Addin |
- (Video) Memalukan!! MB Pahang Maki Dan Halau Wartawan Akhbar Berbahasa Cina
- (Video) Penuh Sesak Ceramah Anwar Di Pulau Pinang
- (Dikemaskini) Jadual Gaji Terbaru SSM 2012
- Nak Solat Dhuha Pun Zambry Kadir Buat Banner
- Najib!! Kalau Berani, Sahutlah Cabaran Nih..
- Malaysia Darurat??
- Najib Ahli Kehormat Freemason Sejak 1980 Lagi?
- 40,000 Rakyat Sabah Masih Tiada Sijil Lahir.. Bukti Kerajaan BN Gagal
- Ustazah Dr. Mashitah Dah Insaf
(Video) Memalukan!! MB Pahang Maki Dan Halau Wartawan Akhbar Berbahasa Cina Posted: 10 Mar 2012 08:43 AM PST KUANTAN, 10 Mac - Apa sudah jadi dengan Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) agaknya. Jika dulu di awal tampuk kuasanya sebagai MB, beliau pernah menunjukkan isyarat lucah di Hari Pencalonan Pilihanraya Kecil DUN Sanggang, Temerloh. Isu itu hangat diperkatakan, hingga beliau digelar MB Samseng, Adnan Samseng, MB Lucah dan banyak lagi. Kemudian, beberapa tahun yang lalu beliau sekali lagi mengamuk. Kali ini kepada wartawan media arus perdana ketika beliau berucap di Sidang DUN Pahang. Selepas lebih 10 tahun berlalu, Adnan dilihat sudah kembali "normal" dan gelaran samseng, lucah dan sebagainya mula hilang begitu saja. Namun, entah apa kenapa tiba-tiba kita dikejutkan dengan tindakan MB Pahang itu memakin hamun dan menghalau wartawan akhbar berbahasa Cina dari membuat liputan programmnya. Kejadian berlaku di sebuah hotel terkenal di sini pagi tadi. Beliau ketika itu hadir ke acara pembukaan Pesta Buku di hotel terbabit. Ketika melihat wartawan berkenaan, Adnan tiba-tiba menjerit dan menghalau wartawan-wartawan terbabit supaya keluar dari hotel itu. Tidak cukup dengan itu, Adnan juga menggelarkan mereka sebagai "Wartawan Bodoh (Stupid)", sambil disaksikan oleh orang ramai yang berada di situ. Semua panik melihat gelagat Adnan, namun masing-masing tidak mampu berbuat apa-apa dan sekadar tergamam melihat aksi MB Pahang itu. Sebelum ini kami pernah melaporkan semua wartawan akhbar berbahasa Cina dihalang masuk ke satu forum pro-Lynas yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Pahang di RTM Pahang Januari lalu. Kini, kejadian yang sama berlaku dan lebih memalukan ia melibatkan MB Pahang sendiri. Soalnya sekarang, wajarkah seorang Menteri Besar berperangai seperti itu?. Mengamuk dan menghalau wartawan adalah satu tindakan yang tidak wajar sebenarnya. Namun, mungkin Adnan punyai sebab tertentu untuk berbuat demikian kerana beliau tahu bahawa akhbar berbahasa Cina telah membuat liputan meluas terhadap projek kilang memproses rare earth Lynas Corporation yang kini dibantah rakyat. ~pahangdaily |
(Video) Penuh Sesak Ceramah Anwar Di Pulau Pinang Posted: 10 Mar 2012 06:21 AM PST |
(Dikemaskini) Jadual Gaji Terbaru SSM 2012 Posted: 10 Mar 2012 04:47 AM PST Sebelum ini saya ada buat sedikit kiraan berkaitan jadual gaji minimum maksimum gred 41 seperti yang disampaikan oleh PM kita pada perhimpunan penjawat awam 2012 iaitu kenaikan 13% dan PGT antara RM80 ~ RM320 mengikut gred perkhidmatan. Namun memandangkan ramai di antara kita tercari-cari bagaimana pulak dengan gred 44, 48, 52, dan 54 dalam sektor awam ini. Maka saya pun cuba edit excel format Gred41 bersesuaian dengan gred 44 ~54. ~matkedah |
Nak Solat Dhuha Pun Zambry Kadir Buat Banner Posted: 10 Mar 2012 12:47 AM PST Inilah Umno.. nak solat dhuha pun Zambry Kadir buat banner.. Mentaliti MB haram Umno dan seangkatan dengannya, jikalau buat program mesti kena ada publisiti. Walau apa pun keadaan mesti kena publisiti. ~fb pas gopeng |
Najib!! Kalau Berani, Sahutlah Cabaran Nih.. Posted: 10 Mar 2012 12:21 AM PST Najib ada berani ke? Jikalau hang betul-betul berani sahutlah cabaran nih.. Kalau hang di pihak yang benar sahutlah cabaran nih.. Jangan cakap belakang je.. Sila buktikan!! Sambil menegaskan bahawa tidak timbul soal beliau memohon maaf, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli sebaliknya meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjawab lapan perkara dengan mengemukakan dokumen rasmi sebagai bukti perbelanjaan pertunangan anak perempuannya tidak dibayar oleh rakyat.
Kedua, Najib perlu mengesahkan sama ada dokumen Banquet Event Order (BEO) yang dikemukakan olehnya (Rafizi) adalah dokumen yang sah dan bukannya palsu;
Kelapan, Najib perlu mengemukakan bukti bayaran yang dibuat oleh beliau dan keluarga beliau untuk menanggung perbelanjaan tersebut; termasuklah salinan cek, penyata bank atau dokumen-dokumen lain dari akaun bank peribadi beliau."Sekiranya perdana menteri berjaya mengemukakan dokumen-dokumen tersebut dan membuktikan tidak pernah sekalipun caj tanggungan berjumlah hampir setengah juta itu direkodkan sebagai tanggungan Kerajaan Malaysia, barulah rakyat Malaysia boleh berpuas hati bahawa majlis mewah untuk pertunangan anak beliau itu tidak ditanggung rakyat Malaysia," tegas Rafizi dalam satu kenyataan. Jika tidak, tambahnya, perdana menteri akan berdepan dengan persepsi rakyat bahawa beliau pun tidak ubah seperti menteri-menteri lain di dalam kabinetnya yang didakwanya, menggunakan wang rakyat dengan sewenang-wenangnya untuk bermewah bagi tujuan peribadi. Menurut Rafizi, beliau menyambut baik kenyataan rasmi yang pantas dikeluarkan oleh PMO menafikan bahawa perbelanjaan majlis pertunangan anak Najib pada 17 Jun 2011 lalu dibiayai oleh wang rakyat melalui Pejabat Perdana Menteri, walaupun dokumen dari Hotel Shangrila yang mengendalikan majlis secara jelas menunjukkan semua urusan tempahan dan bayaran dibuat melalui PMO. "Persoalan saya memohon maaf tidak timbul kerana kenyataan dua perenggan itu hanyalah satu penafian, tanpa ada sebarang bukti atau fakta yang boleh menafikan kesahihan dokumen atau tuduhan yang dibawa terhadap Perdana Menteri. "Dalam suasana kepercayaan rakyat terhadap iltizam BN memerangi rasuah adalah sangat rendah, penafian semata-mata tidaklah mencukupi. Apatah lagi apabila dokumen yang dibawa menjadi bukti kukuh bahawa Pejabat Perdana Menteri mengendalikan urusan tempahan dan bayaran bagi majlis itu," tambahnya. ~malaysiakini |
Posted: 09 Mar 2012 11:48 PM PST Konon puak-puak engkau nih laungkan negara demokrasi, nih demokrasi apa? Demokrasi taik kucing!! Aktivis BERSIH dilarang masuk Sarawak Ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah dilarang memasuki Sarawak pagi ini. Beliau dihalang di lapangan terbang Kuching oleh pegawai Imigresen apabila tiba pukul 9 pagi ini. "Mereka berkata ini adalah arahan daripada kerajaan negeri dan jika saya mahu masuk Sarawak lagi, saya mesti menulis surat kepada Pejabat Ketua Menteri," katanya ketika dihubungi pagi ini. Maria pergi ke Sarawak untuk bertemu dengan aktivis BERSIH tempatan. ~malaysiakini |
Najib Ahli Kehormat Freemason Sejak 1980 Lagi? Posted: 09 Mar 2012 09:05 PM PST Satu berita menggemparkan telah berlaku, dan kami sendiri tidak perasan akan isu ini. Ianya berkaitan dengan laporan tentang Manifesto Najib Razak dalam artikel terdahulu. Sungguh, tidak disangka-sangka bahawa dalam maklumat tentang perkhidmatan sosial Najib, ada menyebutkan beliau adalah Ahli Kehormat FreeMason Malaysia sejak 1980 hingga sekarang. Ramai yang tertanya-tanya, dari manakan maklumat ini diperolehi?. Kami sendiri terkejut dengan maklumat berkenaan. Namun, suka diingat bahawa segala maklumat berkenaan telah dihantar oleh salah seorang puak-puak UMNO sendiri menerusi database profail peminpin UMNO yang terdapat di Ibu Pejabat UMNO Malaysia. Jika benar Najib adalah Ahli Korporat FreeMason Malaysia. Maka ini adalah sesuatu yang harus diberi perhatian dan lebih besar untuk kita perkatakan. Perkara ini amat mengejutkan semua pihak. Namun, kami tidak berani untuk mengiya atau menidakkannya. Hanya pembaca sendiri boleh menilai dan menyiasat perkara ini. Kami hanya menyiarkan salinan asal maklumat berkenaan sahaja. Maka itu disini sedikit kami huraikan tentang Freemanson dan serta kaitan dengan musuh-musuh Islam dengan identiti yang tersendiri dan sangat-sangat menjijikkan. Maka jika benar bakal PM Malaysia terlibat sebagai Ahli Kehormat FreeMason Malaysia, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menolak beliau naik. Jika tidak sudah pasti seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam akan berada dalam keadaan bahaya. Sudahlah selama ini kita dirosakkan dengan Islam Hadhari. Mungkinkah pula selepas ini kita akan ditanamkan pula dengan Islam Glokal pula. Sila rujuk dibawah :- ZIONISME Tentu sekali anda menyangka Zionisme merupakan gerakan utama yahudi. dewasa ini juga zionisme sering terpampang di media cetak terutama di dada-dada akhbar, pastinya. zionisme merupakan ideologi yang dianuti yahudi dan ada juga dari bangsa lain. Ia mula wujud sejak penulisan buku Negara Yahudi karangan karut Theodore Hertzl. Tujuan utama ideologi sesat ini tidak lain tidak bukan membina Haikal Sulaiman ditapak Masjidil Aqsa sekarang juga menubuhkan Negara Sekular untuk bangsa Yahudi laknatullah. Bersama protokol-protokol yahudi yang hengseng. BILDERBERG Joseph Retinger yang merupakan penasihat politik Poland membuat persepakatan dengan putera raja dari Belanda iaitu Bernhard bersama-sama Perdana Menteri Belgium, Paul Van Zoeland. Telah rancak menggiatkan sebuah pertubuhan Bilderberg yang menerapkan kebebasan bersuara dalam muktamar mereka. Bilderberg juga mengatur rencana untuk menguasai Pertubuhan Pakatan Atlantik Utara (NATO), iaitu ketenteraan berpuluh-puluh negara dan mempunyai aset peperangan bernilai berbillion-billion ringgit serta pangkalan tentera di merata-rata wilayah yang boleh diatur bila-bila sahaja. Kesimpulannya, Bilderberg memegang jatuh naik sesebuah negara. contohnya, Amerika telah menandatangani perjanjian dengan India untuk membangunkan senjata nuklear. Kesannya, kita akan lihat India sudah sebaris dengan Russia, Perancis, dan Jerman. Tetapi apabila Iran mahu membangunkan kuasa nuklear untuk tujuan keamanan, segera dihalang Britain, Perancis, dan Jerman. Sungguh, Bilderberg benar-benar menguasai dunia melalui Amerika dan Eropah, sedangkan Bilderberg itu sendiri di bawah Zionis. Mudahnya, zionis memegang dunia. FREEMASON Bermula 10 Syaban 1398H bersamaan 15 Julai 1987 masihi, Lajnah Fatwa Majmak Fiqhi di Mekah Al-Mukarramah telah mengeluarkan fatwa, kafir bagi sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung dengan pertubuhan Freemason. Impak pertubuhan paling lama bertapak di muka bumi ini menghasilkan implikasi yang benar-benar, paradoksnya. Berhasrat untuk merampas kembali Palestin dari Kristian untuk membina kembali Haikal (Istana) Nabi Sulaiman. Asetnya tidak manimalis, malah akan melebarkan pemerintahannya ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir, dan Madinah. Namun, selepas zaman Revolusi Eropah pada kurun ke-17 yang merakamkan kejatuhan kerajaan Kristian dan kegemilangan Islam, perhatian terus dihala kepada Islam. Pertubuhan ini dianggotai bangsa Yahudi tulen, persis Ariel Sharon, Ehud Barak, dan lain-lain. Freemason mempunyai beberapa pertubuhan yang dinaunginya serta menggunakan simbol yang sukar ditafsir, seperti matahari, bulan, mata, pyramid. Antara pertubuhan songsang mereka, Illuminati, Pertubuhan Bnai Brith, Pertubuhan Bahaiyah - menimbalkan keraguan dalam hati umat Islam mengenai agama yang disyiarkan dan dianuti.Pertubuhan Kesaksian Yehova. Gerakan ini amat banyak di Malaysia yang berselindung disebalik Badan Kebajikan Lions Club dan juga Rotary Clubs. Bahkan ramai juga orang Islam yang terlibat dengan gerakan ini atas nama kebajikan untuk menarik perhatian umat Islam. ILLUMINATI Secara nyatanya sejarah awal penubuhan Illuminati yang diambil dari makna perkataan Lucifer(Iblis) yang bererti pemegang cahaya. Illuminati ini tidak lain hanyalah satu ideologi yang berperintahkan pemerintahan tunggal yang tunduk pada tuhan(kononnya) mereka, iblis. Illuminati juga menguasai media dengan mengaburi mata dunia dengan perancangan pelbagai peperangan dan revolusi menjadi kunci mereka dapat menguasai negara-negara lain. Dengan kehendak Tuhan, apabila utusan Illuminati membawa dokumen penting untuk revolusi di Perancis, mati dipanah petir diatas kudanya sendiri tika dalam perjalanan dari Frankfurt menuju kota paris. Pihak Polis menjumpai dokumen-dokumen penting Illuminati lalu diserahkan kepada pihak pemerintah.Akhirnya, arahan untuk menutup Lodges Of The Grand Orient (sarang sulit pertubuhan Illuminati) berkuat kuasa terhadap semua sarang tersebut di Bavaria. Diasaskan oleh Adam Weishaupt, seorang Freemason, Yahudi Jerman yang berfahaman Zionis. Beliau merupakan seorang pensyarah di Universiti Ingolstadt, Jerman. Asas segala semangat Zionis bermula dari dasar-dasar Adam Weishaupt. Walaupun begitu, Zionist merupakan musuh kita, tetapi bukan kaum Yahudi. Kita sebagai umat Islam dilarang menghina kaum Yahudi. Ini kerana, isteri Rasulullah S.A.W bernama Safiyah bt. Huyay (Bani Quraizah) keturunan Yahudi dari susur galur Nabi Harun A.S. Kita boleh berkawan atau berkahwin dengan orang Yahudi kerana mereka seperti kita juga. Ramai di kalangan orang Yahudi sendiri menentang Zionis. Bagi mereka, Zionis golongan sesat yang menyembah Lucifer (Iblis). Apa yang penting, kita jangan ikut telunjuk Yahudi Zionis yang ternyata ingin memusnahkan kita. Yahudi Zionis adalah dari keturunan Khazars yang sememangnya menentang agama Islam, agama Kristian dan semua agama di dunia ini. 13 keluarga pendokong Illuminati yang paling berkuasa di dunia sejak berzaman - Astor, Bundy, Collins, DuPont, Freeman, Kennedy, Li, Onassis, Reynolds, Rockefeller, Rothchild, Russel dan Van Duyn. Mereka menguasai dunia di sebalik tabir. Mereka menguasai ekonomi, kewangan dunia, sistem geopolitik, kelas sosial tinggi, pentadbiran kerajaan, sektor swasta & NGO, pendidikan tadika sehingga ke peringkat universiti (terutamanya Oxford, Cambridge, Harvard, Yale), pentadbiran agama, kumpulan underground terancang hampir seluruh negara. Mempunyai jentera dan jaringan yang terluas di dunia merentasi 7 benua 7 lautan. Berasa kaget? Lawat laman ini untuk maklumat lanjut. http://www.bibliotecapleyades.net/bloodlines ILLUMINATI DAN FREEMASON Setelah buku The Original Writings Of The Order And Sect Of The Illuminati yang menyingkap kejahatan Illuminati diterbitkan oleh kerajaan Bavaria pada 1786, Weshaupt terus mengerahkan anggota-anggotanya menyusup ke sarang sulit Blue Masonary. Kesan kemasukan Illuminati ke dalam Freemason menyebabkan hampir 40% daripada ahli-ahli Freemason merosot di Amerika. Ini jelas menunjukkan kedudukan illuminati sebenarnya telah mengatsi Freemason pada hakikatnya namun untuk terus mengaburi mata dunia, hanya namanya diletak dibawah Freemason. [Kami ucapkan terima kasih atas keperihatinan pembaca berkenaan dengan perkara ini. Maka itu, ayuh bangkitlah rakyat Malaysia terutamanya umat Islam agar rancangan Najib ini tidak diteruskan. Jik aia berlaku juga maka kita akan berada dalam situasi yang sungguh bahaya. Apapun kami masih menjalankan siasatan yang rapi akan perkara ini. Kami juga tidak mengajak anda terus percaya dengan berita ini. Jika tidak benar Alhamdulillah, namun jika benar? Sama-samalah kita ambil iktibar akan perkara ini. Selamatkan Malaysia. TG Nik Aziz pernah mendedahkan keterlibatan ramai pemimpin UMNO dengan pertubuhan ini dulu! ~pencacaisemalaysia |
40,000 Rakyat Sabah Masih Tiada Sijil Lahir.. Bukti Kerajaan BN Gagal Posted: 09 Mar 2012 08:45 PM PST Kira-kira 40,000 penduduk di Sabah menghadapi masalah dokumentasi kerana tidak memiliki sijil kelahiran dengan di daerah Semporna sahaja dianggarkan 4,000 kanak-kanak berhadapan masalah itu, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop. Beliau berkata antara punca masalah itu berlaku adalah kerana lewat mendaftar sijil lahir atau kad pengenalan manakala dasar pendidikan negara tidak membenarkan kanak-kanak tanpa kad pengenalan untuk belajar di sekolah tempatan. Katanya, masalah lewat mendaftar sijil lahir berlaku disebabkan kurangnya tahap kesedaran masyarakat tempatan akan kepentingan mendaftar kelahiran pada masa yang ditetapkan. "Mereka ini lebih suka menunggu lawatan pendaftaran bergerak dari Unit Khas Bergerak (UKB) ke tempat mereka bagi mengelakkan membayar kos tambang yang mahal untuk ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhampiran, tiada sijil pernikahan kerana berkahwin secara adat dan berkahwin dengan warga asing. "Selain itu, masalah berkahwin lebih daripada satu, tidak berdaftar dengan alasan tiada kad rawatan klinik kerana bersalin menggunakan khidmat bidan kampung, datang memohon tanpa ibu bapa kandung serta mengaku sebagai anak kandung kepada ibu bapa angkat," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.~bernama |
Ustazah Dr. Mashitah Dah Insaf Posted: 09 Mar 2012 07:46 PM PST "Tulisan Dr Mashitah Ibrahim yang bertajuk Skandal Seks, Krisis Politik Pakatan bertarikh 2 Mac 2012 di akhbar Sinar Harian telah dipadam. Tulisan yang mengutuk serta memfitnah peminpin PR termasuk Datuk Haji Hadi tidak lagi kelihatan di akhbar tersebut. Mungkin dia telah insaf. Semalam kali terakhir ia dilihat masih terdapat di ruang kolumnis, tetapi hari ini dibuang. Kini hanya tinggal tulisan sebelumnya Dana Yahudi untuk pilihan raya? bertarikh 24 Februari 2012. Hilangnya tulisan tersebut, ia memberi menggambar bahawa; Sememang Dr Mashitah mengakui tulisan bersumberkan 'tepi longkang' itu sememang fitnah dan tak terpakai. Dia mengakui ketelanjurannya.
Jadinya kalau Mashitah begitu sayangkan UMNO, ingin menulis untuk menangkan UMNO jangan menjadi seperti blogger pencacai, sesedap rasa ingin menulis. Ini kerana dia seorang Ustazah bertaraf Menteri, yang tulisannya dipakai puak-puak pokai ilmu!! ~siasahkini |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan