AdukaTaruna |
Radio Budu, radio paling realiti. Posted: 29 Feb 2012 10:58 PM PST Oleh : AdukaTaruna Design by TheYellowBoutique Lama dah gua nak buat satu platform untuk bukan pemimpin. Selama ini pemilik2 idea hanya menjadi tukang setup kepada pentas pemimpin melahirkan idea mereka. Orang2 macam MSK, Eddy, mahasiswa, pekebun, etc contohnya just jadi tukang setup ceramah. Di FB banyak rakan2 FB yang mempunyai idea mengenai negara. Tapi tiada platform. Hanya menulis. Padahal setakat ahli politik macam Azmin Ali, tahap cikai punya idea. Takda langsung. Berapa banyak ahli politik yang hanya menjaga parti, atau ketua parti. Bukan penyumbang idea di parlimen. Gua, AdukaTaruna, memohon untuk bina satu platform dianggap kebanyakkan orang politik sebagai memberi gua senjata. Dan senjata tu pasti tiada jaminan menikam mereka sendiri. Tak mengapa, gua professional. Apa sahaja perlukan duit, bro. Gua bukan kaya. Ni pun silap2 gua akan ke KL untuk 3 bulan. Kerja sana. Syarikat offer RM1800. Tinggal anak bini la, kejap. Nak bayar lawyer maa.. Buat Melayu2 bodoh yang merelakan diri menjadi perisai kepada sistem seltan tu, gua takkan maafkan sampai kiamat. Gua bukan baik mcm nabi. Allah bagi hak memberi maaf kepada gua. Ngeee... Akhirnya seorang rakan membantu. Bayarkan server. Belajar sofware asas DJ. Winamp. Nak DJ kat rumah plak tak sesuai. Kena DJ kat tempat kerja nih. Kena ada berukben. Maka share la sorang sikit bagi bayarkan berukben. Masa MSK, Anas Jalil, etc ada as pemberi idea, guna skype, walau laptop 1 Malaysia gua asyik hang, audien mencecah 90 orang ip unique. Pada jam 2-3 pagi tuh. Radio Budu plak masih baru dan huru-hara. Alhamdulillah. Kini keadaan semakin stabil. Ada banyak bukan pemimpin yang berpeluang menyampaikan idea. Inilah radio paling realiti pada gua. Takda studio. Macam2 bunyi masuk. Paling wajib ialah bunyi motor member Pak Guard gua yang keluar masuk. Paling adventure bila bos gua sampai time gua tengah DJ. Sound pendengar sepatah dua, terus tutup laptop dan cabut berukben. Tak sempat nak shutdown. Berukben paling penting. Sebab kena jimat. Duit rakyat tu. Hua3.. Teringat ketika Sembang Larut Malam dengan Edyes, Cuping, Fakrudin dan Jean. Masa masih dalam keadaan ujikaji. Tengah on air kucing rumah gua boleh bertumbuk dengan kucing jiran plak depan microphone. Live bersama Adam Adli kat bilik rumah Jeming. Dengan wayar berserabut, buku majalah bertimbun, dengan Jeming tak pakai baju. Kesemua 'panel' on air dalam keadaan meniarap atas tikar. Mengadap laptop. Semoga Radio Budu ni akan stabil dari segi masa ke talian. radio Budu skang dah ada beberapa DJ, cuma mereka maybe masih segan nak bercakap. Gua akan cadangkan beberapa DJ lagi. Inilah satu platform yang dibangunkan bagi memberi peluang bukan pemimpin menyampaikan idea2 mengenai negara. Amin. |
You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan