Sabtu, 10 Mac 2012

shalehudin

shalehudin


Isteri imam kata laki dia tak 'Ganas'

Posted: 10 Mar 2012 10:58 AM PST

'Suami saya tidak ganas', kata isteri imam Hoslan

Isteri kepada Hoslan Hussin yang dijatuhkan hukuman penjara setahun di atas kesalahan menghina mahkamah kerana melemparkan seliparnya ke arah panel hakim, menyifatkan suaminya bukan seorang yang ganas seperti yang didakwa.

Noorliza Mat Isa, 43, berkata, Hoslan yang merupakan seorang imam juga tidak pernah sesekali memarahi dan memukul anak-anaknya.

Malah, Noorliza menambah, suaminya itu juga bukan seorang panas baran.

"Suami saya tidak ganas seperti yang hakim kata. Dia marah saya, anak-anak pun tidak. Saya dah berkahwin dengan dia 17 tahun, saya tahulah. Pukul anak-anak pun dia tak pernah.

"Cuma dia seorang yang tegas bila melibatkan soal agama," katanya ketika ditemui Malaysiakini di rumahnya malam tadi

Kelmarin, Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas Hoslan.

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin ketika menyampaikan hukuman dilaporkan berkata, penjara setahun adalah hukuman setimpal bagi kes berkenaan.

Beliau juga mendapati Hoslan tidak menunjukkan imej seorang imam yang berbudi pekerti tinggi sebagai seorang yang menyandang jawatan keagamaan.

Sebaliknya, tindakan imam itu menunjukkan sikap "angkuh, biadap, riak, ganas dan langsung tidak menghormati institusi (kehakiman)," kata Zulkefli.

Dalam pada itu, menceritakan detik-detik ketika mendengar hakim menjatuhkan hukuman terhadap Hoslan, Noorliza berkata, dirinya sememangnya sudah bersedia menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku.

Sambil menganggap hukuman yang dijatuhkan tidak adil, Noorliza turut mengatakan tindakan suaminya melemparkan selipar sebagai satu tindakan yang wajar.

"Tetapi apa pun, saya mengharapkan agar hukumannya diringankan atau singkatkan tempoh hukuman itu.

"Saya memang bergantung semuanya pada dia (Hoslan). Bila dia tiada, saya memang terasa sangat. Saya tak pandai memandu dan gaji saya kecil, RM750 sebulan. Memang tak cukup untuk menampung tujuh anak saya yang masih sekolah.

"Sebelum ini semuanya suami yang buat. Jadi, sekarang saya perlu berdikari. Tempoh setahun bukan sekejap... Tetapi walau apa pun, saya redha dan menganggap ini sebagai ujian," kata Noorliza yang bertugas sebagai pembantu guru PASTI.

Hasil perkahwinan Hoslan dan Noorliza, mereka dikurniakan tujuh orang anak, masing-masing berumur 16, 15, 14, 12, 11, 8 dan 6 tahun.

Hoslan berasal daripada Slim River dan dibesarkan di Kampung Pandan manakala Noorliza dari Sungkai, Perak.

Hoslan dan Noorliza merupakan ahli PAS seumur hidup sejak tahun 1998 sehingga kini.

Menurut Noorliza, anaknya yang sulung kini belajar di Kuantan dan yang kedua di Klang. Manakala anak yang ketiga pula di Kelantan. Selebihnya mereka bersekolah di sebuah sekolah rendah agama swasta berhampiran dan di PASTI tempat beliau bekerja.

Selain itu, Noorliza turut menambah, beliau bersyukur kerana mempunyai anak-anak yang memahami walaupun masih kecil.

Katanya, dari awal lagi beliau telah menceritakan dan memberitahu
kepada semua anaknya bahawa bapa mereka tidak bersalah dan apa yang dilakukannya merupakan satu perjuangan.

"Saya kumpulkan anak-anak, saya ceritakan pada mereka yang ayah tak salah. Itu semua perjuangan. Alhamdulillah mereka faham. Cuma yang bongsu kadang-kadang tanya bila ayah nak balik.

"Nak kata sedih, memang saya sedih. Tapi anak-anaklah penguat saya," katanya.

Sementara itu, semalam, Pemuda PAS mensasarkan RM20,000 kutipan derma bagi tabung membantu keluarga Hoslan.

Dan hari ini, Muslimat PAS berkata akan menyumbang RM800 sebulan selama setahun kepada Noorliza untuk membantunya membesarkan anak-anaknya.

Sehubungan itu, Noorliza berkata, beliau amat berterima kasih kepada pihak yang ingin membantu dan menganggapnya sebagai pendorong bagi dirinya untuk menjadi lebih kuat dan hidup berdikari sementara suaminya di dalam penjara.

"Bagi yang nak membantu saya sangat mengalu-alukan kerana memang tak cukup untuk saya menyara anak-anak saya dengan duit gaji yang ada. Saya ucapkan terima kasih banyak-banyak," ujarnya.

Bagi yang ingin menderma terus kepada Noorliza, boleh menderma ke akaun CIMB- 12530022498528 atas nama Noorliza Mat Isa.- M'kini

PANAS!! Satu lagi maklumat dalaman UMNO... kahkahkah...

Posted: 10 Mar 2012 08:28 AM PST

KES ANAK NAK BERANCUK - PAKAI DUIT KERAJAAN

KOMENTAR TUKAR TIUB

kes anak nak berancuk ini
telah dibuka dahulu tapi tengelam
kali ini di buka kembali
kali ini dengan resit dan bukti

bagaimana ini berlaku?

apa yang terjadi semenjak tahun lalu
kes anak berancuk ini telah memualkan
banyak kaki tangan kerajaan

apa makna nya?


maknanya kaki tangan kerajaan
sudah mual dengan kerenah rosmah dan najib
maka mereka telah memberikan
resit sebagi bahan bukti

tukar tiub megucapkan syabas
kepada pegawai kerajaan yang laian
sila bocorkan kes kes rasuah
yang menghancurkan negara

MULUT BESAR

NOTA:
mulut horizonal besar
mulut vertikal besar
dua dua mulut besar
ini kerana suka makna free

PERDANA MENTERI SELEWENG WANG RAKYAT UNTUK MAJLIS PERTUNANGAN ANAK BELIAU?

Pada 17 Jun 2011, Perdana Menteri dan isteri telah mengadakan satu majlis pertunangan anak perempuan beliau dengan pasangannya di Seri Perdana. Majlis tertutup itu dihadiri oleh pembesar negara, tokoh-tokoh terkenal dan sahabat handai Perdana Menteri dan isteri beliau.

Sejurus selepas majlis itu dilangsungkan, pimpinan KEADILAN telah mempersoalkan sama ada perbelanjaan majlis tersebut ditanggung oleh rakyat Malaysia? Dr Tan Kee Kwong, ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN telah tampil menyebut bahawa ada ura-ura ia ditanggung oleh rakyat Malaysia kerana dibayar oleh Pejabat Perdana Menteri.

Hari ini, KEADILAN mengemukakan bukti kukuh bahawa majlis tersebut dibiayai oleh rakyat Malaysia apabila keseluruhan urusan tempahan dan pembayaran dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri.

Dokumen yang disertakan bersama adalah dokumen tempahan catering yang memperincikan kos berikut:

Kos jamuan VIP seramai 36 orang @ RM522 seorang
RM18,792
Kos jamuan tetamu seramai 862 orang @ RM359.60 seorang
RM309,975
Kos pengendalian
RM81,000
Jumlah RM409,767

Rakyat memahami kehendak dan citarasa Perdana Menteri dan isteri yang sememangnya mahukan majlis dan jamuan yang terbaik untuk tetamu mereka. Tetamu tidak dihidangkan dengan menu rakyat 1Malaysia, sebaliknya menu yang mirip santapan diraja termasuklah daging panggang Australia, makanan-makanan laut dan pelbagai juadah yang diluar kemampuan dan imaginasi rakyat biasa.

Sementara itu hak peribadi mereka untuk mempunyai citarasa yang tinggi, adalah sangat memualkan apabila wang rakyat digunakan memenuhi nafsu dan citarasa mereka itu. Pada masa yang sama, Perdana Menteri membayar perunding-perunding untuk membina imej seorang yang makan bersama-sama rakyat dan menampilkan serba kesederhanaan.

KEADILAN telah membuat semakan dan berjaya mengesahkan bahawa individu-individu yang dinamakan di dalam dokumen tersebut adalah sahih dan bekerja di organisasi masing-masing.

Ini bukan perkara yang remeh walaupun jumlahnya hanyalah RM409,767 kerana ia melambangkan sikap sambil lewa kerajaan, bermula dari Perdana Menteri hinggalah ke menteri-menterinya menggunakan wang rakyat bagi kemewahan peribadi.

Dengan pendedahan-pendedahan setakat ini yang melibatkan menteri-menteri dan timbalan menteri, KEADILAn berpendapat sudah sampai masanya satu suruhanjaya diraja ditubuhkan menyiasat penyelewengan wang rakyat oleh Perdana Menteri, menteri-menteri dan timbalan menteri yang telah didedahkan setakat ini.

Perkara ini akan dibincangkan bersama-sama rakan di dalam Pakatan Rakyat untuk dibawa ke sidang Dewan Rakyat yang bermula minggu depan.


MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
9 MAC 2012

Bro TT

Jom kita sidai Mashitah ni lagi... hehe...

Posted: 10 Mar 2012 07:07 AM PST

Bau fantasi seks Dr Mashitah hacing

DR Mashitah bukan sahaja perlu menarik balik tulisan fitnah melulu di Sinar malah beliau perlu meletak jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana tuduhan beliau itu setaraf JKK kampung. Tulisan fitnah beliau itu tidak setaraf dengan pengajian Phd dan seorang pemimpin bertaraf menteri.

Mashitah hanya melenyapkan tulisan berbau hacing yang penuh dengan dendam busuk di Sinar tetapi tidak pernah meminta maaf diatas ketelanjuran tulisan itu. Amat mudah beliau memalukan orang kemudian mahu menyembunyikan diri dibalik kepala shit.

Bekas Iman Masjid Kampung Pandan dalam meminta maaf kepada hakim dan merayu pun dikenakan hukuman satu tahun penjara. Inikan pula fitnah yang mengaibkan maruah orang dan pemimpin perjuang Islam.

Tidak sama orang Islam dengan ahli Badar. Tidak sama perjuang Islam dengan orang Islam. Menfitnah perjuang Islam yang menolong agama Allah, amat berat padahnya wahai Mashitah.

Bertaubatlah wahai Mashitah dan segera bersama orang yang memperjuangkan Islam bimbang nanti ilmu Islam itu akan menjadi karat yang memakan diri sendiri.

Tulisan Mashitah:

"Penangkapan Ahli Mahlis Pimpinan Tertinggi PKR, Badrolamin Baharon yang dituduh berkhalwat dengan isteri orang di Kuantan minggu lalu adalah kesinambungan krisis moral yang membabitkan ramai pemimpin pakatan pembangkang. Gelaran ustaz dan orang kuat Anwar Ibrahim tidak menjadikan beliau kebal; malah dilaporkan dibelasah sebelum diserah kepada Jabatan Agama Islam Pahang.
"Mengikut laporan, beliau mempertahankan diri dengan beri alasan cuba membantu isteri yang lari daripada suami kerana ingin menyelesaikan krisis rumah tangga. Mungkin benar, mungkin tidak. Beliau kini direhatkan sebulan sementara kesnya disiasat.

"Berlakunya penangkapan ini dalam waktu persiapan pilihan raya umum tidak lama lagi pasti meletakkan pakatan pembangkang dalam keadaan tertekan. Mereka perlu lakukan damage control, apatah dengan pelbagai krisis yang dihadapi di Kedah (pemberontakan ahli Exco Pas terhadap Menteri Besar), Selangor (skandal curi pasir dan longgokan sampah) dan Pulau Pinang (diskriminasi terhadap orang Melayu dan projek kroni). Kewujudan Pas yang berpuak-puak di Kelantan serta perkelahian antara parti komponen Pakatan Rakyat di Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan, Johor dan Perak benar-benar menguji persediaan pembangkang menghadapi PRU ke-13 nanti.

"Apa pun, kes Badrul Amin mengingatkan kita kepada Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang juga pernah ditangkap berkhalwat dengan isteri kawannya sendiri di Kota Bharu kira-kira 12-13 tahun lalu. Ketika itu beliau Ahli Parlimen Kubang Kerian. Ketika ditangkap, isteri kawannya berada di dalam bilik hotel, manakala Mohamad Sabu hanya memakai tuala. Beliau dibicarakan di mahkamah Kelantan tetapi akhirnya dibebaskan.

"Tidak kurang hebatnya cerita Adun Pas Selising ditumbuk seorang lelaki di stesen keretapi Wakaf Bharu beberapa tahun lalu kerana disyaki berzina dengan isteri orang dalam gerabak keretapi. Khabarnya kes ini terpaksa diselesaikan sendiri oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

"Penyokong parti pembangkang diketahui sering menyimpan rahsia keburukan pemimpin-pemimpin mereka, terutama berkaitan skandal seks, projek atau rasuah. Mereka cuba menonjolkan imej baik dan maksum. Namun, adakala bagai menutup bangkai dengan nyiru.
Skandal membabitkan bos Badrolamin – Anwar Ibrahim – berlarutan 20 tahun. Dua kali dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan liwat, beliau dibebaskan atas sebab-sebab teknikal. Namun, majoriti rakyat, terutama mereka yang mengenali beliau secara rapat, tahu latar belakang dan orientasi seksnya.

"Semasa diberi peluang menjawab tuduhan salah laku seks di mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada 2 September 1998, Anwar menzahirkan kemarahan dengan menumbuk meja. Beliau tidak menjawab tuduhan, malah pusing cerita mengatakan bahawa beliau juga boleh berkonspirasi menjatuhkan Presiden parti dengan menghantar wanita kepada Tun (ketika itu Datuk Seri) Mahathir Mohamad. Maksudnya, beliau diperangkap.

"Turut menuduh beliau ketika itu ialah Mohamad Sabu, yang memberinya gelaran Anwar al-Jub***. Namun, bila Mat Sabu sendiri terbabit dengan skandal seks, dia ikut cara Anwar, iaitu menuduh Umno telah memerangkapnya. Tidak mengejutkan Ustaz Badrul Amin juga juga akan menuduh Umno dalang dalam kes khalwatnya.

"Presiden Pas sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pernah dikaitkan dengan skandal membabitkan anak dara kira-kira 10 tahun lalu. Beliau dikatakan mengambil gadis itu untuk dijadikan isteri ke-3. Beliau menafikan. Begitu juga dengan bekas Speaker DUN Kelantan, yang dikatakan bernikah dengan wanita lewat 20-an dari Kemboja bernama Haseena sekitar waktu yang sama, tanpa pengetahuan isteri pertamanya.
"Perkahwinan bekas Adun Pas Melor dengan wanita Kemboja yang berakhir dengan perceraian mendapat liputan media secara meluas kerana kesnya berlarutan beberapa tahun di mahkamah. Dilaporkan bekas isterinya menuntut pampasan RM3 juta kerana mengetahui Adun Pas itu mampu serta memiliki harta yang banyak.

"Rakyat jelata tidak seharusnya terpengaruh dengan gelaran ustaz atau lebai hatta tuan guru daripada kalangan pemimpin parti pembangkang. Ataupun terpegun dengan jubah yang labuh, serban yang tinggi atau janggut yang panjang. Hakikatnya mereka adalah ahli politik yang boleh tergoda dengan wanita dan memiliki nafsu seperti orang lain. Mereka juga boleh terpalit dengan dosa walaupun pada waktu yang sama menuduh orang lain kafir."

http://nanbinjai.blogspot.com/

LAWAK HUJUNG MINGGU... kahkahkah...

Posted: 10 Mar 2012 05:05 AM PST

KES KEGANASAN EEE DITUTUP


Imigresen Melaka Tahan 21 Rakyat Asing Dalam Operasi
MELAKA: Jabatan Imigresen Melaka menahan 20 wanita warga asing dan seorang lelaki Bangladesh dalam satu operasi selama enam jam di dua kawasan berasingan di sekitar Melaka Tengah.

Kes Kehilangan Nurul: Polis Johor Tahan Seorang Lagi Lelaki
JOHOR BAHARU: Polis Johor menahan seorang lagi lelaki untuk membantu menyelesaikan kes kehilangan kanak-kanak perempuan Nurul Nadirah Abdullah, sejak 1 Mac lepas.

Lelaki Berjumpa Kawan Ditemui Mati Terapung Di Laut
GEORGE TOWN: Polis Gerakan Marin menemui mayat lelaki yang sebelum itu dikatakan pergi menemui kawannya, terapung di perairan Pantai Macalum di sini, Jumaat.

Tiga Sekeluarga Maut Dalam Nahas Di Lebuhraya Pantai Timur
KUANTAN: Tiga sekeluarga maut manakala seorang lagi anggota keluarga itu cedera selepas kereta yang dinaiki mereka dikatakan merempuh belakang sebuah treler di Km 210.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berhampiran Gambang awal pagi Jumaat.

Polis Rampas 221 Keping Cek Kembara Palsu Dari Dua Pelancong Asing
KUALA LUMPUR: Polis menahan dua pelancong warga asing serta merampas 221 keping cek kembara bernilai RM82,000 dalam mata wang dolar Amerika (USD), pound British dan Euro yang dipalsukan, Ahad lalu.

Tiga Beranak Rentung Di Seri Kembangan
KUALA LUMPUR: Tiga sekeluarga rentung dalam keadaan berpelukan setelah terperangkap dalam kebakaran di sebuah rumah teres dua tingkat yang dihuni mereka di Jalan Aman, Seri Kembangan dekat sini awal pagi Jumaat.

Dua Adik-Beradik Ditahan Miliki Pistol, Peluru
SUBANG JAYA: Dua adik-beradik ditahan polis kerana meiliki pistol dan lima peluru hidup.

Warga Afrika Maut Cuba Larikan Diri Daripada Polis
SUBANG JAYA: Seorang warganegara Afrika maut ketika cuba melarikan diri dari serbuan polis di sebuah apartmen 12 tingkat dekat sini.

Polis Pecaya Nurul Nadihah Masih Hidup
JOHOR BARU: Pihak polis mempercayai kanak-kanak berusia lima tahun yang dilaporkan hilang, Nurul Nadirah Abdullah masih hidup.

Lima Ditahan, Polis Temui Dadah Bernilai RM50,000
SEREMBAN: Polis menahan lima individu termasuk seorang wanita dalam serbuan di dua lokasi termasuk sebuah hotel di sini semalam dan menemui dadah jenis heroin dan syabu yang dianggarkan bernilai RM50,000.

Dua Lelaki Ditahan, Pistol, Parang Dan Dadah Dirampas
PASIR MAS: Polis menahan dua lelaki dan merampas sepucuk pistol, dua bilah parang dan dadah setelah kereta mereka terbabas semasa dikejar kereta peronda polis di Jalan Teliar, Bunut Susu, dekat sini, pagi Khamis.

Pengawal Keselamatan Maut Digilis Treler
KOTA BHARU: Seorang pengawal keselamatan, yang baru pulang membeli ubat di sebuah farmasi, maut apabila motosikal yang ditungganginya bergesel dengan sebuah treler di Bulatan Tuan Padang di sini, Khamis.

Bekas Pramugari Dan Kekasih Ditahan Disyaki Miliki Ganja
SUNGAI PETANI: Seorang bekas pramugari dan kekasihnya ditahan kerana disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah inap desa di Persiaran Cinta Sayang, di sini.


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

MALAYSIA NEGARA KE -19 PALING SELAMAT – berita hairan

KUALA LUMPUR: Walaupun ada pihak sentiasa cuba memburukkan imej negara ini, namun kajian Global Peace Index (GPI) 2011 mendapati Malaysia adalah negara ke-19 paling selamat daripada 153 negara di seluruh dunia.

Malaysia juga diletakkan sebagai negara paling aman di Asia Tenggara dan keempat di Asia Pasifik selepas New Zealand, Jepun dan Australia.

Ini adalah julung kalinya Malaysia diberi ranking setinggi itu sejak 2007 dan negara ini adalah antara enam negara bukan Eropah yang menduduki 20 tempat teratas dalam senarai berkenaan, di samping Iceland, New Zealand, Jepun, Qatar dan Australia.

Penemuan edisi kelima kaji selidik oleh Institute for Economics and Peace yang berpejabat di Sydney itu diumumkan pada hujung Mei. Pada 2007, Malaysia menduduki tangga ke-37 dan jatuh ke tangga ke-38 pada 2008, sebelum memperbaiki kedudukannya daripada tempat ke-26 pada 2009 kepada tempat ke-22 pada 2010 dan tempat ke-19 pada 2011.

Indeks berkenaan mengandungi 23 petunjuk kualitatif dan kuantitatif oleh sumber yang dihormati, yang menggabungkan faktor dalaman dan luaran iaitu daripada perbelanjaan ketenteraan di peringkat nasional hinggalah kepada hubungan sesebuah negara dengan jirannya serta tahap pematuhan hak asasi manusia.

KAH KAH KAH
KAH KAH AKH
KAH KAH KAH

.... i rest my case my lord.... kah kah kah

Bro TT

Video: Terselak la kain Shahrizat... kahkahkah...

Posted: 10 Mar 2012 03:25 AM PST

Rafizi dan Zuraida Fail Saman Balas Terhadap Shahrizat

PETALING JAYA 9 MAC : Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli dan Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin hari ini memfailkan pembelaan berhubung saman RM100 juta yang dikemukakan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil terhadap mereka.

Saman Shahrizat, yang merupakan Menteri Pembangunan Wanita dan Komuniti menerusi Muhammad Shafee dan Co difailkan terhadap Rafizi dan Zuraida pada 19 Januari lalu berhubung dakwaan beliau terbabit dalam skandal Projek Fidlot Kebangsaan (NFC).

"Pendirian saya dan YB Zuraida sememangnya konsisten daripada awal lagi dan kita memang menunggu peluang untuk ke mahkamah bagi merungkai sedalam-dalamnya penyelewengan yang berlaku dalam NFC.

"Kerana setakat ini kita tidak dapat maklum balas yang memberansangkan daripada pihak audit mahupun jawapan-jawapan menteri," ujar Rafizi dalam satu sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat PKR di sini petang tadi.

Rafizi turut melahirkan kekhuatiran Shahrizat mungkin melengah-lengahkan atau membatalkan saman berkenaan ekoran risiko besar yang bakal timbul jika skandal tersebut dibicarakan di mahkamah nanti.

"Ini kerana beliau tahu jika ia diteruskan, semua pimpinan Barisan Nasional akan terheret ke dalam kes ini.

"Saya juga faham risiko yang dihadapi mereka bilamana kes ini diteruskan maka segala dokumen yang setakat ini dirahsiakan akan terdedah," jelas Rafizi.

Sehubungan itu, Rafizi bertindak memfailkan saman balas terhadap Shahrizat terutamanya ke atas kata-kata berbaur fitnah yang diucapkannya ketika pembukaan Perhimpunan Agung Wanita Umno pada 30 November 2011 lepas.

"Saman ini bukan soal wang atau peribadi, sebaliknya ia sebagai memberi ruang bagi memastikan kes ini mendapat tarikh perbicaraan di mahkamah.

"Kalau kita defendan dan beliau plantif, beliau berpeluang untuk menangguhkan atau menggugurkan kes.

"Oleh itu, sekarang kita ingin menjadi plantif untuk memastikan kes ini tidak ditangguhkan pihaknya dan dibicarakan di mahkamah," beritahu Rafizi sambil menambah sekurang-kurangnya kes penyelewengan berkenaan dibawa ke muka pengadilan setelah tidak diambil sebarang tindakan oleh Kerajaan Umno-BN.

Video: Tinggal ibu lumpuh di hotel bajet...

Posted: 10 Mar 2012 12:42 AM PST

KUALA LUMPUR: Menitis air mata seorang ibu yang lumpuh apabila menyedari dirinya ditinggal terbiar oleh anak tunggalnya di sebuah hotel bajet di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini, sejak empat hari lalu.

Dia kini dijaga kakitangan hotel berkenaan yang membantunya menguruskan diri termasuk mandi dan mengganti lampin pakai buang selepas anaknya gagal dikesan.

Warga emas itu mulanya tinggal bersendirian di kampungnya di Johor, tetapi sejak sebulan lalu anaknya yang masih bujang membawanya ke ibu kota.

Faridah Maulud, 66, yang keseorangan ditemui pekerja hotel dalam keadaan meniarap di lantai ketika memeriksa bilik disewa anaknya selepas lelaki berusia 27 tahun itu gagal menjelaskan bayaran empat hari hingga menimbul tanda tanya kepada pengurusan hotel.

Ketika ditemui Harian Metro semalam, warga emas itu kelihatan lemah dan tidak bermaya serta berkali-kali memaklumkan dia ingin ke rumah kebajikan kerana tidak mahu menyusahkan staf hotel yang membantunya. - Harian Metro

LAWAK: Doktor gigi sakit gigi...

Posted: 09 Mar 2012 10:35 PM PST

Bukan nak suruh hisap rokok tapi nak bagi tau kuasa mematikan menghidupkan, memanjangkan dan memendekkan umur adalah kuasa Allah SWT semata-mata...

GEMPAR!! Hantu Altantuya mula mengganas... kahkahkah...

Posted: 09 Mar 2012 08:00 PM PST

Siasat semula kes Altantuya – Mat Zain

KUALA LUMPUR 9 Mac: Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim menggesa polis membuka semula siasatan kes pembunuhan wanita Mongolia, Antantuya Shaariibuu kerana "banyak perkara yang tidak kena" dalam kes itu.

Selain itu katanya, berlaku "penyembunyian bukti material dan juga manipulasi" dalam perjalanan kes berkenaan yang menyebabkan penganalisis politik Abdul Razak Baginda dibebas daripada tuduhan bersubahat.

Najib tak pernah kenal siapa Altantuya... kahkahkah...
Dua lagi tertuduh dalam kes itu, Insp Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar didapati bersalah oleh mahkamah dan dijatuhkan hukuman mati.

Mengulas lanjut, Mat Zain berkata, polis mempunyai kuasa dan justifikasi untuk melihat semula keseluruhan siasatan mereka untuk mencari bukti.

"Tiada (pihak) yang mempunyai kuasa untuk menghalang polis daripada menjalankan tugas mereka. (Peguam Negara) Tan Sri Abdul Gani Patail pun tidak boleh (halang).

"Seorang pegawai polis boleh menahan, tanpa waran, mana-mana orang yang menghalang mereka," katanya dalam kenyataan seperti dilapor Malaysiakini hari ini.

Walaupun peguam negara berkuasa menamatkan prosiding jenayah itu, namun Ghani Patail katanya tiada kuasa memusnahkan bukti.

"Peguam Negara mungkin mempunyai kuasa untuk memulakan, menjalankan atau menamatkan apa-apa prosiding jenayah namun beliau tidak berkuasa untuk memalsukan, memanipulasi, menyembunyikan atau memusnahkan bukti pada bila-bila yang dia suka.

"Fahami juga bahawa IGP (ketua polis negara) bukannya pak turut AG dan bahawa polis boleh berfungsi secara bebas tanpa perlu menyesuaikan siasatan menurut kehendak AG," katanya lagi.

Tambahnya, pendakwaan dan hukuman ke atas Azilah dan Sirul Azhar mungkin dijalankan berdasarkan "bukti palsu" yang diakui Abdul Razak dan seorang saksi dalam kes berkenaan, penyiasat persendirian P Balasubramaniam.

Dalam penghakiman kes itu, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohd Zaki Md Yasin tidak menyentuh secara langsung mengenai motif dua anggota polis yang dijatuhi hukuman itu selain membebaskan Razak Baginda.

Razak Baginda ialah kenalan rapat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di mana penganalisis politik itu pernah mengarahkan Musa Safri yang merupakan Ketua Pengawal Peribadi Najib untuk menangani Altantuya, seperti apa yang didakwanya, wanita itu mengugut beliau.

Najib nak lari dari bawah ketiak Mahathir? Kahkahkah...

Posted: 09 Mar 2012 06:00 PM PST

Konspirasi dalam Umno: Najib rancang 26 Mei untuk merdeka dari Dr M

Tekaan untuk tarikh pilihan raya kembali lagi dan sekarang ianya mengatakan bahawa 26 Mei, yang jatuh pada hari Sabtu sebagai tarikh keramat itu. Walau bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak enggan mengadakan pilihanraya lebih awal daripada itu walaupun penasihatnya cuba berselindung dengan mengadakan cerita bahawa 'pilihan raya semakin hampir' kepada pihak media, ini berkemungkinan hanya diadakan untuk mengelirukan kita.

"Terus terang saya cakap, saya tidak fikir Najib sendiri tahu bila PRU ke-13 akan diadakan. Sehingga dia menyiapkan pelan penggantian dengan Mahathir, dia tidak akan berani untuk mengadakan pemilihan parti," kata pemerhati Umno kepada Malaysia Chronicle.

Mereka yang ditemuramah Malaysia Chronicle juga menegaskan 26 Mei juga merupakan hari Sabtu terakhir bulan tersebut, ini menjadikan itulah tarikh yang akan dipilih.

Namun, ramai yang yakin bahawa ini adalah teka teki terbaru dari Najib - untuk memberi kejutan setelah hampir semua memikirkan bahawa dia terlalu takut untuk berhadapan dengan pilihanraya apabila mandatnya tamat tahun depan.

Mesyuarat untuk mengatasi 'kejutan' Najib

Pemerhati politik memberitahu baru-baru ini bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad telah berjumpa dengan beberapa veteran Umno, termasuk mufti Perak, Harussani Zakaria untuk berbincang tentang hak-hak Melayu yang juga menunjukkan bahawa Mahathir juga telah menghidu perubahan pada rancangan Najib dan mahu merencana taktik yang baru pula.

Adalah dipercayai bahawa mesyuarat Mahathir-Perkasa memberi tumpuan kepada bagaimana untuk meningkatkan perpecahan antara Melayu dan bukan Melayu dan untuk terus memburukkan imej orang Kristian, bagi meraih sokongan orang Melayu kepada sayap kanan Umno. Sebuah plot yang sama dengan kejadian rusuhan kaum 13 Mei 1969 juga dipercayai untuk menjadi kecemasan mereka.

"Anda mesti ingat bahawa PRU ke-13 akan diperhatikan oleh ahli UMNO serta pembangkang. Kepada panglima-panglima Umno, ia mambawa banyak erti. Apabila ia diumumkan, ini bermakna semua broker kuasa akan mengadakan perjanjian untuk berkongsi kekayaan negara. Sudah semestinya, BN mungkin gagal dalam PRU ke-13, tetapi ini adalah apa yang selalu berlaku pada pilihan raya. Rundingan untuk kepentingan mereka sendiri sentiasa diutamakan. Pertikaian utama akan menjadi 'siapa yang dapat apa', "kata pemerhati Umno.

Menurutnya, Mahathir yang berusia 86 tahun bimbang jika Najib mula menentangnya kerana ini bermakna Mukhriz tidak akan berpeluang untuk menjadi Perdana Menteri buat masa ini.

Mempertaruhkan populariti sendiri tanpa mempedulikan Umno, MCA dan Gerakan

Walaupun takut akan pengaruh Mahathir, Najib bertaruh pada populariti peribadinya untuk mendapatkan undi. Daripada usahanya mendalangi kejatuhan NFC RM250mil, dia kelihatan bersedia untuk memburuk-buruk dan memusnahkan Umno supaya kekal sebagai Perdana Menteri. Harapan itu tidak mustahil memandangkan bahawa UMNO telah Berjaya mendapat nama buruk seperti MCA, Gerakan dan MIC. Laungan 'Asalkan bukan Umno' telah menjadi sorakan sebahagian besar rakyat Malaysia terutama sekali orang Melayu.

Jika Najib mampu menang atas kekuatan sendiri, ini bermakna dia tidak perlu membuang sepupunya Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri yang secara automatik akan mengambil alih jawatan timbalan perdana menteri dari Muhyiddin Yassin. Terdapat tekanan dari kem Mahathir supaya Najib mengorbankan Hisham supaya Mukhriz boleh dimasukkan ke dalam slot TPM dengan lebih cepat.

Khabar angin dari UMNO juga riuh dengan spekulasi mengapa Najib tidak mengumumkannya dalam perhimpunan agung Umno dan pemilihan parti akan diadakan pada akhir tahun ini. Dia sudah pun mengumumkan mesyuarat tahunan bagi semua cawangan Umno akan diadakan di antara 1 April ke 15 Jun, manakala pemilihan bahagian akan diadakan dari 1 Julai hingga 15 September. Sambutan tahunan bagi pembentukan Umno akan diadakan pada 11 Mei 2012.

Tetapi dua tarikh utama yang tidak diumumkan Najib ialah pemilihan parti dan perhimpunan agung Umno. Ini memberi petanda bahawa kerja dalaman sedang dijalankan.

Calon boleh menang untuk kawal bahagian dan cawangan menjelang pemilihan Umno

Walau bagaimanapun, mengikut masa yang diumumkan, ia amat sukar bagi Najib untuk mengadakan PRU ke-13 pada Mei atau Jun. Walaupun begitu, jika PRU ke-13 diadakan pada bulan November atau tahun depan, Najib akan membubarkan Parlimen pada pertengahan tahun. Ini bermakna pelbagai cawangan dan mesyuarat bahagian akan bermula seperti yang diumumkan, tetapi tidak semua akan dapat berbincang.

Dipertengahan jalan, Najib dijangka mengumumkan calon-calon boleh menang BN untuk PRU ke-13, di mana selepas itu, hanya akan tinggal sedikit masa untuk panglima UMNO untuk bertindak. Ya atau tidak, mereka terpaksa juga menerimanya. Umno terpaksa melakonkan perpaduan dalam parti jika ingin mengalahkan ketua pembangkang parti Pakatan Rakyat iaitu Anwar.

Apabila PRU ke-13 selesai, calon pilihan Najib yang menang kerusi masing-masing akan mengambil alih bahagian Umno itu dan mengadakan mesyuarat cawangan untuk menggantikan pemegang jawatan tertinggi dengan penyokong kuat sendiri dan bersedia untuk pemilihan parti di mana mereka akan dijangka untuk mengundi bagi Najib dan beroleh majoriti besar. Dengan cara ini, Najib akhirnya boleh menjadi Presiden Umno yang kuat, tanpa perlu tunduk kepada Mahathir. Dengan orang-orangnya ditempat yang strategik, Najib akan berupaya mengisi ahli majlis tertinggi parti dengan para penyokongnya.

Mahathir tidak akan duduk diam

Sudah tentu, Umno-BN tidak boleh menang pada PRU ke-13, di mana dia akan menjadi Presiden Umno dan Ketua Pembangkang dan bukannya Presiden Umno dan Perdana Menteri. Walau bagaimanapun, dia seolah-olah yakin mampu mengalahkan saingan utamanya, Anwar ibrahim.

Selain itu, sama ada rancangannya berjalan lancar bergantung kepada apa tindakan yang akan dilakukan oleh Mahathir untuk mengatasi rancangan 'rampasan kuasa' Najib. Pada usia 86 tahun, Mahathir masih lagi seorang ahli politik yang disegani dan masih mampu memberi kejutan.

Pada masa ini, Najib nampak seperti 100% di belakang Mahathr. Tetapi, mereka tahu sesuatu yang tidak dijangka boleh berlaku.

Pemerhati memberi amaran bahawa Najib, pada bila-bila boleh menarik balik sokongannya kepada Mahathir untuk menghadapi pendakwaan ke atas bekas PM ynag telah menyalahgunakan kuasa dan rasuah dengan membantu kroni dan keluarganya untuk mengumpul kekayaan yang besar.

Namun Mahathir seringkali dikatakan mempunyai cengkaman tersendiri ke atas pemimpin BN yang lain, termasuk Najib yang sering terlibat dalam skandal.

"Najib cuba untuk menunjukkan bahawa dia dan Mahathir sangat rapat. Dia cuba untuk memberi isyarat kepada orang yang melindungi Mahathir dari skandal-skandal yang lalu seperti MAS dan kejatuhan Tajudin Ramli, Air Asia dan Proton," kata pemerhati UMNO.

"Tetapi itu hanya pada zahirnya sahaja. Hakikatnya, kita tidak nampak Najib mempunyai keberanian yang cukup untuk memberanikan diri dihadapan Mahathir atau inikan pula mengatasinya. Mahathir juga bukanlah seorang yang akan berdiam diri. Ada kemungkinan Najib tidak akan berani untuk memisahkan diri dari Mahathir dan pengaruhnya. "

Malaysia Chronicle

Bukan nak bela Anwar Ibrahim...

Posted: 09 Mar 2012 04:00 PM PST

Haji Subky Abdul Latif seorang penulis bebas dan tinggal di Kuala Lumpur. Seorang pendiam, dia gemar meneliti perangai manusia dan berita politik di Malaysia. 







**************************

Antara Anwar, Najib siapa baik dengan Khalid Mishal?

9 MAC — Saya tidak bercadang untuk membela Anwar Ibrahim yang menyatakan boleh menimbang menjamin keselamatan Israel dengan syarat-syarat yang dijangka tidak akan diterima oleh Israel.

Tetapi Perdana Menteri Najib Razak, Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin Umno lainnya belumlah lebih jelas sikapnya terhadap Palestin dibandingkan dengan Anwar Ibrahim.

Kerajaan Malaysia baik di bawah Mahathir mahupun di bawah Najib ada membela Palestin dan negaranya yang dicadangkan di bumi Gaza dan Tebing Barat yang ditadbir oleh kerajaan Palestin sekarang. Mahathir akrab dengan Yasser Arafat dan Najib kenal Presiden Mahmood Abbas.

Mahathir dan Najib tidak kenal rapat Khalid Mishal, pemimpin Hamas yang mendapat perlindungan di Syria selepas dia dibelasah agen rahsia Israel di Jordan tidak lama dulu. Tetapi Anwar Ibrahim kenal Arafat, Mahmood Abbas dan kenal semua pemimpin Hamas.

Antara Anwar dan Najib campur Mahathir siapa lebih kenal dan lebih rapat dengan Khalid Mishal yang memimpin Hamas? Tentulah Anwar. Malah selepas kenyataan Anwar tentang apa yang dikatakan menjamin keselamatan Israel di WSJ, Anwar sudah berjumpa Khalid Mishal. Mereka sudah membincangkan isu yang berbangkit itu.

Khalid dan Hamas mewakili perjuangan membebaskan Palestin yang lebih jelas dari perjuangan PLO. Pendirian Mahmood dan Fatah yang dipimpinnya telah lama cair terhadap Israel, tetapi Hamas belum melepaskan senjata terhadap regim zionis itu.

Menyokong Palestin saja tidak cukup kalau tidak sama menyokong Hamas. Adakah Najib dan kerajaan mempunyai hubungan yang baik dengan Hamas? Semasa Hamas berkuasa di Palestin ada satu sidang antarabangsa di Kuala Lumpur. Kerajaan Malaysia memberi perwakilan itu kepada Fatah sedang Menteri Luar Palestin dari Hamas yang sudah berada di Kuala Lumpur dinafikan.

Semasa Najib jadi ketua Pemuda Umno Khalid Mishal pernah datang ke Kuala Lumpur. Dia bercadang untuk menermui Nazri Aziz yang belum jadi menteri tetapi menjadi Ketua Biro Antarabangsa Pemuda Umno. Mishal bercadang untuk membincangkan kemungkinan Hamas menubuhkan pejabatnya di Kuala Lumpur sama seperti yang diberikan kepada Fatah.

Rombongan tertinggi Hamas tidak dapat layanan yang baik kerajaan dan Umno. Semasa Khalid berada di Malaysia, saya yang menemankannya ziarah hingga ke Kuala Terengganu dan Kota Baru. Bukan Wisma Putra dan bukan pemimpin Umno.

Kiranya ditanya pemimpin dan penyokong Hamas, siapa lebih mereka kenal antara Dr Mahathir, Najib dan Anwar? Kita terkejut jawapannya ialah Anwar. Mengapa? Justeru Anwar ada talian dengan kebanyakan orang Palestin. Ada pun Najib dan Dr Mahathir, ramai yang kenal tetapi dipercayai jaraknya tidak sama dengan Anwar.

Justeru itu, apa pun yang Anwar kata tentang Palestin dan Israel, hati rakyat Palestin lebih kenal dengan Anwar dari semua yang pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Untuk dikatakan Anwar itu alat dan boneka Israel, bagi setengah orang Palestin belum tentu Anwar lebih dari rekod Arafat dan Mahmood Abbas.

Kenyataan Anwar tentang Israel rasanya sekadar menjamin bersyarat jika ia dapat dipenuhi Israel. Jaminan belum sama dengan pengiktirafan. Anwar belum menyebut tentang pengiktirafan. Apa lagilah hubungan diplomatik.

Kiranya Zionis boleh bersetuju dengan syarat Anwar itu, maka barulah jaminan itu akan dibincangkan. Kalau pun jaminan itu boleh diberi, tetapi tidak semestinya ia boleh diiktiraf.

Saya kata begitu untuk bersangka baik dengan Anwar bahawa dia tidak dapat disama dengan Najib dan Mahathir yang dipercayai banyak bermain mata dengan Israel.

Contoh terbaik jaminan Malaysia tanpa pengiktirafan dan tanpa hubungan diplomatik ialah dengan Taiwan. Malaysia hanya mengakui satu China di dunia. Siapa yang mengakui Taiwan maka rosaklah hubungannya dengan China.

Tetapi China tidak tersinggung dengan jaminan Malaysia kepada Taiwan dan segala hubungan dagang antara keduanya.

Bagi mengukur sokongan kepada Palestin sekarang apa kata kalau Khalid Mishal tidak selesa tinggal di Syria berikut pergolakan di negara itu. Di mana Khalid hendak mendapat perlindungan? Jika dia mohon perlindungan menetap di Kuala Lumpur sambil meneruskan perjuangan Hamas. Adakah Najib bersedia? Kalau Pakatan berjaya mengambil Putrajaya, rasanya Khalid tidak ada masalah.

Mati rasa macamana?

Posted: 09 Mar 2012 02:00 PM PST

Macamana rasa sakit nak mati...?
Sakitnya rasa macam kabu yang basah diletak pada batang berduri dan ditarik secara songsang...

HODOH: Curi duit masjid RM5...

Posted: 09 Mar 2012 12:00 PM PST

KUALA TERENGGANU – Kedengaran lucu, tapi ia sebenarnya menjengkelkan. Seorang penganggur yang mungkin terdesak, sanggup 'memancing' menggunakan lidi, semata-mata kerana ingin mencuri wang tabung masjid sebanyak RM5.

Bagaimanapun, tindakan 'kreatif' tertuduh iaitu Draman Hamzah, 39, yang berasal dari Kebor Besar, di sini, akhirnya dibalas dengan hukuman penjara selama sehari.

Majistret Noradila Ab Latif ketika membaca keputusannya turut memerintahkan agar tertuduh membayar denda sebanyak RM500 atau dipenjara selama dua minggu jika gagal membayar denda.

Sebelum itu, tertuduh mengaku bersalah sebaik pertuduhan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan ke atasnya dibacakan. Pendakwaan dijalankan oleh Inspektor V Ravi.

Berdasarkan fakta kes, pengadu, Sayed Shahidi Sayed Mohamad, 38, pada 6 Mac lalu, kira-kira jam 12.10 tengah hari, yang ketika itu berada di rumah seorang rakan di Kampung Tok Ku Chabang 3, menyedari seorang lelaki tidak dikenali duduk berdekatan tabung masjid di situ, dipercayai hendak mencuri wang dalam tabung.

Pengadu bersama rakannya kemudian ke pintu utama masjid, dan mendapati ada lelaki sedang 'mengail' dengan menggunakan lidi dalam tabung tersebut.

Dia bersama rakannya kemudian menangkap suspek dan ketika ditangkap, terdapat RM4 dalam genggaman tangan kiri dan RM1 masih lagi berada pada lidi pengail.

Pengadu kemudiannya merampas RM5 daripada suspek dan tidak lama kemudian, polis tiba. Dia kemudiannya menyerahkan wang RM5 itu dan suspek kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sinar

Tiada ulasan: