Khamis, 22 Mac 2012

shalehudin

shalehudin


FAKTA: Sebenaqnya Anwar kena tanya Rosmah dulu... kahkahkah...

Posted: 22 Mar 2012 11:00 AM PDT

Anwar sedia debat dengan Najib, Raja Petra

KUALA LUMPUR, 22 Mac: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kesediaan beliau untuk berdebat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan penulis blog, Raja Petra Kamaruddin (RPK).

Kesediaan itu disuarakan beliau kepada pengasas Wikileaks, Julian Assenge, yang menawarkan debat bersama Najib dan PRK, di mana Julian sendiri bersedia menjadi penganjur debat tersebut.

"Asalnya dia ingin wawancara saya, kemudiannya RPK hendak tumpang sekali. Disebabkan RPK pun hendak juga, dan Najib suka dengan debat ini, maka dia cadangkan supaya adakannya (debat) bersama yang dia sendiri sedia menjadi penganjur," kata beliau kepada pemberita, di lobi parlimen, hari ini.

Debat yang mungkin diadakan secara 'teleconference' itu, bagaimanapun belum diputuskan tarikhnya.

Terdahulu, pada sidang media tersebut, Anwar menyelar sikap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwanya merencana satu penipuan secara besar-besaran melalui pendaftaran pengundi.

Menurut Anwar, SPR sebelum ini pernah menyatakan kesediaannya untuk mengeluarkan sejumlah 42025 senarai pemilih yang diragui, bagaimanapun ia masih kekal sehingga hari ini.

"Siapa yang percaya dengan SPR... tiada siapa. Kalau percaya dengan SPR, buat apa ada PSC (Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen).... PSC ditubuhkan kerana kegagalan SPR melakukan transformasi," tegas Ketua Umum PKR itu.- Harakahdaily

TERKINI: Bertambah-tambahlah kembangnya... kahkahkah...

Posted: 22 Mar 2012 09:00 AM PDT

Kembang potensi diri, Rosmah nasihat generasi muda

KUALA LUMPUR, 21 Mac — Generasi muda perlu mengembangkan potensi untuk menjadi insan yang berguna kepada diri sendiri dan masyarakat, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor kata Selasa malam.

Beliau berkata generasi muda merupakan kumpulan penting dalam meneraju masa depan negara dan untuk itu mereka perlu menyerlahkan jati diri, dan mengembangkan potensi untuk menjadi insan yang berguna kepada diri sendiri dan negara.

Melaporkan Bernama Online, beliau berkata demikian dalam kata aluannya yang disiarkan pada awal program akhir "Misi 12", program realiti Astro di Pusat Penyiaran Asia, Astro di sini.

Rosmah (gambar) pada majlis itu menyampaikan hadiah kepada para peserta termasuk peserta terbaik yang dimenangi oleh Muhammad Subky Halib. Subky, 23, membawa pulang wang tunai RM12,000 berserta trofi.

Rosmah turut berkata program itu mempunyai hasrat murni bagi membantu memperkasakan para remaja serta membina kerjaya mereka demi menjamin masa depan golongan belia.

Menurut laman web Astro, Misi 12 merupakan sebuah program untuk membantu dan merubah masa depan 12 orang remaja terpilih, yang terdiri daripada mereka yang menganggur, bertaraf pendidikan rendah, tiada cita-cita, kurang keyakinan diri serta mempunyai masalah sosial.

Tujuan utama Misi 12 adalah untuk mengukuhkan emosi mereka supaya mereka memperoleh kemahiran hidup secara praktikal, menjalani kehidupan lebih sihat, melaksanakan matlamat pendidikan mereka dan membentuk asas yang diperlukan untuk mencapai objektif berdikari dan peralihan mereka ke dalam hidup mereka sendiri.

Dalam program tersebut, kesemua 12 peserta dipecahkan kepada tiga kumpulan di bawah pengawasan tiga orang ikon yang bertindak sebagai mentor iaitu Pengurus Besar Mercedes Benz Malaysia Datuk Soke Clement Soo, Pengurus Besar Tayangan Unggul Sdn Bhd Gayatri Su-Lin Pillai dan Pengarah Coffee Scene Sdn Bhd (Bangi Kopitiam), Ooi Kim Chong.- TMI

TERHOT: Najib tengah teruk tertekan la nie...

Posted: 22 Mar 2012 08:35 AM PDT

FIRASAT NAJIB: PRU13 Tanggal Sabtu 02 .06.2012?

Oleh: mohdnoorawang


Pilihanraya umum (PRU13) di Malaysia diramalkan berlaku TANGGAL 02.06.2012 HARI SABTU. Tarikh tersebut adalah hari hari terakhir cuti penggal persekolan. Menguatkan tarikh tersebut atau mungkin berbeza hanya beberapa hari pada bulan JUNE 2012. Yang pasti Najib Razak akan bubar parlimen dan mengadakan pilihanraya umum sebelum kes rasuah dan kematian wanita Mongolia yang bernama Altantuya bakal didengar di makamah Perancis.

Keadan Najib Razak dan jiwa Najib Razak sudah tidak tenteram dan berada dalam kedudukkan yang cukup gonjang kesnya rasuah dan pembelian kapal selam didengarsecara terbuka dan Najib Razak serta kincunya bakal diheret dalam mahkamah Perancis.

Jika Najib Razak kekal sebagai perdana menteri Malaysia dalam PRU13 peluang untuk Najib Razak dan kuncu kuncunya dalam kes pembelian kapal selam MUNGKIN BOLEH DIELAKAN DAN TIDAK PERLU HADIR DENGAN MENGGUNAKAN KUASA KUASA ANTARABANGSA DAN KETUA NEGARA SESEBUAH NEGARA.

Mengikut risikan Najib Rzak cukup tertekan dengan isu dan kesnya bkal didengar dalam mahkamah Perancis dan dikhabarkan Najib Razak telah menggunakan satu kuasa pemimpin utama dunia dan negara Eropah agar kesnya tidak dibicarakan dalam mahkamah Perancis.Jika berjaya kesnya tidak dibicarakan dan ditutup atau sekurang kurangnya Najib Razak tidak perlu hadir sebagai saksi di mahkamah Perancis.

Namun tarih tanggal hari Sabtu 02.06.2012 sebagai hari buang undi mungkin berubah dan tidak diadakan pilihanraya. Hakikatnya Najib Razak mahu mengadakan pilihanraya umum PRU13 pada cuti persekolan atau bulan March 2012 semua persiapan UMNO/BN teleh siapsedia.

Hampir pasti Najib Rzak sudah tidak mahu tangguh lagi tarikh PRU13 kerana mengundang padah dan risiko yang tinggi. Jika tidak Najib Rzak akan ditentang dalam pemilihan UMNO yang akan datang. Najib Razak tidak mahu memikul risiko dalam pemilihan UMNO akan datang .

Jalan yang paling selamat ialah mesti adakan pilihaaraya umum sebelum bulan bulam Ogos 2012. dan menjadikan dirinya sebagai perdana menteri Malaysia walaupun dengan majoriti yang kecil dalam dewan parlimen Malaysia.

Jika PRU13 Najib Razak (BN) berkuasa atau menang dibawah 2/3, Najib Rzak juga tidak selamat dalam haraki tertinggi UMNO. Ini dibayangkan kumpulan Muhyiddin akan berlawan dan berentap dalam pemilihan UMNO akan datang,"

Mampuih la hampa UMNO oii kali nie....

Posted: 22 Mar 2012 04:29 AM PDT

Tinggal Umno: Selepas Kadir Tengku Razaleigh Pula?

Duri yang mencocok punggung Umno sejak kebelakangan ini telah tercabut dengan sendirinya apabila Kadir Sheikh Fadzil telah mengumumkan keluar dari parti berkenaan hari ini. Surat keluar dari Umno dihantar kepada Setiausaha Agung Umno hari ini.


Tindakan bekas menteri penerangan itu dikatakan menjadi duri dalam daging kepada Umno dengan sikapnya mengkritik parti berkenaan. Kritikan yang tidak dapat diterima Umno ialah berhubung dakwaan Kadir yang Umno membeli undi dalam pilihan raya lalu.

Sehubungan itu Umno sedang mengumpul maklumat untuk mengambil tindakan ke atasnya. Mungkin Kadir yang juga timbalan presiden Amanah Merdeka sudah dapat menghidu yang Umno akan bertindak ke atasnya menyebabkan beliau mengambil tindakan mendahului Umno meninggalkan parti yang disertai sejak tahun 1956.

Persoalan kini ke manakah Kadir selepas ini? Apakah dia akan menyertai salah satu parti gabungan Pakatan Rakyat ataupun kekal sebagai ahli politik tidak berparti?

Sehubungan tindakan itu tanda tanya juga timbul mengenai nasib presiden Amanah, Tengku Razaleigh Hamzah. Apakah Tengku Razaleigh juga akan mengambil tindakan sama dengan Kadir meninggalkan Umno?

Ada kemungkinan? Khabarnya Umno Gua Musang akan menolak sekiranya BN masih mencalonkan Tengku Razaleigh bertanding dalam pilihan raya akan datang. Beberapa hari lalu beberapa ketua cawangan Umno dan pemimpin budak-budak dalam bahagian Gua Musang membuat kenyataan mendesak Tengku Razaleigh tidak lagi dicalonkan.

Sekiranya Tengku Razaleigh Hamzah juga mengambil tindakan sama ia memberi pukulan hebat kepada Umno menjelang pilihan raya. Belum pernah berlaku dalam sejarah Umno pemimpinnya meninggalkan parti menjelang pilihan raya.

Tengku Razaleigh juga dianggap sebagai duri dalam daging bila mana lantang menyuarakan kritikan atau pandangan yang tidak menyeronokkan Umno seperti meminta royaliti petroleum yang digali di perairan Kelantan dikembalikan kepada Kelantan.- MSO

AJAIB: Hasil dari lampu Aladdin Najib...

Posted: 22 Mar 2012 01:00 AM PDT

Najib dengan lampu Aladdin BN

Oleh SHIRZAD LIFEBOAT

Rakyat dipaksa yakin betapa Najib Tun Razak mempunyai kuasa jauh lebih hebat daripada jin lampu ajaib Aladdin. Gosoklah sebanyak mana sekalipun lampu BN, Najib akan menunaikan segala keinginan – akan muncul transformasi demi transformasi.

JIKA ada caranya, tentu sekali Umno-BN memilih untuk mengadakan pilihan raya umum lima lagi.

Namun, secara 'default', ia terpaksa juga diadakan .Masa sudah kesuntukan. Jauh daripada bersedia, gabungan parti yang asalnya ditubuh pada 1951 itu sedang dilanda fenomena 'kereta api kehabisan wap'

Penggunaan tagline 'undilah BN kerana ia berbudi kepada rakyat' dan segala variasinya yang menjadi cap kempa atau 'hallmark' kepada gabungan parti itu telah sama sekali kehilangan daya tarikannya setelah dilewah guna untuk 12 pilihan raya umum menjangkau tempoh 53 tahun.

Malah tanda dagangan atau 'trademark' yang dipatenkan oleh Umno, misalnya 'ketuanan Melayu', 'Umno itu Melayu dan Melayu itu Umno' dan seumpamanya terpaksa menyerah kepada ujian masa.

Nampaknya kata kunci untuk tagline generasi baru parti itu ialah 'transformasi'. Perkataan itu kini meniti di bibir setiap pemimpin Umno-BN sekerap menyebut 'makan nasi'.

Apakah makna semuanya ini? Mudahnya ia bermakud, tidak seperti Perdana Menteri dan Pengerusi BN lalu, rakyat dipaksa yakin betapa Dato' Seri Najib Tun Razak mempunyai kuasa jauh lebih hebat daripada jin lampu ajaib Aladdin.

Gosoklah sebanyak mana sekalipun lampu BN, Najib akan menunaikan segala keinginan – akan muncul transformasi demi transformasi.

Itu cuma kiasan. Tapi dalam bahasa harian, ia bermakna sekiranya hari ini anda berhempas pulas dan mengikat perut untuk hidup walaupun berpendapatan RM5,000 sebulan, penderitaan ini akan segera ditransformasikan oleh Najib. Bukankah kalau dulu rakyat Malaysia hidup menderita dan dilingkari serta dibelit hutang dan pendapatan yang memanjang tidak mencukupi, hari ini di zaman Najib kita semua hidup senang lenang, bak kata pepatah Melayu, 'tendang tangga, goyang kaki.'

Itu pun belum apa-apa. Andaikata, jika tuah atau cara-cara tidak konvesional lain digunakan (dibaca konvesional bagi Umno-BN ) bagi mengekalkan BN bertaktha dan bermaharajalela di Putrajaya, maka pasti sudah setiap rakyat Malaysia akan menikmati hidup seperti dalam kayangan.

Namun jalan kekayangan bagi rakyat Malaysia masih lagi begitu di awang-awangan seperti kaburnya dan berbalamnya peluang BN untuk mempertahankan kedudukan (setidak-tidaknya dengan cara paling bersih).

Malah realitinya kini buat BN ialah betapa 'kehidupan bukan lagi ibarat berbaring di atas tilam mawar'.

Selain daripada tagline lama sudah tidak dapat digunakan lagi untuk cuba mengembalikan kepercayaan rakyat dan tagline generasi baru, 'transformasi' dianggap tidak lebih dari kisah dongeng pari-pari (fairy tale), setiap usaha untuk menunjukkan kepada rakyat betapa hebatnya Najib dan BN, hanya diganggu oleh penemuan dan pendedahan kebobrokan demi kebobrokan yang dilakukan oleh kerajaan BN secara kolektif ataupun yang dilakukan oleh pemimpin individu parti berkenaan.

Musibah yang menimpa Umno-BN tidak hanya berakhir di situ. Segala kenyataan yang dibuat oleh mereka yang cuba menegakkan benang basah, hanya membuktikan betapa Umno-BN semakin kalut dan keliru.

Misalnya, tindakan-tiadapilihan- lain Dato' Seri Shahrizat Jalil mengeluarkan kenyataan beliau akan meletakkan jawatan sebagai menteri Kabinet. Tentu sekali setiap rakyat tahu beliau bukan meletakkan jawatan tetapi jawatannya terletak secara automatik apabila tempoh menjadi Senator di Dewan Negara berakhir pada 8 April ini.

Hakikat ini diakui sendiri oleh Rafidah Aziz, mantan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga merupakan mantan Ketua Wanita Umno (jawatan parti yang disandang oleh Shahrizat kini), "Tidak ada jawatan yang perlu diletakkan kerana dari segi undang-undang beliau bukan lagi seorang menteri pada 8 April.

Meletakkan jawatan bermakna melakukannya dengan serta-merta tetapi dia masih lagi seorang senator... Maka tida

k ada apa-apa pengorbanan." Begitulah kenyataan seorang pemimpin Umno kepada seorang pemimpin Umno dan kepada sekalian pemimpin Umno.

Anda tak perlu menjadi seorang saintis roket untuk memahami apabila tempoh sah anda memegang jawatan telah berakhir, maka sampailah sudah masanya anda mengucapkan salam terakhir kepada jawatan berkenaan dan tidak ada kena mengena dengan meletakkan jawatan atau pengorbanan.

Tapi di mata pemimpin Umno lain, yang putih boleh jadi hitam dan yang hitam boleh jadi merah jambu.

Justeru, bagaimanakah Umno tidak dianggap sebagai tidak layak dan tidak berkemampuan mentadbirkan negara sekiranya perkara semudah ini pun tidak boleh dibezakan. Dari pragmatisme ke hipokrasi?

Barangkali. Apa pun, BN tetap bermatianmatian untuk menyelamatkan keadaan.

Masa sudah kesuntukan. Menurut perkiraan BN sendiri, PRU13 sepatutnya sudah diadakan tahun lalu lagi. Tapi... Hmm... Ada-ada sahaja.

Justeru suami Shahrizat perlu didakwa (walaupun dakwaan cuma melihatkan RM50 juta daripada 250 juta) bagi meredakan keadaan dengan harapan Pembangkang dan rakyat akan senyap.

Begitu juga dengan pemanggilan tidak semena-mena Tun Ling Liong Sik untuk membela diri atas tuduhan menipu kerajaan dalam kes PKFZ atau penolakan usul Apco dan usul menyiasat tuduhan konspirasi kuasa ke atas mantan Ketua Polis Negara dan Peguam Negara di Dewan Rakyat.

Seolah-olah semua ini tidak mencukupi, timbul pula isu perbelanjaan hampir RM0.5 juta untuk pertunangan anak Najib dan RM80,000 untuk sambutan hari jadi beliau. Tak kisahlah Najib yang bayar sendiri atau sebaliknya, apa yang penting, pemimpin Umno-BN masih lagi hidup bagaikan di alam cerita pari-pari.

Jika tidak begitu, masakan ada keluarga menteri Umno yang boleh membeli kondo One Menerung di Bangsar, Kuala Lumpur. Bukan, satu tapi dua unit. Semuanya ihsan lampu Aladdin BN dengan jinnya yang begitu berkuasa dan mengakui boleh membawa kita ke alam kayangan.

Wajib tau, langkah terbaik kerajaan Kelantan... kahkahkah...

Posted: 21 Mar 2012 11:00 PM PDT





*********************************




Tanah rizab Melayu: Kelantan saman Utusan

(Laporan Utusan hari ini yang membawa tindakan saman ke atas akhbar itu)

KOTA BHARU, 21 Mac: Kerajaan negeri Kelantan mengambil keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Utusan Malaysia yang memfitnah mereka berkaitan isu tanah.

Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri Kelantan yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini.

"Laporan itu kami sifatkan sebagai tidak berfakta, menghasut agar membenci kerajaan negeri dan fitnah," kata Dr Mohd Fadhli Hassan (gambar bawah), Exco kerajaan negeri Kelantan.

(Tiga Exco Kelantan dalam sidang media mereka hari ini)

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini menyiarkan laporan muka depan kononnya rakyat Kelantan dianiaya ekoran dakwaan tindakan kerajaan negeri memajak tanah kepada syarikat bukan bumiputra.

Laporan itu memetik kenyataan Datuk Mustapha Mohamad, Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan.

Semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghantar notis saman kepada Utusan ekoran laporan media itu yang mendakwa beliau seorang biseksual.

Anwar menuntut penarikan balik berita itu, permohonan maaf dan bayaran gantirugi RM100 juta.

Dr Fadzli, exco penerangan Kelantan dalam kenyataannya berkata, kerajaan negeri telah mengarahkan tindakan itu dilaksanakan.

"Laporan itu berunsur fitnah dan ada niat politik untuk burukkan Kelantan," kata Dr Fadzli selepas menghadiri mesyuarat Exco pagi ini.

Beliau mempertikaikan, bagaimana akhbar itu boleh menyiarkan berita sebegitu sedangkan tanah rizab Melayu di negeri ini yang dikatakan dilelong dan sebagainya tidak berbangkit langsung kerana ia tidak dijual.- Harakahdaily

LAWAK: Rafidah silap angkat jari daaa... kahkahkah...

Posted: 21 Mar 2012 09:00 PM PDT

Bodek Najib, Rafidah idamkan jawatan ketua wanita semula?


Rafidah Aziz, mantan Menteri Perdagangan yang bergelumang rasuah berkata adalah sesuatu yang benar dan betul bila beliau menyeru rakyat memilih kerajaan yang mempunyai rekod yang terbukti.Tapi yang sedihnya, beliau memerangkap dirinya dan ketidakyakinan nya bila beliau menggunakan contoh yang salah untuk menerangkan maksud kata-katanya.

"PM (Najib) boleh mentadbir, dan telah membuktikan kebolehan nya," beliau dilapurkan berkata demikian kepada media kerajaan..

Jika ada seseorang yang boleh membuktikan dirinya ialah pemimpin yang tidak peka dan tanpa sebarang idea bagaimana hendak mentadbir negara,pemimpin tersebut tidak lain dan tidak bukan ialah PM Najib Razak.

Membodek


Bukan satu yang memeranjatkan bila dengan segera Rafidah menjadi sasaran kritikan beliau cuba membodek Najib. Sokongan nya mengimbas kembali kenangan tentang rekod buruk beliau sendiri, bagaimana kukuhnya akar rasuah yang membuatkan Badawai mengambil masa bertahun tahun sebelum berjaya mengenepikan beliau.

Sekarang beliau cuba menumpang tuah Najib-mungkinn risaukan nasib kerusi Parlimen Kuala Kangsar yang dipegangnya.Adakah Najib akan memberi ruang kepada beliau yang berusia hampir 70 tahun untuk mempertahankan kubu kuatnya di KK atau menjadi ketua Wanita sekali lagi? Hakikatnya Rafidah ialah 'lanun' Umno sebenar-terma yang digunakan oleh rakyat Malaysia untuk merujuk pemimpin parti yang oportunis yang sentiasa dalam mengikis antara satu sama lain.

Apapun yang beliau katakan, Rafidah sendiri digugurkan dari kabinet oleh mantan Perdana Menteri Abdulah Badawi kerana desakan rakyat berkenaan cara beliau memilih menantu lelakinya untuk mendapat permit impot kenderaan motor dan juga berkenaan beberapa saham di firma tertentu.

Serahkan ke tangan yang salah


Mari kita kaji apa yang Najib buat setakat ini bagi mengiyakan komen yang dibuat oleh beliau? Adakah Rafidah hanya beri komen sewenangnya tanpa berfikri dan mengambil kira semua fakta? Adakah beliau telah menjadi terlalu naif atau tidak berpijak di bumi nyata?

Sesuatu yang perlu kita pertimbangkan kerana bila seseorang pemimpin sewenangnya berpandangan sedemikian, ini menunjukkan pemimpin tersebut tiada hak atau keupayaan untuk dipilih atau dilantik ke jawatan tinggi/penting. Beliau mungkin hanya akan jadi pak turut ,dan sudah tentu tidak berguna kepada rakyat Malaysia.

Terbukti Najib sudah berkali kali membuat helah dan putar belit. Terbaru ialah isu-isu penting termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Bill Perhimpunan Aman, skim saraan baru kakitangan kerajaan dan pertukaran saham MAS-AirAsia, juga kegagalan Skim Rumah Pertama.

Tahap ekonomi tiada peningkatan dan situasi sangat buruk sehingga Najib tiada ilham bila kan beliau patut mengumumkan pilihanraya umum kke 13 walaupun hanya tinggal 1 tahun sebelum tempoh penggal pemerintahan kerajaan BN tamat.

"Jangan serahkan negara ke tangan yang salah kerana anda akan susah," kata Rafidah, sambil menambah bahawa jawatan PM tidak seharusnya diberikan kepada seseorang yang"hanya ingin menjadi PM,".

Mulut yang celupar


Rafidah sendiri ialah tangan yang 'salah', sebagaimana yang beliau sendiri gembar gemburkan. Dan Najib sendiri sanggup bersusah payah untuk menjadi PM.Sehingga hari ni, kata-kata jelas isteri Rzak Baginda ketika kes bunuh Altantuya menjadi peringatan tentang usaha Najib dan isterinya Rosmah sanggup lakukan bagi menjamin jawatan PM. "Bukan suami saya yang ingin jadi Perdana Menteri," kata isteri Razak.

Jelas,Najib ialah tangan yang 'salah' Begitu juga kuasa besar UMNO seperti Mahathir Mohamad,Abdullah Badawi,Isa Samad ,Shahrizat Jalil.Semua pemilik tangan yang salah ini ada dalam kapal lanun UMNO.

Tidakkah Rafidah baca apa komen terbaru Shahrizat."Beritahu saya siapa dalam UMNO yang tiada masalah..?" apabila beliau ditanya tentang peranannya dalam kes salahguna RM250juta NFC. Sepatutnya Rafidah menutup mulutnya dan [ulangkan semuala semua harta kekayaan yang di ambil secara salah dan tidak bermoral dari orangramai.

Bahan jenaka


Beliau bukan hanya menjadi bahan jenaka , malahan beliau juga menunjukkan kejahilan dalam arena antarabangsa –satu yang memeranjatkan bagi seorang yang luas pemandangan seperti beliau." Kita perlu sebuah pentadbiran yang terbukti boleh berurusan dengan isu serantau,dalam negeri dan global," tambah Rafidah lagi.

Sudah la Rafidah.Takkan lah kamu tidak baca akhbar atau menonton BBC,yang dipaksa memohon maaf kepada penonton global mereka kerana usaha memalukan Najib menonjolkan publisiti media yang baik untuk dirinya. Kita kena akui Najib gagal membentuk imej baik bagi dirinya walaupun setelaah berbelanja jutaan duit rakyat untuk perunding dari UK,FBC Media.

Sehingga kan Ratu England sendiri mempersendakan Najib bila Queen memakai pakain warna kuning ketika Najib melawat nya, beberapa hari selepas arahan membenteras penunjuk perasaan dalam Bersih 2.0 yang menganjur untuk pilihanraya adil dan bebas.

Terlalu dangkal fikiran nya sehingga melarang pemakaian warna kuning di Malaysia untuk menakutkan rakyat dari menyokong pilihanraya adil dan bebas.Bagaimana ini boleh membuktikan Najib ialah pemimpin yang baik? Bagaiman nak buktikan Rafidah tidak berbohong bila beliau memuji Najib? Bagaimana nak buktikan beliau tiada motif disebalik komen bodeknya ini?

Ucap selamat dan selamat tinggal untuk Rafidah!


Masih samar bila Rafidah berani berkata –"Malaysia ialah destinasi pilihan untuk berbagai operasi dan perniagaan terkini,jadi jika keadaan berubah-maka selamat lahkepada kamu!"

Haha! Beliau tidak membaca komen sahabatnya Ng Yen Yen,menteri pelanconagn dalam akhbar bahawa sebab orang luar tidak berminat menjadikan Malaysia rumah kedua mereka ialah kerana mereka tidak melihat Malaysia sebagai aman atau stabil.Ini berlaku selepas 5 dekad pemeritahan berterusan UMNO-BN.

Pada masa sekarang pelaburan terus secara langsung di Malaysia kebanyakan nya ke negeri2 Pakatan Rakyat, dan ini bukti pemerintahan yang baik. Jika Rafidah, berdasarkan pengalaman dan pengetahuannya. Tidak cukup professional untuk mengetahui hal tersebut ,dan memilih untuk berbohong kepada rakyat,maka beliau tidak sepatutnya diberi peluang kedua oleh rakyat.

Rasuah dalam apa bentuk telah berakar dalam jiwanya, dan beliau akan jadi ancaman sebaik saja beliau berkuasa semula. Lebih baik beliau ditempatkan di muzium dan baik untuk Umno membina muzium berhampiran padang dimana Tunku Abd Rahman mengisytiharkan kemerdekaan. Dan lain-lain pemimpin UMNO yang patut menyertai beliau termasuklah Mahathir,daim,Shahrizat,Najib dan lain-lain lagi.

UMNO –BN, dengan semua skandal dan salah urus termasuk lebih RM1 trillion yang mengalir keluar negara secara haram, peningkatan hutang negara RM450 billion,tidak layak untuk menjadi sebuah kerajaan.

Malaysia Chronicle

Rosmah suka Najib jadi Jeneral tanpa tentera.... kahkahkah...

Posted: 21 Mar 2012 07:00 PM PDT

Amboi, popularnya Najib – Oleh Daing Yahya

Katanya jumlah pengikut Perdana Menteri Najib Razak sudah mencecah 1 juta di facebook dan 500 ribu di twitter. Tahniah kawan ucapkan buat PM, nyata sekali beliau begitu popular di mata rakyat Malaysia.

Ini juga mengesahkan lagi kejayaan perunding imej Najib termasuk APCO dulu. Tidak sia-sia Najib membelanjakan wang rakyat untuk menggilap imejnya di mata dunia dan rakyat. Jika pelajar-pelajar Akademi Fantasi mempunyai peluang seperti Najib, pasti artis-artis baru ini akan lebih terkenal seantero dunia.

Syarikat APCO itu yang ada kaitan secara langsung dengan Israel (menurut bukti yang ditunjukkan oleh Anwar Ibrahim tetapi tidak pernah disiasat oleh Parlimen) memang pakar dalam menterjemah imej luaran mana-mana pemimpin dunia yang ada masalah dengan rakyatnya.

APCO dan para perunding imej hanya membantu menggilap imej Najib, bukan imej kerajaan atau partinya. Tak mengapalah, asalkan Najib bahagia, juak-juak UMNO hanya diam dan melopong.

Sepatah kata Tun Daim Zainuddin baru-baru ini, Najib umpama jeneral perang tanpa bala tentera. Dalam bahasa pasar, Najib seorang pemimpin UMNO tanpa dukungan parti yakni ahli-ahli UMNO. Barangkali Muhyiddin Yassin lebih memahami makna kata Tun Daim ini.

Justeru, strategi 'perang' politik Najib hanya akan menfokus kepada imej dirinya, barangkali sifirnya mudah. Jika imej PM melonjak, itu akan disamakan dengan populariti partinya.

Malah baru-baru ini juga, semasa lawatan beliau ke Selangor, Najib mendakwa sudah cukup kuat untuk menawan semula Selangor dan negeri-negeri yang dipimpin oleh kerajaan PR.

Jika benar demikian, pasti pilihan raya sudah amat dekat dan Najib sendiri tidak perlu menangguh-nangguh lagi, ayuh kita ke lapangan pilihan raya.

Malah lebih menarik lagi, jika benarlah jumlah pengikut Najib ini begitu besar, bukankah baik selepas pilihan raya ke-13 ini, kita reformasikan sistem perlantikan Perdana Menteri dengan membuka pentas pemilihan Perdana Menteri secara langsung. Kita buka kepada rakyat untuk memilih Perdana Menteri.

Kita yakin Najib akan dipilih oleh rakyat Malaysia berdasarkan populariti semasa. Pada ketika itulah baru Najib Tun Razak boleh mendakwa dan berbangga bahawa beliau adalah Perdana Menteri rakyat Malaysia.

Katanya…berita dan gembar-gembur populariti Najib ini hanya propaganda saja. Kerana apa? Kalaulah betul, mengapa Najib hingga hari ini masih belum yakin akan kekuatannya untuk buat lebih baik dari Pak Lah, mantan Perdana Menteri yang digulingkan oleh partinya sendiri? – Roketkini.com

SPM 2011: Pandangan Kritis Sorang Cikgu...

Posted: 21 Mar 2012 05:00 PM PDT

Tahniah buat calon-calon SPM yang berjaya tetapi kadar buta huruf masih membimbangkan

Kenyataan Terbuka

TAHNIAH KEPADA CALON SPM 2011 DAN MOHON MENTERI PELAJARAN TAMPIL JELASKAN ANGKA BUTA HURUF YANG TINGGI

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini ingin merakamkan tahniah buat semua calon SPM 2011 yang mendapat keputusan hari ini. Walau apa pun keputusan tersebut akuilah ia adalah hasil apa yang diusahakan selama ini menjelang peperiksaan tersebut.

Namun ingatlah apa pun keputusan yang diperolehi hari ini ingatlah ia bukan pengakhiran tetapi jadikan ia platform pemulaan dalam mencorak hidup ke alam dewasa yang lebih mencabar. Jika keputusan agak mengecewakan jangan mengalah, sebenarnya bagi manusia yang benar - benar mampu menggunakan potensi diri mereka adalah kurang penting di mana kita bermula tetapi yang penting dimana kita berakhir nanti. Proses pendidikan seharusnya bukan sahaja berteraskan peperiksaan semata - mata tetapi proses berterusan dalam pembinaan insan.

Dalam kegirangan meraikan keputusan usah dilupa dengan jasa pendidik, ibu bapa dan keluarga disebalik kejayaan tersebut. Anda juga ada peranan besar kemudian nanti dalam menggalas tanggungjawab selaku anak muda Malaysia.

Di kesempatan ini juga SAMM ingin menarik perhatian semua untuk meniliti fakta mengenai berapa ramai lagi masih ketinggalan. Kita terlalu menumpukan dengan statistik seramai 559 orang dari pada 468,808 calon SPM mendapat gred cemerlang tertinggi (A+) tetapi tidak juga harus lupa mengenai fakta pada 11 Jan 2012 yang lalu telah disebut oleh Menteri Pertahanan dalam laporan media yang menyatakan 8 % dari 6,667 orang pelatih PLKN terdiri dari mereka yang buta huruf. Memandangkan PLKN menumpukan pengambilan dikalangan bekas calon SPM dan jika statistik angka 8% ini menjadi penunjuk maka dari 468,808 orang calon SPM maka kira - kira 37,504 orang ialah buta huruf. Ini satu angka yang amat besar dan jika kelompok ini terus ketinggalan dan dipinggirkan ia pasti akan memberikan impak besar dalam struktur sosio masyarakat negara ini.

Perhatian yang khusus harus diberikan dalam isu ini dan jika berdasarkan angka ini maka seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan dasar pelajaran negara ini. Mohon mana - mana ahli parlimen untuk bangkitkan dalam persidangan parlimen dan harap Menteri Pelajaran mampu tampil memberikan penjelasan dan dapat memberikan tumpuan kepada bidang kerjanya selain dari kerja - kerja politik khususnya menyerang pembangkang semata - mata.

sekian

che'Gubard
Solidariti Anak Muda Malaysia

PANAS!! Pelatih PLKN kena belasah...

Posted: 21 Mar 2012 03:00 PM PDT

Pelatih PLKN dakwa kena belasah di Kem PLKN Melaka

Oleh: amkns

KUALA LUMPUR: Dua pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mendakwa sakit belakang dan sesak nafas selepas dibelasah dua pelatih lain dalam dua kejadian berasingan selang 15 minit di asrama mereka di Alor Gajah, Melaka, awal pagi kelmarin.

(Sila rujuk laman web http://beritaplkn.blogspot.com untuk laporan beberapa insiden di Kem PLKN sebelum ini)

Dalam kejadian bermula jam 2.15 pagi itu, dua pelatih terbabit iaitu Yap Chun Jen dan Chew Chee Yong, 18, mendakwa ditumbuk dan ditendang di perut, kaki dan belakang badan oleh dua pelatih terbabit yang datang menemui mereka dengan membawa sekumpulan pelatih lain.

Menurut Yap yang berasal dari Puchong, ketika kejadian dia sedang tidur sebelum didatangi sekumpulan 20 pelatih mengejutkannya dan seorang daripada mereka mengarahkannya keluar untuk berbincang berikutan itu hari terakhir mereka menjalani latihan.

"Takut dikelilingi pelatih saya hanya menurut, namun sejurus selepas menjejakkan kaki keluar pintu asrama, mereka menumbuk tepat di perut serta menendang kaki saya. "Pelatih itu kemudian menyuruh saya memukulnya semula dan selepas saya berbuat demikian, dia terus memukul di belakang badan pula," katanya ketika membuat sidang media di Kepong, di sini, semalam.

Yap berkata, dia dibelasah akibat perselisihan faham yang berlaku antara mereka semasa permulaan program, Januari lalu. Dalam kejadian kedua yang berlaku 15 minit selepas itu, Chew mendakwa diserang di bilik asramanya oleh seorang pelatih yang menuduhnya pernah menumpahkan air.

"Saya tidak pernah menumpahkan air dan sepatutnya, pada hari akhir latihan, pelatih lebih bijak dalam menyelesaikan sesuatu perselisihan faham, bukannya menghukum dengan cara ini," katanya.

Jurulatih yang menerima aduan mangsa kemudian membawa mangsa membuat pemeriksaan doktor di Hospital Alor Gajah (HAG) sebelum dibawa ke Balai Polis Simpang Ampat oleh ibu bapa masing-masing untuk membuat laporan polis.

Sementara itu, Ketua Pasukan Petugas MCA Kepong, Tan Kok Eng berkata, MCA akan berhubung terus dengan PLKN, untuk mendapatkan penjelasan bagaimana perkara itu boleh berlaku serta akan membuat susulan dengan polis bagi memastikan tindakan sewajarnya diambil.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, pihaknya sudah dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan dan telah mengarahkan pengurusan PLKN Alor Gajah membuat laporan penuh kejadian itu.

Sumber :http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pelatihdakwakenabelasah/Article/index_html

Tubuh anak dipenuhi bulu...

Posted: 21 Mar 2012 01:00 PM PDT

Tubuh anak 3 tahun dipenuhi bulu

BACHOK- Ibu mana yang tidak tersentuh bila melihat anak kandung yang dilahirkan tidak seperti kanak-kanak lain yang melalui hidup secara normal.

Namun, bagi bagi Asliza Omar,30,keganjilan tubuh anaknya, Nurul Afida Razi,3, yang berbulu diseluruhi badan tidak pernah membuatkan dia merasa rendah diri.

Menurut Asliza,bulu yang ada pada tubuh anak bongsu dari tiga adik-beradik wujud sejak dilahirkan dan menyebabkan dia mempunyai kad kanak-kanak kurang upaya (OKU).

"Sejak lahir lagi, bulu lebat di badan Nurul, namun dia tiada masalah kesihatan melainkan agak lambat bercakap.

"Saya telah merujuk Nurul Afida ke hospital dan setiap enam bulan dia akan dibawa untuk pemeriksaan. Ujian darah telah diambil dan menunggu keputusan daripada pihak hospital," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumah di Kampung Changgong,semalam.

Asliza berkata, kali pertama sampel darah Nurul Afida diambil ketika berusia dua bulan, namun setelah dua tahun menunggu keputusan,pihak hospital memaklumkan sampel darah anaknya itu hilang.

Oleh itu katanya, dia membawa Nurul Afida kembali ke hospital terbabit pada 3 Julai 2011 dan temu janji terbarunya pada 9 April nanti.

Asliza berkata, dia sendiri tidak tahu bagaimana keadaan itu boleh berlaku terhadap Nurul Afida, namun tidak kekok untuk membawa anaknya itu ke mana-mana majlis.

Dua lagi adik beradik Nurul Afida, Mohd Zulkifli Hanif,8, dan Nurul Aimi,7 normal dan tidak mengalami kesihatan.

Menceritakan keadaannya, Asliza berkata, dia tidak pernah mengalami kejadian yang pelik semasa mengandungkan Nurul Afida, namun mengakui pernah melihat lembaga semasa berada di pantai.

"Sebulan sebelum saya hamil, beberapa minit sebelum Maghrib, saya bersiar-siar di pantai dan tiba-tiba terlihat satu lembaga seperti seekor kambing yang datang dari arah laut.

"Ia berwarna hitam dan berbulu, saya tidak terkejut atau menegur makhluk itu dan menganggap ia biasa sahaja. Beberapa minggu selepas itulah baru saya hamilkan Nurul Afida," katanya.

Bagaimanapun, Asliza berkata, keadaan Nurul Afida tidak seteruk yang dihidapi beberapa kes sama yang berlaku di dunia, sehingga menjejaskan kehidupan seharian.

Menurutnya, bulu yang tumbuh pada badan Nurul Afida hanya kelihatan lebat, namun tidak menjejaskan saluran pernafasan atau penglihatannya.

Azliza berkata, dia dan suaminya, Razi Mohd Nor,37 yang bekerja sebagai nelayan reda dengan ketentuan tuhan dan mengharapkan anak itu kembali normal setelah mendapat rawatan dari pihak hospital.

Dalam pada itu, ketika dihubungi,Hospital Raja Perempuan Zainab Kota Bharu (HRPZ) akan memberi kenyataan berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

Kejadian di dunia

Untuk rekod kanak-kanak perempuan di Thailand, Supatra Sasuphan,12, berbulu di seluruh badan dipercayai mengidap Sindrom Ambras itu sejenis penyakit akibat genetik kromosom. Mengikut rekod hanya 50 individu di dunia pernah mengidapnya.

Manakala,di Mumbai, India, tiga gadis Aavita,23, Monisha,18, dan Savitri,18, berdepan kemungkinan menjadi anak dara tua akibat pertumbuhan bulu tidak terkawal akibat penyakit Hypertrichosis Universalis.

Mengikut nisbah, penyakit itu dihidap seorang daripada satu bilion penduduk dunia.

Sinar

Tiada ulasan: