Isnin, 19 Mac 2012

shalehudin

shalehudin


PELIK!! KM Guan Eng vs MB Azizan

Posted: 19 Mar 2012 11:00 AM PDT

Pemerintahan siapa lebih Islamik: Ustaz Azizan atau Lim Guan Eng?

Oleh DINSMAN


Mahu tak mahu, suka tak suka, orang hari ini sedang membandingkan imej PAS dengan imej DAP. Memang, soal imej ini bukanlah sesuatu yang muktamad dan tepat. Kadang-kadang memang tak tepat pun.

Ada orang mengambil keperibadian dan ketokohan Tok Guru Nik Aziz sebagai imej PAS. Maka terbinalah gambaran PAS itu sebagai sebuah agama yang bertoleransi, baik sesama manusia, lembut, tidak ganas dan sebagainya.

Ada pula orang yang melihat ketokohan dan keperibadian Ustaz Azizan Ab Razak, Menteri Besar Kedah itu sebagai lambang atau imej PAS. Maka lainlah pula gambaran yang terbina hasil daripada itu.

Demikianlah juga ada orang mengambil Lim Kit Siang dan Karpal Singh sebagai melambangkan imej DAP. Maka gambaran yang terbina adalah berbeza dengan mereka yang mengambil ketokohan dan keperibadian Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang itu, sebagai mewakili imej DAP.

Walaupun imej bukanlah sesuatu yang pasti dan muktamad tetapi ia sangat penting, terutamanya dalam politik, kerana imej adalah sesuatu yang terlekat dalam kepala kita dan gambaran yang akan segera muncul apabila disebut mengenai sesuatu, walaupun ia bukan sesuatu yang tepat dan muktamad.

Ada orang akan tergambarkan Nik Aziz apabila disebut PAS. Ada orang akan tergambarkan Haji Hadi. Ada orang akan tergambarkan Ustaz Azizan. Ini reaksi spontan, yang kita tak boleh nak buat apa-apa. Ia sangat personal. Walaupun mengenai hal yang umum, tetapi ia lahir dalam diri seseorang secara yang sangat personal.

Sepertilah juga di peringkat antarabangsa, ada orang akan tergambarkan menara WTC yang terbakar diserang kapalterbang itu, apabila disebut Islam. Kita kata, apa kena mengenanya? Tetapi itu gambaran di dalam otak orang itu, hasil daripada asakan pelbagai media dan sekitarannya. Kita tak boleh nak buat apa-ap. Memang kita boleh mengubahnya, tetapi akan memakan masa yang panjang.

Siapakah yang bertanggungjawab menyebabkan itu? Bukan kita yang bertanggungjawab. Itu kerja Amerika. Dan Amerika sangat pandai dalam hal-hal seperti ini. Kita perlu bercakap soal muzik, soal filem, soal pengiklanan, kalau kita hendak bercakap soal kerja Amerika mempengeruhi otak manusia di dunia.

Tapi sekarang kita nak bercakap soal imej PAS dan imej DAP. Sebab apa? Sebab perkara ini sudah menjadi perbualan orang ramai. Sesuatu yang tak pernah terduga dan tak pernah terfikirkan pun lima tahun yang lalu. Siapa pernah terfikirkan lima tahun yang lalu orang boleh bertanya: Antara Lim Guan Eng dengan Azizan Razak siapa lebih Islamik pentadbirannya?

Itu 'kan soalan gila tu! Ya, memang itu soalan gila, tapi kita tak boleh halang kebebasan otak manusia untuk berfikir hal-hal yang walaupun segila itu, dan kemudian mereka bercakap hal itu di mana-mana. Itu adalah hasil daripada imej-imej yang terlekat dalam otak mereka, akibat daripada apa yang berlaku di sekitar.

Hari ini orang sedang membandingkan imej PAS dengan imej DAP, mana lebih baik dan sesuai kalau kita hendak menjadi ahli parti politik dan aktif berpolitik. Hata Wahari bekas Presiden NUJ itu sudahpun memilih parti DAP. Dan khabarnya ramai lagi yang lain, generasi muda Melayu, memilih parti DAP.

Kenapa mereka tidak memilih PAS? Nah, ini soalan sensitif, yang boleh membawa kepada jawapan yang lebih sensitif.

PAS dan DAP sama-sama dalam Pakatan Rakyat. Masuk PAS pun tak mengapa, masuk DAP pun tak mengapa. Akhirnya akan mengundi Pakatan Rakyat juga. Tetapi apabila orang ramai mula membandingkan antara kedua parti itu mana yang lebih Islamik, itu sudah lain implikasinya. Pelik sangat!

PAS itu parti Islam. DAP bukan parti Islam. Hanya Lim Guan Eng saja yang sering menyebut dia ingin mentadbir negeri sepertimana Umar Abdul Aziz mentadbir, dengan dasar 'Amar makruf nahyi mungkar'nya. Dan bukan itu saja. Dia juga telah menunjukkan banyak ciri-ciri pentadbiran yang bersifat Islamik.

Maka akibat daripada itu dia telah membentuk satu imej DAP yang agak mesra kepada rakyat dan kepada orang Melayu. DAP tidak lagi menjadi parti Cina yang anti Melayu dan anti Islam. Orang sudah lupakan kata-kata Karpal Singh yang anti Negara Islam dulu.

Inilah peranan besar 'imej'. Boleh menyebabkan orang sukakan sesuatu dan boleh menyebabkan orang bencikan sesuatu. Dan inilah yang menyebabkan saya sangat bimbang dan risau sekarang. Apabila orang mula membandingkan antara imej PAS dengan imej DAP, dan imej PAS itu pula bukan yang terbina oleh kerja baik Nik Aziz di Kelantan, tetapi oleh faktor lain.

Ada pimpinan di kalangan pimpinan PAS yang dikatakan pantang ditegur. Memang dia berjaya menakut-nakutkan orang-orang di sekitarnya hingga tidak ada yang berani membantah dia, apatah lagi menegur dia. Tetapi di luar daripada lingkungan itu orang bercakap. Dan cakap-cakap yang seperti ini mudah dan cepat merebaknya. Ia sudah menjadi bualan orang ramai di mana-mana.

Memang kita boleh berkata apa hak orang lain untuk masuk campur dalam urusan pemimpin yang seorang itu. Memang! Kita boleh berkata apa pun. Berat mata memandang berat lagilah bahu yang memikul. Memang! Tetapi kita pun tak boleh menghalang orang daripada bercakap negatif hal kita, atau menulis hal-hal yang negatif mengenai kita di dalam blog, FB dan sebagainya.

Dan apabila orang mula membuat bandingan antara imej PAS dengan imej DAP begitu, itu bukan lagi urusan sesiapa. Itu sudah menjadi urusan semua orang.

TERBONGKAR!! Mak Cik Felda kena tipu lagi...

Posted: 19 Mar 2012 09:00 AM PDT

PKR dakwa PM campur tangan saman kes Felda

Kerajaan BN didakwa cuba untuk mempengaruhi hakim yang membicarakan kes-kes yang membabitkan Felda, dakwa Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution.

Katanya, dakwaannya itu berasaskan minit mesyuarat Felda yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang diadakan di bangunan Parlimen pada 27 Jun tahun lalu.

Beliau juga menunjukkan kepada wartawan, satu salinan minit mesyuarat berkenaan dengan tertera perenggan yang kontroversi itu.

"Bagi kes yang melibatkan kadar perahan minyak (oil extraction rate 'OER'), di mana-mana kedua-dua kes masih belum ditetapkan untuk perbicaraan penuh pastikan hakim dan peguam diberi kefahaman subjek dan kaedah teknikal bagi pengiraan OER.

"Pastikan Felda memenang kes ini supaya tidak menjejaskan kes-kes seterusnya."

Menurut Saifuddin, kes yang dirujuk itu membabitkan tuntutan mahkamah yang difailkan oleh 766 peneroka dari Serting Hilir dan penempatan Felda Raja Alias terhadap Felda, di Mahkamah Tinggi Seremban dan satu lagi saman oleh 645 peneroka dari penempatan Felda Maokil, yang difailkan di Mahkamah Tinggi Johor Bharu.

"Membabitkan hakim adalah jelas menunjukkan kes manipulasi mahkamah," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Campur tangan secara jelas

Beliau berkata, arahan Najib seperti terkandung dalam laporan itu menunjukkan campur tangan secara jelas pihak eksekutif dalam badan kahakiman negara.

Dengan campur tangan itu, Saifuddin yang juga ahli parlimen Machang bimbang hak peneroka mendapatkan keadilan di mahkamah berkaitan kes-kes melibatkan Felda akan dinafikan.

Felda sejak kebelakangan ini terus berdepan ratusan saman daripada peneroka berkenaan kes dakwaan penipuan OER.

Antara yang memfaikan saman termasuk 400 peneroka Felda Gugusan Chini, 113 peneroka Palong 9 dan sekumpulan peneroka di Felda Kota Gelanggi, Jerantut Pahang.

Selain berdepan dengan saman OER, Felda juga berdepan beberapa saman daripada NGO berkaitan bantahan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.

Turut hadir ialah ahli parlimen Subang R Sivarasa yang mewakili peneroka dari Serting Hilir dan dan penempatan Felda Raja Alias dalam tuntutan mereka.

"Beri taklimat kepada peguam tidak menjadi masalah, tetapi terpulang kepada hakim untuk mendengar hujah daripada peguam, bukan untuk mengikut arahan daripada Perdana Menteri," kata Sivarasa.

Beliau bimbang perkembangan terbabru yang didedahkan itu akan menjejaskan peluang peneroka Felda yang turut menyaman kerajaan.

Kurang Ajaq Betoi Mat Saleh Perancis nih...

Posted: 19 Mar 2012 07:05 AM PDT

Skandal Scorpene Najib Altantuya: Mahkamah Perancis Bersidang Hari April Fool!

Pengarah NGO Hak Asasi Manusia, Suaram, Cynthia Gabriel berkata, Mahkamah Perancis akan memulakan inkuiri terbuka berhubung kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene.

Beliau mendedahkan perkara itu dalam laman twitternya tengahari tadi. Difahamkan, 'hakim arahan' bagi kes itu telah dilantik dan mahkamah akan bermula pada 1 April 2012.

Di bawah undang-undang Perancis, 'hakim arahan' adalah majistret yang bertanggungjawab mengendalikan siasatan untuk menentukan sama ada sesuatu kes itu diteruskan menjalani perbicaraan jenayah.

Ketika dihubungi, Cynthia berkata, maklumat lanjut mengenai perkara itu akan didedahkan dalam sidang media yang akan diadakan di Dewan Himpunan Cina Selangor Kuala Lumpur, pada jam 11 pagi esok.

"Kita akan dedahkan maklumat lanjut mengenainya kepada media dalam satu sidang media esok," kata Cynthia.

Pada 2009, peguam Joseph Breham, yang dilantik mewakili Suaram telah memfailkan kes terhadap firma pembuat kapal selam Perancis, DCN, melibatkan pembelian dua buah kapal selam bernilai RM7.3 bilion.

Kontroversi pembelian kapal selam itu melibatkan jutaan ringgit dalam bentuk komisyen kepada pemimpin negara dan pegawai tertinggi tentera.

Sebanyak Euro114 juta atau RM570 juta dibayar sebagai komisen kepada Syarikat Perimekar Sdn Bhd yang dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda- seorang kenalan rapat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Najib adalah menteri pertahanan semasa urus niaga pembelian Scorpene itu dijalankan. Skandal itu dikatakan mengheret pembunuhan kejam penterjemah dari Mongolia, Altantuya Shaariibu pada 2006.

Mayat Altantuya diletupkan dengan bom C4 di Puncak Alam, Shah Alam oleh dua anggota Unit Tindakan Khas, salah seorangnya merupakan pegawai pengiring kepada Najib.

Razak Baginda didakwa turut bersubahat dalam kes itu, namun dibebaskan oleh mahkamah tanpa dipanggil membela diri.

Pada Oktober tahun lalu, Breham berkata pembabitan Najib dalam pembelian Scorpene boleh menyebabkan beliau disepina untuk hadir ke mahkamah Perancis bagi membantu siasatan.

Skandal Scorpene: Suaram lantik hakim bebas di Perancis - 19 April 2011

Suara Rakyat Malaysia (Suaram) pada mesyuarat 18 April lalu, memutuskan untuk melantik seorang hakim bebas di Mahkamah Perancis bagi membicarakan kes dakwaan rasuah pembelian dua kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia.

Pengarah Urusetia Suaram, Cynthia Gibrael, berkata tiga peguam yang mewakili Suaram, Joseph Breham, William Bourdon dan Renaud Semerdjian telah dimaklumkan untuk mendapatkan seorang hakim bebas di Perancis bagi mengendalikan kes itu.

"Siapa hakim bebas itu, akan diketahui dalam dua tiga minggu lagi," kata Cynthia kepada KeadilanDaily, hari ini.

Melalui pelantikan hakim bebas itu, beliau berkata, mahkamah Perancis akan diberi kuasa untuk memanggil atau mendapat maklumat dari mereka yang terlibat untuk diambil keterangan.

"Sama ada mereka yang terlibat ada di Perancis atau di negara luar tidak timbul kerana mahkamah boleh menggunakan pelbagai peruntukan antarabangsa untuk memanggil saksi bagi memberi keterangan," kata peguam itu.

Awal april lalu, laman web Rue89 berpangkalan di Perancis mendedahkan kes mahkamah di negara itu yang menjalankan pendakwaan berhubung bayaran komisyen pembelian dua kapal selam Scorpene antara Armaris dengan Perimekar Sdn Bhd.

Armaris merupakan syarikat pembina kapal selam kelas diesel jenis Scorpene yang juga anak syarikat firma pertahanan Gergasi Perancis, DCN (Direction des Constructions Navales) dengan usahasama firma Sepanyol Agosta.

Perimekar Sdn Bhd adalah syarikat milik isteri Abdul Razak Baginda, Mazlinda Makhzan. Abdul Razak yang terlepas dari kes pembunuhan kejam warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006. Abdul Razak adalah bekas penasihat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam keterangan Rue89, Armaris membuat kenyataan tidak pernah terlibat membayar Perimekar Sdn Bhd 114 juta Euro (RM493.53 juta) tetapi sebenarnya ia dibayar kerajaan Malaysia sendiri. Perjanjian pembelian dua kapal selam Scorpene bernilai berbillion dollar itu dimeterai Najib selaku Menteri Pertahanan pada 2002.

Pada April tahun lalu, seorang ahli perundangan Perancis, Joseph Breham menfail aduan di mahkamah Perancis berhubung skandal pembelian dua kapal selam Scorpene kepada kerajaan Malaysia. Mengikut perundangan Perancis, amalan memberi komisyen adalah jenayah berat.

Skandal Scorpene: Masa Untuk Najib Kian Hampir

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bakal berdepan siasatan skandal rasuah pembelian kapal selam buatan Perancis, Scorpene tidak lama lagi, lapor Asian Sentinel.

Ia ditulis Gavin M. Greenwood, seorang konsultan keselamatan yang berpejabat di Hong Kong dan John Berthelsen, editor Asia Sentinel – sebuah media bebas yang menerbitkan berita dan analisis terhadap pelbagai isu di Asia.

Ia memfokuskan keputusan Najib membeli dua kapal selam yang tidak dilengkapi petunjuk arah dan senjata dengan kos tinggi yang kemudian terpaksa ditanggung Kementerian Pertahanan.

Mengikut Asian Sentinel, siasatan rasuah akan dimulakan dengan memanggil Abdul Razak Baginda selain mengheret individu-individu yang terlibat dalam konspirasi itu.

Artikel itu turut mempersoal sama ada pejabat kedutaan Malaysia di Perancis penuh dengan bekas pegawai tentera termasuk dutanya, Tan Sri Dr Abdul Aziz Zainal, ada kaitan dengan siasatan itu.

Ia memetik kenyataan seorang rakyat Malaysia yang mengunjungi kedutaan berkenaan dan terkejut apabila mendapati ramai bekas tentera menjadi kakitangan di pejabat kedutaan itu.

"Beliau tertanya-tanya, kenapa ramai sangat bekas tentera di situ lalu teringat kes kapal selam yang tidak boleh menyelam di Malaysia dan wanita Monggolia yang mati kerana dibom dengan C4," kata laporan berkenaan.

Memetik Asian Sentinel, seramai 11 keluarga jurutera Perancis yang mati dalam serangan bom di Karachi 2002 mahu memfail dakwaan pembunuhan terhadap bekas Presiden Perancis, Jacques Chirac berikutan percaya kejadian itu berpunca dari pembatalan rasuah kepada tentera Pakistan dalam pembelian tiga kapal selam Agosta 90-class.

Salah ka Najib ni kaki Pompuan... kahkahkah...

Posted: 19 Mar 2012 05:02 AM PDT

Najib, kaki perempuan yang membawa Malaysia ke arah kehancuran

Bagaimana seorang individu yang tidak dapat memahami konsep yang ringkas dan terang boleh berada di kedudukan mengurus dan memimpin negara? Lihatlah kegagagalan skim MyFirst Home dan keputusan terbaru memansuhkan skim saraan kakitangan kerajaan,selain dari kegagalan yanglain-lain.

Dilancarkan setahun yang lepas, skim pemilikan rumah untuk golongan berpendapatan rendah gagal kerana pihak bank enggan memberi pinjaman 100% kepada pemohon yang berpendapatan kurang dari RM3000 sebulan.Bagaimana Najib boleh tidak dapat memahami fakta bahawa dengan pendapatan demikian, seseorang mungkin tidak ada wang tambahan untuk membayar ansuran rumah?Seharusnya Najib ketahui yang seorang individu perlu membayar berbagai-bagai keperluan seperti makanan,pengangkutan dan perbelanjaan lain. Selepas potongan EPF dan Socso, tiada lagi wang yang tinggal.

Walaupun Najib bukan seorang yang arif tentang kewangan,beliau ada penasihat,pakar,ahli-ahli dan 1.4 juta kkaitangan kerajaan untuk beliau mendapatkan idea dan formula. Yang utama, skim tersebut bertujuan memancing pengundi terutamanya golongan muda. Najib bergantung kepada skim tersebut kerana beliau perlu menang dengan apa cara sekalipun dalam PRU ke 13.tetapi ianya menjadi satu kegagalan.

Hal yang sama berlaku kepada skim saraan kakitangan awam yang diumumkan Febuari lepas dimana jurang perbezaan antara kakitangan awam eringkat tinggi dan mereka yang berda dalam gerd yang lebih rendah-iaitu golongan majoriti- sangat luas. Pelan ini menjadi bahan kritikan sejak awal lagi dan akhirnya dimansuhkan oleh Najib kerana terlalu hangat untuk diteruskan. SBPA juga bertujuan memancing undi untuk PRU 13.

'Popularity poll' that went unnoticed and incompetent advisers


Tidak mengejutkan bila kajian populariti beliau langsung tidak dihiraukan, hanya segelintir sahaja rakyat yang mempersoalkan kenapa ianya meningkat ke 69%.Dakah ianya sesuatu yang dibuat-buat?Adakah kerana bagaimana soalan-soalan poll tersebut dirangka? Bagaimanapun, selain dari kajian meragukan dikalangan rakyat Malaysia, kekurangan respon menunjukkan rakyat telah membuat keputusan dan tidak akan mengubah fikiran hanya dengan keputusan man-mana kajian

Najib gagal kerana beliau terlalu jahil.Beliau terus meletakkan orang yang salah di kedudukan yang tinggi.Mereka yang perlu membantu beliau dalam program transformasi ,tetapi transformasi yang dilihat oleh rakyat ialah dari Ah Jib Gor kepada Ah Chep Gor, akibat dari dakwaan bahawa beliau menggunakan RM400,000 duit rakyat untuk majlis pertunangan anak perempuan nya.

Ah Jib Gor ialah nama panggilan yang diberikan oleh penasihat2 nya untuk memancing pengundi Cina.Tapi mereka tidak sedar nama panggilan tersebut membuat masyarakat Cina merasa penghinaan dan kurang rasa hormat terhadap tahap intelektual dan kematangan mereka ialah satu lagi tanda kesilapan besar percaturan pasukan perangka strategi Najib.


Dana 1MDB yang membeli aset Ananda Krishnan untuk jumlah kontroversi RM8.5billion mempunyai panel penasihat dan pengarah2 yang mem[unyai latarbelakang yang meragukan.1MDB, yang dikatakan oleh pemimpin pembangkang,Anwar Inrahim sebagai dana lumpur berbaur politik, kini mahu melupuskan aset2 lapuk tersebut diluar negara, yang mana para penganalisa mensyaki satu cubaan untuk menutup mulut rakyat tentang harga belian yang terlalu tinggi.

Tambahan pula,program transformasi ekonomi dan politik Najib juga gagal. Senarai panjang yang selalu digembar gembur tidak perlu kerana rakyat sudah tahu.Tidak banyak yang berjaya menarik perhatian pelabur manakala jumlah hutang negara terus naik.

Satu lagi kes memalukan yang bakal meletup ialah penyenaraian saham Felda Global Ventures. Setiap hari, ada saja peneroka Felda yang menolak idea yang mungkin akan memberi kekayaan kepada mereka di peringkat awal, tetapi kemudian mendedahkan mereka kepada risiko kehilangan tanah kerana pengambilalihan oleh pakar pasaran saham.

Tetapi akhirnya isu kurang pemahaman PM terhadap isu dan konsep, ditambah pula dengan nasihat dari orang-orang yang salah,akan membawa kepada kejatuhan pemerintahan beliau. Pemerintahan yang dicemari malapetaka, ketidakupayaan, tidak jujur dan hiprokrit.

Rekod buruk Najib


Sejak Najib dipanggil balik dari England dan menceburi diri di bidang politik pada usia 23 tahun pada tahun 1976 setelah bapanya PM kedua Abdul Razak, meninggal dunia, beliau telah memegang beberapa jawatan dalam kabinet bermula dengan Timbalan Menteri Telekom dan Pos,Timbalan Menteri Pelajaran dan juga Timbalan Menteri Kewangan.

Kemudian beliau di pilih sebagai Menteri Besar Pahang pada usia muda,28 tahun pada tahun 1982.Walaupun perjalanan lancar dalam bidang politik dan pendedahan yang diberikan oleh UMNO, beliau tidak menyumbang apap-apa yang berkesan kepada parti, pendapat nasionalis Melayu,Malaysia dan juga kedudukan politiknya sendiri.

Sepatutnya pengalaman sedemikian dapat membentuk beliau menjadi ahli politik sejati, yang mempunyai kematangan dalam demokrasi Malaysia yang moden dan membangun,pemimpin yang peka,prihatin dan memenuhi aspirasi rakyat. Seorang Perdana Menteri yang boleh dibangga kan oleh rakyat.

Kaki perempuan dan pertemuan dengan Rosmah Mansor


Najib bergelumang dengan skandal peribadi sebagaimana yang diberitahu oleh bapanya kepada seorang diplomat asing pada satu jamuan minum the. Razak membeirtahu anak lelakinya kaki perempuan sejak dari zaman universiti. Kemudian ada dakwaan khalwat bila dia ditangkap apa yang tidak sepatutnya dilakukan denganseorang penyanyi di Port Dickson.

Najib juga terlibat dengan kontroversi bila meninggalkan isteri pertamanya untuk berkhawin dengan isteri orang, Rosmah Mansor. Ada yang menyalahkan Rosmah ,yang mata duitan sebagai faktor utama dalam keputusan politik Najib.Tapi sama sepeti pasukan penasihat nya, Rosmah yang boros,terburu-buru dan agresif hanya sebahagian dari masalah Najib.

Tanggungan terbesar Najib ialah dirinya sendiri, kekurangan fokus,intelek dan keupayaan untuk mengenal dan memilih yang terbaik. Inilah sebab beliu sentiasa dalam kesusahan dan alasan nya sentiasa beliau tidak mendapat nasihat yang betul..Beberapa kali hal ini berlaku ,sebbelum rakyat sedar hanya orang jahil dan bodoh shaja akan sewenang nnya dan kerap kali tersilap.

Altantuya dan zaman mewah Najib di Kementerian Pertahanan


Masih terbayang bayang dalam kepadanya seperti kata-kata Damocles ialah pembunuhan Altantuya Shaaribu, dimama Rosmah dituduh terlibat. Sudah tentu 2 bekas pengawla peribadi yang didapati bersalah atas tuduhan tersebut. Najib dan kawan baiknya Razak Baginda juga dituduh mengambil secara tidak jujur RM570 juta wang imbuhan dari syarikat gergasi menjual senjata Perancis DCN kerana bersetuju mmebeli kapal sleam Scorpene bagi pihak kerajaan Malaysia

Semasa Najib sebagai Menteri Pertahanan,beliau terlibat dalam pembelian 12 buah helikopter Eurocopter EC725 Cougar berjumlah RM2.3 billion,walaupun Brazil membayar hanya RM4.5 juta untuk 50 unit model yang sama.Najib juga memantau pembelian 18 buah jet pejuang Sukhoi dari Rusia bernilai RM3.2 billion, dimana komisen dibayar kepada syarikat Malaysia IMT Defence, pada kadar 12 peratus dari belian atau RM380 juta. Jumlah sebesar itu untuk menjadi orang tengah. Tapi Najib terlepas kerana UMNO.

Semasa zaman mewah beliau sebagai menteri pertahanan, Najib juga terlibat dalam skandal PSC-Naval Dackyard,dimana kontrak diberikan kepada PSCpada tahun 2004 untuk membekalkan bot patrol kepada tentera laut.harga kontrak meningkat dari harga asal RM5.35 billion kepada RM6.75 billion menjelang Januari 2007.Lebih buruk lagi,hanya 2 bot yang rosak dari 6 buah yang sepatutnya.Dan 298 aduan direkodkan berkenaan 2 bot tersebut yang didapati masing-masing terdapat 100 dan 383 item tidak lengkap.

Rasuah dan perkauman makin buruk

Ikrar Najib untuk memerangai rasuah ternyata palsu. Najib membuatkan amalan rasuha makin teruk dalam 3 tahun lepas belaiu menjadi PM selepas Abdullah Badawi dalam tahun 2009.

Dibawah pemerintahanya ,Proton terus dalam kerugian dengan rugi bersih RM88.2 juta untuk suku ketiga berbanding RM68.1 juta yang dicatat dalam masa yang sama satu ketika dulu. Perolehan merosot ke RM1.43 billion berbanding RM1.83bil dahulu>MAS juga mengalami kerugian walau terdapat kerjasama kontroversi dengan Air Asia.Kerugian tidak dapat dibendung,dan kerugian RM2.5 bil diumumkan minggu lepas.

Sekarang Najib bergantung kepada platform 1Malaysia untuk menyatupadukan negara,beliau gagal meraih respon. Hakikatnya beliau mungkin kelihatan tenang dan tidak perkauman, tetapi beliau mempunyai karakte yang meragukan. Beliau ialah Ketua Pemuda UMNO yang mengugut akan memandikan keris dengan darah kaum Cina pada satu rali di kampung Baru,Kuala Lumpur pada tahun 1987,tidak lama sebelum bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad melancarkan gerakan besar-besaran menangkap pemimpim2 pembangkang dan aktivis yang digelar operasi lalang.

Walau beliau mewarwarkan perlunya kesederhanaan,Najib memberi sokongan kepada kumpulan ekstrimis dan perkauman seperti Perkasa dan Jati. Rosmah sendiri hadir ke majlis anjuran Perkasa sebagai sokongan,memberikan indikasi bahawa penerimaan dan pengiktirfan dari pemimpin tertinggi.Sebagaimana kata para pengkritik,bagaimana rakyat boleh percaya beliau seruis berkenaan kesaksamaan dan keharmonian kaum?

Jadi apa kejayaan yang telah Najib capai selama ini?


Didalam negara,Najib tidak mencapai sebarang kejayaan yang boleh dibanggakan dan apa yang konon nya dikatakan berjaya hanyalah rekaan semata. Beliau juga gagal membaiki imeh selelpas berbelanjan jutaan ringgit,dengan perundinag media dari UK yang tertangkap menaja berita yang secara sengaja menggambarkan Najib dalam imej postif kepada pemerhati anarabangsa.

Najib juga gagal membaiki UMNO.Beliau gagal memberi pimpinan parti yang diperlukan untuk memberi nafas baru kepada UMNO.UMNO masih ditakuk lama dengan tabiat menipu,membeli undi,menyebar propaganda palsu dan memberi imbuhan untuk menang pilihanraya.

UMNO masih tiada isi dan integriti,gagal mencari ahli baru yang berbabkat kedalam parti.Jika di bandingkan,PKR dan Pas lebih berjaya menarik golongan professional Melayu menyertai mereka berbanding UMNO.Perlu diberi perhatian kata singkatan ABU direka ketika zaman Najib- Anything But UMNO.


Di peringkat antarabangsa ,Najib terkenal dengan percutian mewah keluar negara dan perjumpaan dengan VVIP-jelas penuh kemewahan dan dibayar oleh pembayar cukai negara.The Global Movement of Moderates, yang dilancarkan oleh Najib pada 16 Januari 2012 sebagai tinggalannya kepada dunia, gagal. GMM ggal meraih sokongan kerana Najib bukan orang yang berkebolehan.Bila beliau bercakap berkenaan idea- idea mulia dan persamaan hak manusia diluar negara, di negara snediri beliau melaungkan retorik perkauman, amaran yang beliau akan terus memegang kuasa walaupun bermakna"crushed bocies',"lost lives' dan"ethnic cleancing".

Tamparan paling hebat dalam cita-cita Najib diperingkat natarabangsa datangnya bulan lepas bila Washington Post menyiarkan berita bertajuk Najib juara " champion of doubletalk" bila pemerintahan nya secara tidak sah menghantar pulang penulis Hamza Kashgari untuk menghadapau hukuman pancung kerana dakwaan murtad.

Mungkin, ketidakupayaan nyata beliau ialah kegagalannya mengawal isteri nya.Bagaimana seorang lelaki yang lemah boleh mengurus negara dengan hutang RM460 bil,dan tergelumang rasuah di setiap tahap dalam kerajaan nya. Memang Najib tidak berkeupayaan,beliau tidak sepatutnya dilantik sebagai Perdana Menteri.UMNO tiada pilihan-siapa lagi kalau bukan Najib? Jika demikian, apa lagi UMNO?

Malaysia Chronicle

HOT!! UMNO Penang dah hanyut ke laut... kahkahkah...

Posted: 19 Mar 2012 01:00 AM PDT


Rosmah sendiri dah tau, orang Penang tak boleh nak pau...
Najib pun terpaksa ikut, UMNO Penang biaq dia hanyut...
Sebab pemimpin-pemimpin UMNO Penang dah kelaut....
kahkahkah...


UMNO dikuasai Mamak, sebab tu rakyat mula semak...
kahkahkah...


Berpolitik macam Haram, kelaku depa sumbang maharram...
kahkahkah...


Najib dah demam tak kebah, sebab tu nak mai Penang jadi payah...
kahkahkah...




******************************


Pemimpin BN baling telur kepada Pakatan Rakyat

Kebenaran sentiasa sakit... Kecewa dengan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang meramalkan BN mungkin akan berakhir makan "telur" atau mendapatkan 'sifar' kerusi di Pulau Pinang pada pilihan raya umum ke-13 yang dijangka akan diadakan pada Mei atau Jun, pemimpin BN menuduh Lim Guan Eng sebagai angkuh dan bersikap buruk.

"Ini adalah tanda pemerintahan diktator. Kenyataan Lim Guan Eng ini adalah tidak demokratik kerana mahu merebut semua kuasa dan langsung tidak meninggalkan ruang untuk suara yang bertentangan", keluh pemimpin Gerakan, Baljit Singh yang dilaporkan berkata sebagai tindak balas kepada kenyataan Guan Eng.

"Lim tidak seharusnya terlalu angkuh dan sombong untuk berharap bahawa Pulau Pinang, terutamanya golongan profesional, dari semua kaum, akan terus menyokong PR dengan majoriti dua pertiga, kerana terdapat kekeliruan terlalu banyak dalam hal-hal pembangunan di sini. Ia adalah jelas bahawa Lim adalah seorang jaguh kampung semata-mata kerana dia telah berjaya ditipu penduduk kampung, terutama masyarakat Cina, dengan bermain sentimen perkauman", kata Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin.

Tetapi kritikan pemimpin Bn itu tidak goyah bagi Guan Eng, kerana beliau menyatakan perkara tersebut dengan fakta, kerana sesungguhnya peluang Bn dibinasakan dalam PRU13 adalah tinggi. Malah kenyataan mereka hanya mendedahkan ketakutan Bn yang hakikatnya akan memperolehi kerusi 'sifar' pada PRU13 nanti.

Salahkan diri kamu sendiri, bukan Pakatan Rakyat

Sebagaimana ketegasan pemimpin Pakatan Rakyat nyatakan, bukannya Lim Guan Eng yang harus dipersalahkan, malah BN harus menyalahkan dirinya sendiri. Mereka bukannya bekerja secara serius untuk mencabar kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan Pakatan Rakyat dengan melakukan sesuatu yang masuk akal dan diterima oleh Rakyat, tetapi mereka telah menunjukkan segala macam aksi yang memualkan untuk mengeruhkan pentadbiran negeri.

Walaubagaimanapun, Lim Guan Eng dan pasukannya berjaya menarik pelaburan yang cukup tinggi untuk Pulau Pinang dan menjadikan mereka negeri ke-2 terbaik bagi urus tadbir di kalangan 13 negeri-negeri dalam negara ini. Dimana negeri yang mendapat tempat pertama adalah Selangor, satu lagi negeri Pakatan Rakyat.

"Untuk 3 tahun yang telah berlalu, kita masih di kedudukan yang ke-2 teratas dalam prestasi ekonomi dan pelaburan. Lihatlah 'bom' yang mereka campakkan kepada kami, dari isu 'azan' khutbah Jumaat, orang Kristian menjadi perdana menteri dan sebagainya... tetapi Rakyat sudah bijak menilai", kata ADUN PKR Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin.

Rakyat Derita

Sama ada Bn akan mendapat telur atau tidak akan bergantung kepada tindakan mereka terutama aksi-aksi mereka yang tidak bertamadun yang dilakukan oleh puak-puak Bn semasa ceramah dan semasa perhimpunan dengan perlindungan polis.

Rakyat juga memerhatikan kelakuan pemimpin-pemimpin mereka yang jelas mengkhianati rakyat sebagaimana kelakuan Perdana Menteri Najib Razak yang dilimpahi dengan kemewahan dan dalam masa yang sama membiarkan Rakyat menderita...

PANAS: Soi Lek pahat nisan di Batu Pahat... kahkahkah...

Posted: 18 Mar 2012 10:38 PM PDT

PKR mengalu-alukan Chua Soi Lek bertanding di Batu Pahat

Saya merujuk laporan-laporan media baru yang menyebut ura-ura UMNO memberi laluan kepada MCA yang akan menurunkan Dato' Seri Chua Soi Lek untuk bertanding di Parlimen Batu Pahat.

Saya menyambut baik perkembangan ini kerana KEADILAN Batu Pahat bersedia pada bila-bila masa untuk berdepan dengan mana-mana parti Barisan Nasional. Jika ini berlaku, ia mengesahkan keresahan pimpinan UMNO di Johor yang tidak yakin dapat memenangi hati pengundi pelbagai kaum di Batu Pahat. Walaupun ini tidaklah mengejutkan, tetapi ia melunturkan lagi kedudukan UMNO sebagai parti utama yang boleh menjadi tunjang kepada sebuah kerajaan persekutuan kerana ia ditolak oleh sebahagian besar pengundi bukan Melayu di Batu Pahat khususnya dan Malaysia secara amnya.

Tindakan MCA menurunkan Dato' Seri Chua Soi Lek di Batu Pahat akanmenguatkan lagi peluang KEADILAN dan Pakatan Rakyat merampas kerusi ini. Selain dari peristiwa mengaibkan melibatkan Dato' Seri Chua Soi Lek yang berlaku di Batu Pahat sendiri, sebahagian besar dari pengundi Cina di Batu Pahat terdiri dari pengundi muda yang tidak terpengaruh dengan rekod wakil rakyat Dato' Seri Chua Soi Lek di masa lalu. Mereka juga mengambil pendirian yang konsisten mengenai perlunya ada reformasi yang menyeluruh di dalam negara.

Keputusan persaingan dalam Pilihanraya Umum Ke-13 di Batu Pahat kelak akan ditentukan oleh pengundi muda berbilang bangsa. Jentera KEADILAN Batu Pahat yang sebahagian besarnya terdiri dari anak-anak muda di bawah 30 tahun menguatkan lagi semangat dan keyakinan KEADILAN bahawa peluang Pakatan Rakyat di Batu Pahat adalah baik; tidak kiralah calon atau parti Barisan Nasional mana yang bertanding.

SYED HAMID SYED ALI
Ketua Cabang KEADILAN Batu Pahat
Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN

LAWAK: Jom tengok Ummi Hafilda nak berniaga apa...

Posted: 18 Mar 2012 08:12 PM PDT

Ummi Hafilda rancang ceramah setiap minggu


GEORGETOWN- Ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali, merancang untuk berceramah setiap minggu di seluruh negara bagi menjelaskan isu membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, ceramah itu akan diadakan secara berterusan sehingga pilihan raya umum ke-13 berlangsung.

"Saya akan menjelajah ke seluruh negara untuk berceramah, namun tumpuan akan diberikan kepada Pulau Pinang, Perak dan Kedah," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan ceramah di Kampung Pokok Asam, Jelutong, malam tadi.

Katanya, sambutan masyarakat terhadap ceramah yang diadakannya setakat ini juga amat menggalakkan kerana semakin ramai yang ingin mendengar kebenaran.

Terdahulu, dalam ceramah selama dua jam yang dihadiri kira-kira 100 penduduk, Ummi Hafilda, meminta orang Melayu bersatu dan tidak terpedaya dengan dakyah pembangkang termasuk Anwar yang banyak memutarbelitkan fakta.

Beliau turut meminta abangnya Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat agar kembali ke pangkuan ibu mereka yang semakin uzur.

- BERNAMA

BONGKAR!! Taktik UMNO pecahkan Pakatan...

Posted: 18 Mar 2012 03:00 PM PDT

'Blogger UMNO' Dapat Puluhan Ribu RM Untuk 'Menyerang Anwar'

Sungguh mengejutkan apabila PDO dilaporkan ada Blogger UMNO mendapat imbuhan lumayan mencecah puluhan ribu ringgit bagi tujuan menyerang Anwar Ibrahim, memainkan isu agama dan perkauman. Inilah hakikat yang berlaku mutakhir ini. Malah lebih mengejutkan blogger-blogger terbabit juga dapat "aksess" maklumat dari mana-mana agensi kerajaan termasuk juga pihak polis dengan mudah sekali. Justeru, tidak hairanlah dalam beberapa kes kita melihat kenapa mereka begitu cepat mendapat sesuatu berita, walhal ia belum lagi dihebahkan kepada umum oleh media arus perdana itu sendiri.

Inilah yang berlaku dalam isu "kontroversi video seks" yang dikatakan melibatkan Anwar baru-baru ini. Video asal dipercayai telah diserahkan oleh "Trio Datuk T" kepada pihak polis, anehnya ada blogger UMNO yang boleh menaik turun video terbabit ke internet (Youtube). Begitu juga dalam kes Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamad yang mati meninggal dunia ketika Himpunan Bersih 2.0. Keluarga Allahyarham dikatakan terpaksa membuat laporan kepada SPRM kerana dakwaan beliau mempunyai seorang perempuan simpanan. Malah mengejutkan Blogger UMNO yang membuat kontroversi tersebut turut melibatkan bahan bukti yang didakwanya diambil daripada siasatan badan itu ke atas kes Allahyarham. Apa yang menimbulkan persoalan adalah bagaimana gambar berkenaan dapat terlepas ke blog berkenaan. Kenapa gambar dalam telefon bimbit arwah dapat kepada blogger terbabit (Papagomo)?. Semua ini menunjukkan mereka memang mempunyai akses dengan jabatan terbabit dan ini membimbangkan rakyat Malaysia sebenarnya. Terdapat bukti, pihak polis bekerja sama dengan blogger-blogger UMNO bagi tujuan menyerang Pakatan Rakyat. Senario ini cukup membimbangkan sebenarnya. Terdapat dakwaan dan bukti blogger berkenaan ditaja dan mendapat kerjasama daripada pihak yang sepatutnya berkecuali dalam menjaga keselamatan negara (Polis Di Raja Malaysia) itu sendiri.

UMNO Melabur Ratusan Ribu Ringgit Beli Blogger

Pelaburan yang dilakukan oleh UMNO melalui Unit Media Baru (UMB) yang dipimpin oleh Exco Pemudanya iaitu Tun Faisal Ismail Aziz (foto) didapati meningkat dengan berganda sejak dua tahun lalu. Pada awalnya penubuhan UMB ini disokong oleh otai-otai blogger UMNO tetapi disebabkan UMB ini dilihat sebagai kerja fisabilillah atau kurang 'masyuk' berbanding berkhidmat kepada tuan tertentu, ramai otai blogger yang telah meninggalkan UMB. Blogger otai UMNO pula terdiri daripada blogger berkhidmat dengan ikhlas da nada yang berkhidmat kerana kertas berkepala Agong (Ringgit Malaysia). Yang pasti majoriti blogger elitis ini menolak Khairy Jamaludin, Ketua Pemuda UMNO yang masih lagi kekal di persada politik UMNO walaupun blogger elitis ini telah mendakwa merekalah yang berjaya menyingkirkan Pak Lah dengan mengkritik keras pentadbiran Pak Lah, mengkritik tindak tanduk 'budak tingkat empat' dan berkempen untuk menjatuhkan KJ semasa pemilihan Agung UMNO sebelum ini tetapi gagal. Blogger elitis ini lebih mudah berkerja dengan Jabatan Perdana Menteri (JPM) atau secara terus dengan tokoh-tokoh politik tertentu. Sumber-sumber kewangan diperolehi blogger UMNO mengikut keutamaan berikut ini:-

1) Sumbangan Daripada Tokoh Individu UMNO

Antara tokoh UMNO paling terkenal kerana kemurahan hati adalah Datuk Ahmad Maslan yang mempunyai akses terhadap kewangan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Rais Yatim menggunakan peruntukan Kementerian Komunikasi & Kebudayaan, Datuk Shafie Afdal, Dato Seri Nazri Aziz dan Datuk Saifuddin Abdullah. Selain tokoh UMNO, tokoh-tokoh korporat juga menggunakan perkhidmatan blogger bagi perkhidmatan 'pengurusan persepsi' demi menjatuhkan pihak lawan.

2) Peruntukan Jabatan Perdana Menteri (JPM)

Melalui peruntukan khas yang diuruskan oleh Datuk Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan UMNO serta peranan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri dan lain-lain pegawai. Peruntukan ini semakin bertambah setiap masa dan membimbangkan Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan (Bekas CEO TV3) yang mengetahui bahawa blogger-blogger meminta peruntukan ini makan kiri kanan atas bawah dan dari segi audit, sukar untuk mengira keberkesanan dan 'value for money' setiap artikel dan post dikeluarkan. Inilah yang ditakuti mereka.

3) Sumbangan Daripada GLC, Yayasan Dan NGO

Terdapat juga GLC di atas nasihat konsultan dan pengamal media melaburkan sejumlah wang yang amat besar untuk mengupah blogger. Tender ini kebiasaannya dilakukan secara tertutup. Sebagai contoh, pada bulan Januari Felda Global Ventures telah menjemput blogger-blogger untuk memberikan sebutharga dan profil masing-masing bagi tujuan memerangi persepsi bahawa penyenaraian Felda akan merugikan peneroka. Blogger Big Dog dan rakan-rakan di dalam gabungan The Mole dan MyKMU telah berjaya dipilih di dalam tender bernilai ratusan ribu ringgit tersebut. Pembayaran pula diuruskan melalui Yayasan Felda dan Komunikasi Korporat Felda Global Ventures.

4) Peruntukkan Daripada Unit Media Baru (UMB)

Kelemahan Tun Faisal sebagai Pengerusi UMB mendapatkan peruntukan daripada parti disebabkan nama Tun Faisal sendiri telah diburukkan di kalangan Blogger Elitis yang menganggap Tun Faisal sebagai exco pilihan Khairy Jamaluddin (KJ). Selain itu, blogger menyokong Tun Faisal dianggap blogger 'nyamuk' dan 'tiada kelas' dan turut dihentam oleh Blogger Elitis ini seperti dialami oleh blogger umno-reform dan pirates of putrajaya. Dijangkakan walaupun bertukar pengerusi, Unit Media Baru (UMB) UMNO akan terus lemah kerana Blogger Elitis lebih suka berurusan dengan individu dan masing-masing mempunyai blogger baru dibawahnya dan sedia berkhidmat untuk sekeping dua not RM50. Blogger-blogger UMB lebih dihormati lawan di dalam Pakatan Rakyat (PR) kerana cuba mengelak menggunakan kata-kata kesat dan Tun Faisal sendiri sanggup duduk semeja dengan Hishammudin Rais bagi membincangkan peranan dan etika blogger.

Dua Kumpulan Blogger Dapat Habuan Lumayan

Sepertimana tuan-tuannya di dalam UMNO, majoriti blogger UMNO gemar memainkan isu peribadi seperti seks, perkauman dan agama. Sebelum itu, kita kenali dahulu sedikit sebanyak blogger Elitis UMNO dan kecenderungan mereka. Bagi Blogger Elitis Penyerang Individu mereka biasanta berpendapatan melebihi RM25,000 sebulan dengan sekurang-kurangnya empat individu penaja dengan setiap individu memberikan tidak kurang RM2,000 sebulan. Mereka juga diminta berdaftar dengan Jabatan Perdana Menteri dan mempunyai akses sulit kepada laporan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Special Branch (SB) dan perisikan tentera yang dipermudahkan oleh individu berprofil tinggi yang menaja. Berkecenderungan memilih subjek Anwar Ibrahim dan serangan peribadi menggunakan isu perkauman dan Islam. Mereka juga jarang mengambil assignment melibatkan korporat kecuali melalui rujukan rakan dan wang tersebut telah tersedia. Antara blogger terbabit ialah Papagomo, Parpukari dan Gelombang Wangsa Maju.

Dua Blogger Pencacai UMNO yang dipercayai turut mendapat tajaan yang cukup lumayan iaitu seperti Si Papa Gomo (kiri) dan Si Parpukari (kanan)

Sementara itu bagi Blogger Elitis Penyerang Berkumpulan pula mereka juga berpendapatan melebihi RM25,000 sebulan secara individu dengan sekurang-kurangnya dua individu penaja menyumbang RM3,000 sebulan dan mengambil sekurang-kurangnya dua assignment korporat dan politik berkumpulan sebanyak RM250,000 setiap satu. Mereja juga berdaftar dengan Jabatan Perdana Menteri dan mempunyai akses kepada korporat dan pemain media utama seperti Utusan Malaysia, New Strait Times, TV3, Malay Mail dan sebagainya. Mereka lebih gemar mengambil tugasan berkaitan korporat dan politik yang menguntungkan individu atau kumpulan tertentu dalam UMNO. Kumpulan ini juga demi keuntungan sanggup menghadap musuh untuk mengadakan kerjasama atau menjual software. Sebagai contoh, blogger big dog pernah bekerjasama dengan blogger Jeff Ooi dari DAP untuk menjual software kepada Kerajaan Pulau Pinang (Lim Guan Eng) dan blogger Rockybru atau Datuk Ahiruddin Atan bekerjasama dengan Malaysiakini untuk berkongsi maklumat. Antara kumpulan yang dikenalpasti adalah pakatan blogger BlogHouse Malaysia, pakatan The Mole, pakatan MyKMU, pakatan IsuPolitikSemasa dan pakatan Gelombang Wangsa Maju. Di antara pakatan ini, yang paling kaya adalah pakatan BlogHouse Malaysia dan The Mole yang berjaya mendapatkan jutaan ringgit assignment setiap bulan. Adakalanya Blogger Elitis Individu berasa bengang dengan kumpulan ini yang sanggup serang mana-mana individu UMNO atau tokoh korporat kerana upah yang lumayan. Selain itu, teknik mereka adalah untuk menyerang terlebih dahulu individu atau korporat tertentu dan kemudian datang kepada individu meminta wang jika tidak mahu dibongkarkan atau mahu perbetulkan persepsi orang ramai. Kumpulan ini juga anggap diri mereka terlalu otai, suka berada dikalangan individu berpengaruh sahaja, tidak turun padang dan tidak gemar bergaul dengan blogger-blogger nyamuk.

Blog suarapakatanrakyat dipercayai ciptaan blogger UMNO Elitis untuk kelirukan rakyat kononnya mereka bebas dan berkecuali

Begitulah sedikit sebanyak cerita tentang warna-warni blogger UMNO elitis yang siang malam bertungkus lumus menyembah Ringgit Malaysia. Sedikit peringatan kepada blog-blog PR, www.suarapakatanrakyat.com adalah ciptaan blogger UMNO Elitis yang diselenggarakan oleh anak-anak buahnya. Taktiknya mudah, menyiarkan berita ala portal news berkaitan Pakatan Rakyat dan akhirnya akan memberikan pandangan yang melaga-lagakan individu dalam PR khasnya PKR dan Anwar Ibrahim.

Melihat gambar Anwar Ibrahim yang diberikan tulisan "Manusia Paling Suci" oleh blog ini sudah menggambarkan betapa antinya pemilik blog ini kepada Anwar Ibrahim. Selama ini blog terbabit cuma digunakan oleh blogger UMNO Elitis untuk menunjukkan blog PR juga membelasah PKR tetapi penulis terkejut apabila portal Tranungkite menyiarkan berita dipetik daripada blog itu berkenaan Rafizi Ramli kurang ajar dengan Anwar Ibrahim. Setahu penulis, portal Tranungkite dipunyai oleh Pas Kawasan Dungun dan turut mempunya ribuan link dengan blogger PR lain.

Semoga blog-blog PR lebih berhati-hati dengan blog seperti ini dan mengambil iktibar daripada kejadian ini. Tahniah kepada Kickdefella yang telah bernaung dengan pakatan The Mole. Tidak adakah pemimpin Pakatan Rakyat (PR) nak kemukakan soalan berapa jumlah peruntukan Jabatan Perdana Menteri atau Felda Global Venture kepada blogger bagi menerangkan isu Felda dan lain-lain?.

Nantikan pendedahan seterusnya.

3 rakan dihukum gantung... (Gengstar kot...)

Posted: 18 Mar 2012 12:00 PM PDT

Ni pulak suspek yang bunuh Dirang... camana la pulak nasib depa yerk...

3 rakan dihukum gantung sampai mati kerana membunuh

ALOR SETAR: Tiga sahabat dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, selepas didapati bersalah membunuh seorang lelaki empat tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Zakiah Kassim menjatuhkan hukuman itu terhadap Choh Yen Leng, 24, Ooi Chee Weei, 25, dan Lim Shu Kiat, 23, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan.

Mereka didakwa sebagai anggota satu perhimpunan haram mendatangkan kecederaan dan seorang atau lebih daripada mereka membunuh Tang Wei Yune, 39, di belakang Restoran Yeong Hua, Simpang Kuala dekat sini pada 27 November 2008 kira-kira jam 11.30 malam.

Kesemua mereka didakwa mengikut seksyen 149 Kanun keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 302 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Choh diwakili peguam S P Raman manakala Ooi diwakili peguam RSN Rayer dan Lim diwakili W K H Ong. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Nor Hasnita Wan Daud. - BERNAMA

Tiada ulasan: