Selasa, 20 Mac 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Video: Dewan Rakyat Kecoh Perdebatan Isu Lynas

Posted: 20 Mar 2012 07:27 AM PDT

Eksklusif: Walau Pun Sudah Lebih 20 Tahun Ia Di Tutup, Tapak Kilang Proses "Nadir Bumi" Di Bukit Merah Masih Keluarkan "Radio Aktif" Merbahaya!

Posted: 20 Mar 2012 03:15 AM PDT

IPOH, 20 Mac -Walaupun sudah 20 tahun ditutup, tapak kilang memproses nadir bumi di Bukit Merah masih mengeluarkan sinaran radioaktif merbahaya dan melebihi paras selamat yang sepatutnya. Gabungan aktivis anti-Lynas, Selamatkan Malaysia Hentikan Lynas (SMSL) ketika berkunjung ke tapak kilang yang ditutup sejak 1992 itu baru-baru ini mendapati, tahap radioaktif di kawasan tapak itu melebihi tahap selamat yang ditetapkan iaitu 1 Bq/g setahun. Ketika menguji sampel tanah yang diambil di hadapan pintu pagar kilang itu, pasukan pengkaji SMSL meperoleh beberapa bacaan dan paling tinggi 0.191 microsievert sejam atau pada kadar 1.7 Bq/g setahun iaitu lebih 0.7 Bq/g berbanding tahap selamat. "Bayangkan tapak ini sudah 20 tahun ditinggalkan, malah didakwa tanahnya sudah dikorek 8 meter dan dibuang ketempat lain, tapi sinaran radioaktifnya masih merbahaya kepada mereka yang tinggal di sekitar sini. "Bayangkan potensi ancaman di Gebeng, Kuantan jika di sana keluasan tapaknya adalah 10 kali ganda dari Bukit Merah ini," kata Pengerusi SMSL Tan Bun Teat (foto). Sabtu lalu, kumpulan 50 aktivis anti-Lynas dari Kuantan mengadakan lawatan sehari ke tapak kilang dan tapak pembuangan sisa kilang nadir bumi di Bukit Merah di sini. Selain melawat tapak mereka turut bertemu penduduk di situ bagi mendapat pandangan dan maklum balas berhubung isu itu yang pernah menghantui penduduk sekitar di situ. Kilang ini telah ditutup 20 tahun lalu hasil bantahan penduduk dan keputusan mahkamah. Namun kes itu sangkut di Mahkamah Persekutuan sehingga sekarang.


Rombongan Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) sempat bergambar dengan
sampel tanah yang telah diambil dari Bukit Merah ketika lawatan itu



Difahamkan selepas kilang Lynas Advance Material Plant (LAMP) di Gebeng, Pahang mula beroperasi ianya akan menjana sisa dalam kuantiti yang banyak ke perkarangan kilang dalam pelbagai bentuk. Ianya termasuk Flue gas desulfurization Residue (FGD), Neutralization Underflow Solid (NUF), Water Leach Purification Solid (WLP) dan lain-lain. Kebanyakan daripada bahan-bahan beradioaktif Torium (Th-232) dan Uranium (U-238) akan disalurkan ke saluran sisa tunggal yang dipanggil WLP dengan jumlah kadar radioaktiviti 62.3 Bq/g. Selain itu, 64.000 tan sisa WLP akan dijana setiap tahun, bersamaan dengan saiz 63 kolam renang Olimpik dan sisa-sisa berkenaan mengandungi 106 tan Torium dan 5.6 tan Uranium."Kalau orang kata kilang LAMP di Gebeng ini selamat, saya cabar mereka itu datang di kawasan kilang (nadir bumi) di Bukit Merah ini dan tinggal di sini untuk beberapa tahun," tegas Bun Teat lagi. sumber

Lynas: Tubuh PSC, Ahli Parlimen Pakatan Keluar Dewan Selepas 'Jawatan Kuasa' Itu Di Luluskan !

Posted: 20 Mar 2012 02:36 AM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Mac - Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) bertindak keluar dewan sejurus Dewan Rakyat meluluskan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) untuk meneliti isu nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan. Perbahasan yang di berlangsung hangat sejak dari mula dibuka itu akhirnya mendapat undian majoriti dewan. Bagaimanapun, wakil rakyat PR yang sejak dari awal menolak usul penubuhan jawatankuasa tersebut tetap tidak berpuas hati walaupun telah mendapat penerangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan bertindak keluar dewan. Ahli Parlimen Kuantan (PKR), Fuziah Salleh (foto) mendakwa, penubuhan jawatankuasa khas itu sebagai cubaan kerajaan untuk menutup keburukan pembinaan pusat nadir bumi itu. "Kami mahu mengambil bahagian dalam jawatankuasa itu jika ia boleh memberi kebaikan kepada rakyat, tetapi melihat kepada sebab penubuhan ini... kami fikir tiada makna... untuk kami terlibat. "Kalaupun PSC isytihar ia berbahaya, pentadbiran BN akan menipulasi situasi itu, kerana projek itu sudah pun wujud di Gebeng," katanya di lobi Parlimen, hari ini.

Dato' Fauzi: Peluang Rampas Pahang Kian Cerah, Sokongan Masyarakat Peneroka Felda Meningkat

Posted: 20 Mar 2012 01:01 AM PDT

KUANTAN, 20 Mac - Sokongan masyarakat Felda terhadap Pakatan Rakyat kini semakin meningkat dan amat menggalakkan. Demikian ditegaskan oleh Pengerusi PKR Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman (foto) kepada PDO hari ini. Beliau berkata demikian bagi mengulas program terbaru Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Felda Lepar Hilir 1 (Parlimen Paya Besar) dan Felda Chini 3 (Parlimen Pekan) baru-baru ini. "Saya melihat para peneroka terutamanya generasi kedua sudah mula berani untuk menyatakan hasrat untuk berubah. Mereka sudah mula beri sokongan padu kepada kita. Saya rasa, jika momentum ini diteruskan maka sudah pasti peluang Pakatan Rakyat untuk memecah kubu kuat BN di kawasan Felda dan seterusnya mengambilalih pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang kini semakin cerah", katanya. Dato' Fauzi turut mengingatkan UMNO BN agar jangan terlalu angkuh dan yakin dengan sokongan pengundi Felda yang menjadi aset mereka selama ini. Isu penyenaraian Felda Global Vanture Holdings (FGVH) dan usaha Felda untuk menggunakan saham peneroka dalam Koperasi Permodalan Felda (KPF) bagi urusan terbabit jelas sekali menjadi beban kepada kerajaan. Tambahan pula hasrat itu terhalang apabila beberapa orang ahli KPF menfailkan injuksi untuk menghalang perkara itu dibincangkan dalam Mesyuarat Agung Khas koperasi itu baru-baru. Kini para peneroka mula melihat ada agenda tersembunyi kerajaan yang mahu menggunakan sumber kewangan KPF. Peneroka sudah mula sedar akan kelicikan pihak tertentu dalam Felda yang cuba untuk khianat kepada mereka. Justeru merekaa telah bangkit beramai-ramai untuk menentang urusan tersebut disamping isu lain. Dalam ceramah di dua lokasi itu, PKR telah sekali lagi membawa Naib Presidennya Nurul Izzah Anwar. Mujurlah tiada kejadian yang tidak diingini berlaku seperti sebelumnya. Walau bagaimana pun, ada juga pihak yang cuba membuat provokasi di Lepar Hilir 1, namun ia tidak memberi kesan kepada program tersebut. Sementara itu satu majlis penyerahan borang PKR turut diadakan pada malam itu. Ia membuktikan sokongan rakyat terhadap PKR juga mula meningkat selepas beberapa siri "keganasan" yang dilakukan oleh pihak UMNO terhadap program mereka di seluruh negara.


Nurul Izzah lantang mengeluarkan ucapannya dalam ceramah di Lepar Hilir 1

Penyerahan borang keahlian baru PKR ranting Lepar Hilir juga telah diadakan

Bukti, sambutan menggalakkan darikalangan peneroka di Felda Lepar Hilir

Bergambar kenangan sebelum meninggal Felda Lepar Hilir 1 pada malam itu

Turut hadir suami Nurul dan Cikgu Sulaiman (Timbalan YDP PAS Kuantan)

Ceramah Nurul Izzah pada malam yang sama di Markas PAS Felda Chini Tiga

Bukti, kehadiran para peneroka Felda sungguh menggalakkan di Chini Tiga

Sementara itu, ketika ditanya tentang kerusi yang ingin ditandinginya pada Pilihanraya Umum ke-13 akan datang Dato' Fauzi menegaskan ia terletak ditangan pucuk pimpinan tertinggi parti. "Saya tetap akur dengan apa jua keputusan. Malah saya bersedia untuk tidak bertanding jika itu kehendak parti. Sudah terlalu lama saya berjuang dalam politik dan sudah tiba masa calon-calon muda diberi ruang dan tempat sewajarnya untuk membawa perubahan baru terhadap iklim politik negara selepas ini", kata beliau. Berkaitan soal pembahagian kerusi di Pahang pula katanya, PKR sudah berbincang dengan PAS dan DAP (Pakatan Rakyat) tentang perkata itu dan partinya bersedia untuk berkompromi dalam hal ini. "Memang ada beberapa kerusi DUN yang masih menjadi rebutan antara calon-calon tertentu, namun ia tidak menghalang agenda kita untuk mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang pada PRU13 ini. Rakyat perlu beri mandat kepada pembangkang untuk melaksanakan segala janji kebajikan seperti yang telah dilakukan di negeri-negeri yang dikuasai mereka sebelum ini. Rakyat Pahang perlu berani membuat perubahan jika mahu masa depan mereka lebih terjamin", tambah mantan Ahli Parlimen Kuantan dan ADUN Beserah itu lagi.

[Mutakhir ini, nampak jelas para peneroka Felda sudah mula berani untuk mempertahankan hak-hak mereka. Felda tidak berupaya untuk terus menipu para peneroka buat selamanya. Kini mereka sudah sedar dan faham kenapa mereka perlu tolak penyenaraian FGVH menggunakan wang KPF di Bursa Malaysia. Mereka perlu sedar FGVH bukanlah sebuah syarikat yang berdaya maju kerana terbukti mengalami kerugian berbilion ringgit sebelum ini. Maka, mana mungkin mereka boleh menelan "KPF" yang banyak memberi keuntungan kepada para peneroka Felda selama ini. Syarikat yang tidak mempunyai kreadibili tiba-tiba mahu mengambil saham koperasi yang gagah seperti KPF. Malah, mereka juga sedar siapakah Isa Samad yang kini begitu rakus untuk melaksanakan cita-citanya untuk merompak wang peneroka atas nama penyenaraian itu. Justeru, peneroka perlu bangkit menolak UMNO BN pada PRU13 ini nanti. Jangan biarkan pemimpin khianat terus menipu rakyat untuk selamanya].

Chua Jui Meng: Raja Petra Bukanlah Taraf Anwar Untuk Di Ajak Berdebat Tapi PM Najib Tun Razak!

Posted: 20 Mar 2012 12:29 AM PDT

SENAI, 20 Mac"Bukan takut rahsia bocor tapi bukan taraf Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim). BN (Barisan Nasional) cuba ubah isu kerana orang yang sepatutnya berdebat dengan Anwar adalah Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak)," kata Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng (foto). Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melabelkan Anwar sebagai penakut kerana keengganannya berdepan dengan pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin. "Saya yakin BN sengaja mengubah topik kerana mahu mengelak kerana khuatir banyak rahsia mereka bakal terbongkar sekiranya menerima pelawaan itu. "Sekarang kita cabar pula sama ada Najib berani menyahut cabaran untuk berdebat dengan Anwar. Kenapa pula mengubah isu Raja Petra dengan Anwar? ini bukan soal keberanian tetapi kita mahu individu yang layak," katanya semalam. Dalam perkembangan lain, Jui Meng enggan mengulas sama ada beliau akan bertanding di Parlimen Gelang Patah kerana menganggap ia masih terlalu awal, selain menyerahkannya kepada kepimpinan Pakatan Rakyat untuk memilih. "Sama ada DAP atau PKR yang bertanding di kerusi itu bukan masalahnya. Hubungan kami masih mesra seperti dulu, malah terus bekerjasama erat untuk menang dalam pilihanraya umum akan datang," kata bekas pemimpin MCA itu lagi.

[Sementara itu Isu kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim takut untuk berdebat dengan pengendali Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dalam satu adalah tidak benar sama sekali, kata Pejabat Ketua Umum PKR hari ini. Sehubungan dengan itu, Ketua Staf Pejabat Anwar, Ibrahim Yaacob berkata, pada asalnya ia hanya satu wawancara antara pengasas Wikileaks, Julian Assange dengan Anwar tetapi kemudian dimaklumkan bahawa Raja Petra mahu menumpang sekali. Menurutnya, oleh sebab itu, Anwar menegaskan beliau hanya bersetuju dengan permintaan asal iaitu tidak melibatkan Raja Petra sekali. Oleh itu, Quick Roll Productions, pihak produksi yang terlibat dengan wawancara ini telah membuat keputusan editorial untuk meneruskan format wawancara antara Julian Assange dengan Anwar tanpa melibatkan penumpang lainnya. Keputusan editorial tersebut semata-mata dibuat oleh Quick Roll Productions dan tidak dipaksakan oleh Pejabat Anwar ke atas mereka. Soalnya, kenapa media arus perdana putar belit isu ini kononnya Anwar takut berdebat dengan Raja Petra?. Sedangkan nama beliau memang tidak ada dalam senarai asal].

Lynas: Khaled Nordin, Pandangan Akademia Jadi Input Penting Untuk "Bagi Ilmu Bincang Isu" Itu !

Posted: 20 Mar 2012 12:19 AM PDT

PUTRAJAYA 20 Mac - Pandangan para akademia adalah merupakan input penting yang perlu untuk diambil kira dalam membincangkan isu-isu berkaitan kilang nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin (foto). Beliau berkata, sekiranya Parlimen bersetuju dengan penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) bagi meneliti isu yang berkaitan dengan kilang itu, pandangan kumpulan akademia ini perlu didengar oleh jawatankuasa berkenaan, kerana kumpulan inilah sebenarnya yang mempunyai kepakaran dan pengetahuan dalam bidang itu. Pada zaman rata-rata rakyat kini berilmu pengetahuan, beliau percaya dalam setiap keputusan yang diambil, ia perlu bersandarkan kepada ilmu, dan di sinilah pentas yang akan menyerlahkan betapa relevan dan pentingnya peranan yang dimainkan pihak universiti dan para akademia dalam negara. "Menerusi jawatankuasa ini nanti kita boleh secara berstruktur, mendengar pandangan orang ramai dan cari jawapan dari pihak yang berkemahiran dan pakar, supaya (mereka) dapat membantu menjelaskan kepada rakyat mengenai projek ini dan menjelaskan apa saja kebimbingan yang dibangkitkan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Pengajian Tinggi di sini hari ini.

Lynas: Bicara Terbuka Pada 4 April Ini, Manakala Himpunan "Solidariti SeMalaysia" Pada 13 April !!

Posted: 20 Mar 2012 12:00 AM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Mac - Satu lagi himpunan rakyat bagi membantah pembinaan loji nadir bumi Lynas akan diadakan pada 13 April depan di Dataran Shah Alam, kata Pengerusi Badan Bertindak Anti Rare Earth Refinery (BADAR), Zulkefly Mohamad Omar (foto). "Setiap negeri akan turut adakan himpunan pada masa sama, iaitu selepas solat Jumaat. Lokasi akan dimaklumkan," katanya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Jelas Zulkefly, kerajaan terlalu lambat mengambil tindakan iaitu setelah empat tahun, melalui cadangan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC), seiring sidang Dewan Rakyat yang bermula minggu lalu. Sedangkan penduduk Kuantan terpaksa mengambil tindakan untuk mengenepikan Lesen Kelulusan Sementara (TOL) yang dikeluarkan agensi AELB melalui perintah mahkamah. "Apa pun perbincangan, kita mahu kerajaan batalkan (pembinaan Lynas). PSC ini hanya mahu melengah-lengahkan bantahan dan pembatalan Lynas. "Juga tak ada apa-apa keuntungan pelaburan kepada negara, kerana kerajaan memberikan pengecualan cukai selama 12 tahun," tegas Zulkefly. Terdahulu pagi ini kira-kira 30 penduduk Kuantan berkumpul di Mahkamah Tinggi Jalan Duta untuk menyaksikan sebutan kes semakan kehakiman berhubung pemberian lesen TOL kepada Lynas. Pada 24 Februari, 10 wakil penduduk yang bermastautin antara tiga ke 10 kilometer dari kilang pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng, memfailkan permohonan semakan penghakiman ke atas lesen operasi sementara Lynas yang diluluskan pada 30 Januari lalu.

Mereka memohon perintah penggantungan iaitu menghalang Lynas daripada memulakan operasi sehingga semakan kehakiman dilupuskan yang difailkan melalui syarikat guaman Kanesalingam & Co. Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang turut berada di mahkamah ketika ditemui berkata, AELB diperingat untuk tidak memutar belit fakta, apatah lagi bercakap bagi pihak Lynas. "Cukuplah peranan AELB sebagai pengatur, janganlah pula mempertahankan Lynas," kata Fuziah. Hakim Datuk Rohaya Yusof dalam prosiding dalam kamarnya menetapkan pendengaran semula kes pada 4 April dibuat secara terbuka.

Wanita Yang Di Kaitkan Berkhalwat Dengan Ustaz Badrolamin Tuntut Fasakh Di Mahkamah Tinggi !!

Posted: 19 Mar 2012 09:42 PM PDT

ROMPIN, 20 Mac - Wanita yang dikaitkan dalam kes khalwat dengan Ahli Majlis Pimpinan PKR, Dr Badrolamin Bahron menarik balik permohonan cerainya di Mahkamah Rendah Syariah Rompin, di sini, semalam. Wanita Zati Iwani (foto), 28 tahun itu, hadir kira-kira jam 9.00 pagi berseorangan­ ke mahkamah itu untuk membuat tuntutan notis penarikan balik kes tersebut di hadapan Hakim Syarie, Abu Kassim Pilus. Bagaimanapun, alasan penarikan tuntutan penceraian tersebut tidak dinyatakan. Malah, suami wanita terbabit guru berusia 32 tahun juga tidak hadir pada prosiding itu. Sementara itu, wanita terbabit ketika ditemui di luar mahkamah berkata, dia akan mengemukakan Fasakh di Mahkamah Tinggi Kuantan. "Saya menarik balik tuntutan kerana mahkamah rendah syariah tidak mempunyai kuasa untuk mengendalikan kes fasakh," katanya. Wanita itu sebelum ini, memfailkan penceraian pada pertengahan Januari lalu dan prosiding pertama dijalankan pada 27 Februari lalu. Badrolamin sebelum ini, memaklumkan beliau mengenali wanita yang bekerja sebagai Juruteknik di sebuah institusi kemahiran dekat Rompin itu, sejak kira-kira setahun lalu. Bagaimanapun, sehingga kini Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tidak membuat sebarang dakwaan terhadap Badrolamin dan wanita itu.

[Orang ramai terutamanya penyokong Pakatan Rakyat kini ternanti-nanti bilakah tarikhnya Ustaz Badrolamin akan didakwa di Mahkamah Syariah Kuantan atas tuduhan khalwat yang hangat diperkatakan sebelum ini. Ramai yang sangsi dengan kejadian tersebut, namun segalanya masih terletak ditangan pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) untuk tindakan selanjutnya. Persoalan tentang wujud masalah rumahtangga antara wanita terbabit dengan suaminya kini seolah-olah terjawab dengan senario terbaru ini. Namun, apakah benar Ustaz Badrolamin menjadi orang ketiga yang menyebabkan krisis terbabit?. Kini segalanya masih belum terjawab dan sama-sama kita nantikan perkembangan seterusnya kes ini].

Panas: Najib Campur Tangan Kes Saman Felda !!

Posted: 19 Mar 2012 10:37 AM PDT

Video: Kuliah Maghrib Oleh Ustaz Yusof Embong !

Posted: 18 Mar 2012 10:49 AM PDT

Tiada ulasan: