shalehudin |
- Ni saja cara nak kalahkan Pakatan Rakyat...
- Makin berkembang la rambut Rosmah... kahkahkah...
- Jangan pandang belakang... redah ja...
- Nah amik ko...
- Jom kita pakat2 tibai si bodoh ni pulak... kahkahkah...
- TERHOT!!! Ni la bukti kuasa Rakyat...
- Ni memang hobi masa lapang bangsa UMNO...
- Bodoh... bodoh... bodoh... haha...
- Projek membeli kembali hati rakyat johor...
- Tol jambatan Pulau Pinang dihapuskan...
- UMNO tak pernah ajaq dia Islam...
Ni saja cara nak kalahkan Pakatan Rakyat... Posted: 11 Mar 2012 11:00 AM PDT PRU13: 200,000 pemilih dimasukkan secara senyap Harakahdaily, KUALA LUMPUR, 11 Mac: Dewan Muslimat PAS Pusat mendesak kerajaan agar memastikan Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang benar-benar adil dan telus. Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, apa yang diragui kini adalah sejumlah 200,000 senarai pemilih yang dakwanya dimasukkan secara senyap-senyap yang terdiri dari pada warga asing. "Ini meragukan kita, inilah dikatakan ancaman kepada ketulusan yang dijanjikan itu. Ada parlimen peningkatan pengundi lebih 30 peratus, ini pertambahan luar biasa. | ||
Makin berkembang la rambut Rosmah... kahkahkah... Posted: 11 Mar 2012 09:00 AM PDT Bisnes semakin berkembang: Deepak, rakan Rosmah kembali dgn perjanjian RM1.5bil Bila ia melibatkan wang besar, Wanita Pertama Malaysia, Rosmah Mansor yang terkenal dengan kepandaiannya dalam berniaga tidak pula merasa segan silu untuk berdiri di hadapan barisan dan sesiapa yang tidak memberikan laluan padanya akan merima padah. Dengan kesungguhannya, tidak hairanlah protégénya, Deepak Jaikishan telah kembali dengan lebih banyak lagi habuan iaitu sejumlah RM 1.5 bilion dalam perniagaan minyak dan gas yang mengejutkan pasaran saham terutamanya bagi saham kompeni kecil ia bagaikan mati hidup semula. Deepak merancang untuk meletakkan modal ini dalam Envair Holdings, Bhd, sebuah fima yang sedang nazak yang sememangnya perlukan suntikan baru. Bagaimana Envair, sebuah syarikat kecil yang menghasilkan penapis udara dan air, boleh menjadi sebuah firma yang bersaing dalam industri lumayan minyak dan gas sangat menghairankan. Industri minyak dan gas Malaysia secara amnya didominasi oleh firma nasional, Petronas dan unit-unitnya. Turut menerima habuan adalah syarikat-syarikat perkhidmatan seperti Scomi dan Kencana-Crest-Sapura, yang mendapat hasil dari kontrak Petronas. Tidak hairanlah apabila kedua-dua syarikat ini milik anak-anak bekas-bekas PM kita, Abdullah Badawi dan Mahathir Mohamad. Sektor bisnes ada lebih aksi, namun pertukaran kerajaan dijangka berlaku Secara amnya, bisnes di Malaysia selalunya ada hubung kait dengan politik. Sekarang, apabila negara berkemungkinan bertukar kerajaan, sektor bisnes menjadi lubuk wang dimana ada banyak urusan yang menjadi tanda tanya dan meragukan. Terbaru adalah kontrak konsesi tol selama 60 tahun untuk Ekpresway pantai barat iaitu Lebuhraya Kidex, pembelian aset lama Ananda Krisnan yang menelan belanja sebanyak RM8.5 bil juga mengemparkan ramai. "Ini adalah kesempatan yang terakhir bagi ahli politik Umno-BN untuk mendapatkan urusniaga. Ia bukanlah untuk menyediakan wang bagi pilihanraya yang akan datang, sebab berbilion ringgit sudah pun disimpan untuk itu. Ini lebih bersifat peribadi dan untuk perjanjian ini direalisasikan, bergantung jika BN masih memegang kuasa," seorang penganalisa di fima broker yang mahukan identitnya dirahsiakan memberitahu Malaysia Chronicle. Ketua pembangakang Anwar Ibrahin dari Pakatan Rakyat dilihat mempunyai peluang yang cerah untuk mengalahkan Umno-BN yang diketuai oleh suami Rosmah, PM Najib Razak. Ternyata, ada beberapa percubaan yang gelabah termasuk Najib yang menarik balik keputusannya untuk mengadakan debat bersejarah dengan Anwar, untuk mengalihkan perhatian daripada sektor bisnes, dimana beberapa perjajian dibuat dengan cepat hampir pada purata satu untuk seminggu. Pusingan U besar Dalam percubaan menyelamat Envair baru-baru ini, Business Times melaporkan Deepak mempunyai sebanyak 12.4 peratus daripada saham firma melalui perjanjian luar semenjak dua minggu yang lalu. Dia juga telah menyandang jawatan pengarah urusan kompeni itu. Deepak juga berkata, dia dan parti yang menyebelahinya cuba untuk mendapatkan keseluruhan 30 peratus yang telah dihalang oleh pengarah-pengarah lama Envair. Ini merupakan pusingan balik terbesar Deepak semenjak dia menjual semua asetnya dalam Envair pada bulan Disember. Dia juga telah mendermakan keuntungannya kepada kebajikan walaupun spekulasi bahawa Mahathir yang juga penasihat Petronas telah membantah penglibatan Najib dalam industri minyak dan gas, dimana anaknya sendiri Mokhzani mempunyai pengaruh dan juga pernah berhadapan tuduhan konflik kepentingan. Deepak dan sekutunya dijangka menyalurkan wang itu ke dalam projek minyak dan gas yang bernilai USD500 juta (RM1.51 bilion) ke dalam Envair. Projek itu dipercayai bertempat di Eropah Timur, dan lembaga Envair dijangka mengumumkan pertukaran nama bagi syarikat itu kepada Raya Energy Bhd tidak lama lagi. Kaitan yang kontroversi Sering menafikan dirinya sebagai 'budak suruhan' Rosmah, pertama kali Deepak menjadi tajuk akhbar adalah apabila dia dituduh menyogok penyiasat persendirian P Balasubramaniam supaya mengubah kandungan mengemparkan akuan bersumpahnya yang mengaitkan kedua-dua Najib dan Rosmah dalam kes pembunuhan Altantuya Shaaribuu pada tahun 2006. Deppak berasal dari keluarga peniaga kelas pertengahan yang memiliki kedai permaidani di Kuala Lumpur. Bagaimana dia boleh menempatkan dirinya ke dalam perniagaan yang besar di sektor yang selalunya dikhaskan untuk perdana menteri dan anak-anak mereka pasti memperkuatkan spekulasi tentang pihak Najib dan Altantuya, yang telah dibunuh oleh dua pengawal peribadi bekas pasangan pertama Malaysia itu. Kedua-dua lelaki ini masih berhadapan hukuman mati dan rayuan mereka ditangguh sejak April 2009. Mereka tetap dijatuhi hukuman gantung walaupun salah seorang daripada mereka telah mendakwa dia dibayar untuk membunuh Altantuya. Makamah Malaysia enggan membenarkan peguam pembela menyiasat dakwaan ini, mendorong pegawai kedutaan AS (seperti yang didedahkan dalam Wikileaks) untuk mempersoalkan kualiti keadilan yang diberikan kepada dua lelaki ini di mahkamah dalam bida untuk menutup mereka menjadi dalang kepada kes ini. Terlalu banyak kebetulan yang menghubungkan Altanutya kepada pihak Najib. Dia merupakan perempuan simpanan rakan karib PM, Razak Baginda yang telah membantu Baginda mementerai pembelian 2 kapal selam Scorpene yang dimahukan oleh Najib semasa dia menjadi Menteri Pertahanan pada tahun 2002. Empat tahun kemudian, dia datang ke Malaysia untuk menuntut bahagian sogokan RM570million yang didakwa dibayar oleh pembuat senjata DCN Perancis kepada Najib supaya bersetuju membeli kapal selam dari mereka. Tetapi dia akhirnya dibunuh, dan sehingga kini pihak berkuasa Imigresen tidak dapat menjelaskan mengapa mereka tidak mempunyai rekod kemasukan Altantuya ke negara ini dan ada yang mendakwa pihak berkuasa itu telah diarahkan oleh pihak atasan supaya memadam rekod kemasukannya di Malaysia. Serba boleh dalam semua perniagaan Oleh kerana latar belakang kontroversinya, Deepak akan perlu bekerja lebih keras untuk membuktikan integriti dalam perniagaan dan kebolehpercayaan terhadap pelabur yang mantap dan serius. Kepada ahli peniaga kecil, yang melihatnya sebagai proksi Rosmah, dia dikatakan memiliki kehebatannya sendiri, kerana hubungan dengan kes Altantuya, sebenarnya menjadikan dia 'Pied Piper ' (serba boleh) dalam pelbagai bidang. Akhirnya, kita akan dapati, keuntungan Envair akan bergantung kepada kontrak minyak yang diterimanya, sebahagian besar dapat dijangka datang dari Petronas. Ia mesti ditegaskan bahawa Deepak telah sebelum ini menafikan urusan Envair ada kaitan dengan Najib. "Saya ingin menjelaskan yang saya berdiri di atas dua kaki saya sendiri. Keluarkan saya dari spekulasi jahat anda," Deepak memberitahu Malaysia Chronicle pada bulan Disember. Sementara itu, dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia minggu lepas, Envair telah mengumumkan bahawa ia telah mencadangkan saham persendirian sehingga 35,57 juta saham baru, sebagai sebahagian daripada rancangan untuk meneroka ke dalam pengedaran dan perdagangan produk minyak dan gas bagi firma itu. Saham akan diberikan kepada Deepak, pengarah- pegarah Envair, Mohd Anuar Mohd Hanadzlah dan Mohd Shukri Abdullah, serta seorang ahli bebas. Malaysia Chronicle | ||
Jangan pandang belakang... redah ja... Posted: 11 Mar 2012 07:00 AM PDT Salahuddin Ayub ganti Ghani Othman? GARA-gara Pesuruhjaya PAS Johor, Dr Mahfodz Mohamed menyebut jika Pakatan Rakyat setuju PAS mengetuai kerajaan menunggu Johor menjelang PRU13 nanti, maka calon Menteri Besarnya ialah Salahuddin Ayub, kini Naib Presiden PAS. Lalu gemparlah orangorang Johor sekalian dengan berita itu terutama kerajaan Johor dan Umno pimpinan Ghani Othman. Masingmasing bermesyuarat untuk menangkis bom yang diletupkan oleh Dr Mahfodz itu. Saya dimaklumkan bahawa Pakatan Rakyat belum lagi membuat keputusan siapa akan mengetuai kerajaan negeri Johor kiranya rakyat memberi mandat kepadanya. Dan PAS pun belum membuat keputusan. Cuma PAS adalah parti yang ketara terserlah punya banyak cawangan dan ramai petugas di setiap kawasan Dun dan Parlimen adalah bersedia untuk memikul tanggungjawab kiranya diberi kepercayaan oleh Pakatan Rakyat. Apabila bercakap tentang PAS Johor sekarang, pemimpin kanannya yang sentiasa berada di Johor ialah Dr Mahfodz kerana beliau adalah Pesuruhjaya dan pemimpin parti di negeri itu. Jika PAS diberi kepercayaan oleh parti-parti sahabat, maka ketua parti di peringkat negerilah menjadi calon pertama untuk menggantikan Menteri Besar Ghani Othman itu. Sebagai seorang yang tawaduk dan warak, apabila ditanya siapakah calon Menteri Besar, sebelum nama disebut- sebut, maka dia menamakan Salahuddin, seorang tokoh PAS dari negeri itu yang tersohor namanya di kalangan pimpinan PAS Pusat. Memang Salahuddin ada kelayakan, bahkan kalau Pakatan berjaya menguasai Putrajaya, dia dipercayai tersenarai sebagai salah seorang calon anggota Kabinet daripada PAS. Dia seorang yang bersih dan berwawasan, dan paling menarik dia adalah Melayu yang beribukan Cina. Kalau masa yang ada belum sesuai bagi Cina menjadi Menteri Besar Johor, maka dengan Salahuddin menjadi Menteri Besar Cina boleh berpuas hati jus teru separuh daripada darah yang mengalir dalam tubuhkan adalah darah Cina. Dan selepas Tun Dr Ismail Abdul Rahman, Tun Sardon Jubir dan Tun Musa Hitam, tiada lagi tokoh politik dari Johor yang ketara dan berkalilber. Mungkin Salahuddin dapat mengisi kekosongan itu. Ertinya dia tidak dipertikai untuk menggantikan Ghani Othman. Cuma namanya itu baru disebut oleh Dr Mahfodz. Ia masih dikira pada ngan peribadi Dr Mahfodz, mungkin tidak bertujuan untuk mendahului keputsan PAS dan Pakatan Rakyat, tetapi dipercayai mahu mengelakkan namanya diuar- uarkan. Apa pun jika PAS diberi kepercayaan, maka calon pertamanya dari segi protokol parti, ia mesti Dr Mahfodz. Orang yang warak sepertinya tidak mahu menonjol dan tidak bersikap seperti orang politik Maciavelli mencalonkan diri sendiri. Kata Ustaz Abdul Hadi Awang, orang yang tidak layak menjadi pemimpin dalam Islam ialah orang yang mencalonkan dirinya sendiri. Orang yang tidak layak ini apabila dicalonkan mustahil menolak. Dr Mahfodz dipercayai begitu. Dari segi kelincahan, memanglah Salahuddin lebih daripada Dr Mahfodz. Bagi pengundi biasanya sebelum membuat keputusan, mereka mahu tahu siapa calon Menteri Besar. Pengundi di Johor bukanlah Melayu Jawa dan Melayu Bugis belaka. Ada Cina dan ada India. Pada mereka mungkin lebih selesa dengan pergaulan dan kelincahan Salahuddin. Mereka belum bergaul rapat dengan Dr Mahfodz. Ada pun keupa yaan Dr Mahfodz masih tersorok. Seperti Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dulu. Beliau bukan sekadar menolak dicalonkan sebagai Menteri Besar Kelantan, malah pergaulannya dengan masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam adalah terhad. Tetapi setelah diberi kepercayaan menjadi Menteri Besar dan pemimpin rakyat, maka penampilan, kaliber dan amanahnya seolaholah mengatasi semua Perdana Menteri yang semasa dengannya. Masyarakat majmuk Johor tidak perlu bimbang dengan keupayaan Dr Mahfodz. Dia dipercayai telah mempelajari gaya dan kepimpinan Tok Guru Nik Aziz yang boleh memberi keselesaan kepada anggota masyarakat semua kaum. Ini tidak bererti saya menolak pencalonan Salahuddin. Tetapi jangan semua melihat kepulangan Salahuddin ke Johor untuk menjadi Menteri Besar. Kalau dia tidak dicalonkan, maka dia akan kekal menjadi ahli Parlimen di Kelantan dan tidak akan balik ke Johor. Adalah dipercayai Salahuddin masih popular di Kelantan. Kalau PAS sukar mencari calon untuk menentang Ibrahim Ali di Pasir Mas, Salahuddin adalah calon yang terbaik untuk melawan Ibrahim Ali. Tetapi kepulangan Salahuddin ke Johor adalah bagi membantu kemenangan Pakatan Rakyat di Johor. Dia mesti dilepaskan dari Kelantan lebih awal bagi membantu kerja menggembling negeri itu. Jika PAS Kelantan melepaskannya, bukan kerana rakyat Kelantan mulai menolaknya tetapi perjuangan memenangkan Johor adalah penting. PAS pimpinan Dato' Asri Muda dalam PRU 1969 melepas Abu Bakar Hamzah, ahli Parlimen Bachok untuk balik ke Perlis bagi memimpin dan membantu perjuangan memenangkan PAS Perlis. Malang bagi Abu Bakar Hamzah, kalah lima undi kepada Menteri Besar Perlis Dato' Jaafar. Orang berjuang memang begitu. Bersedia meninggalkan kerusi yang dijamin menang di Kelantan bagi mengambil tanggungjawab menakluki Johor yang ada potensi kemenangan dan juga ada risiko. Semua tahu bahawa selama ini Johor adalah negeri simpanan tetap Umno dan Barisan Nasional. Bukanlah mudah bagi Pakatan memecah tembok kukuh Umno itu. Tetapi bukanlah ia tidak boleh ditembusi. Peluang merobohkan ko ta kuat Umno Johor itu me merlukan pasukan penyerang yang handal dan tersusun. Maka Salahuddin dan sekalian tenaga penting yang berasal dari Johor mesti pulang awal bagi menyusun gerak kerja. Peluang itu ada dan inilah PRU ini adalah peluang yang terbaik untuk menawan Johor dibandingkan dengan pilihan raya sebelumnya. Peluang seperti ini mungkin tidak berulang lagi. Maka Pakatan Johor mesti turun padang kali dengan segala persiapan. Tidak mustahil Johor akan mengulangi kejayaan Pakatan di Selangor tahun 2008. Kerana itulah tenaga seperti Salahuddin dan lain-lain mesti balik bagi membantu cabaran dan seterusnya memastikan kemenangan. Hari ini Johor ada Dr Mahfodz dan Salahuddin bagi memimpin bersama Chua Jui Meng untuk mengepalai kemenagan itu. Kemenangan itu mesti diutamakan dan siapa bakal menjadi Menteri Besar adalah perkara kedua. Menang dulu dan kemudian baru tentukan siapa Menteri Besar. Pakatan Johor boleh menjadikan Perak sebagai contoh. Dalam PRU 2008 pembangkang di Perak tidak menamakan sesiapa bagi menjadi Menteri Besar. Mungkin calonnya penting untuk diperkenalkan semasa kempen piliihan raya. Tetapi pembangkang Perak tidak menamakan sesiapa. Apabila menang baru mereka memutuskan siapa menjadi Menteri Besar. Mereka mengambil masa dua tiga hari saja untuk membuat keputusan sebelum Nizar Jamaluddin mengangkat sumpah menjadi Menteri Besar. Mungkin Johor memerlukan calon Menteri Besar dari awal. Ada logik dan munasabahnya. Tetapi kalau tidak dinamakan seperti di Perak tadi, kekuataan jentera dan perpaduan parti tidak menghalang Pakatan mencapai kemenangan. Jika Pakatan memerlukan juga calon daripada PAS itu, maka kita boleh katakan pada masa ini kita ada Dr Mahfodz dan Salahuddin. Boleh dinamakan siapa saja. Mungkin ada pula nama ketiga dan keempat. Tetapi yang penting dalam menghadapi pilihan raya itu PAS berdiri di belakang Dr Mahfodz dan dibantu oleh Salahuddin. Apa pun kedua-duanya boleh berada di barisan exco bersama dengan tokoh-tokoh lain daripada DAP dan KeADILan. Tidak kira siapa Menteri Besar. Apa pun tidak akan ada orang menang daripada PAS, selepas menang hendak berpakat dengan BN membentuk kerajaan bersama dengan harapan menjadi Menteri Besar Johor. | ||
Posted: 11 Mar 2012 06:30 AM PDT Umno Cheras anggap drama 'Makcik Bollywood' Oleh Zulaikha Zulkifli Ketua Umno Cheras Datuk Syed Ali Syed Abas Alhabshee menganggap kenyataan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk berundur sebagai menteri selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat bulan depan satu 'drama'. Syed Ali (kanan) berkata, sebagai seorang menteri, Shahrizat sepatutnya menunjukkan sikap bertanggungjawab terhadap parti dan negara dan bukan bermain tarik tali. "Kalau berhenti, berhenti sahajalah. Tapi kenapa macam nak main tarik tali. Kenapa perlu kumpulkan wartawan hari ini sedangkan esok ramai wartawan akan buat liputan di Parlimen. "Ini semua Bollywood punya cerita. Saya boleh katakan dia ini sebagai makcik Bollywood," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. Selepas kontroversi panjang isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), Shahrizat sebentar tadi mengumumkan akan berundur sebagai menteri selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat bulan depan (April). Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu bagaimanapun akan kekal sebagai ketua Wanita Umno. Syed Ali berkata, tindakan Shahrizat itu seolah-olah ingin menunjukkan bahawa beliau tidak bersalah dan peletakan jawatan itu bukan disebabkan rasa bersalah, tetapi kerana tempoh sebagai senator sudah tamat. "Dia nak tunjuk glamour kot supaya esok ada Wanita yang datang menangis, merayu pada dia supaya jangan letak jawatan. "Saya bersyukur dia nak berhenti, tetapi kecewa kerana dia nak berhenti bila tamat tempoh senator. Saya tak faham kenapa. Ini menunjukkan dia tidak komitmen dan tidak berintegriti kepada parti," katanya. "Kalau saya jadi dia, saya akan berhenti serta merta." Umno Cheras antara bahagian paling lantang membuat desakan itu sebelum ini selain bekas ketua Wanita Umno Tan Sri Rafizah Aziz supaya tidak menjadi beban kepada parti. ***************************** Bung Mokhtar: Patut lebih awal Sementara itu, Timbalan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Bung Mokhtar Raden berkata, beliau mengalu-alukan tindakan Shahrizat itu tetapi berpendapat ia sepatutnya dilakukan lebih awal. "Ia sepatutnya harus dibuat (lebih) awal untuk mengelakkan keraguan," kata ahli Parlimen Kinabatangan itu. Sambil menyifatkannya sebagai langkah yang bijak, Bung Mokhar percaya selepas ini pembangkang sudah tidak boleh bermain dengan isu yang sama. Berita Ehsan Mkini | ||
Jom kita pakat2 tibai si bodoh ni pulak... kahkahkah... Posted: 11 Mar 2012 06:10 AM PDT Wartawan kecam 'kebiadaban' MB Pahang Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) hari ini mengutuk keras kenyataan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob kerana menggelar petugas media sebagai "bodoh" ekoran laporan tentang isu Lynas Advanced Materials Plant (Lamp). Presiden NUJ Chin Sung Chew berkata, pihaknya amat terkejut dengan reaksi Adnan itu kerana sebagai menteri besar dan ahli politik, beliau patut memahami bahawa wartawan hanya menjalankan tugas. "Tindakan menteri besat Pahang itu menghina maruah wartawan. Kami tidak sekali-kali bersetuju kerana ia biadap dan turut mencampuri kebebasan media," katanya. Adnan semalam naik angin terhadap wartawan akhbar Cina dengan berulang kali memanggil mereka "bodoh" kerana melaporkan kenyataan yang dikatakan dibuat olehnya bahawa sisa radioaktif Lynas boleh dibuang ke dalam Sungai Lembing. Menurut laporan akhbar Cina, Adnan juga menolak kamera yang dipegang oleh seorang jurugambar dan mencabar aksi itu disiarkan. Tiga wartawan akhirnya meninggalkan sidang akhbar tersebut. Sungai Lembing merupakan sebuah bandar lombong bijih timah yang terletak kira-kira 40km di barat laut Kuantan. Hari ini, kebanyakan lombong bawah tanah di situ tidak lagi beroperasi. | ||
TERHOT!!! Ni la bukti kuasa Rakyat... Posted: 10 Mar 2012 11:02 PM PST Shahrizat Akan Letak Jawatan.. KUALA LUMPUR, 11 Mac — Akhbar harian berbahasa Inggeris, The New Straits Times hari ini melaporkan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan meletak jawatan untuk setiap jawatan yang dipegang beliau dalam beberapa hari lagi. Akhbar berkenaan berkata, menurut satu sumber, Shahrizat telah memaklumkan pegawai terdekatnya Jumaat lalu bahawa beliau akan melepaskan jawatan menteri dan juga Ketua Wanita Umno. "Shahrizat (gambar) telah memberitahu kami beliau ingin melepaskan kedua-dua jawatan. Beliau tidak setuju dengan cadangan beliau letak jawatan sebagai menteri tetapi kekal sebagai Ketua Wanita Umno sehingga pilihan raya depan. "Beliau telah buat keputusan untuk melepaskan kedua-dua jawatan tersebut," jelas Ketua Wanita Umno negeri. Seorang lagi pemimpin kanan Wanita memberitahu akhbar berkenaan bahawa seorang pembantu Shahrizat telah memaklumkan beliau akan meletak jawatan semalam. "Namun perkara itu tidak berlaku. Kami masih lagi berteka teki kerana pegawainya yakin pengumuman akan dibuat semalam. Mungkin beliau menantikan masa yang sesuaI," kata sumber tersebut. The Malaysian Insider turut difahamkan Shahrizat akan membuat pengumuman rasmi malam tadi, tetapi beliau masih lagi belum berbuat sedemikian. The New Straits Times turut melaporkan berdasarkan sumber peringkat tertinggi bahawa mereka yakin Shahrizat tidak akan bertanding untuk pilihan raya akan datang. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam berkata pengumuman terhadap perletakan jawatan Shahrizat akan dibuat kemudian. "Terdapat banyak sangat khabar angin. Tapi kita akan membuat pengumuman dalam keadaan yang lebih teratur," kata Presiden Umno itu di Johor. Spekulasi nasib Shahrizat telah menjadi bualan hangat sepanjang minggu ini, dengan berbulan dakwaan bahawa beliau dan keluarganya telah menyalahgunakan dana awam bernilai RM250 juta untuk projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) bagi kegunaan peribadi. Skandal NFC menjadi perhatian umum setelah dilaporkan dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negara 2010 projek ternakan lembu di Gemas itu gagal menepati sasaran. Bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai ini telah menerima desakan meletak jawatan daripada pembangkang termasuk pemimpin veteran Umno, dengan menegaskan beliau hanyalah isteri kepada Salleh dan tiada kena mengena dengan projek tersebut. Pihak polis bulan lalu telah mencadangkan agar Peguam Negara mendakwa pengarah NFCorp atas tuduhan pecah amanah, namun beliau meminta agar pihak polis untuk menjalankan siasatan dengan lebih terperinci berhubung perkara itu http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/nst-lapor-shahrizat-akan-letak-jawatan/ | ||
Ni memang hobi masa lapang bangsa UMNO... Posted: 10 Mar 2012 10:33 PM PST Kekang samseng Umno Sebenarnya, rakyat punyai kuasa di bawah Kanun Acara Jenayah untuk melakukan tangkapan awam (citizen arrest) kepada mereka yang melakukan jenayah mengikut Kanun Keseksaan agar menjadi pengajaran kepada mana-mana Pemuda Umno yang cuba hendak mengganas lagi. Ikuti kupasan Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin ditemubual wartawan INTAN ABDULLAH. WARTAWAN: Kebelakangan ini banyak berlaku kes keganasan pada program-program anjuran Pakatan Rakyat. Apa punca ini semua? SHAMSUL ISKANDAR: Saya fikir ia disebabkan oleh Umno tenggelam punca dan mereka tidak mempunyai idea untuk menjawab isu-isu yang dikemukakan. Malah isu yang dikemukakan oleh penceramah Pakatan Rakyat itu lebih kepada isu yang berkaitan dengan fakta. Oleh kerana penyokongpenyokong Umno khususnya pemuda-pemuda yang di bawah ini tidak dilengkapi dengan fakta dan ilmu yang mencukupi, menyebabkan mereka berasa sukar untuk menjawab isu yang dikemukakan. Hanya ada satu jalan yang mereka rasa efektif iaitu dengan menggunakan taktik samseng dengan harapan mesej itu tidak dapat disampaikan kepada rakyat. Apakah ini dilema Umno? Saya fikir dari segi gambaran yang lebih besar, itulah sebenarnya dilema yang dihadapi pemimpin Umno di peringkat tertinggi. Mereka juga sebenarnya tidak mampu memberikan pengarahan kepada penyokong dan pemimpin Umno di bawah ini, tentang bagaimana ingin menangani isuisu yang telah Pakatan kemukakan kepada rakyat. Akhirnya, penyokong Umno ini selain daripada didorong oleh perasaan ataupun dalam konteks ini dia menjadi tidak keruan. Ia ekoran daripada tenggelam punca, tidak tahu bagaimana ingin menjawab dan menggunakan satu jalan iaitu menggunakan kekerasan. Saya percaya budaya gangsterisme yang saya sering sebut dalam Twitter, Facebook dan sebagainya itu adalah budaya yang sekian lama ditanam dalam jiwa pemuda-pemuda Umno. Ini budaya baru atau warisan tradisi Umno? Ini merupakan tradisi Umno dahulu lagi sejak Peristiwa 13 Mei.Ketika Persidangan Upset dahulu lagi, Pemuda Umno mengganas. Saya rasa itu adalah salah satu daripada modul mereka untuk terus kekal berkuasa untuk menanamkan budaya ketakutan atau culture of fear di kalangan rakyat. Saya percaya pendekatan ini adalah pendekatan lapuk dan tidak sesuai digunakan dalam dekad. Sebab itu, saya percaya lagi banyak mereka lakukan seperti ini lagi rakyat marah. Ini akan memberikan satu score atau point politik. Apa motif sebenar mereka? Saya percaya itu pendekatan mereka kerana kalau kita lihat pada satu contoh, isu video seks yang saban hari diserang oleh semua. Media diarahkan untuk menyerang Anwar dalam isu-isu video ini. Tetapi, akhirnya apa yang mereka lakukan ialah mereka terpaksa cetak dua perkara iaitu cetak video dan gambar-gambar bagi tujuan untuk diedarkan kepada rakyat. Maknanya mereka sendiri tidak percaya bahawa dengan media sudah cukup memadai untuk mempengaruhi minda rakyat. Ada contoh pengalaman yang boleh diceritakan dengan pembaca? Ada satu insiden terbaru yang saya pernah lalui, sewaktu Anwar di Gadek. Waktu di sana saya berada di barisan hadapan sekali untuk melihat bagaimana gelagat dan telatah pemuda-pemuda Umno ini. Kita lihat ada seorang pimpinan merancang perkara ini. Ia bukan tiada dalam pengetahuan pimpinan Umno di peringkat bahagian dan negeri, malah ada sesorang yang merancang malah ada yang memberikan arahan dan sebagainya. Sebab itu pada saya ketika berdepan dengan situasi seperti ini, kita minta pasukan pemuda kita untuk menghalang, di samping pada masa yang sama saya minta pihak polis untuk campur tangan. Bukankan ini satu provokasi? Ia ada masalah kalau kita campur tangan. Mereka lakukan ini untuk provokasi supaya kita marah dan melakukan serangan. Bila kita bertindakbalas, media yang berada di situ terus mengambil kesempatan untuk eksploit, memanipulasi bahawa yang ganas itu daripada Pakatan Rakyat atau KeADILan, dan bukan daripada Pemuda Umno. Jadi bahayalah Pakatan ambil tindakan sendiri? Ini bahaya, kalau kita mengambil tindakan sendiri. Berbeza di tempat yang saya pergi sendiri itu, dikacau pada waktu malam kerana pada waktu malam, kita boleh mengambil pendekatan prevention atau tindakan yang menghalang kerana pada waktu malam ramai orang tidak nampak. Kalau ada kamera, wartawan, mereka tidak nampak kerana gelap. Sudah tentu lebih mudah untuk kita melakukan prevention, yakni melakukan halangan daripada awal lagi. Sebab itu daripada awal lagi saya lihat gangsterisme ini merupakan tindakan terancang daripada Umno itu sendiri untuk menggagalkan mesej-mesej perubahan disampaikan kepada rakyat. Apakah bentuk-bentuk tindakan ganas yang pernah dihadapi? Dia datang dalam pelbagai bentuk. Salah satunya mereka membuat bising di tempat program, iaitu dengan mengupah Mat Motor untuk memainkan bunyi yang kuat mengelilingi tempat ceramah itu berulang kali dengan 10-20 buah motosikal dan mengibarkan bendera BN dan sebagainya. Tentunya itu mengganggu program kita. Dalam konteks di Melaka misalnya, saya ambil contoh, BN buat ceramah di hadapan ceramah yang kita buat. Maksudnya gangguan. Dan mereka meletakkan speaker di hadapan tempat kita ceramah menghalakan kepada kita. Apabila kita buat aduan kepada pihak keselamatan, mereka jawab dua-dua buat ceramah biarlah, inikan demokrasi. Ini melarikan diri daripada isu yang sebenar. Walaupun dia tahu bahawa yang mengganggu itu Umno. Tetapi tiada tindakan yang diambil. Ada lagi kejadian lain? Kemudian dalam bentuk fizikal, misalnya mereka menghalang kereta daripada masuk, menghalang penceramah. Ada ketika semasa saya di Melaka, kereta ditendang, saya dipukul dengan kayu ketika hendak keluar meninggalkan tempat ceramah. Begitu juga dengan apa yang berlaku pada Dato' Seri Anwar. Ada yang dipukul, dibaling batu dan sebagainya. Ketua AMK Johor pula dipukul, ada yang cuba menghalang. Tentunya yang terbaru pada Naib Presiden KeADILan (Nurul Izzah Anwar). Perkara-perkara seperti ini mereka akan terus lakukan. Cuma saya menjangkakan jika tidak dihalang, apa yang saya bimbang akan ada insiden yang tidak diingini yang kemungkinan akan berlaku disebabkan apabila mereka lihat tindakan-tindakan mereka ini tidak dapat dibendung. Tentunya ini akan memberikan motivasi kepada mereka untuk terus melakukan tindakan-tindakan yang saya fikir ia mungkin akan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. Ini kebimbangan saya. Apa tindakan yang akan diambil Pakatan Rakyat khususnya Pemuda untuk berdepan dengan senario ini? Tentulah kita harus mempersiapkan jentera Pakatan. Secara khusus Anwar dan pimpinan parti yang lain, setuju untuk aktifkan balik Komando Angkatan Muda. Kita ada kekuatan pasukan pemuda yang elit dan terlatih untuk terus berhadapan dengan situasi seperti ini. Sebenarnya kita memberi arahan yang jelas, kita mempunyai kuasa di bawah Kanun Acara Jenayah untuk melakukan tangkapan kepada mereka yang melakukan jenayah mengikut Kanun Keseksaan. Arahan kita kepada mereka adalah untuk melakukan tangkapan. Kalau ada yang serang, kita akan terus halang. Sekarang kita sedang lakukan pendekatan wait and see supaya mereka tidak mengganggu kita, tetapi kali ini mesti ada satu tindakan yang keras dan kita mesti ambil pendekatan untuk gagalkan sebarang usaha kekacauan yang ingin mereka lakukan. | ||
Bodoh... bodoh... bodoh... haha... Posted: 10 Mar 2012 09:20 PM PST Isu Lynas : MB Pahang Panggil Wartawan 'Bodoh' Dipetik Dari : Malaysia Tribune Menteri Besar Pahang, Datuk Adnan Yaakob hari ini naik angin terhadap wartawan akhbar berbahasa Cina, dengan berulang kali memanggil mereka "bodoh" kerana melaporkan kenyataan yang dikatakan dibuat olehnya bahawa sisa radioaktif Lynas boleh dibuang ke dalam Sungai Lembing. Menurut laporan di beberapa akhbar berbahasa Cina, Adnan juga menolak kamera yang dipegang oleh seorang jurugambar yang sedang mengambil gambarnya yang sedang naik angin itu. Beliau kemudian mencabar jurugambar tersebut supaya menyiarkan gambar esok dan mewujudkan saat yang janggal sewaktu sidang akhbar di Kuantan itu. Tiga wartawan kemudiannya memutuskan untuk meninggalkan sidang akhbar tersebut. Semuanya bermula apabila Adnan secara tiba-tiba membangkitkan kontroversi loji nadir bumi Lynas, yang dijadual memulakan operasi berhampiran dengan Gebeng, selepas beliau merasmikan sebuah pesta buku di Kuantan hari ini. Adnan memberitahu wartawan bahawa beliau tidak pernah mencadangkan sisa radioaktif itu dibuang ke dalam Sungai Lembing, dan berkata ia hanyalah satu contoh yang diberikan oleh Ketua Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), Datuk Raja Abdul Aziz Raja Adnan pada satu majlis makan malam. Katanya, Raja Abdul Aziz berkata terdapat banyak gua di Malaysia yang boleh dijadikan tapak pelupusan sisa seperti di Sungai Lembing. Dengan nada tinggi, Adnan berkata, beliau tidak pernah kata bahan tersebut boleh dibuang di Sungai Lembing. Sungai Lembing merupakan sebuah bandar lombong bijih timah yang terletak kira-kira 40km di barat laut Kuantan. Hari ini, kebanyakan lombong bawah tanah di situ tidak lagi beroperasi. Adnan turut dimarahi Kuantan MP Fuziah Salleh – salah seorang penentang kuat pembinaan kilang Lynas. "Awak lapor saya kata begitu. Jika MP PKR Kuantan, Fuziah Salleh mengatakan perkara yang sama, maka dia juga bodoh. Semua akhbar Cina dan wartawan yang melaporkan berita itu adalah bodoh. "Mereka boleh saman saya! Saya juga boleh saman mereka." Apabila seorang wartawan cuba untuk menerangkan kepadanya, Adnan menyampuk: "Tidak perlu hendak jelaskan. Saya terima SMS yang mengatakan akhbar Cina melaporkan saya mencadangkan sisa itu dibuang ke Sungai Lembing.. "Anda lapor tanpa mengesahkannya sendiri, ini adalah benar-benar bodoh." – Malaysiakini | ||
Projek membeli kembali hati rakyat johor... Posted: 10 Mar 2012 06:00 PM PST Bazir wang rakyat untuk naikkan imej Najib – Oleh Daing Yahya
Media massa UMNO hari ini melaporkan bahawa Najib Razak telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM150 juta untuk menaik taraf lebuh raya Pasir Gudang di negeri Johor. Kita melihat begitu banyak sekali Perdana Menteri membelanjakan wang rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13 ini. Setiap kali datang program di mana-mana pun pasti ada saja pengumuman peruntukan itu dan ini. Seolah-olah beliau membelanjakan duit poketnya sendiri. Kita tidak pasti adakah peruntukan RM150 juta ini ada dalam Bajet 2012 atau diumumkan sesuka hati sahaja. Banyak lagi peruntukan berbilion ringgit yang kita tidak pasti sudah disahkan dalam Bajet negara 2012. Wallah hu'alam. Tak kiralah walau atas niat baik dan murni sekali pun, wang rakyat untuk rakyat itu juga mestilah dibelanjakan dengan telus dan berhemah. Kerajaan, selain diamanahkan untuk mengagih wang tersebut, wajib juga mengikut peraturan yang telah ditetapkan, barulah telus dan amanah namanya. Tetapi, gaya pentadbiran Najib ini begitu terdesak sekali. Mentang-mentanglah rakyat sedang susah, mudah sekali Najib membeli hati rakyat dengan berbelanja sakan tanpa mengikut peraturan. Ini sudah jadi kes, niat menghalalkan cara! Kemudian, setahu kita juga. Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini turut mendedahkan bahawa lebuh raya Senai-Desaru menghadapi masalah, kerajaan dilaporkan terpaksa menanggung kos pengambilan balik tanah bagi projek Lebuh Raya Senai-Desaru sebanyak 103%, iaitu RM375.60 juta! Itu pun duit rakyat. Pembinaan Lebuh Raya Senai-Desaru bermula pada Julai 2004 dan siap hanya sepenuhnya pada Jun 2011 telah menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kos pengambilan balik tanah yang berjumlah RM740.6 juta. Malah laporan tersebut ada menyatakan bahawa, spesifikasi lebuh raya tersebut tidak mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Ini projek apa ni? Bagaimana pula dengan RM150 juta yang Najib baru umumkan untuk lebuh raya Pasir Gudang? KATANYA… semua peruntukan ini adalah untuk menaikan imej Najib di mata rakyat. Maklumlah, menurut kajian, populariti Najib naik mencecah 69 peratus. Nampaknya UMNO dan BN terpaksa bergantung pada imej Perdana Menteri untuk menang pilihan raya. Rakyat bukan bodoh. Kerana itu UMNO-BN dan para menteri mereka terus merudum di mata rakyat. Kes sombong dan angkuh yang menjatuhkan lima negeri dan menghilangkan majority dua pertiga Parlimen dalam PRU 2008 masih terus menjadi amalan dan budaya UMNO-BN. – Roketkini.com | ||
Tol jambatan Pulau Pinang dihapuskan... Posted: 10 Mar 2012 04:50 PM PST Tol Jambatan Pulau Pinang: RM7 atau RM9 atau hapuskan sahaja? Tol Jambatan Pulau Pinang akan dihapuskan jika rakyat memberi mandat kepada Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan persekutuan dalam pilihan raya umum akan datang. Itu adalah janji Pakatan yang disampaikan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang. Setakat ini, semua janji yang berada dalam bidang kuasa kerajaan negeri Pulau Pinang telah pun dilaksanakan. Hanya janji yang melibatkan kuasa kerajaan pusat seperti pemansuhan tol dan pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan belum dapat dilaksanakan kerana UMNO-Barisan Nasional masih berkuasa di peringkat persekutuan. Pakatan Rakyat lebih memahami penderitaan rakyat berikutan tekanan ekonomi semasa, bukan sahaja kesan ekonomi global tetapi juga akibat pembaziran dan kehilangan wang rakyat kerana salah urus, penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa kerajaan UMNO-BN. Tidak cukup dengan itu, keangkuhan dan kesombongan pimpinan UMNO-BN masih menjadi amalan. Sementara wang rakyat digunakan untuk memancing undi dan rasuah politik, kroni-kroni mereka mengambil kesempatan untuk meragut kekayaan negara yang sepatutnya diagihkan secara adil kepada golongan yang memerlukan. Corak pentadbiran dan pengurusan UMNO-BN masih di takok lama. Mereka mudah lepas tangan untuk meletakkan beban di bahu rakyat daripada sanggup berkorban memenuhi keperluan rakyat. Pakatan mahu hapuskan tol, UMNO-BN terus lanjut konsesi tol Dalam isu tol Jambatan Pulau Pinang, kerajaan UMNO-BN terang-terangan tidak pedulikan rakyat. Apabila Pakatan berjanji untuk menghapuskan tol tersebut, pimpinan UMNO-BN memberi jawapan kurang cerdik – negara akan bankrap jika tol berkenaan dimansuhkan. Lebih dari itu, kerajaan pusat UMNO-BN telah melanjutkan pula tempoh konsesi kutipan tol Jambatan Pulau Pinang selama 17 tahun sehingga 2038! Alasan UMNO-BN untuk lanjutan itu adalah semata-mata kerana ia "bermurah hati" untuk tidak menaikkan kadar tol dalam masa tiga tahun akan datang. Guan Eng telah pun menjelaskan bahawa alasan negara boleh bankrap kerana pemansuhan tol Jambatan Pulau Pinang serta tol-tol Lebuh Raya Utara-Selatan (NSE) dan Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE) adalah tidak masuk akal dan dangkal. Menurut beliau, jJambatan Pulau Pinang telah mengutip RM1.859 bilion dengan kos pembinaan RM944 juta, iaitu lebihan sebanyak RM924 juta. Bagi BKE, tol yang dikutip berjumlah RM340 juta manakala kos pembinaannya RM256 juta, iaitu lebihan sebanyak RM84 juta, yakni rakyat tidak sepatutnya dibebankan dengan tol sehingga 31 Disember 2038, malah tol bagi Jambatan Pulau Pinang dan BKE harus dihentikan serta merta. "Kos maksimum untuk pemansuhan NSE dan Jambatan Pulau Pinang adalah RM50 bilion, iaitu RM40 bilion untuk NSE dan RM10 bilion untuk Jambatan Pulau Pinang. Jumlah RM50 bilion tidak akan menjadikan negara bankrap. "Yang akan menjadikan negara bankrap adalah rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kronisme. Lagipun, kos projek MRT baru pun sudah mencecah RM50 bilion," tambah beliau. Jambatan kedua belum siap, kerajaan UMNO-BN sibuk nak kutip tol Yang terbaru, belum pun siap Jambatan Kedua Pulau Pinang, kerajaan UMNO-BN awal-awal lagi sudah mengumumkan kadar tol RM7 untuk kereta, dengan alasan bahawa ia harus sama dengan kadar yang dikenakan untuk jambatan yang sedia ada. Malah, laporan versi online akhbar The Star hari ini menggambarkan seolah-olah sesuatu yang lucu bagi pihak kerajaan UMNO-BN apabila memetik Pengarah Utusan Jambatan Kedua Sdn Bhd Datuk Dr Ismail Mohamed Taib sebagai berkata bahawa pihaknya sebenarnya mahu kadar tol yang lebih rendah tetapi bimbang jika pihak jambatan pertama akan "bising". "Jambatan pertama Pulau Pinang sepatutnya menaikkan kadar kepada lebih RM9, jadi kami sedia ikut mereka. Bagaimana pun, apabila mereka mengesahkan kekal pada kadar RM7, maka kami pun akan kenakan kadar RM7," kata Dr Ismail sebagaimana yang dipetik oleh akhbar tersebut. Jambatan kedua itu dijangka siap pada September 2013. Sebagaimana yang dikatakan oleh Guan Eng sebelum ini, semakan semula dan pelanjutan tempoh konsesi tol sehingga 2038 telah dilakukan tanpa rundingan dengan rakyat dan hanya menguntungkan syarikat-syarikat pengendali tol. Itulah cara, amalan dan budaya kerajaan UMNO-BN yang semakin jelas tidak akan berubah sama sekali, walau apa pun yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak cuba janjikan atau laksanakan, termasuk menyalahgunakan wang rakyat sebagai gula-gula politik menjelang PRU ke-13. – Roketkini.com | ||
UMNO tak pernah ajaq dia Islam... Posted: 10 Mar 2012 02:00 PM PST Umno tidak ajar Islam – Dr Chua Jui Meng PENGERUSI Majlis Pimpinan KeADILan Johor, Dato' Chua Jui Meng mengakui selama 40 tahun berada dalam BN, Umno tidak pernah mengajarnya tentang Islam. Bagaimanapun tambah be liau, fahaman tentang Islam itu diperolehi setelah berada dalam Pakatan Rakyat. Menurut beliau, ajar an dan didikan Islam di perolehi daripada pemimpin PAS seperti memberi dan me nerima rasuah akan masuk neraka. "Selama 40 tahun bersama BN saya tidak begitu faham tentang Islam. Saya bersama PAS dan KeADILan saya faham tentang Islam. Dulu, Menteri Agama pun tidak beritahu saya tentang al- Quran dan hadis," kata nya. Dr Chua mengakui setelah bersama PAS dan Ke- ADILan, kefahaman tentang idealisme Islam yang membawa kemakmuran kepada semua lebih difahami dengan mendalam. Tegas beliau, rakyat hari ini mencari pemimpin yang adil dan berpandukan al- Quran dan hadis dan calon seperti ini dapat menarik undi Melayu. Beliau berharap rakyat me milih pemimpin yang meng angkat perjuangan berlandaskan al-Quran dan ha dis kerana idealisme perjuang an politik Islam menekankan kebaikan untuk semua. |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan