkan lokasi barangan berharga seperti barang kemas dan wang tunai disimpan. "Saya yang sedang nyenyak tidur terperanjat apabila tiga lelaki mengejutkan saya sambil mengacukan sebilah pisau di leher. "Seorang lagi bersenjatakan pemotong besi menggertak saya dan isteri serta mengikat kami sebelum menggeledah di seluruh rumah," katanya kepada Kosmo! di sini semalam. -kosmo YB panik pisau di leher TANJUNG MALIM: "Saya panik apabila seorang suspek mengacukan pisau ke leher saya dan memberi amaran supaya tidak bising," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Slim River, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, yang berdepan saat mencemaskan selepas kediamannya disamun sekumpulan penyamun bertopeng bersenjatakan pisau, awal pagi kelmarin. Dalam kejadian jam 2 pagi di Taman Wang Setia itu, rumah teres dua tingkat didiami Mohd Khusairi bersama isteri dan empat anaknya dimasuki tiga lelaki bertopeng yang mengikat mereka. Kejadian menyebabkan Mohd Khusairi sekeluarga kerugian kira-kira RM40,000 apabila beberapa barangan berharga termasuk barang kemas, wang tunai, telefon bimbit, komputer riba, iPad dan pasport antarabangsa miliknya dilarikan. Mohd Khusairi yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno Perak dan Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim berkata, ketika kejadian dia sekeluarga tidur apabila dikejutkan dengan bunyi bising sebelum keluar memeriksa dan mendapati tiga lelaki berada dalam biliknya. "Seorang suspek mengacukan pisau pada leher saya sebelum mengikat saya dan isteri. Seorang lagi ke bilik anak lelaki saya di sebelah dan mengikatnya pada tiang katil. -hm |
Awat yang kalut sangat nih... kahkahkah... Posted: 27 Mar 2012 01:00 AM PDT Kenapa tergesa-gesa bersihkan nama anak Nazri Aziz? KUALA LUMPUR 26 Mac: Kenyataan Ketua Polis Daerah Brickfields, Wan Abdul Bari berkenaan kes serangan melibatkan anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz dilihat sebagai usaha polis untuk melindungi reputasi Umno BN. Naib Presiden KEADILAN, N. Surendran berkata, kenyataan Wan Abdul Bari yang membersihkan anak Nazri itu bertentangan dengan laporan awal yang menyatakan anak Nazri sendiri menyerang seorang pengawal keselamatan. "Ia cukup merisaukan dan menimbulkan syak wasangka kerana kenyataan dibuat dengan keadaan yang terburu-buru. "Dilaporkan insiden itu juga dirakam kamera CCTV di tempat kejadian. Apa yang dapat dilihat melalui rakaman tersebut?" soal beliau. Surendran berkata, tindakan polis yang tergesa-gesa membersihkan jenayah anak menteri Umno hanya meningkatkan lagi keraguan dan prasangka akan perkara yang sebenarnya terjadi pada malam 20 mac lalu. "Adakah polis cuba melindungi reputasi kerajaan Umno BN?" soal beliau lagi. 23 Mac lalu, seorang penyelia keselamatan kondominium mewah di Mont Kiara membuat laporan polis dan mendakwa dirinya diserang oleh Mohamad Nedim Mohd Nazri Aziz bersama pengawal peribadinya. Ia bermula dengan pergaduhan kecil apabila Mohamad Nedim enggan memberi butiran dirinya sebelum memasuki kawasan kondominium itu, selepas diminta pengawal terbabit. Keesokannya, akhbar The Star melaporkan polis mendapati pergaduhan hanya berlaku antara penyelia keselamatan dan pengawal peribadi Mohamad Nedim, tanpa melibatkan beliau sendiri. Surendran turut berkata, sudah menjadi amalan biasa untuk polis melindungi pemimpin Umno BN dan keluarga mereka yang disabitkan dengan jenayah. "Sebelum Perhimpunan Agong Umno 2011, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Bakar mengeluarkan kenyataan membersihkan NFC dari salahlaku, walhal siasatan belum pun selesai. "Justeru, KEADILAN mendesak Ketua Polis Negara untuk menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat kes yang membabitkan anak menteri ini. Peguam Negara juga harus menggunakan kuasanya untuk mengarahkan polis membuat siasatan lanjut," jelas beliau lagi.- KD |
Najib TAK BERANI, bukan penakut... kahkahkah... Posted: 26 Mar 2012 11:00 PM PDT Mat Sabu: Najib 'paling tidak berani' hadapi lobi Israel PAS kesal dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang didakwanya "paling tidak berani" menghadapi lobi Amerika Syarikat dan Israel apabila menghentikan import minyak mentah daripada Iran. Timbalan presiden parti itu, Mohamad Sabu menyifatkan bahawa langkah Malaysia itu juga kini meletakkan Iran sebagai salah sebuah negara musuh. "Tindakan Malaysia hentikan import minyak mentah Iran ini satu perkara yang tunjukkan kelemahan Malaysia bawah pimpinan Najib. "Kita kesal sangat sedangkan Malaysia berpengaruh dalam (Pertubuhan Persidangan Islam) OIC," katanya lagi dalam satu sidang media petang di ibu pejabat PAS hari ini. Sedangkan, tambahnya, kerajaan telah mengakui bahawa Malaysia menggunakan khidmat firma penasihat Israel, Apco dan turut mengadakan perniagaan dengan Israel. Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas satu kenyataan Najib bahawa Malaysia akan menghentikan import minyak mentah daripada negara itu bermula April – dua bulan sebelum sekatan AS ke atas negara itu berkuatkuasa. "PM ini paling tidak berani, saya tidak sebut penakut, dalam menghadapi lobi Amerika dan Israel," katanya lagi. Laporan sebelum ini memetik Najib sebagai berkata, import minyak mentah negara daripada Iran sebanyak kira-kira 50,000-60,000 tong sehari "hanya jumlah yang kecil." Empat pembeli terbesar minyak mentah Iran ke rantau Asia – sebanyak 2.6 jutsa tong sehari ialah ialah China, India, Jepun dan Korea Selatan.- M'kini |
TERHOT: Malang la sapa yang jadi cikgu depa... Posted: 26 Mar 2012 09:00 PM PDT Nalla, Ezam, Ummi dan Utusan: Penjaja 'sex, sex, sex' terhadap Anwar Umno nampaknya masih tidak serik, sedikit pun dengan kegagalan kes Sodomi 1, dan sambungannya ,Sodomi 2. Ada hajat untuk mati ala Hitler disebaliknya. Rakyat luar bandar malu bila penipuan sedemikian terus dibuat oleh orang yang berkedudukan tinggi yang telah mengkhianati kepercayaan rakyat. Terdapat bukti penipuan di perbicaraan dan keputusan Mahkamah. Masih terdapat elemen kekecewaan di sepanjang koridor kuasa di Putrajaya. Usaha berterusan untuk mengadakan ' senapang berasap' yang bakal menghapuskan masalah pengundi di kawasan rezab Melayu nampaknya tidak berhasil. Mantan Perdana Menteri, salah satu darinya, telah di dalam kemurungan dan tidak berupaya memberikan kata-kata beracun seperti kebiasaan nya. Teman –teman seperjuangan nya masih terus berjuang, mengiktiraf skrip untuk beberapa pindaan kepada episod Sodomi I dan II, tapi senyuman tawar mereka jelas. Tiga badut raja lawak Selepas Sodomi I dan II, tidak mungkin ada Sodomi III. Kali pertama tidak disengajakan. Kali kedua kebetulan dan kali ketiga memang sengaja diada adakan. Satu entiti –UMNO mungkin boleh menipu orang ramai kadangkadang tapi bukan semua orang pada setiap masa. Jadi, Umno terus menggunakan umpan mereka2 yang boleh digunakan untuk menghiburkan rakyat, terutama orang2 kampung, dari masa ke semasa berkenaan dakwaan salahlaku seks ketua pembangkang Anwar Ibrahim, jika ada yang sudi mendengarnya. Pendedahan yang diarahkan dan mengikut skrip yang semesti nya di taja . Pasti dapat menarik banyak orang yang menguap kerana bosan. Mantan Ketua Pemuda MIC S Nallakarupa ialah yang terbaru mempersendakan Anwar dengan imaginasi kejamnya.Beliau bergilir gilir denganbekas aktivis parti Keadilan (PKR) Ezam Mohd Noor dan Ummi Hafilda, seorang penjahat Umno yang tidak perlu diperkenalkan. Mereka terus bermaharaja lela tambahan sejak populariti makin kurang. Setiap manusia ada harga. Utusan dan sistem baldi Akhbar yang membantu mereka tak lain ialah wadah kepunyaan Umno,Utusan Malaysia yang berubah dari nasionalis Melayu kepada kubu wartawan pengumpul angpow di negara ini. Mereka ialah askar upahan yang akan menulis apa berita saja demi wang. Budaya rasuah dan runtuh nya moral makin meluas dalam akhbar harian ini ketahap teruk hingga sukar diterima pada zaman kawan makan kawan , budaya ini berjangkit dari ahli2 politik Umno. Berita-berita bermotif politik menarik sugar daddy, ketua samseng dan penaja2 lain yang secara rutin berupaya membayar dan terlepas. Apa yang dikaut oleh penceroboh di Utusan dapat dari setiap berita, walau nampak mewah, hanya bahagian kecil dari limpahan wang Umno yang terus mengalir bagai tiada esok. Mereka sanggup menyiarkan berita bersifat peribadi dan sensasi untuk jumlah yang memadai. Sudah tentu Utusan Malaysia mendakwa berita2 tersebut ialah skop panas berkenaan Anwar atau berlindung dibawah label komen adil, kebebasan bersuara dan kepentingan awam dan lain2 yang berkaitan. Malangnya, dakwaan2 tersebut gagal bila kita sedar tiada wartawan yang terhormat akan menyentuh berita2 sedemikian walaupun dengan galah 10 kaki. Hakikatnya, wartawan Utusan dikeji, dihina dan dianggap kelas bawhan di kalangan komuniti wartawan. Dipendekkan cerita, mereka diangap membuat kerja pariah- kelas paling rendah dalam sistem kasta-dalam dunia kewartawanan. Tiada kerja yang lebih hina di mata orang ramai selain dari kerja yang dilakukan wartawan Utusan Malaysia setiap hari. Zaman dalulu,sebelum pam tandas diperkenalkan, golongan pariah dihina kerana pekerjaan nya sebagai pembersih dan pengangkut baldi yang mengandungi najis manusia dari sistem baldi dan mencuci untuk golonganyang lebih berkemampuan. Begitu juga pariah di Utusan Malaysia terus menghidangkan berita berita najis terutaman berkaitan Anwar dan sekutu pembangkangnya. Kasar dan lucah dalam laporan berita ialah nama permainan mereka. Jika ada undang-undang menentang menyiarkan, mengedar dan mempamerkan bahan pornografik, ia patut digunakan juga untuk dakwaan yang dibuat dalam terma grafik.Undang2 jelas dan patut digunakan dengan meluas terhadap mereka yang menggunakan kata –kata lucah, juga kepada mereka yang menulis dan menyiarkan nya. Karakter paling tidak disukai ramai Utusan Malaysia bersalah sama seperti tiga badut Nallakarupan,Ezam Mohd Noor dan Ummi Hafilda. Anwar tahu tiga manusia ini tidak akan ragu –ragu melutut dan meminta maaf dari beliau jika Pakatan Rakyat berjaya merampas kuasa di Putrajaya. Ketika itu kita akan tahu cerita sebenar disebaliknya dan siapa dalang yang letakkan mereka dalam keadaan begitu. Ada yang fikir Nallakarupan seumpama namanya- manusia kulit hitam yang baik- atau sekurang kurangnya berterima kasih kepada Anwar kerana menyembunyikan nya dari tangan Perutusan Khas Malaysia ke benua India, S. Samy Vellu. Pada satu ketika, Nallakarupan ialah penama Samy untuk beberapa urusan melibatkan wang yang diatur oleh Menteri Kerjaraya ketika itu. Jelas lah tamak haloba menguasai penama itu dan Samy sedar akhirnya dan menghantar orang-orangnya mencari pencuri harta benda nya yang dia sendiri curi dari rakyat. Nallakarupan , tanpa segan silu, pergi meminta perlindungan Anwar supaya dilindungi dari Samy dan akhirnya menjadi rakan tenis Anwar. Untuk menghiburkan Timbalan PM ketika itu,Nallakarupan mencerita kan kisah2 sensasi Samy.Samy tiada pilihan malah menghapuskan saja semua kerugian yang dialaminya. Kebiasaan dikalangan pencuri. Kenapa tidak melihat kes Altantuya Daripada memfokuskan kehidupan seks Anwar, Nallakarupan patut bertukar arah dan memberitahu Utusan Malaysia apa yang beliau tahu berkenaan Samy Vellu dan bagaimana MIC menipu rakyat sejak setengah abad. Jika Utusan tidak dapat mengalih perhatian mereka kepada kehidupan peribadi dan seksual personaliti2, terutama Anwar, ia patut menukar fokus kepada model Mongolia yang dibunuh, Altantuya Shaaribu. Jelitawan berusia 28 tahun ini dibunuh kejam dibumi Malaysia oleh 2 org pengawal peribadi Najib dipercayai perempuan simpanan beliau sebelum beliau jemu dan melepaskan Altantuya kepada teman baiknya, Razak Baginda. Mungkin ada berita yang lebih berbaloi untuk diikuti memandangkan ada elemen risikan yang bakal mmebawa kita ke Mongolia, Singapore, Hong Kong, Perancis, Sepanyol dan England, antara lain. Sudah tentu Nallakarupan, Ezam atau Ummi tidak dapat menandingi berita tersebut. Malaysia Chronicle |
SUMBER: Nalla nak lari luaq negara? Kahkahkah... Posted: 26 Mar 2012 07:00 PM PDT Biseksual: Nalla Mahu Lari Ke Luar Negara DATUK Nallakaruppan, individu yang kononnya mempunyai segala macam maklumat sulit mengenai 'aktiviti seksual' Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dilapurkan akan melarikan diri ke luar negara pada bila-bila masa dari sekarang. Tindakan ini dipercayai ada kaitan dengan tindakan undang-undang pelbagai peringkat yang bakal diambil oleh Anwar lanjutan dari penyiaran artikel berkaitan dalam Utusan Malaysia yang menuduh Anwar seorang biseksual. Tak dapat gay (homoseksual), biseksual pulak dah sekarang ini. Maklumat ini disampaikan sendiri oleh orang kepercayaan Nallakaruppan kepada penulis yang sudah tidak sanggup lagi bersengkongkol dengan pembohongan dan putar belit Presiden Parti Bersatu India Malaysia itu. Penulis tidak pula dimaklumkan destinasi yang bakal ditujui Nallakaruppan tapi itu bukan masalah besar kerana Nallakaruppan dikatakan mempunyai banyak kepentingan perniagaan di beberapa buah negara luar, antaranya India dan Sri Lanka. Tindakan Nallakaruppan melarikan diri dari Malaysia ini secara jelasnya menunjukkan bahawa dia seumpama anjing yang kuat menyalak, bukan kerana berani tapi kerana ingin menutup kelemahannya sendiri. Selama hari ini pun tidak ada yang mahu percaya dengan pelbagai dakwaan Nallakaruppan mengenai Anwar sepanjang tempoh memegang jawatan dalam kerajaan dan UMNO dahulu. Hanya UMNO sahaja yang bodoh kerana percaya Nallakaruppan ada bukti-bukti seperti mana yang sering didakwanya. Sehingga sanggup melantik penipu ini sebagai Senator di Dewan Negara. Penulis pernah dimaklumkan bahawa Nalla mendakwa mempunyai beberapa rakaman video bagi menunjukkan penglibatan Anwar dalam aktiviti yang tidak baik. Logiknya, bercakap tentang teknologi yang wujud pada dekad 90-an, amat tidak masuk akal untuk perbuatan sedemikian dirakam oleh orang biasa tanpa disedari oleh orang yang melakukan!! Jika kita bercakap tentang teknologi hari ini, mungkin masuk akal sedikit walaupun kesahihannya masih boleh dipertikaikan. Justeru, penulis sedikit pun tidak hairan jika Nallakaruppan mahu meninggalkan negara ini kerana takut tindakan undang-undang oleh Anwar. Pendekatan sedemikian biasa dalam kes seumpamanya dimana-mana dalam dunia, buat fitnah, lepas tu cabut. Tapi penulis harap, tindakan saman yang dijanjikan itu tetap diteruskan kerana kita mahu sesiapa sahaja diluar sana yang mempunyai keinginan untuk menjatuhkan pemimpin dengan cara tidak beretika ini berfikir banyak kali sebelum mengambil tindakan sedemikian. p/s: Penulis mendapat maklumat bahawa peguam Datuk Seri Anwar telah menyampaikan saman kepada 2 pihak yang terbabit sebentar tadi, syabas!!! - SPR |
WAJIB BACA menjelang Pilihanraya... Posted: 26 Mar 2012 05:00 PM PDT Menjelang Pilihan Raya Macam-Macam Ada Oleh A Kadir Jasin SEMAKIN kuat, hangat dan bersemangat cakap-cakap pilihan raya, semakin panas jugalah persekitaran politik satu Malaysia. Pendek kata, macam kata iklan ikonik Astro tidak lama dulu – "macam-macam ada." Antaranya:- 1. Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, dilaporkan oleh akhbar The Sun sebagai berkata, tarikh pilihan raya umum adalah "trademark" (tanda niaga) beliau. Maksud beliau, keputusan bila PRU akan diadakan adalah hak mutlak beliau. Beliau yakin orang India kini menyokong Barisan Nasional dan mahu kelebihan suara dua pertiga dikembalikan. 2. Namun begitu, di sebalik kecanggihan kempen blog, Facebook dan Twitter, aspek-aspek tahayul dalam pemikiran sesetengah orang politik terus kukuh. Maka, ramailah tukang tilik dan burung serinditnya, sami pelbagai agama, bomoh Siam dan Kiai Jawa yang dilawati untuk mendapatkan "petunjuk". 3. Khabarnya, ada tok sami yang meramalkan bulan Jun ini, bulan, bintang dan matahari akan berbaris harmonis di angkasa raya menandakan masa paling sesuai untuk mempertaruhkan nasib. Agaknya itulah sebab mengapa ada ramalan mengatakan PRU akan diadakan Mei atau Jun. 4. Namun begitu, hanya Mohd Najib akan menentukan sama ada segala ramalan mengenai tarikh PRU itu tepat. Itu tanda niaga yang didaftar atas nama beliau. 5. Selepas pergolakan Pas di Kedah, kini giliran DAP pula. Pengerusi Nasionalnya, Karpal Singh terus bertelingkah dengan Timbalan Setiausaha Agung merangkap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy. Karpal tidak puas hati dengan keputusan Jawatan Kuasa Disiplin mengenai aduan salah laku terhadap Ramasamy lantas menghalakan serangan kepada pengerusi jawatankuasa itu, Tan Kok Wai, pula. Apa yang sedang berlaku dalam DAP sekarang adalah penerusan perebutan kuasa antara golongan lama dan baru dalam parti itu. Pergolakan dalam Pas dan DAP itu sudah tentunya tidak baik bagi Pakatan Rakyat. 6. Selain isu lembu dan kondo NFCorp yang menghambat Ketua Wanita Umno, Shahrizat Abdul Jalil, keluar daripada Kabinet, Umno kehilangan seorang veteran apabila bekas Menteri Penerangan, Abdul Kadir Sheikh Fadzir, mengumumkan keluar parti selepas 56 tahun berkuat kuasa 19 Mac. Beliau berbuat demikian selepas dicabar oleh Setiausaha Agung Umno, Teuku (Tengku) Adnan Mansor agar keluar kalau tidak puas hati dengan parti. 7. Bukan Abdul Kadir saja keluar parti. Ramai lagi yang telah keluar Umno tapi nama mereka ada lagi dalam daftar kerana cawangan tidak mahu atau tidak berani kemukakan kepada ibu pejabat. 8. Ramai yang keluar parti masih komited kepada Umno, tetapi mereka berbuat demikian kerana tidak yakin lagi dengan kepemimpinan parti, khasnya mengenai mempertahankan hak orang Melayu. Pemimpin atasan Umno dilihat lebih mengutamakan Barisan Nasional daripada Umno. 9. Jawatankuasa Akaun Parlimen (PAC) mengesahkan yang National Feedlot Corporation (NFCorp) milik keluarga Shahrizat tidak membayar balik ansuran hutang mudah kepada Kerajaan pada bulan Januari dan Feb lalu berjumlah RM34 juta. 10. Dr Hassan Ali, bekas Exco Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, yang baru dipecat daripada Pas kerana bergaduh dengan rakan kongsi DAP, berkata beliau gembira menghadiri sidang DUN sebagai wakil rakyat bebas. Cabaran terhadap Pas ialah membuktikan kepada orang Melayu/Islam yang ia bukan di bawah telunjuk DAP dan PKR. 11. Sebahagian peneroka Felda dan perwakilan mereka masih menentang IPO Felda Global Ventures. Masih banyak soalan mengenai modus operandi cadangan IPO itu yang belum terjawab. Seorang bekas menteri kanan bertanya mengenai "preference shares" yang akan memberikan keutamaan dividen kepada pihak-pihak tertentu dan membelakangkan peneroka. 12. Tidak kira di negeri perintah BN atau PR, keselesaan dan keselamatan harian rakyat jelata semakin terancam. Bandar raya, bandar dan pekan semakin kotor, jalan raya berlopak dan anjing (bertuan dan liar) berkeliaran menjadi ancaman kepada orang ramai. Di Bukit Mertajam, Seberang Prai baru-baru ini, seorang kanak-kanak tujuh tahun, Dhiya Qairina, diserang anjing jirannya ketika berbasikal. 13. Sekarang dalam satu Malaysia (rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan) anjing, sama ada anjing bertuan atau anjing liar, serta babi hutan menjadi masalah besar. Dulu anjing yang tidak ada lesen tergantung di tengkuk akan ditangkap atau ditembak. Tapi sekarang tidak lagi. Tunggu sajalah sampai manusia dijangkiti penyakit anjing gila (rabies) barulah Kerajaan akan riuh-rendah, hiruk-pikuk buat ikrar dan janji. 14. Tidak cukup dengan anjing, babi hutan dan kera, kita juga kena main oleh pendatang (halal dan haram). Kerana para perunding antarabangsa dan diplomatik kita hambar dan half-past-six, maka negara kita kena buli kiri kanan oleh negara-negara jiran. Negara jiran yang sepatutnya jadi kawan sudah jadi lawan. Wallahualam. Kalau pembahas ada nak tambah, silalah tambah. http://kadirjasin.blogspot.com |
WAJIB BACA: Menarik mengenai PAS Kelantan... Posted: 26 Mar 2012 03:00 PM PDT 3 dekad kebangkitan PAS di Kelantan Oleh SUBKY LATIF PADA 10 Februari lalu saya diminta mengulas tentang kebangkitan PAS dan kerajaan 1990-2008 dalam Seminar Tiga Dekad Kebangkitan PAS di Kelantan di Pondok Pasir Tumboh, Kota Bharu. Kemenangan besar PAS Kelantan tahun 1990 itu adalah barakah dan hasil kebangkitan kepimpinan ulama PAS sejak tahun 1982. Wujud sekumpulan pimpinan ulama dalam PAS pimpinan Haji Yusof Rawa dan Kelantan dianugerah kemenangan dulu kebetulan ia juga dipimpinan ulama tersohor Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama beberapa ulama lagi seperti Nik Abdullah Arshad, Ustaz Halim Abdul Rahman dan Ustaz Yahya Othman serta ia disokong oleh sekalian tok-tok guru pondok seluruh Kelantan. Amanah Allah dan rakyat kepada PAS Kelantan itu adalah ujian dan cabaran buat PAS seluruhnya. Saya menyapa Tok Guru Nik Abdul Aziz di Markas PAS Kelantan sebelum beliau berangkat ke Istana mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar; "Tok Guru bersamping di bawah lutut untuk menghadap Sultan, seperti orang kampung saja!" Jawabnya, "Ana mahu sebagai orang tua menjadi penasihat kepada Sultan..." Ertinya Tok Guru memulakan tugasnya sebagai menteri besar, memimpin kerajaan dan rakyat sebagai orang tua, mungkin beliau tidak setua setengah daripada ketua-ketua kerajaan lain. Dengan watak tuanya itu Menteri Besar menghadapi pegawai-pegawai kerajaan, meminta sokongan dan nasihat mereka bagi memimpin negeri. PAS sebenarnya sudah bangkit dan padu semula sebelum tahun 1990 itu. Kemenangan itu meningkatkan lagi kebangkitan dan perpaduannya. Kerajaan itu dikenali sebagai kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah pimpinan PAS menjadikan motto kerajaannya Membangun Bersama Islam, mengisytiharkan Kelantan sebagai negeri Serambi Makkah. Sebelum itu orang membolot sebanyak-banyak duit negeri, melalui Tabung Serambi Makkah yang diwujudkan orang memberi duit kepada kerajaan di bawah skim itu bagi membangunkan negeri dan rakyat. Menteri Besar tidak tinggal di kediaman rasminya dan tidak pula mengambil elaun rumah yang diperuntukkan jika tidak tinggal di rumah kerajaan. Meneruskan kehidupan yang sederna, tidak mengambil pembantu rumah baru bagi membantu isterinya mengendalikan kerja rumah sebagai isteri Menteri Besar. Menteri Besar mengangkat hidangan sendiri seperti biasa kepada tetamu di rumah. Menteri Besar tidak minta apa-apa daripada kerajaan untuk diri dan keluarganya – sebatang balak pun tidak diminta. Ini menyebabkan sekalian pembesar negeri dan kerajaan segan dan malu untuk mengambil kesempatan. Kerajaan itu berdepan dengan cabaran awalnya, MCA sengaja hendak menunjukkan pengaruh politiknya menganjurkan pesta minum arak. Kerajaan menasihat melarangnya. MCA berkeras hendak mengadakan juga. Reaksi Menteri Besar, 'Lantaklah minum hingga pecah perut.' MCA pun membatalkannya. Sepanjang tiga dekad – 1990- 2008 – parti dan kerajaan berdepan dengan pasang surut sokongan rakyat. Ia berdepan dengan suasana tidak serasi dengan sekutunya Parti Semangat 46. Apabila parti itu dibubarkan, ahli-ahlinya rujuk semula kepada Umno, sebahagian dari penyokongnya hilang tetapi kerajaan dapat diselamatkan. Pernah PAS kalah dalam pilihan raya kecil di kawasan kuatnya di Pengkalan Pasir. Pernah kerajaan PAS itu diselamatkan oleh satu majoriti saja di Dun untuk jangka waktu yang lama. Tetapi PRU 2008 memberinya kemenangan besar semula hampir menyamai kemenangan tahun 1990. Kerajaan negeri menghadapi berbagai catuan daripada kerajaan pusat dan layanan anak tiri. Geran per kapita diberi lewat, pelaburan disekat malah hak ke atas royalti minyak di perairannya dinafikan. Tetapi kerajaan Kelantan tetap dapat meneruskan pembangunan dan dapat pula membayar hutang kepada pusat mengikut jadual. Dalam apa keadaan pun imej kerajaan Kelantan dan Menteri Besarnya dalam mengendalikan amanahnya terus meningkat dari semasa ke semasa. Pemerintahannya dikira bersih dan tidak pula ketinggalan kecekapannya daripada lain-lain kerajaan. Menteri Besarnya pula jauh lebih terserlah daripada ketua kerajaan yang lain. Imej Menteri Besar dan kerajaan ikut memberi kekuatan kepada parti baik di peringkat negeri mahupun di peringkat nasional walaupun kekuatan parti itu juga memberi kekuatan kepada Menteri Besar dan kerajaannya. Kekuatan Menteri Besar dan kerajaan tidak menjamin keselamatan kerajaan jika parti tidak kuat. PAS di Kelantan sudah dikira kuat sebelum kemenangan tahun 1990 tetapi kekuatan itu lebih terserlah apabila dibantu oleh Parti S46. Begitulah cara Allah membantu pihak yang dikehendaki. Persoalan sekarang yang menjadi cabaran kepada PAS ialah apakah ia benar-benar kuat atau kekuatannya itu adalah kerana kekuatan Tok Guru sebagai Mursyidul Am dan Menteri Besar? Mana lebih kuat antara parti dengan Tok Guru? Atau adakah kedua-duanya sama-sama kuat? Kita tetap boleh bersyukur kiranya kedua-duanya sama-sama kuat. Dalam apa keadaan PAS mesti memastikan ia lebih kuat daripada Tok Guru. PAS Kelantan akan bermasalah kiranya Tok Guru lebih kuat daripada parti. PAS tidak boleh bergantung kepada kekuatan Tok Guru saja kalau ia tidak kuat. Kita mesti menerima hakikat bahawa suatu hari nanti Tok Guru tidak ada dalam kerajaan. Seperti umat Islam di zaman Rasulullah s.a.w. mesti menerima hakikat bahawa Rasulullah tetap wafat dan Islam mesti terus tanpanya. PAS Kelantan mesti bersedia tanpa Tok Guru dalam kerajaan dan tanpa Tok Guru di dunia nyata ini. Mahu tidak mahu PAS Kelantan dan kerajaan Kelantan akan terpaksa menghadapi cabaran tiada lagi Tok Guru di dunia. Parti akan berjalan terus dan kerajaan juga akan berjalan terus. Pengganti Tok Guru dalam parti tidak sama dengan Tok Guru dan pengganti Tok Guru dalam kerajaan pun juga tidak sama dengan Tok Guru. Ia terpaksa dihadapi. Tetapi apakah PAS Kelantan bersedia tanpa Tok Guru dalam kerajaan sedang Tok Guru masih berada di dunia? Tok Guru masih ada di dunia tetapi tidak lagi menjadi Menteri. Bagaimana? PAS dan rakyat mesti bersedia menghadapi keadaan itu dan mesti bersedia untuk belajar menghadapinya. Di sinilah perlunya parti itu mesti lebih kuat daripada Tok Guru supaya masing-masing tidak berhadapan apa-apa masalah tanpa di dunia atau tanpa Tok Guru dalam kerajaan. Tok Guru boleh jadi pemimpin seumur hidup baik bagi parti dan rakyat, tetapi Tok Guru tidak boleh jadi Mursyidul Am seumur hidup dan Menteri Besar seumur hidup. Tok Guru boleh jadi pemimpin seumur hidup tanpa menjadi Mursyidul dan tanpa menjadi Menteri Besar. Lim Kit Siang adalah pemimpin DAP walaupun dia sudah tidak lagi jadi Setiausaha Agung dan tidak juga jadi Pengerusinya. Mahatma Gandhi tidak menjadi Presiden dan Perdana Menteri India serta tidak menjadi ketua Parti Kongres India tetapi dia adalah pemimpin parti itu dan pemimpin rakyat seumur hidup. PAS mesti bersedia menerima realiti itu bagi memenuhi tuntutan sebuah parti dalam dunia demokrasi kerana demokrasi mengajar dunia begitu. Justeru itu PAS mesti menentukan ia lebih kuat dari pemimpin. Pemimpin datang dan pemimpin pergi, PAS mesti ada terus dan relevan. Saya tidak bercadang untuk menamatkan perkhidmatan Tok Guru dalam parti dan dalam kerajaan, tetapi saya mahu mengingatkan keperluan sebuah parti yang kuat dan lebih kuat dari pemimpinnya, supaya ia boleh menghadapi apa jua susana dan cabaran. |
Posted: 26 Mar 2012 01:00 PM PDT Buruh dihadap ke mahkamah atas tuduhan bunuh Dirang Seorang buruh dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Baharu hari ini terhadap tuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan, Nurul Nadirah Abdullah atau lebih dikenali sebagai Dirang, awal bulan ini. Muidin Maidin, 24, dituduh membunuh Nurul Nadirah, 5, di ladang kelapa sawit, Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, Masai, Johor Bahru antara pukul 11 pagi dan 7 malam, 1 Mac lepas. Muidin yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohd Isa Mohamed. Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh. Mohd Isa kemudian menetapkan 4 Mei depan untuk sebutan semula kes. Sementara itu, di mahkamah yang sama, seorang lelaki yang ditahan bersama-sama Muidin untuk membantu siasatan berhubung pembunuhan Nurul Nadirah, dihukum penjara sebulan dan dua tahun pengawasan selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan penyalahgunaan dadah. Razmin Mosum, 34, yang juga seorang buruh mengaku melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam, Masai, kira-kira pukul 8.40 malam, 2 Mac lepas. Dia yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 dan dua tahun pengawasan. Mohd Isa memerintahkan hukuman penjara terhadap Razmin berjalan serentak dari tarikh tangkap, pada 2 Mac lepas. Pendakwaan terhadap Muidin dan Razmin dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya M.Vinodharan.--Bernama |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan