Roslan SMS Corner |
Orang ISLAM jadi malu (8/3/12) Posted: 07 Mar 2012 06:38 PM PST The StarOnline terkini melaporkan bahawa seorang bekas Imam, Hoslan Husin didapati bersalah menghina mahkamah kerana bertindak melontar sepatunya kea rah meja panel hakim di dalam Mahkamah Persekutuan yang membicarakannya pada 22 Febuari lalu. Keputusan sebentar tadi diputuskan oleh ketiga-tiga panel hakim yang sama diketuai Ketua Hakim Malaya Tan Sri Zulkifli Ahmad Makinudin. Pada 22 Febuari lalu Mahkamah Persekutuan menolak permohonannya untuk mencabar perintah "eviction" (keluar) dari kuatersnya oleh pihak Masjid ar Rahimah Kg Pandan, atas alasan teknikal. Oleh kerana berang dengan keputusan itu Hoslan bertindak melontarkan sepatunya kea rah panel hakim. Tindakan itu merupakan suatu perbuatan "contempt of court" atau menghina mahkamah. Walaubagaimanapun mahkamah hari ini membenarkan Hoslan merayu untuk meringankan hukumannya. Hoslan dilaporkan menangis dan menyatakan kekesalan atas tindakannya di mahkamah pagi tadi. Berita ini saya pasti ramai ikuti dengan penuh keprihatinan dan mungkin juga sedikit kebimbangan. Bukannya soal prosedur di mahkamah dan kes yang dibicarakan tetapi lebih prihatin dan bimbang pada tindakan melontar sepatu yang dilakukan oleh Hoslan. Lebih-lebih lagi Hoslan ini diliputi secara meluas oleh pihak media sebagai seorang Imam. Apa pun kejadian beginikah seharusnya seorang imam masjid bertindak? Pada perhatian umum yang dibicarakan adalah seorang imam. Sudah pastilah imam ini disamakan dengan orang yang baik, baik akhlaknya baik budi perkertinya, seorang yang boleh menjadi contoh dan tauladan kepada masyarakat. Oleh itu saya merasakan tindakan Hoslan ini walau saya terbaca ada yang mengulas sebagai suatu yang berani, bagi saya tidak, ianya memberikan imej yang buruk pada Islam dan seluruh penganutnya dan kita jadi malu kepada yang bukan Islam. Kalau Imam boleh berlaku begitu bagaimana pula yang lain? Mat-mat Rempit pun tidak begitu, penagih dan pengedar pun tak begitu. Terakhir saya ingat kes yang sama jika tidak silap berlaku ke atas seorang hakim Mahkamah Tinggi (tak pasti samada Allahyarham Eusoffee Abdolcadeer atau yang lain) ketika membicarakan pembunuh bekas Ketua Polis Perak mendiang Khoo Chong Kong. Ia berlaku (pembunuhannya) pada tahun 1975. Dan pembunuh yang melontarkan seliparnya kea rah hakim itu dikenali sebagai pengganas kominis yang kemudiannya disabit kesalahan dan dihukum gantung sampai mati. Semoga tiada lagi kes yang sama akan berlaku. TERKINI: Hoslan dikenakan hukuman penjara 1 tahun
|
You are subscribed to email updates from Roslan SMS Corner To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan