Khamis, 22 Mac 2012

Addin

Addin


Shahrizat Punca Kami Di Panggil 'Lembu'

Posted: 22 Mar 2012 10:02 AM PDT

"Masyarakat 'mempermainkan' Wanita dan memanggil kami 'lembu'. Akar umbi Wanita mengatakan mereka susah nak kerja (sukar untuk bekerja dengan isu yang sedang berlaku ke atas ketua mereka). Dan pembangkang pula memberitahu kami bahawa kami tidak perlu berbuat apa-apa kerana ia akan membuat kerja mereka (untuk pilihan raya umum) lebih mudah, " itulah luahan Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim (gambar). Beliau menggesa agar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletakkan jawatan beliau (sebagai Ketua Umno) bagi mengekalkan "kredibiliti parti, sayap, Barisan Nasional (BN) dan kerajaan."

Perletakan jawatan Shahrizat sebagai menteri setelah tempoh senatornya tamat pada 8 April adalah tidak mencukupi, perlu juga sekali dengan kepimpinannya dalam Wanita Umno dan Wanita BN, terutama menjelangnya pilihan raya umum akan datang.

Beliau menambah, ia mengenai tanggapan masyarakat bahawa terdapat sesuatu "yang salah dari segi moral dan politik" berdasarkan cara Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp), yang diuruskan oleh suami dan anak-anak Sharizat menggunakan pinjaman kerajaan.

"Apabila ia melibatkan dana awam, ia melibatkan rakyat. Masyarakat melihat ia sebagai isu negara yang telah mencemarkan imej Kerajaan. Masyarakat mempersoalkan bagaimana NFCorp boleh mendapat pinjaman yang besar dengan kadar faedah hanya 2 peratus dan diberikan tempoh lima tahun sebelum pembayaran balik sedangkan begitu sukar bagi rakyat biasa mendapatkan pinjaman.

"Dan mereka bertanya bagaimana NFCorp boleh membeli kereta dan unit-unit kondominium dengan pinjaman yang dimaksudkan untuk (membeli) lembu," katanya dalam satu temu bual.

Beliau menjelaskan, adalah sesuatu yang pelik bagi Shahrizat berkempen untuk sebuah kerajaan yang bersih, adil dan baik. ~dppwm

(Video) Anwar Dedah 18 Ribu Pengundi Diragui Di Parlimen Pekan

Posted: 22 Mar 2012 08:24 AM PDT



Umno BN Manipulasi Keputusan SPM 2011 Untuk Hadapi PRU13?

Posted: 22 Mar 2012 07:31 AM PDT


Gred di atas bermula pada SPM 2009, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggunakan sistem gred baru bagi menggantikan sistem gred lama.

Sistem gred ini juga digunakan juga oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk kemasukan ke universiti. Cuba ko orang perhatikan betul-betul, mereka yang mendapat 60 markah mampu memperolehi B, yang mendapat 70 markah sudah dapat merasai A walaupun ianya A-.

Macam Addin yang bersekolah sekitar tahun 80-an, 90-an jangan harap mereka yang mendapat 60 markah akan merasai gred B, 70 markah juga belum mampu memperolehi A-.

Kalau tak silap Addin, 60 markah adalah C, 70 markah masih B dan 80 ke atas barulah dikira A, 90 markah akan menjadi A+.

Itulah sebabnya kalau pelajar yang dulu-dulu tak ramai seperti sekarang yang memperolehi A. Pengumuman SPM 2011 pada semalam ramai yang memperolehi A.. tahniah. Mungkin pelajar dulu-dulu tak sehebat pelajar zaman IT sekarang nih.. Maklumat di hujung jari..

Keputusan SPM 2011 merupakan yang terbaik dalam tempoh 5 tahun. Kebetulan ke apa nih? Pelajar yang hebat  atau Kementerian Pelajaran yang hebat? Mentang-mentang dekat pilihanraya.

Sebab Inikah Najib Kerap Kali Buat Lawatan Ke Perak?

Posted: 22 Mar 2012 01:55 AM PDT

Najib tahu Zambry masih lagi berhubung dengan Anwar. Dulu depa sama-sama dalam ABIM. Malah bila Anwar disingkir, Zambry adalah diantara orang yang paling kuat menyokong Anwar. Dan bila Zambry menjadi Menteri Besar, orang yang dilantik disekelilingnya adalah juga kuda-kuda Trojan Anwar.

Yang ini semua orang tau. Tapi ada lagi satu cerita yang ramai orang tak tau. Bila Barisan Alternatif + DAP menang di Perak tahun 2008 dulu, perkara pertama yang berlaku ialah kisah Hasan Ali dan Harussani cuba mewujudkan kerajaan perpaduan. Di belakang mereka ialah Tajol Rosli. Tajol Rosli mengekalkan jawatannya sebagai MB.

Apa yang ramai orang tak tau, Zambry juga cuba buat deal dengan Nizar. Zambry menawarkan jawatan MB kepada Nizar kalau Nizar sanggup melompat menyokong Umno. Empat orang lagi ADUN Pas akan ditawarkan jawatan EXCO. Ini bukan aku saja-saja nak buat cerita. Hangpa dengar sendiri apa yang Nizar cakap."

Ini sedutan sahaja, untuk baca pendedahan lanjut yang di buat oleh MSK boleh baca di sini ...


Tiada ulasan: