Addin |
- Dr. Hassan Ali Makin Secocok Dengan Umno
- Nih Dia Ketua Umno Bahagian Yang Beragama Kristian
- Anak Buah Tim. Pengerusi JK Hal Ehwal Islam Negeri Melaka Di Dakwa Mintak Rasuah Dan Seks Pulak
- Lawati 7 Keajaiban Dunia Di Cambodia
- Najib Adakan Majlis Perpisahan Dengan Ahli Parlimen BN Malam Tadi
- Jadual Pengiraan Gaji Baru SSM, Tunggakan Dan Kenaikan Gaji Penjawat Awam Pada April Ini
- Ali Rustam Bakal Dedah Secara Rasmi Adun BN Kena Tangkap Dengan GRO?
- Anak Pak Menteri Nih Di Kaitkan Dengan Kes Pembunuhan..
- Fakta Menarik Mengenai PAS Kelantan
Dr. Hassan Ali Makin Secocok Dengan Umno Posted: 27 Mar 2012 09:32 AM PDT Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Selasa mendakwa wujud amalan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh bekas anggota Exco Negeri Datuk Dr Hasan Ali dalam pemberian kontrak membabitkan projek prasarana di negeri ini. Katanya, amalan itu dilihat berlaku apabila Hasan dikatakan mencadang serta menentukan syarikat-syarikat kontraktor untuk diberikan tender bagi melaksanakan kerja-kerja tersebut. "Saya menerima laporan audit menunjukkan Hasan campur tangan dalam hal itu (pemilihan kontraktor), cuba cadang dan tentukan siapa (syarikat) yang dapat. "Saya akan adakan temuduga kontraktor-kontraktor yang terlibat untuk mengetahui bagaimana mereka dapat kontrak tersebut," katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN). Dalam pada itu, Menteri Besar berkata kos pengubahsuaian pejabat Hasan semasa menjadi exco negeri yang dikatakan berjumlah ratusan ribu ringgit adalah mengikut tatacara kewangan ditetapkan. Sehubungan itu, beliau meminta mana-mana pihak supaya tidak mempersoalkan isu pengubahsuaian pejabat tersebut sebab "tidak mahu mengambil masa menjelaskan perkara itu". Sebelum ini, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali mendakwa Hasan telah membazir wang kerajaan negeri ketika menjawat jawatan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri. | ||
Nih Dia Ketua Umno Bahagian Yang Beragama Kristian Posted: 27 Mar 2012 08:33 AM PDT Ketua UMNO Bahagian Penampang, Datuk John Ambrose merupakan satu-satunya Ketua UMNO Bahagian yang beragama Kristian.Untuk menjadi pemimpin Umno seseorang itu tidak semestinya melayu Islam,memadai jika mereka memegang status bumiputera. Mungkinkah suatu hari nanti Umno akan dipimpin oleh bukan Islam ????????????? Segalanya adalah kemungkinan. Bagaimana pula dengan slogan HIDUP MELAYU ??????????? Nampaknya slogan ini sudah tidak relevan lagi buat Umno. Ini kerana jika dirujuk Perlembagaan Persekutuan, orang Melayu ditakrifkan dalam Perkara 160(2) sebagai seseorang yang beragama Islam. Lazimnya, mereka ini bercakap dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Seseorang itu dikatakan Melayu apabila lahir sebelum kemerdekaan di Persekutuan atau di Singapura; atau ibu atau bapanya lahir di Persekutuan atau di Singapura; atau pada hari merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura. Menurut perlembagaan mereka yang tidak menganut agama Islam tidak boleh ditakrifkan sebagai Melayu. Bagaimana Umno mahu terus melaungkan slogan HIDUP MELAYU sedangkan dalam masa yang sama kaum bukan Melayu boleh menyertai dan memimpin parti itu. ~tintahijau | ||
Anak Buah Tim. Pengerusi JK Hal Ehwal Islam Negeri Melaka Di Dakwa Mintak Rasuah Dan Seks Pulak Posted: 27 Mar 2012 06:32 AM PDT Petugas MAIM didakwa minta rasuah wang, seks MELAKA 27 Mac – Seorang pekerja rendah am Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan rasuah iaitu meminta suapan wang dan perkhidmatan seks daripada seorang wanita bagi menyelesaikan satu kes khalwat, dua tahun lepas. Zullias Rasid Manan, 36, dari Jalan Tun Kudu, Bukit Katil, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika kedua-dua pertuduhan dibacakan di depan Hakim Ahmad Sazali Omar. Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM16,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 April depan untuk sebutan semula kes. Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa meminta RM1,500 daripada Siti Aishah Mohd Yusoff sebagai upah untuk menyelesaikan kes di bawah Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir pada kira-kira 6.30 petang, 10 Januari 2010. Bagi pertuduhan kedua, Zullias didakwa meminta perkhidmatan seks daripada Siti Aishah di bilik nombor 225, Coastal Park, Hotel Ujung Pasir pada kira-kira 1.15 petang, 13 Februari 2010. Dia didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohammed Heikal Ismail dan Mohd Sa'ad Shukor dari SPRM manakala Zullias tidak diwakili peguam. ~bernama Addin : Kelmarin Timbalan Pengerusi kena cekup, hari ni anak buah pulak kena dakwa.. Melaka Negeriku Sayang.. | ||
Lawati 7 Keajaiban Dunia Di Cambodia Posted: 27 Mar 2012 05:24 AM PDT
Contohnya Kita Akan Dapat Melihat Kebudayaan Yang Diamalkan Di Sesebuah Tempat Yang Jauh Berbeza Dengan Tempat Kita. Selain Itu, Melancong Juga Dapat Melapangkan Fikiran. Fikiran Kita Perlu Juga Direhatkan Daripada Terus Bekerja. Melancong Juga Mengeratkan Hubungan Kekeluargaan. Dengan Melancong Kaum Keluarga Dapat Beramah Mesra Dan Bersenda Gurau Sambi Berhibur. Hal Ini Amat Digalakkan Oleh Islam, Ibu Bapa Yang Sibuk Bekerja Serta Anak-Anak Yang Sibuk Dengan Urusan Pelajaran Dapat Bertemu Dan Bersatu Serta Mengukuhkan Hubungan Yang Kian Longgar. Menyaksikan Kehidupan Orang Yang Lebih Fakir / Miskin Dari Kita Membuatkan Nikmat Kesyukuran Itu Dapat Dirasi, ( Imam Muda Asyraf ) JOM PERGI MELANCONG KE NEGARA CAMBODIA, KAMI SEDIAKAN PAKEJ-PAKEJ YANG AMAT MURAH UNTUK ANDA. JIKA ANDA BERMINAT SILA LAYARI : www.ustazyahya.com/kemboja Addin : Mintak tolong support sponsor Addin, bagi yang berkemampuan.. asyik-asyik dengat citer politik je kita melancong pulak.. release tension. | ||
Najib Adakan Majlis Perpisahan Dengan Ahli Parlimen BN Malam Tadi Posted: 27 Mar 2012 03:55 AM PDT Malam tadi semua ahli Parlimen UBN telah berhimpun di Seri Perdana kediaman perdana menteri di Puterajaya bagi menghadiri majlis makan malam yang diadakan Najib Tun Razak. Majlis makan malam, malam tadi dikira anih kerana jarang dilakukan Najib ketika parlimen sedang berlangsung. Ghalibnya perdana meteri (Najib) mengadakan majlis makan malam sebaik saja selesai pembentangan Bajet di parlimen. Kerana melanggar kebiasaan itu, majlis makan malam adalah pelik dan di luar kebiasaan. Justeru itu ada yang menyangka majlis makan malama pelik itu menanda perlimen penggal ke 12 sudah hendak dibubarkan. Apa lagi seorang ahli parlimen yang turut hadir pada majlis itu menjelaskan, menurut Najib majlis makan malan tadi bukan apa-apa kecuali sebagai majlis perpisahan sesama kita. "Apakah malan ini ada meting,?" tanya ahli parlimen berkenaan kepada Najib. "Tak ada ia cuma majlis makan untuk perpisahan sesama kita sahaja," begitulah balas Najib bergurau. Ahli majlis berkenaan pulang sebaik selesai makan. Majlis malam tadi dihadiri oleh hampir seluruh MP UBN... hanya beberapa orang yang tidak ada hadir yang berada di luar negeri. Bagai mana pun bekas PM Abdullah Badawi tidak hadir. Ada yang menyifatkan majlis makan malam adalah majlis makan malam terakhir dengan perdana menteri dan menunjukkan bahawa selepas tidak ada majlis makan bersama perdana menteri dengan wakil rakyat. Mungkin ada kebenaran pendapat beberapa pihak bahawa pilihan raya umum sudah hampir benar. ~mso | ||
Jadual Pengiraan Gaji Baru SSM, Tunggakan Dan Kenaikan Gaji Penjawat Awam Pada April Ini Posted: 27 Mar 2012 12:07 AM PDT
Berikut merupakan anggaran gaji yang bakal diterima oleh penjawat awam bagi yang menjawat berada di Gred DG41. Gaji di atas adalah berdasarkan kiraan sebelum dan selepas kenaikan gaji 13% yang diumumkan PM Haji Najib baru-baru ini. Bukan itu sahaja malah, perkiraan yang dibuat juga berdasarkan kepada Kenaikan Gaji Tahunan. Harus diingat tidak semua penjawat awam akan menerima Kenaikan Gaji Tahunan yang sama. Jika sekiranya KGT anda pada bulan April (jika ada) maka gaji yang anda akan terima pada bulan April 2012 termasuk kenaikan Gaji 13% adalah seperti pada ruangan yang berwarna UNGU. Jika tidak (tidak ada KGT) maka gaji yang anda akan dapat pada April adalah pada ruangan KUNING! | ||
Ali Rustam Bakal Dedah Secara Rasmi Adun BN Kena Tangkap Dengan GRO? Posted: 26 Mar 2012 09:45 PM PDT Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam diberikan tempoh seminggu untuk mendedahkan nama seorang wakil rakyat yang dilaporkan diperiksa polis yang melakukan serbuan di sebuah pusat hiburan hujung minggu lalu.Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Melaka, Kamaruddin Sidek berkata, ia perlu memandangkan rakyat, selaku pengundi, ingin mengetahui siapakah wakil rakyat berkenaan. Menurut Kamaruddin, sekiranya Mohd Ali gagal mendedahkan nama wakil rakyat terbabit, PAS akan mengambil tindakan mendedahkan identiti wakil rakyat berkenaan. "Kita tahu siapa wakil rakyat yang dimaksudkan ini. Memadailah saya katakan beliau bukan wakil rakyat dari MCA atau MIC. "Sebagai pengerusi badan perhubungan Umno negeri, Mohd Ali bertanggungjawab memaklumkan keadaan sebenarnya kepada rakyat selain bertindak adil dalam isu ini. "Sebab itulah kami memberi tempoh seminggu kepada beliau, dan sekiranya gagal, maka kita akan mendedahkan identiti wakil rakyat itu," katanya. Beliau turut menggesa pihak polis supaya tidak menyembunyikan kejadian yang berlaku. Katanya, kejadian seumpama itu perlu diambil tindakan dengan seadilnya, tidak kira wakil rakyat yang terbabit adalah daripada parti yang memerintah. Dalam serbuan jam 2.40 pagi yang dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Negeri Melaka 24 Mac lalu, polis telah memeriksa 27 pelanggan pusat hiburan berkenaan termasuk wakil rakyat terbabit. Dalam pemeriksaan awal itu juga seramai 12 telah didapati positif dadah. | ||
Anak Pak Menteri Nih Di Kaitkan Dengan Kes Pembunuhan.. Posted: 26 Mar 2012 08:20 PM PDT Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mendesak siasatan menyeluruh dijalankan berhubung dakwaan terhadap anak menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz bernama Mohamad Nedim, yang terlibat dalam insiden memukul penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di ibu negara. Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin menuntut pihak polis melakukan siasatan yang bebas dan adil memandangkan Mohamad Nedim sebelum ini turut dikaitkan dalam satu kes pembunuhan. "AMK turut difahamkan bahawa Mohamad Nedim juga pernah dikaitkan dengan insiden kematian seorang pemuda bernama Darren Kang di Restoran Uncle Don di Sri Hartamas pada sekitar tahun 2004. "Pihak polis didesak tegas dalam menjalankan siasatan secara profesional tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak luar dan tidak menutup kes ini seperti mana yang terjadi dalam kes pembunuhan Darren Kang pada 2004, yang turut dikaitkan dengan penglibatan Mohamad Nedim," kata Shamsul. Ketua Polis Daerah Brickfields, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid semalam mengesahkan dua laporan polis dibuat dan kes itu diklasifikasikan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana terlibat dalam pergaduhan. Sementara itu, NGO Jingga 13 turut menuntut siasatan segera dilakukan memandangkan perlakuan itu dilakukan oleh anak seorang Menteri yang menjaga hal ehwal Undang-Undang di Jabatan Perdana Menteri "Jingga 13 percaya kepada ketelusan PDRM untuk menyiasat perkara ini dengan lebih telus memandangkan terdapat CCTV yang dilaporkan merakamkan kejadian tersebut. "Bukti ini harus diselenggarakan dengan penuh integriti demi membuktikan tidak ada perlindungan atau kekebalan undang-undang untuk keluarga Menteri di Malaysia," kata ketua penyelarasnya, Fariz Musa. Menurutnya, polis juga didesak untuk menyiasat dakwaan kononnya pengurusan kondominium dikatakan sedang menghadapi tekanan supaya 'menutup' kejadian' itu kerana firma-firma keselamatan bergantung kepada kelulusan kerajaan persekutuan untuk perbaharui lesen operasi mereka. "Jingga 13 mahu PDRM menyiasat adakah wujud tangan-tangan ghaib untuk mencampuri kerja-kerja penyiasatan dan menekan pihak yang melaporkan demi melindungi kepentingan individu yang bersalah dan membiarkan mangsa pukul tidak dibela," katanya. ~keadilandaily | ||
Fakta Menarik Mengenai PAS Kelantan Posted: 26 Mar 2012 04:44 PM PDT Pada 10 Februari lalu saya diminta mengulas tentang kebangkitan PAS dan kerajaan 1990-2008 dalam Seminar Tiga Dekad Kebangkitan PAS di Kelantan di Pondok Pasir Tumboh, Kota Bharu. Kemenangan besar PAS Kelantan tahun 1990 itu adalah barakah dan hasil kebangkitan kepimpinan ulama PAS sejak tahun 1982. Wujud sekumpulan pimpinan ulama dalam PAS pimpinan Haji Yusof Rawa dan Kelantan dianugerah kemenangan dulu kebetulan ia juga dipimpinan ulama tersohor Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama beberapa ulama lagi seperti Nik Abdullah Arshad, Ustaz Halim Abdul Rahman dan Ustaz Yahya Othman serta ia disokong oleh sekalian tok-tok guru pondok seluruh Kelantan. Amanah Allah dan rakyat kepada PAS Kelantan itu adalah ujian dan cabaran buat PAS seluruhnya. Saya menyapa Tok Guru Nik Abdul Aziz di Markas PAS Kelantan sebelum beliau berangkat ke Istana mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar; "Tok Guru bersamping di bawah lutut untuk menghadap Sultan, seperti orang kampung saja!" Jawabnya, "Ana mahu sebagai orang tua menjadi penasihat kepada Sultan..." Ertinya Tok Guru memulakan tugasnya sebagai menteri besar, memimpin kerajaan dan rakyat sebagai orang tua, mungkin beliau tidak setua setengah daripada ketua-ketua kerajaan lain. Dengan watak tuanya itu Menteri Besar menghadapi pegawai-pegawai kerajaan, meminta sokongan dan nasihat mereka bagi memimpin negeri. PAS sebenarnya sudah bangkit dan padu semula sebelum tahun 1990 itu. Kemenangan itu meningkatkan lagi kebangkitan dan perpaduannya. Kerajaan itu dikenali sebagai kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah pimpinan PAS menjadikan motto kerajaannya Membangun Bersama Islam, mengisytiharkan Kelantan sebagai negeri Serambi Makkah. Sebelum itu orang membolot sebanyak-banyak duit negeri, melalui Tabung Serambi Makkah yang diwujudkan orang memberi duit kepada kerajaan di bawah skim itu bagi membangunkan negeri dan rakyat. Menteri Besar tidak tinggal di kediaman rasminya dan tidak pula mengambil elaun rumah yang diperuntukkan jika tidak tinggal di rumah kerajaan. Meneruskan kehidupan yang sederna, tidak mengambil pembantu rumah baru bagi membantu isterinya mengendalikan kerja rumah sebagai isteri Menteri Besar. Menteri Besar mengangkat hidangan sendiri seperti biasa kepada tetamu di rumah. Menteri Besar tidak minta apa-apa daripada kerajaan untuk diri dan keluarganya – sebatang balak pun tidak diminta. Ini menyebabkan sekalian pembesar negeri dan kerajaan segan dan malu untuk mengambil kesempatan. Kerajaan itu berdepan dengan cabaran awalnya, MCA sengaja hendak menunjukkan pengaruh politiknya menganjurkan pesta minum arak. Kerajaan menasihat melarangnya. MCA berkeras hendak mengadakan juga. Reaksi Menteri Besar, 'Lantaklah minum hingga pecah perut.' MCA pun membatalkannya. Sepanjang tiga dekad – 1990- 2008 – parti dan kerajaan berdepan dengan pasang surut sokongan rakyat. Ia berdepan dengan suasana tidak serasi dengan sekutunya Parti Semangat 46. Apabila parti itu dibubarkan, ahli-ahlinya rujuk semula kepada Umno, sebahagian dari penyokongnya hilang tetapi kerajaan dapat diselamatkan. Pernah PAS kalah dalam pilihan raya kecil di kawasan kuatnya di Pengkalan Pasir. Pernah kerajaan PAS itu diselamatkan oleh satu majoriti saja di Dun untuk jangka waktu yang lama. Tetapi PRU 2008 memberinya kemenangan besar semula hampir menyamai kemenangan tahun 1990. Kerajaan negeri menghadapi berbagai catuan daripada kerajaan pusat dan layanan anak tiri. Geran per kapita diberi lewat, pelaburan disekat malah hak ke atas royalti minyak di perairannya dinafikan. Tetapi kerajaan Kelantan tetap dapat meneruskan pembangunan dan dapat pula membayar hutang kepada pusat mengikut jadual. Dalam apa keadaan pun imej kerajaan Kelantan dan Menteri Besarnya dalam mengendalikan amanahnya terus meningkat dari semasa ke semasa. Pemerintahannya dikira bersih dan tidak pula ketinggalan kecekapannya daripada lain-lain kerajaan. Menteri Besarnya pula jauh lebih terserlah daripada ketua kerajaan yang lain. Imej Menteri Besar dan kerajaan ikut memberi kekuatan kepada parti baik di peringkat negeri mahupun di peringkat nasional walaupun kekuatan parti itu juga memberi kekuatan kepada Menteri Besar dan kerajaannya. Kekuatan Menteri Besar dan kerajaan tidak menjamin keselamatan kerajaan jika parti tidak kuat. PAS di Kelantan sudah dikira kuat sebelum kemenangan tahun 1990 tetapi kekuatan itu lebih terserlah apabila dibantu oleh Parti S46. Begitulah cara Allah membantu pihak yang dikehendaki. Persoalan sekarang yang menjadi cabaran kepada PAS ialah apakah ia benar-benar kuat atau kekuatannya itu adalah kerana kekuatan Tok Guru sebagai Mursyidul Am dan Menteri Besar? Mana lebih kuat antara parti dengan Tok Guru? Atau adakah kedua-duanya sama-sama kuat? Kita tetap boleh bersyukur kiranya kedua-duanya sama-sama kuat. Dalam apa keadaan PAS mesti memastikan ia lebih kuat daripada Tok Guru. PAS Kelantan akan bermasalah kiranya Tok Guru lebih kuat daripada parti. PAS tidak boleh bergantung kepada kekuatan Tok Guru saja kalau ia tidak kuat. Kita mesti menerima hakikat bahawa suatu hari nanti Tok Guru tidak ada dalam kerajaan. Seperti umat Islam di zaman Rasulullah s.a.w. mesti menerima hakikat bahawa Rasulullah tetap wafat dan Islam mesti terus tanpanya. PAS Kelantan mesti bersedia tanpa Tok Guru dalam kerajaan dan tanpa Tok Guru di dunia nyata ini. Mahu tidak mahu PAS Kelantan dan kerajaan Kelantan akan terpaksa menghadapi cabaran tiada lagi Tok Guru di dunia. Parti akan berjalan terus dan kerajaan juga akan berjalan terus. Pengganti Tok Guru dalam parti tidak sama dengan Tok Guru dan pengganti Tok Guru dalam kerajaan pun juga tidak sama dengan Tok Guru. Ia terpaksa dihadapi. Tetapi apakah PAS Kelantan bersedia tanpa Tok Guru dalam kerajaan sedang Tok Guru masih berada di dunia? Tok Guru masih ada di dunia tetapi tidak lagi menjadi Menteri. Bagaimana? PAS dan rakyat mesti bersedia menghadapi keadaan itu dan mesti bersedia untuk belajar menghadapinya. Di sinilah perlunya parti itu mesti lebih kuat daripada Tok Guru supaya masing-masing tidak berhadapan apa-apa masalah tanpa di dunia atau tanpa Tok Guru dalam kerajaan. Tok Guru boleh jadi pemimpin seumur hidup baik bagi parti dan rakyat, tetapi Tok Guru tidak boleh jadi Mursyidul Am seumur hidup dan Menteri Besar seumur hidup. Tok Guru boleh jadi pemimpin seumur hidup tanpa menjadi Mursyidul dan tanpa menjadi Menteri Besar. Lim Kit Siang adalah pemimpin DAP walaupun dia sudah tidak lagi jadi Setiausaha Agung dan tidak juga jadi Pengerusinya. Mahatma Gandhi tidak menjadi Presiden dan Perdana Menteri India serta tidak menjadi ketua Parti Kongres India tetapi dia adalah pemimpin parti itu dan pemimpin rakyat seumur hidup. PAS mesti bersedia menerima realiti itu bagi memenuhi tuntutan sebuah parti dalam dunia demokrasi kerana demokrasi mengajar dunia begitu. Justeru itu PAS mesti menentukan ia lebih kuat dari pemimpin. Pemimpin datang dan pemimpin pergi, PAS mesti ada terus dan relevan. Saya tidak bercadang untuk menamatkan perkhidmatan Tok Guru dalam parti dan dalam kerajaan, tetapi saya mahu mengingatkan keperluan sebuah parti yang kuat dan lebih kuat dari pemimpinnya, supaya ia boleh menghadapi apa jua susana dan cabaran. ~harakahdaily |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan