Jumaat, 30 Mac 2012

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Bekas Pemain Liga Super Kelantan Maut Kemalangan

Posted: 30 Mar 2012 08:29 AM PDT


Bekas pemain bola sepak Kelantan musim 2008, Mohd. Saufi Sa'idi, 24, maut selepas kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di Kilometer Empat, Jalan Tebing Tinggi, Gong Kulim, Pasir Puteh malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, Mohd. Saufi meninggal dunia di Hospital Tengku Anis selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Supritendan Mohd. Kamal Zainal berkata, ketika kejadian kereta dipandu mangsa dipercayai terbabas ke sebelah kanan jalan sebelum terbalik ketika dalam perjalanan ke Tok Bali, Pasir Puteh.

"Akibat pelanggaran tersebut, mangsa yang cedera parah di bahagian kepala meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tengku Anis," katanya ketika dihubungi sini, hari ini. 

ADUN Melaka: Solat Tahajjud Sebelum Masuk Kelab Malam

Posted: 30 Mar 2012 03:20 AM PDT

Baru kita tahu bahawa ADUN UMNO yang ditangkap dalam kelab malam itu rupanya solat  tahajjud dahulu sebelum masuk kelab malam. Ini bukan rekaan tetapi jawapan yang keluar dari mulut ADUN tersebut ketika ditanya mengapa beliau boleh berada di dalam kelab malam tersebut.

Ditangkap jam 2.40 pagi dan berkemungkinan beliau solat  tahajjud awal sedikit kerana ada tugasan dalam kelab malam. Oleh itu beliau tunaikan solat  tahajjud sebelum masuk kelab malam. Tahajjud apakah yang ditunaikan dalam kelab hancing najis itu?

Adakah UMNO ajar pemimpinnya supaya solat tahajjud sebelum masuk kelab malam? Kita pun tahu yang masuk kelab malam itu adalah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Melaka. Ali rustam pun ada cabar kepada media supaya mendedahkan gambar namun media tidak berani.

Sebenarnya media telah diugut dan diberi amaran supaya tidak mendedahkan gambar ADUN tersebut maka gambar yang didedahkan sebelum ini juga bukan gambar ADUN sebaliknya gambar anggota polis untuk mengelirukan orang ramai.

Tetapi yang sebenarnya memang Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Melaka itu berada dalam kelab tersebut ketika serbuan dan pihak polis juga mengetahui bahawa di dalam kelab itu ada ADUN UMNO. Bagaimana mereka merancang semua ini? Kena tunggu siri-siri yang menarik ini dari semasa ke semasa.

Tiada ulasan: