Khamis, 1 Mac 2012

shalehudin

shalehudin


Ahli gusti hilang satu buah zakar

Posted: 01 Mar 2012 10:00 AM PST

INDIANA- Seorang bekas ahli gusti profesional mengemukakan saman terhadap lawannya kerana menyepak bahagian sulitnya terlalu kuat hingga menyebabkan satu buah zakarnya pecah hingga terpaksa dibuang.

John Levi Miller, 23, turut mengemukakan saman terhadap promoter yang mengatur perlawanan mereka tahun lalu.

Malah, Miller mendakwa, lawannya itu sepatutnya kalah kepadanya di gelanggang mengikut persetujuan sebelum perlawanan tetapi bertindak sebaliknya ketika bertarung.

Dalam samannya, Miller mendakwa Clinton Woosley adalah 'heel', takrif merujuk kepada orang yang sudah dipilih untuk kalah dalam perlawanan itu Jun lalu, lapor akhbar The Courier-Journal di Louisville, Kentucky.

Katanya, Woosley yang menggunakan nama Guido Andretti ketika bergusti menolak permintaannya supaya mereka merancang pertarungan seperti biasa dilakukan sebaliknya menyatakan sudah faham dan akan berakhir seperti dirancang.

Bagaimanapun, Woosley cuba menang perlawanan mereka dan membuat sepakan kuat ke bahagian sulitnya, kata Miller.

Menurut maklumat laman web gusti, Miller dilaporkan sebagai seorang ahli gusti muka baru WWE yang menggunakan nama 'The Playboy J-Millz.'

Peguam Miller, Larry Wilder dari Jeffersonville, memberitahu akhbar bahawa anak guamnya meletakkan ais pada bahagian sulitnya selepas pulang daripada perlawanan dengan Woosley.

Oleh kerana keadaan tidak semakin baik, Miller mengunjungi hospital keesokannya apabila doktor memutuskan untuk membuang buah zakar sebelah kanannya yang pecah.

Promoter perlawanan, Sam Cosby, pemilik 'Coliseum Championship Wrestling' yang menaja pertarungan menyifatkan keterangan Miller tidak benar.

Katanya, Miller menang perlawanan itu seperti yang dirancang dan tidak memberitahu mengalami sebarang kecederaan.

"Dia tidak pula mengadu apa-apa," kata Cosby.– Agensi

Aiikk!! Perkasa dah tersilap skrip ka? Kahkahkah...

Posted: 01 Mar 2012 09:00 AM PST

Perkasa sokong debat Najib-Anwar, Najib bagaimana?

Harakahdaily,

SHAH ALAM, 29 Feb: NGO Pendesak Melayu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) turut bersetuju agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyahut cabaran debat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Penerangannya, Ruslan Kasim berkata debat kedua-dua pemimpin itu penting sebagai medan mengemukakan ideologi masing-masing.

"Perkasa menyokong debat antara perdana menteri dan Anwar Ibrahim kerana melalui perbahasan ilmiah berkenaan, kedua-dua pemimpin itu dapat mengemukakan ideologi masing-masing.

"Perkasa juga akan menyokong mana-mana pihak yang selari dengan matlamat dan dasar perjuangan kami," tegasnya dalam wacana Sinar Harian semalam.

Selain Ruslan Wacana yang bertajuk "Mengapa Undi Melayu Pecah" itu turut menampilkan AJK PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat dan Ketua PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng sebagai panel manakala moderatornya adalah pensyarah UIA Dr Mazlee Malik.

Dalam debat itu, kesemua mereka juga bersetuju debat antara Najib-Anwar direalisasikan dengan segera.

Dr Dzulkefly ketika mengulas perkara sama berkata, debat berkenaan seharusnya dilaksanakan bagi mereka mengutarakan idea-idea, kerana melalui debat, akan berlakunya pencerahan minda rakyat, dan mereka akan membuat keputusan untuk memilih pemimpin.

"Melalui debat, rakyat diberi ruang untuk membuat keputusan ketika pilihan raya," katanya.

Ong Tee Keat pula berpendapat debat tersebut perlu untuk percambahan idea kepada masyarakat namun tidak harus dijadikan pentas ceramah politik.

"Saya setuju debat itu dijalankan, tetapi harus bezakan antara debat dan ceramah politik.

"Jika sekadar debat tanpa hala tuju dan wawasan ia tak ke mana, kalau dapat, biarlah dikemukakan perkara yang realistik, dan bukannya retorik," katanya.

Sib baik tak pecah kepala dimajlis pecah tanah Najib...

Posted: 01 Mar 2012 07:05 AM PST

'Penyokong BN kasari kami di majlis Najib'

Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Lee Kee Hiong dan beberapa yang lain mendakwa mereka telah dikasari di luar SRJK (C) Bandar Sungai Long, Selangor, beberapa minit sebelum ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk majlis pecah tanah sekolah tersebut hari ini.

Lee (kiri), seorang ahli DAP, berkata beliau pergi ke sana dengan rombongan kira-kira 20 ahli dan bekas ahli majlis perbandaran itu dan penduduk, dengan memakai baju hijau, tetapi mereka dihalang oleh seorang lelaki berbaju hitam selepas pemeriksaan keselamatan dibuat oleh pihak polis di tempat kejadian.

Pada masa itu, seseorang berteriak kepada kumpulan itu 'Bos kata tidak boleh masuk' dan menurut Lee, beliau, seorang anggota kumpulannya menjawab bahawa mereka hanya ke situ untuk makan.

Mereka kemudiannya didatangi kira-kira 30 hingga 40 orang, yang didakwanya memakai baju BN dan 1Malaysia, dan mengkasari empat orang dalam kumpulannya.

Lee berkata, polis yang berada di tempat kejadian cuba untuk meleraikannya, tetapi tidak mampu menghalang kumpulan yang ramai itu.

"Sejak (menyertai politik pada) 1993, inilah kali pertama saya rasa dilindungi oleh polis," kata Lee ketika dihubungi.

Beliau bimbang keadaan mungkin menjadi bertambah buruk sekiranya pihak polis tidak menghalangnya.

Lee mendakwa ketika kejadian itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar muncul dan menjerit 'Mengapa datang nak buat kacau?"

Seseorang menjawab yang mereka mendapat risalah yang menyatakan 'semua dijemput' dan menambah "kami hanya mahu makan, mengapa tak boleh?"

Seorang yang didakwa Lee sebagai pembantu kepada Noh, telah menolaknya. Polis akhirnya mengiringi Lee dan kumpulannya beredar dari situ. Malaysiakini telah cuba menghubungi Noh tetapi tidak berjaya.

Berucap di majlis itu kemudiannya, perdana menterimengumumkan pemansuhan bayaran tol RM1 menghala ke Kuala Lumpur di Plaza Tol Batu 9 dan bayaran 90 sen di Plaza Tol Batu 11 menghala ke Kajang, berkuatkuasa tengah malam ini.

Katanya, keputusan kerajaan itu akan mengurangkan beban pengguna yang kerap menggunakan Lebuh Raya Cheras-Kajang sebanyak 50 peratus, atau pengurangan bayaran tol daripada RM3.80 kepada RM1.90 untuk dua hala.

Di majlis itu, Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan RM4.5 juta untuk membiayai sebahagian kos pembinaan sekolah berkenaan.

Sekolah itu akan dibina di tanah seluas 2.4 hektar. Ia mempunyai 36 buah bilik darjah untuk kemudahan 1,500 murid di kawasan berkenaan.- M'kini

Anwar macam Iblis... kahkahkah...

Posted: 01 Mar 2012 06:00 AM PST

Nazri Aziz tuduh Anwar macam Iblis

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz hari ini menggelar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti "Iblis" kerana cuba mengheret bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dalam kontroversi isu keselamatan Israel.

"Dia sudah kena teruk. Dia macam Iblislah. Bila dia jatuh, dia nak tarik semua orang. Itu perangainya sekarang.

"Dia sekarang kata bukan hanya saya tetapi Mahathir (juga sokong Israel)," kata Nazri ketika ditanya tentang tindakan kementerian luar menyiarkan tiga surat Dr Mahathir kepada kerajaan Israel ketika pentadbirannya.

"Anwar takut sekarang kerana hanya beliau yang berkata keselamatan Israel itu penting."- M'kini

WAJIB Baca, pasai apa tetiba UMNO panik...

Posted: 01 Mar 2012 05:39 AM PST

Pertemuan Umno- Perkasa, jelas Umno sudah panik

Kita sudah tahu segalanya. Dua orang Islam dari UMNO berketurunan India, Perdana Menteri de-facto Mahathir Mohamad (Malayalee) dan Zainuddin Mydin (Tamil), bertemu secara rahsia di Putrajaya pada hari Isnin dengan 250 orang penyokong kuat Perkasa diketuai oleh si mulut laser Ibrahim Ali.

Mereka juga disertai oleh Sanusi Junid yang berketurunan Tamil, bekas Menteri Besar Kedah yang mendakwa dirinya orang Aceh, dan bekas timbalan menteri persekutuan Khalid Yunus.

Pertemuan yang bersifat rahsia itu menurut Mahathir kepada media, adalah untuk mengelakkan ia dilabelkan sebagai salah satu daripada agenda perkauman. Dia merasa kesal bahawa kini tidak boleh lagi menyebut perkataan Melayu tanpa dilabelkan sebagai rasis. Bagaimanpun, bagi ahli-ahli komuniti berbahasa Melayu di Semenanjung Malaysia - Mahathir umpamanya - bukanlah orang Melayu.

Lingua franca di nusantara ini adalah bahasa Melayu tetapi itu tidak bermakna bahawa bangsa Melayu wujud. Tidak ada pun sejarah menakrifan bangsa itu kecuali dalam Perlembagaan Persekutuan.

Buat sekian kali, Mahathir mengeluh bahawa masyarakat berbahasa Melayu di Semenanjung Malaysia kini berpecah antara tiga parti politik iaitu Umno, PKR dan Pas. Dua yang terakhir adalah sekutu dalam Pakatan Rakyat, pakatan pembangkang, bersama-sama dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Perkasa- satu kegagalan

Secara tertutup, Mahathir terpaksa mengakui realiti bahawa Perkasa, gagal. Perkasa mendapat kontrak bagi mewar-warkan agenda perkauman Umno tetapi mendapati ia sukar untuk mendapat sokongan bagi politik jenis kotor ini.

Walau bagaimanapun, memandangkan pembiayaan disediakan secukupnya, Perkasa akan terus memutar-belitkan setiap isu di Malaysia menjadi isu perkauman dan agama. Ideanya adalah untuk menjadikan Melayu dan bukan Melayu berantakan antara satu sama lain dan menakutkan kedua-dua kumpulan ini untuk bersatu padu di bawah satu platform politik - Umno - supaya golongan elit yang memerintah boleh hidup seperti sheikh di negara kaya dengan minyak dengan wang titi peluh rakyat.

Orang-orang Kristian, menjadi penganut agama ke-2 terbesar di Malaysia dan boleh menjadi sebuah kumpulan kuasa ke-3 yang berpotensi dalam politik, akan menjadi mangsa.

Pertemuan penuh rahsia ini penting bukan kerana apa yang telah dibincangkan secara rasmi tetapi lebih kepada apa yang dibincangkan secara tidak rasmi diluar perjumpaan itu.

Hindraf Makkal Sathi telah dipersetujui akhirnya sebagai satu rahmat tersembunyi kepada UMNO. Lebih banyak Hindraf berkokok mengenai perkauman,lebih ramai orang Melayu akan bersatu di belakang UMNO, ini adalah keputusan dari perjumpaan sampingan.

Taruhan besar dalam politik Umno inilah yang memecah-belahkan rakyat, "supaya Umno boleh terus memecah dan memerintah seperti apa yang telah dilakukan pihak British".

Shahrizat, MAS dan Sodomi 2 dibincangkan

Perjumpaan Perkasa yang diadakan adalah di kalangan mereka yang tidak teliti dan keliru. Tiba-tiba, masa depan kelihatan cerah. Ini adalah persetujuan bersama di perjumpaan Perkasa yang dipenuhi pengkomplot kerana ancaman kepada gaya hidup mewah mereka yang sebenarnya bersifat parasit.

Menteri Umno Shahrizat Jalil, yang menjadi dalang kejatuhan NFC RM250mil, menjadi perbualan dalam rundingan, mengikut maklumat dari dalam, ia telah menjadi terlalu bodoh sehingga membahayakan mereka semua, dan menjadikan yang lain menjadi nampak seperti penjahat juga.

Mahathir mengagumi pihak pengurusan yang membatalkan saman RM600 juta terhadap bekas bos Penerbangan Malaysia Tajuddin Ramli, tetapi tidak pula mendesak penarikan balik tuntutan balas Tajudin Ramli yang berjumlah beberapa ratus juta. Ini adalah sebahagian daripada sandiwara berterusan ynag diarah oleh Perbendaharaan negara. Pasti ada habuan untuk semua.

Soalan yang membimbangkan orang kuat Perkasa, secara rasmi dan tidak rasmi, adalah bagaimana untuk mengekalkan kuasa politik demi untuk memudahkan salah kuasa berterusan ke atas Perbendaharaan Negara jika masyarakat Melayu tidak lagi termakan politik tahi Umno, kerana mahu masa depan yang lebih baik.

Harapan tidak banyak yang diletakkan kepada rayuan Peguam Negara untuk kes Liwat 2 sebagai salah satu cara untuk mengoyah dan memusnahkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan mengembalikan ia kepada Umno.

PAS, DAP dan PKR tidak memberi respon yang diharapkan oleh Dr M

Kerajaan Perpaduan dengan Pas mendapat sambutan di luar jangkaan mereka. Itulah kesilapan bodoh yang dibuat oleh Perdana Menteri yang tidak dipilih dan sekadar budak suruhan Mahathir sahaja, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Begitu juga DAP tidak berminat untuk mewakili kaum Cina dalam kerajaan Barisan Nasional (BN) tetapi sebaliknya memilih untuk menjadi kuasa ke-4 dalam politik di negara ini untuk masyarakat berbahasa Melayu, selepas Umno, PKR dan Pas.

Mahathir mahu meyakinkan masyarakat Melayu sekali lagi bahawa mereka perlu buat-buat tak tahu dan masih lagi bodoh dan menyedihkan - "berpura-pura bahawa yang pintar tidak wujud" dan mereka tidak akan ada peluang berbanding India dan Cina - "terlalu pintar untuk tahu apa yang baik" dalam keadaan percuma-untuk-semua. Ringkasnya, India dan Cina memusnahkan masyarakat Melayu.

Jadi, Mahathir masih lagi menyanyikan lagu yang sama dengan tema sama iaitu masyarakat berbahasa Melayu mesti bersatu di bawah satu platform politik iaitu Umno supaya mereka boleh mendapatkan kuasa politik dan merebut semua peluang untuk berkongsi "dikalangan mereka yang munafik ".

Jika terdapat di kalangan masyarakat Melayu yang tidak mempercayai Mahathir, mereka boleh berhijrah ke Australia - kerana ia telah dilakukan orang India dan Cina.

Perkauman, nepotisma, korupsi dan opportunis

Hujah ringkas Mahathir adalah mereka yang bodoh dan rugi termasuk yang munafik melebihi orang lain dalam masyarakat dan perlu menggunakan kekuatan bilangan mereka "untuk memastikan bahawa yang cerdik pandai dan terbaik dari semua kaum India dan Cina, mengikut Mahathir – bukanlah pemimpin buat semua ".

Sudah tentu, peluang rampasan kuasa ini tidak akan jatuh kepada ahli-ahli masyarakat Melayu untuk sebahagian yang besar tetapi hanya pemerintah elit dan anak-anak mereka dan kroni di belakangnya. Nepotisme, rasuah dan pengambil kesempatan yang dikatakan rasis oleh Hindraf Makkal Sakthi - akan menjadi penggubal undang-undang.

Ideologi politik Mahathir menurut Perdana Menteri de facto ini, akan disokong oleh pemimpin-pemimpin kaum lain India, Cina, Dusun dan Dayak yang mempunyai kisah mereka tersendiri. Walau bagaimanapun, pengkhianat-pengkhianat ini tidak akan disia-siakan. Mereka akan mendapat beberapa cebisan habuan dari semasa ke semasa selepas pemimpin-pemimpin mereka (Umno) telah kenyang setelah makan sepuas hati, sendawa, menyahtinja serta muntah itu.

Perkasa cuba menawan ahli lompat parti selepas PRU ke 13

Walau bagaimanapun, pemimpin bukan Melayu ini mesti dikekalkan semiskin yang boleh seperti di Sabah dan Sarawak supaya mereka tidak mampu untuk memikirkan idea mewah seperti kebebasan dari segi kewangan dan membebaskan diri daripada cengkaman zalim pemerintah elit.

Jika semua gagal, Perkasa digunakan oleh Umno untuk menarik dari kalangan yang menang dalam pakatan pembangkang supaya melompat parti selepas Pilihan Raya Umum ke-13. Penekanan akan diberi kepada pemenang yang akan dikenal pasti oleh laporan perisikan kerana mempunyai kelemahan mereka sendiri.

Semua pilihan ada dihadapan mereka.

Pilihan akhir, dalam pemikiran Perkasa, mungkin suatu peristiwa ala 1969 untuk membina BN yang baru, musnahkan pembangkang - selepas ia diluluskan oleh Majlis Gerakan Negara (NOC) yang disokong oleh Majlis Perundingan Negara (NOC) dan Majlis Perundingan Ekonomi Negara (MTEN).

Malaysia Chronicle

Harap hidung ja besaq, akai kecik ciput... kahkahkah...

Posted: 01 Mar 2012 02:00 AM PST

Harap hidung ja besaq, akai kecik ciput... kahkahkah...
Tak percaya tengok video bawah nih....
Jom pakat2 dislike video dari mamak akai ciput nih...

PANAS: Namewee cari pasai ngan mamak Perkasa... kahkahkah...

Posted: 01 Mar 2012 12:00 AM PST

Mamat Namewee ni betoi2 cari pasai ngan mamak Perkasa la... kahkahkah...
Tapi, hihi... sedap gak lagu dia nih... kahkahkah...

Mamat beraih kampit dah start main kasaq... kahkahkah...

Posted: 29 Feb 2012 10:00 PM PST

Guru diarah hadir program Hassan Ali

KOTA BHARU - Guru-guru agama sekolah di bawah Jabatan Pelajaran Negeri dikatakan diarah menghadiri program ceramah bekas ahli PAS yang dipecat Datuk Dr Hassan Ali malam ini.

Ceramah itu akan diadakan di padang awam Taman Guru, Pintu Geng dekat sini. Risalah dan poster ceramah tersebut diedar secara meluas di beberapa jajahan sejak beberapa hari lalu.

Menurut sumber arahan berkenaan dibuat secara lisan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) kepada guru-guru agama yang mengajar di kawasan parlimen Kota Bharu.

Katanya guru agama yang diarah hadir termasuk guru-guru yang mengajar Jawi, Quran dan Fardhu Ain (J-QAF) dan kelas fardhu ain (Kafa).

"Arahan dibuat secara lisan dan bukannya secara bersurat. Kami hairan apa pula kaitan Hassan Ali dengan PPD," kata sumber terbabit.

Katanya juga penganjuran program berkenaan ada kaitan langsung dengan Umno, biar pun dibuat atas nama sebuah NGO baru diberi nama Jati.

Manakala sumber lain pula memberitahu sehingga hari ini sebanyak tiga kali guru-guru agama diarah hadir pada program anjuran Umno Kota Bharu.

Kata mereka bukan sekadar program anjuran Umno Bahagian Kota Bharu, sebaliknya program wanita Umno juga mengarahkan kehadiran guru-guru agama terutamanya yang mengajar di sekolah rendah.

Malah dakwanya, pada tahun lepas diarah semua guru Kafa yang mengajar di sekitar kawasan parlimen ini memindahkan alamat tempat mengundi ke Dun Bunut Payong.

Sindiket itu difahamkan dikendalikan petugas Umno dengan harapan dapat memenangkan calon parti itu pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

"Ini semua ada urua-ura seorang pegawai di PPD Kota Bharu yang disebut-sebut mahu menjadi calon di Dun Bunut Payong pada pilihan raya umum ini," ujarnya.

-Harakahdaily

UMNO Kedah lagi la teruk... kahkahkah...

Posted: 29 Feb 2012 08:00 PM PST

PAS KEDAH BERKOCAK SIKIT!!! - Tapi UMNO Kedah dah pecah sampai ke bawah

Oleh: Mat Kering Bakaq Bata

MK macam biasa, kalau nak dengar komen rakyat mengenai pentadbiran kerajaan PAS Kedah selalu akan jumpa rakan-rakan UMNO, sebab ulasan dari musuh politik ni lebih ikhlas, tarak bias punyalah.

Bila duduk semeja dengan kawan-kawan UMNO di kedai catok Pak Pin Taman Wira tadi MK menguji sorang AJK UMNO Bahagian Alor Setaq. "Macam mana krisis PAS Kedah ni, UMNO takkan tak mau ambik kesempatan?" tanya MK.

"Ambik kesempatan apanya, PAS baru nampak berpecah kat atas UMNO dah merobok habis sampai ke bawah. Tok Mat Bashah kalau dia nak gelak kat PAS dia kena tengok muka dia kat cermin dulu, UMNO di bawah nu bukan pecah dua lagi tapi dak retak seribu tunggu sapa naik jadi calon saja ada saja puak nak sabotaj," kata UMNO tu.

"Hang tengok Kubang Rotan sudahlah ada lima bakal calon dok pulun la ni, depa bukan pulun dengan ayaq lioq saja, kena bela puak hantu raya kat bawah, bela lam kat semua cawangan.

Semua guna fuluss takdak fulus tak jalan. Kalau tuan hanturaya bagi makan tak kenyang, depa tukaq kem cari tuan baru. hang pecaya kedak M***** kat Kubang Rotan tu dah habih belaih ribu... i

tu baru cerita nak lobi jadi calon, menang kalah tak tau lagi. Mat Bashah kat Bakaq Bata pun trit ni, hang jangan ingat orang UMNO nak sokong mudah2 walaupun depa orang UMNO...

lani pun dok main peras ugut dah, kalau takat ayaq lioq sori Mat Bashah, hulug kepala raja (duit) kami sokong hang, haktu yang Mat Bashah dok penin laa ni.

Aku tau PAS bukan kuat tara mana tapi kalau ahli UMNO pakat dok rekah dari dalam, merobok belah bawah..

Pakron dgn Azizan bertumbuk deremen muka pun, BN takdak faedah apa aihh," itulah antara syarahannya dekat meja kedai catok Pak Pin sampai terlopong aku dengaq.

KEDAH LA

NGO Beras Kampit... kahkahkah...

Posted: 29 Feb 2012 06:00 PM PST

Haramkan The Star, Mana Pergi NGO Beras Kampit ?

Oleh MSO

Ekoran mendedahkan gambar artis Amerika, Erykah Badu yang bertatu nama Allah para pengarang kanan akhbar The Star telah dipanggil oleh pihak KDN yang bertanggungjawab mengeluarkan permit. Saya yakin dan percaya tindakan paling kuat dikenakan kepada akhbar yang biadap itu hanya memberi amaran keras bertulis.

KDN tentu tidak berani untuk bertindak ke atas akhbar kroni Umno itu. Tindakan-tindakan yang lebih bersifat untuk mengambil hati begitulah menyebabkan akhbar itu jadi keras kepala dan terus mempermainkan perasaan umat Islam. Cara akhbar itu menyiarkan artis bertatu Allah itu untuk memalu dan satu penghinaan kepada Islam.

Kepada saya tindakan paling sesuai ialah bukan amaran keras atau mengggantungkan permitnya, tetapi haram terus biar akhbar itu lenyap dari atas muka bumi ini. Akhbar itu dan sesiapa juga yang tidak peka kepada kepentingan dan agama lain harus dikenakan tindakan tegas jangan berlemah lembut lagi. Dengan mengharamkan terus saja perkara itu tidak akan berulang dan akan menjadi pedoman oleh akhbar lain.

Saya yakin selagi akhbar itu wujudnya ia akan melakukan perkara sama. Ia hanya berhenti sekejap saja kemudian akan mengulangi lagi kemudian membuat opolegetik dengan alasan tersalah pandangan.

Menghairankan macam mana berlaku tersalah pandangan dalam penerbitan yang sebegitu besar dan profesional. The Star adalah akhbar nombor satu dari segi edarannya. Bukan soal tersalah faham saja sepatutnya semua karyawan di akhbar itu diberi didikan dan pengetahuan mengenai tatacara bersurat khabar. Saya nak tanya apa yang orang Islam yang ada dalam pejabat surat khabar itu buat? Tidur kah atau semua mereka hanya jadi operator mesin saja.

Umat Islam wajib terus desak dan berikan tekanan. Sikap The Star bagi saya jauh lebih berbahaya berbanding aktiviti memurtadkan umat Islam di negara ini yang dihebohkan oleh sebuah Ngo berjenama beras kampit itu. Kenapa Ngo itu diam? Mungkin kerana ketuanya jahil mengenai startegi The Star dalam menghina umat Islam menyebabkan dia boleh ambil The Star untuk menudung kepalanya dari ditimpa hujan.

Akidah The Star perlu diperbetulkan dulu sebelum hendak perbetulkan akidah pihak lain. Dengan diam membisunya ketua Ngo berjenama sama dengan sejenis beras itu maka jelas perjuangannya tidak lebih mengambil upah sesen dua untuk dijadikan bekalan di musim banjir.

Kedah: Tak payah la hampa dok kalut2...

Posted: 29 Feb 2012 04:00 PM PST

Isu di Kedah....kemelut atau kalut?

Oleh Bancuh

isu mengenai perlantikan exco negeri Kedah dimainkan sejak lebih seminggu yg lalu....semakin kencang angin bertiup apabila mendekati tarikh 28hb......aku sejak awal tak mau nk bancuh apa2 lagi di blog ini sbb proses pengumpulan maklumat perlu dibuat bagi memudahkan kesimpulan aku dalam dok bancuh ni....

aku tak mau lah karangan aku ni akan jadi serba tak kena dan dituduh pulak buat fitnah dan sebagainya.

alhamdulillah, hari ini 8 exco telah pun selamat mengangkat sumpah perjawatan....hanya tinggal lagi dua orang sahaja yg belum lagi berbuat demikian... aku tak mau sentuh bab tu....apa yg aku nk bancuh adalah berkenaan isu yg dipolemikkan hinggakan riuh seantero Malaysia bahawa PAS Kedah sedang mengalami kepincangan.......

bagi pendapat aku, setelah menilai segala maklumat yg aku perolehi dan segala jawapan kpd persoalan yg aku dapati.....ianya tak lebih dari satu keadaan biasa yg kebiasaannya wujud dalam mana2 pentadbiran sekalipun.... dikononkan bahawa 'exco boikot' perlantikan atau cadangan perlantikan semula kerana beberapa isu dalam pentadbiran..... yg aku faham iaitu jawatan exco bukanlah menjadi hakmilik individu dan juga bukan satu jawatan warisan.....sesiapa saja boleh dilantik menjadi exco sesuai dgn kelayakan dan kebolehan....malah yg tidak dilantik menjadi exco tidak bermakna mereka itu tidak sesuai atau tidak berkebolehan, tetapi sebenarnya semua ADUN samada menjadi exco atau tidak exco, samada di pihak parti pemerintah atau pembangkang...semua kena bekerjasama membangunkan negeri.....

apa yg digemburkan iaitu penolakan tawaran 2 orang pemimpin kanan PAS Kedah ke jawatan exco.... setelah aku teliti beberapa keadaan...rupanya tiada sebarang tawaran lagi dibuat ke atas perlantikan sebagai exco selagi mana ianya tidak diputuskan 'setuju' oleh baginda Tuanku Sultan.... sama lah spt apa yg dijawab oleh Ustaz Azizan selaku MB..... hanya apabila diperkenankan oleh Tuanku Sultan, baharulah surat tawaran disampaikan kpd yang berkenaan kerana dalam perlantikan exco ini juga, Tuanku Sultan mempunyai peranan untuk menerima cadangan atau meminda dan sesungguhnya ia bukan kuasa mutlak MB.... rupanya ini juga tak sama dgn praktis di negeri2 lain yg perkenan Tuanku Sultan adalah hanya sebagai mengesahkan dan MB bertindak atas kapasiti penuh melantik exco yg dikehendaki....

dan disebabkan itu jugalah, praktis di Kedah iaitu membaharui perlantikan exco setiap tahun....ini dibuat bagi memastikan exco yg diberikan tanggungjawab berjaya memenuhi kehendak dan melaksanakan dgn jayanya apa yg dirancangkan....sekiranya tidak berjaya menunjukkan kemampuan, maka Tuanku Sultan boleh mengarahkan MB mencadangkan nama lain......

ada beberapa komen dari puak umno yg aku baca mengatakan apa yg dijawab oleh MB adalah sebagai penyedap hati ataupun halwa telinga utk menutup bangkai gajah......hahahaha.....bagi aku, kalau tidak sungguh yg macam MB cakap, para pemimpin umno yg juga bekas barisan exco kerajaan umno be end di Kedah akan segera menyanggah apa yg dijawab oleh Ust Azizan.....tetapi, para pemimpin umno yg pernah dok dalam kerajaan negeri langsung tak bagi komen ke atas jawapan Ust Azizan yg menyentuh kuasa Sultan dalam perlantikan exco tersebut......maka bagi aku, apa yg dijawab oleh Ust Azizan ternyata benar iaitu Sultan ada hak dan kuasa utk masuk campur dalam perlantikan tersebut......

kemudian, berbalik kpd apa yg dituduhkan iaitu 'pergolakan PAS Kedah'.....sebenarnya tak benar sama sekali bahawa PAS Kedah sedang bergolak.....walaupun tidak dinafikan, wujud beberapa isu2 dalaman...sama sekali ianya tidak menggoyahkan kekuatan PAS Kedah.....mgkn kegoyahan itu hanya dilihat dari satu sudut sahaja, sedangkan hakikatnya isu yg wujud adalah dalam urus tadbir pentadbiran kerajaan...bukan urus tadbir parti.....

puak umno ni memanglah, sejak dulu lagi depa punya fahaman iaitu parti yang mentadbir sama erti dengan kerajaan.....itu sbb duit kerajaan, duit depa (parti)....duit parti, tak pulak jadi duit kerajaan..... sejak dulu lagi umno mmg faham mcm tu....depa nampak umno tu sebagai sebuah kerajaan...umno = kerajaan = umno sedangkan prinsip asas nya kedua2nya merupakan entiti yg berbeza..... PAS adalah parti yg mentadbir yg secara tak langsung adalah yg menetapkan polisi pentadbiran, tetapi sebarang urusan di dalam kerajaan negeri sama sekali tidak mempengaruhi PAS negeri secara langsung dan sebarang tindakan parti tidak berkuatkuasa atas kerajaan negeri...... inilah yg diamalkan oleh pentadbiran PAS negeri Kedah iaitu memisahkan antara urusan parti dan urusan pentadbiran kerajaan negeri.....

maka, kedudukan sebenarnya melalui maklumat yg aku perolehi iaitu kedua2 exco yg digemburkan sangat tu sebenarnya bukan tulis surat menolak tawaran (sbb tawaran belum dikemukakan ketika surat itu ditulis), tetapi menawarkan utk tidak dilantik semula (jika ada cadangan utk melantik semula)....dan alasan utk tidak dilantik semula itu boleh pelbagai.....tapi itulah yg sangat dijadikan isu oleh puak2 umno utk menyerang PAS sbb semenjak pentadbiran kerajaan negeri di bawah PAS dan Ust Azizan sebagai peneraju utamanya, umno hampir tiada isu nk dibangkitkan.....tak mcm di Selangor, Pulau Pinang dan Perak (suatu ketika)... contohnya, di Selangor....isu yg dimainkan oleh umno iaitu isu pasir yg sudah makan usia agak lama....begitu juga isu di Pulau Pinang iaitu mengenai hak istimewa orang Melayu....isu ini masih lagi berkumandang hingga sekarang dan masih lagi wujud pihak2 yg percaya dan boleh dipengaruhi kpd isu2 yg dimainkan tersebut...di Perak pulak, satu ketika mengenai isu pemberian tanah 999 tahun dan isu pemberian tanah kpd orang Cina kampung baru....sedikit sebanyak, ianya telah berjaya mempengaruhi minda masyarakat, setidak2nya mengukuhkan keyakinan ahli2 umno utk terusan menyokong umno.....

sedangkan di Kedah, TIDAK ADA sebarang isu yg berjaya dipolitikkan oleh umno dgn berkesan...samada isu KUIN, isu Madrasah Salihiah, isu balak dan isu lainnya......semua isu tersebut tidak berjaya mempengaruhi masyarakat umum dan berjaya ditepis oleh barisan kepimpinan kerajaan Kedah dan PAS Kedah dgn mudah dan berkesan..... oleh kerana itulah, umno tidak punya jalan lain melainkan menampakkan garis2 calar di badan PAS....depa (puak umno) cuba nk korek, robek calar tersebut supaya merebak menjadi kudis, lalu bernanah, lalu berdarah dan akhirnya jadilah kudis buta yg sukar utk disembuhkan lagi.....di sudut lain, depa cuba utk meracun tubuh PAS itu dgn bagi manisan2 supaya tubuh badan itu dapat penyakit kencing manis..... bila dah ada penyakit kencing manis, ditambah dgn kudis buta yg tak berupaya nk sembuh.....maka mudahlah utk depa menumbangkan PAS Kedah dalam PRU 13 nanti dan kembali bertakhta.....

nasihat aku kpd semua ahli PAS supaya jgn sekali2 dengar khabaran dari musuh....dulu, masa kita tak mentadbir...musuh kita hanya ada 2 sahaja iaitu umno dan nafsu...tapi, bila memerintah....musuh kita semakin bertambah....umno diumpama spt singa yg telah luka....walaupun luka, kita tetap perlu kena berhati2 sbb kekuatannya, sifat garang dan dendamnya masih ada...semangatnya utk menawan kembali Kedah tetap membara.....musuh dalaman kita iaitu nafsu juga semakin luas, besar dan melebar.....aku umpamakan mcm orang miskin yg baru jadi kaya....masa dia miskin, hina dina....mimpi dia hanya setakat nk beli beca roda tiga utk bawak seorang isterinya dan 4 orang anaknya....tp bila dah kaya....beca roda tiga tu dah jadi alat hina baginya, tak layak utk bawa lagi 3 orang bakal isterinya dan anak pinaknya....

selain dari umno yg semakin bermafsu dan nafsu dalaman yg semakin besar, musuh kita lagi apabila mentadbir ini adalah orang yg berada di sekeliling kita....samada ianya kawan, rakan mahupun adik beradik, saudara mara.....sbb apa aku katakan depa ni sebagai musuh??? depa menjadi musuh apabila meminta atau memaksa kita buat sesuatu perkara yg di luar batasan amanah dan kerja....tapi, bukanlah aku katakan depa tu adalah musuh besar mcm umno dan nafsu tu....cumanya maksud aku, sebagai pemimpin, kita jangan terlalu dipengaruhi oleh orang di sekeliling kita atau orang yg rapat dgn kita.....kadangkala, depa memanglah tak berniat utk menjahanamkan, tetapi depa tak tau yg perbuatan atau perkataan atau permintaan depa tu akan menjahanamkan...... aku bagi 1 contohlah....masa mula2 kerajaan negeri Kedah dibentuk, ada beberapa orang kawan dan adik beradik aku hubungi aku konon2 utk merisik apa2 projek dgn kerajaan negeri.... sedangkan aku bukannya kerja dgn kerajaan negeri, aku hanya ahli biasa dalam PAS....tp antara alasan depa kata "tak kan tak boleh bagi lorong kot!!!!, hang dok kuat dalam parti...tak kan tak dapat projek satu dua" dan ada yg kata kt aku "kalau PAS perintah, projek tak boleh dapat kt orang PAS satu dua....lebih baik kita tak payah dok sokong dah....kita dok pulun bagi depa naik sbb boleh bantu kita balik....." dan banyak lagi lah ayat2 depa......

antara aku jawab kat depa, "kalau nk projek ka hapa....ikut saluran....tak ada pintu belakang atau pintu depan... kita sokong PAS bukan kerana projek, tetapi kita buat kerja dalam PAS kerana Allah"....Allah yg bagi rezeki kt kita, bukan pemimpin.....sapa nk berebut projek, pi lah berebut sana.....jgn dok heret aku buat kerja jahat, sedangkan tujuan aku nk berjihad......aku tak perlukan projek apa semua walaupun aku pun ada lesen kewangan dsb....sama sekali aku tak mau buat kerja 'terhutang budi' dgn orang itu orang ini sbb dianugerahkan projek.... dan sama sekali aku tak akan pergunakan parti utk jadi kaya raya...cukuplah aku sebagai penoreh getah saja!!!!!

maka....akhir kesimpulan aku....ianya bukanlah kemelut dan semua orang jangan kalut.....kot kalu ada orang nak naik dgn menjatuhkan orang lain secara tak beretika, insyaAllah dia juga akan dijatuhkan dgn cara yg sama....dan kalau yg dok pertahankan sangat kalau semua orang dah tak suka, lebih baik tinggalkan saja utk tidak terusan dok dalam dosa......aku tak maksudkan kpd sesiapa, tetapi peringatan utk aku dalam kerja buat aku..... takut dok tengoh syok menoreh, tak ingat dahan reput atas kepala....dok langut tengok dahan reput, tak nampak pulak ulaq kapak dok tunggu masa......

lagipun depa bukannya letak jawatan dalam parti....kalau depa letak jawatan parti, itu barulah patut dikalutkan dan dijadikan isu kemelut PAS Kedah......

Cerita apa pulak dah nih... hadoiihh...

Posted: 29 Feb 2012 02:00 PM PST

Peguam dakwa keluarga diraja Johor ugut bunuhnya


Peguam Kamal Hisham Jaafar yang melarikan diri dari negara ini mendakwa bahawa ahli kerabat diraja Johor membuat ugutan bunuh terhadap dirinya.

Bercakap melalui telefon kepada Malaysiakini dari Doha pagi ini, Kamal Hisham berkata beliau telah berurusan dengan keluarga diraja Johor itu selama 17 tahun dan mengenali rapat dengannya.

"Saya telah mendapat beberapa 'ugutan bunuh' yang dipercayai dibuat oleh seorang kerabat diraja yang mana perkara ini telah saya maklumkan kepada pihak polis.

"Dalam surat saya kepada pihak polis saya menerangkan bahawa laporan polis tentang ugutan-ugutan bunuh yang saya terima masih belum saya buat memandangkan terdapat isu-isu sensitif yang akan timbul susulan kepada laporan saya nanti.

"Saya mempunyai banyak dokumen yang boleh membuktikan kebenaran saya yang boleh membuktikan bahawa penjenayah sebenar adalah orang lain tapi membuat tuduhan terhadap saya
kerana mahu menutup kesalahannya.

"Saya sekali lagi mengulangi bahawa campur tangan Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara adalah perlu untuk memastikan bahawa pihak Polis Johor menjalankan siasatan dan urusan secara professional dan tulus.

"Saya percaya maklumat-maklumat siasatan polis Johor terhadap kes yang dibuat terhadap saya telah disalah gunakan oleh pihak tertentu sehingga menjejaskan hak saya untuk mendapat keadilan yang tulus.

"Saya hairan apabila saya mahu bekerjasama dengan pihak polis dengan bertanya apakah laporan dan tuduhan yang dibuat kepada saya, pihak polis menyatakan bahawa lapuran yang dibuat ke atas saya dikategorikan sebagai "rahsia".

Kamal Hisham, bagaimanapun, tidak mendedahkan sifat ugutan yang diterimanya

Beliau yang juga seorang pengarah di Southern Ads Sdn Bhd, syarikat yang dikaitkan dengan keluarga diraja Johor juga didakwa oleh syarikat berkenaan melakukan penipuan dan pecah amanah (CBT).

Enam laporan polis telah dibuat terhadapnya sejak Mac lalu.- M'kini

Bunyi macam teruk sangat Kedah nih...

Posted: 29 Feb 2012 12:00 PM PST

Phahrolrazi: 'Hubungan saya dengan MB Kedah kritikal'

KUALA LUMPUR, 29 Feb - Datuk Phahrolrazi Nawawi menegaskan beliau sendiri membuat keputusan untuk tidak menyambung tugasnya sebagai exco kerajaan negeri Kedah menambah hubungan dengan Datuk Seri Azizan Abdul Razak sudah mencapai tahap kritikal.

Dalam laporan Utusan Malaysia hari ini, Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah berkata, beliau enggan dilantik semula sebagai exco kerana mempunyai perbezaan pendapat dengan Menteri Besar itu berhubung soal pentadbiran kerajaan negeri.

Beliau menambah tindakan untuk tidak menyambung tugas itu tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak seperti yang dikaitkan sebelum ini iaitu Anwarism atau Erdogan untuk mendesak Azizan melepaskan jawatannya dalam kerajaan.

"Hal berkaitan khilaf atau berbeza pendapat tidak boleh dielak dalam mana-mana kepimpinan organisasi. Kadangkala dalam 10 perkara mungkin empat lima perkara tidak sependapat, tidak apa lagi tetapi kalau enam tujuh perkara tidak sependapat tidak wajarlah kita duduk dalam organisasi ini.

"Kenapa sekarang? Saya melihat tahun pertama PAS Kedah mula mentadbir parti masih terumbang-ambing lagipun tentulah tidak banyak keputusan kita buat, tetapi sekarang banyak perkara dan keputusan dibuat," katanya.

Semalam lapan anggota exco kerajaan negeri mengangkat sumpah jawatan di Istana Anak Bukit, Alor Setar.

Phahrolrazi antara dua exco sedia ada yang tidak termasuk dalam senarai mengangkat sumpah termasuk Datuk Dr Ismail Salleh.

Menurut akhbar rasmi Umno itu, Phahrolrazi mengakui sudah lama 'tidak sebulu' dengan Azizan berkata, ia melibatkan hal berkaitan pentadbiran kerajaan negeri yang meliputi isu kecekapan dan dalam perkara membuat sesuatu keputusan.

Menyentuh kemungkinan beliau akan menerima semula tawaran sekiranya dilantik sebagai exco, Phahrolrazi memberitahu, beliau sedia berbuat demikian, namun dengan beberapa syarat.

"Saya tidak boleh dedahkan syarat itu, biar ia jadi rahsia dulu," katanya.

Phahrolrazi juga mengakui bahawa Dr Ismail sependapat dengan beliau dalam soal pentadbiran kerajaan negeri.

"Selepas empat tahun mentadbir kita boleh menilai keberkesanan kerajaan negeri, jadi saya memilih untuk tidak lagi bersama barisan kepimpinan negeri," katanya.

Ditanya mengenai dakwaan beliau bercita-cita mahu menjadi menteri besar, Phahrolrazi berkata, perkara tersebut tidak benar kerana beliau sepatutnya perlu terus berada dalam kerajaan negeri jika mahu memegang jawatan itu.

Tiada ulasan: