Rabu, 7 Mac 2012

shalehudin

shalehudin


Nah... seperti yang dijanjikan... kahkahkah...

Posted: 07 Mar 2012 10:00 AM PST

Sekali lagi kita di bekalkan oleh PKR dengan beberapa lagi pendedahan tentang kecurangan perbelanjaan oleh NFC...

Namun, rakyat bagai dah mangli dengan sikap tidak apa UMNO / BN kerana setiap pendedahan2 ini langsung tiada satu pun tindakan konkrit yang telah diambil oleh pihak berkuasa...

Baru hampa ada akai... kahkahkah...

Posted: 07 Mar 2012 08:36 AM PST

Kedah: Baru ada akai....

Oleh: MSK

Masa PRN Sarawak bulan April tahun lepas, aku duduk kat satu hotel. (Lupa dah nama dia).

Satu pagi tu..bila aku turun ke lobi, aku ternampak Salahudin Ayub tengah minum pagi dengan Anuar Hashim. Bila dia nampak aku..terus dia panggil aku minum sekali. Belum sempat aku duduk..Salahudin bagi tau kat Anuar Hashim suruh bagi borang Pas kat aku…sebab dia tau aku dah keluar PKR.

Aku bagi tau kat Salahudin..kalau aku masuk Pas ada dua kemungkinan akan berlaku. Sama ada aku tak tahan…atau dia tak tahan. Kami gelak saja.

Aku boleh ngam dengan Salahudin buka pasai dia Naib Presiden Pas..tapi pasai pemikiran yang sealiran. Cuma bezanya dia duduk dalam parti..tapi aku tak perlukan parti. Aku bukan nak jadi ADUN..jadi, parti bukan keutamaan aku.

Apa yang aku nak kaitkan Salahudin dengan Kedah ialah apabila aku dapat tau dia jadi Pengerusi dalam mesyuarat untuk menyelesaikan kemelut Kedah. Dia mempengerusikan mesyuarat sampai pukui 11 malam..kemudian Haji Hadi ambil alih sampai pukui 3 pagi.

Kalau melihat keputusan yang diambil..aku salut Salahudin dan AJK Pas Pusat. (Atau sapa-sapa saja lah yang buat keputusan itu).

Ramai orang ingat aku marah sangat kat Azizan Razak dan ada yang cuba cerita bagi tau kat aku.."jangan percaya sangat kat Pahrolrazi". Bagi aku individu itu tak penting.

Bagi aku..Azizan ka..Pahrolrazi ka..Ismail Salleh ka…semuanya sama. Najib ka..Anwar ka..Haji Hadi ka…semuanya sama.

Aku tak percaya kalau Azizan disingkirkan..dan Pahrolrazi naik ganti Azizan….Pahrolrazi akan jadi lebih baik. Sama saja. Malah aku rasa mungkin lebih teruk. Sebab baru jadi YDP dah mula tunjuk kuasa suruh Amirudin letak jawatan kalau tak sokong dia. Kalau Pahrolrazi naik ganti Azizan..Pahrolrazi jugak jadi macam Azizan.

Adakah masalah di Kedah ini juga berlaku sebab tak ikut Quran dan sunnah? Aku syok sentuh benda ni sebab bila aku tulis sesuatu tentang PAS..maka berduyun la komen suruh aku baca quran dan Hadis. "kalau ada masalah..kembali la kepada Quran dan Hadis".

Azizan kata apa yang dia buat adalah kerana Islam. Malah dia juga pernah kutuk sorang reporter tu.."Nak buat kerja ikut cara Islam!!"

Apakah Pahrolrazi menentang Azizan pasai Azizan tak ikut Islam..atau Pahrolrazi sendiri dan murtad?
Come on la.. ini semua tak ada kena mengena dengan Islam..tapi sistem.

Masalah yang aku nampak mengapa berlaku kemelut di Kedah ini ialah kerana sistem.

Sistem pemerintahan yang ada sekarang diwarisi oleh sistem yang diperkenalkan oleh Umno. Sapa saja yang naik dan terus mengamalkan sistem tersebut..dia akan jadi macam Umno.

Sapa yang jadi Menteri Besar..akan mempunyai kuasa yang cukup luas. Sampaikan Azizan ingat dia boleh ambik balik Perlis kalau dia mau. Dia jua ingat dia boleh berhentikan bekalan air ke Pulau Pinang. Ini contoh orang yang gila kuasa.

Sistem yang ada di negeri-negeri memberikan peluang untuk sesiapa saja yang jadi Menteri Besar untuk ikut kepala dia saja.

Sama macam di peringkat pusat. Sapa jadi Perdana Menteri, dia yang paling berkuasa. Ketua Polis, Peguam Negara, SPR, Ketua Pengarah SPRM…semuanya terpaksa tunduk kepada Perdana Menteri. Tu pasai kalau bini Najib berbelanja sakan pun…tak ada sapa yang berani tegur.

Dulu kita marah Mahathir..kita dapat Pak Lah. Ingatkan Pak Lah ni Mr. Clean..tapi bila jadi PM..dia juga jadi dirty. Buang Pak Lah..dapat kat Najib…juga dirty.

Apakah kalau kita buang Najib..ganti dengan Anwar..kita akan dapat yang clean? Tok sah harap la. Selagi sistem yang ada digunapakai..Anwar juga akan jadi dirty.

Aku setuju dengan pendekatan yang dibuat oleh PAS Pusat dalam isu Kedah ini pasai depa ubah sistem. Bukan ubah individu. Dan sistem yang diperkenalkan oleh PAS Pusat ini juga bukan ada dalam Quran atau Hadis. Zaman Nabi dulu mana ada Jawatankuasa Pemandu. Yang ada mungkin hanya Jawatankuasa Gembala Kambing.

Walaupun sistem itu pun aku tak berapa suka sebab ianya memindahkan kuasa dari Menteri Besar kepada Jawatankauasa Pemandu, tapi masih lagi ok sebab dah ada perubahan. Perubahan ini mengurangkan kuasa Menteri Besar. MB tak boleh lagi nak ikut kepala dia saja. Tapi perubahan ini mungkin akan memperlahankan proses membuat keputusan. Tak mengapa..janji perlu ada penambahbaikan yang dibuat dari masa kemasa. Kaizen…continous improvement all the time.

Sistem yang diperkenalkan oleh Pas ini memindahkan kuasa Menteri Besar kepada Jawatankuasa Pemandu yang dibentuk oleh parti. Yang ni pun boleh disalahgunakan. Kalau mereka yang dilantik dalam Jatankuasa Pemandu itu dipilih oleh orang-orang tertentu yang berkepentingan..lingkup jugak. Jadi aku harap PAS dapat melakukan satu sistem yang lebih terbuka. Tender-tender dibuat secara terbuka. Maklumat-maklumat juga perlu lebih telus.

Sebagai contoh..aku masih belum teruja kalau Pas bagi tau hasil balak Kedah meningkat 205 peratus. Tahun 2008, pendapatan Kedah melalui balak ialah 35 juta. Tahun 2010 meningkat kepada 50 juta.

Cakap macam tu saja aku tak yakin. Aku juga nak tau jumlah keluasan yang ditebang. Aku juga nak tau sapa yang dapat konsesi balak. Dan paling aku tak suka kalau hasil balak ini diperbesarkan sebab setiap balak yang ditebang..ianya memusnahkan alam sekitar. Aku lebih teruja kalau hasil balak menurun kerana kuota balak dikurangkan dan hasil pelancungan yang berasaskan alam semula jadi meningkat.

Aku lebih suka kalau ada program macam "hikeathon" Gunung Jerai berjaya menarik 5,000 peserta…ataupun International Whitewater Rafting di Sungai Sedim berjaya menarik 500 peserta luar negara. Yang tu aku teruja kalau dibandingkan dengan hasil balak.

So..satu perkara yang telah kita pelajari dalam kemelut Kedah ni…"Pakai akai"…bukan "ikut rasa".

Begitu jugak dengan pembaca-pembaca dan penyokong-penyokong Pas. Bila ada orang komplen..jangan terus kutuk orang yang komplen. Tak payah suruh depa balik mengaji Quran..tak payah suruh depa tunjuk bukti. Kalau hangpa ikhlas nak perbetulkan pemerintahan..selidik dulu.

Jangan la besaq kepala bagu tau kat orang.."orang luar jangan campurtangan pentadbiran PAS Kedah!" "Matsamankati..kalau tak suka pi masuk Umno la!"

Cara aku tulih mungkin kurang ajaq. Bahasa yang aku pakai tak ada insurans. Kalau hangpa buat betui-betui..aku pun tak ada modai nak kutuk.

Apa yang aku tulih dulu..sekarang pemimpin Pas sendiri dah buktikan. Ini yang dikatakan oleh Pahrolrazi dalam NST hari ini. 

"This is the most crucial element in our efforts to solve the Kedah Pas leadership crisis because Azizan ahd been flouting party guidelines and decisions on numerous occasions since he became Menteri Besar in March 2008."

"Azizan had been ruling the states by himself without consulting his councillors on many important issues."

"The manner in which he handled the case of five Kolej Universiti Insaniah students for demonstrating against the state-owned university college's administration is one example of his errant ways.'
"

I have nothing else to say. Case closed.

Sedap gak Ulama Muda Ni Tibai Mahathir (Video)

Posted: 07 Mar 2012 07:35 AM PST

Kenyataan Dr Mahathir Boleh Bawa Kekufuran - Fathul Bari

Kenyataan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai Hukum Hudud yang cuba dilaksanakan oleh Pas di beberapa negeri yang pernah ditadbirnya dianggap sebagai kenyataan dari seorang yang jahil tentang agama. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (ILMU), Ustaz Fathul Bari dalam satu ceramah yang dimuatnaik di laman sosial you tube baru-baru ini berkata sekiranya orang yang mengeluarkan kenyataan tersebut merupakan orang yang mempunyai ilmu, maka ia boleh mengakibatkan kekufuran.

"Kenyataan saya sangat jelas, di mana kalau ia keluar daripada lisan orang-orang yang mengetahui, yang ada ilmu, ia boleh membawa kepada kekufuran.

"Ini adalah kenyataan yang bahaya sebab ia bukan ciptaan ahli fiqah, ia adalah ciptaan Allah," menurut Fathul Bari.

Kata Fathul Bari, Hudud dalam Al-Quran banyak kali disebut secara umum dan perkataan Hudud itu adalah satu terminilogi bagi hukum Allah.

"Perkataan Hudud ini adalah satu terminilogi yang diguna pakai oleh ulama-ulama fiqh dalam memberikan takrifan, nak berikan perkataan sebab nak bagi mudah.

"Hakikatnya sama saja, hukum zina, hukum atas pencuri dan lain-lain, ianya adalah hudud.

"Mungkin benda-benda ni berlaku, satu, dari sudut kejahilan atau kedua berlaku disebabkan tekanan-tekanan politik yang berlaku," kata beliau lagi.

Beliau turut menegur pihak yang bertanyakan soalan berkenaan Hudud kepada pihak yang dianggap tidak mengetahui pengetahuan mendalam dalam isu yang disoal.

"Satu lagi, kalau kita nak tanya tanyalah pada orang yang tahu.

"Kalau kita nak tanya orang yang pakar ugama, yang alim ulamak tentang enjin motor, 'jammedlah' dia.

"Jangan tanya ustaz dalam carburator motor tu ada berapa skru? Mampuslah dia nak jawab," beritahunya lagi.- Anak Sungai Derhaka

Ni yang buatkan Najib berpeluh dahi nih... kahkahkah...

Posted: 07 Mar 2012 04:00 AM PST

PRU 13:Hidup mati Umno,kalau kalah teruk mungkin ada yang masuk penjara dan didakwa

Ini apa yang didedahkan oleh blog RPK Malaysia Today mengenai hidup mati Umno dalam pru 13 akan datang oleh wikileaks.Umno kalau kalah pru 13 akan datang bukan takat maruah hilang tapi mungkin ada setengah daripada pemimpin Umno masuk penjara.Ini yang amat menakutkan Najib dan pemimpin Umno-BN.Sapa tak faham boleh Google Translate

Next Election :Do or die for Umno-Malaysia Today

The Global Intelligence Files

Investigative partnership organised by WikiLeaks
Data obtained by WikiLeaks

To win this next election, you've got to win back Malay votes. Create some fear... spook the Malaysians into voting for UMNO again. For Najib, it's not just about winning the election; it's the survival of BN. The fear of BN is not just that they might lose the election, but that some of them might go to prison. Some of them might be indicted. This is really a do or die situation for them.

These are the key points of the Stratfor e-mail message dated 6 December 2011 (the full text can be read below):
1. 'To win this next election, you've got to win back Malay votes. Create some fear... spook the Malaysians into voting for UMNO again. For Najib, it's not just about winning the election; it's the survival of BN. If they lose it will represent a major shift in the Malaysian situation. You will see what is happening in Japan and Taiwan. The fear of BN is not just that they might lose the election, but that some of them might go to prison. Some of them might be indicted. This is really a do or die situation for them.'

Bahasa Melayu Google lebih kurang begini maksudnya;
Bagi Najib, ia bukan hanya tentang memenangi pilihan raya, ia adalah survival BN. Jika kalah, ia akan mewakili anjakan utama dalam situasi Malaysia. Anda akan lihat apa yang berlaku di Jepun dan Taiwan. Takut BN tidak hanya bahawa mereka akan kehilangan pilihan raya, tetapi sesetengah daripada mereka mungkin pergi ke penjara.Sesetengah daripada mereka mungkin akan didakwa. Ini adalah benar-benar situasi hidup atau mati untuk mereka. '

2. Again, our insight told us that there is no real possibility that BN will lose; but the key question is really whether they can do any better than in 08. And importantly, can Najib do any better?

3. The rhetoric is an attempt to unify the Malay against the non-Muslim, non-Malay (this why we are seeing coordinated vitriol against DAP), but it's also an attempt to stay relevant in a new political landscape.

4. Although the 2008 election revealed that Umno could no longer count on the strong support of the majority of Malays, it's unlikely the main Opposition Pakatan Rakyat alliance will be able to offer a sufficiently credible, stable alternative to the BN.Baca semua di sini.

'Tok Nujum' Bekas Bendahari Umno Tun Daim kata nasib Umno-Bn dalam pru 13 tidak akan alami nasib buruk macam pru 12 yang lalu. Sama-sama kita tengok nanti ramalan siapa yang tepat.Rakyat adalah raja di hari mengundi.

Drama Swasta Yang Wajib di Tonton... kahkahkah...

Posted: 07 Mar 2012 12:00 AM PST

Drama swasta Najib dan Sharizat: Meneruskan korupsi dlm Umno

Berita sudah keluar dari mulut tuan punya badan sendiri. Menteri Wanita Sharizat Jalil mengatakan terpulang pada Perdana Menteri Najib Razak untuk menentukan nasib beliau sebagai senator setelah tamat tempoh lantikannya bulan hadapan.

Para pemerhati melihat ini sebagai skrip biasa UMNO yang dijangka akan dituruti oleh kedua-dua pemimpin, penuh sentimental tanpa mengambil kira kepentingan negara, yang ingin menerukan kehidupan tanpa budaya korupsi yang di amalkan dan diteladani dengan terbaik sekali oleh Najib dan Sharizat dalam isu NFC yang bernilai RM250 juta.

Jelas sekali Najib tidak akan meneruskan perlantikan Sharizat sebagai senator, yang bermakna Sharizat akan kehilangan jawatannya dalam Kabinet. Sudah tentu Najib akan berterima kasih terhdap khdimat dan sumbangannya kepada negara, tetapi akan memberi alasan tekanan masyarakay dan bagaimana beliau tiada pilihan tetapi terpkasa mengambilkira kepentingan UMNO, tambahan pula pilihanraya umum ke 13 makin hampir.

Sharizat akan diketepikan secara berhemah, dengan penuh taat setia kepada Najib, walaupun telah dengan gighnya bertarung seperti harimau betina ketika berunding tentang jalan keluar untuk diri sendiri dan keluarganya. Samada beliau akan menarik diri dari jawatan ketua wanita UMNO,hal ini masih dalam perbincangan, sekurang-kurangnya, beliua mungkin dapat menjangkakan yang beliau akan tersingkir dalam pemilihan UMNO lewat tahun ini.

Drama biasa untuk memuaskan hati ahli UMNO

Yang menarik nya berkenaan skrip drama tersebut yang utamanya ialah ianya adalah kebiasaan dalam UMNO. Keduanya, ia menggambarkan Najib sebagai hero,walaupun pada hakikatnya hal ini adalah serangan luar kawalan terhadap Sharizat bagi menggantikan beliau dengan Menteri WP Raja Nong chik sebagai calon untuk kerusi Parlimen Lembah Pantai dalam pilihanraya umum ke 13.

Bagi Sharizat pula, ia dapat menyelamatkan beliau dari malu.Beliau tidak akan dimalukan dengan pemecatan, walaupun beliau mungkin akan berasa tak puas hati dengan Najib dan Nong Chik kerana di ambil kesempatan atas isu ini, beliau masih berjaya menyelamatkan diri melalui jalan keluar bagi diri nya dan keluarga beliau.

Perlu diambil perhatian bahawa tiada desas desus berkenaan dakwaan atau tuduhan pecah amanah. Najib sendiri memaklumkan bahawa pihak Peguam Negara tidak semestinya mendakwa walaupun pihak polis mencadangkan supaya suami Sharizat,Salleh Ismail di dakwa atas tuduhan jenayah pecah amanah.Keluarga Sharizat dikurniakan projek NNFC , diberi pinjaman kerajaan RM250 juta untuk memjukan projek tersebut. Mereka dituduh membelanjakan sebahagian besar wang tersebut untuk harta-harta peribadi seperti kondominium, supermarket, percutian mewah ke luar negara, diskaun berjuta ringgit kepada syarikta yang di kuasai keluarga beliau dan lain-lain lagi.

"Drama yang samayang telah kita tonton, yang diulang siaran berkali-kali.Najib dna Sharizat akan menjadi hero dan heroin walaupun pada hakikatnya keadaan sebenar mereka lah yang memalukan Malaysia dan UMNO.Najib boleh mengarahkan media arus perdana menyiarkan apa sahaja berita yang di kehendakinya, sebab kenapa tiada siapa yang percaya lagi kepada media. Kesimpulanya,Najib masih menyokong korupsi. Beliau membenarkan korusi dan yang anehnya, beliau dengan penuh hipokrit meminta maaf kepada masyarakat Malaysia sambil menyeru supaya BM diberi peluang kedua.kemudian beliau melakunkan aksi seperti ni" kata Ahli Parlimen PKR bagi kawasan Batu,Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.

Kempen secara halus untuk menyalahkan Mahathir

Sebenarnya banyak perkara yang Najib perlu minta maaf .Dalam jangkamasa pendek pemerintahan nya, tiada pencapaian besar, peningkatan korupsi,politik keagamaan dan perkauman.Kebelakangan ini, beliau menjalankan kempenn secara halus terhadap Mahathir bagi menyelamatkan siri, supaya kegagalan nya tidak begitu ketara.

Tidak disangsikan pemerintahan Mahathir yang berusia 86 tahun telah menyebabkan masalah besar kepada fabrik sosio ekonomi negara tapi itu kerana usia pemerintahan nya yang panjang iaitu 22 tahun,manakala Najib hanya dilantik sebagai PM 3 tahun yang lepas iaiatu dalam tahun 2009.Tteapi jika diberi tempoh yang panjang,peluang Najib untuk memusnahkan negara adalah lebih besar atau pantas berbanding usia pemerintahan nya.

Abdullah Badawi yang mengambil alih tampuk pemerintahan dari Mahathir pada tahun 2003 dapat meningktakan jumlah korupsi bagaimana pun hal ini dapat di pintas oleh Najib. Hakikatnya pemimpin UMNO seperti Najib dan Badawai,berlumba lumba mengaut keuntungan mana-mana yang boleh sebelum ekonomi negara bankrap, sebagaimana ramalan Menteri di Jabtan Perdana Menteri,Idris Jala bagi tahun 2019


" Malaysia tidak mencapai kemajuan sebaliknya keadaan semakin buruk.Malaysia telah jatuh terus dalam ranking Transparency International's Corruption Perception Index (CPI) dari tempat ke 56 ke 60. Kerajaan BN kurang skil dan kemahuan politik untuk menangani korupsi besar dan penyalahgunaan kuasa sebagaimana yg boleh dilihat dari skandal –skandal terbaru contohnya projek National Feedlot Corporation yang bernilai RM250 juta." kata Ahli Parlimen PJ Utara Tony Pua dalam satu kenyataan Selasa lepas.

"Najib menggalakkan kronism dan pilih kasih dalam pentadbiran nya dengan memberikan tender projek-projek mega dan konsesi tanpa melalui proses tender ,kepada sekutu-sekutu terkenal kerajaan BN. Sepatutnya BN minta maaf lebih lagi, bukan hanya untuk apap-apa kejadian sebelum tahun 2008 sahaja, tapi terutamanya kepada 3 tahun yang dibazirkan tanpa apa-apa. Permohonan maaf paling 'tulus' dari UMNO sebelum pilihanraya tidak akan mengubah persepsi rakyat terhadap BN, terutama nya bila pemimpin BN sendiri tidak mahu mengakui kesilapan mereka.

Antara projek yang diilhamkan oleh Najib dan penasihat2 nya termasuk projek 60 tahun lebuhraya pantai barat bernilai RM1.7 billlion. Kerajaan BN sejak beberapa tahun yang lalu sering memberikan projek mega kepada entiti-entiti yang berkaitan dengan jutawan kroni, Syed Mokhtar Al-Bukhary-kontrak bernilai RM7.55 billlion kepada DRB Hicom bagi mmebekalkan 257 kenderaan peribadi berperisai;projek konsesi pelan janakuasa arangbatu 1000 Megawatt kepada Malakoff Bhd dan perlantikan MMC Gamuda sebagai rakankongsi pemaju projek untuk projek MRT Lembah Kelang bernilai RM53 billion.

Salahguna kuasa di Malaysia, melaburkan hasil nya di Singapore

Tapi NFC yang paling mengejutkan masyarakat di Malaysia, yang siapa agaknya yang percaya kepada penipuan yang diberitahu oleh keluarga Shahrizat sebagai alasan menafikan tuduhan dan kritikan orang ramai mengenai dakwaan salahguna kuasa dan jenayah pecah amanah yang dilakukan oleh mereka.

Perkembangan terbaru ialah pendedaham Rafizi Ramli dari PKR,yang mendedahkan pelaburan Shahrizat dalam supermarket mewah di pusat beli belah Rochester Mall di Sinagpura. Keluarga Shahrizat salurkan sejumlah besar wang ke Singapura, membeli 2 unit kondominium mewah di kawasan ultra mewah Marina Bay, berhampiran kawasan kasino, melabur dalam restoran-restoran dan supermarket.

Teraju NFC,Salleh Ismail masih mendesak menyatakan bahawa ianya selari dengan visi dan ramalan pihak pengurusannya,memandangkan terdapat banyak daging lembu untuk dijual, kenapa tidak jual kepada Singapura,jiran kita yang mewah. Salleh terus dikecam kerana kebodohannya itu. Pertamanya, pihak Juruaudit Negara mendedahkan antara kelemahan NFC ialah kekurangan stok lembu hidup dan kegagalan nya untuk memenuhi sasaran memelihara lembu secukupnya untuk memenuhi 40% permintaan di Malaysia.Keduanya, untuk mengeshakan lagi penipuan Salleh, pendedahan seterusnya menunjukkan NFC tiada permit untuk mengekspot daging lembu ke Singapura.

"Salah satu bentuk penipuan yang sahkan persepsi bahawa pemimpin UMNO bukan hanya korup, tapi juga mereka tidak cerdik bila menyangka orang lain lebih bodoh dari mereka. Mungkin mereke fikir rakyat Singapura tidak tahu.Mereka ada internet. Mereka tahu mengenai lembu dan kondominium , menteri yang mencuri dari negara sendiri dan membawa wang ke Singapura" kata Tian.

Malahan ,orang asing juga memerhatikan bagaimana Najib,PM dan Presiden UMNO menangani isu ini. Tapi sungguh mengecewakan bila beliau menganjurkan korupsi untuk semua, dengan NFC sebagai contoh bagaimana wang negara boleh disalhagunakan kepada pelaburan di Singapura.

Dalam satu dekad menuju 2010, Global Financial Integrity , yang beribupejabat di New York melapurkan lebih dari 1 trillion ringgit telah disalurkan secara tidak sah ke akaun-akaun luar negara.Hingga hari ini, Najib enggan mengesahkan lapuran ini dan tiada tindakan diambil untuk menyiasat dakwaan ini walaupun GFI menawarkan bantuan untuk mengesan jejak wang tersebut.

Malaysia Chronicle

Tu diaa... Ramainya orang... kahkahkah...

Posted: 06 Mar 2012 10:00 PM PST

Ceramah Hasan Ali sudah mula tiada sambutan

Gambar di atas adalah kehadiran ceramah Hasan Ali di Kampung Melayu Subang malam tadi. 
Memang pada mula Hasan Ali memulakan "tour" beliau, kelihatan ceramah beliau mendapat sambutan.

Mengikut laporan yang Tulang Besi dapat dari ceramah beliau di Paya Jaras tempohari, majoriti yang hadir dalam ceramah di Paya Jaras tempohari adalah terdiri dari penyokong dan pendokong PAS.

Tujuan mereka hadzir adalah semata-mata mahu mendengar sendiri manusia bernama Hasan Ali mengutuk dan menista PAS.

Inilah budaya dalam PAS. Apabila PAS dikhianati samada oleh bekas pemimpin ataupun parti kawan, maka ahli2 mahu pergi melihat dan mendengar sendiri orang yang mengkhianati PAS tersebut.

Tulang Besi berpengalaman waktu Semangat 46 dibubarkan serta Tengku Razaleigh mula menghentam PAS serta Tok Guru Nik Aziz.

Waktu itu Ku Li buat road show seluruh negara. Dan Tulang Besi hadzir salah satu ceramah Ku LI tersebut. Tulang Besi lihat sendiri majoriti yang hadzir dalam ceramah itu adalah penyokong dan pendokong PAS.

Perkara yang sama berlaku kepada Hasan Ali. Namun, di dalam pusingan kedua siri ceramah Hasan Ali ini, kehendak mahu melihat sendiri ini sudah habis. Maka, tinggalah beberapa kerat penyokong sebenar Hasan Ali yg masih mahu mendengar ceramah beliau seperti di bawah.

Tak lama lagi, ceramah Hasan Ali akan sama ramai pendengarnya macam ceramah Zul Nordin.

Allah Maha Kaya.

Tulang Besi

Licinnya pipi Dr Mashitah... kahkahkah...

Posted: 06 Mar 2012 08:00 PM PST

Mashitah sempurnakan kebankrapan moral Umno

"SELAMA 40 tahun dalam BN, saya tidak faham Islam tetapi dengan PAS dan PKR saya faham idealismenya. Umno tidak pernah ajar agama sebaliknya PAS yang mengajar saya mengenai Islam...," itulah pengakuan berterus terang bekas Naib Presiden MCA, Dato' Dr Chua Jui Meng ketika dijemput menjadi panelis program Wacana Sinar anjuran Kumpulan Media Karangkraf di Shah Alam, 29 Februari lalu.


Sejauh mana Umno berperanan menyampaikan Islam dan memberi kefahaman Islam kepada ahli-ahlinya juga kepada parti-parti kerabat BN yang lain? Jika apa yang dikatakan Dr Chua itu boleh dijadikan sandaran, jelas Umno yang menjadi parti teras dalam BN gagal mempromosikan imej positif Islam walaupun sering mengakui bahawa perjuangannya berteraskan agama dan bangsa. Malah konotasi "Melayu itu Islam" dan "Islam itu Melayu" seringkali terpacul daripada mulut para pemimpin Umno.

Kegagalan Umno ini tidak menghairankan apabila kita melihat reaksi melampau parti sekutunya MCA dalam menangani isu pelaksanaan hudud. Walaupun cadangan pelaksanaan hukum jenayah syariah termasuk hudud hanya terpakai kepada penganut Islam, MCA menentangnya secara bersungguh-sungguh tanpa menghiraukan sensitiviti dan perasaan umat Islam negara ini yang majoritinya menyokong cadangan tersebut.

Apa yang lebih mendukacitakan, sikap anti-syariah MCA ini tidak langsung mendapat bantahan daripada Umno mahupun kumpulan-kumpulan pendesak Melayu seperti Perkasa. Ini menunjukkan betapa besarnya pengaruh MCA terhadap parti Melayu itu. Walaupun seringkali menuduh DAP sebagai anti-Melayu dan anti-Islam tanpa sebarang sandaran hujah, Umno dan Perkasa tetap mengambil sikap berdiam diri apabila syariah Islam dihina oleh MCA terutama Presidennya, Dr Chua Soi Lek.

Dalam membicarakan kegagalan Umno mempertahan kesucian Islam dan melaksanakan tanggungjawab dakwah, pastinya kita tidak boleh lari daripada memperkatakan tentang peranan 'orang agama' dalam parti nasionalis sekular itu. Jelas 'orang agama' Umno yang sering diberi tanggung jawab menerajui institusi-institusi agama dan menjawat portfolio berkaitan Islam dalam kerajaan gagal menjalankan peranan sebagai da'ie (pendakwah) atau sekurang-kurangnya memberi 'nafas Islam' kepada Umno dan BN.

Lebih mendukacitakan apabila 'orang agama' Umno ini turut hanyut dalam kebejatan politik dan terikut-ikut dengan amalan politik Machiavelli majoriti pemimpin Umno.

Lihat sahajalah ruangan kolum 'Langit Terbuka' orang agama Umno, Dr Mashitah Ibrahim yang tersiar dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 2 Mac lalu. Dalam tulisan bertajuk 'Skandal seks, krisis politik Pakatan', Mashitah secara tidak beretika cuba mengaitkan para pemimpin PAS dan KeADILan dalam apa yang disebut beliau sebagai 'krisis moral' pemimpin pakatan pembangkang.

Antara yang menjadi mangsa serangan beliau adalah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan, Dr Badrolamin Baharon yang sangat diyakininya telah melakukan khalwat dengan isteri orang. Walaupun Dr Badrolamin dan wanita terbabit menafikan dakwaan liar itu dan hanya diminta memberi keterangan oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Mashitah sudah meyakini bahawa mereka telah melakukan khalwat.

Beliau juga menyerang Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim kerana kononnya dibebaskan daripada dua tuduhan liwat 'atas sebab-sebab teknikal' dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu kerana pernah ditangkap khalwat di Kota Bharu dan dibebaskan daripada tuduhan itu oleh 'Mahkamah Kelantan'. Mashitah juga tidak teragak-agak menyambung fitnah Umno dengan mendakwa Adun PAS Selising ditumbuk seorang lelaki di stesen keretapi Wakaf Bharu beberapa tahun lalu kerana disyaki berzina dengan isteri orang dalam gerabak keretapi.

Paling biadap, lulusan doktor falsafah bidang Usuluddin itu terus menjadi 'penyambung lidah syaitan' apabila mendakwa kononnya Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang terpalit dengan 'skandal membabitkan anak dara' kira-kira sepuluh tahun lalu. Tulis Mashitah, "Beliau (Tuan Guru Abdul Hadi) dikatakan mengambil gadis itu untuk dijadikan isteri ke-3..."

Adalah tidak menghairankan jika tuduhan dan dakwaan bertaraf sampah ini dibuat oleh blogger-blogger Umno yang sememangnya tidak beretika dan bankrap akhlak. Tetapi jika ianya datang daripada seorang ilmuwan agama Umno, berkelulusan doktor falsafah dan memegang jawatan Timbalan Menteri yang menjaga hal ehwal Islam, ia adalah sesuatu yang sukar diterima akal!

Sebelum ini pun Mashitah telah mencetus beberapa kontroversi tidak perlu seperti mempersendakan hukum hudud, mendakwa wanita boleh melacur jika darurat dan bergaduh dengan jiran hanya semata-mata kerana rumput halaman rumah.

Adakah beliau begitu terdesak untuk disenaraikan sebagai calon BN sehingga sanggup melemparkan tuduhan tidak berasas kepada lawan politik bagi membuktikan kesetiaannya kepada Umno dan BN?

Adakah beliau tidak merasa ngeri melihat medan politik Melayu Islam sudah begitu teruk bergelumang dengan fitnah qazaf sehingga beliau turut mahu menyumbangkan saham menyebarluaskan 'budaya lendir dan hanyir' itu?

Nampaknya 'orang agama' Umno sudah jauh tersasar daripada landasan kebenaran. Mereka bukan sahaja gagal berperanan sebagai pendakwah; malah turut merosakkan lagi imej Umno yang sudah sedia busuk dan reput di mata umum.

Jika Menteri Agama Umno, Dato' Seri Jamil Khir Baharom menyalahgunakan wang zakat untuk membiayai kempen politik dan menghalang pertuduhan qazaf; Mashitah sebagai Timbalan Menteri Agama pula membantu mengukuhkan 'politik lendir dan hanyir' bagi menghadapi lawan politik.

Orang agama Umno nampaknya gagal mengislahkan parti nasionalis sekular itu. Mereka sebaliknya membantu menyempurnakan kebankrapan moral dan akhlak Umno! - DD

Chiss!! Celaka punya janda...

Posted: 06 Mar 2012 06:00 PM PST

Negara Zina : Ibu rakam anak dirogol teman lelaki

SHAH ALAM - Seorang janda bukan sahaja bertindak keji membiarkan anaknya diratah teman lelakinya, malah tambah jijik dia tergamak merakam aksi rogol itu menggunakan telefon bimbit untuk kepuasan nafsu.

Nasib kanak-kanak berusia 11 tahun itu mendapat pembelaan apabila Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman penjara 21 tahun terhadap wanita itu kerana bersubahat dengan teman lelakinya merogol mangsa, tiga tahun lalu.

Hakim Latifah Mohd Tahar turut menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 15 sebatan terhadap tertuduh Ma Kassim Sirat, 44.

Ma Kassim, pemandu teksi, mengaku bersalah atas tiga pertuduhan merogol mangsa di sebuah pangsapuri di Rawang pada 12 tengah malam, pertengahan Disember 2009 dan 30 Januari 2010, dan jam 10 malam, Mac 2010.

Sementara itu, ibu kanak-kanak itu didakwa bersubahat dengan teman lelakinya di tempat dan masa yang sama.

Pasangan kekasih itu didakwa mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Peguam Roland Engan dan M Hafiz Zainol Abidin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan mengambil kira pengakuan salah anak guamnya yang telah insaf dan menyesal.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Hemy Annerina Haja Mydin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat kerana peranan ibu mangsa yang bersubahat dalam kes itu amat mendukacitakan.

"Perkara ini menyedihkan kerana ia tidak pernah didengar dalam mana-mana kes sebelum ini," katanya.

Beliau yang dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya R Kalaiyarasi berkata, mahkamah perlu mengambil kira kesan terhadap mangsa yang trauma sepanjang hayat akibat perbuatan kedua-dua tertuduh.

"Setiap hari, mangsa akan tertanya-tanya mengapa ibunya sendiri tidak menyelamatkannya (dari kejadian rogol). Hanya disebabkan oleh nafsu kedua-dua tertuduh, mangsa berdepan titik hitam dalam hidupnya. Kecederaan fizikal boleh diperbaiki, tetapi tidak emosi," katanya.

Berdasarkan keterangan mangsa, ibu memanggilnya masuk ke bilik tidur sebelum Ma Kassim merogolnya.

Pada kejadian kedua, ibu mengumpan mangsa dengan hadiah sempena hari lahir dan pada kejadian terakhir, wanita itu merakam perbuatan terkutuk lelaki itu.

Rosmah dah rantai kaki Najib kot... hihi...

Posted: 06 Mar 2012 04:00 PM PST

Debat Anwar-Najib penentu anak muda pilih siapa

KUALA LUMPUR - Desakan anak muda mahukan perdebatan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penentu untuk memutuskan pemimpin mana yang mahu dipilih.

Pengasas Zentrum Future Studies Malaysia, Prof. Dr Abu Hassan Hasbullah berkata, fenomena perdebatan bukan sesuatu yang baru pada kurun ke-21 kerana pada kurun ini diterjemahkan sebagai kurun informasi, partisipasi dan demokrasi.

Katanya, bagi orang muda yang terdiri daripada 11 juta daripada 26 juta rakyat negara ini sudah pasti bagi mereka politik hari ini tidak sama dengan politik kurun sebelum itu.

"Inilah peluang bagi orang muda mahu melihat lebih dekat pemimpin mereka berhujah dan berdebat dalam politik masa depan," katanya kepada Harakahdaily.

Bagi Abu Hassan dengan cara inilah mereka mahu menyaksikan aspek kebijakkan dasar, ketrampilan dan ketelusan pemerintahan yang akan dilaksanakan.

"Anak muda hari ini cukup terdedah dengan pelbagai media sosial, sudah pasti mahukan seorang pemimpin masa depan dari kalangan yang berilmu, praktikal dan prakmatik," katanya.

Jelasnya, sebagai seorang yang intelektual sudah pasti tidak dapat dilihat secara kasar kecuali berlaku perdebatan dalam isu-isu kritikal dan pertimbangan masa depan tanah air.

"Masa ini rakyat mahukan negara sangat mempunyai matlamat yang jelas, keduanya bagaimana hendak meningkatkan negara menjadi maju dan sekarang adalah 'period' untuk menentukan masa depan.

"Oleh kerana itulah, anak muda mendesak berlakunya perdebatan untuk menangani krisis yang akan datang," katanya.

Mengulas kajian terbaru Merdeka Centre itu, bagi Abu Hassan golongan pengundi terbesar ini ingin memilih seorang pemimpin yang benar-benar mampu mentadbir negara. Agensi kaji selidik itu mendapati 54 peratus daripada mereka menyokong debat itu diadakan. Golongan paling tinggi menyokong menurut kajian itu adalah golongan muda yang berumur 21 hingga 30 tahun iaitu sebayak 67 peratus.

Ini kerana, katanya, orang muda tidak boleh bergantung kepada media sahaja kerana media hari ini tidak lagi dipercayai oleh masyarakat.

"Untuk menilai secara keseluruhan sudah pasti orang muda mahukan perdebatan kerana media sebagai abstrak atau ringkasan sahaja," katanya

Justeru katanya, mereka mahu lihat secara terbuka dan sekali gus memberi jalan kepada mereka untuk memutuskan pemimpin mana yang mahu mereka pilih.

"Tidak ada cara lain untuk dekat dengan masyarakat sebab cara terbaik bersemuka dan berbahas dengan mengemukakan padangan masing-masing kerana isunya adalah untuk menangani masa depan negara," katanya.

Hari ni hukuman untuk The Star...

Posted: 06 Mar 2012 02:00 PM PST

Esok hari hukuman untuk The Star

KUALA LUMPUR, 6 Mac: Besok adalah hari hukuman untuk akhbar milik MCA, The Star namun ia bukan lagi di tangan pegawai kerajaan di Kementerian Dalam Negeri (KDN) tetapi Kabinet.

Ahli-ahli politik akan membuat keputusan ini setelah pegawai di KDN tidak diyakini untuk membuat keputusan yang terbaik menjelang pilihan raya umum ke 13 ini.

Menurut sumber Harakahdaily, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein sendiri akan membentangkan kes ini kepada Kabinet dalam mesyuarat mingguan mereka esok.

"Draf cadangan telah disediakan, terserahlah kepada Kabinet untuk membuat keputusan ke atas The Star," kata sumber itu.

Menurut sumber itu, jika keputusan dibuat oleh KDN sendiri, The Star akan menerima hukuman yang berat kerana mereka sangat tidak berpuashati dengan bentuk permohonan maaf yang dibuat The Star Online pada 27 Februari lalu.

The Star menyiarkan permohonan maaf ekoran penyiaran gambar besar Erykah Badu yang bertatu nama Allah pada dadanya yang telanjang.

Permohonan maaf itu dibuat kira-kira satu jam selepas Harakahdaily menyiarkan berita bertajuk "Kenapa akhbar The Star siarkan gambar ini" pada 27 Februari lalu.

Namun ianya terlalu kecil dan disifatkan oleh Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya sebagai 'ciput' sahaja berbanding dengan gambar besar Erykah yang disiarkan.

"Ketika NST salah menyiarkan kartun menghina Nabi Muhamad, akhbar itu telah membuat permohonan maaf di muka depan akhbarnya tetapi permohonan maaf The Star terlalu kecil dan bagi KDN ia tidak ikhlas dan sepadan dengan kemudharatan yang dibuat," kata sumber itu.

Editor kanan The Star sudah dua kali mengadap pegawai di KDN ekoran isu ini.

Pertama selepas sebaik sahaja tersiarnya gambar Erykah Badu dalam akhbar itu manakala yang kedua ketika mereka menyerahkan surat jawapan kepada surat tunjuk sebab yang dikeluarkan KDN kepada mereka.

Dalam pertemuan kedua, The Star mengaku bersalah atas penyiaran itu di samping menjelaskan kepada KDN apa tindakan yang mereka telah ambil untuk mengelakkan perkara seumpama ini berulang.

Namun begitu, The Star menjangka hukuman tidak boleh dielakkan lagi kerana ia adalah surat tunjuk sebab ketiga yang diterima The Star ekoran kesalahan yang hampir sama iaitu menimbulkan rasa marah umat Islam atau penghinaan kepada Islam.

Kejadian pertama adalah tulisan Editor kanan The Star mengenai hukuman sebat yang dijatuhkan mahkamah syariah Pahang terhadap Kartika ekoran kesalahan minum arak, kedua daging babi panggang untuk berbuka puasa Ramadhan lalu dan gambar Erykah bertatu nama Allah yang ketiga.

Pimpinan akhbar The Star sendiri menjangka mereka tidak akan terlepas kali ini selepas membuat tiga kali kesalahan yang hampir sama.

Namun ramai menjangka, apa pun hukuman yang diputuskan esok, pertimbangan politik yang paling diutamakan kerana ia berlaku menjelang pilihan raya umum.

"Umno dan MCA akan saling menjaga kepentingan masing-masing apabila mereka bertemu dalam mesyuarat Kabinet esok," kata sumber itu lagi.- Harakahdaily

KTM Perkenal Komuter Enam Gerabak

Posted: 06 Mar 2012 12:00 PM PST

TREN baru milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) iaitu SCS (six-car-set) yang akan memulakan operasinya hujung minggu ini. Tren buatan Syarikat Zhuzhou Electric Locomotive dari China ini mempunyai beberapa ciri istimewa antaranya mampu membawa sehingga 1,100 pengguna pada satu hala perjalanan berbanding 400 pada komuter sedia ada, tiga unit kamera litar tertutup pada setiap koc juga sistem makluman kepada pengguna melalui skrin led. -fotoTHESTAR

Tiada ulasan: