Saya pasti ramai yang pernah terserempak dengan iklan ini (barangkali ada yang dah gunakan pun produknya). Kalau di TV3 ia sering dimuatkan semasa siaran Buletin Utama.
Ianya bermula dengan "alarm" sebuah kedai emas berbunyi, dan seorang yang digambarkan sebagai perompak berlari keluar dari kedai berkenaan menuju ke lorong-lorong jalan. Dalam waktu yang sama seorang anggota polis wanita dimaklumkan melalui "walkie talkie" nya berkenaan insiden itu dan berlari kea rah perompak tadi.
Penghujungnya mereka bertemu dan iklan ini berakhir sebelum mereka berdakap.
Iklannya adalah AXE ANARCHY keluaran Unilever sebuah alat semburan badan.
Yang menghairankan abagaimana iklan sebegini dapat dilepaskan? "Segalanya akan berubah" kata mesej iklan ini.
Bagi saya iklan ini mengambarkan satu mesej yang buruk dan tidak seharusnya menjadi tontonan awam kerana ia seolah tidak menghukum si pesalah sebaliknya semua selesai apabila penjahat lelaki dan polis perempuan berdakap!
Apa pandangan anda?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan