Pahang Daily Online |
- Himpunan Hijau: Tahniah Dari Rakyat Australia
- Poster Pokok: Aktiviti Rakyat Terkini Di Kuantan !
- Teras: Cadangan Buang Sisa Rare Earth Di Sungai Lembing Satu Tindakan "Kerja Gila" MB Pahang !!
- Najib 'Tidak Perlu Berbohong', Jika Tiada Rasuah Kenapa Projek Lynas Itu Tidak Boleh Di Batalkan!
- Panas: MB Di Gesa Tukarkan Semua Ahli Lembaga Pengarah GLC Pahang Demi Masa Depan Ekonomi
- Iklaneka: Seluar Ajaib Khas Untuk Lelaki Perkasa
Himpunan Hijau: Tahniah Dari Rakyat Australia Posted: 08 Mar 2012 01:54 AM PST |
Poster Pokok: Aktiviti Rakyat Terkini Di Kuantan ! Posted: 08 Mar 2012 01:28 AM PST |
Teras: Cadangan Buang Sisa Rare Earth Di Sungai Lembing Satu Tindakan "Kerja Gila" MB Pahang !! Posted: 07 Mar 2012 12:19 PM PST Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid (foto) membantah keras cadangan Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob agar sisa kilang Lynas dibuang di Sungai Lembing kerana kami berpendapat jika ini dilakukan, ia adalah tindakan gila. Adakah pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Alam Sekitar dirujuk dalam hal ini? Apakah undang-undang perlindungan sungai akan diketepikan begitu sahaja?. Ekologi sungai yang kini sangat sensitif dan bakal punah akibat pembuangan sisa radioaktif , pasti akan mengundang malapetaka yang tidak boleh dirawat lagi. Di sebaliknya ia akan memperlihatkan slogan 'Cinta Sungai Kita' yang selama ini dicanang oleh JPS hanya menjadi suatu momokan dan bahan ejekan. Jika ini benar-benar dilakukan ia adalah jenayah alam sekitar yang sepatutnya dihalang malah diambil tindakan undang-undang yang tegas tanpa kompromi. Amat jahil bagi sesiapa yang menganggap membuang sisa toksid seperti bahan radioaktif Lynas ke dalam sungai tidak merosakkan alam sekitar. Walaupun cadangan itu dikatakan adalah di tapak lombong yang sudah tidak digunakan, interaksi air bawah tanah serta akhirnya menyambung ke sungai pasti akan memberi kesan yang merbahaya dalam jangka masa panjang. Kami difahamkan Sungai Lembing yang dicadang itu adalah kawasan pelancongan yang dikunjungi ramai. Teras bukan sahaja mengambil kira soal kehidupan dan punca pendapatan penduduk Sungai Lembing tetapi yang lebih penting ialah soal persekitaran yang akan bakal rosak yang tidak boleh dipulih lagi jika ia menjadi tapak buangan sisa radioaktif. Kini yang menjadi polemik ialah di mana pembuangan sisa radioaktif itu hendak disalurkan. Padahal kenyataan yang saling bercanggah antara Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam isu pembuangan sisa toksik dari kilang Lynas ini membuktikan kelulusan benar Lynas beroperasi adalah keputusan sembrono. Apakah penduduk di Sg.Lembing rela ketenangan pekan itu dicemari dengan sisa buangan rare earth projek Lynas yang amat berisiko itu [Apa yang pasti, kini Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri mula menjadi gelabah dan serba salah diatas kebangkitan suara rakyat dalam Isu Lynas ini. Mereka tidak perlu lagi untuk berbohong dengan memberikan berbagai alasan dangkal bagi meneruskan projek ini. Kenyataan bercanggah dan penuh tipu helah yang dikeluarkan oleh pemimpin negara jelas membuktikan memang ada sesuatu yang tidak kena terhadap projek ini. Unsur-unsur rasuah dan penyelewengan haruslah dibongkarkan bagi mengetahui siapakah yang "makan hasil komisyen besar" gara-gara membawa masuk Lynas ke negara ini. Kini mereka bagai "cacing kenasan" kerana takut kehilangan untung 12 tahun tanpa cukai yang diberikan kepada Lynas untuk beroperasi di negara ini. Kerajaan tidak dapat untung, tetapi ada pihak yang dapat untung besar dan mahu Lynas diteruskan juga walau dalam apa jua cara sekali pun. Kesihatan dan keselamatan rakyat ditolak ketepi demi wang ringgit dan kemewahan yang bakal mereka kecapi. Inilah dia sebenar sikap pemimpin yang kononnya melaungkan "rakyat didahulukan", padahal kantung poket mereka dahulu yang lebih diutamakan. Bangkit dan buatlah perubahan pada PRU13 nanti]. |
Najib 'Tidak Perlu Berbohong', Jika Tiada Rasuah Kenapa Projek Lynas Itu Tidak Boleh Di Batalkan! Posted: 07 Mar 2012 11:17 AM PST Projek sisa pepejal Lynas ialah satu musibah. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak bukan hanya meninggalkan musibah malah cara perlaksanaan projek tersebut dibawa masuk ke Malaysia juga musibah. Entah siapa yang dapat idea bahawa Malaysia mampu mmeproses sisa pepejal selepas tragedi Bukit Merah?. Dan perbahasan bahawa patut kah sisa tersebut dibenarkan diproses disini terus mendedahkan kepincangan pihak berkuasa melaksanakan rancangan mereka dari awal lagi. Bila kerajaan meluluskan lesen TOL kepada Lynas Coropration, pasti kita tertanya-tanya yang pertimbangan harus diberikan kepada faktor risiko-risiko yang membolehkan Lynas memulakan operasi. Sekarang kita tahu bahawa isu lokasi dimana sisa tersebut akan dilupuskan masih belum selesai. Najib cuba menenangkan kemarahan rakyat tapi sekali lagi beliau bergantung kepada helah imaginasi hubungan seranta yang menjadi lambang pemerintahannya, dengan menyatakan bahawa sisa tersebut akan dilupuskan jauh dari kilang di Pahang, tetapi masih di Malaysia. Jadi, bahagian negeri Pahang yang mana akan menerima sisa tersebut atau negeri mana dalam Malaysia yang bertuah yang bakal dilonggokkan dengan sisa berbahaya itu?. "Walaupun pakar mempunyai bukti, termasuk deklarasi badan antarabangsa yang sisa tersebut selamat, rakyat masih ragu-ragu tentang itu. Maka kami buat keputusan sisa tersebut akan dipindahkan ke tempat lain. Kita mahu rakyat rasa selamat," Najib mmeberitahu pemberita minggu lepas, menafikan bahawa perubahan tersebut akibat dari tekanan hebat yang di ketuai oleh Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh. Bersama penduduk Gebeng dan aktivis, Fuziah dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menganjurkan rali anti Lynas (Himpunan Hijau 2.0) yang dihadiri oleh lebih 20,000 orang seluruh negara dua minggu lepas. Jumlah yang hadir membuka mata pihak berkuasa dan Najib tidak dapat tidak memberi perhatian dengan pilihanraya semakin hampir. Maka itulah kini mereka akhirnya mengalah!. Kerajaan Tidak Perlu Lagi Terus Bohongi Rakyat ! Komen Najib membuatkan sekurang kurangnya dua dari orang kanannya kelihatan sebagai penipu. Jika hal yang penting seperti ini pemerintahan beliau boleh menipu, bagaimana rakyat akan meletakkan kepercayaan kepada pemerintah untuk menjaga kepentingan rakyat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Koh Tsu Koon memberitahu orang ramai pencarian lokasi penyimpanan akan melibatkan empat kementerian. Perbincangan beliau melibatkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. "Saya telah berbincang tentang isu ini diperingkat kabinet dan rakan saya dalam kabinet telah membuat kenyataan meminta pihak Lynas memindahkan sisa tersebut ke tempat lain," kata Koh. Kenyataan paling lucu ialah dari Menteri Kesihatan, Liow Tiong Lai yang berkata Lynas mesti mencari jalan menghantar balik sisa tersebut ke Australia. Jika gagal maka lesen TOL tidak akan dikeluarkan untuk kilang kontroversi di Gebeng. Liow membuat kenyataan berdasarkan kenyataan Raja Abd Aziz Raja Adnan, Ketua Pengarah AELB yang menyatakan sisa tersebut akan dihantar semula ke Australia. "Australia Barat tidak akan menerima sisa radioaktif dari negara ketiga. Mereka tidak pernah kata tidak akan terima sisa dari Lynas. Jadi, jika ada item komersil yang boleh dipulangkan ke Australia, kerajaan Australia perlu buat keputusan untuk menerima.," kataRaja Abdul Aziz. Ini hanya mainan kata-kata dari ketua pengarah AELB. Helah bijak untuk sembunyikan fakta bahawa resolusi pulangkan kepada penghantar ialah resolusi dan anggapan silap dan tidak mungkin akan diterima oleh pihak berkuasa Australia yang terkenal dengan ketegasan mereka dalam isu ini. Menteri Australia Mempunyai Pandangan Berbeza Norman Moore (foto), Menteri Perlombongan dan Petroleum Australia Barat telah menegaskan tidak akan menerima sisa dari Lynas. Ini respon kepada soalan dalam satu sidang parlimen dalam bulan April tahun lepas. Dalam bulan Febuari 2012, Norman Moore mengeluarkan satu kenyataan lagi sebagai respon kepada isu TOL Lynas. "Undang-undang negara ini menyatakan Australia tidak akan menerima tanggungjawab terhdapa sisa bahan yang terjadi dari proses luar pantai yang dibeli dari Australia samaada bijih besi,pasir mineral dan sisa tanah yang dihasilkan oleh Lynas corporation. Australia tidak menyokong sebarang import dan simpanan sisa radioaktif negara lain." katanya. Kemudian Robin Chapple, MP Greens menyokong idea yang sisa bahan radioaktif harus di proses di Lynas dan dilupuskan serta merta di tanah dimana ianya datang, sebab utama kenapa China membatalkan kuota export sisa tanah kerana ingin pastikan keselamatan dan kesihatan rakyat dan persekitaran. "Salah satu sebab utama China mengurangkan hasil sisa bumi dan export sejak 2009 ialah keprihatinan kerajaan dan rakyat bahawa perlombongan dan proses ini menyebabkan pencemaran meluas kepada persekitaran," Kata Chapple dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas TOL tersebut telah diluluskan oleh Kerajaan Malaysia baru-baru ini. Jika Tiada Rasuah Maka Lynas Wajar Di Batalkan Apa yang sebenarnya yang dikatakan oleh Liow dan Raja Aziz? Untuk membodek Najib, kerana ini projek kesayangannya? Berbaloi kah untuk mereka berbohong? Adakah tindakan mereka berdasarkan kesedaran terhadap akibatnya kepada rakyat Malaysia? Atau hanya sebagai hiasan untuk memastikan politik UMNO tidak kacau bilau?. Layakkah merek ini bergelar profesional? Patutkah mereka bersara awal kerana tidak beretika dan berpotensi merbahayakan kesihatan rakyat Malaysia dengan helah mereka?. Bagaimana projek ini diluluskan dari peringkat awal bila sekarang telah jelas tidak ada penyelesaian sebenar untuk isu paling utama ialah pelupusan sisa buangan?. Bagaimana kerajaan Malaysia dibawah pemerintahan Najib begitu pasti yang projek ini akan berjalan bila ianya jelas ada sesuatu yang tersembunyi dari awal-bukan hanya tentang bahan sisa buangan tetapi juga bagaimana tercetusnya perniagaan ini boleh beroperasi. Pada hujung minggu lepas, Najib membuat satu lagi penipuan. Beliau meminta maaf atas kesilapan BN yang lepas. Bagaimanapun bukti telah nyata. Jika beliau jujur, beliau harus menolak Lynas. Jika beliau tidak korup, tubuhkan Suruhanjaya Di Raja untuk menangani bagaimana projek ini boleh diluluskan, bagaimana perjalanan operasi nya dan siapa yang dapat keuntungan darinya. Selepas menaiki tampuk pemerintahan selama 3 tahun, Malaysia tidak ada melihat pembaharuan tapi keadaan makin buruk dalam negara. Malaysia semakin jatuh dalam kedudukan Transparency International's Corruption Perception Index (CPI) dari tangga ke 56 ke tangga 60. Kerajaan BN masih kurang kuasa politik untuk menghapuskan korupsi besar-besaran dan salahguna kuasa. sumber artikel [Persoalannya yang timbul sekarang ialah, jika tiada "rasuah" maka mana mungkin lesen TOL boleh diluluskan kepada Lynas sedangkan isu isu lokasi dimana sisa tersebut akan dilupuskan masih belum selesai?. Maka, atas dasar apa TOL diluluskan dengan ada lima syarat yang sepatutnya menjadi tanggungjawab kerajaan menolak projek itu. Malah, lebih mengejutkan bilamana sehari sebelum TOL diluluskan ada pula kontraktor utama yang tarik diri daripada projek itu atas alasan faktor kesihatan dan keselamatan. Kini, Najib sudah terjerat dan beliau menjaja ke sana ke mari memohon maaf dari rakyat atas kesilapan BN selama ini. Jika itulah keadaannya, Najib wajar memohon maaf kepada rakyat Kuantan atas kesilapan kerajaannya membawa masuk projek Lynas. Kenapa tidak berani berbuat demikian?, jika kerajaan benar-benar jujur dan ikhlas mahu rakyat memaafkan kesilapan mereka. Apa yang pasti, rakyat tentu akan menjatuhkan sebuah kerajaan yang gemar menipu mereka ini. Sampai bila harus berbohong kepada rakyat yang kini terpaksa menanggung risikonya]. |
Panas: MB Di Gesa Tukarkan Semua Ahli Lembaga Pengarah GLC Pahang Demi Masa Depan Ekonomi Posted: 07 Mar 2012 10:34 AM PST KUANTAN, 8 Mac - Kerajaan Negeri Pahang pimpinan Menteri Besar, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) digesa menamatkan perkhidmatan kesemua Ahli Lembaga Pengarah di semua Anak Syarikat Kerajaan Negeri (GLC) yang didakwa begitu lama memegang jawatan tersebut sedangkan ramai lagi rakyat negeri Pahang yang layak dilantik. Demikian ditegaskan oleh seorang Aktivis Masyarakat yang ditemui hari ini. Menurut beliau, banyak Anak Syarikat Kerajaan (GLC) Negeri Pahang yang dipercayai "tidak berpotensi dan berdaya maju" tetapi masih dipertahankan. "Kenapa kerajaan nak tanggung biawak hidup. Syarikat dah tak untung dan rugi .. tutup jer. Kenapa masih nak bayar gaji Ahli Lembaga Pengarah yang makan gaji buta. Bukankah ia merugikan duit kerajaan. Saya harap semua Ahli Lembaga Pengarah yang lama-lama ditukar baru selepas PRU-13 ini nanti. Ramai muka-muka baru yang terdiri dari kalangan orang muda yang boleh diketengahkan. Mereka punyai idea dan wawasan baru untuk memajukan GLC di Pahang. Tapi kenapa MB masih kekalkan orang yang sama. Malah melantik pula orang yang sudah pencen ke jawatan itu. Apakah tidak ada anak-anak Pahang yang lebih layak mentadbir dipilih. Inilah yang menyebabkan banyak GLC di Pahang terus merudum dan tidak berdaya maju. Transformasi yang dijanjikan perlu dilaksanakan segera. Jika tidak, sampai bila-bila GLC ini akan terus menyusahkan Kerajaan Negeri Pahang itu sendiri", katanya. Pada masa ini, banyak GLC yang gagal menunjukkan prestasi yang membanggakan bagi menjana ekonomi di negeri Pahang. Anehnya, terdapat juga antara GLC terbabit yang masih terus dipertahankan biarpun sudah mengalami kerugian dan berada dalam keadaan nazak. MB harus berani melakukan perubahan jika mahu melihat negeri ini maju. Jika tidak, beliau wajar mengundur diri dan berikannya kepada yang lebih layak untuk mentadbir negeri ini dengan cara lebih baik. [Adnan dalam satu kenyataan ketika merasmikan Konvensyen Ekonomi Pahang di Kuantan baru-baru ini berkata Kerajaan Negeri memiliki aliran pelaburan yang stabil sama ada dalam sektor tempatan mahupun luar Negara. Dengan kadar 1.5 hingga 2 billion setiap tahun, perkembangan ekonomi Negari dijangka bakal membangun dimasa akan datang. Itu kata-kata MB Pahang, namun hakikatnya tanah-tanah milik GLC Pahang dan UMNO kini sudahbanyak yang terjual ke tangan asing terutamanya tokey-tokey dari Singapura. Isu ini akan kami bongkarkan dalam masa terdekat. Paling mengejutkan, GLC paling berdaya saing kononnya di Pahang iaitu PKNP juga dikhabarkan telah melakukan tindakan yang sama untuk menampung kewangan mereka yang semakin merudum. Ekonomi Pahang sebenarnya semakin tenat dan ia diakui oleh ramai pemimpin UMNO sendiri. MB hanya bercakap untuk menyedapkan hati beliau sendiri, sedangkan hakikatnya sejak bergelar MB tiada langsung pertumbuhan ekonomi seperti yang diharapkan oleh rakyat berlaku. Bajet negeri sentiasa defisit dan bila ditegur mereka akan menyalahkan pentadbiran MB terdahulu. Sampai bila harus begini?. Apakah ini cara Adnan buat kerja?]. |
Iklaneka: Seluar Ajaib Khas Untuk Lelaki Perkasa Posted: 07 Mar 2012 10:03 AM PST Khas untuk anda yang menghidapi Penyakit Kelamin yang disebarkan oleh hubungan seks di antara pasangan yang telah dijangkiti kuman, seperti Kencing Tidak Lawas, Sakit, Bengkak, Keluar Lendir Dari Salur Kencing Dan Bengkak Salur Epididymis (salur dari buah zakar ke batang zakar), Gatal (Pubic Lice) di bahagian kulit kemaluan, Kudis Buta (Sacabies) boleh berlaku di mana-mana bahagian dan juga kawasan lipatan badan. Gejala-gejala termasuk gatal (lebih lagi pada waktu malam), Ruam dan Bintik-Bintik Hitam, Chlamydia, Siflis, dan penyakit Gonorrhoee. SILA KLIK SINI |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan