Isnin, 19 Mac 2012

Addin

Addin


Kadir Sheikh Fadzir Keluar Umno, Tengku Razaleigh Bakal Menyusul?

Posted: 19 Mar 2012 03:00 PM PDT

Pemimpin veteran Umno yang juga bekas menteri kabinet, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini mengisytiharkan keputusannya untuk meninggalkan parti itu. "Pada hari ini saya telah pun mengirim surat kepada Setiausaha Agong Umno Malaysia untuk meletakkan jawatan selaku ahli Umno Malaysia mulai hari ini," katanya dalam satu kenyataan media ringkas.

Abdul Kadir walau bagaimanapun tidak menjelaskan mengapa beliau berbuat demikian. Pemimpin berusia 73 tahun itu menjadi ahli Umno dan memegang jawatan dalam parti berkenaan sejak tahun 1956 sehingga sekarang - selama 56 tahun.

Beliau pernah menjadi exco pemuda Umno selama 10 tahun dan ahli majlis tertinggi Umno selama 24 tahun di samping jawatan-jawatan lain seperti ketua pemuda Umno negeri Kedah dan sebagainya.

Beliau juga menjadi ahli pentadbiran kerajaan Malaysia sekitar 30 tahun, selaku setiausaha politik, setiausaha parlimen, timbalan menteri dan menteri. Antara kementerian yang pernah diterajuinya termasuk kementerian penerangan dan pelancongan.

Selepas ini mungkinkah Presiden AMANAH, Tengku Razaleigh Hamzah pula akan keluar Umno? Kalau timbalannya telah keluar Umno kemungkinan besar, Presidennya akan keluar Umno. ~mutaligat


Pemuda Umno Mengamuk Sakan

Posted: 19 Mar 2012 09:18 AM PDT

Gambar Hiasan
Pemuda UMNO Bahagian Merbok hari ini membuat laporan polis berhubung 14 bendera Barisan Nasional (BN) dan enam bendera UMNO di jalan masuk ke Taman Malinja, Merbok di sini dibakar dipercayai perbuatan penyokong Parti Pembangkang. Kejadian itu dipercayai berlaku malam tadi.

Penyelaras Parlimen yang juga ketua UMNO bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Merbok Anuar Ahmad membuat Laporan itu di Balai Polis Merbok.

Beliau yakin perbuatan itu mungkin dilakukan penyokong Parti Pembangkang yang menghadiri ceramah politik di taman perumahan itu.

Addin :

Tanpa prejudis.. siapalah agaknya yang otak singkat bakar bendera nih?..hi..hi..hi..

Tuan Guru Nik Aziz Tempelak Umno

Posted: 19 Mar 2012 04:06 AM PDT

Susulan kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pensyarah Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan UIAM seperti yang disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian hari ini Isnin 19 Mac 2012 di halaman N4 yang bertajuk Presiden PAS Kelirukan Umat Islam, saya ingin membuat sedikit penjelasan lanjut.

Selain itu sukalah saya turut merujuk kepada kenyataan beberapa orang pimpinan UMNO yang menyatakan bahawa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima dana daripada Yahudi.

Yahudi tidak meminta untuk menjadi Yahudi, sebagaimana Melayu tidak meminta untuk dilahirkan sebagai Melayu.

Jutseru, sedari dulu lagi saya sentiasa konsisten untuk menyatakan bahawa bangsa tidak ada apa-apa kelebihan dan kekurangan di sisi Allah SWT.

Nilai yang melebihkan manusia ke atas manusia yang lain ialah imannya kepada Allah SWT. Menjulang keris ke langit menjerit ketuanan bangsa tidak akan membantu apa-apa ke arah keharmonian hidup antara kaum.

Bolehkah berurusniaga dengan Yahudi? Perlulah diingat bahawa ada beza antara Yahudi dengan Zionis.
Yahudi sebagai seorang individu dan manusia tidak mempunyai apa-apa beban kesalahan yang dipikul di atas bahunya hanya semata-mata dirinya seorang Yahudi.

Bahkan Rasulullah SAW sendiri berurusan dengan Yahudi. Di dalam hadis sahih Bukhari dinukilkan kata-kata daripada Ummul Mukminin Aisyah Radhiallahuanha :

تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَدِرْعُهُ مَرْهُونَةٌ عِنْدَ يَهُودِيٍّ بِثَلَاثِينَ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ

yang bermaksud : "Telah wafat Rasulullah SAW dalam keadaan baju besinya tergadai kepada seorang Yahudi dengan (nilaian) 30 sho' gandum..."

Di dalam hadis ini, jelas sekali dinyatakan bahawa Rasulullah SAW sendiri pernah menggadaikan baju besinya kepada seorang Yahudi untuk mendapatkan 30 sho' (ukuran berat di zaman tersebut) gandum untuk keperluan harian baginda dan keluarga.

Jika berurusniaga dengan bangsa Yahudi itu salah, sudah tentu ia tidak dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW.

Contoh yang lebih untuk difahami ialah jika datangnya seorang Yahudi untuk membeli atau menjual sesuatu, adakah urusniaga tidak boleh dilakukan semata-mata kerana beliau seorang Yahudi?

Jika ada yang menyatakan haram, tidak ada sebab lain melainkan hanyalah kerana kejahilan tentang Islam.

Adapun yang ditentang oleh PAS ialah melakukan urusniaga dengan kerajaan zionis yang tertegak pada hari ini di atas tanah yang dirampas daripada bangsa Palestin.

Berurusniaga dengan kerajaan zionis Israel ertinya mengiktiraf kewujudan mereka dan mengiktiraf kewujudan Israel merupakan satu jenayah yang tidak boleh dimaafkan.

Menjadi rakan dagang negara Israel juga termasuk dalam berurusniaga dengan entiti haram Israel.
Hairannya, ada sesetengah pihak nampaknya cuba menjadi juara menentang Israel tetapi dalam masa yang sama menjalinkan hubungan dagang dengan negara Israel.

Saya ingin merujuk kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli Parlimen Kuala Krai, YB Dr. Mohd Hatta bin Mohd Ramli di Dewan Rakyat pada 13 Mac 2012 yang meminta Menteri Kewangan menyatakan bagaimana barangan dari Israel dikatakan boleh berada di dalam pasaran Malaysia.

Agak mengejutkan apabila jawapan diberikan bahawa:

".... larangan mutlak ke atas pengimportan barangan dari Israel yang diletakkan di Jadual Pertama Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) telah dipinda ke Larangan Bersyarat di bawah Jadual Kedua Perintah yang sama pada 26 Mei 1994. Selaras dengan ini barangan yang diimport dari Israel kini dibenarkan tertakluk kepada Lesen Import dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri..."

Tidakkah ini merupakan bukti cerah seterang matahari di siang hari tentang hubungan dagang dengan Israel? Hairan saya, tidak malukah akhbar milik UMNO memainkan isu ini sedangkan jawapan rasmi di dalam Dewan Rakyat menjelaskan keterlibatan hubungan dagang Malaysia - Israel?

Hakikatnya, menerima akidah Yahudi lebih bahaya daripada menerima wang dari Yahudi. Apakah yang dimaksudkan dengan akidah Yahudi?

Ia adalah menolak sebahagian ayat-ayat Allah SWT dan hanya menerima apa yang selari dengan hawa nafsu mereka.

Demikian juga dengan mereka yang mengaku muslim tetapi menolak Islam sebagai cara hidup dan menerima ideologi kebangsaan sekular untuk menjadi pegangan.
Bukankah ikrar seringkali dilafazkan di dalam solat bahawa kita memohon dijauhkan terjebak dengan jalan orang-orang yang dimurkai Allah SWT, dan golongan itu ialah Yahudi. Firman Allah SWT :

اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ (6) صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ (7)

yang bermaksud : "Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat..." - Surah al-Fatihah, ayat 6-7

Muslim yang menolak sebahagian ayat-ayat Allah dan menerima ideologi kebangsaan sekular hakikatnya sedang menerima akidah Yahudi sekalipun nama mereka bukan Yahudi. Ini lebih merbahaya. Akidah inilah yang paling penting.

Rasulullah SAW tidak diutuskan hanya untuk mengajar tentang solat dan puasa. Bahkan di dalam sejarah, solat lima waktu hanya difardhukan pada tahun ke-10 kenabian manakala puasa pula pada tahun ke-15 kenabian (tahun kedua hijrah).

Apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sebelum pensyariatan solat dan puasa jika tidak menegakkan akidah?

Hari ini dalam keadaan kemelut jenayah yang semakin meningkat sekalipun negara semakin 'selamat', tidak ada jalan lain untuk menjadi penyelesaian kecuali kembali kepada undang-undang Allah SWT.

Inilah yang PAS lakukan sepanjang 22 tahun mentadbir negeri Kelantan. Pertanyaan saya yang dari dulu hingga sekarang, apakah yang dilakukan oleh PAS di Kelantan yang bertentangan dengan Islam?

Adakah mengharamkan premis judi bertentangan dengan Islam? Adakah menghadkan penjualan arak bertentangan dengan Islam?

Adakah mengalihkan wang kerajaan dari perbankan riba kepada perbankan Islam bertentangan dengan Islam?

Adakah mentadbir negeri dengan bebas daripada rasuah bertentangan dengan Islam? Ini hanyalah beberapa persoalan daripada ribuan persoalan yang wujud apabila UMNO bersungguh-sungguh untuk merampas Kelantan.

Nasihat saya, tinggalkanlah akidah Yahudi. Baliklah kepada akidah Islam yang sebenar, Islam yang syumul dan lengkap yang diturunkan oleh ALlah SWT.

Jika andainya dijemput oleh Allah SWT, adakah dengan penerimaan terhadap Islam pada hari ini boleh menjadi bekal mengadap Allah SWT?

Salam hormat.

HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 26 Rabiul Akhir bersamaan 19 Mac 2012

Umno Bayar RM5,000 Kepada Dr. Hassan Ali Setiap Kali Berceramah?

Posted: 19 Mar 2012 03:40 AM PDT

Kerana Hassan Ali, Umno Larut Berbalah

Suatu perkara yang amat menarik perhatian penulis hari ini apabila dikhabarkan oleh salah seorang penyokong tegar umno di kawasan ini berhubung satu ribut kecil yang kini sedang melanda Umno Larut.

Semuanya bermula apabila terdapat pimpinan dan ahli-ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan pihak penganjur yang telah membuat bayaran sebanyak RM5000 kepada Dr Hassan Ali (DHA) untuk memberi ceramah kepada penduduk di Batu Kurau baru-baru ini.

Sudahlah pada hari ceramah tersebut rata-rata hadirin yang hadir seolah-olah merasa tertipu apabila Ustaz Kazim Ellias yang sebelum ini dikhabarkan akan berganding dengan DHA dalam ceramah itu dilihat tidak muncul2 sehinggalah program ceramah selesai.Jadi terpaksalah juga mereka yang hadir mendengar kelentong DHA selama 2 jam dari awal hinggalah ke akhir ceramah walaupun kebanyakan mereka dilihat langsung tidak berminat mendengarnya.

Penulis yang kebetulan berada di sana pada malam itu sempat juga mendengar rungutan daripada hadirin yang duduk di bawah pentas.Kebanyakan mereka dengan wajah hampa melahirkan rasa terkilan terhadap pihak penganjur apabila Ustaz Kazim kesayangan mereka tidak muncul-muncul di atas pentas..

Jadi jelaslah di sini bahawa,di antara ratusan yang hadir itu bukanlah kerana hendak mendengar ceramah DHA sangat pun.Kalau tidak kerana tertera nama Ustaz Kazim di banner dan poster yang diedarkan beberapa hari sebelum itu,nescaya ceramah DHA di Batu Kurau pada malam tersebut akan mengalami nasib yang sama seperti ceramahnya di Kampung Melayu Subang sebelum ini.Hanya deretan kerusi kosong yang akan menjadi pendengar setia.Haha.

Bebalik kepada tajuk asal.RM5000 untuk satu sesi ceramah.Biar betul? Kalau 40 buah ceramah DHA minta wang sebanyak itu bermakna jumlahnya dah mencecah RM200 000.Ini yang membuatkan Umno Larut berbalah kerana penulis difahamkan Ustaz Kazim Ellias kesayangan mereka pun tidak pernah mendapat bayaran sebanyak itu hanya untuk satu sesi ceramah.Haha padan muka hampa!!

Di kesempatan ini,penulis ingin membuat satu cabaran kepada UmnGok agar dianjurkan sekali lagi ceramah DHA di Batu Kurau tapi kali ini penulis minta supaya jangan ditulis nama Ustaz Kazim sebagai penceramah bersama dalam poster dan banner macam yg dibuat sebelum ni..

Cukup sekadar DHA seorang sahaja,bukan apa,kita nak lihat berapa orang pula yang akan hadir mendengar kelentong si parasit macam dia..

Sumber

Dalam Diam Najib Sabotaj Rancangan Muhyiddin

Posted: 18 Mar 2012 11:07 PM PDT

Akhirnya Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil mengambil keputusan meletak jawatan selepas hampir lima bulan bergelumang dengan skandal penyelewengan NFC yang dikaitkan dengan suami beliau.

Namun Shahrizat masih mempertahankan kedudukan beliau sebagai Ketua Wanita Umno. Beliau sedar kedudukan beliau sukar ditandingi atau dicabar oleh timbalan maupun para exco wanita. Walhal skandal yang membabitkan suami Shahrizat tersebut boleh digunakan untuk menyingkirkan beliau sekiranya ada calon wibawa yang mampu mencabar Shahrizat.

Shahrizat pula menyedari kekuatan beliau dalam sayap wanita itu. Malah bukan sekadar tuan empunya diri yang sedar akan kekuatan yang dimiliki beliau malah seluruh anggota Umno pun tahu.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak pun tahu dan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin pun sedia maklum. Maka tidak hairanlah Shahrizat dan sayap wanita itu menjadi pertaruhan untuk memastikan kemenangan dalam setiap pemilihan yang di adakan.

Najib bertindak memberikan jawatan menteri kepada Shahrizat melalui laluan Senator setelah tewas kepada anak Anwar Ibrahim, Nurul Izzah di Lembah Pantai.

Muhyiddin adalah antara orang yang lebih kehadapan melihat potensi Shahrizat berbanding Najib. Atau dalam lain perkataan, bacaan politik Muhyiddin lebih tajam berbanding Najib.

Ini disebabkan dunia politik Najib banyak bergantung kepada populariti bapa beliau, Tun Abdul Razak. Beliau datang dari keluarga bangsawan yang tidak memahami pahit jerit rakyat bawahan.

Najib juga banyak menumpang dari kekuatan orang lain termasuk dari Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk naik ke pentas politik. Begitu juga sikap 'palaysafe' beliau yang hanya mencuri peluang serta cuba mengelak dari sebarang risiko menjadikan beliau di lihat bersih.

Lantaran itulah setelah dilantik menjadi pemimpin tertinggi negara, beliau terpaksa menggunakan penasihat Yahudi, APCO bagi membantu pentadbiran beliau walaupun terpaksa membayar RM77 juta setahun.Ini disebabkan beliau tidak mempunyai idea serta takut berhadapan risiko.

Berbeza dengan Muhyiddin yang lahir dalam keluarga yang ada siasah agama dan ulama. Ahli Parlimen Pagoh tersebut telah di uji dengan pelbagai pengalaman dan gelumang tendang terajang politik dari bawah.

Usaha singkirkan Najib

Ketika Tun Abdullah dilantik menjadi Perdana Menteri pada 2003, beliau mengambil masa selama empat bulan untuk melantik timbalan beliau.

Dari dua calon, Najib dan Muhyiddin, akhirnya Najib di pilih walaupun Abdullah mahukan Muhyiddin. Pemilihan Najib disebabkan pelbagai faktor. Selain tekanan termasuk dari bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dengan alasan 'status quo' dalam Umno, Abdullah juga banyak menerima tekanan dari orang-orang Najib yang banyak menguasai kontrak-kontrak kerajaan sejak zaman Dr Mahathir lagi.

Sebagai pemimpin tertinggi negara, Abdullah cuba meredakan keadaan dan melantik Najib sebagai Timbalannya disebabkan Pilihanraya Umum ke-11 (PRU 11 )akan di adakan.

Selepas mencapai kemenangan besar dalam PRU11, Abdullah meletak Muhyiddin sebagai Menteri Pertanian. Posisi Menteri Pertanian dilihat sebagai kementerian yang bukan dianggap 'glamor' dan berprestaj. Namun Abdullah melihat dari sudut yang berbeza.

Kementerian Pertanian yang di ketuai Muhyiddin telah di naiktaraf oleh Abdullah menjadi Kementerian Pertanian, Industri dan Asas Tani. Abdullah juga menjadikan motto pertanian sebagai sebuah Industri yang komersil dan bukannya hanya keperluan untuk cukup makan.

Justeru Abdullah telah memberikan peruntukan yang besar kepada kementerian dibawah Muhyiddin sesuai dengan kementerian yang diberi tugas untuk menjadikan sektor pertanian sebagai sebuah industri komersil.

Dengan peruntukan yang sebegitu besar bukan sahaja membolehkan beberapa projek mega baru dilaksanakan malah membolehkan lebih banyak peruntukkan diberikan kepada kumpulan sasaran di kementerian tersebut

Dalam masa yang sama ini akan membolehkan Muhyiddin mendekati ketua-ketua Umno Bahagian, cawangan serta para ahli Umno di semua peringkat yang terdiri dari para petani, pekebun, penternak, nelayan dan peladang di seluruh negara.

Harapan Abdullah dengan memberikan ruang dan peluang yang luas kepada Muhyiddin mendampingi akar umbi Umno akan membolehkan Ahli Parlimen Pagoh tersebut kekuatan sokongan untuk menandingi Najib dalam pemilihan nanti.

Keluarga Shahrizat di beri Projek RM250 juta

Di atas perkiraan lain, Abdullah dan Muhyiddin masih menaruh kesangsian terhadap sokongan wanita memandangkan kebanyakan ketua-ketua Bahagian, Ketua-Ketua Cawangan serta ahli akar umbi yang terlibat dalam kementerian dibawah Muhyiddin terdiri dari para pemuda dan veteran Umno lelaki.

Malah Abdullah dan Muhyiddin tidak bimbang dengan sokongan dari Pemuda Umno kerana menantu Abdullah, Khairy Jamaluddin menguasai sayap pemuda.

Bagi mendapatkan sokongan wanita secara pukal, suatu usaha perlu dilaksanakan. Malah Abdullah dan Muhyiddin sedia maklum akan kekuatan yang dimiliki oleh Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil.

Dalam pergerakan wanita pula amat mudah untuk di kuasai asalkan ketuanya dapat ditawan.Bak lembu yang dicucuk hidung, kemana tali di arah kesitulah si lembu akan terarah.

Sebagaimana kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat sebelum ini bahawa adalah mustahil Shahrizat tidak megetahui projek lembah daging Gemas bernilai RM250 juta yang diberikan kepada suami beliau, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail.

Sedangkan sebagai seorang menteri kabinet serta orang lama yang telah berada dalam kabinet dan politik adalah juga mustahil bagi Shahrizat tidak menyedari konflik kepentingan apabila projek tersebut diberikan kepada keluarga beliau.

Melainkan ada pihak yang memberi jaminan kepada beliau bahawa 'agenda sulit' tersebut tidak akan terbongkar selagi kuasa berada didalam tangan pihak yang menawarkan projek tersebut.

Atau Shahrizat dijanjikan 'imbuhan' yang lebih besar sekiranya matlamat menjatuhkan Najib tercapai.

Atau pun Shahrizat begitu yakin dengan 'strategi'yang dirancang sehingga lupa akan nasib yang akan menimpa beliau sekiranya agenda tersebut gagal atau dibongkar.
Dilema Najib

Sebagai orang lama dalam politik, mustahil juga Najib tidak dapat membaca agenda yang sedang di atur terhadap beliau. Beliau juga mungkin telah lama sedar sebagai pemimpin numbor satu, Abdullah akan melakukan 'check and ballence' terhadap timbalannya.

Malah mungkin juga agenda dan pakatan Abdullah-Muhyiddin juga telah lama disedari namun beliau berdiam diri dan mengunggu masa yang sesuai.

Najib juga bertindak menangguhkan pemilihan barisan baru dalam Umno yang seharusnya berlangsung tahun lalu ketika perhimpunan Agong Umno. Tindakan Najib tersebut mungkin disebabkan beliau telah menghidu pakatan muhyiddin.

Tindakan Ketua Audit Negara yang membongkar kelemahan projek Lembu Daging Gemas (NFC) ketika era Najib menjadi pemimpin tertinggi negara juga mengundang persepsi yang pelbagai.

Sebagaimana Abdullah dahulu yang terpaksa menerima Najib di saat menjelang PRU 11 lalu mungkin digunakan Najib sekarang bagi meredakan keadaan.

Demam PRU 13 yang sedang hangat bertiup memaksa Najib untuk tidak membuat 'perang terbuka' terhadap timbalannya maupun pada Shahrizat. Sebaliknya Najib cuba memperkuda kudrat dan pengaruh Muhyiddin untuk memastikan BN berkuasa selepas pilihanraya umum nanti.

Dalam keadaan serba terdesak Najib terpaksa mencari pelbagai helah dan 'flip-flop' untuk memperkatakan status Shahrizat dalam kabinet dan parti.

Najib juga terpaksa menanggung pelbagai tanggapan ahli-ahli Umno berhubung tindakan berdiam diri beliau. Malah Dr Mahathir turut menggesa Shahrizat meletak jawatan namun Najib tetap membisu.

Najib takut Shahrizat 'membalas dendam' sekiranya memaksa Shahrizat meletak jawatan disebabkan kekuatan Shahrizat dalam pergerakan wanita.

Apa yang pasti Shahrizat telah meletak jawatan sebagai anggota jamaah menteri Najib tetapi masih mahu mempertahankan jawatan sebagai ketua Wanita.

Shahrizat juga tahu sekiranya beliau masih menerajui pergerakan wanita selagi itulah Najib tidak berani 'menyentuh' beliau.

Najib pula tidak berapa pasti pendirian dan pegangan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang juga menantu Abdullah.

Walaupun baru 'disogok' dengan jawatan sebagai peneraju Permodalan Nasional Berhad (PNB) namun 'petroitisme' Khairy terhadap beliau masih tidak diuji. ~jalanpulang

Akhirnya Umno BN Akui Ada Hubungan Dagang Dengan Israel Zionis

Posted: 18 Mar 2012 07:38 PM PDT

KOTA BHARU - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, beliau akan memperjelaskan isu mengenai hubungan perdagangan dengan Israel pada sidang Parlimen dalam masa terdekat. Persidangan Dewan Rakyat yang bermula Isnin lalu akan disambung esok. Menurutnya, kerajaan tidak pernah menyembunyikan fakta bahawa negara ini mempunyai hubungan dagangan dengan Israel, namun sama sekali tidak mengiktiraf negara tersebut yang jelas menindas rakyat Palestin.

"Sebagai sebuah negara Islam, kita tidak iktiraf Israel kerana mereka menindas rakyat Palestin dari segi kepentingan hak rakyat, namun Kerajaan Pusat tidak pernah menyembunyikan yang kita ada jalankan perniagaan dengan mereka.

Kerana dalam perkembangan dunia hari ini amat sukar untuk mengasingkan perdagangan dengan negara luar termasuk Israel," katanya kepada pemberita selepas majlis seminar panel penasihat peringkat Kelantan di Politeknik Kota Bharu, hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Makhtar Mustafa serta Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Nordayanah Hassan.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menegaskan negara Islam boleh bekerjasama dengan Israel dari segi hubungan dagangan namun tidak menyokong kefahaman Zionis.

Abdul Hadi berkata, bangsa Yahudi pernah menjalankan hubungan perniagaan dengan Nabi Muhammad SAW ketika berada di Madinah. Sebelum ini Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengkritik Kerajaan Pusat menjalinkan hubungan dagang dengan Israel dan membenarkan pelabuhan negara disinggahi kapal Israel.


Mustapa yang juga Pengerusi Perhubungan Barisan Nasional Kelantan berkata, hubungan perdagangan dengan Israel melibatkan perniagaan yang dijalankan oleh syarikat-syarikat multinasional. ~harakahdaily

Addin :

Sebelum ini penafian berapi-rapi oleh Umno adalah pembohongan semata-mata. Umno berbohong kepada seluruh rakyat Malaysia.

Ini Petanda Najib Bakal Tumbang Di Parlimen Pekan PRU 13 Nanti

Posted: 18 Mar 2012 04:56 PM PDT

Pekan, sebuah pekan di negeri pahang merupakan kubu kuat tempat berkubangnya Perdana Menteri negara kita dan kita perlu ingat jawatan PM bukanlah jawatan tetap sampai mati dan juga jawatan itu bukan kah mutlak Umno saja atau BN. Bab ni ramai orang Umno yang pekak badak dan masih tak paham-paham.

Sebab itu depa masih dok panggil negeri Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan sebagai negeri pembangkang. Depa tak reti-reti lagi yang depa tulah pembangkang di negeri-negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Aku tak tau bila puak Umno bebal tu akan mengerti, harap-harap lepas depa kalah liau-liau di 9 buah negeri pada PRU-13 ni depa akan sedar.


Sebab apa aku kata pada PRU-13 nanti BN akan kalah liau-liau di 9 buah negeri adalah di sebabkan aku dapat maklumat rahsia dari sumber risikan berpusat di Jabatan Perdana Menteri. Laporan terkini yang risik bentangkan pada Najib adalah BN tak boleh kuasai 9 buah negeri. Selain dari itu mungkin depa boleh menang selesa.

Aku macam seram sejuk susah nak caya jugak dengan laporan itu tapi nalusi aku rasa mahu percaya dan memang aku mahu benda tu jadi betul. Tapi selepas aku baca cerita Sakmongkol Si Tomoi Siam yang belah dari Umno cabut masuk DAP kat sini, aku dah nak mula percaya.

Kalau kat Pekan tempat kubang masam Najib tu orang najib tak boleh isi penuh walaupun 100 kerusi, macam mana nak kata rating Najib dah naik semula sampai 69%. Atau sebenarnya memang betoi Najib naik tetapi Umno dah merudum ke lantai. Dalam malam yang sama bersebelahan dengan tempat ceramah Umno tu ada ceramah anjuran Pas yang penceramahnya adalah Sakmongkol, orang mai berduyun sampai makan perenggan.

Sah aku percaya dah yang BN memang akan kalah teruk PRU-13 nanti... ~utusanmeloya


Tiada ulasan: