Roslan SMS Corner |
Posted: 06 Mar 2012 09:01 PM PST Apa dah jadi di Kedah? Terancamkah kedudukan PR di Kedah dengan perkembangan terbaru? Macam-macam soalan diajukan kepada saya oleh rakan-rakan termasuklah teman-teman media (yang mengenali saya ketika saya SU Akhbar Presiden PAS satu ketika dahulu). Kepada rakan-rakan saya katakan saya ada penuh keyakinan dengan kewibawaan MB Dato Seri Ustaz Azizan Abd Razak. Beliau disayangi istana dan rakyat dan gandingan itu merupakan kriteria penting dalam kejayaan kepimpinan seorang MB. Saya walaubagaimanapun tidak dapat memberi respon kepada teman-teman media kerana saya sekadar ahli biasa sahaja – opinion and comments of which have no material value. Tetapi melayan rakan-rakan saya katakan saya secara peribadi merasakan formula penyelesaian yang dibuat agak janggal dan pasti sukar buat seorang MB melaksanakan tugasnya dengan efisyen. Tambahlah terbukti dengan perkembangan terbaru apabila salah seorang EXCO yang punya masalah dengan MB mendedahkan pula beberapa perkara pada media alternatif yang seolah mahu mengeruhkan lagi suasana. Kalau kedua mereka akur dan menutup mulut sambil menjalankan tugas (saya ingat Allahyarham Prof Madya Nik Abd Rashid (UITM) pernah berpesan pada saya manusia ini Allah kurniakan satu mulut dan dua tangan oleh itu kurangkan bercakap dan banyakkan kerja) sudah pasti licin dan lancar tetapi mereka memilih untuk terus mengeluarkan kenyataan seolah kelihatan ada dua tiga MB di Kedah. Bagi saya kalau sudah tak boleh sebulu dengan MB atas apa sebab sekalipun wajarlah undur diri dan beri laluan kepada mereka yang boleh bekerjasama dengan MB. Bukannya tak boleh berbeza pandangan tetapi forum yang layak adalah dalam perbincangan dan mesyuarat tertutup bukannya terbuka sebegini. Ustaz Azizan bukannya Tok Guru kampong (maaf bukan nak menghina Tok Guru kampung yang jauh lebih ikhlas dari yang terlopong dalam bilik berhawa dingin) tetapi seorang ulamak yang sangat berkelayakan. Punya Ijazah Sarjana Muda dari Al Azhar dan Iajazah Sarjana dari University of Kent, UK. Pernah menjadi Ketua Jabatan Syariah UKM, Pensyarah Pelawat Mindanao State University, Filipina dan Pensyarah UIAM. Berilah peluang beliau memimpin dan mengharumkan nama parti. Bukankah Kedah rebah ke tangan PAS dan PR semasa beliau Pesuruhjayanya. Kedah boleh lebih maju dan ke hadapan lagi kiranya beliau diberi kebebasan meneruskan style kepimpinannya. Mengapa kita perlu bertelagah secara terbuka diwaktu satu dunia sedang menilai dan melihat kita? Ini jemaah dan gerakan Islam bukan parti nasionalis atau kominis..........serlahkanlah kehebatan Islam bukan sebaliknya. Insyallah PAS dan PR boleh kekal di Kedah kiranya MB memimpin EXCO nya dan bukan sebaliknya. Sekadar pandangan seorang ahli biasa............... |
Akibat BEBAS yang tidak terbatas (7/3/12) Posted: 06 Mar 2012 06:17 PM PST Dalam MStarOnline hari ini dilaporkan berkenaan kegagalan "Rasul Melayu" Abdul Kahar Ahmad di dalam rayuannya bagi mengenepikan hukuman penjara dan denda yang dikenakan ke atasnya oleh Mahkamah Tinggi Syariah. Mahkamah Rayuan Syariah telah mengekalkan hukuman 10 tahun penjara dan denda RM16,500 ke atasnya sebagaimana disabitkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah kerana bersalah di bawah Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995. Memang wajarlah orang yang sesat seumpama ini dikenakan hukuman sedemikian demi menyelamatkan ummah dari terjebak pada ajarannya yang sesat lagi menyesatkan itu. Apa yang mahu saya tonjolkan dalam posting ini bukanlah sangat mengenai kes Abdul Kahar ini tetapi kebimbangan saya apabila membaca laporan yang sama dalam sebuah portal "bebas" tempatan. Oleh kerana portal ini menganggap dirinya "bebas" maka ruangan komennya juga saya perhatikan sentiasa membiarkan dirinya "bebas" sehingga terkadang mengizinkan komen yang sangat sensitif dan boleh mencetuskan kemarahan dan ketegangan. Salah sebuah komen yang termuat dalam laporan itu menyebut: Peter Peace · Pengulas Tertinggi tiada satu pun yang menyesatkan... mungkin benar apa yang dikatakan... pergi haji hanya merugikan dan berfikiran bahawa Allah hanya ada di mekah sahaja. sedangkan duit itu boleh digunakan membantu orng miskin dan susah..Allah tidak suka orngyang pentingkan diri sendiri.. yang untung kerajaan arab.. tidak perlu banyak promosi pelancongan hanya guna Nama Allah sahaja.. dan sembah sujud 5 waktu arah (kiblat)kahbah juga satu kebodohan seolah2 Allah hanya ada di kahbah.. bayangkan jika kahbah hilang? kearahmanakah kalian bersembahyang. · lebih kurang sejam yang lalu Saya pasti sesiapa sahaja yang membaca ulasan ini akan marah. Ternyata penulis komen ini sengaja mahu mencetuskan kemarahan tetapi masalahnya pengendali portal atas nama "kebebasan" tidak berasa apa-apa. Inilah barangkali yang dikatakan "freedom of speech" atau kebebasan bertutur dan mengeluarkan pandangan walaupun ianya menginjak dan menyakiti sinsitiviti orang lain. Sesungguhnya agama Islam dan agama-agama lain telah wujud di tanahair kita sekian lama. Masing-masing penganut jelas menghormati sesama lain dan akur akan batas-batas yang tidak boleh diterobosi oleh masing-masing pihak. Biarlah orang lain dan bumi lain berbangga dengan kebebasan mutlak mereka tetapi di sini kita punya cara dan kaedah kita sendiri. Jangan musnahkan apa yang ada atas nama "kebebasan". |
You are subscribed to email updates from Roslan SMS Corner To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan