A Mum Of Three Mohd |
- Anak Melayu era UMNO
- Pendendamnyer... Degilnyer... Busuk hatinya...
- RALAT
- Eeeeeee..... Rupa buruk, hati busuk
- Al Fatihah...
- Oooo.... nak ngelat, ek??
- No To UMNO. No T0 GST
Posted: 30 Mar 2012 03:00 AM PDT |
Pendendamnyer... Degilnyer... Busuk hatinya... Posted: 30 Mar 2012 01:00 AM PDT Syukur alhamdulillah ler, dia bukan kaum kerabat aku. Uishhh... Tak sanggup aku ada pertalian dengan orang macam ni weh... Giler.... giler... She's very pendendam, very degil, very busuk hati and very, very jahat. Nauzubillah... Semuanya sifat keji tu. Tak caya?? Baca status FB kawan kita ni.. KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali berikarar akan melawan dan mendedahkan segala keburukan serta kemungkaran yang telah dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim Bercakap dalam sidang media bersama Datuk S. Nallakarupan semalam, beliau menegaskan tidak langsung gentar sekiranya dicabar atau disaman oleh Anwar dengan kenyataannya yang mengatakan Anwar mempunyai hubungan sulit dengan Shamsidar, isteri kepada Timbalan Penasihat PKR, Azmin Ali yang juga abangnya. Malah, Ummi Hafilda nekad mahu karier politik Anwar dibungkus dan ditalkinkan termasuklah Azmin sekali. Bagi Ummi, beliau bukan saja menentang abangnya, tetapi menentang segala kemungkaran yang dilakukan oleh Azmin yang terlalu taksub tunduk menyokong Anwar. "Saya lakukan semua ini kerana ingin membuka mata dan minda masyarakat siapa sebenarnya si dajal Anwar itu dan si dayus Azmin yang sanggup membenarkan kemungkaran yang dilakukan Anwar dengan biarkan Anwar melakukan hubungan seks dengan Shamsidar," kata Ummi Hafilda. Selain itu, Ummi Hafilda juga turut mencabar Azmin untuk menyahut cabarannya itu. "Saya lontarkan cabaran ini kepada Azmin untuk menyahut tindakan saya. Tapi, saya tahu, dia tidak akan berani kerana saya mempunyai bukti lengkap mengenai kes ini. "Saya sendiri mengekori pergerakan Anwar pada tahun dia melakukan perbuatan terkutuk dengan Shamsidar dan Datuk Nalla sendiri yang menjadi saksi," katanya. Bercakap mengenai bukti yang ada, beliau akan merungkaikan segala bentuk bukti-bukti ketika perbicaraan dijalankan di mahkamah. Ummi Hafilda turut menyelar tindakan Azmin yang selama ini sanggup menipu rakyat dengan memperjuangkan kepimpinan yang salah dan tidak benar. "Selama ini, Azmin memaksa saya, termasuklah kakak-kakaknya sendiri untuk menipu dan tidak benarkan kami membuka mulut. Tapi tidak lagi kini. Saya akan berjuang habis-habisan dan akan disokong oleh kakak-kakak saya termasuklah ibu kami sendiri," tegas Ummi Hafilda. Malah, Ummi Hafilda turut menggelarkan isteri Penasihat PKR, Wan Azizah sebagai wanita hipokrit dan munafik. "Azizah adalah wanita hipokrit kerana selama ini menyokong kemungkaran yang dilakukan oleh suaminya sendiri. Dalam pada masa sama, dia turut memanggil Shamsidar sebagai perempuan jalang dan sundal kerana dia tahu Shamsidar ada hubungan dengan Anwar. Tetapi, kalau berhadapan, bersikap munafik dengan berpeluk cium antara satu sama lain," katanya. Kesian. Kacau jiwanya, tak habis- habis lagi. Perjuangan belum selesai lagi kot. Whateverler... Lantak kamu!! Kah kah kah kah... |
Posted: 29 Mar 2012 11:00 PM PDT "BN akan hilang Selangor jika Umno terlalu dominan"-Khir Toyo Excuse me, Tak betul bunyi kenyataan Khir Toyol tu. Kena buat sedikit pembetulan, ya??Bukan....'BN akan hilang Selangor' Tetapi.... BN SUDAH PUN HILANG Selangor. Sepatutnya, cakap macam ni.... BN tidak akan dapat merebut atau mendapatkan semula Selangor.... Arrrr, baru betul. Uishhh... puak-puak ni masih dalam alam mimpi lagi, kot?? Tak sedar-sedar lagi yang Selangor tu bukan lagi milik mereka. Alahaaaii... |
Eeeeeee..... Rupa buruk, hati busuk Posted: 29 Mar 2012 09:00 PM PDT Eeeeee.... SUMBERRupa buruk, hati pulak busuk!!! Fitnah!! Fitnah!! Fitnah!! Guna sentimen basi..... agama dan kaum. Baca kenyataanLim Guan Eng... Saya tidak akan memberi komen mengenai fitnah Pemuda Umno Pulau Pinang yang berulang-ulang tetapi akan mengambil tindakan mahkamah untuk mencegah Umno, Utusan Malaysia dan akhbar-akhbar lain daripada mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama untuk melemahkan Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang. Saya telah cuba untuk sabar apabila Umno menggunakan retorik perkauman dan agama untuk melemahkan kepimpinan saya dan juga Kerajaan Negeri PR. Tetapi, permainan yang bahaya ini sudah melintasi had dengan fitnah oleh Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin bahawa saya telah menjual tanah masjid. Utusan Malaysia telah menyiarkan kata-kata tidak beradab yang menyerang saya dengan fitnah bahawa saya telah menggadai tanah masjid. Ini bukan kali pertama Umno membuat dakwaan fitnah terhadap saya. Sebelum ini, Shaik Hussein dengan pemimpin-pemimpin Umno lain telah menyerang saya dengan fitnah bahawa saya tidak menjual tanah 102.6 ekar Bayan Mutiara melalui tender terbuka. Beliau terus memfitnah demikian walaupun Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan pihak pemaju sudah mengemukakan bukti bahawa tanah tersebut telah dijual melalui tender terbuka. Shaik telah meneruskan fitnahnya dengan menuduh bahawa saya menyatakan tidak perlu sokongan kaum India. Apabila fitnahnya dibuktikan salah, Shaik bukan sahaja enggan memohon maaf seperti yang dijanjikan tetapi beralih kepada fitnah lain bahawa saya telah melenyapkan tanah masjid. Fitnah kali ini sangat bahaya kerana ia menyentuh sentimen agama dan bertujuan untuk menimbulkan kebencian orang Islam terhadap saya sebagai seorang pemimpin bukan Islam. Apabila tanah 102.6 ekar Bayan Mutiara telah dijual melalui tender terbuka, geran tanah tidak dipecah sempadan tetapi dijual secara menyeluruh. Pihak pemaju hanya akan memecah sempadan geran selepas pelan baru diserahkan kepada MPPP untuk kelulusan. Apabila pelan baru dan pemecahan sempadan geran belum lagi dibuat, bagaimana Umno boleh mendakwa bahawa tanah masjid atau sekolah telah dijual atau dilenyapkan? Umno mesti ingat bahawa syarat-syarat biasa untuk sekolah dan tempat-tempat beribadat seperti surau atau masjid yang diwajibkan oleh pihak berkuasa tempatan semestinya akan termasuk dalam apa-apa projek pembangunan. Umno hanya boleh mengatakan bahawa tanah masjid atau sekolah telah dijual atau dilenyapkan jika pelan baru oleh pemaju telah diluluskan oleh MPPP tanpa ada tanah masjid atau sekolah. Sebagai kerajaan berjiwa rakyat, PR Pulau Pinang selalu memegang kepada prinsip asas untuk TIDAK membenarkan tanah yang diperuntukkan untuk sekolah, tempat-tempat beribadat, masjid, surau, gereja, kuil Cina, Hindu atau Buddhist untuk hilang begitu sahaja. Dengan mengulangi fitnah dan mengapi-apikan ketegangan kaum dan agama, Umno ingin menimbulkan kebencian perkauman dan agama terhadap saya sebagai Ketua Menteri dan juga Kerajaan Negeri PR. Fitnah yang berasaskan kepalsuan ini terhadap seorang bukan Melayu dan bukan Islam menunjukkan bahawa 1Malaysia adalah slogan kosong yang bertujuan untuk menipu rakyat untuk mengundi parti-parti perkauman ekstrim BN dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang. -Lim Guan Eng |
Posted: 29 Mar 2012 07:35 PM PDT Innalillah hiwa inna ilai hiroji'un... Al-Fatihah kepada Almarhum Raja Dato' Seri Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah semuga rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amin. [sumber] |
Posted: 29 Mar 2012 07:00 PM PDT SPR... Suruhajaya Penipu Rakyat Oooo.... nak ngelat, ek?? Nak panjangkan nyawa UMNO, ek?? Busyuknya UMNO ni... Hahahaha.... Bangkai bernyawa!! Bangkai yang dapat nyawa daripada SPR |
Posted: 29 Mar 2012 05:30 PM PDT |
You are subscribed to email updates from A Mum Of Three Mohd To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan